teks pengacara majlis hari anugerah murid

19
Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang Dan Majlis Graduasi 2015 PERASMI : PN HASNAH BT DAIN PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA TARIKH : 21 NOVEMBER 2015-11-19 MASA : 7.30 AM - 11.45 AM TEMAPAT : DEWAN SKPJP CUE Z : KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN PENGU :Mengumumkan ketibaan yang berbahagia, Puan Hasnah bt Dain, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Puchong diiringi oleh Puan Noorsham Bt Ibrahim, guru besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya dan En. Shuhaimi B. Zainal Abidin yang dipertua PIBG Para hadirin diminta berdiri. CUE Z : KATA ALU-ALUAN MC

Upload: ainiss-nizri

Post on 27-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

majlis hari anugerah dan graduasi tahun 6

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

Teks Pengacara Majlis

Hari Anugerah Cemerlang Dan

Majlis Graduasi 2015

PERASMI : PN HASNAH BT DAIN

PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA &

KELUARGA

TARIKH : 21 NOVEMBER 2015-11-19

MASA : 7.30 AM - 11.45 AM

TEMAPAT : DEWAN SKPJP

CUE Z : KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

PENGU :Mengumumkan ketibaan yang

berbahagia, Puan Hasnah bt Dain,

Pengerusi Majlis Pembangunan

Wanita dan Keluarga Parlimen

Puchong diiringi oleh Puan Noorsham Bt

Ibrahim, guru besar Sekolah Kebangsaan

Puchong Jaya dan En. Shuhaimi B.

Zainal Abidin yang dipertua PIBG

Para hadirin diminta berdiri.

CUE Z : KATA ALU-ALUAN MC

PENGU : Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum w.b.t Selamat

Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

Pergi ke pasar membeli ikan,

Ikan dimasak di atas bara,

Selamat datang kami ucapkan,

Ucapan bismillah pembuka bicara.

Page 2: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

Bismillah hirrahma nirrahim,

Yang Berbahagia,

Puan Hasnah bt Dain,

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita

dan Keluarga Parlimen Puchong.

Yang Berusaha,

Puan Noorsham bt Ibrahim,

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.

Yang dihormati,

Encik Suhaimi bin Zainal Abidin

Yang Di Pertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya

Yang dihormati barisan guru penolong

kanan,

En. Arifin B Hj Awang

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Tee Lin Choo

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En.Saiful A’dli B Hamdan

Guru Penolong Kanan KoKurikulum

Puan Prema A/P Acthutan

Kaunselor SK Puchong Jaya.

Barisan Guru-guru penjana modal insan

gemilang, Ahli Jawatankuasa PIBG

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya,

para ibubapa pendukung generasi

berwawasan dan seterusnya muridku

anakku sayang.

Page 3: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE A : KATA ALU-ALUAN

PENGU : Pergi berhuma di Tanjung Rokan,

Sebelum pulang, mengail ikan,

Kehadiran kalian, kami alu-alukan,

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke Hari Anugerah

Cemerlang Dan Majlis Graduasi

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya

2015

Alhamdulillah segala puji dan syukur

kehadhirat Ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya dapatlah kita bersama-sama

berkumpul di dewan ini bagi meraikan

kejayaan anak-anak kita.

CUE Z : BACAAN DOA

PENGU : Bagi memberkati majlis kita pada pagi

ini, marilah kita sama-sama memohon

keberkatan ilahi agar majlis kita berjalan

dengan lancar. Oleh itu, dengan

sukacitanya saya menjemput Ustaz

Kamal bin Mohd Shabudin untuk

mengetuai bacaan doa.

CUE Z :BACAAN DOA SELESAI

PENGU :Amin, amin yarabbal a’lamin

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

Ustaz Kamal bin Mohd Shabudin atas

bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita

diberi hidayah dan kekuatan untuk

melaksanakan majlis hari anugerah

cemerlang dan graduasi pada tahun ini

dengan jayanya.

Page 4: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE A : UCAPAN GURU BESAR

PENGU :Hadirin yang dikasihi, Majlis Hari

Anugerah Cemerlang Dan Majlis

Graduasi ini diadakan bertujuan untuk

memberi motivasi kepada anak-anak kita

agar menempa kejayaan yang lebih

memberangsangkan pada masa akan

datang.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya

telah melahirkan begitu ramai pelajar

yang cemerlang sama ada dalam bidang

kurikulum mahu pun ko-kurikulum. 

Justeru, kita mengharapkan anak-anak

cemerlang yang ada dihadapan kita hari

ini, akan meneruskan kesinambungan

tersebut.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi

dengan ucapan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Puchong Jaya Puan

Noorsham bt Ibrahim untuk

menyampaikan ucapan.

