teks pengacara majlis simposium 3

5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM HARI MALAYSIA 2014 BERSEMPENA MUKTAMAR SANAWI KALI KE 43 ABIM 13 September 2014/18 Zulkaedah 1435H OLEH MUZAKKIR MOHD NOOR AGENDA TEKS PENGACARAAN CATATAN Acara 1 Pengumuman VIP dan Nyanyi Lagu Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah, bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Angkatan Belia Islam Malaysia. Ke dewan persidangan Semua hadirin diminta terus berdiri untuk bersama-sama mengalunkan nasyid Asmaul Husna dan Lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan duduk. Acara 2 Ucapan Alu- aluan Pengerusi Majlis Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat, Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Yang berbahagia Sahibus Samahah Ustaz Haji Bongsu Aziz b Hj Jaafar Mufti Kerajaan Negeri Sabah Yang Berbahagia Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Yang Berbahagia, Tuan Haji Amidi Abdul Manan, Presiden ABIM Yang Berbahagia, Saudara Jaafar Mahmud, Yang Dipertua ABIM Sabah Yang berbahagia Hajah Asmiah bt Hj Ajamain Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka

Upload: muzakkirmohdnoorii

Post on 13-Sep-2015

495 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

semoga bermanfaat

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM HARI MALAYSIA 2014

BERSEMPENA MUKTAMAR SANAWI KALI KE 43 ABIM

13 September 2014/18 Zulkaedah 1435HOLEH MUZAKKIR MOHD NOORAGENDATEKS PENGACARAANCATATAN

Acara 1

Pengumuman VIP dan Nyanyi LaguMengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah, bersama Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Angkatan Belia Islam Malaysia. Ke dewan persidanganSemua hadirin diminta terus berdiri untuk bersama-sama mengalunkan nasyid Asmaul Husna dan Lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Acara 2Ucapan Alu-aluan Pengerusi MajlisBismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum wbt dan Salam SejahteraMajlis mengalu-alukan ketibaan

Yang Berhormat, Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah

Yang berbahagia Sahibus Samahah Ustaz Haji Bongsu Aziz b Hj Jaafar

Mufti Kerajaan Negeri Sabah

Yang Berbahagia Dato Dr Siddiq Fadzil,

Presiden Wadah

Yang Berbahagia, Tuan Haji Amidi Abdul Manan, Presiden ABIM

Yang Berbahagia, Saudara Jaafar Mahmud, Yang Dipertua ABIM Sabah

Yang berbahagia Hajah Asmiah bt Hj Ajamain

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah

Yang Berusaha, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Simposium Hari Malaysia 2014 bersempena Muktamar Sanawi kali ke 43 ABIM

Dif-dif kehormat, Dato-dato, Datin-datin, Pengarah-pengarah Jabatan,pimpinan pertubuhan belia, Az11pimpinan-pimpinan NGO, Yang Di-Pertua ABIM Negeri-Negeri, Pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada hari ini dengan bacaan Ummul Furqan Al-Fatihah.Bersyukur ke Hadarat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita bertemu buat sekian kalinya dalam Majlis Perasmian Simposium Hari Malaysia 2014 bersempena Muktamar Sanawi kali ke-43 ABIM. Simposium ini merupakan yang julung kalinya dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia dengan kerjasama padu dari

1. Kementerian Belia dan Sukan Sabah

2. Dewan Bahasa dan SUkan Sabah

3. Jabatan Belia dan SUkan Sabah

4. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah

5. Majlis Belia Sabah

6. Rela Cawangan Sabah

7. Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sabah DAN8. Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah

Penganjur turut mengalukan kehadiran semua peserta dari seluruh negara dalam Majlis Perasmian Simposium hari ini. Untuk makluman, Simposium kali ini menghidangkan 2 Seminar iaitu Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia: Konsep, Cabaran dan Kesungguhan yang akan berlangsung selepas majlis perasmian ini dan Seminar Keluarga Mawaddah wa Rahmah, yang akan diadakan pada hari esok.

Acara 3Bacaan Al-QuranBagi lebih memberkati Majlis, marilah kita sama-sama menghayati bacaan Al-Quran daripada Ustaz Afizan b Wangki, Johan Qari Negeri Sabah 2013. Beliau akan memperdengarkan bacaannya dari surah Al-Hujurat bermula ayat 12-18. Fa Ya Tafadhol Masykura*************bacaan Al-Quran****************

Begitulah alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Ustaz Afizan b Wangki.Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan Al-Quran sebentar tadi. Semoga kita semua dapat menghayati maksud bacaan itu tadi

Acara 4Ucapan YDP SabahTirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saudara Jaafar Mahmud, Yang Dipertua ABIM Sabah. Dipersilakan*************ucapan YDP ABIM SABAH**************Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sdr. Jaafar Mahmud atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Acara 5Ucaptama & PerasmianBagi menyerikan majlis pada pagi ini, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Simposium Hari Malaysia 2014. Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.**************ucapan Dato Menteri***************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan di atas upacara perasmian sebentar tadi.

Seterusnya bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini bersempena Muktamar Sanawi Kali ke 43 ABIM, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia aktiviti ABIM sepanjang tahun.

Video pelancaran mula selepas Menteri melancarkan (3 min)

Video Multimedia ABIM (3 min)

Acara 6CenderamataMajlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh Tuan Haji Amidi Abdul Manan dengan diiringi Saudara Jaafar Mahmud. Dipersilakan.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, untuk menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato, Tuan Hj Amidi dan Sdr Jaafar Mahmud di atas penyempurnaan penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Acara 7PenutupDengan berakhirnya majlis penyampaian sebentar tadi, maka berakhirlah sudah sesi upacara perasmian Simposium Hari Malaysia 2014 pada pagi ini. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat atas kesudian merasmikan acara kami.

Terima kasih juga kepada seluruh hadirin dan hadirat sekalian yang sudi hadir dalam acara pagi ini.

Sebagai penutup majlis, marilah kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu rasmi ABIM, Perjuangan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Akhir kalam kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah ilal liqa maas salamah

Dipersilakan Presiden ABIM mengiringi Yang Berhormat Menteri ke bilik tetamu untuk sesi sidang Media.*Lagu ABIM

Acara 8PengumumanMohon kepada peserta Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia untuk masuk semula ke dewan pada pukul 9.45 pagi untu slot pembentangan ucaptama