teks hari kualiti 2014

26
PART 1 TEKS SAMBUTAN HARI INOVASI 2014 PERINGKAT NEGERI MELAKA Yang Berbahagia Datuk Haji Md Rashid bin Haji Hussin Pengarah Pendidikan Melaka Yang berusaha Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Sidek Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kualiti 2014 peringkat Negeri Melaka Yang dihormati Tuan Haji Ahmad Kamal bin Ramtan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Melaka Yang dihormati Barisan Ketua-ketua Sektor Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka 1

Upload: yonz-aliati

Post on 02-Oct-2015

338 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks mc

TRANSCRIPT

PART 1

TEKS SAMBUTAN HARI INOVASI 2014 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Yang Berbahagia Datuk Haji Md Rashid bin Haji HussinPengarah Pendidikan MelakaYang berusaha Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd SidekTimbalan Pengarah Pendidikan Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kualiti 2014 peringkat Negeri Melaka

Yang dihormati

Tuan Haji Ahmad Kamal bin Ramtan,

Ketua Sektor Jaminan KualitiJabatan Pendidikan MelakaYang dihormati

Barisan Ketua-ketua SektorKetua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka

Pegawai- Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka TengahKetua-ketua Unit Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka Jawatankuasa Pengelola Hari Inovasi 2014,Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 tahun. JPN Melaka No 1.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, nikmat kesihatan dan kelapangan yang dikurniakan, maka kita dapat bersama-sama dalam MENJAYAKAN Hari Inovasi Peringkat Jabatan Pendidikan Melaka 2014 ini.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada penceramah kita iaitu Tuan Haji Jasni bin Ishak, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Sedikit Biodata Tuan Penceramah kita:

1.

2.

3.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Jasni bin Ishak, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru untuk menyampaikan ceramah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Jasni bin Ishak diatas ceramah yang begitu bermakna itu tadi semoga segala input-input yang di sampaikan dapat memberi suntikan semangat ke dalam diri kita semua demi mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dipersilakan Tuan Hj Md Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan untuk mengiringi Yang berbahagia Datuk Hj Md Rashid Bin Hj Hussin Pengarah Pendidikan Melaka untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan Tuan Haji Jasni bin Ishak . Dipersilakan. Terima kasih Yang Berbahagia Datuk Pengarah dan Tuan Timbalan Pengarah di atas penyampaian cenderamata itu tadi. Yang Berbahagia Datuk Pengarah, Tuan-tuan dan puan-puan kita berehat sebentar sebelum meneruskan sesi ke dua program kita pada pagi ini. Dipersilakan untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan dan kembali semula ke dalam dewan jam 10. 25 pagi nanti.

Yang Berbahagia datuk, tuan tuan dan puan-puan, kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini. dengan persembahan Kumpulan Inovatif dan kreatif. dipersilakan KUMPULAN EZnet dari Sektor Maklumat(ICT) Jabatan Pendidikan Melaka untuk sesi Persembahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN EZnet Sektor Maklumat (ICT) Jabatan Pendidikan Melaka di atas persembahan yang hebat itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput pasukan daripada Malim Nombor 1(MANS) dari Sekolah Kebangsaan Malim untuk meneruskan sesi Persembahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan MANS dari Sekolah Kebangsaan Malim di atas persembahan yang menarik itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, tamatlah sudah sesi pertama Hari Inovasi peringkat Jabatan Pendidikan Melaka2014. Sebentar sahaja lagi Majlis Perasmian Penutup akan berlangsung. Tuan tuan dan puan-puan diharap kekal berada di dalam dewan yang indah ini. terima kasih.

PART 2

TEKS SAMBUTAN HARI INOVASI 2014 PERINGKAT NEGERI MELAKAPENGUMUMAN KEPADA HADIRIN/TETAMU JEMPUTANPara hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing.

KETIBAAN TUAN PENGARAHMengumumkan ketibaan Yang berbahagia DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kualiti Teras Kejayaan.Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASIYang berbahagia

DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)Yang Berbahagia Datuk Haji Md Rashid bin Haji HussinPengarah Pendidikan MelakaYang berusaha Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd SidekTimbalan Pengarah Pendidikan Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kualiti 2014 peringkat Negeri Melaka

Yang dihormati

Tuan Haji Ahmad Kamal bin Ramtan,

Ketua Sektor Jaminan KualitiJabatan Pendidikan MelakaYang dihormati Barisan Ketua-ketua Sektor

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah

Ketua-ketua Unit Jabatan Pendidikan Melaka

Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Jawatankuasa Pengelola Hari Inovasi 2014,Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 tahun,

JPN Melaka No 1.

UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLISSarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seriAlhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Air Keroh DVillage ini.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berbahagia

DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)di atas kehadiran Yang Berbahagia Dr, bagi melancarkan lagi sambutan Hari Kualiti 2014 peringkat Negeri Melaka pada pagi yang mulia ini.

BACAAN DOATetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat;

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa dipohon biar selamat.Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan al-Fadhil Ustaz Anuar bin Suboh, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Melaka untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan.

