teks pengerusi majlis hari guru 2015

12
TEKS PENGERUSI MAJLIS MAJLIS HARI GURU 2015 “GURU PEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK” 1

Upload: nurul-ilani-ilham

Post on 06-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEKS PENGERUSI MAJLIS

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS HARI GURU 2015

“GURU PEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

ISNIN

18 MEI 2015

DEWAN MUTIARA BESTARI, SMKSP

1

Page 2: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

1. PENGUMUMAN KETIBAAN

Kak Shaky

Mengumumkan ketibaan Puan Arfah Binti Abdul Rahman,

Pengetua SMK Sungai Pusu diiringi oleh barisan pentadbir

dan guru-guru SMK Sungai Pusu.

2. NYANYIAN LAGU

Kak Shaky

Hadirin mohon untuk berdiri bagi menyanyikan lagu

Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

3. KATA-KATA ALUAN

Yanie

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha

Pn Arfah Binti Abd Rahman

Pengetua SMK Sungai Pusu

Puan Zaharah Binti Saad

Penolong Kanan

SMK Sungai Pusu

2

Page 3: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad

Penolong Kanan HEM

SMK Sungai Pusu

Puan Maizatul Hasniah Binti Hasan

Penolong Kanan Kokurikulum

SMK Sungai Pusu

Puan Nor Aizan Bt Mohamad

Penolong Kanan Petang

SMK Sungai Pusu

Guru-guru kanan matapelajaran, rakan-rakan guru dan

murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdullilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua

maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk

sama-sama kita berkumpul di Dewan Mutiara Bestari ini

bagi meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi

tahun 2015 yang bertemakan “Guru Pembina Ilmu

Menyempurnkan Akhlak”.

Selasih mekar di tengah desa,

Mencelah sama kembang melati,

Guru Pembina Negara Bangsa,

3

Page 4: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

Kak Shaky

Yanie

Kak Shaky

Kak Shaky

& Yanie

Menabur ilmu berkhidmat bakti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat

kita yang bergelar “cikgu”. Semoga dengan pengiktirafan

ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta

ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat

martabat profesion perguruan sebagai profesion yang

dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa dan juga sahabat,

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

4

Page 5: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

4. BACAAN DOA

Yanie Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis

dengan segala hormatnya menjemput

____________________ bagi mengetuai bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ___________________ di

atas bacaan doa itu tadi.

5. UCAPAN WAKIL MURID

Kak Shaky

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan

wakil murid SMK Sungai Pusu iaitu Saudari Safwah

Mansurah Binti _________________ dari __________

untuk menyampaikan ucapan sempena Hari Guru.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Safwah di atas

ucapan disampaikan sebentar tadi.

5

Page 6: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

6. PERUTUSAN KP, KPM

Yanie Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis diteruskan dengan mendengar

Perutusan Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Majlis dengan ini menjemput Encik Syabul

Fadillah Bin __________________ untuk membaca

perutusan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Syabul di

atas kedudiaan membaca perutusan sebentar tadi.

7. PERUTUSAN MENTERI

Kak Shaky Hadirin sekalian,

Tidak lengkaplah majlis kita, jika kita semua tidak

mendengar Perutusan daripada Menteri Pendidikan

Malaysia. Oleh yang demikikan, majlis menjemput dan

mempersilakan Encik Suhaimie Bin ________________

untuk membacakan perutusan daripada Menteri

Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik Suhaimie kerana sudi

membacakan perutusan sebentar tadi.

6

Page 7: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

8. SIMBOLIK SERAH TUGAS DAN UCAPAN

PENGETUA

Yanie

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Pengetua SMK Sungai Pusu,

Pn Arfah Binti Abd Rahman diiringi oleh Puan Zaharah Bt

Saad, Penolong Kanan, SMK Sungai Pusu untuk naik ke

pentas untuk menyempurkan acara Simbolik Penyerahan

Tugas.

Dijemput Puan Zaharah memakaikan mahkota dan

selempang kepada Puan Arfah sebagai simbolik

penyerahan tugas kepada Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaharah dan

dijemput Puan Pengetua untuk menyampaikan amanat

dan ungkapan keramat sempena Hari Guru pada tahun ini.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Arfah di atas ucapan

yang disampaikan sebentar tadi.

Mekar melati diapit kejora,

Kuntuman tersemat, jadi pamitan,

Tersentuh hati mendengar bicara,

Ungkapan azimat jadi ingatan,

7

Page 8: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

9. NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA

Kak Shaky

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak

akan lengkap tanpa mendengar nyanyian lagu Guru

Malaysia dan _________________________. Dengan ini,

majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama

naik ke atas pentas bagi menyanyikan lagu Guru Malaysia

dan _______________________ yang akan diketuai oleh

___________________________.

Menghilau laksana pokok kiambang

Di dalam kali tumbuh melata,

Setahun sekali nyanyian berkumandang,

Berbakat sekali guru-guru kita.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan

semua guru SMK Sungai Pusu di atas nyanyian yang

begitu bersemangat sebentar tadi. Hadirin dijemput untuk

mengambil tempat di bawah pentas.

8

Page 9: Teks Pengerusi Majlis Hari Guru 2015

10. TAYANGAN MULTIMEDIA & PENUTUP

Yanie

Hadirin sekalian,

Mohon mengalihkan pandangan anda ke layar putih untuk

sama-sama kita saksikan sebuah tayangan multimedia

yang disediakan khas sempenan Sambutan Hari Guru

peringkat sekolah pada hari ini. Setelah selesai tayangan

multimedia sebentar saja nanti, kami serahkan majlis

kepada Mohd Afif Syazani dan Nurul Asyikin untuk

meneruskan majlis.

Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum

w.b.t.

9