koleksi tok awang ngah 4

90
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN 1 KOLEKSI TOK AWANG NGAH 031. KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI 032. LELAKI TUA MENUNTUT JANJI 033. MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH 034. LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT 035. HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN 036. HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS 037. PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK 038. DITIMPA BADI RUSA JANTAN 039. JEMBALANG TANAH DIBUSUT HITAM 040. HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

Upload: boziker

Post on 21-Dec-2015

382 views

Category:

Documents


45 download

DESCRIPTION

Koleksi 31 -40

TRANSCRIPT

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

1

KOLEKSI TOK AWANG NGAH 031. KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI 032. LELAKI TUA MENUNTUT JANJI 033. MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH 034. LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT 035. HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN 036. HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS 037. PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK 038. DITIMPA BADI RUSA JANTAN 039. JEMBALANG TANAH DIBUSUT HITAM 040. HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

2

031. KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI SAMPAI TIGA hari bau minyak dicampur air mandi limau masih wangi sekali pun mandi digosok sabun. Haji Basar tahu minyak yang dicampur dalam air limau Ucu Semali sekadar minyak biasa yang di beli di kedai mamak. Apa sangat minyak wangi berkenaan kalau disapu pada kulit apabila dijadikan losyen semata - mata. Setelah dibasuh atau mandi, nescaya bau minyak berkenaan akan hilang serta merta. Tetapi Ucu Semali bancuh minyak berkenaan dalam air mandi limau setelah menunggu malam diserkup sepi. Sebaik sahaja Ucu Semali memotong limau yang dipetik 3 biji pada satu tangkai, dia memberi isyarat supaya Haji Basar meletakkan duit sebanyak 25 sen ke dalam piring berisi limau berkenaan. Setelah air di dalam baldi siap dibancuh, limau juga siap dipotong, segera Ucu Semali padamkan lampu biar di dalam rumah menjadi gelap. Tetapi Haji Basar nampak melalui kilauan cahaya lampu yang terpasang di dapur rumah, Ucu Semali telah membakar setanggi. Lama dia terconggok di depan asap setanggi lantas Ucu Semali pun menyeru : assalamualaikum ya rijal ghaib, assalamualaikum ya ruhul-qudus, ya ghausnya nya ya muhan ya nuqbah ya nujabar ya akhyar ya autad ya amud ya hosilalmurad wahosilal maksud...". Kemudian Ucu Semali merungut - rungut bagaikan bercakap tidak menentu. Memang Haji Basar dapat mengagak tentu Ucu Semali dapat melihat apa sahaja lembaga di depannya kerana sekali sekala dia bagaikan menyuruh lembaga itu kemana- mana. Dia akan menunggu beberapa ketika seolah - olah untuk mendapatkan laporan yang diperlukannya. Hampir setengah jam Ucu Semali merungut - rungut, lantas dia meminta pasangkan lampu semula. Selepas itu dia menyuruh Haji Basar berdiri di cucur atap lalu terus dijirus dengan air mandi limau itu dari tingkap serambi. Memang sejuk juga Haji Basar akibat dijirus air tatkala tengah malam, tetapi dia terpaksa mematuhi apa sahaja kemahuan Ucu Semali. Lama sangat dia merasakan seolah - olah rezekinya tersekat sehingga perniagaannya semakin menurun. masakan tidak semena - mena sahaja segala peluangnya bagaikan tertutup rapat. Memang siapa pun tidak percaya apabila dia mengalami kebuntuan akibat wang ditangannya tidak membawa keberkatan langsung. Tahu sangat Haji Basar wang perniagaannya tidak pernah susut, tetapi dia sentiasa mengalami kesempitan. Kadangkala dia sendiri tidak menyedari bagaimana berbelanja sehingga wang di dalam dompetnya sering kehabisan. Kereta juga sentiasa meragam hingga tayarnya bocor setiap 3 hari sekali. " Tak tahulah Ucu nak buat macam mana " ujar Ucu Semali apabila Haji Basar memberitahunya mengenai kejadian yang menimpa dirinya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

3

" Berniaga saya rasanya tak jatuh, tapi wang habis tak tahu ke mana! " keluh Haji Basar disebabkan tidak tertahan lagi menahan kerusuhan hati. " Kalau berniaga tak rugi macam mana pula sempit rezeki? " memang Ucu Semali tidak dapat mengagak masalah yang ditanggung oleh Haji Basar . " Tak tahulah saya Ucu, ada saja yang tak kena " tutur Haji Basar apabila kenangkan keretanya yang selalu rosak itu. Selang 3 hari sekali tayar kereta bocor, pintu kereta pula terkunci tidak boleh dibuka. apabila dibawa ke bengkel, tidak ada apa - apa kerosakkan pun. " Ikut pengalaman Ucu, tak pernah berlaku macam ni " jelas Ucu Semali yang serba salah juga mahu membantu setelah Haji Basar menjengah ke rumahnya di kawasan felda berkenaan. " Macam mana pun, Ucu cubalah! " desak Haji Basar semacam meletakkan harapan yang tinggi pada ucuc semali. Tatkala Ucu Semali mula membakarkan setanggi, sekali gus terasa seluruh badannya geli geleman seolah - olah badannya dilumuri minyak. Cepat - cepat Ucu Semali mengisar duduk lantas menepuk kepala lututnya 3 kali. Sebaik sahaja Ucu Semali melihat bayangan pejabat Haji Basar , terkejut dia seolah - olah dinding pejabat juga dilumuri minyak hingga tercium bau harum. Tersenyum Ucu Semali disebabkan bau minyak yang harum itu menjadikan pejabat Haji Basar bagaikan tenggelam di tengah ombak minyak yang mengalir di celah dinding laksana mata air pada tebing telaga. Jikalau mata air berkenaan disumbat, nescaya akan terus juga terpancut bagaikana tidak dapat ditahan - tahan. Ketika itulah Ucu Semali duduk lantas berzikir hingga terasa tubuhnya melayang - layang ke udara. Serentak dengan itu, dia melihat disekelilingnya terlalu ramai lelaki berkeliling. Tidak bertangguh Ucu Semali pun menyuruh semua lelaki yang menjelma di depannya itu supaya menutup mata air yang memancut minyak wangi pada dinding pejabat Haji Basar itu. Setelah geli geleman di seluruh tubuhnya itu beransur hilang, segera Ucu Semali mengisarkan duduknya. Lantas dia pun menghelakan nafas lalu terus memberi isyarat supaya lampu dipasangkan semula. Menggeleng - geleng lemah dia tetapi dia tidak mahu memberitahu apa - apa kepada Haji Basar setelah melihat keadaan di pejabatnya itu. Apabila Ucu Semali jiruskan air mandian limau itu, memang dia tidak benarkan Haji Basar lapkan air itu dengan tuala. Biarlah air yang dijirus ke tubuh itu berbintik - bintik sampai kering sendiri. Rambut juga dibiarkan tidak disisir disebabkan bimbangkan air mandi limau itu tua apabila menitik dihujung rambutnya. Sebab tu bau minyak berkenaan melekat pada rambut Haji Basar . Tatkala beliau balik ke rumah, dia terus rebahkan badan ke katil. Sekali gus pula isterinya, Hajah Rusijah terbau minyak wangi berkenaan sampai melekat bau itu ke bantal. 3 hari pula Hajah Rusijah terbau wangi bantal itu sekali pun sudah dijemur di anjung rumah.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

4

Tersengih - sengih Hajah Rusijah mengejek Haji Basar tatkala menghadap sarapan pagi apabila memberitahu mengenai bau minyak wangi yang melekat pada bantal itu. Tetapi Haji Basar tidak peduli sangat sama ada isterinya mengejeknya atau tidak. Manalah isterinya tahu mengenai keadaan di pejabatnya yang tiba - tiba sahaja bagaikan malap tidak berseri apa - apa. Kalau tidak kenang kawannya, Wak Damus ingatkan dia supaya tidak terburu - buru sangat mengambil keputusan mahu menutup perniagaannya, memang sudah lama Haji Basar tinggalkan pejabatnya. Biarlah dia terperosok di rumah mengharapkan anak - anaknya membantu, setelah perniagaan yang sekian lama dikendalikannya itu tiba - tiba sahaja menghadapi masalah. Dia tahu perniagaannya tidaklah jatuh merudum. Segala - galanya masih berjalan dengan baik hinggakan mereka yang berniaga dengannya tidak pernah culas membayar. Tetapi duit ditangannya selalu sahaja habis tidak menentu. Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana mahu tuliskan buku akaun akibat daripada perasaannya yang sentiasa rusuh itu. " Ahh! minyak wangi biasa " sahut Haji Basar yang tidak peduli sangat dengan usikan isterinya itu. " Arwah ayah dahulu pun gunakan minyak wangi macam tu " tersengih - sengih Hajah Rusijah disebabkan bau minyak wangi yang digunakan pada air mandian limau Haji Basar masih berbau harum. " Emmm...dia gunakan untuk apa? " berkerut dahi Haji Basar apabila isterinya ungkit fasal minyak yang digunakan oleh arwah bapa mentuanya. " Setahu saya, arwah ayah dulu buat minyak senyonyong " jelas Hajah Rusijah bagaikan curiga dengan air mandi limau yang dijiruskan oleh Ucu Semali itu. " Sebab itu arwah ayah beristeri sampai 4 " beritahu dia selanjutnya apabila kenangkan arwah ayahnya, Andak Bucin yang berkahwin sampai 4 itu. Terkekeh - kekeh Haji Basar ketawa sebaik sahaja Hajah Rusijah sebut mengenai arwah ayahnya yang berkahwin 4 itu. Lantas sahaja Haji Basar menuduh tentu isterinya juga bimbang dia mandi air limau disebabkan mahu berkahwin lain. Asal sahaja bertemu Ucu Semali jauh di kawasan Felda, tentu bertujuan mahu memikat sesiapa. Sebab itu Haji Basar terasa sangat geli hatinya apabila Hajah Rusijah menyindir sedemikian. Takat mencari minyak senyonyong, tidak perlulah dia bersusah payah meranduk kesepian malam untuk menemui Ucu Semali. Memang arwah bapa mentuanya sudah berikan dia minyak senyonyong biar mudah laris tatkala berniaga apa pun. Sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, sudah tentu akan menuruti keputusannya sebaik sahaja minyak tersebut disapukan pada alis mata terus ke atas bibir.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

5

Memang bapa mentuanya Andak Bucin ingatkan Haji Basar supaya tidak salah gunakan minyak senyonyong berkenaan. Kalau digunakan untuk memikat perempuan, nescaya minyak senyonyong berkenaan sekadar seronok mahu berkahwin sampai empat isteri sahajalah. Haji Basar sendiri menyedari Andak Bucin beristeri sampai 4 orang, tetapi berniaga tiada satu pun yang menjadi. disebabkan tidak boleh digunakan untuk berniaga, lantas sahaja Andak Bucin bekerja sebagai tukang kayu. Apabila dia berikan minyak senyonyong itu pada Haji Basar , dia sudah ingatkan fasal niat yang tertanam di kalbu sebaik sahaja diturunkan kepada menantunya. Lantas sahaja Haji Basar tanamkan niat jauh di lubuk hati mahu gunakan untuk berniaga semata - mata. Setiap kali malam bulan mengambang penuh, Haji Basar akan asapkan botol minyak berkenaan dengan kemenyan sampai berturut - turut 3 malam. Dia akan melihat akar serai bunga di dalam botol itu, akan berpusing di tengah minyak yang berbuih sebaik sahaja diasap dengan kemenyan. Sekali gus pula akar serai itu akan bertukar warna menjadi kebiru - biruan apabila asap kemenyan itu melabun di tengah rumah. Cubalah sesiapa sahaja berurusan niaga dengannya, mencari helah tidak mahu membayar wang yang dituntut. Tatkala dengar suara Haji Basar di dalam telefon sahaja nescaya hati akan menjadi gementar. Tidak bertangguh mereka akan memberikan janji mahu membayar sebelum Haji Basar sempat bertanya apa - apa. " Minyak senyonyong ayah jikalau disalah gunakan, memanglah untuk memikat perempuan aje! " ujar Haji Basar di hujung ketawanya sengaja menyindir isterinya. " Jadi, arwah ayah dulu salahgunakan minyak senyonyong tu? " lantas Hajah Rusijah mencebek bibir kerana menyangka suaminya tidak tahu apa - apa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan. " Entahlah, tapi kalau nak kahwin sampai 4 tak payah pakai minyak senyonyong pun boleh” jelas Haji Basar sambil tersengih - sengih mengulum senyum disebabkan dia sudah berjanji dengan arwah bapa mertuanya untuk merahsiakan fasal minyak berkenaan yang diturunkan kepadanya. Bukan mudah Andak Bucin mahu turunkan minyak senyonyong yang mengalir keluar dari pada rumpun serai bunga itu, kalau Haji Basar tidak mahu rahsiakannya. Tentu anaknya, Hajah Rusijah akan mengalami nasib yang sama seperti emaknya yang hidup bermadu sekiranya Haji Basar tidak menyimpan rahsia mengenai minyak senyonyong yang ditampung tatkala keluar meleleh di rumpun serai bunga. Bangga sangat Andak Bucin apabila dia menemui rumpun serai bunga di tengah hutan lalu dibawa balik dan ditanam di hujung halaman. Beberapa kali juga Andak Bucin mengendap sewaktu malam bulan tengah mengambang penuh apabila tercium bau harum laksana bunga cempaka gugur ke tanah. Lantas disuluhnya ke perdu rumpun serai bunga itu setelah rumpun serai bunga itu bergegar kuat. Tersentak Andak Bucin apabila melihat minyak meleleh pada perdu rumpun serai berkenaan. Cepat - cepat dia tadahkan tempurung disebabkan bau minyak berkenaan sangat semerbak harumnya. Dia simpan baik - baik minyak berkenaan dengan akar serai bunga yang jatuh ke dalam tempurung tidak dibuang satu pun.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

6

Apabila isterinya menanyakan mengenai minyak di dalam tempurung yang berbau harum itu, terus sahaja Andak Bucin memberitahunya minyak senyonyong. Tergamam isterinya sebaik sahaja diberitahu bahawa minyak senyonyong keluar meleleh pada perdu rumpun serai bunga. Sewaktu isterinya menjengah perdu rumpun serai berkenaan, dia semakin terkejut apabila melihat beberapa butir batu berwarna - warni berlonggok di situ. Disebabkan dia menyimpan batu batu berwarna warni itu, isterinya tidak marah apabila Andak Bucin berkahwin lagi. Apa lagi, batu berwarna - warni itu akan bertambah sekiranya dia jualkan kepada jiran - jirannya. sampailah beliau meninggal dunia, tiba - tiba sahaja batu berwarna - warni berkenaan hilang entah ke mana. Serai bunga yang dijaga baik - baik oleh Andak Bucin juga pupus tidak bersebab. Setelah diturunkan kepada Haji Basar minyak senyonyong tersebut, Andak Bucin ingatkan menantunya supaya tidak memberitahu sesiapa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan. Bimbang benar dia mahu serahkan pada anak - anak lelakinya yang lain takut mereka berbangga sangat hingga memikat sesiapa sahaja perempuan yang menarik perhatiannya. " Boleh jadi minyak senyonyong arwah ayah dulu, awak yang simpan? " segera Hajah Rusijah menuduh disebabkan bau air mandi limau suaminya seakan - akan bau minyak senyonyong yang disembunyikan oleh ayahnya. Tahu sangat Hajah Rusijah mengenai minyak berkenaan disebabkan dia pernah terserempak di dalam peti kayu di bawah kolong. " Hus, kalau ada pada aku, tentu aku kahwin 4! " ujar Haji Basar sengaja berdalih. Ketika ini lah mereka berdua dikejutkan dengan bunyi sorak sorai anak - anak di luar pagar rumah. Lantas sahaja Hajah Rusijah menerpa ke pintu hadapan rumah hinggakan tidak peduli lagi fasal minyak senyonyong yang dibangkitkan di depan suaminya itu. Sebaik sahaja dia menjengah keluar, Hajah Rusijah tidak melihat seorang pun kanak - kanak yang bersorak di luar pagar rumahnya itu. Tetapi dia terkejut apabila melihat sebuah kereta jenazah tersergam di luar pagar rumahnya. Belum pun sempat dia memanggil Haji Basar , lantas sahaja suaminya tercegat di belakangnya. Segera Haji Basar membukakan jeriji pintu untuk memastikan memang betul kereta jenazah itu berhenti di hadapan rumahnya. Ketika Haji Basar berjalan mendekati pintu pagarnya, kereta jenazah itu terus bergerak meninggalkan kawasan rumahnya. Hajah Rusijah pula ternampak kereta berkenaan bergerak secara sendiri tanpa kelibat pemandunya. Hairan juga Haji Basar apabila diberitahu oleh isterinya mengenai kereta jenazah itu bergerak dengan sendiri dengan tidak ada pemandunya. Apabila hal itu diberitahu kepada jiran - jirannya, mereka juga terkejut. Tidak ada sesiapa pun yang melihat kereta jenazah itu berhenti di luar pagar rumah Haji Basar tatkala mereka sedang bersarapan pagi. Sewaktu mereka menjengah ke tepi pintu pagar, memang bekas tayar kereta ternampak timbul pada tanah pasir di situ.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

7

" Saya tidak nampak sebuah pun kereta berhenti di situ, abang haji " ujar Fahzi jiran yang dekat bersebelahan rumah. memang sejak selepas solat subuh Fahzi bersenam di hadapan rumahnya. Sekiranya kereta jenazah berkenaan berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar , memang dia yang akan mula - mula melihatnya. " Eeh, takkan lah saya bermimpi! " gerutu Haji Basar semacam tidak percaya apabila diberitahu sedemikian oleh Fahzi . " Sejak selepas subuh memang saya di halaman rumah ini " jelas Fahzi yang mengakui nampak Haji Basar menerpa ke pintu pagar secara tergesa - gesa. " Siapa pula yang meninggal dunia? hingga kereta jenazah tersalah rumah" lantas Mat Sutin mencelah setelah diberitahu fasal kereta jenazah pagi - pagi lagi berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar . " Memang saya dengar suara budak - budak bersorak " sahut Hajah Rusijah menjelaskan apabila jiran - jiran memberitahu tidak melihat seorang pun kanak - kanak di situ. Kalau kanak - kanak bersorak pun, tentu anak - anak mereka yang sudah ke sekolah semenjak selepas subuh lagi. Tetapi berturut - turut 3 pagi pula mereka di situ dikejutkan dengan kereta jenazah yang berhenti tersergam di depan pintu pagar rumah Haji Basar . Tidak sampai 2 minit kereta berkenaan berhenti, cepat - cepat sahaja ianya akan bergerak. Memang Fahzi juga tidak dapat melihat kelibat pemandu kereta itu apabila ia bergerak meninggalkan pintu pagar tersebut. Bukan Fahzi sahaja yang terserempak, malah Mat Sutin yang suka mengusik jirannya itu juga tergamam apabila beliau juga turut terserempak dengan kereta jenazah yang tiada pemandu itu berhenti di hadapan rumah Haji Basar . Sebab itu mereka mula mengendap di pintu pagar rumah sebai sahaja selepas waktu subuh. tetapi tidak kelihatan apa - apa pula sampai seminggu apabila mereka menunggu di situ. Disebabkan terserempak dengan kereta jenazah tidak ada pemandu yang berhenti di depan pintu, lantas sahaja Haji Basar menemui Ucu Semali semula. Sengaja dia mengajak Fahzi ikut sama temankan dia ke Felda berkenaan. Tetapi Ucu Semali juga memberitahu bahawa kereta jenazah turut ada berhenti di halaman rumahnya selepas subuh tatkala dia turun ke tanah mahu ke kebun. Sebaik sahaja Ucu Semali mahu mencapai motorsikalnya, dia menyedari bahawa kereta jenazah itu bergerak perlahan - lahan meninggalkan halaman rumahnya. Memang dia cam sangat bahawa tidak ada pemandu di hadapan. Berturut - turut 3 pagi Ucu Semali terserempak dengan kereta jenazah tersebut yang berhenti di halaman rumahnya, kemudian aia bergerak perlahan - lahan sebaik sahaja Ucu Semali mencapai motorsikalnya. Ucu Semali tidak peduli sangat mengenai kereta jenazah yang berhenti di halaman rumah kerana menyangka pemandunya sengaja mahu berhenti berehat. Tentu pemandu kereta jenazah itu

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

8

yang masuk ke dalam kawasan Felda berkenaan keletihan sangat kerana menguruskan membawa balik jenazah dari hospital. Manalah tahu jirannya di kawasan Felda berkenaan sudah bekerja menjadi pemandu kereta jenazah berkenaan. Setelah dia cam sangat kereta jenazah itu bergerak tanpa pemandu, Ucu Semali mula mengesyaki kereta berkenaan sekadar bayangan sahaja. Tetapi anaknya, Uncak juga terserempak dengan kereta jenazah berkenaan melalui lorong ke rumahnya tatkala dia mengayuh basikal ke sekolah. 3 pagi berturut - turut Uncak cam sangat kereta berkenaan memang tidak ada pemandu. " Ucu di sini pun terserempak dengan kereta jenazah " beritahu Ucu Semali apabila Haji Basar jelaskan kejadian yang menimpa di rumahnya 3 pagi berturut - turut. " Cam benar Ucu, memang kereta itu tidak ada pemandu " ujarnya menambah apabila kenangkan kejadian yang sama menimpa rumahnya juga. " Takkan kita sama - sama bermimpi, Ucu? " hairan juga Haji Basar kiranya mahu dituduh mereka bermimpi. Kalau takat dia suami isteri sahaja melihat, boleh juga dianggap kereta jenazah itu sekadar bayangan. tetapi Fahzi dan Mat Sutin jiran - jirannya, juga terserempak sama. " Bukan perkara mimpi ni, Aji " jelas Ucu Semali tersengih - sengih kerana tidak bimbang apa - apa sekiranya mahu menguji dirinya. " Kadangkala orang nak tunjuk kepandaian, manalah kita tahu! " dia mendengus perlahan seolah - olah kejadian tersebut mahu mencabar dirinya. " Macam - macam ilmu sihir " ujar Fahzi yang memang pernah mengalami kejadian diganggu sihir sewaktu tinggal di rumah lamanya sebelum berpindah berjiran dengan Haji Basar . Apabila dia memberitahu kepada Haji Basar , lantas sahaja lelaki itu mentertawakannya kerana terlalu percayakan sangat kejadian sedemikian. Manalah Haji Basar dapat merasakan keadaan cemas dirinya sekeluarga apabila langsir jendela tiba - tiba sahaja terbakar. Habis sahaja langsir rentung terbakar, sekali gus pula api padam tidak sempat menjilat ke dinding. tilam di atas katil juga terbakar bagaikan ditabur bara merah menyala hingga kekabu tilam berlubang - lubang ditembusi api. Rusuh benar hati Fahzi disebabkan sepanjang malam dia terpaksa berjaga - jaga. Lantas sahaja Itam Suhor menyuruhnya buangkan sahaja langsir, kalau api berkenaan sengaja membakar langsir jendelanya. Apabila tidak dipasangkan langsir, kusyen bangku pula berlubang - lubang bagaikan bara berserak di situ. 3 malam berturut - turut Itam Suhor membakarkan kemenyan, namun kejadian api memercik laksana bara ditabur itu terus berlaku di dalam rumah. Disebabkan api yang mengganggu rumah Fahzi tidak juga reda asal sahaja masuk waktu maghrib, segera Itam Suhor memberitahukan hal tersebut kepada Pak Gumil . Ketika Pak Gumil jejakkan kaki ke rumah Fahzi , tidak pula berlaku api memercik sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Sehingga tengah malam Pak Gumil menunggu, dia terus solat sunat 2 rakaat. setelah dia berzikir jauh di dalam jiwanya, Pak Gumil segera membacakan sebanyak 7 kali : " laqod ja-akum

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

9

rasulummin anfusikum 'azizun 'alaihi ma-'anittum horison 'alaikum bil-mukminina raufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiyallahu la-ilahailla-huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'azim ". Ketika inilah mereka terkejut apabila tercium bau hangit bagaikan bau rambut terbakar. Semenjak Pak Gumil berulang 2 malam berturut - turut, Fahzi berasa lega apabila rumahnya tidak lagi diganggu. Apabila dia mahu membayar wang pengeras, Pak Gumil sekadar menyuruh dia hantarkan sahaja pisang ke masjid 3 jumaat berturut - turut. Puas juga Fahzi mendesak supaya memberitahu mengenai kejadian yang mengganggu rumahnya, tetapi sengaja Pak Gumil berdalih. Manalah Pak Gumil mahu memberitahu mengenai Fahzi yang menggunakan minyak senyonyong tatkala memikat isterinya sehingga lelaki yang menaruh perasaan sentiasa menyimpan dendam. Marah benar lelaki itu apabila Fahzi yang kurus meleding mudah sangat memikat Mazimah, hingga lelaki berkenaan sengaja mahu menimbulkan kecemasan. Biarlah Fahzi gunakan minyak senyonyong yang disapukan pada sapu tangan hingga tercium kepada Mazimah . Sebab itu, Pak Gumil sekadar bisikkan pada Fahzi bahawa penggunaaan minyak senyonyong juga boleh memudaratkan diri sendiri juga. Tetapi Fahzi tidak bermaksud mahu menyakiti hati sesiapa pun apabila mencari minyak senyonyong sampai ke tengah hutan negeri Pahang. Dia sekadar mahu memikat hati Mazimah yang berdalih sangat setiap kali dia cuba mendekati perempuan itu. Sebab itu Fahzi terpaksa juga mendesak bapa saudaranya di Jerantut agar dapat membantu, biar diturunkan jampi serapah untuk diamalkannya. Sengaja bapa saudaranya memberikannya sahaja minyak senyonyong biar dititikkan pada sapu tangan. Asal sahaja terserempak dengan Mazimah , beliau akan kibaskan sapu tangan tersebut biar bau wanginya tercium menusuk ke hidung. Sebaik sahaja tercium bau minyak senyonyong, memang 3 malam berturut - turut Mazimah tidak boleh lelapkan mata apabila kenangkan akan diri Fahzi . Setiap kali menjejakkan kaki ke pejabat, dia akan tertunggu - tunggu akan Fahzi masuk menjengah. Tiba - tiba sahaja perasaannya tidak boleh lupakan Fahzi asal sahaja mata mahu mengantuk tidur. Dia akan tergamam bangun bagaikan terdengar suara Fahzi berbisik di telinganya menyuruhnya membuka mata. Sebab itu mudah sahaja Mazimah menerima lamaran tatkala Fahzi masuk meminang. Manalah Fahzi tahu fasal lelaki yang hatinya terluka apabila dia berkahwin dengan Mazimah . Sebab itu Pak Gumil tidak peduli sangat tatkala melihat bara api ditaburkan di dalam sekam padi. Setelah dihembuskan 3 kali dengan surah al fatihah, dia melihat dengan jelas asap melabun naik apabila sekam padi dielus angin kencang. Ketika ini Pak Gumil melihat lelaki berpakaian serba hitam tercegat di situ mencampakkan bara dari sekam padi seolah - olah menyinggahi langsir jendela.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

10

" Kalau jauh nak ke Felda ni, cubalah jumpa Pak Gumil tu " tutur Ucu Semali sebaik sahaja diberitahu oleh Fahzi mengenai kejadian yang menimpa rumahnya bertahun - tahun sebelum itu. " Pak Gumil dah lama meninggal dunia " beritahu Fahzi apabila kenangkan dia tidak sempat menziarahi orang tua berkenaan. " Anak murid Pak Gumil tak ada ke? " desak Haji Basar pula sengaja mahu mengetahui fasal Pak Gumil . Dalam saat demikian dia lebih mengharapkan Ucu Semali sahaja, setelah sama - sama mengalami kejadian terserempak kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu itu. " Tak salah saya, Pak Gumil dulu datang dengan ustaz " jelas Fahzi yang tetap ingat sangat malam kedua Pak Gumil datang menjengah ke rumahnya memang bersama dengan saya. " His, ustaz tu selalu dia ke sini " sahut Sebanun, isteri Ucu Semali sambil mencuit bahu suaminya. Tersenyum Ucu Semali sebaik sahaja Fahzi sebutkan mengenai saya bersama Pak Gumil jejak kaki ke rumahnya tatkala kejadian api membakar langsir jendela tidak semena - mena. Tilam di katil juga disinggahi dengan bara api yang tidak kelihatan di mana - mana itu. Malah kusyen yang baru dibeli dari kedai perabot juga tebuk berlubang - lubang bagaikan disinggahi bara api menyala. " Ucu kenalkah dengan ustaz tu? " tanya Fahzi sambil menatap muka Ucu Semali setelah diberitahu oleh Sebanun mengenai saya yang sering kali menjengah datang ke felda itu. " Ustaz tu bukannya mahu sangat kalau dijemput " lantas Sebanun mencelah sebelum Ucu Semali sempat menuturkan apa - apa. Tetapi Ucu Semali tahu perkara kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu bukannya sama dengan kejadian api memercik di dalam rumah Fahzi . Tiba - tiba sahaja kereta jenazah itu menjelma di tengah halaman rumahnya tatkala Haji Basar juga mengalami perkara yang sama. Sebaik sahaja dia melihat bayangan dinding pejabat Haji Basar memancutkan mata air yang meleleh minyak senyonyong, sekali gus sahaja gangguan kereta jenazah itu pun menjelma. Disebabkan jelmaan kereta jenazah itu tidak lagi mengganggu, Ucu Semali sekadar ingatkan Haji Basar supaya menyediakan rumput sambau, daun sepulih dan beras ditumbuk dengan kunyit sahaja. Dia akan doakan dengan membacakan ayatul kursi sebanyak 313 kali lalu direnjiskan disekeliling pejabat laksana menepung tawar sahaja. Memang Haji Basar juga tidak peduli sangat fasal kereta jenazah yang menjelma di depan pintu pagar rumahnya. Biarlah jelmaan kereta jenazah itu dilihat jiran - jirannya, asal sahaja tidak mengganggu penduduk di situ. Manalah tahu kereta berkenaan akan merempuh budak - budak yang melintas jalan mahu ke sekolah tatkala hari belum cerah itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

11

Siapa mahu dituduh sekiranya kereta yang bergerak tidak ada pemandu itu merempuh anak - anak? Tentu anak - anak mereka cedera akibat nahas tidak tahu punca itu. Memang bimbang benar, Haji Basar takut sekiranya kejadian sedemikian berlaku dalam masa dirinya yang menjadi sasaran. Takat perniagaannya yang mengalami kerugian, Haji Basar masih boleh bertahan. Tapi kalau mengancam anak - anak jirannya, dia juga berasa kesal yang amat sangat. " Haji Basar ini yang saya ceritakan pada ustaz tu " beritahu Ucu Semali sambil memandang ke arah saya, tatkala Haji Basar bersama Mat Sutin naik ke rumahnya semasa saya berkunjung ke Felda berkenaan. Memang Ucu Semali sudah ceritakan mengenai Haji Basar yang terkejut apabila melihat kereta jenazah bergerak tidak ada pemandu di depan pagar rumahnya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