(bacaan doa)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Anuar bin Suboh di atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PENASIHAT HARI KUALITIHadirin yang dikasihi sekalian,

Usaha membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif memerlukan satu corak pemikiran berteraskan penciptaan, seperti yang disebutkan oleh Howard Gardner, sebagai Minda Penciptaan atau The Creating Mind. Minda sebegini memerlukan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan unik dalam melaksanakan tugasannya. Minda penciptaan memerlukan kebolehan menjangkau disiplin ilmu serta menggabungjalinkan idea-idea yang tidak terbatas bagi menghasilkan idea-idea baru yang hebat dan mengkagumkan. Minda seperti inilah yang perlu dibudayakan dalam Jabatan Pendidikan Melaka khususnya, dan Perkhidmatan Awam amnya. Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Md Rashid bin Haji Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan Pengarah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang berbahagia Datuk Pengarah atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia

DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis serta menyempurnakan gimmick sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 2014 ini. Dipersilakan.

Dipersilakan Yang berbahagia Dr Zulkifli untuk melancarkan gimmick sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 2014.

Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat kepada yang Yang berbahagia

DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM atas ucapan dan penyempurnaan gimmick itu tadi.

BACAAN IKRAR

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara bacaan ikrar Hari Inovasi yang akan dipimpin oleh Encik Nazarudin bin Ahmad, Penolong Ketua Jurulatih Pusat Ko Kurikulum Jabatan Pendidikan Melaka untuk mengetuai pembacaan Ikrar.Hadirin mohon berdiri.(bacaan ikrar)Terima kasih diucapkan kepada Encik Nazarudin bin Ahmad atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi. Semoga semua jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian dapat menanamkan sikap untuk terus berusaha mencapai kualiti diri, agama, bangsa, dan Negara yang lebih cemerlang.

PENYAMPAIAN HADIAH/SIJILHajat dihati meminang cik NyonyaSinggah berhenti makan nasiKini sudah tiba masanyaPenyampaian anugerah Hari InovasiMajlis kini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah serta sijil penghargaan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014.

Untuk menyempurnakan upacara ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput yang Yang Berbahagia Datuk Haji Md Rashid bin Haji Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka untuk mengiringi Yang berbahagia

DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SAINS) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) naik ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil penghargaan bagi aktiviti dan pertandingan-pertandingan Hari Inovasi yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014.1) Sijil Penghargaan Penderma Darah bagi Jabatan Pendidikan Melaka dipersilakan: encik MOHD YAZID BIN BAHROM

cikSHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN

puan ZAINAB KARTINA BINTI ABDULLAH

encik JAAFAR BIN ABU SAMAH

encik MOHAMAD AZDLY SHAH BIN JAMALUDIN

encik NEZAM BIN MD DERUS

encik ABD AZIZ BIN ATTAN

encik ABDULLAH BIN HASHIM

encik YUSRI BIN SURAT

encik LEE SIANG YIN

encik GANGGATHARAN SRI RAMAN

puan MALA A/P PERUMAL KAYADAN2) PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA SEKOLAH YANG MENDAPAT SIJIL AUDIT TANPA TEGURAN PENGURUSAN KEWANGAN BAIK TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

PENGETUA Sek. Men. Keb. Muzaffar Syah

PENGETUA Sek. Men. Keb. Infant Jesus Convent

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Demang Husin

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Lereh

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Tengkera 1

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Paya Rumput

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang

GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Pegoh

GURU BESAR Sek. Jen. Keb. (Cina) Sungai Udang

GURU BESAR Sek. Jen. Keb. (Cina) Malim

GURU BESAR Sek. Jen. Keb. (Cina) Pondok Batang

GURU BESAR Sek. Jen. Keb. (Cina) Pay Yap

GURU BESAR Sek. Jen. Keb. (Cina) Pay Chuin 3) PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN HARI INOVASI

JABATAN PENDIDIKAN MELAKAKETIGA:CIK SHERILYN EMARIZA BINTI

SHARIFFUDDIN

(UNIT KEWANGAN)KEDUA:PUAN KHADIJAH BINTI OTHMAN

(UNIT SAINS SOSIAL)PERTAMA:ENCIK JAAFAR BIN ABU SAMAH

(UNIT PENDIDIKAN KHAS)

4) PERTANDINGAN PENGURUSAN BERKUALITI (JABATAN PENDIDIKAN MELAKA, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MELAKA DAN PUSAT KEGIATAN GURU)Antara Ciri-ciri Pengurusan berkualiti ialah: Kepimpinan yang komited kepada pemberian perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan tahap kualiti senantiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa, Penglibatan semua warga dalam merealisasikan visi, misi serta objektif Jabatan

dan membudayakan Amalan 5S dan EKSAPemenang bagia. KATEGORI ANTARA SEKTOR/UNIT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI :

HADIAH :KETIGA :

UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEDUA:

UNIT PEMBANGUNAN DAN UNIT PEROLEHAN & ASETPERTAMA :

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

b. KATEGORI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERIPERTAMA :

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKAc. KATEGORI PUSAT KEGIATAN GURU

PERTAMA :

PUSAT KEGIATAN GURU MASJID BARU5) PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PENDIDIKAN MELAKA KALI KE-5 TAHUN 2014

DipersilakanKUMPULAN INDIGO

SEK. JEN. KEB. CINA MALIMuntuk menerima Sijil Penyertaan

KUMPULAN WARISAN MGSS

SEK. MEN. KEB. (P) METHODISTuntuk menerima Sijil Penyertaan

KUMPULAN DEDIKASI TERBAIK!!!

