teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … ucapan... · yg berusaha en. ... diharapkan warga...

27
1 | Page TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2014 ____________________________________ 11 FEBRUARI 2014 (SELASA) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: trankhanh

Post on 30-May-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

1 | P a g e

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 2/2014

____________________________________

11 FEBRUARI 2014 (SELASA)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

2 | P a g e

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

3 | P a g e

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur

dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana

dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita

bersama-sama berkumpul di dalam Majlis

Perhimpunan Ibu Pejabat Jabatan Kimia

Malaysia bagi Bulan Februari 2014 pada pagi

ini.

2. Saya juga ingin merakamkan

penghargaan kepada Pengarah dan semua

pegawai serta kakitangan Bahagian

Penyelidikan & Jaminan Kualiti (PJK) yang

mengambil giliran untuk menganjurkan majlis

perhimpunan pada pagi ini.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

4 | P a g e

3. Pada kesempatan ini, belum terlambat

untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut

Tahun Baru Cina kepada semua warga kerja

Jabatan Kimia Malaysia berbangsa Cina yang

telah menyambutnya pada 31 Januari 2014

yang lalu. Menurut zodiak Cina, tahun 2014

merupakan tahun Kuda. Dalam budaya Cina,

kuda merupakan simbol kebangsawanan,

kecepatan, ketangkasan dan ketekunan.

Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan

nilai/sikap yang sama ketika menjalankan

tugas. iaitu cepat, tangkas dan tekun.

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

5 | P a g e

4. Bagi warga kerja yang beragama Islam,

saya mengucapkan salam Maulidur Rasul

(1435H). Sambutan Maulidur Rasul yang telah

diadakan pada 14 Januari 2014 yang lalu

adalah untuk membangkitkan rasa cinta

kepada Rasulullah SAW dan mengingatkan

kembali umat Islam tentang perjuangan

Rasulullah SAW dalam membentuk

masyarakat madani. Saya difahamkan, enam

(6) warga kerja Kimia turut mengambil

bahagian dalam Majlis Perarakan Sempena

Hari Maulidurrasul di Putrajaya bersama

agensi-agensi lain di bawah MOSTI.

Hadirin sekalian,

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

6 | P a g e

PERSARAAN, KENAIKAN PANGKAT DAN

KEMASUKAN PEGAWAI BARU

5. Saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada

kakitangan KIMIA Malaysia yang telah bersara

wajib pada bulan Januari yang lalu iaitu

i) En. Lim Kong Boon, Pengarah

Bahagian Forensik yang telah bersara

wajib pada 18 Januari 2014;

ii) En. Mohd Yusof bin Awang, Pembantu

Makmal, C22 dari Bahagian Forensik

yang telah bersara wajib pada 12 Januari

2014;

iii) Pn. Aslamiah binti Kordi, Pembantu

Makmal, C22 dari Bahagian Forensik

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

7 | P a g e

yang telah bersara wajib pada 27 Januari

2014;

Terdapat juga kakitangan yang bersara pilihan

pada bulan Januari iaitu

i) Pn. Jasbeer Kaur a/p Kesar Singh,

Pegawai Sains, C54 dari Bahagian KAS

yang telah bersara awal pada 16 Januari

2014.

ii) Pn. Siti Maserah binti Selamat,

Pembantu Makmal, C22 dari JKMC Johor

yang telah bersara awal pada 01 Januari

2014.

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

8 | P a g e

Pada bulan Februari, kita telah/akan turut

kehilangan beberapa warga kerja atas sebab

persaraan. Mereka ialah

iii) Pn. Nor Hayati binti Zakaria, Pegawai

Sains, C48 dari Bahagian KAS yang telah

bersara awal pada 01 Februari 2014.

iv) Pn. Halimah binti Komeng, Pembantu

Tadbir, N22 (KUP) dari Bahagian BKP

yang telah memilih untuk bersara awal

iaitu juga pada 01 Februari 2014; dan

v) En. Razak bin Mohd, Pembantu Makmal,

C26 dari Bahagian Forensik yang akan

bersara wajib pada 18 Februari 2014 .