12

032. LELAKI TUA MENUNTUT JANJI MALAM TIDAK bercahaya kerana bulan tidak mengambang, Bila bulan mula menghujung, bulan akan mengambang apabila semakin dini hari. Sebab itulah orang-orang Islam percaya kiraan Tahun Hijrah lebih tepat dari Tahun Masehi, kerana edaran bulan mengikut kiraan Yahun Hijrah. Kita perhatkan sahaja apabila bulan purnama sudah tentulah pada setiap 15 haribulan Tahun Hijrah. Tetapi orang-orang kita lebih mengikut Tahun Masehi. Disebabkan kita terikut-ikut Tahun Masehi sebagai tahun antarabangsa. Pada hal edaran bulan tidak langsung mengikut Tahun Masehi. Mungkin juga pengaruh penjajah yang menanam semangat kita sentiasa menghormati Tahun Masehi. Malah ramai dari orang-orang kita tidak peduli langsung mengenai kiraan Tahun Hijrah ini. Ini juga yang terjadi kepada Manap Sepet. Dia memang tidak pernah tahu mengenai kiraan tahun Hijrah ini. Malah dia sendiri menganggap perkara-perkara yang bersangkutan dengan mimpi sebagai karut dan tidak munasabah saja. Sebelum itu Manap diiberitahu oleh isterinya Sirah mengenai mimpinya bahawa selepas 15 haribulan Safar seorang lelaki tua menunggunya di simpang kampung. Dia akan menunggu Manap Sepet jam 12 tengah malam. Selepas 15 haribulan Safar itu tidak pula diterangkan bila. Cuma orang tua dalam mimpi itu mengingatkan selepas 15 haribulan Safar saja. Sebab itu lah Manap Sepet tidak hiraukan sangat mengenai mimpi isterinya itu. Sekali pun Sirah menegahnya jangan lagi keluar pada waktu malam, namun Manap Sepet menganggap sebagai karut saja kepercayaan isterinya. Sirah memang mendapat mimpi mengatakan orang tua berkenaan mahu bertemu dengan Manap Sepet. Sudah menjadi kebiasaan Manap Sepet, dia akan ke pekan dengan menaiki basikal sejauh empat batu dari kampung. Pekan itu pun hanya kedai papan sederet yang terdapat sebuah kedai kopi. Di belakang kedai kopi tempat orang bermain mahjong. Manap Sepet sekali sekala main mahjong juga di belakang kedai itu. Kalau dia tidak ada duit dia akan menebeng saja memerhati orang lain bermain. Di kedai kopi itu Manap Sepet duduk menghabiskan masanya sampai jam 11 malam baru balik. “Sengaja kau nak jadikan aku jantan ikut telunjuk, duduk saja di rumah, fasal itu kau cakap mimpi ini “ bentak Manap Sepet memarahi isterinya ketika turun dari rumah petang tadi. “Awak ni salah anggap” rungut Sirah tersinggung dengan tuduhan suaminya. “Saya kata lain, awak maksudkan lain pula” dia memasamkan muka. “Mimpi itu karut semuanya ” Manap Sepet mencapai basikal di bawah rumah. ‘aku ak takut apa pun, tunggulah siapa yang nak tunggu” gerutunya mendongkol kerana dilarang oleh isterinya dari keluar ke pekan. “Dalam seminggu dua ni aje jangan keluar malam, apa salahnya?” Sirah masih berharap supaya suaminya tidak keluar. “Sudahlah karut,” bentak Manap Sepet. Dia terus menyeret basikalnya keluar ke tengah halaman. “Jangan jadikan saya jantan ikut telunjuk pulak” dia mengibas-ngibaskan punggung dengan belakang tangan sebelum melompat naik menunggang basikalnya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

13

Sirah tidak berupaya menghalang suaminya dari meneruskan kemahuannya keluar juga ke pekan. Dia tau suaminya ke pekan yang terdapat kedai papan sederet itu saja. Manap Sepet tidak akan pergi ke Gemas, kerana malam tidak ada bas lagi. Lagi pun buat apa Manap Sepet ke Gemas kecuali kalau mahu menonton wayang. Sedangkan Manap Sepet bukannya orang yang suka menonton wayang. Dia tahu suaminya akan mencangkung di belakang kedai kopi Ah Keong bermain mahjong. Itu pun kalau dia berduit. Kalau tidak berduit dia akan memerhati saja orang bermain. Memang asyik Manap Sepet memerhati orang bermain mahjong sampai lupa mahu balik ke rumah. Habis semua kawan-kawan datang dari kampung balik, dia tidak juga balik. Fasal itulah Manap Sepet berseorang saja melalui jalan tanah merah di sekeliling pokok-pokok getah merimbun. Bagi Manao Sepet balik jauh-jauh malam tidaklah menjadi hal kepadanya. Kadangkala menumpang motosikal Ah Fook seorang peraih getah buku, dia pergi juga ke Gemas kerana Ah Fook memang kaki empat nombor. Mereka ke sana kerana Ah Fook percaya to’ pekong boleh memberikan nombor ekor. Bukan setakat ke Gemas atau Segamat saja, Ah Fook mencari to’ pekong untuk mendapatkan nombor bagi menikam empat ekor. Malah kadangkal ke Seremban dekat Bukit Tangga dia pergi mendapatkan to’ pekong dengan harapan boleh menang nombor. Manakala Manap Sepet pun sama saja mengikut kemahuan Ah Fook, di samping dia juga berharap boleh mendapat pertolonga to’ pekong memberi nombor ekor. Memang Sirah marah bila mendapat tahu suaminya mengikut Ah Fook mencari to’ pekong kerana mahu dapatkan nombor ekor, tetapi apalah yang boleh dilakukan. Sudahlah Manap Sepet tidak sembahyang, tidak puasa, ditambah lagi dengan main judi baik mahjong mahu pun nombor ekor. Hal-hal rumah tangga langsung tidak dipedulikannya. Terpulang pada Sirah untuk bekerja di estet bagi menampungbelanja di rumah. Kadangkala Manap Sepet pula minta duit darinya untuk minum kopi di kedai Ah Keong. Bila balik malam Ah Fook tidak akan menghantar Manap Sepet balik ke rumah, memadai sampai di kedai Ah Fook saja kerana Manap Sepet tinggalkan basikalnya di situ. Kemudian Manap Sepet akan balik bersaorangan saja melalyui jalan tanah merah melalui kebun-kebun getah di kiri kanan itu sejauh 4 batu balik ke rumahnya. Kadang-kadang sampai jam 3.00 pagi baru dia tiba di rumahnya kalau mengikut Ah Fook berjalan hingga ke Segamat. Inilah kisah Manap Sepet yang diceritakan oleh adiknya Lasim kepada saya. Pada malam itu dia tetap keluar juga sekali pun dilarang oleh Sirah. Sampai di kedai kopi Ah Keong dia berlangut saja seorang diri sambil memesan teh. Asal duduk saja di kedai itu, memang dia tetap memesan teh. Di belakang kedai orang bermain mahjong kedengaran juga pada Manap Sepet. Tidak orang Melayu yang bermain mahjong, kecuali Manap Sepet sajalah orang Melayu di situ yang gemar bermain mahjong. Ah Fook juga tidak datang ke situ, mungkin lelaki Cina tidak tahu ke mana-mana. Ada juga dia berjanji hendak ke To’ Pekong di Bukit Tangga dekat Seremban untuk menurun bagi mendapatkan nombor ekor, tetapi dia belum memberi kata putus mengenainya. Kira-kira pukul 11.00 malam Manap Sepet pun baliklah ke rumahnya. Dia mengayuh basikal mengikut lorong tanah merah itu. Bagi Manap tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Sudah bertahun-tahun dia menempuh jalan tersebut sejak masih belum kahwin dengan Sirah lagi. Tidak ada pula dia bertemu apa-apa tengah jalan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

14

Macam-macam juga dia mendengar cerita bila sampai berhampiran Bukit Kuau di simpang jalan. Jamos pernah melihat lembaga pakaian serba putih melintas di situ, tetapi kakinya tidak jejak ke tanah. Pak Sohod pernah ternampak bola api memanjang terbng kemudian jatuh ke jirat Cina di bukit berkenaan. Lasim adiknya juga memberitahu pernah tercium bau wangi semasa melintas di situ. Tetapi cerita-cerita berkenaan sedikit pun tidak menakutkan Manap Sepet. Dia tetap juga keluar malam-malam hari ke pekan. Kemudian jauh malam baru balik. Sirah juga tidak kuasa lagi mahu berleter kalau Manap Sepet balik lambat. Kalau dileterkan pun Manap Sepet tidak memperdulikan langsung. Apalah gunanya dia berleter kerana tidak memberi bekas seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi saja. Hanya Sirah berdoa agar Manap Sepet sedar akan kesilapannya selama ini. Sikap berjudi, tidak melakukan solat, malas bekerja, semuanya merugikan belaka. Mujurlah Sirah seorang yang sabar, dan tetap tabah menghadapi perangai suaminya yang menyakitkan hati itu. Tibanya saha di kaki Bukit Kuau terasa juga gementar hati Manap Sepet. Entah mengapa malam itu dia merasa gementar melintas di situ. Tetapi dia cekalkan hati. Kalau ada sesiap muncul di depannya dia tidak akan gentar untuk menerkamnya. Biarlah lemabaga berpakaian serba putih tidak berkaki pernah ditemui oleh amos itu menakutkan dia, atau bola api yangmemanjang terbang ternampak oleh Pak Sohod itu, Manap Sepet tetap akan tongkatkan basikalnya. Dia tidak akan lari seperti tikus terlihat kucing. Sekali sekala Manap Sepet mengerling juga ke arah jirat Cina di lereng bukit. Tidak ada apa yang ternampak selain dari gelap gelita. Bulan tidak lagi muncul apabila sudah 20 haribulan. Biasanya sudah dinihari barulah bulan mengambang. Kata orang kalau bulan mengambang dinihari biasanya harimau suka berkeliaran. Bila mengenangkan harimau terasa juga gementar di hati Manap Sepet. Kalau sekadar hantu atau lembaga-lembaga yang pernah dilihat oleh Jamos. Pak Sohod atau Lasim memang dia tidak pernah takut. Tetapi harimau binatang ganas. Harimau tidak sama dengan hantu atau lembaga- lembaga yang diceritakan yang boeh direka-reka ceritanya. Siapa bertembung dengan harimau tidak akan dapat lagi membawa cerita balik ke rumah, melainkan menjadi mangsalah sudahnya. Sebaik terlangsung saja dari jirat Cina, di selekoh yang gelap leh rimbunan pokok-pokok getah, tiba-tiba saja lampu basikalnya padam. Mula-mulanya Manap Sepet tidak hiraukan juga, kerana dia masih ada lampu picit di saku belakang seluarnya. Tetapi apabila dikayuh juga basikalnya, tiba-tiba rantainya jatuh. “Celaka,” rungut Manap Sepet melompat turun. Cepat-cepat dia menongkatkan basikalnya. Dia menyuluh lampu picit kepada rantai basikal, tetapi lampu picitnya juga tidak bernyala. Bertambah geramlah hati Manap Sepet. Dia meraba-raba rantai basikalnya di dalam gelap itu, tetapi dirasanya rantai basikalnya tidak jatuh. Elok teregang pada tempatnya. Tetapi mengapa tidak boleh dikayuh? Ketika ini dia teringatkan akan pesan Sirah mengatakan dia akan ditunggu oleh seorang tua di situ sepertti dalam mimpinya. “ Kalau betul nak jumpa, keluarlah!” rungut Manap Sepet mengertap bibir. Dia memang cepat panas baran. Pantang saja dicabar cepatlah dia melenting. Dia tidak peduli samaada manusia atau hantu jembalang yang berani mencabarnya. Memang Manap Sepet sanggup menentangnya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

15

Lama di tercegat di tengah jalan memerhatikan sekeliling kalaulah benar ada orang tua yang mahu menemui seperti dalam mimpi Sirah. Tetapi di sekelilingnya gelap gelita disebabkan rimbunan pokok-pokok getah menyerkup. Tidak jadi dia membetulkan rantai basikalnya, kerana rantai basikalnya itu tidak jatuh. Lampu basikalnya juga tidak ada salahnya, tetapi mengapa tidak menyala?. “Keluarlah !” katanya perlahan mengenggam penumbuk sambil memerhatikan sekeliling. Ternyata tidak ada orang tua yangmahu menemuinya seperti dalam mimpi Sirah itu. Kemudian Manap Sepet pun menolak basikalnya. Dia tidak dapat menunggang kerana rantai basikalnya tidak boleh dikayuh. Biarlah dia berjalan kaki sahaja untuk balik ke rumah. Hanya beberapa langkah sahaja dia menolak basikalnya, tayar basikalnya terlanggar batu. Hampir dia terjatuh kerana tiba-tiba saja ada batu tergolek di tengah jalan. Bukan main marah hati Manap Sepet seolah-olah dia sedang dipermainkan. Sambil mengertap bibir Manap Sepet sekali lagi merenung basikalnya seolah-olah mahu mencabar musuh yang mempermainkan dirinya. Tetapi orang tua yang dikatakan oleh Sirah dalam mimpnya itu tidak juga muncul. Manap Sepet tidak takut berhadapan dengan orang tua itu kalau benar-benar dia menjelma di situ. Lama dia menunggu sambil menendang batu tergolek di tengah jalan itu dengan harapan lelaki tua itu muncul, tetapi tidak ada pun bayangnya menunjukkan diri. “Hah, tau kau takut dengan aku ye” kata Manap Sepet masih mendongkol. Dalam masa ini bulan mula menyinar di langit. Ahulah Manap Sepet memang sudah dinihari, kerana penghujung bulan memang begitu, Dia masih tidak bergerak dari situ kerana basikalnya masih tidak boleh digunakan. Dia juga tidak akan lari semata-mata takut lelaki tua yang mahu menemuinya. Sirah memang tidak benarkan dia keluar kerana takutkan lelaki tua berkenaan, tetapi dia tidak rasa gentar apa-apa. Setelah bulan mulai menyinar terang barulah Manap Sepet terdengar bunyi orang berdehem. Dia berpaling ke belakang mengamati bunyi orang berdehem itu. Dari arah belakang dia nampak satu lembaga lelaki berjalan bongkok dengan bertongkat mara mendapatkannya. Apabila hampir dia nampak lelaki itu berpakaian serba hitam, tetapi mukanya terlindung sedikit oleh rambutnya yang memanjang serta janggut dan bauknya yang tebal ramus. “Kau hendak apa?” jerkah Manap Sepet sebaik saja lelaki tua itu duduk pada batu yang tergolek di tengah jalan. Lelaki tua itu tidak menyahut. Dia menunduk saja dengan tidak menghiraukan Manap Sepet.tanya Manap Sepet keras. “Kau nak jumpa aku?” “Awak jangan sombong sangat” kata lelaki tua itu perlahan. Suaranya juga garau tetapi jelas dapat didengar oleh Manap Sepet. “Tak boleh cakap perlahan sedikit suara awak,” ujar lelaki itu memarahinya. “Kenapa kau ganggu jalan aku?” herdik Manap Sepet menunjukkan marahnya dipermainkan oleh lelaki berkenaan. “Ini jalan aku. Memang masa macam ini aku berihat-rihat di sini,” beritahu lelaki tua itu mengingatkan Manap Sepet. “Aku dah beri amaran jangan ganggu jalan aku ini kalau masa macam ni,” sahut lelaki keras macam mengancam.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

16

“Jalan ni memang jalan aku. Mengapa kau nak berihat pula pada jalan orang” katanya tidak gentar pun berhadapan dengan lelaki tua berkenaan. “Nampaknya awak keras kepala ye!” lelaki itu semakin marah dengan sikap Manap Sepet. “Bukan aku tunjuk keras kepala, tetapi awak yang tunjuk keras kepala” jawab Manap Sepet masih berdegil. “Awak jangan nak berlagak di tempat orang,” lelaki tua itu memberi amaran. Bertambah marah Manap Sepet dengan amaran itu. Dia tidak dapat menahan sabar lagi. Lantas diterkamnya orang tua sambil sambil tangannya meragut janggut lelaki berkenaan. “Betul-betul jantan awak” kata lelaki tua itu tersengih sengih. “Tapi awak takkan dapat menghalang aku mengambil isteri awak” beritahunya sambil menepis tangan Manap Sepet. Belum sempat Manap Sepet mahu menampar muka lelaki tua itu kerana berani mempersenda-sendakan isterinya, kabus tebal muncul di depannya berputar-putar seperti d tiup angin kencang. Lelaki tua itu hilang dalam putaran kabus tebal tadi. Dan dia mendengar ketawa memanjang lelaki itu semacam mengejeknya. Ketika ini Manap Sepet mendengar suara tangisan Sirah bergema di sekeliling rimbunan pokok-pokok getah. Dia memerhatikan tidak kelihatan pun Sirah dimana-mana. Tetapi tangisan itu semakin jelas memanggilnya meminta tolong. Sirah meminta jangan lepaskan dirinya pada lelaki berkenaan. Manap Sepet pun mencapai basikalnya. Sebaik saja dia mahu menunggang basikalnya semuanya jadi goyah. Semakin marah dia kerana basikal itu tidak boleh digunakan langsung. Dia punmencampakkan basikalnya ke tepi, lantas berjalan kaki saja balik. Sepanjang perjalanannya itu dia tetap mendengar tangisan Sirah tidak rela dilepaskan kepada lelaki tua yang ditemuinya tadi. Apabila sampai di rumahnya didapatinya Sirah tidak mengalami apa-apa yang luar biasa. Jadi, Manap Sepet pun sengaja menyembunyikan apa yang berlaku kepadanya di jalan tadi. Malu dia mahu menerangkan pada Sirah kejadian itu, kerana dia sudah menempelak Sirah mengatakan mimpi isterrinya karut saja. Bagaimanapun dia merasa gembira kerana tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Mungkin kerana keberanian serta tabahnya dia menghadapi kejadian itulah puncanya dia tidak dapat dikalakan. Mereka yang lemah semangat saja dapat dikalahkan oleh kejadian-kejadian seperti ini. Sebaliknya mereka yang berani serta kuat semangat tidak akan dapat ditewaskan oleh kuasa-kuasa demikian. “Mana basikal awak?” tanya Sirah kerana didapatinya tidak menunggang basikal. “Aku tinggalkan di kedai Ah Keong” sahutnya berbohong. “Awak tak jumpa apa-apa?” soal Sirah bimbang dengan mimpinya yang menakutkan itu. “Ah karut semuanya” beritahu Manap Sepet masih berbohong kepada isterinya. “Mimpi mana ada yang betul, tak ada apa-apa pun yang aku jumpa “ katanya macam mengejek. TErasa lega hati Sirah kerana suaminya selamat. Tetapi dia tetap berharap suaminya jangan keluar malam-malam lagi. Mana tahu pada malam itu lelaki tua yang ditemuinya tidak menunggu, bagaimana pada malam-malam yang lain. Lelaki ini memberitahu ingin bertemu dengan Manap Sepet selepas 15 haribulan Safar, bermakna sehingga akhir bulan lelaki berkenaan tetap menunggu suaminya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

17

“Dalam seminggu dua ni, janganlah awak keluar malam-malam lagi” nasihat Sirah memperlihatkan kasih sayangnya. “Tengoklah dulu” jawap Manap Sepet terkuap-kuap menahan mengantuk dan letih. Bagaimanapun hatinya tetap teringatkan peristiwa yang dilaluinya tadi. Namun dia tetap berbohong dengan Sirah. Dia tidak akan memberitahu SirMungkin Sirah akan mengungkit-ngungkit kalau diceritakan perkara yang sebenarnya. Sejak mula lagi dia tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Sirah. Dia mengatakan semuanya karut. Tetapi dengan kejadian yang dialaminya pada malam itu, ternyata mimpi Sirah itu memberi alamat yang benar. Kalau dia mengakui akan kebenaran mimpi Sirah, tentu dia akan disindir oleh isterinya yang memeperolok-olokan mimpinya selama ini. Oleh itu Manap Sepet sengaja menyembunyikan peristiwa itu dari isterinya. Dia yakin kekuatan semangatnya akan menghalang gangguan berkenaan. Ancaman lelaki itu untuk mengambil isterinya tidak akan berhasil, selagi dia tetap berada di samping isterinya. Dia mengambil keputusan akan mengikut nasihat isterinya supaya tidak keluar malam-malam dalam masa seminggu dua itu. Mana tahu lelaki tua itu akan datang menganggu Sirah semasa dia tidak ada di rumah. “Awak dengarlah cakap saya ni” pujuk Sirah lagi. “Dalam seminggu dua ni jangan lah awak keluar malam-malam, lagi pun bukan ada faedahnya,” ujar Sirah terus berharap. “Tidur ajelah....” sahut Manap Sepet dengan tujuan untuk menyembunyikan kebimbangannya pula. Pagi-pagi besoknya Sirah sudah bangun untuk bekerja di estate, sedangkan Manap Sepet masih tidur kerana keletihan. Apabila dia bangun dari tidur didapatinya Sirah sudah pun pergi bekerja. Manakala anak-anaknya sudah ke sekolah. Dia terus ke tempat bertemu lelaki tua semalam untuk melihat keadaan basikalnya. Didapati basikalnya ada terlimpar di tepi jalan. Bila diperiksanya basikalnya masih elok, tidak pun jatuh rantainya. Lampunya juga masih baik. Barulah senang hati Manap Sepet, kerana semuanya dalam keadaan selamat. Bagaimanapun dia bimbang juga dengan Sirah. Boleh jadi apa yang didakwa oleh lelaki tua itu mahu mengambil Sirah akan berlaku juga. Oleh itu petangnya apabila Sirah balik dari bekerja di estate, dia menyuruh isterinya berhenti saja. Manap Sepet berjanji dia sendiri akan bekerja menoreh getah. Dia juga akan sama-sama membantu Sirah ke sawah. Perubahan Manap Sepet ini mengembirakan hati Sirah. Manap Sepet pula sejak peristiwa itu jarang keluar malam-malam. Kalau Ah Fook mahu mengajaknya ke Segamat atau ke Gemas Ah Fook sendiri datang menjemputnya dan kemudian menghantarnya balik. Sebab itu jarang pula Ah Fook datang mengambil Manap Sepet. Tidak lama kemudian sekali lagi Sirah memberitahu mimpinya kepada suaminya mengenai lelaki tua yang ditemui dulu. Sirah meminta Manap Sepet mencari mana- mana bomoh supaya boleh diubatkannya. Tetapi Manap Sepet tetap mengatakan mimpi Sirah itu sebagi karut. “Orang tua itu marah kerana saya tak bekerja lagi di estate.” Beritahu Sirah bercampur bimbang. Sudah lama dia tidak dapat melihat saya di tempat kera” katanya mendesak Manap Sepet supaya mencarikan bomoh.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

18

“Ah, akal kau nak kerja di estate, macam-macamlah cerita yang kau buat” Manap Sepet memarahi isterinya. Tersinggung juga hati Sirah kerana suaminya beranggapan lain pula. Tidak terniat di hatinya untuk pergi bekerja di estate lagi setelah suaminya berubah mahu membantu kerja di rumah. Tetapi mimpi menakutkan itu berulang-ulang setiap malam. Disebabkan Manap Sepet tidak mengendahkan dia menyuruh memanggil bomoh, maka Sirah pun memberi tahu kepada adik iparnya Lasim. Mendengar cerita kakak iparnya ini, Lasim pula tertawa geli hati. Mengapa kakak iparnya terlalu percaya dengan cerita-cerita tahyol demikian. “Ah mimpi ni ulam tidur aje Kak” kata Lasim. Disebabkan Lasim yang selalunya mahu diajak berbincang mengenai masalahnya sudah tidak percaya lagi dengan kata-katanya, Sirah pun terpaksalah membisu saja. Namun mimpi yang menakutkan itu berulang juga. “Hati aku dah tertawan pada kau” orang tua berpakaian serba hitam itu menjelma dalam mimpi Sirah. “Aku sudah minta izin dari suami mu untuk mengambil kau” katanya ramah mesra. “Aku tak kenal kau” sahut Sirah marah. “Dulu aku selalu memerhatikan kau bekerja di estate, aku kesian tengok kau dibuat oleh Manap Sepet. Sebab itu aku nak mengambil kau Sirah” ujar lelaki tua itu memujuknya. “Tak mau, aku sayangkan suami aku” balas Sirah mencemuhnya “Tapi dia tak sayangkan kau !” beritahu lelaki itu lemah lembut. “Dia dah bertemu dengan aku, tetapi dia sembunyikan dari pengetahuan kau” katanya lagi. “Kau bohong !” herdik Sirah memasamkan mukanya. “Tidak, aku tidak bohong Sirah. Aku kesian tengok kau kerja teruk. Suami kau makan titik peluh kau” ujarnya memujuk Sirah. Mimpi itu juga berulang. Sirah menjadi bimbang dengan pujukan-pujukan dari orang tua yang menjelma dalam mimpinya itu. Tetapi apabila diberitahu kepada Manap Sepet, suaminya tidak mahu percaya. Apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan orang tua berkenaan , Manap Sepet juga menafikan. Dia tidak pernah terserempak lelaki tua itu apabila balik jauh-jauh malam. Lasim pula menasihatkan kakak iparnya supaya tetapkan iman, kerana mimpi hanya permainan tidur. Tidak ada mimpi yang benar-benar berlaku. Hanya orang yang percaya kepada perkara-perkara yang karut saja takutkan mimpi. Etapi Sirah sudah tidak tertahan dengan ancaman pujik rayu orang tua itu melalui mimpinya. Dia terus mendesak Lasim supaya mencari dukun. Mahu tidak mahu terpaksalah Lasim menurut kemahuan kakak iparnya walaupn dimarahi oleh abangnya. Dia Cuma mahu memenuh permintaan kakak iparnya dan bukanlah terlalu percaya dengan mimpi yang dikatakan itu. Lasim mencari seorang dukun dari Gemenchih, tetapi dukun itu tidak dapat datang kerana jauh sangat. Bagaimapun dukun itu memberikan kemenyan disuruh bakar pada setiap malam apabila mahu tidur. Bila kemenyan yang diberi itu dibakar, orang tua itu tetap juga datang dalam mimpi Sirah. Orang tua itu bersedih hati kerana Sirah sangup mencari dukun, sedangkan dia sebenarnya kesihan melihat Sirah dan mahu menolongnya. Tetapi Sirah tetap berkeras kerana tidak mahu ditolong oleh lelaki berkenaan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

19

Walaupun dibakar kemenyan yang diberikan oleh dukun Gemenchih itu, namun lelaki tua dalam mimpi Sirah tetap menjelma juga. Hingga Sirah sendiri tidak kuasa lagi mahu memberitahu Lasim atau Manap Sepet. Dia berserah saja dengan keadaan, kalau apa mahu terjadi, jadilah. Tidk lama kemudian selepas makan tengah hari , kelihatan cuaca redup mahu hujan. Angin juga bertiup kencang. Manap Sepet cepat-cepat menyuruh Sirah mengambil kain baju yang tersidai di ampaian. Disebabkan dua orang anaknya masih makan, maka Sirah pun turn untuk mengambil kain baju yang dibasuhnya pagi tadi di ampaian. Ketika dia turun mengambil kain baju ini angin bertiup semakn kencang. Sirah bergegas mengutip kain baju yang hampir berterbangan. Belum habis dia mengutip kain baju, Manap Sepet terdengar Sirah memanggilnya minta tolong. Cepat-cepat Manap Sepet berlari kepintu, dilihatnya Sirah terbaring dibawah ampaian. Dia meluru mendapatkan Sirah. Apabila Sirah naik ke atas rumah dia sudah tidak sedarkan diri. Angin kencang yang bertiup pun berhenti, dan hujan turun mencurah-curah. Sirah kelihatan muntah lumut. Manap Sepet segera menyuruh anaknya memanggil Lasim dan Pak Siraj yang boleh juga sedikit-sedikit membuat jampi. Semasa mereka sampai, Sirah sudah tidak bernyawa lagi. Selepas kematian Sirah inilah baru Manap Sepet menceritakan mengenai kejadian yang dialaminya dan ancaman orang tua berkenaan. Lasim pun mengakui tentang kebimbangan kakak iparnya terhadap mimpinya selama ini. Inilah yang diceritakan oleh Lasim kepada saya kemudiannya

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

20

033. MUKA SEBESAR TINGKAP MENJENGAH KETIKA SALAKAN Anjing memanjang di tengah malam, Kasman masih menulis lagi di mejanya. Sekali sekala dia terkuap-kuap juga menahan rasa mengantuk, tetapi dia mahu siapkan juga kerja nya. Dia ditukarkan ke Sabah beberapa bulan sebelumnya dan berkhidmat di Labuan. Ketika ini masih banyak lagi masalah kerana masyarakat di Sabah belum dapat menerima kenyataan sebenarnya tentang negara baru Malaysia. Mereka menganggap orang dari Semananjung sama juga seperti bangsa Inggeris yang pernah menjajah negeri mereka. Tetapi Kasman tidak peduli dengan kedudukan demikian. Dia mempunyai rakan-rakan baik serta ramah mesra di Labuan. Pernah juga dia menulis surat kepada saya mengenai keseronokannya berkhidmat di Sabah. Dari gambaran yang diberkannya teringin juga saya mahu ke Sabah, tetapi sehingga saat ini saya masih belum menjejakkan kaki lagi ke Sabah. Kasman memberitahu bukanlah semua orang Sabah bersikap membenci orang Semenanjung. Sekiranya kita baik dan ramah mesra, mereka juga akan melayani kita dengan baik dan ramah mesra. Kasman berkhidmat di Sabah selama 3 tahun. Apabila dia balik semula ke Semenanjung persahabatannya dengan saya bertambah rapat. Pada mulanya saya tidak tahu mengapa begitu rapat hubungannya dengan saya, tetapi kemudiannya isterinya Habibah menceritakan kepada saya mengenai pengalamannya di Labuan. Itulah pada malam berkenaan tatkala Kasman menulis di meja, salakan anjing galak diluar. Memang sikapnya tidak mahu mengambil tahu apa-apa yang terjadi di luar. Tidak lama selepas salakan anjing itu terdengar bunyi gelas jatuh di bahagian dapur. Terkejut juga Kasman kerana Habibah sudah nyenyak tidur. Masakan Habibah mengingau sambil berjalan ke dapur. Bagaimanapun Kasman meneruskan juga kerjanya menulis dan menyemak fail-fail yang dibawa balik dari pejabat. Menjadi kebiasaan Kasman akan membawa kerja-kerja di pejabat ke rumah, supaya semuanya cepat beres. Sikap pegawai muda ini, memang di kagumi oleh pihak atasannya. Sebab itulah dia sengaja dihantar ke Sabah memandangkan khidmatnya yang cemerlang sebelum ini. Bunyi gelas jatuh itu bersambut-sambut pula dengan daun tingkap ditiup angin. Salakan anjing juga kian memanjang di tengah malam sunyi demikian. Teringat juga dia kemungkinan isterinya terlupa menutup tingkap di dapur. “Ah, pelupa sangat, sampai tingkap pun tak tutup” rungut Kasman lalu bangun berjalan ke dapur untuk menutup tingkap. Sebaik saja dia sampai di dapur berdebar juga hatinya melihat tingkap yang terbuka tertutup dengan sendirinya. Insil tingkap juga ditutupkan seperti ditolak tangan manusia. Lama Kasman tertegak di pintu masuk ke dapur kerana seolah-olah apa yang dilihatnya berlaku dalam mimpi saja. Cepat-cepat dia mengucap dua kalimah syahadat. Bunyi salakan anjing masih juga mengonggong di luar, tetapi bunyi gelas jatuh terhempas tidak kedengaran lagi. Sebenarnya semasa diperiksa tadi tidak kelihatan satu pun gelas yang jatuh terhempas. Dia tidak jadi meneruskan kerjanya, sebaliknya terus masuk tidur. Apabila bangun dia tidak memberitahu apa-apa kepada Habibah mengenai kejadian yang berlaku di depan matanya itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

