ke&ajiwn: simposium kebanbaan

12
Kepentingan Terbaik Kanak-kanak: Isu & Cabaran ~ SIMPOSIUM KEBANBAAN I KE&AJIWN: % KANAK-KANAK 2804 The Gurney Resort Hotel 8 Residences, Pulau Pinang - 21 - 22 Julai 2004 PENDlDlKAN ANAK-ANAK BERDASARKAN SURAH LUQMAN ROSNAAlNl HAMID ' SUHANIM ABDULLAH SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH Fakulti Sains Kognitif Dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia E-Mail: [email protected], [email protected], [email protected]

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kepentingan Terbaik Kanak-kanak: Isu & Cabaran

~ SIMPOSIUM KEBANBAAN I KE&AJIWN:

%

KANAK-KANAK 2804 The Gurney Resort Hotel 8 Residences, Pulau Pinang -

21 - 22 Julai 2004

PENDlDlKAN ANAK-ANAK BERDASARKAN SURAH LUQMAN

ROSNAAlNl HAMID ' SUHANIM ABDULLAH

SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH Fakulti Sains Kognitif Dan Pendidikan

Universiti Utara Malaysia E-Mail: [email protected], [email protected], [email protected]

PENDIDIKAM ANAK-ANAK BERDASARK4N SURAH L UQMAN

ROSNAAINI HAMID SUHANIM ABDULLAH

SYAHRIJL FAIZAZ ABDULLAH Universiti Utara Malaysia

Abstrak

Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman merupaka~l asas yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini. Surah ini dinamukan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t nikmat dun ilmu pengetahuan. Hal ini demikian menjadikan beliau seorang yang sangat bersyukur dengun segala pemberian Allah s.w.t. Manakalu dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim Kepada anahanaknya. Kajinn ini di jalankan untuk mengetahui garispandtian akhlak ibu bapa dun tanggungiawab yang baik dalam mengasuh anak-anak seperti yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan surah Luqman. Data-data kajian dikumpul dengan menggunakan metodologi penafsiran ayat-ayat al-Quran iaitu tafsir bi al-ma 'thur dan tafsir bi al-rajli. Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqmun terdiri daripada pendidikan akhlak ibu bapa, pendidikan akidah, pendidikan solat dun pendidikkan akhlak anak-anak. Pendidikan anak-anak yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak lcntuk berhadapan dengan tanggungjawub sebagai seorang muslim dun cabaran semasa. Implikasi kajian mencadangkan satu silibus haru dalam pendidikun anak-anak kepada semua lapisan masyurakat.

1.0 Pendahuluan

Pendidikan anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang mesti diberi perhatian serius serta pengorbanan yang padu kerana masa hadapan anak-anak bergantung kepada cara mereka dididik, dibimbing dan dibentuk oleh ibu bapa sendiri. Kestabilan pendidikan yang dicurahkan juga akan menjadikan mereka sebagai insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Justeru ibu bapa mesti melengkapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan yang baik.

2.0 Pengenalan Surah Luqman dan Ketokohan Luqman al-Hakim.

Surah Luqman mengandungi 34 ayat dan terrnasuk dalam kumpulan surah-surah Makkiyyah. Surah i i i diturunkan selepas surah al-shaffat. Ia dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi nikmat dan ilmu pengetahuan oleh Allah s.w.t. Beliau menjadi seorang yang sangat bersyukur dengan segala pemberian Allah s. w.t. (Sayyid Qutb, 198 8).

Beliau juga dikatakan seorang yang soleh malah ada yang mengatakan beliau seorang yang bijaksana (Cyril Glasse, 1988). Selain daripada itu ada juga pendapat yang mengatakan beliau seorang nabi seperti nabi Danial dan nabi Dzu al-Karnain bukan rasul yang berperanan menyampaikan ajaran tuhan kepada umatnya (H. A. R. Gibb dan J.H. Kramers, 1974).

Secara umum surah Luqman membicarakan persoalan aqidah yang berfokuskan kepada kepercayaan mentauhidkan Allah SWT, menumpukan ibadat dan mensyukuri segala niknlat pemberianNya. Surah ini juga membincangkan tentang hari akhirat merangkumi hisab yang teliti dan balasan yang adil. Perbincangan berikutnya menumpukan kepatuhan kepada segala ajaran yang diturunkan Allah s.w.t., meninggalkan adat-adat kebiasaan dan kepercayaan-kepercayaan selain daripada Allah S.W. t.(Sayyid Qutb:2000).