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

9 | P a g e

6. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang

warga Kimia Malaysia telah diluluskan

pemangkuan pada bulan Februari iaitu Pn.

Norizan binti Jaafar, pegawai sains gred C52

dari Bahagian BKP memangku Gred C54

berkuatkuasa 03 Februari yang lalu dan

ditempatkan di Seksyen Makanan, Bahagian

KAS;

7. Jabatan ini turut menerima 6 orang

kakitangan baru. Mereka ialah:

1. En. Fazarizul Azmi bin Hawari, Gred C17

yang ditempatkan di Bahagian KAS,

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

10 | P a g e

2. En. Nazwantul Idlan bin Mohammad

Rushle, Gred C17 ditempatkan di JKMC

Perak,

3. Pn. Sakinah binti Shahrin, Gred C17 juga

ditempatkan di JKMC Perak,

4. En. Sarkawi bin Yusop, Gred C17

ditempatkan di JKMC Johor,

5. En. Amir Hasbullah bin Salim, Gred C17

ditempatkan di JKMC Johor, dan

6. En. Janti anak Lanyon, Gred N11

ditempatkan di JKMC Kedah

8. Diharapkan semoga mereka dapat

menjalankan tugas dengan cemerlang bagi

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

11 | P a g e

memacu dan membawa Kimia Malaysia ke

mercu kegemilangan pada masa akan datang.

Hadirin sekalian

MESYUARAT HOD

8. Pada 20 – 23 Januari 2013 yang lalu,

Jabatan Kimia Malaysia telah mengadakan

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian (HOD) Bil.

1/2014. Mesyuarat ini telah dipengerusikan

oleh saya sendiri selaku Ketua Pengarah Kimia

Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh En.

Chang Hon Fong, Timbalan Ketua Pengarah

(Operasi), Tn. Hj. Ismail bin Talib, Timbalan

Ketua Pengarah (Dasar), Pengarah-pengarah

Bahagian, Pengarah-Pengarah Cawangan,

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

12 | P a g e

Ketua Seksyen-Ketua Seksyen serta Ketua

Unit-Ketua Unit. Diantara perkara yang

dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah

pembentangan pencapaian tahun 2013 dan

membincangkan pelan tindakan 2014 bagi

IbuPejabat serta Makmal Cawangan,

pembentangan status StarLIMS,

pembentangan pengagihan peruntukan

perbelanjaan 2014 serta perbincangan isu

pengurusan dan isu teknikal.

Hadirin sekalian

AMANAT 2014 KETUA SETIAUSAHA

NEGARA

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

13 | P a g e

8. Pada 20 Januari lalu pula telah

berlangsungnya sesi pertemuan Y. Bhg. Dato’

Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

bersama Penjawat Awam di Putrajaya

International Convention Centre (PICC) di

mana beliau telah menyampaikan beberapa

amanat untuk dipraktikkan dan dizahirkan oleh

seluruh penjawat awam khususnya pada tahun

2014 ini. Antara intipati amanat beliau adalah:

i) Memperkasakan dasar transformasi

negara – Transformasi yang

dimaksudkan adalah bersifat structural,

iaitu kepada dasar negara dan sistem

penyampaian perkhidmatan awam yang

berupaya meningkatkan daya saing

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

14 | P a g e

negara. Hanya dengan cara inilah,

negara kita akan berupaya mencapai

kadar pertumbuhan ekonomi yang

mampan. Hadirin sekalian pasti bertanya

apakah hubungkait transformasi yang

dicanangkan dengan penjawat awam.

Sebenarnya, apabila transformasi yang

dilakukan berupaya meningkatkan daya

saing negara, menjanakan kadar

pertumbuhan ekonomi yang positif,

Kerajaan akan dapat mempertimbangkan

insentif dan kemudahan-kemudahan lain

untuk kebajikan penjawat awam.