21

Tetapi Habibah menceritakan yang dia bermimpi didatangi seorang pegawai berbangsa Inggeris yang menyuruhnya menjaga rumah itu baik-baik. Orang Inggeris merasa bangga kerana mereka menjaga rumah itu dan dia terhutang budi, kerana Habibah dan Kasman mengambil berat menjaga kebersihan rumah tersebut. “Ah ... mimpi karut” ujar Kasman sambil menyembunyikan peristiwa yang dialaminya pada sebelah malamnya. “Memang mimpi bukannya betul” Habibah macam menyindir. “Tapi saya saja nak cerita pada abang. Lagi pun apa nak takut pada mimpi” katanya dengan maksud bukanlah dia mempercayai sangat mimpinya itu. Tersinggung juga hati Habibah kerana suaminya tidak mahu mendengar cerita mengenai mimpinya. Sepatutnya suaminya mestilah mendengarkan terlebih dahulu dan mesti mengambil berat apa yang berlaku terhadap dirinya. Tidak pernahlah suaminya tidak mendengar cerita mimpinya itu, kerana selalunya Kasman akan mengusiknya dengan berbagai-bagai apabila menceritakan tentang mimpi-mimpi yang dirasakannya aneh sedikit. Di pejabat Kasman menceritakan kejadian di rumahnya kepada kawannya Alimudin anak tempatan di Labuan. Pada sangkaannya Alimudin akan mentertawakannya kerana mempercayai kisah-kisah tahyol demikian, sebaliknya Alimudin ikut sama muram dengan cerita yang dialami oleh Kasman. “Lebih baik kau pindah cari rumah lain” Alimudin menasihatkan dia. “Susahlah nak pindah-pindah” sahut Kasman. Sedapat-dapatnya dia tidak mahu berpindah dari rumah tersebut. Bukan sahaja selesa tetapi mencari rumah lain belum tentu sebaik rumah itu. “Kau orang baru, aku ingat tak guna kau tunggu rumah tu “ ujar Alimudin tetapi sengaja tidak memeberitahu kawannya itu mengenai rumah berkenaan. “Aku fikir lebih baik kau pindah saja” katanya lagi menasihatkan. Kasman terdiam. Dia dapat mengagak tentu ada rahsia di sebalik kata-kata Alimudin itu. Bagaimanapun Kasman tidak pernah gentar dengan perkara-perkara tahyol demikian. Sekali pun dia sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri kejadian semalam, tetapi dia masih yakin apa yang dilihatnya itu adalah disebabkan dia terlalu mengantuk.. “Sudah lama aku tak dengar ceritanya..” keluh Alimudin bila mengenangkan cerita Kasman. Dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu. “Cerita apa?” tanya Kasman keheranan. Alimudin anak tempatan di Labuan tentulah dia mengetahui keadaan sebenarnya mengenai rumah tersebut. Tentulah Alimudin sengaja mahu merahsiakan sesuatu kerana bimbang dia akan ketakutan. “Cakaplah apa yang kau tahu mengenai rumah itu” ujar Kasman mendesak kawannya. “Oh, sudah lama penjaga rumah itu tidak menganggu” jelas Alimudin perlahan. Dia memberitahu Kasman sebelum itu siapa pun tidak berani tinggal di rumah berkenaan,. Tetapi setelah keluarga seorang pegawai Inggeris tinggal di situ, dia tidak pernah diganggu oleh lembaga yang menakutkan. Pegawai itu sudah balik ke England. Jadi, selepas itu orang-orang yang menghuni rumah berkenaan tidak lagi mengalami kejadian-kejadian yang menakutkan. Sebelum pegawai Inggeris itu mendiami rumah berkenaan, ada satu keluarga Cina yang menjadi pengawai tinggal di situ. Pada malamnya dia terdengar bunyi orang berjalan-jalan, tetapi mereka

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

22

tidak menghiraukannya. Besok paginya dia mendapati katil tempat tidurnya sudah dialih sampai ke tengah halaman rumah. Pengawal Cina itu tidak berani lagi tinggal di situ. Dia terus berpindah menyewa di rumah lain. Dia tidak mahu tinggal di rumah kerajaan lagi, disebabkan peristiwa tersebut. Satu lagi keluarga pegawai kulit putih yang mendiami selepas pegawai Cina itu, tidak percaya dengan kejadian berkenaan. Dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah berkenaan. Dia telah mengalami peristiwa yang sama. Walaupun katilnya sudah dialihkan ke tengah halaman, tetapi dia masih mahu mencari punca kejadian tersebut. Setiap malam dia berjaga untuk menyaksikan sendiri siapa yang punya angkara. Dia juga telah memerintahkan orang gajinya sama-sama berkawal. Pegawai Inggeris itu sentiasa memegang pistol semasa berkawal. Tetapi apabila tiba jam 12.00 malam dia merasa pistolnya dirampas orang. Sementara orang yang merampasnya tidak kelihatan. Kemudian muncung pistol dihalakan ke dadanya. Ketika ini dia menjerit meminta tolong. Arun orang gajinya segera bekejar di atas , dan didapatinya Tuan Bell tersandar di dinding dalam ketakutan. “Mengapa Tuan? “ tanya Arun keheranan. “Itu pistol, siapa pegang itu pistol...?” Tuan Bell terketar-ketar. “Tuan yang pegang” beritahu Arun kerana dilihatnya Tuan Bell menghalakan pistolnya ke dadanya sendiri. “Apa pasal tuan mahu tembak diri tuan sendiri?” cepat-cepat dia meminta pistol itu dari Tuan Bell. Ketika ini isterinya Puan Bell juga sudah meluru keluar dari bilik. Dia bersama Arun terpaksa merampas pistol dari tangan Tuan Bell. Sejak itu Tuan Bell selalu meracau-racau mahu menembak dirinya. Terpaksalah Tuan Bell menyerahkan pistolnya kepada pihak polis, bagi mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini . Bagi mengatasinya Arun telah memujuk Puan Bell supaya memanggil seorang bomoh. Pada mulanya Puan Bell enggan juga memanggil bomoh, tetapi setelah pihak doktor mengatakan Tuan Bell mengidap penyakit demam panas atau sebagainya, terpaksalah dia menyetujui kemahuan Arun untuk memanggil bomoh. Bomoh itu adalah seorang Melayu Bajau yang dikenali oleh Arun. Setelah diubat oleh bomoh itu barulah Tuan Bell sembuh dari sakitnya. Dia tidak meracau-racau lagi. Setelah dia pindah dari situ seorang lagi Pegawai Inggeris mendiami di rumah berkenaan, bagaimanapun Arun terus kekal menjadi orang gaji disitu. Pegawai-pegawai Inggeris memang gemar tinggal di kawasan rumah kerajaan di situ kerana kedudukannya berhampiran dengan laut. Mereka suka mendengar deruan ombak apabila malam semakin sunyi. Apabila Mr. Harold bersama keluarganya mendiami rumah tersebut, Arun telah menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku ke atas Tuan Bell. Mr Harold percaya dengan apa yang diceritakan oleh Arun, kerana sebelum itu dia pernah berkhidmat di Serawak. Mr Harold memang sudah banyak mendengar kisah-kisah yang serupa seperti diceritakan oleh Arun. Oleh itu sebelum dia membawa keluarganya tinggal dia menyuruh Arun memanggil bomoh yang dikatakan itu. Bomoh itu dikenali dengan panggilan Pak Kari saja. Dia tidaklah banyak karenah apabila diminta oleh Mr Harold menghalau penunggu rumah itu yang mengganggu penghuni-penghuninya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

23

Sejak itu tidak ada lagi kejadian-kejadian mengemparkan berlaku. Selepas Mr Harold balik ke England sudah tiga keluarga tinggal di situ. Mereka juga heboh dengan gangguan-gangguan yang berlaku kepada penghuni-penghuninya sebelum itu. Hanya Kasman sahaja baru menerima gangguan itu semula. “Kalau kau mau, saya boleh bawakan Pak Arun jumpa kau” Alimudn menawarkan jasa baiknya untuk menolong Kasman. “Pak Arun tu boleh ubatkan juga?” tanya Kasman antara percaya dengan tidak. “Bukan Pak Arun yang akan mengubatnya” jelas Alimudin tersengih-sengih. “Tetapi dia akan panggilkan Pak Kari atau Haji Kari. Pada Haji Kari itulah kita minta tolong” katanya lagi. Besoknya betul-betul Alimudin membawa Pak Arun datang ke pejabat dan memperkenalkannya kepada Kasman. Orangtua itu sudah beruban rambutnya, tetapi sentiasa tersenyum bila bercakap. Alimudin memberitahu dia mengenai kejadian yang berlaku di rumah Kasman, iaitu rumah pegawai kerajaan yang pernah dia menjadi orang gajinya. “Pak Haji Kari tu dah meninggal dunia” beritahu Pak Arun perlahan. “Tetapi kalau encik memerlukan saya boleh panggilkan Haji Subi. Dia pun orang Melayu Bajau juga. Insya Allah....” ujarnya. “Sebenarnya apa yang ada di rumah tu Pak Arun ?” Kasman tidak puas hati kalau tidak mengetahui kejadian sebenarnya. Dia tidak mahu tergopoh-gopoh memanggil bomoh, kalau tidak tahu punca kejadian itu. Lama juga Pak Arun tersengih-sengih sebelum menyahut pertanyaan Kasman. “Ah, cerita lama dah ni...” ujarnya macam mengingatkan sesuatu. Pak Arun pun hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut juga mengenai lkejadian sebenar di rumah itu. Di situlah tinggal seorang pegawai Inggeris yang mula-mula menghuninya sebaik saja rumah itu siap didirikan. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita Filipina. Pegawai itu Tuan Steven menemui wanita Filipina dalam satu kelab malam di Singapura. Tuan Steven sangat baik hati dengan orang-orang gajinya dan terlalu sayang pada isterinya Puan Steven wanita berasal dari Filipina itu. Isteri Tuan Steven itu pula sangat sombong. Kadangkala ada saja yang tidak memuaskan hatinya dengan pekerja-pekerja di rumahnya. Tetapi disebabkan tukang masak, tkang kebun dan driver semuanya mengasihi Tuan Steven, jadi mereka tidaklah berhasrat meninggalkan pekerjaan mereka kalau disebabkan oleh wanita Filipina itu. Satu hari Musid tukangkebun merasa malu kerana dimarahi leh Pua Steven ketika menghantarnya ke pasar. Wanita Filipina itu terlalu bongkak seehingga menghina keturunannya sebagai Melayu Bajau yang hanya layak menjadi pemandu sahaja. Musid terlalu sakit hati . Sebab itu dia mahu membalas dendam atas kekasaran isteri tuan Steven. Dia tidak memperdulikan lagi mengenai kebaikan hati Tuan Steven selama ini. Kerana selama Tuan Steven tidak berkahwin pun mereka semua sudah berkhidmat dengan pegawai Inggeris itu. Hanya setelah kedatangan wanita Filipina itu saja suasana berubah. Wanita Filipina itu seolah-olah memandang mereka yang bekerja di situ sebagai haiwan yang tidak ada harga diri. Disebabkan terlalu marah inilah Musid telah mencari seorang bomoh yang pandai untuk melemahkan hati isteri Steven supaya jatuh asyik kepadanya. Bomoh yang di cari oleh Musid memang terkenal di kampungnya, kerana bomoh ini pernah bertindak semasa anaknya dinodai

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

24

oleh seorang pegawai Inggeris yang berkhidmat di Sabah. Pegawai Inggeris yang sombong tidak mahu mengahwini anak bomoh berkenaan yang telah dinodainya sehingga dia memberhentikan janda itu dari bekerja menjadi tukang masak di rumahnya. Dia hanya memberi wang sebagai ganti rugi sahaja. Bomoh ini telah mengunakan jampi mentera sehingga kemaluan orang Inggeris tu berpindah ke dahi. Terkejutlah orang Inggeris itu apabila mendapati kemaluannya tergantung di dahi. Dia merasa malu untuk menemui sesiapa saja kerana keadaan yang dihidapinya. Setelah disiasat dia mendapati bomoh itu telah melakukannya. Mahu tidak mahu terpaksalah orang Inggeris itu mengalah dan bersedia mengahwini anak bomoh yang berbangsa Kadazan itu. Perempuan itu pula janda kerana suaminya mati diserang babi hutan ketika berburu. Kepada bomoh berbangsa Kadazan itulah Musid meminta bantuan. Sesuai dengan upahnya memang bomoh itu sanggup melakukan kemahuan Musid. Dia meminta Musid mendapatkan gambar wanita itu, rambutnya, kukunya dan bekas air mandinya. Semua yang diminta oleh bomoh mudah didapati oleh Musid, kerana memang dia di tugaskan membuat kerja-kerja itu semua. Selepas mandi, isteri tuan Steven akan menyuruh Musid mengemaskan besen mandi. Kemudian dia akan membersihkan kuku dan berdandan. Dia akan menyuruh Musid mengemaskan semuanya apabila dia selesai membersihkan kuku dan berdandan rambut. Oleh itu semua yang dikehendaki oleh bomoh berkenaan mudah diadakannya. Manakala gambar perempuan itu juga mudah dicurinya dari album kerana dia bebas keluar masuk ke bilik perempuan itu berdandan. Setelah semua syarat dan barang-barang yang dikehendaki dapat disiapkan oleh Musid, dia pun menyerahkan kepada bomoh tersebut. “Kau beri aku tempoh tujuh hari, kalau tak menjadi kau ambil duit kamu” kata bomoh itu semasa dia menerima wang $150.00 dari Musid. Musid mengangguk. Hatinya puas kerana dapat membalas dendam kepada perempuan Filipina itu. Dia mahu biarlah perempuan itu pula mengikuti saja kemahuannya. Kira-kira seminggu selepas itu, benarlah seperti apa yang dicakap oleh bomoh yangmenjanjikan untuk membantunya itu. Isteri Tua Steven tiba-tiba saja berubah. Dia sentiasa menghampiri Musid semasa dia menyiram pokok bunga atau berkemas. Tetapi Musid sengaja tidak mahu melayaninya. Hingga satu hari dia tidak segan-segan untuk memeluk dan mencium Musid. Dia melutut di kaki Musid mengajak lelaki itu berkahwin dengannya. Dia sanggup meminta cerai dari Tuan Steven. Pada mulanya Musid masih ragu-ragu untuk melakukan perbuatan yang tidak baik, apabila teringatkan budi baik Tuan Steven selama ini. Sebaliknya apabila mengenangkan sakit hatinya kepada wanita berkenaan dia tidakmemperdulikan apa pun lagi. Musid terus melayani perasaan dendamnya. Setiap hari dia akan menghabiskan masa di bilik tidur dengan wanita itu semasa Tuan Steven pergi bekerja. Lama kelamaan wanita Filipina itu tidak tertahan lagi akan asyiknya kepada Musid, lantas dia meminta Tuan Steven menceraikan dia. Tentulah Tuan Steven terkejut dengan perminaan yang di luar dugaan itu. Apalagi dia memang terlalu kasih akan isterinya itu. Apa saja kemahuan perempuan itu dia sanggup memenuhinya. Kalau isterinya mahu berihat di Hawai atau ke Australia dia sanggup untuk membawanya kesana.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

25

Namun isterinya tidak mahu. Dia tetap dengan pendirian untuk bercerai. Berterus terang dia menyatakan hatinya terlalu cintakan Musid. Mendengarkan Musid tukang kebunnya yang setia itu dicintai oleh isterinya , Tuan Steven bertambah hilang akal dan kebingungan. Dia tidak sabar lagi lantas mengambil pistol. Dia tidak memperdulikan apa lagi dia terus menembak isterinya. Dalam kelam kabut dia lantas menembak kerengkungnya. “Kedua-duanya mati dalam pergaduhan itu juga” ujar Pak Arun, “Jadi yang selalu menjelma di situ ialah Tuan Steven,, itulah cerita orang-orang di sini” katanya semacam seram sejuk bila mengenangkan peristiwa berkenaan. “Pernah Pak Arun jumpa jelmaan Tuan Steven ni ?” tanya Kasman ingin mengetahui lebih lanjut. “Tak pernah” beritahu Pak Arun mengelengkan kepala. “Tetapi terdengar orang berjalan, bunyi gelas jatuh seperti bergaduh, katil berjalan, tingkap terbuka sendiri, memang pernah juga saya alami” jelas Pak Arun selanjutnya. Cerita Pak Arun dengan mimpi isterinya Habibah, terasa ada persamaan pada Kasman. Lagi pun apa yang didengarnya sama juga seperti apa yang didengar oleh Pak Arun. Setelah mendengar penjelasan Pa Arun barulah Kasman bersetuju untuk menjemput Haji Subi. Apabila balik ke rumah memberitahu kepada Habibah apa yang didengarnya dari Pak Arun. Sebaik saja mendengar cerita itu Habibah cepat-cepat mengajak Kasman pindah. Walaupun Kasman memberitahu Pak Arun sudah berjanji akan membawa Haji Subi ke situ, namun Habibah masih tidak mahu tinggal di situ lagi. Malah Alimudin juga menyabarkan Habibah, kerana masalah itu akan dapat diatasi juga. Setelah puas dipujuk Habibah sanggup bersabar sehingga Haji Subi mencuba mengubati dan membersihkan rumah berkenaan dari gangguan syaitan. Pada malam sebelum Haji Subi datang itu, Kasman masih juga membuat kerja sampai jauh malam seperti kebiasaannya. Salakan anjing terdengar juga memanjang jauh di luar. Sekali sekala disambut oleh bunyi deburan ombak dari tepi pantai. Sehingga jam 12.00 tengah malam dia kedengaran lagi bunyi orang berjalan seperti dua tiga malam sebelum itu. Tidak lama kemudian bunyi orang berjalan itu bertukar seperti bunyi gelas jatuh. Kasman tidak menghiraukan lagi bunyi itu. Dia sudah tahu keadaan sebenarnya. Bagi mengatasi kebimbangannya tiba-tiba saja dia teringat unuk membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Dia membacanya berulang kali dengan penuh harapan akan terhindar dari gangguan syaitan. Hanya beberapa minit kemudian dia terdengar Habibah memekik kuat dari bilik tidur. Kasman segera meluru ke bilik tidur. Dia melihat Habibah dalam ketakutan di atas katil. Sebaik saja dia masuk ke bilik, Habibah kantas memeluknya irat-irat. “Ada apa Bibah?” tanya Kasman cemas. Habibah tidak menyahut. Dia tersedu-sedu menyembamkan mukanya ke dada suaminya.Ternyata tubuhnya, dadanya sejuk aibat menahan perasaan takut. “Ada apa?” desak Kasman. Dia tahu tentu isterinya terdengar bunyi yang didengarnya tadi. Bunyi itu tentulah mengerunkan terutama bila pada waktu tengah malam. Tetapi mengapa Habibah menjadi takut, sedangkan bunyi itu didengarnya dari arah dapur. Dapur terletak jauh dari bilik tidur, manakala ruang tamu tempat dia menyiapkan kerja lebih dekat dengan dapur. Sudah tentu lah bunyi itu kedengaran lebih jelas kepada dia dari Habibah. “Mengapa Bibah terpekik?” Kasman cuba memujuk isterinya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

26

“Itu....tu, tengoklah tu” Habibah menudingkan telunjuknya dengan tidak memandang pun arah yang ditunjuknya. “Apa dia ?” desak Kasman. “Itu dekat tingkap” kata Habibah terketar-ketar. Kasman berpaling ke tingkap, kerana tingkap itu memang sudah dikuncinya sejak senja tadi lagi. Tetapi dia menjadi terkejut apabila melihat tingkap itu terbuka. Di tingkap itu penuh dengan muka seorang Inggeris yang tersenyum ke arahnya. Muka sebesar tingkap itu memang menggerunkan, tetapi pada air mukanya dapat diagakkan oleh Kasman sebagai meminta maaf. Mujurlah Kasman tidak cepat panik. Perlahan-lahan dia membaca Surah Al-Ikhlas itu berulang kali. Semakin lama semakin kuat dibacanya Surah Al-Ikhlas itu hingga bergema sebuah bilik. Ketika inilah dia mendengar jeritan serentak dengan bunyi satu benda jatuh ke tanah dari tingkap itu. Setelah agak reda sedikit, Kasman pun cepat – cepat menutup tingkap berkenaan. Kejadian pada malam itu diceritakannya pada Haji Subi. “Dia orang baik, bukan nak menganggu, tetapi kita yang takut” ujar Haji Subi. Tetapi setelah Haji Subi menyiramkan air bacaan Surah Yassin di sekeliling rumah, tidak ada lagi kedengaran gangguan tersebut. Hinggalah Kasman dan Habibah balik semula ke Semenanjung tiga tahun kemudian, dia tidak mengalami apa-apa gangguan lagi. Malah ketika disanalah dia melahirkan anak yang sulung Wahida, tidak pula ada apa-apa yang tidak baik berlaku kepada bayinya. “Dulu dia anggap benda-benda macam ni tahyol aje, Ustaz” kata habibah memberitahu saya. “Maklumlah....” ujarnya macam mengejek tetapi tidak meneruskan kata-katanya. Kasman tersengih-sengih saja mendengar kata-kata isterinya . Bagaimanapun kenangan di Sabah itu tetap tidak luput dari ingatannya. Di situlah pertama kali dia benar-benar tercabar oleh sikap keras hatinya tidak mahu mempercayai perkara-perkara yang dianggap nya tahyol itu. Tetapi apabila kejadian itu benar-benar berlaku di depan matanya dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya samada tahyol atau tidak. Beberapa tahun kebelakangan inilah hubungan mereka sekeluarga baik dengan saya. Baik dalam ertikata terlalu rapat, kerana sebelumnya hanya kenal-kenal begitu saja. Itu pun kerana Habibah itu pernah bersekolah yang sama dengan isteri saya. Semasa di sekolah mereka hanya berkawan begitu saja, tidaklah begitu rapat. Apabila balik dari Sabah, Kasman bertugas semula di Kuala Lumpur . Anaknya Wahida yang berumur 15 tahun entah mengapa kena bengkak pada leher. Hendak dikatakan beguk tidak pula. Hampir tiga tahun dia mengidap bengkak leher, dan pihak hospital mengambil keputusan untuk membedahnya. Bagaimanapun pembedahan belum dapat dijalankan kerana pihak hospital mengatakan masa nya belum sesuai lagi. Lapuran x-ray juga tidak dapat membantu cara mana harus dlakukan. Kebetulan say abertemu mereka di satu majlis kahwin di kampung. Saya bertanya apa yang dihidapi oleh Wahida. Habibah pun menceritakan mengenai penyakit yang sudah dihidapi oleh anaknya hampir 3 tahun itu. “Penyakit datang ari Allah, mohonlah kepada Allah menyembuhnya” ujar saya mengingatkannya. Pada mulanya Kasman menyangka saya hanya bergurau. Tetpai Habibah cepat meminta saya menengokkan penyakit anaknya itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

27

“Cubalah tengok-tengukkan Ustaz. Dah bawa ke hospital dan jumpa bomoh, tetapi macam itulah juga nampaknya” kata Habibah. “Manalah tahu kalau rasi dengan Ustaz,” dia menambah sambil mengerling kepada isteri saya. “Iyalah penyakit ni, buka fasal kecil besar bomohnya. Penyakit ni ikut rasi” sahut isteri saya pula. Saya suruh Kasman sembahyang tahjud dalam masa seminggu. Kemudian hembuskan ke tapak tangan dan bacakan Surah Al- Ikhkas, Surah Al- Falak dan Surah An-Nas dan lantas disapukan ke bahagian leher yang bengkak itu. “Cubalah buatkan tiga kali macam tu’ saya mengingatkan dia. “Insya Allah,” Kasman bersungguh-sungguh memberi jaminan akan mencuba melakukannya. Seminggu kemudian Kasman bersama keluarga datang ke rumah saya. Ketika itu saya tidak ada di rumah , kerana mengikut seorang kawan ke Terengganu. Habibah menyuruh isteri saya mengamat-amati anaknya Wahida. Isteri saya turut gembira kerana bengkak leher yang dihidapi oleh Wahida selama hampir tiga tahun sudah sembuh. “Kalau tidak minggu depan di operate” beritahu Kasman kegembiraan. “Alhamdulillah, inilah kuasa Allah yang tak terfikirkan oleh manusia akan kudrat iradatnya,” kata isteri saya tumpang gembira. Sejak itulah kami sering kunjung mengunjung rumah. Kadangkala kalau balik ke kampung di Perak, akan sama sama membawakan buah tangan dari kampung untuk disampaikan. Tetapi saya memang suka mencari ramai kawan, rasa tidak akan rugi kalau mempunyai ramai kawan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

28

034. LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT Semasa hujan turun dengan lebatnya waktu asar petang itu, Tok Aji baru selesai menunaikan solat. Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya. Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Tok Aji tidak pernah lagi balik ke Sumatera. Dia menceritakan kepada saya mengenai gurunya dari Jawa, Kiyai Wuruk yang pernah dilihat memberi ceramah agama di beberapa tempat dalam satu masa. Pada mulanya Tok Aji memang merasa heran, kerana tatkala Kiyai Wuruk memberi khutbah Jumaat di masjid di kampungnya, ada orang memberitahu Kiyai Wuruk juga memberi khutbah Jumaat di kampung lain pada hari tersebut. Anehnya, murid-murid Kiyai Wuruk juga mendakwa mendengar khutbah Jumaat dari tok guru di Semarang, Jawa. Tetapi ketika Kiyai Wuruk memberi ceramah agama di madarasah ayah Tok Aji di Sumatera, memang Tok Aji sempat belajar dengannya. Selepas mengajar nahu Arab, Kiyai Wuruk meminta izin dari ayah Tok Aji untuk berehat sebentar di bilik yang sengaja disediakan oleh ayah Tok Aji bagi kemudahan Kiyai Wuruk setiap kali berkunjung ke Sumatera. Tidak lama kemudian beberapa orang murid ayah Tok Aji , datang memanggil Kiyai Wuruk kerana ada orang sakit. Dengan cepat Kiyai Wuruk keluar dari biliknya untuk mengikuti orang yang memanggil tadi. Dia melintas betul-betul di hadapan Tok Aji. Selepas Kiyai Wuruk pergi mengubati orang yang sakit, Tok Aji masuk ke bilik Kiyai Wuruk dengan tidak meminta izin dari ayahnya. Alangkah terkejutnya dia, kerana ketika ini Kiyai Wuruk masih tidur berehat. Disebabkan terperanjat Tok Aji terus keluar dengan tidak memberitahu ayahnya apa yang dilihatnya di bilik Kiyai Wuruk. Hanya beberapa minit selepas itu Kiyai Wuruk keluar dari biliknya untuk menyambung semula pelajaran yang diajarnya mula-mula tadi. Jadi, siapakah yang pergi bersama orang-orang yangmenjemputnya tadi? Apabila Tok Aji bertanya dia hanya tersenyum menjawab. “Iya Tok Kiyai baru balik dari sana.” “Bukankah Tok Kiyai sedang tidur?” “Iya Tok Kiyai sedang tidur.” Sahut Kiyai Wuruk mengangguk-angguk kepala. Tetapi Kiyai Wuruk yang kelihatan pergi tadi, tidak balik lagi selepas Kiyai Wuruk bangun dari tidurnya. Bagaimanapun orang-orang kampung yang datang menjemputnya apabila datang semula, memberitahu memang Kiyai Wuruk ada bersama mereka mengubati orang yang sakit. Dia segera balik sebaik saja orang yang sakit dapat dipulihkan. Setelah Tok Aji memahami keadaan yang sebenarnya, dia tidaklah merasa heran lagi. Tidak heranlah ketika dia meninggalkan rumah, dan dikejar oleh ayah saya dengan basikal dalam masa beberapa saat saja dia sudah berada di Semenyih di rumah anaknya yang terletak berpuluh-puluh batu jauhnya dari kampung saya. Tok Aji memang mempunyai ramai anak kerana dia berkahwin di mana saja dia merantau. Malah ada seorang kawan ayah saya bernama Haji Usuh ketika bersembahyang Jumaat di Masjidil-Haram dalam masa dia menunaikan haji, dia bertemu dengan Tok Aji sama-sama

