web viewbanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “bersamamu yang bersiaran di...

11
PENGHARGAAN Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan projek khidmat masyarakat yang telah diberikan oleh pensyarah dengan sempurna. Begitu juga, kami bersyukur diberikan kesihatan yang baik sepanjang melakukan projek ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Ustazah Mahfuzah Binti Mohammed Zabidi yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan bagi menyiapkan tugasan ini sehingga ke akhirnya. Tidak lupa juga kepada ustazah yang membantu dalam menyokong dan memberi penerangan untuk tajuk kami iaitu Keprihatinan . Kami mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang mendoakan dan memberi kebenaran untuk kami mengikuti aktiviti bersama Islamic Relief Malaysia. Begitu juga,memberi semangat dan dorongan sehingga projek ini siap sepenuhnya. Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada Islamic Relief Malaysia kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menyertai aktiviti mereka dan membantu orang-orang yang memerlukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kelas yang banyak membantu untuk projek ini dan ribuan terima kasih kepada yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung. PENGENALAN 1

Upload: hoangxuyen

Post on 17-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

PENGHARGAAN

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan

projek khidmat masyarakat yang telah diberikan oleh pensyarah dengan sempurna.

Begitu juga, kami bersyukur diberikan kesihatan yang baik sepanjang melakukan

projek ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Ustazah

Mahfuzah Binti Mohammed Zabidi yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan

dorongan bagi menyiapkan tugasan ini sehingga ke akhirnya. Tidak lupa juga

kepada ustazah yang membantu dalam menyokong dan memberi penerangan untuk

tajuk kami iaitu “Keprihatinan”.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang

mendoakan dan memberi kebenaran untuk kami mengikuti aktiviti bersama Islamic

Relief Malaysia. Begitu juga,memberi semangat dan dorongan sehingga projek ini

siap sepenuhnya.

Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada Islamic Relief Malaysia

kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menyertai aktiviti mereka dan

membantu orang-orang yang memerlukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

kelas yang banyak membantu untuk projek ini dan ribuan terima kasih kepada yang

membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

1

Page 2: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

PENGENALAN

Projek khidmat masyarakat untuk subjek CTU 555 ini ialah Keprihatinan.

Menurut kamus dewan edisi keempat keprihatinan bermaksud “kesungguhan

menunjukkan minat atau perhatian berat pada seseorang atau sesuatu- terhadap

kebajikan sosial dan kepentingan awam”. Contoh membantu orang-orang yang tidak

berkemampuan dari segi wang ringgit dan harta benda.

Kami memilih projek ini untuk melihat sejauh mana masyarakat Malaysia

mengambil berat terhadap masalah kekurangan orang lain dan menunjukkan minat

untuk membantu meringankan beban. Banyak agensi-agensi yang terlibat dan juga

dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 memaparkan keluarga yang susah

dan memerlukan bantuan dari kita. Pada pandangan kami, mereka bukan tidak

prihatin antara satu sama lain tetapi tidak tahu cara untuk menyalurkan sumbangan

dan mengetahui keberadaan orang yang tidak berkemampuan ini.

Selain itu, kami berkerjasama dengan pihak Islamic Relief Malaysia untuk

mengetahui golongan yang tidak berkemampuan bagi membantu meringankan

beban mereka. Justeru kami memilih pendekatan terhadap pelajar Pengurusan Hotel

dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam bagi memupuk

sifat keprihatinan dalam kalangan mereka.

2

Page 3: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

Permulaan Kajian

Projek ini kami mahu menilai sejauh mana pelajar mengambil berat terhadap

orang di sekeliling mereka dan mahu membantu antara satu sama lain. Selain itu,

kami menyediakan tabung derma bagi membolehkan pelajar memberi sumbangan

sepanjang 8 minggu projek ini dijalankan. Begitu juga kami memilih tajuk

keperihatinan ini bertujuan untuk memupuk sifat keprihatinan dalam kalangan

pelajar. Selain dari itu juga, kami berkerjasama dengan Islamic Relief Malaysia untuk

mengetahui jumlah dana yang ingin disumbangkan berserta tempat menetap

keluarga yang tidak berkemampuan.