Penjawat awam diingatkan mengenai

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

15 | P a g e

perlunya meneruskan usaha

melaksanakan segala program

transformasi yang telah diperkenalkan

oleh Kerajaan.

ii) Penjawat Awam perlu taat setia

kepada Raja, Negara dan Kerajaan -

Sebagai tunjang kepada pelaksanaan

dasar negara, penjawat awam perlulah

menumpukan segala usaha dan tenaga

ke arah memenuhi keperluan

stakeholders kita. Dalam erti kata lain,

kita perlu menumpukan taat setia yang

tidak berbelah bagi kepada Raja, Negara

dan Kerajaan seperti yang digariskan

dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

16 | P a g e

adalah penting demi memastikan

kesinambungan pelaksanaan dasar dan

kejayaan program serta inisiatif yang

diperkenalkan oleh Kerajaan. Sekiranya

prinsip asas ini tidak dipatuhi dan

dihayati, maka ia akan menjejaskan

keyakinan rakyat kepada perkhidmatan

awam negara serta mendatangkan

implikasi yang lebih meluas dari segi

pelaburan asing yang mungkin terjejas

akibat dasar yang tidak konsisten atau

dilaksanakan sepenuhnya.

iii) Langkah-langkah Perbelanjaan

Berhemat Sektor Perkhidmatan Awam

- Perkhidmatan Awam telah memainkan

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

17 | P a g e

peranan ke arah mengurangkan

perbelanjaan awam dengan

pengumuman 11 langkah perbelanjaan

berhemat yang digariskan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri.

Langkah-langkah ini mencerminkan

penjawat awam turut berkongsi impak

pengurangan perbelanjaan bersama

rakyat, selaras dengan konsep

‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’.

iv) Keprihatinan Kerajaan Terhadap

Penjawat Awam - Dalam keadaan

beberapa negara menghadapi

kemelesetan ekonomi, pengangguran

Page 18: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

18 | P a g e

dan ketidakstabilan politik, Kerajaan

Malaysia masih mampu menyediakan

pelbagai ganjaran dan insentif kepada

penjawat awam. Antaranya; kenaikan

gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga

13% berkuat kuasa 1 Januari 2012;

penambahan gaji maksimum sebanyak 3

KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) dalam

struktur gaji bagi setiap gred untuk

membolehkan pegawai yang berada di

gaji maksimum menikmati Pergerakan

Gaji Tahunan; penambahan satu (1)

Kenaikan Gaji Tahunan bagi semua

penjawat awam; kenaikan pencen

tahunan sebanyak 2% setiap tahun mulai

Page 19: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

19 | P a g e

1 Januari 2013; dan pemberian Imbuhan

Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

pada tahun 2013 sebanyak setengah

bulan gaji atau minimum RM500. Selain

ganjaran dan insentif yang sebutkan tadi,

Kerajaan juga mengambil langkah untuk

memantapkan pembangunan kerjaya

penjawat awam melalui penambahbaikan

81 skim perkhidmatan seperti yang

diumumkan dalam Bajet 2014 yang

merangkumi: kenaikan taraf skim

perkhidmatan berikutan penetapan

kelayakan masuk minimum kepada

peringkat Penilaian Menengah Rendah

(PMR). Dengan penambahbaikan

Page 20: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

20 | P a g e

tersebut, skim-skim perkhidmatan di gred

gaji 1 hingga gred gaji 10 di naik taraf

kepada gred gaji 11; penggabungan skim

perkhidmatan dengan tujuan

mengembangkan pelbagai

kepakaran/kemahiran, penambahbaikan

peluang kemajuan kerjaya dan mobiliti

pegawai. Melalui proses ini, 19 skim

perkhidmatan telah digabungkan kepada

7 skim perkhidmatan; dan pewujudan

skim perkhidmatan bersepadu dengan

tujuan penambahbaikan peluang

kemajuan kerjaya berasaskan

kesinambungan perkhidmatan yang

melibatkan penggabungan 9 skim

Page 21: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

21 | P a g e

perkhidmatan kepada 5 skim

perkhidmatan. Untuk tahun 2014, seratus

(100) lagi skim perkhidmatan akan dikaji

semula dan ditambah baik. Saya

difahamkan itu termasuklah skim

perkhidmatan sains.