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

29

menunaikan fardu Jumaat di sana. Pada hal tahun tersebut Tok Aji tidak pun pergi menunaikan haji. Dia berada di kampung kerana sedang uzur mengidap penyakit lelah. Cerita mengenai Kiyai Wuruk ini pada saya ketika itu memang aneh. Puas saya bertanyakan pada Tok Aji apakah rahsia sebenarnya Kiyai Wuruk boleh dilihat di beberapa tempat dalam satu ketika. Pada masa itu memang Tok Aji tidak mahu menceritakan, sebaliknya dia menyuruh saya sendiri mencari rahsia tersebut. Sebab itu apabila saya melihat Tok Aji melelapkan mata di tengah madarasah, saya sengaja mengusiknya supaya tidak terlelap. Saya tahu Tok Aji memang tidak akan memarahi saya, kerana di antara cucu-cucunya saya lebih disayanginya. Kadangkala kalau saya balik ke rumah ayah saya, lambat saja balik ke madarasah, dia akan menyuruh Lasah anak Mak Long saya menjemput. Ayah dan emak tidak berkata apa-apa, kalau Tok Aji mahukan saya balik semula ke madarasah. “Tok, tok tidur ke ? “ tanya saya menepuk-nepuk lututnya. “Tidak, atuk nak berbaring aje” sahutnya perlahan tetapi tidak membuka mata. “His, atuk bohong, atuk tidur bersandar” saya sengaja mengusiknya. Dia tersengih-sengih saja, tetapi tidak mengangkat tangannya yang terlanggung di kepala. Malah dia tidak pula bangun dari berbaring. Memang Tok Aji kelihatan seperti orang tidur kerana dia bersendar (berdengkur dengan perlahan). Bagaimana pun dia masih boleh berbual dengan saya. Agaknya beginilah dengan Pak Tua Mahat yang boleh berjalan di hutan sekali pun sedang tidur bersendar. Pak Tua Mahat iaitu abang emak saya memang pernah juga berguru dengan Tok Aji ini, iaitu setelah emak saya berkahwin dengan ayah saya. Sebelumnya Pak Tua Mahat tidak pernah mengenali Tok Aji, kerana mereka duduk berlainan kampung yang jaraknya lebih 5 batu. Tok Aji ini ialah ayah kepada ayah saya , jadi dengan perkahwinan antara emak dan ayah saya itu, membolehkan Pak Tua Mahat mengenali Tok Aji lebih rapat lagi. Setelah saya dewasa memang ada juga sekali dua saya mengikuti Pak Tua Mahat masuk ke hutan kerana berburu. Memang saya tahu dia boleh tidur sewaktu berjalan dengan tidak pernas tersesat pun. Tetapi sekiranya kakinya tersepak akar kayu dia akan cepat-cepat tersedar, tetapi kemudian dia akan tidur semula.Bagaimanapun setiap kali dia ke hutan kalau bersama saya, nasibnya agakmalangkerana tidak pernah menemi apa-apa pun binatang buruan. Oleh itu kalau dia ke hutan, sengaja dia tidak memberitahu saya. Dia akan pergi bersama-sama kawannya saja. Memang benar, apabila saya tidak ikut, dia pasti dapat binatang – binatang buruan samada pelanduk, kijang atau ayam denak. Bagaimanapun dia akan memberikan juga bahagian saya, sekali pun saya tidak ikut sama. “Aku tahu kau ‘pakai pelenggang’ sebab itu aku tak mahu bawa kau ke hutan” kata Pak Tua Mahat kalau saya merungut kerana tidak diajak pergi sama. “Kalau kau ikut, jangankan pelanduk malah katak puru pun aku tak akan jumpa” ujarnya berterus terang tidak mahu mengajak saya. “Saya tak pakai apa-apa Pak Tua” jelas saya masih berharap akan dibawanya sama pergi berburu. “Ah, sudah ! Aku ni bukankah Pak Tua kau, aku lebih dulu makan garam” dia mengejek saya. Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa dengan maksudnya ‘pelenggang’ itu, kerana saya tidak pernah belajar mengenalinya. Tetapi memang Tok Aji ada menyuruh saya membacakan Surah Al-Buruuj ayat 20, 21 dan 22. Kemudian disambung dengan : sum mum buk mum um fahum layarji’un, laya’kilun, layatakkalamun, layubsirun.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

30

Tok Aji menyuruh bacakan apabila masuk ke hutan itu saja. Tetapi kadangkala kalau ada kawan-kawan mengajak ke hutan saya tidak bacakan doa berkenaan, nasib saya tetap malang kerana kawan saya akan merungut tidak bertemu seekorpn binatang buruan. Dalam masa saya mengusik-ngusik Tok Aji yang kelihatan tidur nyenyak, tetapi sebenarnya boleh mendengar apa yang kita cakapkan, Mail Lembam datang mempayungkan daun pisang memanggil Tok Aji. Cepat-cepat saya ke pintu madarasah bertanya kepada Mail maksud kedatangannya. Dia kelihatan basah juga sekali pun menggunakan daun pisang sebagai payung. “Ada apa Pak Mail ?” tanya saya berdiri di muka pntu madarasah. “Mana atuk kau ?” dia pula bertanya sambil terketar-ketar menahan sejuk. “Dia tidur di dalam” beritahu saya., “Tolong panggilkan atuk kau katakan Mat Endut dah nazak” katanya menyuruh saya segera membangunkan Tok Aji. Saya mengangguk. Mak Endut tu pangkat emak saudara juga kepada saya dan kakak kepada Mail Lembam. Belum pun sempat saya berpaling untuk memanggil Tok Aji, dia sudah terjonggol di belakang saya sambil terkuap-kuap. “Hah, apa halnya Mail?” tanya Tok Aji mengeliat-geliat. “Kak Endut, Bang Aji...” beritahu Mail Lembam terketar-ketar kesejukan. “Tak apa, mari kita pergi sekarang ni” sahut Tok Aji dengan tidak mendengar lagi penjelasan Mail Lembam selanjutnya. Mail Lembam berundur sedikit ke belakang sambil menghulurkan daun pisang kepada Tok Aji untuk digunakan sebagai payung. Tetapi Tok Aji tidak mahu mengambilnya. Dia terus melompat ke tengah hujan dengan tidak menggunakan payung langsung. Kata orang-orang yang mengetahui tentang Tok Aji ini, dia tidak basah kalau merempuh hujan dalam masa orang memerlukan dia. Kalau dihari yang tidak ada hal, saya lihat dia basah kuyup juga bila ditimpa hujan. Setelah Tok Aji pergi bersama Mail Lembam, saya balik semula ke tengah madarasah. Alangkah terkejutnya saya, kerana Tok Aji masih lagi tidur dengan tangannya terlanggung di kepala seperti tadi juga. “Atuk, mengapa tidur?” soal saya tertanya-tanya siapakah yang tidur di situ. “Ah.... dia minta atuk bacakan Yassin aje” sahutnya tersenyum. “Kau tak payah tanya apa-apa, nanti lain kali kau tau juga” dia menasihatkan saya supaya jangan meragui tentang dirinya yang sedang tidur itu. Kira-kira setengah jam kemudian hujan sudah mulai reda, nenek saya naik ke atas madarasah. Sebaik saja melihat atuk terbaring tidur lantas dia menyuruh saya mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah Mak Endut. “Mak Endut dah tak ada “ ujar nenek perlahan. Selesai saja saya mandi, nenek balik ke rumahnya. Saya dapati Tok Aji sudah bangun dan duduk sambil terkuap-kuap. “Mak Endut dah tak ada” saya beritahu dia. Tok Aji mengangguk-angguk. Dia tidak berkata apa-apa lantas pergi mandi.Selepas selesai maghrib kami bertiga ke rumah Mak Endut. Beberapa orang kawan saya yang ada di madarasah, berjanji akan datang selepas Isya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

31

Sebaik sampai saja di rumah Mak Endut, orang sudah ramai berkumpul di situ. Anak-anak Mak Endah seperti Jidah, Suhur dan Indun bergilir-gilir membaca Al-Quran di sisi jenazah. Ayah saya juga sudah sampai lebih awal. Dialah yang menyuruh orang memasang langit-langit iaitu merentang kain batik lepas setentang dengan jenazah. Di samping orang sibuk di dalam kerana berjaga-jaga pada malam itu kerana jenazah itu tidak boleh dibiarkan sendirian, orang lelaki duduk di serambi berbual-bual. Manakala orang perempuan memasak air di dapur menyediakan hidangan untuk sama-sama berjaga. Manakala anak-anak disuruh sama-sama membaca AL-Quran. Saya juga disuruh oleh Tok Aji membaca Al-Quran berhampiran dengan jenazah. Kira-kira 9.00 malam, kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah, telah datang. Mereka juga sama-sama membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Kami membacanya bergilir-gilir. Apabila saya merasa penat duduk bersila terlalu lama, maka saya mengilirkan kepada kawan yang lain pula. Disebabkan sudah menjadi tradisi di kampung kami, kanak-kanak tidak boleh mencampuri orang tua sedang berbual, jadi saya tidaklah ke serambi mendengar Tok Aji berbual-bual di situ. Saya dan kawan-kawan hanya duduk di dalam saja. Di situ bau asap kelapa kukur dibakar memenuhi ruang. Kak Jidah duduk di hujung kaki jenazah emaknya. Saya lihat dia tidak berhenti-henti membaca Al-Quran. Abang Suhur berhenti juga melepaskan lelah, sementara Kak Indun ke dapur membantu saudara maa yang lain. Mereka tidaklah seperti Kak Jidah duduk saja mengadap jenazah emaknya. Sekali-sekala saya memandang juga ke serambi sambil memasang telinga. Ketika menjaga jenazah masing-masig ada juga bercerita perkara-perkara yang boleh menimbulkan gelak ketawa. Apa lagi Mail Lembam yang menjadi sasaran kawan-kawannya yang lain. Mereka mentertawakan Mail Lembam yang basah kuyup ketika menjemput Tok Aji walaupun dia berpayungkan daun pisang. Sedangkan Tok Aji yang tidak berpayung tidak basah langsung. Memang semua mereka melihat Tok Aji datang sambil membacakan Yassin di sisi Mak Endut sebelum dia menghembus nafasnya. Tetapi mereka semua tidak tahu bahawa Tok Aji ada tidur di madarasah ketika itu. Mungkin mereka semua tidak percaya kalau saya ceritakan hal tersebut. Tetapi nenek sudah tahu. Sebab itu nenek sengaja berpura-pura menyuruh saya pergi mandi, kerana tidak mahu melihat Tok Aji bangun dari tidurnya di depan saya. Dalam masa orang ramai sibuk berbual-bual di serambi, sibuk menyediakan air di dapur dan beberapa orang membaca Al-Quran di tengah rumah, beberapa orang budak-budak yang menjadi rakan saya terhenti membaca Quran. Mereka menjerit lantas melompat lari ke serambi. Manakala Kak Jidah yang tekun duduk di hujung kaki jenazah emaknya sejak petang tadi ikut melompat lari ke dapur. Saya sendiri ikut sama lari ke serambi melihat kawan-kawan semuanya lari. “Mengapa awak semua ni ?” tanya Tok Aji lantas berdiri. Semua orang di serambi juga bangun. Masing menerpa ke pintu menjengah ke dalam. Ketika itu mayat Mak Endut kelihatan bergerak-gerak. Kemudian perlahan-lahan kepalanya terangkat, langsung duduk hingga kain selubungnya lurut ke pinggang. Hanya selindang yang diikat ke dagunya saja tidak terurai. Melihatkan Mak Endut sudah duduk, semua orang pun terjun ke tanah. Orang-orang perempuan di dapur semua terjun ke tanah kerana ketakutan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

32

Saya juga terpaksalah bersama dengan orang-orang yang lebih dewasa ari saya terjun. Memang ketika ini saya ketakutan, maklum sajalah melihat mayat sudah dibujurkan tiba-tiba duduk . Apa lagi orang-orang dewasa semuanya berlompatan ke tanah, tentunya kanak- kanak seperti saya lebih lagi ketakutan. Ketika ini semua orang lari mengikut orang yang di hadapan, kerana kami tidak berani lari berpecah-pecah. Setelah jauh dari rumah Mak Endut, kami semua berpaling semula ke rumah. Barulah kami sedari bahawa Tok Aji tak ikut sama lari bersama orang ramai. Saya lihat ayah saya dan Mail Lembam balik semula ke halaman rumah, kerana Tok Aji masih lagi di dalam rumah. Pada fikiran kami Tok Aji tidak dapat lari kerana kakinya lumpuh sebelah. Tentulah terkial-kial kalau Tok Aji mahu lari menuruni tangga. Melihatkan ayah saya dan Mail Lembam naik semula ke rumah, orang-orang yang lari pun merasa berani semula. Mereka semua balik semula naik ke rumah. Masing-masing yang di dalam ketakutan tadi kembali dapat mengawal perasaan. Kami semua naik semula ke rumah. Rupanya semasa semua orang bertempiaran lari, Tok Aji masuk ke dalam. Dia duduk berhampiran dengan jenazah, sambil dua tapak tangannya dihalakan ke muka mayat Mak Endut. Matanya merenung tepat-tepat ke muka mayat. Semasa kami sampai dan naik ke rumah, mayat Mak Endut masih duduk terlunjur di tempat pembujurannya. Ketika ini ayah saya menyuruh orang-orang lelaki yang lain duduk sambil mengikutnya berzikir. Dalam masa orang ramai berzikir, Tok Aji terus menghalakan kedua-dua tapak tangannya ke muka mayat Mak Endut. “Sekarang kau baring semula, pergi kau mengadap Allah yang menjadikan kau dan semua makhluk” kata Tok Aji bagaikan memerintah. Mayat itu perlahan-lahan rebah ke bantal, seolah-olah ada orang yang merebahkannya. Kerana saya lihat dia tidak pun jatuh terhempas apabila rebah ke belakang daripada duduk tadi. Kejadian ini memang mengherankan orang ramai yang menyaksikan pada malam itu. Apa lagi kanak-kanak, saya ketika itu baru berumur 13 tahuntentulah ketakutan. Lebih sebulan selepas kejadian itu ianya tetap menakutkan saya. Malah saya jatuh sakit terigau-igau melihat Mak Endut duduk walaupun sudah menjadi mayat. Tetapi setelah Tok Aji mengajak saya bangun setiap tengah malam, melakukan sembahyang tahjud, igauan itu hilang hilang terus dari ingatan saya. Tidak ada apa lagi yang saya takutkan terhadap igauan-igaun yang demikian. “Endut, jangan kau bangun lagi. Kau kepunyaan Allah, bukan kepunyaan kami’ Tok Aji menamparkan tapak tangannya ke dahi mayat tiga kali. Kemudian dia menyelubungkan, semula mayat tersebut. Selepas mayat Mak Endut di bujurkan semula, ayah saya pun berhenti berzikir. Bagaimanapun dia sendiri membaca Yassin dan membaca Al_Quran. Kak Jidah yang tercungap-cungap ketakutan mula-mula tadi duduk semula di hujung kaki jenazah emaknya. Dia meneruskan semula membaca Quran. Tok Aji pula menyuruh saya membaca Quran bergilir-gilir dengan kawan-kawan. Walaupun dalam ketakutan, saya membaca juga. Tetapi sekali sekala mata saya tetap mengerling ke arah jenazah yang terbujur, bimbang juga saya kalau-kalau dia bangun semula. Sampai lah pagi tidak ada lagi kejadian mayat itu bangun semula. Terasa lega hati hati kami kerana tidak ada kejadian buruk yang berlaku semalaman tadi.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

33

Hari siang, ayah saya pun mula menyuruh Mail Lembam ke kubur mengepalai orang menggali kubur. Masing-masing dibahagikan kerja mengikut arahan ayah saya kerana Mak Endut itu sepupu dia. Malah Mail Lembam sendiri iaitu adik Mak Endut menyerahkan tanggung jawap menyempurnakan jenazah itu kepada ayah saya. Mak Endut meninggal dunia kerana mengidap sakit perut hanya beberapa hari saja. Suaminya sudah lama meninggal dunia sejak Kak Lijah anaknya yang bongsu baru turun buai. Sudah lebih 20 tahun suaminya meninggal dunia. Jadi, Mak Endut sendiri terpaksa menyara anak-anaknya sampai lah Abang Suhur dan Kak Indun berkahwin. Di samping itu dia mengambil upah menganyam tikar. Dia juga boleh mengurut dan membidankan ibu bersalin, tetapi tidaklah secara bersungguh. Sebab itulah ramai orang mengatakan, tidak mungkin dia menuntut ilmu-ilmu salah sehingga terjadi peristiwa mayatnya bangun semula. “Serahkan urusan Allah kepada Allah, janganlah kita ambil tahu sangat.” Nasihat Tok Aji apabila ada orang mahu bertanya mengenai kejadian pada malam berkenaan. “Seingat-ingat saya dia tak ada menuntut ilmu-ilmu salah.....,” keluh ayah saya ketika sama-sama menolong orang membuat usungan. Memang semua orang mengakui Mak Endut tidak mengamalkan ilmu-ilmu salah. Dia sendiri merupakan orang yang amat taat mengerjakan solat, berbudi bahasa dan tidak pernah menyakiti hati orang. Di samping ramah mesra, dia mudah bercampur gaul terutama kalau ada kenduri kendara di dalam kampung. Semua tahu bahawa Mak Endut sangat disukai oleh orang-orang kampung kerana dia juga bertolak ansur dalam apa-apa pun urusan. Oleh itu orang percaya tidak mungkin dia memelihara syaitan, samada polong, pelesit atau pun hantu penanggal. Inilah menyebabkan orang tertanya-tanya apakah salahnya Mak Endut sehingga menyebabkan mayatnya bangun setelah dibujurkan. Hanya mayat orang-orang yang mengamalkan ilmu – ilmu salah atau ilmu syaitan saja yang menerima balasan seperti ini. “Kita tidak akan mengetahui rahsia Allah, kerana Allah mengetahui yang zahir dan yang batin, yang lahir dan yang tersembunyi.” Tok Aji terus mengingatkan orang-orang yang tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa mayat Mak Endut. Kira-kira pukul 12.00 tengah hari orang-orang menggali kubur memberitahu bahawa kubur sudah disiapkan. Oleh ayah saya pun menyuruhkan orang memandikan mayat. Ketika ini kami terpaksa membawa air dari telaga dan di tampung dengan pasu dan besen besar. Dengan yang demikian sebelum mayat dibawa ke pelantaran, maka kami disuruh dulu memenuhkan air dalam semua bekas tampungan. Saya ikut juga membawa air dalam baldi. Tetapi disebabkan kami bergotong royong beramai-ramai maka cepatlah semua bekas tampungan air itu dapat dipenuhkan bagi mencukupi untuk memandikan mayat. Nenek saya ditugaskan untuk mengepalai memandikan mayat kerana jenazah perempuan. Sebaik saja jenazah hendak diangkat ke tempat mandi di pelantaran sekali lagi orangmemekik terkejut, kerana didapati di bawah jenazah itu ada beratus-ratus lipan bara seolah-olah menjadi tilam pula kepada jenazah berkenaan. Malah melihatnya pun sudah geli geleman, bagaimanakah pula mahu menguiskan lipan itu dari bawah tubuhnya? “Ya Allah, lindungilah hambamu ni” keluh Tok Aji sambilmenampung kedua tangannya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

34

Semua orang yang melihat keadaan Mak Endut itu, ada yang takut dan ada juga yang kasihan. Apalah dosa Mak Endut sampaikan mayatnya begitu tersiksa. Sudahlah pada sebelah malamnya mayat itu bangun duduk, kemudian apabila nak dimandikan terdapat pula beratus-ratus ekor lipan bara di bawah tubuhnya. Seekor pun tidak mahu lari, walaupun kain penutup mayat sudah dilingkupkan. Lipan-lipan itu kelihatan merayap-rayap dan ada juga mengigit jenazah. Ayah saya kelihatan marah dengan kejadian tersebut, sementara Tok Aji pula tenang. Air mukanya tetap jernih menghadapi masaalah tersebut. “Ya Allah sekiranya hamba mu ini bersalah, ampunkanlah dia. Sekiranya hambamu ini dianiaya, maka lepaskanlah ia dari aniaya itu. Kepada engkaulah kami bermohon perlindungan dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan” kata Tok Aji perlahan. Ketika ini air matanya tergenang di pelupuk mata. Selepas Tok Aji berdoa, dia menyuruh ayah saya membawa air mandi ke situ. “ Kita mandikan saja jenazah ni di disini’ ujarnya. Mereka semua tidak membantah. Semua air yang sudah ditampung diangkat ke dalam. Tok Aji sendiri memandikan jenazah bersama nenek. Ketika ini sengaja Tok Aji menyelubungkan jenazah, sebelum disiram dengan air. Tujuh kali Tok Aji menyimbah air ke tubuh jenazah di bawah kain selubung itu, orang ramai melihat asap berkepul naik seperti bara kena siraman air. Apabila dibuka kain selubung itu, kami semua dapat melihat di bawah tubuh Mak Endut bara merah padam disirami air. Lipan-lipan yang berkeliaran tadi, kami lihat sudah menjadi arang. Tetapi siapa pun tidak berani bertanyakan kepada Tok Aji, kerana sudah menyuruh setiap orang jangan bertanya apa-apa. Dia hanya mengingatkan semua orang supaya ingatkan Allah saja. Berserahlah kepada Allah diatas segala urusannya, kata Tok Aji kepada mereka. Tidak jadilah jenazah itu dibawa ke pelantaran. Di situ sajalah dimandikan iaitu diatas tilam tempat jenazah dibujurkan. Kawasan tengah rumah menjadi lecah kerana air tidak telus dicelah lantai. “Nampaknya kau nak mandi di ataas tilam Endut, sebab itu aku mandikan di atas tilam ni” kata Tok Aji menampar pipi Mak Endut. Bagaimanapun muka Mak Endut tidak apa-apa. Wajahnya kelihatan bersih seperti sedang tidur. Belakangnya yang digigit lipan beratus-ratus ekor tadi juga tidak kelihaytan pun bekas gigitannya. Kulit tubuhnya tetap kelihatan bersih, walaupun ada terdapat lebam-lebam sedikit. “Apa agaknya masalahnya ni ayah?” tanya ayah saya, kerana dia sajalah yangberani bertanya. “Urusan kau jaga sendiri, jangan urusan Allah kau nak jaga” ujar Tok Aji macam memarahinya. Terdiam ayah saya apabila diingatkan oleh Tok Aji demikian. Kalau ayah saya sendiri sudah ditegurnya sudah tentu orang lain tidak berani bertanya kepadanya. Sampailah jenazah selamat dimandikan tidak ada apa-apa kejadian ganjil yangdilihat. Ketika dikapankan pun tidak ada apa-apa gangguan. Tetapi memang saya melihat sendiri jenazah Mak Endut itu, wajahnya tetap bersih seperti orang sedang tidur. Tubuhnya terdapat lebam-lebam sedikit, itu pun di bahagian betis dan lengannya yang dipenuhi beratus-ratus ekor lipan tidak ada kesan gigitan apa-apa. Sehinggalah dibawa ke kubur, jenazahnya selamat dikebumikan dengan tidak ada lagi gangguan-gangguan yang mengerikan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

35

035. HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN Bunyi burung birik-birik lalu di tengah malam terasa mengerunkan juga. Kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah bernama Katib cepat-cepat tidur mengerengkan badan, kerana emaknya berpesan apabila burung birik-birik berbunyi di tengah malam hendak lah tidur mengereng. Katib memang tidur di madarasah, tapi tiap-tiap pagi selepas subuh dia akan balik untuk bersekolah di sebelah paginya pula. Kami yang bersekolah hanya belajar di sebelah petang saja di madarasah TOK AJI. Sebelah petang pula belajar membaca Quran. Katib ini memang disayangi oleh TOK AJI kerana suaranya bagus membaca Quran. Semasa TOK AJI menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar madarasah, Katib berjaya mendapat markah yang tinggi membaca Quran. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh pesanan emaknya supaya tidur mengereng bila burung birik-birik berbunyi di tengah malam. “Emak aku kata burung birik-birik ialah anjing pemburu hantu tinggi.” Jelasnya apabila saya tanyakan mengapa dia mengerengkan badan. “Kalau kau mengereng dia tidak ganggu kau?” soal saya tidak mengerti mengapa dia mesti tidur mengereng ketika ini. “Ia dia sangka kita ni anak cucunya” ujar Katib. “Jadi, kau suka jadi anak cucu hantu tinggi?” tanya saya lagi. “Tidaklah “ sahutnya lemah macam kecewa dengan soalan saya itu “Tetapi, itu hanya untuk menjaga diri supaya tidak diganggunya” dia menjelaskan lagi seperti yang diceritakan oleh emaknya. Tetapi TOK AJI pernah mengingatkan tidak ada jenis syaitan yang boleh menandingi ayat-ayat Quran. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mesti mengerengkan badan sewaktu tidur apabila terdengar birik-birik terbang melintasi bumbung rumah. Sebab itu saya tidak pernah mengerengkan badan, kalau terdengar bunyi burung birik-birik. Kadangkala Katib cepat-cepat menggerakkan badan saya menyuruh tidur mengereng, namun saya pura-pura tidak mendengarnya. Emak Katib juga percaya Mak Endut yang meninggal dunia sebelum itu adalah diganggu hantu tinggi, mungkin kerana dia tidak tidur mengereng sewaktu bunyi burung birik-birik melintas. Ketika ini hantu tinggi terbang bersama burung-burung tersebut. Kalau dilihatnya ada orang tidak tidur mengereng maka segera diganggunya kerana orang itu bukan anak cucunya. Sekira orang berkenaan anak cucunya, hantu tinggi akan mengelakkan diri dari merempuh anak cucunya sendiri. Tanda hantu tinggi itu lalu selain dari burung birik-birik berbunyi ialah, kepala ribut. Di dalam kepala ribut itu dia terbang bersama. Tetapi kepala ribut itu akan beralih menuju ke arah lain, kalau didapati anak cucunya ada di depan. Tanda bagi anak cucunya ialah dengan menanam rumpun lengkuas di tepi halaman. Kepala ribut itu tidak akan merempuh lalu kalau rumah berkenaan ada menanam rumpun lengkuas. Katib percaya betul dengan pesanan emaknya ini. Dia juga tetap percaya bahawa kematian Mak Endut berpunca dari hantu tinggi. Mak Endut sudah terkena langkahannya sampai sakit perut. Penyakit itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas itu mayatnya tiba-tiba saja duduk,

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

36

kerana diangkat oleh hantu tinggi tadi. Sekiranya TOK AJI tidak ada bertahan di situ dengan doanya sudah tentu mayat Mak Endut dibawa lari oleh hantu tinggi. Selepas itu semasa mahu dimandikan, terdapat dapat beratus-ratus ekor lipan di bawah mayatnya. Lipan-lipan itu adalah binatang permainan hantu tinggi yang mahukan mayat Mak Endut. Sekali lagi TOK AJI dapat mengalahkan hantu tinggi itu dengan doa seorang ulama. Memang Katib percaya benar dengan cerita emaknya itu dengan kematian Mak Endut. Bagaimana pun saya tidak pernah bertanyakan pada TOK AJI mengenai kebenaran cerita emak Katib itu. Saya takut Katib akan tersinggung pula sekiranya saya bertanyakan pada TOK AJI. Tetapi TOK AJI memang pernah mengingatkan bahawa syaitan ini ada berbagai-bagai. Dia juga seperti makhluk manusia mempunyai kaum masing-masing yang telah ditentukan. Oleh itu apa juga makhluk halus yang menganggu manusia adalah terdiri dari golongan syaitan. Sementara manusia harus berwaspada akan gangguan dari syaitan ini. Selepas kematian Mak Endut, Kak Jidun tidak lagi tinggal bersama abangnya Suhur, atau kakaknya Indun. Dia tinggal bersama nenek saya. Disebabkan dia masih anak dara berumur 16 tahun, saudara maranya merasa lebih baik tinggal di rumah nenek saya saja. Di samping itu dia akan terus dapat belajar agama di madarasah TOK AJI. Kadangkala Kak Jidah menangis bila Katib menceritakan hantu tinggi menganggu mayat Mak Endut. Itulah menyebabkan mayat itu bangun dengan sendirinya, kemudian dipenuhi lipan beratus-ratus ekor di bawah tubuhnya. Katib juga memberitahu Kak Jidah mengenai burung birik-birik selalu berbunyi melintasi madarasah apabila jauh malam. “Kita mesti tanam lengkuas di depan pintu madarasah ni Kak Jidah” kata Katib macam mengingatkan. Tetapi Kak Jidah tidak mahu menanamnya. Terpaksalah Katib mengambil benih lengkuas dari rumahnya. Dia sendiri menanam rumpun lengkuas di depan madarasah. TOK AJI pula tidak marah dengan perbuatan Katib menanam rumpun lengkuas itu, tetapi dia mengingatkan, “Lengkuas itu tak boleh menolong kau Katib. Yang memberi pertolongan hanya Allah”. Walaupun rumpun lengkuas mula tumbuh segar di depan halaman madarasah, tetapi bunyi burung birik-birik itu kerapkali juga terdengar di tengah malam. Katib terpaksa tidur mengereng kerana takutkan gangguan hantu tinggi. Kadangkala saya tersenyum sendirian mengenangkan Katib bersikap demikian. “Kak Jidah tahu asal usul hantu tinggi ni?” satu petang Katib bercerita dengan saya dan Kak Jidah. “Ah, kau budak-budak mana kau tahu” sahut Jidah tersenyum mengusik. “Emak aku yang cerita” dia memberitahu bersungguh-sungguh. “Apa kata mak kau?“ tanya saya pula tersenyum mengerling ke arahnya. Saya tidaklah memperkecilkan cerita emak Katib itu, tetapi sengaja mahu mengusik Katib yang selalu percayakan dengan cerita tersebut. Bagaimanapun bukanlah mustahil pula cerita yang dikatakannya itu. Tidak lama dulu bapa mertua saya kecemasan kerana ribut melanda kampungnya sehingga rumahnya juga ikut bergoyang- goyang dipukul angin. Walaupun rumahnya tidaklah roboh dalam angin kencang yang tiba-tiba melanda, tetapi sempat juga dia azan sekuat-kuat hatinya dalam masa ribut kencang itu. Tiga kali dia azan, serentak saja ribut reda. Hujan pun turun mencurah-curah dengan kilat memancar-mancar. Selepas hujan lebat dan ribut berhenti didapatinya dua tiga buah rumah jiran