Salah satu usaha kami melaksanakan projek ini dengan cara menjual

makanan ringan seperti nugget, sosej, isi ketam dan lain-lain di fakulti selama 14 hari

sambil membuat satu tabung derma dimana pelajar boleh membeli sambil

menderma. Setiap seringgit pembelian, 20 sen akan didermakan kepada insan yang

memerlukan tetapi kami mengambil kira sesiapa yang membeli makanan ini

dianggap menderma. Alhamdulillah sepanjang dua minggu jualan kami ianya

mendapat sambutan daripada pelajar fakulti pengurusan hotel dan pelancongan dan

kami sangat bersyukur kerana para pelajar prihatin terhadap insan yang

memerlukan.

3

Page 4: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

Hasil dari jualan dan sumbangan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM550

dan didermakan kepada pelajar miskin bandar di Putrajaya dengan kerjasama

Islamic Relief Malaysia. Dengan dana sebanyak RM550 ,kami dapat memberi

sumbangan kepada tiga keluarga miskin bandar di Putrajaya dengan bantuan usaha

kedua bersama Islamic Relief.

4

Page 5: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

HASIL KAJIAN

Pada tanggal 26 Mei 2016, kami bergerak ke Putrajaya bagi menghadiri

taklimat khas mengenai nasib orang-orang yang memerlukan bantuan yang

dijalankan oleh pihak Islamic Relief. Sekolah Menengah Presint 11 (1) Putajaya

menjadi lokasi taklimat khas pada hari tersebut. Sedikit sebanyak kami dapat

maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Islamic Relief Malaysia dan

memberi bantuan kepada tiga pelajar yang kurang bernasib baik. Pelajar yang

pertama itu ialah Nik Muhammad Sulaiman bin Nik Mohd Hasnidi dimana pelajar itu

anak yatim, kurang upaya, dan mempunyai adik beradik yang ramai. Keluarga

pelajar ini tidak mampu menyediakan keperluan seharian seperti anak-anak yang

lain kerana harus menyara anak-anak yang ramai. Kedua ialah Siti Hanisa bt Ab

Razak dimana pelajar ini juga anak yatim dan dijaga oleh abang. Abang nya yang

berusia 21 tahun terpaksa mencari rezeki dan menyara keluarga. Ketiga ialah Nur

Shahmiza bt Yusof dimana pelajar ini mempunyai ayah yang sedang sakit dan tidak

mampu untuk menanggung keluarga. Mereka ini ialah penerima sumbangan

daripada kami.

Disamping itu juga, kami ada memberi sumbangan kepada seorang cikgu

yang mempunyai anak kembar dan isteri yang sakit iaitu Puan Habsah. Kami

membuat lawatan ke rumah mereka dan memberi sumbangan berbentuk keperluan

asas seperti beras, gula, garam, bawang dan lain-lain. Kami juga ada menanyakan

beberapa soalan kepada orang yang merawat Puan Habsah.

Justeru itu, tidak ramai pelajar dan masyarakat menyedari akan permasalahan

miskin bandar ini kerana menurut Presiden Islamic Relief Malaysia Datin Norelan,

kita bukan hanya membantu orang yang hanya berada di pedalaman sahaja tetapi

orang yang berada di bandar besar juga turut memerlukan perhatian dari masyarakat

dan sebab itu juga lah kami memilih untuk membantu memberi sumbangan kepada

mereka. Ada yang mempunyai anak ramai dan mempunyai pendapatan yang rendah

untuk membiayai kos keperluan anak-anak terutamanya apabila menetap di bandar

besar. Kami memilih pendekatan di Putrajaya kerana sara hidup di sana tinggi dan

ada orang yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup keluarga. Kami mahu

pelajar dan masyarakat menyedari dan melihat kepayahan mereka tinggal di bandar

dengan keperluan yang tidak mencukupi berbanding orang lain.

5

Page 6: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

6

Page 7: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

REFLEKSI

SHAHIRAH: Saya sangat tersentuh hati apabila pergi melihat sendiri keadaan

penerima sumbangan. Semasa melawat sendri ke rumah salah seorang penerima

sumbang, ini adalah pengalaman yang paling beharga yang tak pernah saya lalui

sebelum ini. Ramai orang terlepas pandang terhadap golongan miskin bandar.