Topik-topik perbincangan dalarn surah Luqman telah dibentangkan melalui pelbagai pendekatan seperti kejadian alam sekeliling sebagai hujah-hujah yang berkesan dan jelas tentang bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t. Selain daripada itu kedapatan satu pendekatan lain yang digunakan iaitu pendidikan anak-anak. Pendidikan ini dapat dikesan melalui nasihat Luqman kepada anaknya dalam ayat 13-19 (Sayyid Qutb, 1988). Hal demikian menunjukan Allah s.w.t. menyeru supaya setiap ibu bapa melaksanakan pula kaedah atau nasihat yang diamalkan oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anak mereka.

3.0 Metodologi Luqman -41-Hakim Dalam Mendidik Anak-Anak

Metodologi pendidikan anak-anak yang telah dikenalpasti dalam konteks pendidikan berdasarkan surah Luqman dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :

1 . Persiapan ibu-bapa atau kesempurnaan keperibadiaan ibu bapa. 2. Pendekatan pendidikan anak-anak yang dapat dilihat melalui penyusunan dan

persembahan isi pengajaran oleh Luqman.

3.1 Persiapan ibu-bapa atau kesempurnaan keperibadian ibu bapa.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam proses mendidik anak-anak deilgan ilmu aqidah, ibadah dan akhlak, ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan yang rnendalam tentang persoalan tcrsebut. Pra-syarat ini telah diungkapkan dalam ayat 12 yang bermaksud :

Dan sesurlggllhnya kami telah mengurniakan hikmat kebijaksanaan kepada Luqman.

Imam al-Sayuti telah inemetik pendapat sahabat dan tabien di dalam membincangkan tentang keperibadisn Luqman. Beliau telah memetik huraian Sayyidana Qatadah r.a berkaitan dengan maksud hikmah dalam ayat di atas iaitu menguasai ilmu-ilmu Islam.

Syarat berikut yang mesti diberi perhatian penting berkaitan dengan pendidikan anak-anak ialah kesempurnaan peribadi ibu bapa. Situasi ini diperlihatkan melalui kisah Luqman yang

digambarkan sebagai seorang yang bersyukur kepada Allah s.w.t. di dalam ayat berikut. Terjemahan :

Bersyukurlah kepada Alllah. Dan sesiapa yang bersyukur kepada Allah, sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, sesiapa yang tidak bersyukur, sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Walaupun begitu para ulama telah mentafsirkan maksud syukur dalarn ayat tersebut dengan pelbagai tafsiran. Sa~yid Qutb menegaskan hikmah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang harnbaNya akan mewujudkan sifat syukur. Mujahid r.a berpendap-at Luqman memiliki sifat syuhr yang menjadikan beliau seorang lelaki soleh. Amr Ibn Qais r.a pula meriwayatkan bahawa Luqman seorang yang bertaqwa kepada Allah, benar dalam percakapan, menunaikaii amanah dan akan mendiarnkan diri jika tidak perlu (al-Sayuti, 2000). Justeru pemilihan Luqman al-Hakim sangat bertepatan untuk membincangkan tentang persoalan-persoalan pendidikan anak-anak.

3.2 Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan melalui penyusunan dan persembahan isi pengajaran.

Luqman memulakan pendidikan dari aspek yang paling asas sekali iaitu persoalan aqidah yang dinyatakan dalam ayat 13, terjemahan :

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata semasa memberi nasihat kepada anaknya : wahai ana.kku! Janganlah engkau sekutukan Allah.. . .

Aqidah merupakan tunjang penting dalam pembinaan keperibadian Islam. Jika persoalan akidah telah sempurna dalarn pendidikan hati seseorang maka dia dikatakan menjadi seorang muslim meskipun keadaannya masih lemah dalam melaksanakan dua pendidikan asas yang lain iaitu syariah dan akhlak (Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti: 1996).