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

37

yang berhampiran atapnya diterbangkan ribut, dan dindingnya roboh. Manakala rumah bapa mertua saya tidak pun rosak apa-apa. Memang setengah orang mengakui bahawa syaitan ada bersama-sama di dalam ribut itu. Mungkin apa yang diceritakan oleh Katib di masa kecilnya dulu memang dimaksudkannya dengan syaitan yang mengikuti ribut itulah. Kak Jidah sendiri mengakui emaknya mula-mula diserang sakit perut ialah selepas ribut kencang. Semasa ribut tengah kencang aruah Mak Endut masih mencangkul rumput di kebun pisangnya. Kak Jidah beberap kali menyuruh dia balik sementara ribut berhenti. Tetapi Mak Endut berdegil, terus juga mencangkul rumput. Ketika ribut ini hujan belumlah turun, sebab itulah dia teruskan kerja mencangkul rumput kerana hari tidak hujan. Setelah ribut reda, hujan tidak pula turun. Kononnya hujan itu sudah dibawa angin jauh dari situ. Mungkin turun di kawasan lain. Selepas inilah Mak Endut merasa senak perut. Mula-mulanya dia bertahan juga, tetapi akhirnya dia tidak berdaya lagi menahan senak perutnya bagaikan mahu membuang air besar. Sebaliknya apabila dia ke sungai untuk membuang air besar, tidak apa-apa pun yang keluar. Senak perutnya semakin hari semakin menyesakkan nafas. Lebih kurang empat hari dia mengidap sakit perut itu, Mak Endut pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. “Aruah mak degil sangat, dia bekerja juga di tengah-tengah ribut tu” keluh Kak Jidah mengenangkan kedegilan emaknya, kerana dia sajalah yang tahu akan mula kejadian yang menimpa emaknya. Kak Jidah tinggal berdua saja dengan Mak Endut dirumahnya kerana Abang Suhur dan Kak Indun masing-masing sudah berkahwin. Mereka tinggal bersama-sama keluarga masing-masing. “Bukan ribut tu Kak Jidah, tetapi hantu tinggi” tegas Katib bila mendengar penjelasan Kak Jidah itu. Kak Jidah menunduk. Dia tidak membantah kata-kata Katib. Apa lagi kami ketika ini masih kanak-kanak, tidaklah tahu berfikir panjang. Apa saja yang dicakapkan oleh orang tua, cepat saja kami terima. “Kak Jidah tak nampak hantu tinggi dalam ribut tu” tanya Katib pula. Kak Jidah mengelengkan kepala. Sebenarnya hatinya masih sedih dengan kematian emaknya itu. “Emak kata, awan hitam yang kita kata mengandungi hujan itulah sebenarnya hantu tinggi” beritahu Katib selanjutnya. Katib juga menceritakan hantu tinggi itu berasal dari seorang pemburu terkena sumpahan di hutan kerana mencari seekor rusa putih yang diidamkan oleh isterinya yang mengandung. Dia telah membunuh beratus-ratus ekor rusa, tetapi tidak seekor pun rusa putih. Sebab itu lah dia telah disumpah menjadi hantu tinggi, manakala anjing pemburunya menjadi burung birik-birik. Disebabkan dia berjalan mendongak ke langit selepas kena sumpahan itu, maka tidaklah dilihatnya ke bawah. Apabila dia melanggar mangsanya, maka mangsanya akan muntahkan lumut. Hanya dia memberi petua kepada anaknya yang mencarinya selepas 20 tahun berlalu, bakarlah lada kering dan garam apabila ribut kencang, supaya dia tercium bagi mengetahui itulah rumah anak cucunya. Tanamlah lengkuas didepan rumah supaya dia dapat membaunya. Hanya dengan cara itu sajalah dia dapat membezakan anak cucunya, supaya tidak menjadi mangsanya. Hantu tinggi itu terpaksa memusnahkan manusia, kerana itulah sumpahannya setelah dia membunuh beratus-ratus ekor rusa yang tidak berdosa. Seperti mana dia membunuh rusa seekor

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

38

demi seekor kemudian ditinggalkan untuk mencari rusa putih, maka sumpahannya ialah mesti membunuh manusia satu demi satu, sehingga semua rusa yang dibunuhnya hidup semula. Selagi rusa-rusa itu tidak boleh dihidupkan selagi itulah dia mesti memusnahkan manusia. Bagaimanapun ia masih berupaya mengingatkan anak cucunya supaya terhindar dari sumpahannya itu. “Macam itulah yang emak aku beritahu pada aku, Kak Jidah” Katib menerangkan kepada Kak Jidah mengenai hantu tinggi yang telah membunuh Mak Endut. Kak Jidah pula bukannya orang yang suka bersoal jawab, dia menerima saja penerangan Katib. Kesedihan hatinya terhibur juga bila kami duduk berbual-bual dengannya. Malah TOK AJI selalu mengingatkan dia supaya sentiasa berdoa kepada Allah, supaya aruah ibunya termasuk ke dalam golongan roh-roh yang diredai Allah. “Lepas sembahyang adalah baik berdoa” TOK AJI mengingatkan dia. “Selepas sesaorang itu mati, maka putuslah amalannya. Hanya tiga perkara saja yang diperlukan iaitu amal jariahnya di dunia, amal ibadatnya di dunia, dan doa anak-anak yang soleh.” Kata TOK AJI seterusnya. Kak Jidah mentaati apa saja yang disuruh oleh TOK AJI. Tiap-tiap tengah malam dia bangun sembahyang tahjud, memohon Allah mencucuri rahmat keatas rohnya emaknya. Kadangkala saya terikut-ikut jua bangun tengah malam, kerana TOK AJI sendiri kerap kali bangun diwaktu tengah malam menunaikan solat sunat tahjud itu. Walaupun TOK AJI tidaklah menyuruh saya melakukannya, tetapi apabila tidak bersekolah hujung minggu iaitu malam Jumaat dan malam Sabtu saya suka melakukannya kerana mengikut TOK AJI. Nampaknya Kak Jidah melakukan setiap malam sejak selepas kematian emaknya. Hingga hampir 2 bulan dia mengerjakan solat sunat tahajud itu tidak berhenti-henti. Saya pun naik heran juga kerana Kak Jidah melakukannya. Pagi-pagi dia sudah bangun pula untuk menunaikan sembahyang subuh. Kemudian membantu nenek saya ke sawah. Dia tidak kelihatan letih ke sawah walaupun tengah malam bangun menunaikan sembahyang tahjud itu. Apakah yang disuruh oleh TOK AJI saya tidak tahu. Mungkin sengaja TOK AJI melatihnya supaya lebih kuat bertawakal, kerana pada waktu tengah malam memang tidak ramai orang yang rajin untuk bangun. Apa lagi terasa sejuk air telaga untuk mengambil wuduk, walaupun sudah ditampung di dalam tempayan di bilik air. Dalam masa inilah saya ingat Abang Mat Nitar yang tinggal berhampiran dengan rumah aruah Mak Endut jatuh sakit. Emaknya Mak Relah telah memanggil TOK AJI untuk menengok-nengokkan Mat Nitar yang sakit macam hilang akal. Mat Nitar baru berumur 26 tahun, masih belum berkahwin. Dia memang pernah masuk meminang Kak Jidah, tetapi keluarga Mak Endut menolaknya kerana Kak Jidah masih mentah lagi. Walaupun Mat Nitar sanggup menunggu dua tiga tahun, tetapi Mak Endut tetap menolak. Dia merasakan Mat Nitar itu sudah macam anaknya sendiri. Tidak tergamak pula memilih Mat Nitar jadi menantu, apatah lagi Kak Jidah sendiri tidak mahu. Kak Jidah merasakan Mat Nitar sudah macam abangnya sendiri. TOK AJI tidak menolak jika dipanggil. Seperti biasa dia mendoakan air disuruh minum dan mandikan. Semasa TOK AJI datang melihatnya Mat Nitar sudah terlalu teruk. Dia bertelanjang bulat dengan tidak memakai apa-apa pakaian. Dia terjelepuk di hujung serambi sambil memainkan kemaluannya. Sekali sekala dia tersengih-sengih, tetapi tidak dapat bersuara apa-apa.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

39

“Apa sakitnya ni Bang Aji?” tanya Mak Relah kebingungan. “Tak tau lah aku. Tak pernah aku temui penyakit macam ni” jelas TOK AJI ikut sama keheranan. “Dah sebulan dia macam ni. Tak dapat bercakap cuma air liur saja meleleh” beritahu Mak Relah kesedihan. “Nak kata sakit tak sakit, nak kata tak sakit itulah rupanya....” keluhnya memerhatikan Mat Nitar tersengih-sengih memainkan kemaluannya dengan tidak berasa segan dan silu. TOK AJI mengeleng-gelengkan kepala. Hatinya sedih juga melihat keadaan Mat Nitar demikian. “Kau tau apa yang dituntutnya selama ini?” tanya TOK AJI kerana sudah menduga mesti ada kesalahan yang dibuat oleh Mat Nitar. Boleh jadi juga dia sudah terlanggar pantang ilmu yang dituntutnya. “Maksudnya, tahu kah kau samada dia pernah menuntut apa-apa ilmu kebatinan?” kata TOK AJI seterusnya. “Tak tau pulak aku kata Mak Relah lemah. “Tetapi, ada juga aku dengar dia nak jumpa Batin Jeli di hulu sana” katanya menahan kesedihan. Disebabkan Mak Relah menaruh harapan kepada TOK AJI dapat memulihkan anaknya Mat Nitar, maka TOK AJI mendoakan. Tiga hari TOK AJI mengulangi Mat Nitar, barulah datang adik Batin Jeli bernama Kapai mencari Mak Relah. Ketakutan saja rupanya apabila naik ke rumah Mak Relah, sebaik saja melihat orang ramai melihat Mat Nitar sakit. “Dah lama ke Mat Nitar sakit ni Mak Relah?” tanya Kapai bercampur bimbang. “Lebih sebulan ........” jelas Mak Relah. “Tak tahu pula aku dia sakit” keluh Kapai bertambah gelisah. “Siapa mengubatkan dia?” dia memerhati Mak Relah. “Abang Haji ni” beritahu Mak Relah menunjuk ke arah TOK AJI. Tiba-tiba saja Kapai memeluk lutut TOK AJI, dia menangis sambil merayu pada TOK AJI supaya tidak membalas dendam pada abangnya Batin Jeli. “Abang Aji tolonglah. Minta maaflah saya Abang Aji” dia merintih-rintih bagaikan menyimpan harapan mengunung. “Abang Jeli dah jadi gila sekarang ni. Bukan nak susah-susahkan Mak Endut dulu, dia hanya nak tolong Mat Nitar. Kalau Mat Nitar tak datang minta tolong mampus Abang Jeli tak buat” ujarnya menangis tersedu-sedu mengharapkan belas kasihan. “Percayalah Kapai, aku tak buat tu pada Jeli” kata TOK AJI memujuknya. Dari pengakuan Kapai itu, terbukalah cerita mengenai kejadian yang menimpa kepada Mak Endut disebabkan menolak pinangan terhadap Kak Jidah. Mat Nitar telah menemui Batin Jeli. Pada mulanya Batin Jeli enggan melakukan kekejaman pada Mak Endut, sebaliknya dia bersetuju untuk memberi Mat Nitar minyak cenuai bagi memikat Kak Jidah. Tetapi Mat Nitar tidak mahu minyak cenuai. Dia mengancam akan membunuh Batin Jeli kalau tidak mahu mengikut kemahuannya menganiaya Mak Endut secara kebatinan. Mahu tidak mahu Batin Jeli terpaksa juga mengikut kemahuan Mat Nitar. Dia menggunakan katak yang diikat perut sampai kembung bagi dipuja secara kebatinannya, hingga menyebabkan Mak Endut senak perut. Kemudian dia memuja upih yang dibentuk seperti lipan diletakkan di bawah bangkai katak. Apabila dipujanya itulah kejadian yang dilihat lipan dibawah mayat Mak Endut.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

40

Dia juga memainkan bangkai katak itu secara kebatinannya menyebabkan mayat Mak Endut tiba-tiba saja bangun dari pembaringan. Semua itu diceritakan semula oleh Kapai. Dia berharap TOK AJI tidak menyiksa abangnya Batin Jeli. “Tak pernah aku tengok ilmu macam Abang Aji ni” Kapai terus merintih-rintih. “Kapai..... aku tak buat apa-apa pada Jeli. Aku juga tak buat apa-apa pada Mat Nitar. Tapi kau tengok sendiri keadaan Mat Nitar ni. Aku pun berusaha hendak menolong dia, tapi aku tak upaya, ini kuasa Allah” jelas TOK AJI dengan harapan Kapai memahami kedudukannya sebenar. Orang-orang kampung menerangkan kepada Kapai, bahawa mereka juga tidak tahu peristiwa sebenarnya. Kalaulah Kapai tidak memberitahu, mereka juga tidak tahu tentang kejadian yang menimpa Mak Endut. “Patutlah semasa Kak Endut meninggal, tak ada Mat Nitar menziarahinya” keluh Mak Relah penuh kesal. Masa ini jugalah anak saudara Kapai datang memberitahu akan kematian Batin Jeli jatuh di jeram batu, kerana tiba-tiba saja dia menjerit-jerit berlari ke jeram batu. Dia jatuh terselit di celah batu dengan kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas. Berita kematian Batin Jeli diterima oleh orang-orang kampung dengan rasa sedih dan simpati. Kira-kira dua minggu selepas kematian Batin Jeli, Mat Nitar juga meninggal dunia. TOK AJI sendiri tidak berupaya mengatasi kudrat dan iradat illahi yang sudah menetapkan kematiannya demikian. Dia sudah berusaha untuk memulihkannya, tetapi kehendak Allah siapa pun tidak dapat menahannya. Tidak lama selepas kematian Mat Nitar heboh lagi di kampung itu apabila orang bertemu lembaga orang merayau-rayau di dalam kampung dengan kepalanya kebawah kakinya ke atas. Lembaga itu berjalan dengan tangan saja. Dia akan cepat-cepat menghilang apabila terserempak orang. Kadangkala dia berjalan melompat-lompat seperti katak. “Aku nampak betul-betul hantu berjalan dengan tangan, kepalanya ke bawah kaki ke atas” Mail Lembam memberitahu tercungap-cungap menerpa ke madarasah. “Merepeklah Pak Mail ni” sahut Katib terkejut juga melihat Mail Lembam tergopoh gapah. Dia bertanyakan TOK AJI dari kami. “Mana Atuk kau?” Mail Lembam bertanya kepada saya. “Atuk ada di rumahnya “ jelas saya perlahan. “Lepas Isya atuk baliklah kerumah, boleh jadi dah tidur dia” kata saya selanjutnya. Mail Lembam terus melompat menuju ke rumah TOK AJI. Saya hanya melihat saja dari pintu madarasah. Seketika saja rumah TOK AJI terang benderang dipasang lampu. Saya terdengar suara Mail Lembam bukan main becok tidak tentu biji butir. Tetapi saya percaya dia memberitahu mengenai hantu berjalan dengan itu. Tidak lama kemudian nenek datang ke madarasah. Dia menyuruh saya, Katib dan dua tiga orang lagi kawan-kawan supaya tidur di rumahnya. “Tak payah lah tidur di madarasah tu” kata nenek macam menyimpan rasa bimbang. Kami semua masih kanak-kanak. Bila nenek menyuruh berkumpul di rumahnya, kami semua pun tidak tangguh menurutnya saja. Kami pun takut juga mahu tidur di madarasah setelah mendengar cerita Mail Lembam. Hantu berjalan dengan tangan itu sudah kerap kali ditemui. Malah setiap malam dia merayau-rayau didalam kampung sambil mengetuk-ngetuk dinding rumah orang.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

41

Setakat itu rumah TOK AJI tidak pernah diganggunya. Sudah banyak rumah orang yang diganggunya sambil mengetuk-mengetuk dinding. Rumah Mak Relah yang selalu diganggunya, hinggakan Mak Relah tidak berani tidur di rumahnya. Sebab itu dia lari tidur di rumah Mail Lembam. “Dimana kau jumpa tadi” tanya TOK AJI memerhatikan Mail Lembam ketakutan. “Di sebelah baruh “ beritahu Mail Lembam. “Emmm, dia bukannya nak menganggu. Dia nak minta tolong agaknya” ujar TOK AJI tenang. “Tapi dia mengetuk-ngetuk dinding rumah” ujar Mail Lembam gementar. Dia mengaku telah terserempak dengan hantu berjalan dengan tangan itu. Apabila dinding rumahnya diketuk, dia pun segera membuka tingkap. Dia ternampak lembaga hitam berjalan dengan tangan, kepalanya ke bawah manakala kakinya ke atas. Sekali sekala dia melompat-lompat seperti katak. Kemudian berjalan semula dengan tangannya. “Agaknya dia mencari Relah....” kata TOK AJI terangguk-angguk. “Dia nak minta tolong pada Relah tu” ujarnya macam menduga bahawa hantu itu adalah jelmaan dari Mat Nitar yang sudah mati. Mail Lembam terdiam. Dia hanya memberitahu TOK AJI untuk menghindarkan gangguan berkenaan. Dari kisah itu saya baru dapat memahami bahawa Kak Jidah memang berdoa meminta mereka yang menganiaya emaknya ditunjukkan kepadanya. Jelaslah Mat Nitar itu menerima pembalasan yang tidak bertangguh dari Allah. Kak Jidah yakin emaknya teraniaya. Sebab itulah dia berdoa denganp enuh khusuk setiap kali melaku solat sunat tahajud di tengah malam, memohon Allah perkenankan doanya, agar dia melihat sendiri siapakah yang menganiaya emaknya. Kapai adik Batin Jeli secara jujur telah menerangkan kejadian sebenarnya. Bagaimanapun Kak Jidah memberitahu saya dia menyesal juga, kerana doanya juga telah menyeksa sesama makhluk. Tetapi apa boleh buat, semuanya telah berlaku. Malam itu TOK AJI ke rumah Mail Lembam menemui Mak Relah. Dia menerangkan kepada Mak Relah mungkin jelmaan hantu yang berjalan dengan tangan itu meminta tolong darinya. Sebab itulah kemana saja Mak Relah pergi menumpang tidur dia akan menjejaknya. Mak Relah pun setuju untuk tinggal sementara di rumah TOK AJI. Setiap kali maghrib dia bersama TOK AJI sama-sama berdoa agar roh Mat Nitar dicucuri rahmat. Mereka sama-sama membaca Yassin kiffiat 41 kali. Setelah tiga malam berturut-turut Mak Relah mengikuti TOK AJI melakukan Yassin kiffiat 41 kali bersama-sama Kak Jidah, saya dan Katib dan rakan-rakan yang sama tidur di madarasah, esoknya kami bersama-sama pula ke kubur Mat Nitar, saya dapati kuburnya ditimbuni oleh bangkai katak beratus-ratus ekor.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

42

036. HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS Haji Sirat tenang sahaja menerima tentang perkabaran dari anaknya mengenai ANJING kesayangan anaknya itu telah mati ditembak oleh Ketua Kampung. ANJING Saleh anak kepada Haji Sirat adalah ANJING yang penghabisan dalam kampung ini yang mati ditembak atas kehendak ramai setelah bermuafakat di masjid dua minggu lalu. Kampung ini sudah tidak ada lagi ANJING. ANJING-ANJING dalam kampung ini telah dikehendaki dihapuskan kerana sebilangan masyarakat dalam kampung ini berpendapat bahawa ANJING-ANJING dalam kampung ini telah dirasuk HANTU. Memang tidak dapat dinafikan akan perkara ini dari kepercayaan cerita-cerita yang dikabarkan kerana ANJING-ANJING dalam kampung ini semuanya sudah menjadi garang, pantang saja terlepas dari tambatan terus meluru kepada orang samaada tuannya sendiri. ANJING-ANJING tersebut akan menerkam dan memamah kaki badan sesiapa saja yang menjadi mangsanya. Bukan dapat dilerai dengan senang terpaksalah memukul hampir separuh mati akan ANJING-ANJING tersebut barulah ANJING-ANJING tersebut meninggalkan mangsanya dalam kesakitan dan ada juga yang mengidap bahana dari gigitan tersebut terus membawa mati. Hal ini berlaku hampir sebulan yang lalu, dimana Tok Siak Masjid menjadi mangsa yang pertama oleh terkaman seekor ANJING yang terlepas di halaman rumahnya. Memang selalunya ANJING itu begitu jinak dan Tok Siak atas rasa simpatinya selalu memberi lebih-lebihan makanan pada ANJING itu walaupun dia tidak tahu ANJING itu dari mana datangnya dan siapa yang punya. Bukan sahaja ANJING yang kurus dan bulu tengah lehernya sudah lurus dengan kulit yang berkurap itu sentiasa berlegar di halaman rumah Tok Siak yang tidak jauh dari masjid tetapi ianya juga selalu kelihatan berada di mana sahaja budak-budak kecil kampung tersebut berkumpul bermain. Sejak ANJING tersebut kelihatan berada di kampung tersebut hujan sentiasa sahaja turun, kalau tidak tengah hari, sebelah pagi, kalau tidak sebelah malam, kalau tidak sebelah petang, kalau tak lama sekejap, hujan turun tetap juga turun, ada masanya sampai satu hari satu malam. Apa lagi keluh kesah masyarakat kampung tersebut yang kebanyakannya menumpukan pencarian pada pokok-pokok getah, bila hujan bagaimana nak menoreh, kalau ditoreh juga alamat toresan di pokok akan ditumbuhi cendawan. “Aku hairan melihat ANJING ni,” satu hari Tok Siak berbual dengan Haji Sirat di beranda rumahnya, sambil mereka berdua menghadap ke halaman. Haji Sirat tersenyum, “ANJING siapa tu?” “Tak tahu” balas lembut Tok Siak. “ANJING di halaman rumah kau sendiri tak tahu siapa yang punya, dah dua tiga kali aku lihat ANJING tu makan di halaman rumah ni,” beriya-iya juga Haji Sirat menuntut kepastian. “Saya tengok ia kurus sangat, dengan tubuh yang kurap tu, saya kasian pula, saya beri dia makan mana ada makanan berlebih, tentulah tak salahkan? Walau pun bukan ANJING saya,” Tok Siak menerangkan dengan panjangnya. Haji Sirat menganggok-anggokan kepalanya tanda setuju dengan pendapat Tok Siak. Wajahnya yang suka tersenyum itu terus tersenyum sambil dia menghulurkan sebatang rokok kepada Tok Siak dia berkata, “ tak ada salahnya kita memberi makan binatang, ia juga makhluk tuhan.”

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

43

Tok Siak diam sahaja bila dia melihat tangan Haji Sirat menhulurkan sebatang rokok kepadanya dengan pantas dia bersuara, “maafkan, saya baru semalam membuat keputusan untuk berhenti menghisap rokok.” Haji Sirat tersenyum sambil meletakkan semula kotak rokok di tangannya ke atas lantai dan rokok yang dihulurkannya kepada Tok Siak tadi terus dihisapnya dan dinyalakannya dengan mancis api. “Saya berhenti merokok bukan kerana nak simpan duit tapi dada ni dah tak tahan benar dengan batuk tiap-tiap malam terutamanya sebelah pagi” Tok Siak berkata dengan nada yang biasa. Sementara itu mata mereka terus tertumpu kepada ANJING kurus berkurap yang sedang baring sambil menjelirkan lidah di atas halaman. “Binatang kalau kenyang begitulah dia,” Tok Siak seperti bersungut berkata dan, “kalau kita manusia lepas makan tu pandai nak cari kerja untuk mendapatkan makanan lagi” Haji Sirat Cuma tersenyum sahaja sambil menghembuskan asap rokoknya. “Saya hairan tentang ANJING ni, sudahlah ANJING siapa punya tak tahu, tapi setiap kali aku nak mengambil air sembahyang dia akan cuba menjilat kakiku, puas benar aku menghalaunya,” kata Tok Siak. “Pasal kau selalu beri dia makan, dia manjalah pada kau,” balas Haji Sirat. “Tapi bila matahari dah tinggi dia nampak muka pun tidak di sini, masok sahaja waktu sembahyang zuhur dia muncul semula dan cuba nak menjilat kakiku bila aku nak ke perigi, puas aku menghalaunya,” Tok Siak terus bercerita tentang perangai ANJING tersebut. “Aku tak pernah melihat ANJING tu dulu, baru-baru nilah yang aku nampak kadang-kadang di halaman masjid, kadang-kadang di tepi padang dekat budak-budak sekolah selalu berkumpul.” Haji Sirat pula bercerita sambila matanya tepat memandang pada ANJING yang sedang berbaring di halaman. Dalam pandangan Haji Sirat dia terasa ada sesuatu yang terasa oleh hatinya pada ANJING tersebut. Ada rasanya dia merasakan gerun memandang ANJING tersebut. Ada masanya pula dia merasa kasihan dan ada masanya pula begitu benci memandangnya. Inilah yang terdetik dalam hatinya setiap kali dia terpandang pada ANJING tersebut. Sebulan yang lalu Tok Siak telah dikejarkan ke rumah Dukun Berahim kerana direpong oleh ANJING tersebut. Ini berlaku tidak berapa hari saja dari perbualan Tok Siak dengan Haji Sirat di beranda rumah Tok Siak dulu. Mendengar sahaja kabar tentang anjin tersebut merepong betis Tok Siak dan beberapa lagi liang lika kesan gigitan tersebut, para anak muda kampung itu dengan beberapa orang tua kampung telah keluar memburu ANJING tersebut. Habis segenap kampung mereka mencari ANJING kurus berkurap yang selalu melepek di halaman rumah Tok Siak yang kemudiannya merepong betis Tok Siak. Dua hari lamanya mereka mencari ANJING tersebut tetapi tidak mereka temui, siang malam mereka mengintai ANJING tersebut. Mana yang bersenapang tetap mengalas senapang ke mana saja pergi, mana yang tak ada senapang dengan kayu panjang yang ditajamkan hujungnya. Seolah-olah kampung tersebut dalam keadaan darurat kalau pun tidak mahu dianggap sedang menghadapi serangan musuh dari luar. ANJING tersebut terus tidak ditemui. Lama-lama penduduk kampung tersebut merasa bosan terhadap ANJING tersebut, tambahan pula Tok Siak sudah baik dari bahana gigitan ANJING tersebut.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

44

Tidak berapa hari selepas itu anak Saleh, cucu Haji Sirat pula direpong oleh ANJING salah seorang penduduk kampung tersebut sewaktu hendak pergi mengaji ke rumah Tok Siak. ANJING penduduk tersebut hairan sekali tiba-tiba bersikap begitu, kerana selama ini ANJING tersebut memang dikenali salah seekor ANJING yang baik dalam kampung tersebut. Cucu Haji Sirat diubati juga oleh Dukun Berahim. Dukun Berahim sudah mengesyaki sesuatu yang kurang baik akan berlaku dalam kampung itu tetapi dia cuma menyatakan pada Haji Sirat sahaja. Dia tidak mahu berita itu tersebar luas sehingga menakutkan masyarakat kampung tersebut. Haji Sirat bersama Dukun Berahim tidak mahu berita itu nanti mengelisahkan penduduk kampung itu. Selang tidak beberapa hari pula, keriuhan terus menjadi-jadi, bilamana beberapa ekor ANJING dalam kampung tersebut telah memburu beberapa orang perempuan yang pulang dari bersembahyang Isyak di masjid. Haji Sirat dengan Dukun Berahim sudah tidak boleh lagi mendiamkan sangkaan buruk mereka pada ANJING-ANJING di kampung tersebut lalu berbincang dengan Ketua Kampung, kampong tersebut. “Kenapa dari dulu tak bilang perkara ini pada aku,” Ketua Kampung dalam keadaan yang kesal bersuara pada Dukun Berahim bersama Haji Sirat. “Inilah dikatakan baik-baik ANJING,” Haji Sirat berkata. “Saya bukannya tak nak memberitahu hal ini tetapi takut nanti kampung ini penduduknya gelisah pula,” Dukun Berahim cuba menerangkan pendiriannya. “Ini bukan perkara kecil, ini satu ancaman yang mesti kita atasi segera,” Ketua Kampung terus bersuara sambil menjeling pada Haji Sirat yang asyik tersenyum tetapi wajahnya memang sentiasa tersenyum. Mereka bertiga terus diam, masing-masing memikirkan jalan apa yang patut mereka ambil untuk mengatasi ancaman yang datang dari para ANJING di kampung tersebut. “Ini semuanya datang dari bahana ANJING kurap yang merepong betis Tok Siak dulu, ini mesti badi ANJING itu berjangkit pada ANJING-ANJING lain di kampung ini,” Dukun Berahim menjelaskan pendapatnya setelah dia melihat dengan ilmu binatang yang dituntutnya dari seorang guru berasal dari Sumatera. Ketua Kampung terdiam. Fikirannya masih melayang-layang memikirkan tentang kampung yang ditadbirnya ini menghadapi satu bencana yang tidak diduga sama sekali. Akhirnya mereka bermuafakat untuk perkara ini dibincangkan di masjid pada hari Jumaat akan datang. Untuk menjelang sahaja hari Jumaat, dua orang lagi kanak-kanak telah direpong oleh beberapa ekor ANJING kampong tersebut. Tuan-tuan ANJING di kampung itu mulai merasa gelisah dan ada yang telah menambat ANJING mereka dengan kukuhnya dan tidak kurang pula yang memukul ANJING mereka sampai mati kerana terlalu geram pada sikap ANJING-ANJING tersebut yang semakin liar dan menakutkan. Malam-malam salakan ANJING semakin riuh dengan suara yang berlainan sekali, bagaikan ANJING-ANJING itu menyalak HANTU lagaknya dengan suara yang mendayu dan memanjang sayup-sayup. Ada suatu yang anih di perhatikan oleh penduduk kampung tersebut ialah tentang suara seekor ANJING dari atas bukit di pinggir kampung tersebut.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

45

Suara itu memang berlainan sekali dari bunyi ANJING biasa menyalak tetapi memang suara ANJING. Salakan sayup-sayup bercampur dengan bunyi seperti orang berkahak di sebelah pagi. Bila suara ANJING ari bukit tersebut berbunyi, maka ANJING-ANJING di kampung tersebut akan menyahutnya beramai-ramai, mana yang bertambat akan meronta, hendak lepas, mana yang berkurung terus menerpa untuk memecahkan kandang, mana yang ada sedia terlepas terus berlumba-lumba menuju ke bukit tersebut dan esoknya kebuasan akan berlaku kepada penduduk kampung itu. Kata putus di perbincangan hari Jumaat telah didapati yang mana seluruh penduduk mestilah menghapuskan ANJING-ANJING mereka. “Saya sayang benar dengan ANJING saya tu ayah,” Saleh berkata pada ayahnya dalam perjalanan mereka pulang dari masjid. “Apa nak disayangkan, dulu anak kau jadi mangsa ANJING, nanti ANJING kau tu sendiri merepong betis kau pula,” Haji Sirat dalam wajah yang tersenyum beriya-iya bersuara pada anaknya itu. “Saya tambat sahajalah dengan dawai supaya dia tidak mengharu orang,” bersungguh-sungguh Saleh berkata meminta ayahnya menyokong kehendaknya menyelamatkan ANJINGnya yang begitu bijak bila dibawa memburu, kemudian dia menyambung lagi, “saya nak letakkan ANJING tu di pondok sawah sana. Haji Sirat diam sahaja sambil kakinya melangkahi parit kecil yang memisahkan perjalanannya dengan perjalanan anaknya untuk pulang ke rumah. Semua ANJING dalam kampung tersebut telah dihapuskan, kebanyakan dengan menggunakan tembakan dari senapang Ketua Kampung. Tetapi penduduk kampung tersebut terus merasa gerun malahan bertambah gerun lagi bila bunyi ANJING bersahutan sepanjang malam antara suara di bukit dengan suara ANJING di kampung tersebut sedangkan mereka mengetahui semua ANJING dalam kampung tersebut telah dihapuskan. Ketua Kampung meluru datang ke rumah Haji Sirat bersama dengan Dukun Berahim di tengah malam buta dalam bunyi ANJING bersahutan. “Saya masih tak faham lagi Tuan Haji,” Ketua Kampung dengan nada yang serba salah berkata. "Macam ni rosaklah kampung kita ni Tuan Haji," tingkah pula Dukun Berahim dengan wajah yang dalam ketakutan. “Apa yang nak di khuatirkan benar, perkara ini semua boleh diatasi, cuma ada tidak melakukan apa yang telah kita minta lakukan,” dengan wajah yang senyum seperti biasa Haji Sirat berkata. “Maksudnya?” Pantas sekali Ketua Kampung menyambut kata Haji Sirat. “Apa lagi, anak aku si Saleh tidak lagi menghapuskan ANJINGnya,” Haji Sirat berkata dengan nada yang selamba. “Begitu pula!” Dukun Berahim dalam terperanjat berkata. “Kenapa begitu?” Ketua Kampung mahukan kepastian dari Haji Sirat. “Dia begitu sayang dengan ANJINGnya itu kerana ANJING tersebut banyak jasanya bila dibawa berburu, banyak mangsa yang telah didapati,” Haji Sirat dengan tenang berkata. “Penduduk kampung ni akan menjadi mangsanya juga,” Dukun Berahim menekan nada suaranya. “Hapuskanlah !” Pendek sekali Haji Sirat berkata.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

