teks pengacara majlis hari anugerah cemerlang_smk tok sera 2016

10
1 TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK) – TAHUN 2016 SMK TOK SERA, KUANTAN, PAHANG ATURCARA AGENDA CATATAN Ketibaan tetamu Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan SMK Tok Sera bagi tahun 2016. Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat duduk masing-masing. Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Bin Sulong Pegawai khas Menteri Belia dan Sukan dengan diiringi oleh Pengetua SMK Tok Sera, Encik Zulaffandi Bin Ahmad , Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong kanan KoKurikulum dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan

Upload: laila

Post on 07-Jul-2016

39 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

1

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK) – TAHUN 2016

SMK TOK SERA, KUANTAN, PAHANG

ATURCARA AGENDA CATATANKetibaan tetamu Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan SMK Tok Sera bagi tahun 2016.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat duduk masing-masing.

Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Bin Sulong Pegawai khas Menteri Belia dan Sukan dengan diiringi oleh Pengetua SMK Tok Sera, Encik Zulaffandi Bin Ahmad , Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong kanan KoKurikulum dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Sehati Sejiwa dan Salam SMK Tok Sera Berilmu Berdisiplin

Page 2: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

2

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang kepada semua

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Bin Sulong Pegawai khas Menteri Belia dan Sukan

Yang Berusaha En Zulaffandi Bin AhmadPengetua SMK Tok Sera

Yang Dihormati Datuk Jamal Abdul Nasir Bin IsmailYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SMK Tok Sera

Yang Berusaha Puan Haniza Bin HashimPenolong Kanan Pentadbiran SMK Tok Sera

Yang Berusaha Encik Johari Bin BudinPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Ahmad Nor Azmi Bin Mohd. AliPenolong Kanan KokurikulumDif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru,penerima-penerima anugerah , murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

3

Selamat datang ke :

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Tok SeraSaya Norlaila Binti Ismail

Dan saya Syazwani Bt Roslan

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Sulong Pegawai khas Menteri Belia dan Sukan kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Page 4: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

4

Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK Tok Sera, Kuantan untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.

Persembahan Murid Indah sungguh tembikar suasa,Buat hiasan di dalam taman;Seni silat pusaka bangsa;Warisan sejak zaman berzaman.

Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid daripada Persatuan Seni Silat SMK Tok Sera .

………………………………….

[BACAKAN PENTOMIN SILAT]

Persembahan silat tadi telah dipimpin oleh Encik Khalid Redwan bin Abdul Aziz. Untuk makluman semua pasukan silat SMK Tok Sera telah

1. Mewakili Pahang dalam program pelancaran 1 sekolah, 1 silat di SMK kuala Nerang, padang terap , Kedah

2. Memenangi Pingat Gangsa – seni Tari silat Putera3. Memenangi Gangsa juga- Seni Jurus Silat Putera

Di Pencak Silat sekolah-sekolah Daerah Kuantan di SK Padang Garuda.

Ucapan Pengetua Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan, Yang Berusaha En. Zulaffandi b. Ahmad , Pengetua SMK Tok Sera.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

5

=======================================Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Ucapan Perasmi Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Suhaimi Sulong , Setiausaha Kerja Menteri Belia Dan Sukan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Tok Sera bagi sessi 2016 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[GIMIK OLEH CIKGU ROSILAWATI]==============================================

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Sahsiah Terpuji

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah pada sesi pertama kepada para pelajar dan guru-guru yang telah pun menyumbang kepada kecemerlangan akademik SMK Tok Sera. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Jamal Abdul Nasir Bin

Page 6: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

6

Ismail,Yang Dipertua PIBG SMKTS diiringi oleh Tuan Pengetua untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Yang Berusaha Dato’ Jamal Abdul Nasir Bin Ismail atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Sahsiah Terpuji

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi kedua . Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Bin Sulong Pegawai khas Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Jamal Abdul Nasir Bin Ismail,Yang Dipertua PIBG SMKTS dan Tuan Pengetua, Encik Zulaffandi Bin Ahmad untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

======================================

Penyampaian Cenderahati Perasmi

Sebagai tanda kenang- kenangan, majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMK Tok Sera , Encik Zulaffandi Bin Ahmad untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Sulong

Dipersilakan.

===========================================Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Sulong atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Page 7: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

7

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Adik Mohd Irfan Bin Abdul Bashir . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Adik Mohd Irfan atas bacaan doa itu tadi.

Buah cemara jatuh berderai;Jatuh berderai di atas para;Hasrat kita tak mahu bercerai;Namun kita dihujung acara.

Penutup Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlangan SMK Tok Sera pada kali ini....ucapan tahniah buat anak-anak yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang....

Page 8: Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang_smk Tok Sera 2016

8

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa;Ajaran guru hendaklah dicari,Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Akur kata majlis dengan sukacitanya menjemput semua hadirin dan hadiratke Majlis Jamuan ringan di Bilik ERT.

Kalau ada sumur di ladangBoleh kita menumpang mandiKalau ada umur yang panjangTahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....assalammualaikum