Menurut Sayyid Qutb, Luqman telah mengemukakan nasihat secara tabii dan berperingkat, Setelah selesai inenghuraikan persoalan aqidah Luqman memperjelaskan pula tentang aspek- aspek lain yang termasuk di dalam tugas-tugas aqidah seperti mendirikan solat, menyuruh berbuat ma'ruf, melarang berbuat perkara mungkar dan sabar menghadapi akibat-akibat yang timbul daripada pelaksanaan tugas-tugas tersebut. Selain daripada itu beliau juga mengajar adab sopan yang wajib bagi muslim iaitu jangan bersikap takbur terhadap orang lain melalui teladan perlakuan. Sifat takbur akan merosakkan keperibadian seseorang.

3.2.1 Persembahan Isi

Secara keseluruhan Luqman menyampaikan pendidikan dalam bentuk nasihat yang ditunjangi dengan niat yang ikhlas. Menurut Syed Qutb nasihat Luqman kepada anaknya sangat jujur. Hal demikian bersesuaian dengan matlamat nasihat seorang bapa kepada anak untuk kebaikan mereka. Manakala setiap larangan yang disampaikan oleh Luqman akan

dikemukakan dengan alasan reperti larangan rnempersekutukan Allah dengan alasan bahawa syirik itu sesuatu kezaliman yang besar.

Selain daripada itu, Luqman mengemukan perbandingan yang jelas tentang persoalan yang dikemukan seperti beliau mengambarkan keluasan pengetahuan Allah s.w.t. dengan rnembandingkan kebaikan sebesar biji sawi yang kecil, terbuang, tiada nilai rnalah tersen~bunyi di dalam pelbagai tempat seperti di dalam seketul batu yang pejal akan dinilai juga oleh Allah s.w. t.

Beliau menegaskan dengan membandingkan sesuatu kebaikan yang kecil berada di langit iait~z di angkasa raya yang sangat luas, kebaikan tersebut akan ditenggelami oleh bintang- bintang yang besar jika ia kelihatan hanya seperti sebiji noktah atau sebiji debu sesat. Jika berada di burni kebaikan tersebut juga akan hilang di dalam debu-debu tanah dan batu.

Wdau bagaimana keadaan sekalipun Allah s.w.t. sangat berkuasa malah mampu mendatangkan kebaikan tersebut kepada orang yang melakukannya melalui penegasan di dalam ayat firman Allah s.w. t. terjemahan :

Nescaya akan dibawanya oleh Allah.

Huraian ayat tersebut bermaksud ilmu Allah tetap mengikuti dan mengetahui segala kebaiakan yang dilakukan manakala qudrat Allah s.w.t. tetap menangkapnya dan mernberi ganjaran yang baik. Firman Allah s.w.t., terjemahan :

Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

Tegasnya, ayat ini merupakan satu kesimpulan yang sangat sirnbolik, sesuai serta bertepatan dengan pemandangan sesuatu yang tersembunyi dan seni.

4. Pendidikan Aqidah.

Pendidikan aqidah merupakan tunjang utama Islam. Persoalan aqidah menjadi asas dan topik perbincangan penting di dalam pendidikan Luqman.. Ia dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. yang bennaksud :

Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah. . . .

Persoalan aqidah diungkapkan melalui larangan Luqman kepada anaknya agar jangan menyekutukan Allah s.w.t. Syirik dapat ditakrifkan sebagai apa juga pernyataan ataupun ungkapan yang menyamakan Allah s.w.t dengan makhluk sarna ada pada zat, sifat, mengingkari kewujudan Allah s.w.t. atau menyifatkan sebarang sifat kekurangan kepada Allah s.w.t.

Luqman kemudiannya rnenyatakan sebab larangan tersebut dengan mengaitkan perbuatan syirik sama seperti melakukan kezalimah Beliau menegaskan perbuatan syirik seolah-olah melakukan kezaliman kepada Allah s.w.t. Dosa syirik amat besar d m tidak akan mendapat keampunan Allah SWT sebagaimana dalam firman Allah s.w.t. dalam surah, ayat al-Nisa', ayat 1 16. Terjernahan :

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang lain daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

5. Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa.