46

“Serah pada aku menjawapnya, aku yang bertanggung jawab akan hal tu, nun ANJING dia ditambat di pondok sawah sana,” Haji Sirat bagaikan memerintah berkata pada kedua sahabat kampungnya itu sejak dari kecil lagi. Dalam perjalanan pulang malam itu dari Haji Sirat, Ketua Kampung yang menggalas senapangnya berbincang kecil dengan Dukun Berahim. “Bukan main sayangnya Saleh pada ANJINGnya itu,” Ketua Kampung berkata. Dukun Berahim berdehem dan berkata, “macam ayahnya juga Haji Sirat dulu sebelum naik haji bkan main kaki burunya, tidak ada dari ANJING yang dibawanya berburu yang tidak dapat mangsa, walaupun dia tidak memelihara ANJING seekor pun.” “Sekarang tak nampak langsung dia pergi berburu, tapi ialah perangai manusia dan kelebihannya, dia berburu langsung tidak mengunakan senapang, Cuma dengan buluh runcing sahaja dengan ANJING orang kampung yang di angkut ke hutan, tiap kali pergi berburu tidak pernah tidak mendapat habuan,” Ketua Kampung berkata begitu panjang sekali sementara Dukun Berahim cuba mengiyakan sahaja. “Sejak pulang dari Haji ni, dia sedar agaknya berburu menggunakan ANJING itu kurang molek,” Ketuam Kampung menyambung perbicaraannya. “Baru saja pulang dari Tanah Suci, nanti kalau dah lama belum tentu lagi, takut-takut rasa sedap berburu dulu berjangkit semula dan masa itu pasti meragulah dia mencari ANJING,” Dukun Beraim meningkah kata. Bunyi sahutan dari atas bukit dengan ANJING seekor tinggal di pondok sawah Saleh terus kedengaran dan ada masanya begitu mengerunkan. “Saya tidak puas hati dengan sikap Ketua Kampung ayah !” Saleh bersuara kasar pada ayahnya bila mendapati ANJING telah mati ditembak malam tadi. “Kenapa dengan ANJING kau begitu mempertahankan benar, sedangkan keamanan penduduk kampung ini lebih mustahak lagi,” Haji Sirat dengan wajah tersenyum menentang kata-kata anaknya itu. “Patutnya saya diberitahu dulu akan hal itu,” Saleh terus memperahankan kata-katanya. “Aku yang menyuruh mereka, aku yang bertanggung jawab,” Haji Sirat meningkah. “ANJING saya itu bertuah !” “Kau menampung tuah ANJING dalam hidup kau, berusaha lebih baik dari mengharapkan tuah,” Haji Sirat mula meninggikan suaranya walaupun wajahnya tetap tersenyum. “Ayah salah pengiraan, betapa selama ini, selama sebelum ayahmenuanaikan Rukun Haji, ANJING saya itu sentiasa sahaja mendapatkan mangsa bila kita berburu,” Saleh merendahkan suaranya bila dia merasakan ayahnya mula meradang. “Itu aku faham tapi............” “Kalau ayah dah faham kenapa ayah suruh Ketua Kampung tembak ANJING saya?” Haji Sirat yang terkenal dengan kaki buru di kampung tersebut malahan pada kampung-kampung yang berhampiran terdiam seketika. Dalam kepalanya berlegar kini beberapa perkara yang diamalkannya sebelum dia menunaikan Rukun Haji ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini. Bila dia merancang saja untuk berburu , pada malam itu dia akan turun ke rumah seorang diri tepat tengah malam.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

47

Dia akan membakar kemenyan tunggalnya lalu menyeru ke bukit dengan membaca ilmu yang dituntutnya waktu dia berdagang ke Indonesia dulu, masa muda-muda dulu. Dan bila dia tidur untuk persiapannya pagi esok, dia akan bermimpi seekor ANJING gemuk datang padanya. Dan semangat itulah nanti yang akan dapat memberi beberapa ekor ANJING penduduk kampung tersebut yang turut mengikut berburu. “Kenapa ayah diam !” Haji Sirat terus diam termenung mengenang masa-masa lampau sehingga pada suatu hari seorang guru agama datang kepadanya meminta dia menghapuskan segala dituntutnya. Perkara ini bukan guru agama itu tahu sendiri, dia yang menyatakannya kerana peristiwa dia di atas bukit di satu ketika berburu. Dia dengan tidak semena-mena telah dikerumuni oleh beberapa ekor ANJING yang tidak dikenalinya, bukan ANJING yang dibawanya berburu. ANJING-ANJING itu menjelirkan lidah yang panjang beserta dengan bulu panjang yang tegak bagaikan paku dipacak menerkam kepadanya. Terpaksalah dia mengibas dengan kain hitamnya, dalam mengibaskan itulah dia diragut oleh salah seekor ANJING tersebut dan ANJING-ANJING lain yang mengerumuninya terus menerkam hendak memamahnya. Puas dia melawan dengan berbagai cara dan membacanya jampi yang diajar oleh gurunya mengenai HANTU ANJING yang dipujanya sebelah malam sebelum pergi berburu tetapi tidak meninggalkan kesan. Lalu mulutnya terpancut menyebut nama Allah dan sekelip itu juga ANJING-ANJING hilang semuanya kecuali tinggal seekor dengan kurus kering berkurap dan bulu tengkoknya pula telah luruh. Luka di betisnya telah diubat oleh Dukun Berahim dan Dukun Berahim memberitahunya bahawa dia telah digigit bukan sebarangan ANJING tetapi oleh satu semangat yang menyamar sebagai ANJING di hutan sana. “Kenapa ayah diam?” Haji Sirat terus diam. Saya akan menuntut pada Ketua Kampng akan pembunuhan ANJING saya itu” tegas sekali Saleh berkata pada Haji Sirat. “Jangan.....! ANJING kau tidak bertuah, tidak mendatangkan faedah, aku yang tahunya, ANJING yang aku puja dulu yang memberikan faedah bila berburu,” Haji Sirat dengan gagahnya berusaha sambil menghadap muka anaknya. “Kau tahu, Dukun Berahim tidak akan berdiam diri dengan rahsia yang pernah aku ceritakan padanya tentang ilmu yang aku tuntut untuk pergi berburu, aku boleh menjelmakan ANJING dengan jalan memuja di sebelah malam, ANJING kau, ANJING dalam kampung ni semuanya sebagai topeng sahaja, sekarang aku sudah buang semuanya itu, aku kembali ke jalan Allah, aku sedar, aku sedar!” Keras sekali suara Haji Sirat berkata. Tidak berapa lama kampung itu damai dari gangguan ANJING di atas bukit yang selalu berbunyi dulu kerana tiada lagi bersahutan disebabkan ANJING-ANJING kampung telah habis dibunuh. Sedikit demi sedikit cerita mengenai ANJING tersebut berkait dengan amalan yang ada pada Haji Sirat sebelum dia naik Haji dulu. Haji Sirat sudah tidak segan silu menceritakan perkara itu pada penduduk kampung tersebut terutamanya kepada Ketua Kampung dan Dukun Berahim untuk mereka semua sedar akan jalan yang tidak diizinkan Allah.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

48

Dia juga mengharapkan supaya ANJING tidak dipelihara di kampung tersebut agar semangat ANJING yang dipujanya dulu di atas bukit pinggiran kampung tersebut tidak dapat menjelma ke dalam ANJING-ANJING kampung nanti untuk meracau kerana semangat ANJING itu sudah tidak dijagainya lagi dan akan meracau bila-bila masa jika kampung tersebut ada ANJING.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

49

037. PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK KESUGULAN jelas terbayang pada wajah beberapa orang penduduk Kampung Melang akibat ternakan mereka banyak mati terbunuh dalam keadaaan aneh. Bukan saja ayam dan itik mati di reban dengan dua tanda kesan taring di tengkoknya, malah kambing, lembu dan juga kerbau juga menjadi mangsa. Binatang ternakan ini tidak dimakan dagingnya. Hanya kesan hisapan darah saja terdapat pada tengkuknya dari lubang yang disinggahi taring. Kalau angkara binatang buas tentulah daging ternakan itu dimakannya. Pada mulanya mereka menyangkakan ular yang membuat angkara. Disebabkan tidak ada tertelan ayam atau itik berkenaan, lalu diluahnya semula. Ayam Sarit Jebang yang mula-mula sekali disedari menjadi mangsa tersebut. Memang pada sangkaan Sarit Jebang ular sawa yang menangkap ayamnya, sebab ada kesan dua lubang ditengkuknya bekas gigitan taring. Mungkin ular berkenaan kecil maka tidaklah termampu dia mahu menelan ayam bapak kepunyaan Sarit Jebang. Tetapi malam esoknya bapak itik Timah Juling pula menjadi mangsa serupa seperti yang dialami oleh Sarit Jebang. Kemudian kambing Bibah Uban pula sampai dua ekor terbungkang di dalam reban. Mulalah penduduk-penduduk Kampung Melang jadi gempar. Mereka merasa heran apakah binatang yang tidak memakan mangsanya, cukup dengan menghisap darah di kepala. Belum pernah sebelum ini Kampung Melang menghadapi keadaan tersebut. Hinggalah lembu jantan tengah naik badan kepunyaan Pak Teh Akin ayah HASIM menjadi mangsanya. Menangis orang tua itu melihat lembu jantannya tergolek di dalam kandang. Terdapat dua lubang di tengkuk lembu itu masih mengalir darah. Itulah puncanya mereka satu kampung bermufakat mencari bomoh untuk menetang musuh tersebut. Pihak Pejabat Haiwan pun heran dengan kejadian itu, kerana dari kajian saintifik tidak ada bukti-bukti yang boleh dijadikan asas maklumat. HASIM menceritakan masalah di kampungnya kepada Jali, maka Jali pun terus mengajak HASIM menemui saya. “Jauh juga kampung ni PAK HID...” beritahu HASIM pada PAK HID yang duduk di belakang kereta. Kami ke Kampung Melang menaiki kereta Jali. Saya duduk di depan, kerana kebiasaan saya ke mana saja pergi menumpang kawan-kawan saya akan duduk di hadapan. Saya tidak boleh duduk di belakang, kerana mudah muntah. “Berapa jauh agaknya?” soal saya pula. “Kira-kira 32 kilometer” beritahu HASIM mendekatkan kepala ke sandar belakang saya. “Ah, aku tak tau berkilo-kilo meter...” rungut PAK HID pula. “Cakaplah berapa batu, kalau kira batu barulah aku tau” katanya tersengih-sengih menyeringai giginya yang rongak. “Agaknya dua puluh batu lebih laaa” jelas saya supaya PAK HID tidak bertanya lagi. Petang Sabtu itu kira-kira pukul 4.30 petang kami sampai di rumah Pak Teah Akin. Dia di beritahu oleh HASIM mengenai kedatangan kami. Terlalu gembira Pak Teh Akin melihat saya dan PAK HID yang diperkenalkan oleh HASIM kepadanya. Tetapi saya menjelaskan pada Pak Teh Akin, kedatangan saya dan PAK HID hanya untuk melihat-lihat sahaja. Bukan nya menjadi bomoh seperti yang didakwa oleh HASIM. Bagaimanapun Pak Teh Akin tidak percaya dengan penjelasan saya itu. Dia yakin saya dan PAK HID akan dapat menhindarkan mala petaka yang menimpa ternakan mereka di kampung itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

50

Kemudian tidak saya sangka-sangka Pak Teh Akin telah membawa kami bertemu dengan Tok Ketua Kampung Haji Semari. Dia memberitahu Haji Semari bahawa kedatangan kami adalah untuk menangkap binatang yang membunuh ternakan di kampung tersebut. Selepas Asar petang itu Haji Senari telah membawa kami ke rumah Bibah Uban sambil menunjukkan reban kambing tempat binatang aneh itu mengorbankan mangsanya. Kemudian kami ke rumah Timah Juling pula, dan ke rumah Sarit Jebang. Kami melihat tempat-tempat yang dikatakan binatang aneh itu mencari mangsa. Saya dan PAK HID tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bukanlah mudah untuk mengetahui apakah binatang yang membunuh mangsa demikian. Kalau harimau tentulah membaham mangsanya. Kalau ular pun mesti menelan mangsanya. Mereka tidak akan tinggalkan begitu sahaja. “Boleh jadi pontianak...” itu saja yang terkeluar dari mulut PAK HID. Kata PAK HID, pontianak ini bukanlah jenis puaka yang berani berhadapan dengan manusia. Pontianak sangat pemalu, jelas PAK HID. Tetapi memang dia suka menghisap darah. Ketika binatang berkenaan mengorbankan mangsa, ternakan-ternakan tidak pun gempar di reban. Sebab itulah Sarit Jebang tidak tahu ayamnya menjadi mangsa. Timah Juling juga tidak tahu apa yang terjadi pada itiknya, kerana itik tersebut tidak gempar. Begitu juga dengan Bibah Uban hanya keesokkan paginya melihat kambing terbungkang di reban. Kalau ular atau harimau yang mengganas, tentulah ayam gempar sereban. Itik juga berdepap-depap tenar di tengah malam. Kambing akan menjerit-jerit kalau rebannya diserbu harimau. Memang binatang-binatang yang kecil menjadi mangsa tidaklah mengherankan, tetapi bagaimana pula dengan lembu kepunyaan Pak Teh Akin?. Tak kan ular mahu memagut tengkok lembu. Harimau pun takkan meninggalkan lembu tergolek dengan tidak diheret masuk kehutan. Sebab itu mereka percaya juga dengan dakwaan PAK HID, pontianak yang mempunyai angkara. Jadi macam mana mahu menangkap pontianak? Saya sendiri tidak tahu menghadapi keadaan demikian. Apa yang saya lakukan selama ini hanya menghalang syaitan mengganggu manusia apabila syaitan berkenaan berjaya merasuk mereka yang lemah semangat. Tetapi kalau sengaja mahu menangkapnya seperti polis menangkap pesalah, memang saya tidak belajar mengenai ilmu demikian. Tidak tahulah saya kalau PAK HID boleh melakukannya. Sebab itu dari awal-awal lagi saya sudah terangkan kepada HASIM jangan membesar-besarkan cerita mengenai diri saya dan PAK HID. Bimbang juga saya kalau-kalau penduduk di Kampung Melang menaruh kepercayaan besar terhadap kami. “Macam mana PAK HID,” bisik saya kepadanya. “Ustaz lagi tahu dari aku...” balasnya menyinggung bahu saya. “Aku ikut aje apa yang ustaz buat” katanya mula mencari helah. “Saya tak tahu nak buat apa” ujar saya mengeluh pendek. “Aku lagi tak tahu!” katanya tersengih-sengih. Saya memberitahu HASIM mengenai keputusan tidak sanggup mahu mengatasi masaalah tersebut . PAK HID juga menyuruh mereka mencari bomoh yang lebih handal. Tetapi Pak Teh Akin masih tidak percaya dengan pengakuan saya, sambil menganggapnya sebagai helah tidak mahu menonjol-nonjolkan diri.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

51

Haji Semari sendiri yakin saya atau PAK HID melakukannya. Boleh jadi keyakinan Haji Semari hanya untuk tidak mahu menyinggung perasaan kami saja. Mau tidak mau malam mingggu itu, saya bersama PAK HID, HASIM dan Jali sama-sama berjaga di dalam kampung dengan penduduk-penduduk kampung yang lain. Mereka memang berazam untuk menangkap siapakah yang punya angkara memusnahkan ternakan orang kampung. Ada juga yang menyangka ianya perbuatan harimau jadian. Tetapi kononnya harimau jadian tidak akan meninggalkan mangsanya begitu sahaja. Dia akan membaham daging lembu yang dibunuhnya. Pelik sungguh, apakah jenis binatang yang hanya menghisap darah mangsanya saja. Orang-orang kampung berpendapat ada sejenis binatang seakan-akan tupai yang mereka panggil ‘manggar perahu’ memang menangkap mangsanya demikian. Dia akan menangkap kepala mangsanya seperti itik atau ayam, dan menghisap darahnya. Kemudian dia akan lari meninggalkan mangsanya kerana dia tidak memakan dagingnya. Bukan saja itik atau ayam, malah kalau bertemu ular pun binatang ini akan bertindak demikian. Tetapi bagaimana pula dengan kambing dan lembu yang turut sama menjadi mangsa? Binatang ini kecil saja iaitu seakan-akan tupai, atau bentuknya sama dengan cerpelai di India. Adakah binatang sebesar ini boleh menjadikan lembu atau kambing sebagai mangsanya. “Apa fikir ustaz ?” Jali bertanya semasa sama-sama berjalan di dalam gelap untuk mencari punca gangguan ke atas ternakan itu. “Tak tau lah saya...” keluh saya perlahan. Saya dan Jali mengikut Sarit Jebang berkawal di baruh kampung. Manakala PAK HID dan HASIM mengikut Pak Teh menyusur di bahagian darat arah ke kubur. “Ustaz fikir, binatang buas ke ?” tanya Jali kepada saya. “Entahlah...” sahut saya masih bingung memikirkannya. “Boleh jadi juga macam kata PAK HID” kata Sarit Jebang yang berjalan di depan kami. “ Kalau binatang tu ada kesan jejaknya dalam reban” ujarnya bila mengenang balik kejadian yang menimpa ayamnya di reban. Benar juga seperti kata Sarit Jebang. Masakan binatang buas tidak meninggalkan jejak apabila membunuh mangsa. Kalau ular pun tentu ada kesan dia menjalar. Begitu juga kalau harimau tentu lebih jelas nampak tapak kakinya di reban kambing Bibah Uban. Anehnya tidak ada sebarangkesan jejak pun di situ. Malam itu penduduk-penduduk kampung berpecah empat pasukan meronda sekitar kampung. Masing-masing mahu mempastikan apakah binatang atau bukan binatang yang melakukan angkara tersebut. Boleh jadi musuh yang masuk ke reban itu tidak disangka-sangka menyebabkan ternakan tidak gempar. Oleh itu sekiranya meronda, tentulah dapat juga didengar dimana ada gangguan ke atas ternakan. Saya bersama Jali dan Sarit Jebang menyusur masuk ke belakang rumah Sarit Jebang. Lama kami mengendap reban ayam, tetapi tidak ada bunyi ayam berkiuk. Selepas itu kami menuju ke rumah Bibah Uban untuk mempastikan reban kambingnya diganggu atau tidak. Ketika sampai di selekoh dipenuhi belukar senduduk, kami bertembung dengan kumpulan Samad Trektor. Mereka bergegas mahu mencari kumpulan yang lain unuk memberitahu perkara yang menimpa PAK HID. Tiba-tiba saja PAK HID tidak sedarkan diri semasa mengendap kandang lembu Pak Teh Akin. Dia cepat-cepat dipapah naik ke rumah.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

52

HASIM disuruh oleh Pak Teh Akin memberitahu perkara PAK HID tidak sedar diri kepada semua orang yang berkawal malam itu. Dengan kejadian menimpa PAK HID itu kisah mahu berkawal malam itu dilupakan saja. Masing-masing menjadi panik apabila PAK HID tidak sedarkan diri. Apabila saya sampai di rumah Pak Teh Akin, saya lihat PAK HID terlentang di hujung serambi. Dia tidak bergerak seperti orang tidur nyenyak. Kelihatan peluh mengalir pada dahi dan seluruh badannya. “PAK HID....” saya memanggilnya. Dia tetap memejamkan mata. Umah Pak Teh Akin sudah menjadi tumpuan. Mereka yang tidak meneruskan kawalan datang ke situ apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa PAK HID. “PAK HID!” ulangi saya sambil memegang pergelangan tangannya. “Ustaz mahu air sejuk?” tanya Jali di belakang saya. Saya mengelengkan kepala. Tidak perlu air sejuk kepada saya sebab PAK HID bukannya sakit. Dia cuma tidak sedarkan diri. Boleh jadi disebabkan pitam akibat penat berjalan, kerana saya lihat peluhnya banyak mengalir. Kemudian saya minta kain untuk mengelap peluh PAK HID. Kira-kira setengah jam saya menunggu perubahan pada diri PAK HID, ternyata tidak ada perubahan. Dia terlentang juga tidak bergerak sedikit pun. Apakah pula yang menimpa diri PAK HID, ini yang menjadi persoalan saya ketika ini. Bimbang juga saya kalau ada orang-orang menyalah anggap akan kedatangan kami, seolah-olah menunjuk pandai di kampung orang. Oleh itu mereka bertindak mahu menguji PAK HID. “Kalau boleh tolong panggilkan siapa dukun di sini...” pinta saya perlahan. “Pak Teh inilah dukun” ujar Haji Semari yang duduk di pangkal serambi. “Silalah Pak Teh, silalah tengokkan PAK HID ni” saya memanggilnya dekat kepada PAK HID. “Saya serah pada ustaz laaa....” Pak Teh Aki juga menolak. Serba salah juga saya dibuatnya. Saya tidak fikir Pak Teh Akin sengaja mahu menduga. Tentulah dia sendiri kecewa sebagai seorang dianggap dukun, tetapi lembunya sendiri terancam. Tetapi perkara demikian bukan masaalah dukun, siapa saja mampu mengatasinya adalah diharapkan oleh penduduk – penduduk di situ. Setelah berfikir beberapa ketika, saya memegang kepala PAK HID. Peluh masih banyak mengalir di situ. Tidak ada tanda-tanda PAK HID diserang gangguan syaitan menyebabkan dia tidak sedar diri. Dia kelihatan seperti orang tidur sahaja. Mula-mula mahu juga saya membiarkan dia sekejap lagi. Saya dapati PAK HID tidak ada gangguan apa-apa. Tetapi bimbang juga saya mahu membiarkan dia dalam keadaan demikian, disebabkan dia terbaring tidak sedarkan diri. Bibirnya kelihatan lebam sedikit, dan mukanya sudah pucat. “PAK HID..” saya menampar-nampar pipinya. Saya merenung dia tepat-tepat. Mata saya tidak berkedip memerhati muka PAK HID. Semakin lama semakin jelas kepada saya pada mukanya dia berligar-ligar jauh di satu kawasan lapang. Dia berjalan mengikut satu lorong yang dipenuhi belukar. “PAK HID, awak tersesat ni” saya memanggilnya berulang kali. Tetapi dia tidak menghiraukan saya. Ternyata dia terdengar suara saya memanggilnya, kerana setiap kali saya memanggil dia mengerling ke arah saya. Tetapi dia seolah-olah memarahi saya kerana memanggilnya ketika itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

53

Setelah jauh saya mengikut dia, barulah saya ternampak PAK HID sampai di sepohon kayu ara rindang. Dia masuk ke dalam pohon ara itu langsung tidak dapat saya jejaki. Cepat-cepat saya membaca Waddhuha untuk mempastikan ke mana arah PAK HID pergi. Saya juga terus menyusup ke celah-celah akar pohon ara seperti gua tempat berlindung. Di situ juga saya lihat seorang wanita muda memakai baju putih nipis tertarap tidak dapat melarikan diri dari ancaman PAK HID. Saya jauh sedikit melihat kelakuan PAK HID. Dapat saya dengar PAK HID berkata, “Hai pontianak mati beranak, ditimpa tanah tambun tambak, kerat temiang panjang pendek, buat pelemang hati jantung hempedu rawan engkau....” Wanita muda itu berpaling ke arah PAK HID. Kemudian dia tunduk tersipu-sipu. PAK HID terus berkata, “ Bertepuk jarum sebatang ditapak tangan engkau, terbang telur sebiji di bawah ketiak engkau, menyapa emas sekupang di mulut kau!” Perempuan itu mengerling PAK HID dengan senyum melirik. “Sekarang....” ujar PAK HID lembut. “ Kau tak lepas dari tanganku, aku tahu asal kau jadi, orang beranak bunting asal kau jadi!” kata PAK HID macam memukau perempuan muda yang tidak dapat melarikan diri lagi. Dari percakapan PAK HID itu dapat saya menduga mungkin itulah hantu pontianak. Apa yang saya lihat dia tidaklah hodoh, tetapi merupakan rupawan seperti orang bunian. Tetapi dia bukanlah jenis makhluk halus bunian yang mengelirukan manusia dengan tipu helahnya. Saya tidak tahu adakah pontianak juga bersikap demikian. Bagi saya setiap makhluk syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Tidak ada sebab mengapa manusia mesti berbaik-baik dengan makhluk seperti ini. Bagaimanapun apa yang dilihat mengenai PAK HID dia tidak takut kepada makhluk tersebut seebaliknya cuba menggoda dengan keupayaannya. “Tolong jangan sentuh saya...” rayu wanita muda itu apabila PAK HID semakin hampir kepadanya. Kemudian dia mencapai anak kecil di dalam buaian yang tiba-tiba saja menangis. “Tolonglah, kesiankan anak saya ni” katanya meminta belas kasihan. “Kau... “ jerkah PAK HID menudingkan telunjuk ke arah perempuan muda itu. “Mengapa menganggu ternakan orang-orang kampung?” dia tidak jadi mengeraskan suaranya, sebaliknya merendah perlahan. “Anakku mahu makan” jelas perempuan itu lagi. “Aku mahu kahwin dengan kau...!” tiba-tiba saja PAK HID melamarnya dengan tidak ada rasa segan silu. “Mahukah kau kahwin dengan aku, supaya anak kau tidak lapar” katanya tersengih-sengih merenung muka perempuan muda itu. Perempuan itu tidak menyahut. Dia tersipu-sipu malu apabila PAK HID meluahkan isi hatinya demikian. “Jawablah, mau atau tidak?” PAK HID mengherdik meyebabkan perempuan itu tersintak. Sikap PAK HID ini jelas kepada saya adalah mempersendakan perempuan berkenaan. Ada ketikanya dia bersuara lemah lembut seperti orang memujuk rayu, tetapi adakalanya dia bersuara keras dan lantang. Saya membiarkan saja tindakannya. Di sinilah saya lihat keistimewaan PAK HID. Dia dapat memainkan perasaan perempuan muda yang diserunya sebagai pontianak tadi. Memang perempuan itu sungguh rupawan. Kalau tidak-tidak kuatkan iman memang boleh tergoda juga dibuatnya. Tetapi apabila PAK HID mengajaknya berkahwin ternyata dia jadi gementar. Dia begitu takut dengan perkataan kahwin itu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

54

Anak kecil dalam buaian itu menangis merengek-rengek. Sekali sekali perempuan itu mengilai ketawa bila PAK HID memujuk rayunya. Tetapi dia cepat-cepat bertukar menjadi muram bila PAK HID mahu mengahwininya, apa lagi bila PAK HID mahu menyentuh tubuhnya. “Kau malu ye...?”ejek PAK HID. “Saya malu pada abang. Diri saya tak sama dengan abang...” sahutnya menunduk sedih. “Kau malu tengkuk kau berlubang!” kata PAK HID ketawa kecil. Dia tidak menyahut. Dia semakin gelisah apabila PAK HID mendedahkan semua rahsia dirinya. Betul juga kata PAK HID kepada saya bahawa pontianak sebenarnya malu bertemu dengan manusia. Tetapi kerana manusia takut kepadanya, maka manusia yang lari sehingga bayang sendiri pun disangka pontianak. Memang PAK HID ini sangat berpengalaman dalam menghadapi pontianak. Saya lihat dia sentiasa mempermain-mainkan pontianak yang sudah terperangkap olehnya. Pontianak yang menjelma sebagai perempuan rupawan itu tidak dapat melarikan diri dari paksaan PAK HID. Kau malu tengkuk kau berlubang?” ulangi PAK HID lagi. Dia mengangguk lemah kerana PAK HID tahu akan rahsia dirinya. “Kau berasal dari perempuan mati beranak bunting?” soal PAK HID keras. “Mengapa kau ganggu ternakan orang kampung ni?” tanya PAK HID lagi. “Anak saya lapar bang....” jelasnya. “Balik, balik anak lapar. Aku kata kawin saja dengan aku” bentak PAK HID. Kemudian saya dengan PAK HID berkata seperti orang membaca serapah: Datang kau dari bencah mahang balik kau ke bencah mahang

datang kau dari rimba se kampung balik kau ke rimba sekampung datang kau dari langit hijau sesak si purba nama engkau datang kau dari kayu tinggi puteri andam demi nama kau datang kau dari mambang kuning si kuning nama engkau datang kau dari tebing runtuh si buaya nama engkau datang kau dari olak jeram sideras nama engkau datang kau dari batu besar si gagah nama engkau datang kau pagi si geluguh si gelagah nama engkau datang kau senja si kilat kilat nama engkau datang kau di hujan panas singat singau nama engkau