CUE A : UCAPAN GURU BESAR SELESAI

PENGU : Terima kasih diucapkan kepada puan

guru besar atas ucapan sebentar tadi.

Page 5: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : UCAPAN PERASMI

PENGU : Sidang dewan yang dihormati,

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami,

Kepada puan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu.

Marilah sama-sama kita mendengar

ucapan dan amanat yang akan

disampaikan oleh Puan Hasnah bt Dain,

Pengerusi, Majlis Pembangunan

Wanita dan Keluarga Parlimen

Puchong dan seterusnya merasmikan

Hari Anugerah Cemerlang Dan Majlis

Graduasi 2015. Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

CUE A : UCAPAN PERASMI SELESAI

PENGU : Majlis merakamkan ribuan terima kasih

kepada Puan Hasnah bt Dain,

Pengerusi, Majlis Pembangunan

Wanita dan Keluarga Parlimen

Puchong di atas ucapan perasmian itu

tadi.

Diharapkan dengan ucapan tadi dapat

memberi semangat dan dorongan kepada

kita, untuk bersama-sama dengan penuh

minat dan iltizam demi melahirkan modal

insan yang berguna kepada agama,

bangsa dan negara.  Bak kata pepatah

‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata

kerana muafakat’.

Page 6: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : PERSEMBAHAN DRAMA MUZIKAL

PENGU : Seterusnya, untuk memeriahkan lagi

majlis kita pada hari ini, majlis menjemput

murid-murid SK Puchong Jaya untuk

membuat persembahan. Kumpulan ini

akan mempersembahkan satu drama

muzikal. Mari kita saksikan.

CUE Z :PERSEMBAHAN DRAMA MUZIKAL

SELESAI

PENGU :Terima kasih diucapkan kepada anak-

anak murid kita di atas persembahan

yang cukup berbakat ini. persembahan ini

adalah dibawah bimbingan dan tunjuk

ajar daripada En.Abd.Hamid dan Puan

Norazila. Diharapkan para hadirin

terhibur dengan persembahan mereka.

CUE A : PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH

PENGU : Hadirin yang dihormati,

Berkat rimbunnya si pokok jati,

Tempat burung selalu bertemu;

Sekali hidup biarlah bererti,

Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian

sijil graduasi dan hadiah bagi murid-murid

prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput En. Arifin b.

Hj Awang diiringi oleh En. Saiful A’dli B.

Hamdan untuk menyampaikan sijil

graduasi dan hadiah bagi murid-murid

prasekolah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA PRASEKOLAH)

Page 7: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE A :PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada En. Arifin b. Hj

Awang kerana sudi penyampaian sijil

graduasi dan hadiah buat murid-murid

prasekolah.

CUE Z : PENYAMPAIAN SIJIL TAHUN 6

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian Sijil Graduasi dan hadiah

bagi murid-murid Tahun 6.

Untuk itu, majlis menjemput Puan

Noorsham bt Ibrahim diiringi oleh Puan

Tee Lin Choo untuk menyampaikan sijil

graduasi dan hadiah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 6)

CUE Z :PENYAMPAIAN SIJIL TAHUN 6

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada puan guru besar

kerana sudi penyampaian sijil graduasi

dan hadiah buat murid-murid Tahun 6.

CUE A : PERSEMBAHAN PRASEKOLAH

PENGU :Majlis penyampaian hadiah berehat

seketika bagi menikmati satu lagi

persembahan dari murid-murid pra

sekolah. Dipersilakan.

CUE A :PERSEMBAHAN PRASEKOLAH

SELESAI

PENGU :Tahniah dan syabas diucapkan kepada

murid-murid prasekolah di atas

persembahan yang sangat unik sebentar

tadi.

Page 8: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 1

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi murid-murid

Tahun 1.

Untuk itu, majlis menjemput En. Arifin b.

Hj. Awang Guru Penolong Kanan

Pentadbiran untuk menyampaikan

hadiah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 1)

CUE Z :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 1

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada En. Arifin b. Hj.

Awang kerana sudi penyampaian hadiah

buat murid-murid Tahun 1.

CUE A : PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi murid-murid

Tahun 2.

Untuk itu, majlis menjemput Puan Tee Lin

Choo Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 2)

CUE A :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada Puan Tee Lin

Choo kerana sudi penyampaian hadiah

buat murid-murid Tahun 2.

Page 9: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 3

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi murid-murid

Tahun 3. Untuk itu, majlis menjemput

En. Saiful A’dli B. Hamdan Guru

Penolong Kanan KoKurikulum untuk

menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 3)

CUE Z :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 3

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada En. Saiful A’dli

B. Hamdan kerana sudi penyampaian

hadiah buat murid-murid Tahun 3.

