teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … · forensik jabatan kimia malaysia cawangan sabah dan...

23
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2014 _______________________________________ 13 OKTOBER 2013 (ISNIN) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: dangkiet

Post on 29-Jun-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 10/2014

_______________________________________

13 OKTOBER 2013 (ISNIN)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

1

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Ditepati Terima kasih kepada saudara dan saudari pengacara majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja

Jabatan Kimia sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

2

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia

Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2014

pada pagi yang berbahagia ini.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih kepada

warga kerja Bahagian Penyelidikan dan

Jaminan Kualiti (PJK), penganjur perhimpunan

bulanan bulan Oktober 2014 kerana telah

berusaha gigih dalam memastikan

perhimpunan kali ini berjalan dengan jayanya.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

3

Hadirin sekalian,

PERASMIAN PUSAT DNA FORENSIK

JABATAN KIMIA CAWANGAN SABAH &

PELANCARAN APLIKASI PRA

PENDAFTARAN SP1M (SISTEM

PENGURUSAN INFORMASI MAKMAL)

3. Pada 12 September yang lepas, YB

Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi

dan Inovasi telah merasmikan Pusat DNA

Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan

Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra

Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan

Informasi Makmal) bertempat di Jabatan Kimia

Malaysia, Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Abu

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

4

Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri

MOSTI) dan Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd.

Nur (Ketua Setiausaha MOSTI). Seramai dua

ratus tetamu dari beberapa jabatan dan agensi

dibawah MOSTI dan juga jabatan-jabatan

persekutuan di Sabah turut hadir pada hari

tersebut. Sembilan pegawai dari Jabatan Kimia

Malaysia Petaling Jaya , di antaranya ialah

saya, Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan

Hj. Ismail Talib, Timbalan Ketua Pengarah

Kimia, Dr. Kamarruddin Bin Asri, Pengarah

Forensik, Tengku Muhamad Bin Tengku

Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat

Pengurusan, Encik Baktiar Kassim, Ketua

Seksyen DNA, tiga pegawai ICT dan Pegawai

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

5

Perhubungan Awam (PRO) telah menghadiri

majlis ini dan memberi sokongan moral kepada

warga kimia Sabah.

4. Pusat DNA Forensik di Jabatan Kimia

Malaysia Cawangan Sabah ialah pusat yang

kelima di Jabatan Kimia Malaysia selepas

pusat DNA Forensik di Johor, Pulau Pinang,

Sarawak dan Ibupejabat di Petaling Jaya,

Selangor. Ianya telah mula diubahsuai dengan

bantuan dan seliaan pegawai dari Pasukan

Projek Sabah, JKR Malaysia pada 24 Oktober

2013 dan kerja-kerja pengubahsuaian telah

selesai pada 09 Disember 2013. Kos yang

dibelanjakan untuk pengubahsuaian makmal

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

6

latihan di tingkat bawah kepada pusat DNA

Forensik ialah RM 214, 468.00. Manakala kos

peralatan saintifik termasuk latihan ialah

RM2.922 juta. Kerja validasi kaedah-kaedah

ujian dijalankan dari bulan Januari sehingga 06

Jun 2014 dan perkhidmatan analisa DNA

bermula pada 09 Jun 2014.

5. Pada hari yang sama, YB Datuk Dr.

Ewon Ebin telah turut melancarkan Aplikasi

Pra Pendaftaran SPIM Jabatan Kimia Malaysia

. Aplikasi ini yang beroperasi secara atas talian

adalah satu lagi usaha inovatif Jabatan Kimia

Malaysia untuk memberi kemudahan kepada

para pelanggan mendapatkan perkhidmatan

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

7

Jabatan ini. Aplikasi ini telah berjaya

diintegrasikan dengan sistem SPIM Jabatan

Kimia Malaysia dan penggunaan aplikasi ini

dapat mengurangkan masa menunggu

pelanggan di kaunter-kaunter pendaftaran kes

dan mempercepatkan proses penerimaan

barang kes.

6. Saya ingin mengucapkan tahniah dan

syabas kepada semua warga Kimia Sabah

serta terima kasih kepada semua yang

berusaha dan bertungkus lumus dalam

menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

8

Hadirin sekalian

PROGRAM KIMIA KE DESA KELANTAN

7. Program Kimia Ke Desa Kelantan telah

diadakan pada 19 – 21 September 2014 di

Kampung Kajang Sebidang, Pengkalan Kubor,

Kelantan. Program ini telah diserikan dengan

kehadiran YB Datuk Dr. Abu Bakar bin

Mohamad Diah (Timbalan Menteri MOSTI) dan

juga Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Hj. Yahaya

(Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI).