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

55

Ketika ini PAK HID berkata demikian, perempuan muda itu tertunduk menahan perasaan sebak di dadanya. Dia kelihatan sedih bila PAK HID menyebut satu persatu rahsia dirinya. “Cukuplah bang, jangan sebut lagi. Malu saya bang....”rayunya meminta belas kasihan dari PAK HID. Belum sempat PAK HID menjawab katanya itu, sekonyong-konyongnya kawasan gua bergegar seperti dilanda ribut. Satu kepulan asap hitam menjelma di antara tempat PAK HID berdiri dengan perempuan muda itu tertiarap. Kepulan asap itu bertukar menjadi manusia yang hodoh serta bermuka bengis. Dia mengancam mahu mencekik PAK HID. “Hus, jembalang tanah, cemburu kau ye!” ejek PAK HID meludah kepulan asap yang membentuk lembaga manusia itu. Asap hitam itu menerpa ke arah PAK HID menyebabkan PAK HID jatuh terlentang. Dia memukul PAK HID dengan gada di tangannya, tetapi cepat-cepat PAK HID mengelak. Lembaga itu terus menyerang PAK HID dengan tidak memberi peluang langsung untuk bertahan. “Kau yang jahat.....!” jerkah PAK HID marah. Berpeluh-peluh dia mengelak serangan lembaga berkenaan. Ketika ini perempuan muda tadi mencapai anak kecilnya sambil mengilai kuat setiap kali lembaga dari kepulan asap hitam itu menerkam ke arah PAK HID. Melihatkan keadan PAK HID benar-benar terancam, saya membacakan Surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian menghembuskan ke arah asap berkepul hitam itu. Tiba-tiba dia terpelanting sambil memekik bila api membakar di sekelilingnya. “Kau memukul curi.... “ jeritnya marah. Saya berhenti dari membaca Surah Al-Ikhlas lalu saya menuding jari telunjuk ke arahnya. “Sekarang aku mahu kau bersedia...! cabar saya dengan suara keras. Dia berdiri menghadap saya. Ketika ini PAK HID berlindung di belakang saya dalam keadaan termengah-mengah. Kemudian cepat-cepat dia mengawal perempuan muda tadi yang masih mengilai nyaring. Tetapi ilaiannya terhenti bila PAK HID kembali mengasak dia ke dinding gua. “Apa kau mau sekarang?” ulangi saya mencabar lembaga hodoh dari kepulan asap tadi. Jelaslah lembaga itu bertubuh tegap sasa sebagai lelaki. Kulitnya hitam dengan mata merah menyala. Kult yang hitamitu pula berkedut-kedut seperti bekas terbakar. Dia tidak menyahut tetapi melontarkan gadanya ke arah saya menjadi ribut kencang berputar-putar. Tetapi ribut berputar-putar itu tidak dapat memutar tubuh saya, kerana zikir saya tidak berhenti. Untuk melawan ribut kencang itu saya segera azan berulang kali. Ribut itu berhenti serta merta. Lembaga itu menekup kedua telinganya. Semakin ditekup kuat, tiba-tiba kepalanya retak. Dia menjerit-jerit kesakitan. “Pecah kepala aku...!” laungnya terlalu marah. Saya terus azan. Gema azan itu meretakkan kepalanya. Dia cuba menekupkan tangan supaya retak di kepalanya dapat ditahan. Tetapi ternyata dia tidak bertahan dari gema azan itu. “Aku tak mahu lawan dengan kau, aku nak lawan dengan PAK HID...” dia berguling-guling di tanah seperti cacing kepanasan. “Cukup, jangan pecahkan kepala aku. Sakit, aku tak tahan....” suaranya terketar-ketar. “Apa pasal kau nak lawan PAK HID?” tanya saya menduganya. “Dia nak kawin dengan bini aku” katanya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

56

“Mana PAK HID mau, bini kau tu syaitan macam kau juga...” saya mengejeknya supaya dia bertambah marah. Dia tidak menyahut. Cepat-cepat dia bangun mahu menerkam PAK HID. Tetapi belum sempat dia mahu menerkam, saya lihat tubuh PAK HID sudah menjadi besar. Tangan PAK HID mencengkam tengkuknya seperti kucing mencengkam tengkuk tikus. “Kau fikir kau cukup kuat nak lawan aku...” kata PAK HID. Baru saya tahu PAK HID bukannya tidak berdaya menentang lembaga itu pada mulanya. Dia sengaja mempermain-main lembaga berkenaan. Bila PAK HID sudah boleh membesarkan dirinya, bererti kekuatannya memang tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana syaitan. Memang PAK HID bukanlah orang sembarangan. Kalau dilihat dari segi zahir memang dia tidak ada apa-apa keistimewaan, kecuali berani membabi buta. Tetapi pandangan batin ini ternyata dia dapat mengecam semua makhluk halus yang sukar dilihat manusia melalui mata zahir kita. “Tunjukkan jantan kau sekarang !” bentaknya tidak melepaskan leher lembaga berkenaan dari cengkamannya. Dia membacakan sesuatu doa kerana saya lihat mulutnya kumat kamit. Tiba-tiba tubuh lembaga iu mengerekot seperti kena bakar. Menjerit-jerit dia kesakitan. “Tunjukkan jantan kau !” suara keras PAK HID semakin marah. “Ampun PAK HID, ampun...” lembaga itu menjadi gementar. “Menanglah awak, menanglah awak PAK HID” katanya terketar-ketar. “Awak nak ganggu lagi ternakan orang kampung?” gertak PAK HID. “Bukan aku yang ganggu, tapi dia...” ujarnya menunjuk ke arah perempuan muda yang tersedu-sedu mengendong anak. Lembaga itu terkial-kial juga kerana lehernya dicengkam oleh PAK HID. Tubuh PAK HID menjadi sepuluh kali ganda lebih besar dari tubuh lembaga berkenaan. PAK HID memasukkan tubuh lembaga tersebut dalam genggaman tangannya.Kemudian dihembuskannya. Lembaga tersebut terpekik kuat dan lenyap dalam genggaman. Kemudian asap hitam didalam gengamannya bertukar menjadi debu. Dia melemparkan debu itu ke udara hingga menjadi titik-titk percikan darah. “Aku tak percaya kau, kenapa kau cari aku...! rungut PAK HID. Setelah lembaga lelaki hodoh itu hilang dalam percikan darah, perempuan muda itu bertambah gementar. Dia tidak dapat melepaskan diri dari pukauan PAK HID. “Kau pun pandai nak minta tolong...” PAK HID memarahi perempuan muda tersebut. “ Kau fikir aku nak sangat nikah dengan kau” katanya meludah ke tanah. Perempuan itu tunduk memeluk anaknya erat-erat. Dia tahu PAK HID terlalu besar sepuluh kali ganda dari tubuhnya. Memang dari awal lagi dia sudah di pukau oleh PAK HID. Seluruh tubuhnya bagaikan dicucuk jarum apabila PAK HID mendedahkan satu persatu rahsia dirinya. “Kau datang dari bencah mahang, balik kau ke bencah mahang. Kalau datang dari rimba sekampung, balik kau ke rimba sekampung. Jangan kau ganggu lagi anak cucu Malim Kerimun di sini...” seru PAK HID nyaring. Perempuan muda itu mengangguk. Kemudian dia mengilai panjang bila angin kencang menerbangkan dia akibat dihembus oleh PAK HID. Kemudian kawasan tersebut dibakar oleh PAK HID. Selepas semua itu selesai dia terus mendapatkan saya. “Terima kasihlah ustaz membantu. Saya terlalai tadi...” dia mengaku kepada saya. Semasa saya membuka mata, saya dapati PAK HID sudah pun duduk. Dia sudah pulih dari tidak sedar diri. Apa yang saya alami bersama PAK HID memang tidak diketahui oleh jiran-jiran yang

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

57

berkumpul di rumah Pak Tek Akin. Mereka hanya tahu PAK HID tidak sedarkan diri, manakala saya duduk bertafakur beberapa lama mengadap PAK HID yang berbaring tidak bergerak. “Ada bunyi macam orang mengilai..” Pak Teh Akin menjelaskan. “Di mana ?” tanya saya. “Tak taulah.....” ujarnya “Tapi jauh sayup-sayup dari arah kubur” dia memberitahu selanjutnya. Semua orang yang berkumpul di situ mengaku seperti apa yang didengar oleh Pak Teh Akin. Ketika saya dan PAK HID mereka anggap tidak sedar diri tadi, memang jelas kepada mereka bunyi mengilai sayup-sayup dari arah tanah perkuburan. Gerun juga mereka mendengar bunyi ilaian nyaring itu. “Lama dengarnya orang mengilai tu?” PAK HID pula bertanya. Dia sudah pulih segar seperti orang yang tidak mengalami apa-apa keadaaan tidak sedar diri. PAK HID seolah-olah baru bangun dari tidur saja, “Sekejap timbul, sekejap hilang...” beritahu Jali yang duduk di sebelah saya. “Kalau diizinkan Allah, tak ada lagi gangguan macam malam sudah-sudah,” kata PAK HID meminta air sejuk untuk membasahkan tekak. Masing-masing heran dengan keadaan PAK HID. Orang tua itu tidak kelihatan langsung keletihan akibat tidak sedarkan diri tadi. Sekali sekala dia tersenyum mengerling ke arah saya . Sukar juga saya mahu memberitahu mereka yang ada di situ bahawa PAK HID bukannya diserang penyakit pitam hingga tidak sedarkan diri. Tentulah mereka tidak percaya kalau saya katakan PAK HID tidak sakit. Sebenarnya PAK HID sedang bertarung dengan syaitan, setelah berjaya memerangkap rakannya. “Memang ustaz kita ni hebat...” PAK HID tersengih-sengih menampar bahu saya. Semu aorang heran dengan kelakuan PAK HID. Saya terdiam tidak dapat bercakap apa-apa, kerana rahsia kami berdua tadi hanya kami berdua sahaja yang memahaminya. Mereka semua yang menyangka PAK HID benar-benar tidak sedarkan diri akibat pitam tadi, bertambah heran melihat PAK HID berkali-kali menepuk bahu saya. Seolah-olah PAK HID tahu apa yang berlaku kepadanya ketika tidak sedarkan diri tadi. Sebenarnya memang PAK HID tahu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

58

038. DITIMPA BADI RUSA JANTAN Tergerak juga di hati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang jua dia kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital, dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan. Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dahulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-ngerang di tengah malam menangung sakit kepala. Sampai menghempas-hempaskan badan Kimah mengerang disebabkan kepalanya berdenyut-denyut sakit bagaikan ditusuk mata kapak. Memang Kimah sudah beberapa kali mengadu pada suaminya fasal kepalanya sakit tidak menentu. Apabila ditelan sahaja pil panadol sakit kepala itu hilang serta-merta. "Ambilkan aku pil," keluh Kimah terkapai-kapai tangan disebabkan Mail Togok terkial-kial menyelak laci almari, tetapi tidak menemui apa-apa. "Awak letakkan di mana?” rungut Mail Togok setelah puas mencari pil yang diberitahu oleh isterinya. "Takkan dah habis." gerutu Kimah menahan kesakitan yang kian menyesak." Aku sendiri yang simpan dalam laci almari tu," tegas Kimah terketar-ketar tidak dapat mengangkat kepalanya. Terpaksa pula Mail Togok menyuruh anaknya cari di dapur. Boleh jadi Kimah terlupa disebabkan menahan kesakitan. Memang pil yang diberitahu oleh Kimah itu diletakkan dalam almari lauk di dapur. Cepat-cepat Senah bawakan pil berkenaan kepada emaknya. Sebaik sahaja Kimah telan pil yang diunjukkan kepadanya, dia semakin menggelepar menahan sakit. Sebab itulah Mail Togok tidak sabar lagi dengan keadaan Kimah. Lantas dia memapah isterinya masuk ke kereta dan terus sahaja dihantar ke hospital. Dalam masa seminggu sahaja Kimah terlantar di hospital, kulitnya yang putih kuning sudah berubah menjadi hitam bagaikan daun pisang dilayur. Tetapi doktor tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi oleh Kimah itu. Sebab itulah saudara mara Kimah mula mendesak supaya Mail Togok membawa sahaja isterinya balik ke rumah. Tetapi Mail Togok bimbang sekiranya Kimah dibawa keluar sebelum pihak hospital putuskan supaya balik. Siapa yang akan merawat Kimah kalau dia berkeras meminta dikeluarkan sahaja dari hospital?

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

59

"Macam mana aku nak buat ni?" keluh Mail Togok meluahkan rasa resahnya kepada kawan sepejabatnya Ali Ranggi "Ah.. cubalah ikhtiar cara lain, " sengaja Ali Ranggi memberi perangsang kepada kawannya biar Mail Togok tidak mudah putus asa. Dalam saat demikian memang siapa pun mudah gelabah tidak menentu. Macam mana mahu tenteramkan hati apabila kenangkan isteri terlantar di hospital. “Ikhtiar apa lagi aku nak buat?” Mail Togok mengeleng lemah kerana tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. “Berubat cara kampung pula,” beritahu Ali Ranggi mengingatkan kawannya. “Ah, mana aku nak cari dukun?” Mail Togok bagaikan orang bodoh mengharapkan pertolongan daripada sesiapa sahaja. “ Aku bukan kenal sangat dukun ni,” ujarnya perlahan seolah-olah mengharapkan belas ikhsan kawannya itu. Tersengih-sengih Ali Ranggi dengan sikap kawannya yang semakin kebingungan. Hampir sebulan Kimah terlantar di hospital, badannya semakin lemah. Setiap kali Ali Ranggi suami isteri datang menjengah, dia riang berbual bagaikan tidak menanggung sakit apa-apa. Hanya kulit badannya sahaja sudah bertukar menjadi kendur dan hitam laksana daun pisang dilayur ke api. Memang Kimah tidak mengadu sakit kecuali sendi-sendinya sahaja lenguh hingga terasa ngilu sampai ke tulang. Selepas beberapa kali menjengah Kimah di hospital itulah Ali Ranggi menelefon saya. Terkejut juga saya apabila pagi benar Ali Ranggi menelefon sebelum saya habiskan wirid solat subuh. Selepas solat subuh dan selesaikan wirid, segera saya menelefon dia semula. Manalah tahu ada perkara mustahak hendak diberitahunya kepada saya. “Isteri kawan saya sakit, Angah,” Ali Ranggi menjelaskan dengan nada tersengih-sengih. “Dah berubat, dah bawa pun ke hospital,” jelas Ali Ranggi sepupu saya masih juga tersengih-sengih. “Jadi apa masalahnya?” tegas saya mendesak. Memang Ali Ranggi tidak bertangguh menelefon saya sekiranya kawan-kawannya di pejabat menghadapi masalah keluarga mengadu hal kepadanya. Disebabkan dia sepupu yang rapat hubungan dengan saya, seringkali dia akan menelefon asal sahaja kawan-kawannya menghadapi masalah demikian.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

60

Kadangkala rimas juga saya dengan hal yang tidak sudah-sudah menimpa kawan di pejabatnya. Sampaikan barang kemas hilang pun dia akan meminta Ali Ranggi hubungi saya bertanyakan di mana tersoroknya. Kadangkala mereka macam desak pula seolah-olah saya tahu sangat meneka sama ada barang yang hilang itu tersorok atau pun tidak. Puas saya memberitahu tidak tahu, mereka tidak percaya pun. Apalagi Ali Ranggi yang kerap-kali memberitahu mereka mengenai saya dapat membantu. Sudah beberapa kali saya ingatkan Ali Ranggi supaya tidak bersikap demikian, tetapi dia akan mendesak isteri saya pula. “Isteri kawan saya tu, tak tahu apa sakitnya,” ujar Ali Ranggi semacam memujuk. “Kulitnya kecut macam daun pisang dilayur,” suaranya merendah seolah-olah menahan rasa terharu. “Nantilah dulu, kalau lapang angah akan telefon kamu balik,” sahut saya sengaja berdalih. Memang saya tidak mahu memberi jaminan untuk melihat Kimah di hospital, sekalipun Ali Ranggi mengaku perempuan itu mempunyai hubungan keluarga di sebelah ayahnya. Perkara ada hubungan itu tidaklah menyebabkan saya terdesak sangat mahu segera menjengah. Apalah yang boleh saya lakukan apabila melihat perempuan itu kejang di katil hospital. Saya sekadar boleh doakan sahaja memohon pertolongan Allah semata-mata. Manalah ada upaya saya mahu membantunya tatkala Kimah terkejang menanggung kesakitan demikian. Selepas sahaja solat sunat dhuha, saya menunduk perlahan merenung jauh ke dalam diri sambil berdoa dalam rasa gementar. Fattahazat min dunihim hijaban fa arsalna ilaiha rohana fah thala laha basyaran sawiya. Saya ulangi sehingga dua puluh satu kali, hingga terasa seoalah-olah diri saya tercampak ke wad hospital berdepan dengan Kimah yang terkejang di situ. Memang terkejut saya dengan keadaan kulitnya yang kendur laksana daun pisang dilayur ke api. Puas yang mengagak puncanya masih juga tidak dapat dituduh. Tetapi Kimah kelihatan gelisah bagaikan kepanasan apabila saya tercegat di situ. Setelah merenung seluruh tubuh Kimah lantas saya membaca perlahan: Walatad’u ma’ allahi ilahan akhara la ilaha illa huwa kulu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wailaihi turja’un. Sekaligus Kimah berpaling ke arah saya dengan wajah sayu. Sekonyong-konyong ketika ini bayangan lembaga seperti asap nipis menjelma di penjuru katil dengan mukanya bertopeng seolah-olah sangkar besi. Puas saya merenung bayangan yang

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

61

menjelma itu, tetapi masih tidak dapat melihat wajahnya yang tersembunyi di sebalik topeng besi itu. “Buat apa awak nak tunjuk pandai?” jerkah bayang seperti asap nipis itu cuba merapati saya. Apabila saya bacakan surah al-Ikhlas tiga kali dengan menekan ibu jari ke tapak tangan, lembaga yang terbayang itu tercampak ke penjuru. Dia menjadi marah disebabkan dirinya tercabar. “Nampaknya awak ni nak tunjuk tinggi ilmu!” gerutu mengetap bibir mengancam saya yang duduk tidak berganjak di sisi Kimah. Saya mengeleng kepala. Biarlah dia cuba berdalih saya tetap tidak mahu menyahut untuk melayaninya. Kalau saya bercakap sudah tentu dia dapat melambat-lambatkan saya untuk terus membaca kalimat-kalimat Allah di depannya. Memang itulah yang sengaja dilakukan oleh bayangan lembaga itu, supaya kalimat-kalimat Allah tidak dibacakan dihadapannya. Setelah bacakan Al-Fatihah tiga kali , lantas saya mengisar tapak tangan dengan membaca: Allahuma inna naj aluka fi nururrihim, wa na’uzubika min syuru rihim. Serentak dengan itu rantai besi merah laksana bara terhujam dari udara menerjah ke tubuhnya. Lembaga itu terperangkap di penjuru bilik, tetapi topeng besi di mukanya seolah-olah terkunci di bahagian tengkuk hingga tidak boleh tertanggal lagi. “Ah, awak buat macam mana pun, tak dapat kalahkan aku!“ bayangan lembaga itu mengejek sekali pun dia mengeliat-geliat akibat diterjah rantai besi merah seperti bara menyala itu. Saya tetap tidak menyahut apabila diejek demikian. Saya ulangi membaca Al-Fatihah sampai 41 kali. Memang dia cuba juga menerkam ke arah saya sambil pura-pura mampu mengerakkan tenaganya, sekali pun saya dapat melihat keadaannya lemah terkil-kial. “Awak dah lemah, jangan cuba nak berpura-pura!” sengaja saya mengejeknya disebabkan bayangan lembaga itu berdegil mahu berlawan. “Hah, awak fikir ilmu awak tinggi sangat?” dia mencebek bibir dengan dendam yang membara di hati. “Ilmu Allah meliputi segalanya!” sahut saya biar perasaannya meluap-luap marah. “Bukalah topeng awak tu, buat apa nak sembunyi muka?” lantas saya hembus ke mukanya dengam membaca 17 kali surah Al-Ikhlas dan Ayatul Kursi. Dia tercengang – cengang tidak menentu apabila suara saya bergema laksana guruh di udara.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

62

Kemudian sedikit demi sedikit bayangan lembaga itu hilang bersama asap menipis. Ketika itu saya masih lagi duduk di atas sejadah sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha. Memang saya terdengar bunyi telefon berdering di luar, tetapi saya tidak pedulikan sangat. Biarlah isteri saya yang menyambutnya. Selalunya memang isteri saya yang menyambut telefon apabila ada panggilan. Saya mendengar isteri saya bercakap dengan Ali Ranggi memberitahu kawannya Mail Togok baru menelefon . Cemas sangat Mail Togok menelefon Ali Ranggi disebabkan Kimah ketakutan tidak menentu. Kimah menuding jari ke penjuru bilik semasa Mail Togok masuk, tetapi tidak bercakap apa-apa. “Ali nak cakap dengan awak, ustaz” beritahu isteri saya, “sebaiknya... jelasnya menyampaikan pesan, Ali Ranggi ajak awak ke hospital,” yang ikut sama gelabah selepas menerima telefon dari Mail Togok. Saya mengangguk perlahan, tetapi terus duduk di kerusi dengan tidak bersiap-siap menukar pakaian. Biarlah Ali Ranggi datang menjemput ke rumah, saya tidak peduli apa. Kalau sekadar mahu doakan Kimah apa perlunya saya datang menjengah ke wad hospital. Lagi pun saya bukannya dukun kalau diminta untuk merawatnya. Dimana-mana pun boleh doakan. Kalau diizinkan Allah doa itu dimakbulkan sekali pun tidak datang menjengah. Sekiranya datang menjengah pun belum tentu lagi Allah akan makbulkan doa itu. Kadangkala mereka yang mendesak itu tidak memahami bahawa doa seseorang itu hendaklah dengan rasa takut kalau-kalau tidak dimakbulkan oleh Allah, dan dengan sepenuh harap supaya Allah makbulkan. Memang bimbang juga saya sekiranya doa-doa itu tidak dimakbulkan maka orang akan memfitnah saya pula. Tetapi sukar sangat mahu menerangkan kepada mereka seperti Ali Ranggi ini apabila saya enggan mahu datang menjengah. Kalau tidak kenangkan dia sepupu, memang berat juga saya mahu memenuhi kemahuannya yang seolah-olah mendesak itu. Sama juga dengan Ucu Tunal yang diharapkan sangat oleh orang-orang kampung di Kesang apabila diganggu syaitan. Kadangkala apabila keluarga mereka dirasuk sampai meracau-racau, tidak tertangguh mereka memanggil Ucu Tunal. Siapa lagi diharapkan di kampungnya kalau bukan Ucu Tunal yang mampu menghalau gangguan pelesit dan hantu raya yang merasuk. Anak Lebai Jimin dianiayai orang sampai terasa digigit lipan di pangkal paha pun, Ucu Tunal yang dijemput datang mengubat.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

63

Memang Saenah gadis berumur 16 tahun itu nampak lipan bara merah melekap di pangkal pahanya. Mengerekot lipan bara itu mencengkam dengan ekornya terbalik. Beberapa kali ditepis oleh Saenah barulah lipan bara itu tercampak ke lantai terus menyusup di bawah tikar. Ketika Saenah terjerit kesakitan sempat dia memberitahu emaknya, Utih Sumi mengenai lipan bara yang mengerkah pangkal pahanya, kemudian menyusup dibawah tikar setelah terhumban ke lantai. Apabila dilingkupkan tikar itu, Utih Sumi tidak melihat pun lipan bara di situ. Sampai pitam Saenah akibat bisa gigitan lipan bara yang menusuk di pangkal pahanya. Sebab itu cepat-cepat Lebai Jimin memanggil Ucu Tunal untuk memulihkan. Siapa lagi boleh diharapkan untuk memulihkan Saenah kalau bukan Ucu Tunal dukun di kampungnya. Sebaik saja Ucu Tunal naik ke rumah, dia tersengih-sengih memberitahu Saenah tidak digigit lipan bara. Lantas sahaja dia menuduh Saenah sekadar dipermainkan orang. Hampir tidak percaya Utih Sumi kerana dia melihat sendiri bekas gigitan lipan bara itu di pangkal paha anaknya. Tetapi Ucu Tunal tidak salah meramalkan gangguan yang menimpa Saenah itu. Setelah dia doakan pada daun sirih, terus disuruh lekapkan pada bahagian yang digigit lipan bara itu. Sebaik saja Utih Sumi lekapkan daun sirih itu tiba-tiba saja upih pinang yang diukir macam lipan bara tercampak ke lantai dari bumbung rumah. “Hah, itulah lipan baranya,” ujar Ucu Tunal menguis-nguiskan upih pinang yang diukir macam lipan bara itu. Serta merta pula Saenah pulih dari pitamnya. Dia mengaku tidak mengalami apa-apa kesakitan, sekalipun sebelumnya dia terjerit-jerit menangis. “Balaskan pada orang menganiaya ni, Ucu!” lantas sahaja Utih Sumi mahu berdendam. “His, jangan biarkan syaitan menggoda,” segera Lebai Jimin ingatkan isterinya. “Biar orang aniaya, patutnya awak bersyukur Saenah dah sembuh,” katanya tidak bersetuju dengan keputusan Utih Sumi mahu membalas dendam. Upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu diserahkan pada Ucu Tunal. Biarlah dia sendiri tentukan sama ada mahu dibakar atau dibuang sahaja kemana-mana. Belum pun Ucu Tunal berkisar duduk mahu meninggalkan rumah Lebai Jimin, tiba-tiba sahaja Ngah Miyah memanggil Lebai Jimin dari tengah halaman. Sebaik sahaja pintu dibuka, cemas sangat Ngah Miyah memberitahu anak bujangnya Wahid termengah-mengah sakit perut. Berguling-guling Wahid menahan sakit perut seolah-olah disengkang kayu melintang.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

64

“Tak payahlah pergi,” beritahu Ucu Tunal tersengih-sengih. Dia unjukkan upih pinang diukir seperti lapan bara itu kepada Ngah Miyah supaya berikan pada Wahid. Hairan juga Ngah Miyah dengan ubat sakit perut yang diberikan oleh Ucu Tunal. Disebabkan dia dalam keadaan terdesak terpaksa juga Ngah Miyah mengambilnya. Dia berharap biarlah Wahid sembuh dengan jampi Ucu Tunal melalui upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu. Memang bertambah hairan Ngah Miyah kerana Wahid pulih serta merta sahaja sebaik sahaja diunjukkan upih pinang tersebut. Tetapi selepas kejadian itu, Wahid terus sahaja meninggalkan kampungnya ke Singapura disebab malu sangat setelah dia mengaku di depan emaknya cuba memperdayakan Saenah. Memang Wahid berharap Lebai Jimin akan meminta bantuannya untuk mengubati Saenah. Dia sudah bayangkan akan memegang pangkal paha gadis itu sekiranya Utih Sumi meminta bantuannya. Setiap kali Ucu Tunal ceritakan kepada saya mengenai Saenah digigit lipan bara itu, dia akan menjuih bibir mengejek perbuatan orang yang gunakan kepandaian untuk menganiaya jiran sendiri. Alangkah baik sekiranya kepandaian demikian digunakan untuk membantu jiran sama sekampung. Lama juga tidak mendengar khabar Ucu Tunal, tiba-tiba sahaja Kadir Misai memberitahu orang tua itu sudah lebih tiga bulan terkejang tidak dapat bangun. Makan pun terlentang sahaja dengan bersandar ke bantal sambil isterinya Misah Sepet sudukan ke mulut. Sebaik sahaja mendengar Ucu Tunal sakit, tidak bertangguh saya mengajak Kadir Misai ke Kesang. Ketika saya bersama Kadir Misai sampai beberapa orang jiran sedang membacakan Yassin. Ucu Tunal masih mahu dilayan berbual sekali pun tubuhnya terlalu lemah. “Lama kita tak jumpa, Ustaz,” tuturnya perlahan apabila saya duduk disisinya. Saya sekadar mengangguk sahaja. Ketika meletakkan tapak tangan ke dahinya terasa kulit Ucu Tunal kendur macam daun sirih kecut dilayur. Memang Misah Sepet juga mengakui dalam tempoh seminggu sahaja Ucu Tunal demam, kulitnya berubah menjadi kendur sampai kecut tidak bertahan. “Dukun macam Ucu Tunal pun sakit juga,” keluh Misah Sepet terharu dengan keadaan suaminya yang terkejang lebih tiga bulan. Kalaulah tidak disebabkan cucunya berkahwin dengan anak saudara Kadir Misai, memang saya tidak tahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit. Sahak cucu Ucu Tunal yang sampaikan berita mengenai datuknya itu kepada Kadir Misai.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

65

“Kenapa tak beritahu kami?” Kadir Misai bagaikan menyesali Misah Sepet kerana tidak mahu memberitahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit itu. “Entahlah, tak ingat langsung,” sahut Misah Sepet tidak keruan. Dia sendiri kelam kabut menghadapi keadaan demikian, tentulah tidak ada masa mahu memberitahu sesiapa. Biarlah Sahak yang beritahu rakan-rakan datuknya. Lagipun tidak disangka pula dukun macam Ucu Tunal boleh alah penyakit. Kalau mahu dikatakan penyakit biasa sudah dibawa ke hospital pun, Lebih sebulan juga Ucu Tunal terlantar di hospital, sampai dia sendiri mendesak supaya dibawa balik sahaja ke rumah. “Macam mana mulanya Ucu ni sakit,” lantas Kadir Misai menatap muka Ucu Tunal selepas jiran-jiran selesai bacakan Yassin setelah mereka berkumpul sebaik habis Isyak di situ. Tergenang air di pelupuk mata Ucu Tunal apabila ditanyakan demikian oleh Kadir Misai. Lama dia terkebil-kebil mata barulah Ucu Tunal dapat bersuara. “Ucu balik dari hutan berburu rusa,” jelasnya sebaik sahaja kenangkan dia masuk ke hutan bersama Dolah Tenjot. Dia sendiri yang galas senapang dengan Dolah Tenjot mengekori dari belakang. Memang Dolah Tenjot sendiri tidak tahu apa yang berlaku semasa masuk ke hutan bersama Ucu Tunal. Sebaik saja dipelawa berburu ke hutan tidak bertangguh dia ikut sahaja. Sudah kerapkali dia ikut Ucu Tunal ke hutan kalau diajak berburu. Tidak pernah mereka balik tangan kosong sekiranya sudah meranduk ke tengah hutan. Bila-bila sahaja Ucu Tunal tidak lepaskan peluang kalau terserempak pelanduk bertandak tatkala meragut pucuk ludai di tepi denai. Sebaik sahaja dentum senapang mengerutup nescaya pelanduk akan terhumban diperdu pokok. Siapa lagi akan sembelih leher pelanduk, kalau bukan Dolah Tenjot? Pantas sahaja dia menghunuskan parang asal sahaja pelanduk tergolek ke tanah dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin. Dolah Tenjot akan sendalkan mata parang ke leher pelanduk biar matinya dapat disembelih. Sebab itulah dia tidak menolak apabila diajak Ucu Tunal berburu ke hutan. Dolah Tenjot sudah terbayang daging pelanduk masak rendang tatkala kaki melangkah masuk ke hutan. Puas juga bersama Ucu Tunal meranduk ke tubi becah, tiba-tiba sahaja mereka menemui jejak rusa masih keruh air. Tidak bertangguh Ucu Tunal menyusur denai mengikuti jejak keruh air itu sampai ke seberang padang lalang. Memang sah mereka berdua nampak rusa jantan tanduk bercabang menjilat-jilat