Kerajaan turut mengambil berat tentang

masalah kemampuan penjawat awam

memiliki rumah dengan harga yang

berpatutan. Menyedari hakikat ini,

Kerajaan telah melancarkan Skim

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

(PPA1M). Ini adalah kesungguhan dan

komitmen tidak berbelah bahagi

Page 22: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

22 | P a g e

Kerajaan untuk sentiasa mengutamakan

penjawat awam yang merupakan nadi

penggerak jentera pentadbiran Kerajaan.

9. Amanat lengkap boleh didapati di laman

intranet Jabatan. Diharap semua warga Kimia

meluangkan masa untuk membaca amanat

yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ KSN

seterusnya mengaplikasikan amanat yang

telah diberikan.

Hadirin Sekalian

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT

KEMENTERIAN

Page 23: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

23 | P a g e

10. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada

Puspanita Kimia Malaysia kerana telah berjaya

menjadi tuan rumah bagi pertandingan nasyid

puspanita peringkat Kementerian pada 23

Januari 2014 yang lalu. Sebanyak 6 pasukan

telah bertanding pada hari pertandingan

tersebut. Saya difahamkan YBhg. Datin

Rohanah, Pengerusi PUSPANITA

Kementerian berpuashati dengan penganjuran

nasyid ini. Saya juga ingin merakamkan

sekalung tahniah buat kumpulan nasyid

Jabatan Kimia yang diketuai oleh Pn. Haznita

Rose dari Bahagian PJK dan diuruskan oleh

Pn. Shuzeleene Faris kerana telah berjaya

menggondol tempat pertama. Saya mendapat

Page 24: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

24 | P a g e

tahu bahawa pasukan nasyid Kimia Malaysia

hanya dapat berlatih selama seminggu

sebelum pertandingan dijalankan.

11. Terima kasih juga kepada Pengarah

Bahagian dan Ketua Seksyen yang

memberikan pelepasan bagi ahli pasukan

nasyid untuk menjalani latihan nasyid awal

setengah jam dari masa rehat. Ini

membuktikan bahawa kerja berpasukan amat

penting dalam memastikan kejayaan sesuatu

tugasan. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi

kakitangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sebegini, walau bagaimanapun saya berharap

kerja hakiki diutamakan dan tidak diabaikan.

Page 25: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

25 | P a g e

Hadirin Sekalian

CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

12. Untuk makluman semua, selepas tamat

majlis perhimpunan kita pada hari ini, Pemurni

akan menganjurkan satu ceramah sempena

Maulidur Rasul yang bertajuk “Rasulullah

Qudwah Umat: Dimana Kita Dengan

Rasulullah” yang akan disampaikan oleh

Ustaz Roslan bin Mohamed (penceramah

jemputan TV9) bertempat di Dewan Syarahan,

Aras 1, Bangunan Forensik. Sambutan

Maulidur Rasul ini akan diserikan dengan

selawat dan qasidah oleh pelajar tahfiz. Saya

menyeru agar kakitangan yang berkelapangan

Page 26: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

26 | P a g e

hadir bagi memeriahkan lagi majlis agama

yang di anjuran pada kali ini.

PENUTUP

13. Akhir sekali, pesanan saya kepada

semua warga KIMIA supaya marilah kita

bersama-sama merapatkan saf dan memahat

azam di sanubari dalam menjayakan agenda

kita pada tahun ini untuk menempa kejayaan

yang lebih manis dan besar. Yang terpenting

ialah untuk merealisasikan wawasan KIMIA

Malaysia untuk menjadi peneraju dalam

penyelesaian saintifik pada tahun 2020.

Disamping itu tidak lupa juga kita untuk sama-

Page 27: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan... · Yg Berusaha En. ... Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan nilai/sikap yang sama ketika menjalankan ... Negara dan Kerajaan

27 | P a g e

sama berdoa semoga segala usaha murni kita

sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.

14. Dengan kata-kata itu tadi dan dengan

semangat 1Malaysia dan 1KIMIA, saya akhiri

ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz

Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.