Projek ”KIMIA KE DESA” adalah merupakan

projek Pembudayaan Sains Teknologi dan

Inovasi (STI) 2014, Jabatan Kimia Malaysia,

Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi

(MOSTI) yang diadakan sebagai menyahut

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

9

seruan kerajaan supaya agensi dan jabatan

kerajaan mempunyai program “Corporate

Social Responsibility (CSR)” untuk

dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Projek ”KIMIA KE DESA” adalah berkonsepkan

kepada Lawatan Turun Padang oleh pemimpin

peringkat Kementerian dan Agensi-Agensi

dibawahnya bagi mendekatkan diri dengan

masyarakat kampung demi menjalinkan

ukhwah dan silaturrahim.

8. Jabatan Kimia Malaysia adalah agensi di

bawah Kementerian Sains Teknologi Dan

Inovasi merupakan agensi kerajaan yang

terlibat secara langsung dalam Analisis Kimia

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

10

dan merasa bertanggungjawab dan ingin

berkongsikan maklumat dengan masyarakat

setempat terutama penduduk kampung

tentang fungsi dan tanggungjawab MOSTI

amnya dan Jabatan Kimia Malaysia

khususnya.

9. Kawasan Kampung Kajang Sebidang

menjadi pilihan dan keutamaan kerana

penduduk luar bandar masih kurang terdedah

dengan maklumat-maklumat media semasa.

Terima kasih kepada warga Kimia Kelantan

kerana berusaha dengan gigih untuk

kelancaran program tersebut.

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

11

Hadirin sekalian

PROGRAM KREATIVITI DAN SCIENCE4U -

MOSTI

10. Pihak Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program

Kreativiti dan Science4U di beberapa lokasi

pada bulan September 2013 iaitu pada 6-8

September 2014 di SMK Merpati, Sandakan,

Sabah dan pada 23-24 September 2014 di

SMK Getting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

11. Jabatan Kimia Malaysia dalam

menunjukkan sokongan padu dan komitmen

sebagai salah satu agensi di bawah MOSTI

telah turut serta mengambil bahagian dalam

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

12

program tersebut melalui makmal-makmal

Cawangan iaitu JKMC Kota Kinabalu dan

JKMC Kelantan. Program ini bertujuan untuk

meningkatkan tahap kesedaran pentingnya

sains dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah

dan masyarakat setempat. Terima kasih saya

ucapkan kepada JKM Cawangan yang

mengambil bahagian mewakili Jabatan.

Hadirin Sekalian

JELAJAH IKON SAINTIS, PERINGKAT

NEGERI MELAKA

12. Pihak Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Melaka telah menyertai pameran di

bawah Program Jelajah Ikon Saintis, anjuran

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

13

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) di Sekolah Menengah Kebangsaan

Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka. Program

ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri

MOSTI, YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad

Diah. Objektif program ini ialah untuk

merangsang pertumbuhan minda pelajar agar

meminati pelajaran sains dan mendedahkan

pelajar dengan aktiviti sains yang digunakan

dalam kehidupan harian. Ia juga bertujuan

untuk memotivasikan pelajar bagi menceburi

bidang sains dan teknologi, hasil perkongsian

pengalaman dan kejayaan dengan saintis.

Terima kasih saya ucapkan kepada JKM

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

14

Cawangan Melaka yang mengambil bahagian

mewakili Jabatan dalam program tersebut.

Hadirin Sekalian

KURNIAAN PINGAT KEBESARAN

13. Seterusnya ucapan syabas dan tahniah

kepada warga Kimia Malaysia yang telah

dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) iaitu:

Tengku Ali Bin Tengku Abdullah, Pengawal

Keselamatan KP14 JKMC Pahang yang

merupakan veteran tentera telah menerima

Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi menghargai

jasa dan pengorbanan mempertahankan

kedaulatan negara semasa zaman darurat

menghapuskan pengganas komunis. Kurniaan

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

15

itu diberi oleh Pertubuhan Kumpulan Veteran

Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Negeri

Pahang. Pingat tersebut disampaikan oleh

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri

Ismail Abdul Mutalib dalam satu Majlis

Program Himpunan Veteran Angkatan Tentera

Malaysia Negeri Pahang di Dewan Arena YAM

Tengku Muda Pahang, Maran pada 20

September 2014.