Luqman mendidik anak-anak supaya berbuat baik kepada kedua orang tua seperti yang ditentukan Alllah s.w.t. dalam ayat 14, terjemahan :

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya,

Luqman menjelaskmi kepada anak-anaknya agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana jasa dan pengorbanan mereka yang sangat besar. Mereka sentiasa sabar jika berhadapan dengan sebarang kesusahan semasa membesar d m mendidik anak-anak. Selain daripada itu, pengorbanan yang dilakukan mereka juga merupakan satu pengorbanan yang sangat ikhlas. Justeru Luqman berpesan kepada anaknya dengan gaya bahasa yang simbolik tentang teguran ibu bapa kepada anak-anak. Beliau berkata: Wahai anakku! seandainya ibu bapamu marah kerana kesilapan yang dilakukan, maka marahnya bagaikan baja bagi tanaman (al- Sayuti, 2000).

Luqman melaksanakan suruhan agama yang sangat menitikberatkan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Nasihat beliau bertepatan dengan suruhan a l - m a n yang disebut berulang kali malah perintah tersebut dikaitkan pula dengan tauhid kepada Allah s.w.t. seperti yang tercatat dalam surah An-Nisa', ayat 36, firman Allah s.w.t., terjemahan :

Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu.

Setelah Luqman mendidik anak-anahya dengan kekuatan akidah beliau berusaha pula mendidik dengan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang dikehendaki Islam.

6. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan lnenyapihnya dalam dua tahun.

Luqman juga mengingati anak-anaknya supaya mengenangkan pengorbanan seorang ibu yang dibebani dengan pelbagai kesusahan sewaktu mengandung dan menyusu anak ketika kecil. Terjemahan :

Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah dan nlenyapihya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua ibu bapak kamu, hanya kepada Akulah kembali kamu.

Selain daripada nasihat supaya berbuat baik kepada ibu bapa, ayat ini juga menjelaskan tentang kewajiban ibu menyempurnakan penyusuan selama dua tahun. Nasihat Luqmaii bersesuaian dengan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kewajiban seorang ibu menyempurnakan proses penyusuan selama dua tahun seperti yang termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 233, Tejemahan :

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempwnakan penyusuan.

Al-Quran juga turut mengakui tentang kesusahan seseorang ibu menempuh kehamilan, kesakitan ketika melahirkan, kesusahan semasa menyusu dan menjaga anak kecil meliputi selama lebih kurang 30 bulan berdasarkan surah al-Ahqaf, ayat 15. Te rjemahan :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengm susah payah dan melahirkannya pula dengan bersusah payah, sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh tnenceraikan susu ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Sesungguhnya Islam menghargai pengorbanan dan kepayahan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka.

7. Ketaatan kepada ibu bapa meati berlandaskan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Ketaatan kepada kedua ibu bapa sangat dituntut oleh Islam sekiranya suruhan tersebut tidak bercanggah dengan hukum dan perintah Allah s.w.t. seperti Ayat 15,Terjemahan :

Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuan kamu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembali kamu. Maka Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Luqman terlebih dahulu meizjelaskan kepada anak-anak supaya tidak mentaati kepada makhluk sekalipun ibu bapa sekiranya perintah mereka bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Keengganan mentaati perintah yang bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. tidak dianggap suatu dosa atau kesalahan di sisi Allah s.w.t. (al-Sayuti, 2000). Ayat ini mempunyai sejarah asbabul nuzul. Ia diturun kepada Saad bin Abi Waqqas salah seorang sahabat nabi s.a.w. yang terkenal sewaktu beliau mula memeluk Islam.

Beliau berkata : "Ayat tersebut diturunkan untuk saya. Saya sangat mencintai dan berbakti kepada ibu. Ketika saya memeluk Islanl ibu menegur : Hai Saad! Apa yang terjadi kepada

diri kamu? Kamu mesti keluar daripada agama baru kamu ini. Jika tidak ibu akan mogok makan dan minum sehingga inati. Biarlah engkau dicemoh orang kerana mendurhakai d m menyakiti hati ibu sendiri. Orang aka11 memanggil kamu dengan panggilan : Hai si pembunuh ibunya! "

Segera saya menjawab kepada ibu dengan berkata : "Wahai ibu! Jangan laladcan perbuatan tersebut. Sia-sia sahaja semua ancaman ibu, saya tidak akan meninggalkan agama yang benar ini walau apa alasan sekalipun.. . ."

