teks pengarah program bersamamu

Upload: hamizahsy

Post on 12-Oct-2015

144 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

TEKS PENGARAH PROJEK PROGRAM BERSAMAMUTerima kasih,Saudara/i Pengacara MajlisYang Berusaha Tuan Guru Besar En. Ibrahim b. Abdul RahmanYang berusaha Penolong2 kanan, guru2, rakan 2 guru intership dan murid-murid yang di sayangi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam SejahteraAlhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama di Dalam Program Bersamamu Sk Padang Hiliran.

Terlebih dahulu, saya mewakili guru guru intership ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberikan ruang dan waktu dalam menjayakan program yang dianjurkan ini.

Warga skph yang dikasihi sekalian,Saya percaya murid murid pernah menonton program bersamamu yang pernah ditayangkan di stesen tv . konsep yang diterapkan dalam program bersamamu skph juga berinspirasikan program bersebut.Ia merupakan satu program yang berbentuk amal yang dilaksanakan untuk memberi sumbangan kepada insane-insan yang kurang bernasib baik dalam meneruskan kehidupan.Oleh itu, diharapkan program ini mampu menggalakkan amalan menderma dalam diri murid khusus dalam bentuk pakaian yang terpakai.

Sumbangan pakaian yang didermakan akan dihantar kepada Rumah Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) yang terletak di bukit paying.Kutipan pakaian akan dikutip bermula hari esok sehingga hari rabu.Bakul-bakul pakaian akan disediakan bagi memudahkan murid untuk meletak pakaian.Penutup.Oleh itu, cikgu berharap semua murid dapat mengambil bahagian dalam program ini kerana dengan kerjasama yang diberikan oleh kamu dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Semoga program ini dapat berlangsung dengan lancer dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.