CUE A : PERSEMBAHAN MURID TAHUN 1

PENGU :Majlis penyampaian hadiah berehat

seketika bagi menikmati satu lagi

persembahan daripada murid-murid

Tahun 1. Persembahan tarian ini dibawah

bimbingan Pn. Rozita Bt Saad.

Dipersilakan.

CUE A :PERSEMBAHAN TAHUN 1 SELESAI

PENGU :Terima kasih diucapkan kepada murid-

murid Tahun 1 di atas persembahan yang

sangat hebat sebentar tadi.

Page 10: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 4

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi murid-murid

Tahun 4. Untuk itu, majlis menjemput

Encik Suhaimi bin Zainal Abidin Yang Di

Pertua PIBG untuk menyampaikan

hadiah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 4)

CUE Z :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 4

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada En. Suhaimi bin

Zainal Abidin kerana sudi penyampaian

hadiah buat murid-murid Tahun 4.

CUE Z : PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 5

PENGU :Majlis diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi murid-murid

Tahun 5. Untuk itu, majlis menjemput

Pn. Noorsham bt Ibrahim untuk

menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 5)

Page 11: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE A :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 6

PENGU : Hadiri yang dihormati, majlis diteruskan

lagi dengan penyampaian hadiah buat

murid-murid tahun 6.

(BACA SENARAI NAMA TAHUN 6)

CUE A :PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 5 & 6

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada Pn. Noorsham bt

Ibrahim diatas penyampaian hadiah itu

tadi.

CUE Z :PENYAMPAIAN HADIAH TOKOH

KOKURIKULUM & TOKOH MURID

PENGU :Majlis dengan segala hormatnya

menjemput Puan Hasnah bt Dain,

Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita

dan Keluarga Parlimen Puchong diiringi

Encik Suhaimi bin Zainal Abidin Yang Di

Pertua PIBG untuk menyampaikan

hadiah Tokoh Kokurikulum dan Tokoh

Murid. Dipersilakan.

CUE Z :(BACA BIODATA TOKOH

KOKURIKULUM)

PENGU : Bagi Anugerah Tokoh Kokurikulum

2015, murid yang dimaksudkan adalah

ADIK HUZAIFAH HAZIQ BIN MUZAFAR

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN.

Page 12: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE A : (BACA BIODATA TOKOH MURID 2015)

PENGU : Bagi Anugerah Tokoh Kokurikulum

2015, murid yang dimaksudkan adalah

NUR ELLYA SYAFIQAH BT HASNIZAM

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPAKAN

CUE A :PENYAMPAIAN CENDERAMATA

PENGU :Terima kasih diucapkan kepada puan

Hasnah Bt Dain atas penyampaian

hadiah itu tadi.

Sebagai tanda ucapan terima kasih,

pihak sekolah dengan ini  menjemput

Puan Noorsham bt Ibrahim diiringi

Encik Suhaimi bin Zainal Abidin

selaku YDP PIBG SK Puchong Jaya

untuk menyampaikan cenderamata

kepada tetamu jemputan kita.

CUE A :PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SELESAI

PENGU :Terima kasih kepada Pn. Noorsham bt

Ibrahim diatas penyampaian

cenderamata itu tadi.

Page 13: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

CUE Z : PERSEMBAHAN KOIR

PENGU :Sebelum kita mengakhiri majlis pada hari

ini, mari kita saksikan persembahan

penutup iaitu persembahan koir murid-

murid tahun 6 yang dibimbing oleh puan

rozita bt saad. Dipersilakan.

CUE Z : PERSEMBAHAN KOIR SELESAI

PENGU :Terima kasih diucapkan kepada

kumpulan koir itu tadi. Dengan

berakhirnya persembahan koir itu tadi,

maka berakhirlah majlis Hari Anugerah

Cemerlang Dan Majlis Graduasi 2015.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah

buat semua murid yang telah

berjaya.Diharapkan kecemerlangan ini

akan diteruskan lagi di tahun yang akan

datang.

CUE A : PENUTUP

PENGU :Sebelum majlis melabuhkan tirai,

terimalah serangkap pantun dari kami

guru-guru SK Puchong Jaya buat anak-

anak murid tersayang.

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendak dicari,

Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. kami

memohon maaf sekiranya ada terkasar

bahasa, terlanjur bicara sepanjang

mengendalikan majlis sebentar tadi.

Sekian, terima kasih..Assalammualaikum.

Page 14: Teks Pengacara  majlis hari anugerah murid

PENGUMUMAN :

Perhatian kepada semua ibubapa dan

penjaga, anda bolehlah menyertai group

Info sekolah melalui telegram untuk

mendapatkan info-info berkaitan sekolah.

Bagi yang berminat, anda boleh join

group tersebut melalui Link yang terdapat

dibelakang buku program majlis sebentar

tadi.