Selma sehari semalam saya tinggal bersama ibu. Beliau membuktikan kata-kata yang telah diucapkan kepada saya. Keadaan semakin genting apabila ibu masih bertegas dengan pendiriannya. Lalu saya mempertahankan keyakinan saya terhadap Islam dan berkata kepada ibu : "Ketahuilah wahai ibu, Demi Allah jika ibu mempunyai seratus nyawa lalu nyawa tersebut keluar satu persatu dari tubuh ibu nescaya saya tidak akan meninggalkan agama ini. Walau apa sekalipun terjadi. Saya tidak akan peduli dengan segala ancaman ibu. Setelah ibu menyaksikan ketegasan dan keteguhan sikap saya, barulah beliau mahu makan. Lalu turunlah ayat ini (al-Sayuti, 2000). Sikap seperti ini n~esti dicontohi oleh setiap orang Islam agar teguh dengan pegangan agama yang benar.

8. Kepercayaan Pada Hari AkhiratIAllah akan membalas perbuatan manusia.

Persoalan aqidah yang kedua disentuh oleh Luqman al-Hakim dalarn mendidik anaknya ialah kepercayaan kepada hari akhirat. Nasihat ini disampaikan dengan bijaksana apabila beliau mengaitkannya dengan kehalusan d m kesyumulan ilmu Allah dan qudratNya, juga kehalusan hisab dan keadilan. Pertimbangan Allah s.w.t. yang dapat mendampingi pengungkapan al- Quran di dalam firmanNya yang bermaksud :

Wahai ar~akku! Sesungguhnya jika sesuatu itu hanya seberat biji sawi sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di langit atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

Nasihat Luqman dalmn ayat di atas dapat membangkitkan daya imaginasi anaknya tentang tempat persembunyian yang amat dalam dan luas. Di samping itu nasihat beliau juga dapat meayedari hati anak bahawa ilmu Allah tetap mengikuti biji sawi yang tersembunyi sehingga menjadi khusyu' dan keinbali kepada Allah yang maha halus lagi mengetahui tentang segala yang tersembunyi. Seterusnya akan tertanam hakikat persoalan hari akhirat ke dalanl hati anaknya di sebalik nasihat beliau. Hal ini bersesuaian dengan ajaran al-Quran yang mahu menanam konsep kepercayaan kepada hari akhirat ke dalam hati setiap manusia dengan kaedah penerangan yang menarik (Syed Qutb: 198 8)

Sajaciah, ayat 46, terjemahan :

Sesiapa yang melakukan kebajikan maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat jallat akan menimpa dirinya sendiri pula. Dan tidaklah Tuhan berlaku aniaya terhadap hamba-hambaNya.

Luqman al-Hakim mendidik anak-anak dengan kepercayaan kepada pembalasan Tuhan. Beliau menegaskan setiap perbuatan akan dibalas Allah s.w.t. sekalipun lebih kecil daripada biji sawi. Justeru Luqman berpesan kepada anak-anak supaya sering menziarahi jenazah kerana dapat mengingatkan tentang pembalasan Tuhan. Beliau berkata : Hendaklah kamu menziarahi orang mati kerana mengingatkan karnu kepada kematian, jangan kamu menghadiri majlis kenduri kahwin kerana melalai karnu mengingati Tuhan (al-Sayuti, 2000).

9. Solat

Setelah beriman kepada Allah, yakin kepada hari akhirat dan percaya kepada keadilan balasan Allah yang tidak akan terlepas walaupun sebesar biji sawi, Luqman mengajar anaknya langkah kedua iaitu bertawajjuh kepada Allah dengan ibadat solat. Sebelum menghadapi perjuangan menentang kejahatan itu, seseorang hams menyiapkan bekalan diri dengtul ibadat kepada Allah s.w.t . dan bei-tawajjuh dengan solat. Nasihat Luqman tertera seperti berikut, firman Allah S.W. t. terjemahan :

Wahai anakku, dirikanlah solat . . .

f iu bapa dianjurkan supaya membiasakan anak-anak dengan melaksanakan solat pada usia tujuh tahun dan menghukum mereka yang tidak melaksanakan solat pada usia 10 tahun. Walau bagaimai~apun, sebelum usia kanak-kanak mencecah 7 tahun, anak-anak perlu dibiasakan diri mendengar man, melihat ibu bapa dan ahli-ahli keluarga bersolat. Setelah umur mereka mencecah tujuh tahun, barulah anak-anak diajar bersolat termasuklah rukun, syarat wajib dan syarat sah solat (Al-Imam al-Nawawi,1995).