Sungguh tidak sangka, terdapat juga insan yang dalam keadaan ssusah yang tinggal

di Putrajaya yang merupakan sebuah bandar yang sangat membangun. Hal ini

menjadikan saya rasa lebih bersyukur atas kehidupan yang saya jalani sekarang.

Saya juga tidak sangka, terdapat insan lain yang lebih muda usianya dari saya tetapi

terpaksa bekerja bagi mencari duit belanja supaya dapat pergi ke sekolah seperti

kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah, kehidupan saya sederhana dan masih

mampu sambung belajar tanpa sebarang masalah.

NURUL AISYA: Saya sangat terkesan apabila mengetahui kisah seorang daripada

penerima bantuan kami iaitu Puan Habsah yang merupakan pesakit tumor otak

selama tiga tahun dan baru sahaja kehilangan suami.Kita perlulah sentiasa

bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau kita merasai diri kita sudah

susah, ingatlah ada orang lain yang lagi susah dan berat dugaannya daripada kita.

Jadi, kita sebagai rakyat yang perihatin seharusnya membantu meringankan beban

mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun kita rasa nilai yang kita sedekah itu

kecil, tetapi bagi mereka besar nilainya. Bantulah mereka yang memerlukan

mengikut kemampuan kita. Tidak perlu jadi kaya untuk membuat kebajikan.

ATIKAH SHAHIRA: Saya sangat berterima kasih kepada ustazah, ibu bapa yang

menyokong dan rakan-rakan seperjuangan. Projek ini mengajar saya supaya lebih

besyukur dalam kehidupan dan memupuk sifat perihatin. Bukan mudah untuk

mengutip derma daripada masyarakat. Jadi kami melaksanakan projek membeli

sambil beramal. Dengan projek ini, ia dapat membuka mata masyarakat akan

kepentingn menderma dan membantu insan yang memerlukan. Selain itu juga, saya

dapat mengenali akan agensi yang membantu insan yang memerlukan dan berharap

dapat membantu mereka lagi pada masa akan datang. Ini adalah pengalaman baru

bagi saya berkerjasama dengan pihak Islamic Relief Malaysia. Terima kasih untuk

sebuah projek yang membuka mata dan hati saya mendalami insan-insan yang tidak

berupaya.

7

Page 8: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya membantu mereka

yang memerlukan tidak kira agama dan bangsa. Menurut islam, semua manusia

sama, yang membezakan seseorang manusia itu ialah ketakwaannya. Justeru itu,

kita harus membantu insan yang memerlukan. Hal ini boleh meringankan beban

seseorang. Dengan itu kita dapat memupuk sikap tolong menolong dan

meningkatkan rasa syukur dalam diri.

Dengan melakukan projek khidmat masyarakat ini, pelbagai perkara baru

yang kami dapat pelajari. Kami juga mengetahui bahawa tidak susah untuk

membantu masyarakat. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Kita

merasakan bantuan tersebut sedikit, tetapi ia amat bermakna pada insan yang serba

kekurangan dan memerlukan. Ringankan beban orang lain adalah perkara mulia.

“Sesungguhnya memberi lebih baik daripada menerima”.

Projek ini juga menjadikan kami lebih matang. Kami berfikir di luar kotak bagi

mencari sesebuah masalah dan cuba untuk atasi masalah tersebut. Keprihatinan

ialah tema yang kami pilih, kami kategorikan projek ini berjaya kerana ia mendapat

sambutan oleh rakan-rakan serta pelajar-pelajar Uitm. Ia juga memberi kesan yang

mendalam dalam hati kami. Projek seperti ini dapat membuka mata warga Uitm

untuk melakukan kerja amal dan bersedekah kepada insan yang memerlukan.

“Sedekah menambahkan kekayaan”.

8

Page 9: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

LAMPIRAN

9

Page 10: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

10

Page 11: Web viewBanyak agensi-agensi yang terlibat dan juga dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 ... Hotel dan Pelancongan Universiti ... Malaysia yang prihatin, kita

11