Hadirin Sekalian

MESEJ INTEGRITI

14. Sebagai penjawat awam, adalah menjadi

tanggungjawab kita untuk memelihara integriti

perkhidmatan awam semasa menggunakan

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

16

kemudahan media sosial di internet.

Berdasarkan pemerhatian Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA), didapati terdapat

pegawai awam menggunakan media sosial

untuk menjalankan perniagaan sama ada

penjualan produk atau perkhidmatan termasuk

waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan

pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej

pegawai awam dan Kerajaan.

15. Pada dasarnya, pegawai awam yang

terlibat dengan perniagaan melalui media

sosial atau dalam talian adalah disifatkan

melakukan pekerjaan luar. Di bawah peraturan

5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Page 18: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

17

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana

pegawai awam yang bercadang untuk

melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan

terlebih dahulu mendapatkan kebenaran

bertulis daripada Ketua Jabatannya.

16. Ketua Jabatan hendaklah memberi

perhatian kepada tatakelakuan yang telah

ditetapkan semasa menimbang permohonan

berkenaan dan hendaklah memastikan

pekerjaan itu:

i) Tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan

semasa pegawai itu dikehendaki

melaksanakan tugas rasminya;

ii) Tidak dengan apa-apa cara cenderung

menjejaskan kebergunaan pegawai itu

Page 19: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

18

sebagai seorang pegawai perkhidmatan

awam; dan

iii) Tidak dengan apa-apa cenderung

bercanggah dengan kepentingan

perkhidmatan awam atau menjadi tidak

selaras dengan kedudukan pegawai itu

sebagai pegawai perkhidmatan awam.

Hadirin Sekalian

PENUTUP – PELANCARAN BULAN

BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT

JABATAN KIMIA MALAYSIA

17. Bahasa adalah alat komunikasi yang

paling asas antara manusia. Melalui bahasa

yang baik dan betul, kita dapat menyampaikan

Page 20: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

19

mesej kepada para pelanggan dan tetamu

kita. Di negara kita, kempen penggunaan

bahasa Kebangsaan telah pun dimulakan

semenjak tahun 60an lagi dalam pelbagai

bentuk, sehinggalah kempen Bulan Bahasa

Kebangsaan yang telah diperkenalkan sejak

tahun 2009. Untuk makluman Tuan/Puan

sekalian, pada tahun ini, Bulan Bahasa

Kebangsaan Peringkat Kebangsaan telah pun

bermula dari bulan September sehinggalah

pada November ini.

18. Tahun ini merupakan tahun pertama

pihak PEMURNI Jabatan Kimia Malaysia

menganjurkan kampen Bulan Bahasa

Page 21: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

20

Kebangsaan dengan sokongan dari Dewan

Bahasa dan Pustaka, PUSPANITA dan Kelab

Kebajikan dan Sukan Kimia. Saya juga

difahamkan bahawa pihak Dewan Bahasa

telah tertarik dengan cadangan yang

dikemukkan oleh kita dan telah bermurah hati

untuk memberikan peruntukan untuk

menjayakan Kempen Bulan Bahasa

Kebangsaan di peringkat Jabatan Kimia.

19. Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini

adalah bertujuan untuk:

i) Memantapkan, memperkukuh dan

mempamerkan jati diri dan citra bangsa

Malaysia

Page 22: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

21

ii) Menguatkan rasa megah terhadap

bahasa kebangsaan.

iii) Mengeratkan dan memperkukuh

perpaduan bangsa melalui bahasa

kebangsaan.

iv) Menyemarakkan peranan bahasa

kebangsaan sebagai tonggak pembinaan

negara bangsa di kalangan kakitangan

Kimia.

20. Saya difahamkan beberapa program

menarik telah dirangka sepanjang bulan

bahasa Jabatan Kimia Malaysia. Saya

berharap Tuan/Puan dapat mengambil

kesempatan ini untuk memberi komitmen dan

Page 23: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan Informasi

PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014

22

sokongan tinggi kepada aktiviti-aktiviti yang

dianjurkan sepanjang bulan ini. Bahasa yang

indah akan dapat memberi gambaran yang

baik kepada peribadi penuturnya.

Yang lorek itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.