Solat merupakan benteng penting kepada individu muslim, firman Allah dalam Surah al- Ankabut, ayat 45, terjemahaa :

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

10. Amar Rla'ruf dan Nahi Mungkar.

Pendidikan Luqman al-Hakim seterusnya menitikberatkan tanggungjawab seorang muslim kepada masyarakat iaitu amr ma 'ruf dun nahyi mungkar. Al-Mawardi (2000) mentakrifkan arnr ma'ruf dun nahyi mungkar ialah usaha memastikan manusia melakukan kebaikan apabila ternyata perkara tersebut ditinggalkan dan mencegah kemungkaran jika ternyata perkara tersebut mula digemari orang. Manakala Imam al-Syaizari (M1193M) pula mentakrifkannya sebagai menyuruh kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar dan memperbaiki kellidupan masyarakat. Berdasarkan kepada dua takrif tadi jelaslah bahawa amr ma 'ruf dun nahyi mungkar ialah mengawal-selia segala aktiviti umat Islam di dalarn sanua aspek kehidupaa dan batas pengawalannya adalah mempastikan m a t IsZam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran mengikut apa yang ditetapkan oleh syara '.

Dalam ayat ini Luqman al-Hakim telah mendidik anaknya untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dei~gan sempurna setelah melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. iaitu solat (Syed Qutb, 1988). Firman Allah s.w.t., terjemahan :

Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan sabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Luqman mengirii~gi suruhan supaya melaksanakai~ amr ma 'ruf dan nahyi munghr dengan pesananan supaya bersikap sabar. Beliau menjelaskan kepada anak-anaknya bahawa melaksanakan amr ma 'ruf dun nahyi mungkur akan menghadapi kesusahan dan halangan yang sangat payah. Hanya kesabaran yang dapat membantu menangani segala kepayahan tersebut.

11. Sifat Sombong dan Takbur.

Pendidikan Luqman d-Hakim seterusnya ialah persoalan akhlak. Beliau telah melarang anaknya bersikap sombong dan angkuh melalui nasihat yang sangat sopan, terjemahan :

Dan janganlah engkau palingkan pipimu dari manusia (kerana takbur) dan janganlah engkau be rjalan di bumi dengan langkah yang angkuh.

Sombong dapat ditakrifkan sebagai meperkecilkan orang lain dan menolak kebenaran yang berpunca daripada kekaguman pada diri sendiri (Said Hawwa:2001). Imam al-Sayuti d a l m mentafsirkan ayat "jangan engkau palingkan pipi dari manusia" sebagai satu bentuk pendidikan Luqman kepada ar~aknya dalam menyampaikan ilmu tidak terdapat perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Sikap sombong, angkuh dan memaling muka ketika bercakap ditujukan kepada orang-orang miskin.

Sayyid al-Qutb pula melihat larangan ini dari dua sudut yang berbeza pertama sebagai adab dalam berdakwah. Allah SWT mengharamkan seseorang yang bersifat sombong dan angkuh semasa memimpin manusia kepada kebaikan. Kedua, lebih buruk lagi jika sikap ini diamalkan oleh orang-orang yang tidak pernah berdakwah kepada kebaikan.

Dua aspek yang ditekankan oleh Luqman dalam ayat ini merupakan cerminan daripada sikap sombong yang dapat ditangkap oleh pandangan biasa iaitu memalingkan pipi daripada manusia sama ada melalui gerak-geri sombong dan tidak menghiraukan manusia atau berjalan di bumi dengan gaya takabbur serta tidak mempedulikan manusia. Gerak-geri seperti ini membayangkan seseorang itu ditimpa penyakit takbur.

Seterusnya Luqman telah mengingati anaknya bahawa sikap seperti ini akan mengundang kemurkaan Al1ahs.w.t ., te rjemahan :

Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekelian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Ayat 19, te rj emahan :

Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara kaldai.