SEK. KEB. SEMABOK

untuk menerima Sijil Penyertaan

Tempat KetigaKUMPULAN MANS (MALIM NOMBOR SATU)

SEK. KEB. MALIM

Tempat Kedua: KUMPULAN BESTARI

SEK. JEN. KEB. CINA WEN HUATempat Pertama:

KUMPULAN EZnet

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

6) ANUGERAH TOKOH KUALITI 2014Antara Ciri-ciri Tokoh Kualiti ialah: Komited, berdedikasi dan bekerja keras melebihi keperluan , mempertingkatkan dan martabatkan pendidikan

Usaha yang dinamik untuk menghasilkan penambahbaikan

Rajin dan berinovasi atau berdaya maju. Dipersilakan:SEKTOR JAMINAN KUALITI

ENCIK ROSMI BIN ABDUL RASHID

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

ENCIK YAHYA BIN MD TAP

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

ENCIK ISMAIL BIN ALISEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

PUAN JAMALIAH BINTI MD NOH

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

PUAN HJH SHAMSIAH BINTI HJ MAHMUD

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

ENCIK ABD MAJID BIN ABU BAKAR

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

PUAN KHADIJAH BINTI AHMAD

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

PUAN HAZLINA BINTI ABD MANAN

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

PUAN SURIAYATI BINTI HAMZAH

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

PUAN AZIAWATI BINTI SAMSUDIN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH

1. ENCIK ALI AZIZAN BIN ABD AZIZ

2. ENCIK NOR AZMAN BIN MAT NOR

3. PUAN HAZLINA BINTI MASROPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ALOR GAJAH

1. ENCIK SAIFULLAH BIN ABDUL WAHAB

2. PUAN NORSYAZWANI BINTI MOHD ISA

3. ENCIK ABDULLAH HISHAM BIN HASHIM

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN

1. ENCIK ZAINUDDIN BIN ABDULLAH

2. ENCIK AZMEER BIN MUTHAR

3. ENCIK ABDUL KADIR BIN OTHMAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

DAN PUSAT KEGIATAN GURU

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA ENCIK ABU BIN SELIHAN

PKG BACHANG

ENCIK AHMAD NIZAM BIN MOHAMEDPKG MASJID BARU

PUAN ZAKIAH BINTI ABU BAKARPKG MASJID TANAHENCIK MOHD SHAIFULLIZAN BIN ZAINAL ABIDIN

(penyampaian anugerah)

PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN CENDERAMATA KEPADA YANG BERHORMATKini, kita tiba ke acara kemuncak, iaitu

ANUGERAH INOVASI JABATAN PENDIDIKAN MELAKA.TEMPAT KETIGA:

PEGAWAI PENYELARAS : ENCIKSAAHARI BIN MAT DALI

TAJUK INOVASI

: iCalSPA

KATEGORI

:PENGURUSAN

NAMA SEKTOR/UNIT: SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIKTEMPAT KEDUA:

PEGAWAI PENYELARAS : ENCIK MOHD FAIZAL B MUSA

TAJUK INOVASI

: PENGENDALI FAIL PERIBADI DAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN YANG SISTEMATIK (e-BPK)

KATEGORI

:PENGURUSAN

NAMA SEKTOR/UNIT: UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN

TEMPAT PERTAMA:

PEGAWAI PENYELARAS : PUAN KHADIJAH BTAHMAD

TAJUK INOVASI

: SISTEM PENILAIAN PROGRAM (e-PENILAIAN) JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

KATEGORI

:PENGURUSAN

NAMA SEKTOR/UNIT: SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM diatas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan Anugerah Hari Inovasi 2014 sebentar tadi.Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami dijemput Yang berbahagia Datuk Haji Md Rashid Bin Haji Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka, untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang berbahagia DR ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM .

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Pengarah di atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Ucapan Syabas dan tahniah dititipkan buat semua pemenang dan penerima sijil Hari Inovasi 2014. Semoga pencapaian pada tahun ini memberi semangat dan kekuatan dalam diri anda untuk terus berusaha mengungguli tingkat kecemerlangan yang lebih berkualiti.

PENUTUPDAN JAMUANBunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Kini, tiba masanya saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau bicara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan berkualiti membawa berkat

Hidup beramal bertunjangkan iman.Dijemput Yang BerBAHAGIA Dr , Yang berbahagia Datuk Pengarah, dif dif kehormat dan hadirin-hadirat sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

-end-

1