60919120 teks pengacara majlis hari anugerah cemerlang kali ke 4 2011

Upload: nurulnazlynn-ahmad-mardi

Post on 15-Jul-2015

336 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Juruacara 2

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn.Hj Rozali bin Hj Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah diiringi oleh dif-dif kehormat. Selesai Tetamu kehormat sampai ditempat duduk Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri Selesai Nyanyian lagu NegaraKu Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Tn.Hj Rozali bin Hj Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negari Kedah Yang Berbahagia,Tn Hj Mohd Jamil bin Md Noh Pegawai Pelajaran Negeri Kedah Yang Berusaha Tn.Hj Zainol bin Lateh, Yang Dipertua PIBG, SMA Daril Iktisam Yang Berusaha Ustaz Khubaib bin Ramli Pengetua SMA Daril Iktisam Tuan-tuan pengetua daerah padang terap, wakil-

cue Juruacara 2

Cue Juruacara 1

wakil pengetua, AJK PIBG, para ibu bapa, guruguru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMADI kali ke-4 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Tn. Hj Rozali bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SMADI pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Adik Mohd Akmal bin Ainsha untuk memimpin bacaan doa. Cue Selesai Bacaan doa

Juruacara 1

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik

Mohd Akmal bin Ainsha sebentar tadi.

atas bacaan doa

Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia Cue Juruacara 2 Selesai Persembahan multimedia Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif Cik Sakinah bt Sofiyuddin pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan pembukaan oleh pasukan burdah sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Cue Juruacara 1 Selesai Burdah Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan burdah sekolah sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan burdah tadi dibimbing oleh Ustaz Hj Musafa bin omar. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua SMA Daril Iktisam Ustaz Khubaib bin Ramli. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Khubaib bin Ramli, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Cue Juruacara 1 Selesai Ucapan pengetua Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Ustaz Khubaib bin Ramli, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Razali bin Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMADI kali ke-4 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Selesai Ucapan perasmian Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

CUE Juruacara 1

Yang Berbahagia Tn Hj Razali bin Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis anugerah cemerlang berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Menengah Agama Daril Iktisam. Cue Juruacara 2 Selesai Persembahan pelajar. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan nasyid sekolah sebentar tadi. Untuk makluman semua, lagu pertama yang disampaikan oleh pelajar tadi merupakan lagu sekolah hasil ciptaan Cikgu Mohd Saifuddin dan persembahan Persembahan itu tadi dibimbing oleh Cikgu Mohd Saifuddin.

Juruacara 2

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah Sekolah

Menengah Agama Daril Iktisam. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Rozali bin Hj Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah diiringi oleh Pengetua SMA Daril IKtisam untuk menyampaikan anugerah kepada pelajarpelajar dan guru-guru. Juruacara 2 Anugerah pelajar cemerlang setiap tingkatan TINGKATAN 1 Tempat pertama Muhammad akmal bin ainsha Tempat kedua Muhammad qayyum bin ismail Tempat ketiga Ibrahim bin che meh TINGKATAN 2 Tempat pertama Muhd ridzuan bin baharin Tempat kedua Nur fazliatun hakimah binmustafa Tempat ketiga

Eza izwani binti osman TINGKATAN EMPAT Tempat pertama

Siti Mariam Binti Abu Bakar Yab

Tempat kedua Syifaa Binti Arifin Tempat ketiga Rahimah Binti Mohd Daud - SETERUSNYA ANUGERAH CEMERLANG MATA PELAJARAN MENGIKUT TINGKATAN MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 11.

Ibrahim Bin Che Meh- sains,bahasa arab, matematik Akmal Bin Ainsha-al-quran,nahu, tauhid, sirah,hadis,fekah Fatin Idayu Bin Mohd Yusuf al-quran

2.

3.

4. Norsyasha iylia bt mohd shar-al-quran,tafsir MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 2 1. Eza izwani bin osman-al-quran 2. Fazliatun hakimah binti mustafa- tafsir,hadis

3. Riduan bin baharin-mutalaah

MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 41.

Siti Mariam Binti Abu Bakar Yab Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Perdagangan,Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah Rahimah Binti Mohd Daud-Pend Syariah , AlQuran Sunnah

2.

- BERIKUT DIUMUMKAN PULA ANUGERAH KHAS KURIKULUM

Terbaik pmr- Fatin Nabilah Bt Kasim Terbaik smra Siti Mariam Bt Abu Bakap Yap Terbaik spm Ahmad Syahmi Bin Shukran

Bagi anugerah seterusnya iaitu anugerah AlKhawarizmi pelajar dinilai daripada pencapaian dalam 3 subjek iaitu English, Matematik dan sains. Selain daripada itu, penilaian juga dibuat berdasarkan sahsiah dan kokurikulum pelajar. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Adik Siti Maryam bt Abu Bakar Yap.

-

BERIKUT DIUMUMKAN ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM

ANUGERAH KOKURIKULUM Lelaki- Mohd Shuzairi bin Baharom Perempuan- Syifaa bt Ariffin

- SETERUSNYA ANUGERAH KHAS SEKOLAH TOKOH PELAJAR SMADI 2010 Siti Mariam Binti Abu Bakar Yab

Bagi menggalakkan kehadiran penuh pelajar ke sekolah, maka pihak sekolah telah mewujudkan anugerah sifar ponteng kepada pelajar-pelajar yang mempunyai rekod kehadiran penuh selama setahun bersekolah. Dengan ini diumumkan anugerah sifar ponteng ini dberikan kepada: 1) Adik mohd syazwan ismail dari tingkatan 1 2) Adik Mohd Dzulkarnain bin M.azmi-tingkatan 2 3) Adik Mohd Izham bin Abu Bakar-tingkatan 2 4) Adik Mohd Ridzuan bin Baharin-tingkatan 2 5) Adik Nur Atiqah bt Abd Rahman-tingkatan 2

6) Adik Mohd Yaziz bin Said tingkatan 4

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKELIAN, ANUGERAH HARI INI JUGA DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU YANG TELAH BERJAYA MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN PRESTASI AKADEMIK UNTUK SUBJEK PEPERIKSAAN AWAM PMR,SPM 100%.

Bagi mendahului penganugerahan ini, majlis mempersilakan1.

Cikgu Azizah bt Abdul Aziz subjek Bahasa Melayu PMR dan SPM. Cikgu Mohd Saifuddin bin Md Aziz @ Yaacob KHB bagi peperiksaan PMR

2.

3. Ustazah Zamayah bt Ramli subjek Pendidikan Agama Islam PMR. 4. Cikgu Zalifah bt Abd Razak- Subjek Sains SPM. Juruacara 1 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Rozali bin Hj Hashim Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua SMA

Daril Iktisam Ustaz Khubaib bin Ramli untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Tn Hj Razali bin Hashim. Cue Juruacara 2 Selesai Penyampaian cenderahati Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Razali bin Hashim atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajarpelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masingmasing. Hadirin sekalian, penghujung acara kita telah pun berada di

Juruacara 1

Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja. Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-4 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Juruacara 2 Dengan itu berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Untuk itu dijemput Tuan Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Tn.Hj Rozali bin Hj Hashim dan Tn Hj. Mohd Jamil bin Md Noh tetamu-tetamu kehormat, dif-dif kehormat, dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan di bilik jamuan. Dipersilakan.