Merendahkan suara ketika bercakap membayangkan adab sopan, kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan bahawa perkara yang di~ncapkan adalah benar serta bernas. Hanya orang-orang yang biadab sahaja bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat. Pads kebiasaannya, seseorang yang ragu tentang nilai perkataannya atau nilai dirinya akar, berusaha melindungi keraguan tersebut di sebalik kata-kata yang tajam, kasar dan keras. (Sayyid Qutb,1988) Menurut Ibnu Kathir (1998), ayat "Dan rendahkanlah suaramu" bermaksud tidak boleh berlebihan apabila bercakap, atau hendaklah bercakap perkara- perkara yang perlu sahaja. Jangan meninggikan suara untuk rnemperkatakan sesuatu yang tida!! berfaedah. Manslkala Al-Suyuti (2000) berpendapat jangan rnembazir apabila bercakap.

Menurut Sayyid Qutb (1 988), Al-Quran menyampaikan pendidikan melalui keindahan bahasa yang mampu membidas perbuatan mereka yang meninggikan suara ketika bercakap : "Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara kaldai". Melalui ayat tersebut, terlukislah satu pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci terhadap perbuatm meninggikan suara. Seseorang yang mempunyai hati dan perasaan dapat memahami gambaran yang lucu di sebalik pengungkapan tersebut yang begitu menarik serta mempunyai makna yang mendalam. Dia juga tidak inunglan akan meniru cara kaldai mengeluarkan suara apabila bercakap. Ibnu Kathir (1998) pula berpendapat bahawa suara yang paling buruk ialah suara kaldai. Al-Quran cuba memberi gambaran bahawa seseorang yang bercakap dengan suara yang tinggi seolah-olah seperti keldai, dan perbuatan bercakap mengeluarkan suara yang iinggi sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Menurut ul-Suyuti (2000), seseorang yang bzrcakap dengan nada tinggi menyebabkan sernua yang diperkatakan menjadi kurang menarik. Abi Hatim pernah berkata: Jeritan semua makhluk adalah tasbih kecuali jeritan kaldai.

Sesungguhnya nasihat yang diberikan oleh Luqman cukup jelas, penuh hikmah dan jujur daripada seorang bapa yang ingin melihat anaknya hidup bahagia di dunia dan akhirat. J~nteru nasihat beliau boleh dijadikan teladan d m panduan yang sangat berfaedah kepada kita semua untuk dipraltiskan di dalam kelidupan seharian agar mendapat kejayaan yang cemerlang.

Bibiiografi

Gibb, H.A.R. dan Krarners, J.H. 1974. Shorter Encyclopaedia Of Islam. Leiden : E.S. Brill. Gibb, H.A.R., Kramers, Levi-Provencal, J. H. E. dan Schacht, J. 1986. The Encyclopaedia Of

Islam. Jil. 1. Leiden : E. J. Brill. Glasse, Cyril. 1988. The Concise Encyclopaedia Of Islam. London : Stacey International.

Houtsma, M. Th., Winsinck, A.J., Levi-Provencal, E. Gibb H.A.R. dm Haffening, W.1987. First Encyclopaedia of Islam (1913-1936). Vol(5). New York : E.J. Brill.

Hughes, Thomas Patrick. t. th. Dictionary of Islam. Pakistan: Premier Book House. Ibilu al-Jauzi. 1995. Tibb al-Ruhani.Beirut: Dar al-Fikr. Zbni Kathir. 1998. Tafsir a l - ~ u r a n al-Azim. Beirut: Dar Ibnu Hazm. Muhanunad Qutb. 1990. Manhaj Tarbiyah Islamiyah. Lebanon: Dar al-Kutub al-Arabi. Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhyiddin bin Sharf. 1995. Kitab al-Majmuk: Shurh al-Muhuzzib

lil-Shirazi (Juzu ' 3).Kaherah: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi. Sayyid Qutb. 1988.Fi Zilal al-Quran (Juzu ' 5). Beirut : Dar al-Syuruk. Al-Suyuti. 2000. AI-Duw al-Mansur fz al-Tafsir al-Ma'thur. (Juzu' 5). Beirut: Dar al-Kutub

al-Ilmiah. Zaki Mubarak. t.th. Akhlak Ind Al-Ghazali. Beirut : al-Maktabah al-'Asriyyah Litaba'ah Wa

al-Nashr.