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

66

tubuh di tepi belukar. Terhangak-hangak rusa berkenaan sebaik sahaja terdengar bunyi daun kering berdesir dipijak. “Hari ini rezeki kita baik, Ucu,” bisik Dolah Tenjot sebaik sahaja Ucu Tunal membidik senapang. Ucu Tunal tidak menyahut, Dia tidak mahu tembakannya jauh dari sasaran dalam saat demikian. Sebab itu dia mesti membidik tepat biar peluru yang berdentam menerjah ke kepala rusa. Tentu rusa itu akan tersungkur menyembah bumi apabila peluru senapang menyinggahi tengkorak kepalanya, Dalam keadaan berhati-hati itulah Ucu Tunal melepaskan tembakan. Memang jarang tembakannya tidak menepati sasaran. Sekaligus rusa jantan itu tersungkur dengan rengekan memanjang. Tidak bertangguh pula Ucu Tunal mencuit bahu Dolah Tenjot supaya mara kehadapan menghunus parang menyembelih leher rusa sebelum terlambat. Tetapi Dolah Tenjot tidak ada di situ. Puas dia memerhati keliling memang Dolah Tenjot tidak bersembunyi di mana-mana. Lagi pun tidak ada sebab Dolah Tenjot mesti bersembunyi tatkala dia melepaskan tembakan. Di hadapan mereka bukan harimau panjang tujuh depa yang terseragam menunggu mangsa, masakan Dolah Tenjot takut tidak menentu apabila terserempak rusa jantan tengah naik badan. Tentu Dolah Tenjot juga gecur air liur kalau daging rusa itu di masak rendang. “Hah, ke mana pula kau Dolah?” gerutu Ucu Tunal segera menerpa ke hadapan. Bimbang juga dia kalau lambat disembelih rusa yang telah terguling ke tanah. Kalau sudah mati kejang memang tidak berguna lagi daging rusa itu dibawa balik. Sebaik sahaja dia menghunus parang mahu menyembelih rusa, berdebar hatinya apakala melihat Dolah Tenjot tergolek di sisi tubuh rusa berkenaan. Darah membuak-buak di kepala Dolah Tenjot dengan kakinya menggelepar sama seperti tubuh rusa yang merengek-rengek dengan kakinya menendang angin. “Hah, setan! Kau nak cari geruh aku nampaknya,” bentak Ucu Tunal menggertap bibir. Segera dia memangku kepala Dolah Tenjot dengan meletakkan pada arah matahari memancar kuat. Kemudian dia memancang anak kayu yang dikerat sedepa di keliling tubuh Dolah Tenjot seolah-olah mengurung di dalam serkap. Setelah duduk bersila dia antara Dolah Tenjot dan tubuh rusa yang merengek-rengek, lantas Ucu Tunal tacakkan mata parang ke tanah. Dia mengukuhkan duduk lantas membaca: Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya samad. Allahumma inni as –as laka bismikal ahadal a’aza wada’wake, Allahumma bismikal ahadal samada wada’waka, Allahumma bismikal ‘azimil witri

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

67

wada’ waka, Allahumma bismikal kabiral muta’ alallazi mala-al arkana kullaha an tak’ afa ‘inni ma asbahata wama amsitafihi Kemudian serentak dia mencabut mata parang yang tertacak ke tanah hingga keluar darah memancut di tempat mata parang itu tercancang. Sekali gus pula Dolah Tenjot terbersin lantas duduk terpinga-pinga macam terkejut dari tidur. Sewaktu Dola Tenjot berpaut kepada anak kayu yang di cancang di kelilingnya mahu bangun, dia melihat rusa yangtergolek bingkas bangun. Cepat-cepat pula rusa tersebut melompat ke dalam belukar menyusup entah kemana. “Rusa melintas depan kita, Ucu!” jerit Dolah Tenjot bagaikan tidak sabar disebabkan rusa itu terlepas. Tetapi Ucu Tunal tidak menyahut. Dia memberi isyarat mengajak Dolah Tenjot balik sahaja. Biarlah dia balik dengan tangan kosong sekalipun kehampaan terbayang diwajahnya. Puas di desak oleh Dolah Tenjot supaya teruskan juga berburu, tetapi Ucu Tunal sudah mengambil keputusan tidak akan berburu. Manalah Dolah Tenjot tahu apa yang dialaminya tatkala tubuhnya kejang di sisi tubuh rusa. Kalau dia berkeras menyembelih rusa berkenaan , tentu Dolah Tenjot juga terpenggal leher. Siapa akana percaya kejadian itu kalau diberitahu kepada orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh Ucu Tunal yang memenggal leher Dolah Tenjot. “Biarlah aku lepaskan rusa tu..” bisik Ucu Tunal sayau bila mengamit Dolah Tenjot mengajak berundur. Terpaksa juga Dolah Tenjot mematuhi keputusan Ucu Tunal. Dia sekadar mengikut sahaja ke mana pun dibawa Ucu Tunal di tengah hutan demikian. Lagipun senapang terpanggul di bahu orang tua itu, masakan dia boleh berkeras mengajak berburu meranduk hutan. Dia terasa terkurung di dalam lubang gelap semasa Ucu Tunal melepaskan tembakan. Tiba-tiba sahaja kakinya terjerlus ke bawah dengan tidak bertahan. Puas dia memekik-mekik memanggil Ucu Tunal tetapi suaranya tidak kedenganran di mana-mana. Lama dia terkial-kial di dasar lubang gelap itu, barulah Dolah Tenjot nampak cahaya matahari memancar jauh di udara. Dia cuba melonjak ke atas, tetapi lubang berkenaan jauh ke bawah. Bimbang juga Dolah Tenjot terkurang di dalam lubang gelap itu sekalipun sudah nampak cahaya matahari memancar. Manalah tahu ada ular berlingkar di situ menunggu mangsa untuk mencerutnya sampai tidak dapat bergerak langsung. Puas terkial-kial dalam lubang gelap itu barulah Dolah Tenjot mendengar suara Ucu Tunal memanggilnya. Perlahan-lahan dia merangkak naik sambil berpaut pada akar yang terjuntai.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

68

Ketiaka sampai di permukaan lubang, dia terbersin kuat hingga terhumban hingga tercampak ke celah kayu di cancang macam serkap mengurung dirinya. Ketika itu juga dia melihat seekor rusa jantan bingkas bangun melompat ke tengah belukar. Manalah Dolah Tonjet tahu mengenai dia berbaring di sisi tubuh rusa dengan kepalanya berlumuran darah. Masakan dia percaya kalau Usu Tunal beritahu kejadian sebenarnya berlaku ke atas mereka berdua. Cuma Ucu Tunal satu-satunya yang dapat memahami geruh tersebut, sehinggalah dia terpaksa menggunakan ikhtiar untuk selamatkan kawannya Dolah Tonjet. “Kalau begitu, Ucu ni kena badi,” lantas sahaja Kadir Misai menuduh sebaik sahaja Ucu Tunal kenangkan fasal dia berburu ke hutan bersama Dolah Tenjot. Tidak lama selepas kejadian dia berburu ke hutan itulah Ucu Tunal tiba-tiba dia mengidap demam sejuk. Terpaksalah Misah Sepet lingkupkan selimut berlapis-lapis ke seluruh tubuh suaminya. Dia percaya Ucu Tunal tentu diserang demam kura sampai terkokol-kokol menahan kesejukan menusuk. “Aki ingatkan dia kena demam kura,” beritahu Misah Sepet tersengih-sengih menegrling suaminya yang terkejang tidak bergerak tubuh. Tentulah dia sangkakan Ucu Tunal diserang demam kura setelah terketar-ketar sejuk sampai lebih satu jam. Kemudian dia mengerang-ngerang kepanasan lantas membuangkan selimut. Setelah berpeluh-peluh hingga meracau tidak menentu barulah dia tidur nyenyak keletihan. Sejuk mengigil-gigil itu berulang lagi keesokannya, kemudian panas membahang dan berpeluh-peluh seluruh badan. Sebab itulah Misah Sepet menuduh suaminya dihinggapi demam kura. Tahu sangat Misah Sepet kalau sebut fasal demam kura, memang begitulah penyakit tersebut merasuk mangsanya. Tetapi seminggu selepas berulang-ulang seperti keadaan demam kura itu, tubuh Ucu Tunal berubah menjadi kuru. Kulitnya menjadi hitam dan kendur laksana daun sirih lecur dilayur. Dia bertambah lemah tidak bermaya lagi. “Kalau demam kura, minum air jadam pun boleh sembuh.” Ujar Kadir Misai mengeleng lemah. “Manalah aku tahu penyakitnya macam ni” sahut Misah Sepet memicit-micit kepala lutut suaminya. Tetapi dia berhati-hati bagaikan bimbang kulit suaminya akan luruh sama apabila dipicit demikian. “Habis macam mana fikir Ucu sekarang?” soal Kadir Misai tidak mahu bagaimana mahu membuat keputusan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

69

“Entahlah,” lantas sahaja Ucu Tunal menjelaskan sambil cuba mengangkat kepala. “Baca Yassin dah tiga petang, badan aku dah tak rasa apa-apa lagi, macam kebas!” beritahunya seolah-olah terbayang kekecewaan di hatinya. “Macam mana ustaz fikir baik?” Misah Sepet berpaling menatap muka saya bagaikan meminta keputusan. “Terpulanglah kepada Ucu sendiri,” sahut saya perlahan mengusp-usap dahi Ucu Tunal. Ucu Tuna semakin sebak menahan keharuan hatinya disebabkan dia merasa tubuhnya sudah kebas. Dipicit pun tidak memberi bekas langsung kepadanya. Memang dia tahu dahinya diusap tetapi Ucu Tunal tidak dapat lagi merasa usapan tangan saya itu. Lama dia tersengguk-sengguk barulah Ucu Tunal memberitahu mengenai mimpinya pada malam dia terketar-ketar menahan kesejukan bagaikan diserang demam kura. Sengaja dia rahsiakan daripada pengetahuan isterinya mimpi tersebut kerana bimbang Minah Sepet akan menuduhnya sengaja mereka-reka cerita. Mimpi itulah yang membawa padah kepadanya, apabila terasa berdiri di tubir jeram memerhatikan seorang lelaki tua bertunggang di belakang rusa. Dia melihat bahagian kepala rusa itu berlumuran darah bekas ditembusi peluru senapang. Tersengih-sengih lelaki tua itu mengejeknya dengan memegang gada berceranggah di tangan. Kulit lelaki tu aitu kendur meluyut macam daun sirih lecur dilayur. “Hutang mesti dibayar Tunal!” jerkah lelaki tua itu bertenggong dibelakang rusa berkenaan. “Bukankah aku dah pulangkan hak kamu?” sahut Ucu Tunal tidak berganjak di tubir jeram. “Tapi kau pulang hak aku dah cacat,” jelas lelaki tua itu bagaikan berdendam. “Hah, nampaknya kau sengaja nak cari geruh, kalau begitu aku terpaksa beli,” marah benar Ucu Tunal apabila dicabr lelaki berkenaan. Semasa lelaki tua itu melontarkan gada berceranggah, cepat-cepat Ucu Tunal mengelak. Dia melompat menyebabkan kakinya tergelincir jatuh ke bawah jeram. Terkekeh-kekeh lelaki tua itu berkulit kendur macam daun sirih dilayur itu mentertawakan Ucu Tunal jatuh ke air. Lama Ucu Tunal dipusar oleh arus di tengah jeram hingga dia hampir lemas barulah tangannya dapat mencapai batu di tebing. Cepat-cepat dia berpaut naik sampai terasa sejuk menusuk ke tulang sum-sum akibat terlalulama terendam.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

70

Sejuk yang dialaminya melalui mimpi itulah berterusan hingga menjadi dia demam tergigil-gigil. Selera makannya juga menjadi mual tidak mahu menelan nasi. Sedikit demi sedikit tubuh Ucu Tunal semakin lemah tidak bermaya. “Kenapa awak tak beritahu saya mimpi tu?” gerutu Misah Sepet kesal dengan sikap suamimya mahu merahsiakan segalanya dari dia. “Ah mimpi, macam mana nak beritahu,” jelas Ucu Tunal meluahkanrasa terharu yang sekian lama terpendam. “Memang tak masuk akal,” keluh Kadir Misai apabila kenangkan kaitan mimpi itu dengan penyakit yang di alami oleh Ucu Tunal. “Tapi, kalau cepat dapat tahu mungkin juga ada ikhtiar,” katanya lantas mengerling ke arah saya. Disebabkan penyakit yang dideritai oleh Ucu Tunal itu sudah lebih tiga bulan, tentulah tenaga jasmaninya tidak mampu lagi melawan penyakit . Kalau diubati pun sekadar harapkan tenaga luar, sedangkan tenaga jasmani itu diperlukan juga untuk melawan gangguan penyakit. Setelah merasakan Ucu Tunal dapat tenteramkan hatinya, lantas saya letakkan tapak tangan di kepala dengan membaca: Lailaha illallahu wallahhu akbaru saddaqahu rabbahu faqul lailaha illa ana waana akbaru, waiza qola lailaha illallahu wahdahu lasyarika lahu qola yaqulu la-ilaha illa ana wahdi lasyarikali, waiza qola la-ilaha illallahu lahulmulku walahulhamdu qola la-ilaha illa ana liyalhamdu waliyalmulku wa-iza qola la-ilaha illallahhu wala haula wala qauwata illa billahhi qola lailaha illa ana wala ana wala haula wala qauwata illabi Ketika ini saya terdengar Ucu Tunal beristighfar beberpa kali dan mengaku seluruh badanya bagaikan bergegar. Apabila saya beralih kelunjur kakinya memegang ibu jari, dia tiba-tiba mengeliat. “Hah, baru terasa sakit, ustaz,” tuturnya lemah tetapi terkial-kial memberi isyarat kepada isterinya dia semakin sukar mahu bernafas. Segera Misah Sepet mengusap dada suaminya. Kemudian Ucu Tunal berbisik meminta saya teruskan membaca apa sahaja. Dadanya terasa lapang mendengar saya membaca doa, tetapi tangannya bergerak-gerak memberi isyarat supaya Misah Sepet terus mengusap dadanya. Jiran-jiran juga melihat Ucu Tunal sudah mula mahu mengerakkan tangan seolah-olah tenaganya pulih semula. Wajahnya juga segar sekali pun kepala masih belum boleh diangkat. Tetapi segera saya memberikan isyarat kepada Kadir Misai supaya mengajak jiran-jiran yang sama terconggok di situ bacakan Yassin.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

71

Dalam masa jiran-jiran bacakan Yassin itulah perlahan-lahan Ucu Tunal menutup matanya. Perkara menetukan segalanya adalah hak Allah, kerana saya hanya sekadar mampu berdoa sahaja. Ucu Tunal menghembuskan nafasnya semasa saya bersama jiran-jiran di situ berdoa memohon pertolongan Allah meringankan beban penyakitnya. Sewaktu Ali Ranggi memberhentikan kereta di depan rumah, saya masih terconggok di kerusi. Isteri saya keluar membukakan pintu pagar mempelawanya masuk. “Eh, angah tak siap lagi?” ujar Ali Ranggi lantas duduk sambil memerhatikan saya masih tidak menukar pakaian. “Minumlah dulu, lepas tu baru siap-siap untuk pergi,” sengaja saya berdalih kerana malas sangat mahu memenuhi permintaan kawan Ali Ranggi itu. Saat ini saya merasa debaran dada saya pula kencang berombak bagaikan menghadapi darah gemuruh. “Mail Togok tu harap sangat angah datang,” desak Ali Ranggi meminta saya segera menukar pakaian. Tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa. Sebaik sahaja isteri saya hidangkan sarapan pagi, saya segera mengajak Ali Ranggi minum dahulu. Ketika menjamah sarapan itulah isteri Ali Ranggi pula menelefon. Cepat-cepat isteri saya menggamit Ali Ranggi disebabkan isterinya itu cemas tidak menentu. Apabila Ali Ranggi menangkat telefon , dia bagaikan kecewa tidak bertahan. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan memandang isteri saya tercegat di tepi meja makan. “Kimah tu, baru kejap ni tadi meninggal,” jelas Ali Ranggi berjalan lemah lantas duduk semula. Cepat-cepat dia menghirup minuman kerana mahu segera balik ke rumah.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

72

039. JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM PANTANG LARANG turun temurun tetap dipegang oleh nenek kukuh-kukuh menjadi petua yang mesti dipatuhi. Dia tidak akan melanggar pantang larang dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya. Kalaulah tidak disebabkan dia sudah bertekad tidak mahu menjadi bidan lagi selepas saya dilahirkan, memang neneklah satu-satunya bidan yang diharapkan oleh orang-orang kampung. Apalagi tatkala orang kampung tidak lagi menumpu ke hospital seperti sekarang, memang bidan seperti nenek saya inilah tempat mereka mengantung harapan. Bukan nenek sahaja mereka perlukan Dukun Samid dengan Mudim Encol juga menjadi tumpuan mereka. Sewaktu Mudim Encol sunatkan Madun Calet tetiba saja darah turun membuak tak henti terpaksa dia menjemput Dukun Samid. Selepas Dukun Samid bubuhkan tasak yang diambil dari sawang di kasau atap cepat sahaja darah Madun Calet berhenti macam air disekat empang. Dukun Samid juga tergesa-gesa menyuruh dijemput nenek saya sewaktu dia mengubati Melah meracau-racau tidak menentu. Apabila nenek saya potongkan bawang merah ditenyeh ke dalam piring berisi minyak kelapa, lantas sahaja Melah bangun tercengang-cengang tidak tahu apa telah berlaku pada dirinya. Memang mereka saling kerjasama menghadapi kesukaran sewaktu dijemput orang kampung lantaran jauhnya pusat kesihatan dan jalan pula bertanah merah dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke pekan atau bandar. “Saya tidak sanggup lagi berbidan,” jelas nenek apabila dijemput orang setelah dia memutuskan tidak mahu lagi berbidan. Tidak sanggup dia untuk menempuh geruh jika digagahi juga membidankan ibu sarat mengandung. Sudah jadi pantang larang dia tidak boleh membidankan anak sendiri. Namun tatkala emak saya terlantar sarat mengandung, nenek sendiri tidak dapat mengagak sama ada emak saya sampai resa atau pun belum. Tidak ada tanda-tanda emak saya akan bersalin sewaktu dia sarat mengandungkan saya. Sebab itulah ayah saya ke rumah Tok Aji dan Nenek Aji kerana kenduri sambutan Maulidur Rasul. Menjadi kelaziman setiap tahun akan diadakan kenduri menjelang maulid di madrasah nya untuk sama-sama bertahlil dan berselawat. Hanya sebelum maghrib tiba-tiba emak saya mula merasa perutnya sakit lantas melaung nenek dari tingkap disebabkan rumah kami saling berdekatan. Sewaktu nenek datang bersama bapa saudara saya Usu Jusuh, hujan mula turun rintik-rintik. Memang nenek sudah tahu emak saya tengah sakit nak bersalin. Kalau mahu dipanggil bidan lain tidak sempat pula Usu Jusuh ke rumah Tok Aji memberitahu ayah saya. Dalam keadaan terdesak itu nenek terpaksa menyuruh Usu Jusuh memberitahu ayah saya fasal keadaan emak saya. Sebaik saja diberitahu mengenai emak saya hampir mahu bersalin ayah saya cepat-cepat balik ke rumah. Tok Aji dan Nenek Ajin terpaksa juga teruskan kenduri disebabkan jiran-jiran sudah diberitahu. Hairan juga ayah saya dengan keadaan tersebut disebabkan emak saya tidak ada tanda-tanda hendak bersalin kecuali ikut ramalan bidan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu lagi. Tetapi nenek saya sudah meraba perut emak saya memang terasa jelas resa akan melahirkan itu sudah diketahuinya. Belum pernah lagi nenek tidak dapat mengesan fasal ibu sarat mengandung

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

73

mahu melahirkan. Dia satu-satunya bidan yang berpengalaman di kampung itu. Bidan lain pun minta tunjuk ajar selepas dia bertekad tak mau berbidan lagi. "Memanglah sudah sampai resanya" kata nenek kepada ayah saya. Ketika ini Abang Tapa yang disuruh jemput Bidan Nah belum lagi menjengah muka. Hujan mulai turun dengan lebat menyebabkan ayah saya tidak senang duduk. Abang Tapa adalah anak angkat nenek. Kalau dah menjemput Bidan Nah tentu boleh singgah di rumah Pak Tua Mahat di Kampung Hulu. Kalau Pak Tua Mahat datang sebelum emak melahirkan tidaklah bimbang sangat nenek. Tetapi saat cemas ini tidak dapat dielakkan juga apabila emak semakin sakit sebelum Bidan Nah datang. Sebaik sahaja azan Isya di surau bersama deruan hujan lebat itulah saya dilahirkan dengan nenek terpaksalah membidankan. Mahu tidak mahu nenek terpaksa juga langgar pantang turun temurun. Apakala membidankan anak sendiri yang dalam cemas demikian. Sebaik sahaja saya dilahirkan, nenek jadi serba salah kerana saya tidak menangis seperti bayi lazimnya. Dua belah tangan saya melekap ke telinga seolah-olah bercantum tidak boleh direnggangkan. Dalam keadaan tidak tahu apa mahu dilakukan itu inilah Tok Aji dan Nenek Aji datang dengan berpayungkan daun pisang. "Siapa bidankan anak ini?" Nenek Aji tanya sebaik sahaja naik kerumah. "Saya sendiri, bisan." sahut nenek lemah disebabkan terpaksa melanggar pantang larangnya sendiri. "Tapi budak ini tidak menangis nampaknya." ujar nenek kesal dengan kejadian menimpa saya. Nenek percaya tentulah akibat melanggar pantang larang yang menyebabkan saya dilahirkan tidak menangis langsung seolah-olah bayi tidak bernyawa. Cepat-cepat Tok Aji mengambil saya terus melekangkan tangan saya daripada melekap ke telinga dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali. Sebaik sahaja tangan saya lekang daripada telinga barulah saya menangis sama seperti bayi lain. Saat inilah Abang Tapa sampai dengan Bidan Nah dalam keadaan basah kuyup. Setelah Bidan Nah sampai nenek serahkan semua urusan kepadanya untuk mengerat pusat dan memandikan bayi. "Kawan serahkan pada awaklah Bidan Nah," ujar nenek terus sahaja mengelak. "Tak usahlah risau bisan," Tok Aji sengaja mengusik nenek yang resah dengan kejadian itu. "Agaknya budak ini lahir tengah menyeru azan sebab itu dia tak menangis," jelas tok Aji sambil ketawa lembut disebabkan nenek saya kenal benar apabila melanggar pantang. Sudah berapa kali anak-anaknya melahirkan memang nenek tidak akan membidankan. Setelah menyedari anak-anaknya hampir bersalin nenek akan segera menjemput Bidan Nah. Tahu sangat Bidan Nah pantang larang nenek tidak boleh bidankan anak sendiri. Bukan takat membidankan sahaja nenek pegang pantang tu kejap-kejap malah mencabut akar kayu di tepi hutan juga dia tidak akan melanggar petua. Selepas berselawat sekiranya anak kayu tidak boleh dicabut selepas sekali direntap nenek tidak akan mengulanginya. Dia akan cari anak akar kayu lain pula. Sebab itulah apabila mencari limau berlangir nenek mudah sahaja dapatkan limau tatkala pokok2 limau lebat tidak berbuah. Selepas puas mencari limau dalam kampung sekiranya tidak ada juga pokok yang berbuah nescaya nenek duduk tercongok di perdunya. Setelah menepuk perdu pokok tiga kali nenek akan membacakan jampi serapahnya "Assalamualaikum hai nenek kayu, nenek penunggu segala batu, aku nak minta sebiji limau buat ubat si anu aku tahu asal usul kau limau, limpa anu asal kau limau, berkat la ila haillallah, hu........"

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

74

Setelah dihembuskan tiga kali ke perdu pokok nenek akan mencungkil di perdu pokok dengan hujung mata parangnya. Di situ nescaya tersembul sebiji limau sekalipun pokoknya tidak berbuah langsung. Memang siapapun hairan bagaimana nenek boleh dapatkan buah limau tatkala sebatang pun pokok limau dalam kampung tidak berbuah. "Macam mana Kak Ibah dapat buah limau?" Bidan Nah sendiri hairan disebabkan dia puas mencari limau untuk melanggir tembuni uri. " Hah, ada di sebalik daunnya, awak tak tengok betul-betul," sahut nenek sengaja berahsia. Tetapi mereka tahu selepas nenek mecungkil perdu pokok berkenaan akan layu daun dalam tempoh tiga hari sahaja. Hanya selepas nenek membidankan emak saya itulah nenek menghidapi tokak dibuku lali kakinya. Terpaksa dia pupukkan dengan pucuk daun kenan sampai berkerak-kerak keras namun tokaknya tidak juga sembuh. Ketika ini pusat saya juga membengkak macam buah pinang tengah merah. Apabila diberitahu kepada Tok Aji mengenai pusat saya itu membengkak hingga bernanah dia pangkah saja dengan kapur sirih. Tok Aji bacakan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas memasing tiga kali diikuti dengan doa yang khusyuk daripada sanubarinya " Allahumma ra-binnasi azhibalbasa isyfiantasy-syafi...la syifa a illah syifa uka syifa an layu ghadiru saqaman." Dalam sehari semalam saja bengkak dipusat saya surut tidak bertahan. Serentak itu tokak di ibu lali kaki nenek saya juga mengecut macam terung dicelur air panas. Memang nenek dapat mengagak segala geruh yang ditempuhinya disebabkan melanggar pantang berbidan. Bukanlah sehari dua dia mengamalkan petua yang diturunkan oleh arwah emaknya sebelum jadi bidan kampung yang berpengalaman. Dia terpaksa ikut sama mencabut akar kayu buat ramuan ibu bersalin sebelum diturunkan amalan berbidan. Setiap akar kayu ditentukan khasiatnya biar hilangkan rengat gunakan akar pasak bumi pecahkan angin diramu dengan akar tutup bumi kalau senggugut pula carikan akar sangka buana. Nenek dilatih supaya mengenali setiap jenis akar sebelum diturunkan petua tidak boleh merentapnya diulang-ulang sekiranya tidak dapat dicabut sebaik sahaja digenjur sekali! Selepas tahu ramuan akar kayu barulah diajar amalan mengurut seluruh urat badan kalau dimasuki angin diurut songsang kalau sengugut diurut menurun kalau terkena angin bisa perlu dijampi sambar urat. Semuanya amalan yang diturunkan oleh arwah emaknya yang mempunyai pantang larang yang wajib dipatuhi. Setelah mahir fasal urut mengurut baharulah dia dilatih dengan menyambut bayi. Kalau sampai resa beri minum air selusuh jikalau songsang jampikan uri kalau disampuk syaitan nenek akan membakar kemenyan menyeru pendampingnya membantu. Disebabkan menyeru pendampinglah dia mesti mematuhi pantang larangnya biar sempurna segala amalan yang diturunkan kepadanya. "Kalau saya dah langgar pantang, cukuplah saya berbidan," tutur nenek perlahan sebaik sahaja tidak berdaya mengubat tokak di kakinya. Ketika ini dia sudah membakar menyeru pendampingnya bersemuka setelah menyedari dia melanggar pantang. "Kenapa awak bidankan anak sendiri?" gerutu Tok Syeikh menjelma didepannya dengan jubah serba kuning.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

75

"Habis nak biar je anak kawan beranak tak berbidan!" sahut nenek mencebek bibir meluahkan rasa hati yangmendongkol. "Tapi awak tak kerat pusat, awak juga tak mandikan bayi itu." ujar Tok Syeikh perlahan memujuk nenek kerana nenek tidak melanggar pantang larang yang ditetapkan. "Memang kawan tak langgar pantang, tapi kenapa tokak di ibu lali kaki kawan ni?" marah benar nenek disebabkan tokaknya belum surut setelah berminggu. " Hah, tokak awak bukan pasal langgar pantang." kata tok Syeikh menyakinkan nenek. "Jadi apa ke he nya?" nenek berang dengan riak Tok Syeikh yang tersengih-sengih memandangnya. "Awak terpijakkan tempat jembalang tanah berumah," ujar Tok Syeikh menuding ke arah ular hitam yang garang mengangkat kepala di tepi belukar tempat nenek menebas tapak semaian padi. "Kenapa Tok Syeikh tak lindungkan kawan?" lantas nenek menyindirnya kerana tidak dapat bertahan daripada gangguan syaitan yang menjelma menjadi ular hitam di tepi belukar. " Macam mana nak lindungkan, sebab awak lalai sampai terpijak tempat dia," dalih Tok Syeikh terpaksa berundur apabila ular hitam itu mahu menerkam ke arahnya. Sambil berligar-ligar Tok Syeikh terpaksa memukul kepala ular itu dengan tongkat buluh tumpat bewarna kuning. Terpelanting ular hitam itu akibat dipukul kepala hingga bergulung-gulung mengelepar. Tetapi ular hitam tidak mengalah sekalipun terkitai-kitai kepala selepas dipukul kuat. Tubuhnya beransur-ansur jadi asap debu hingga bertukar jadi perempuan tua dengan rambut beruban mengerbang serta muka berkerut hodoh. Belum sempat Tok Syeikh mara ke hadapan memukul tongkat buluh tumpatnya, perempuan tua itu menghentakkan tongkat batang bembannya hingga memancar api yang menyambar. Terpaksa Tok Syeikh undur ke belakang lantas membuka serbannya terus dikibaskan ke api yang menyala marak. Api yang marak itu bagaikan ditiup angin kencang meliuk kearah perempuan tua itu hingga hampir menyambar rambutnya yang mengerbang putih. Terdengah-dengah perempuan tua itu mengelak api. Terketar-ketar dia melompat ke atas busut hitam dalam keadaan termengah-mengah. "Nak berlawan sangat awak ni Tok Syeikh!" ejek perempuan tua hodoh itu melenggok-lenggok kepalanya laksana ular diterpa musuh. "Kalau awak nak cuba apa salahnya." sahut Tok Syeikh menghentak-hentak tongkat buluh tumpatnya. "Awak penghulu bunian, kenapa nak tolong Bidan Ibah ni?" terketar-ketar perempuan tua itu bersuara sambil mengerling nenek yang bersimpuh membiarkan asap kemenyan berlabun ditengah rumahnya. "Kenapa pulak awak jembalang tanah nak mengganggu dia.!" jerkah Tok Syeikh mengejeknya. "Selagi aku ada jangan cuba nak ganggu sahabat aku ini." dia memberi amaran menudingkan tongkatnya ke muka perempuan tua berambut putih mengerbang itu. Tertunduk perempuan tua itu apabila Tok Syeikh menuduhnya jembalang tanah. Saat ini dia tidak dapat menyembunyikan dirinya setelah nenek dapat membaca rahsia perempuan tua berkenaan. Apabila perempuan tua itu cuba memusingkan badan, Tok Syeikh menghembus ke arahnya, menyebabkan tiba-tiba sahaja jaring besi jatuh dari udara menyerkupnya.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

76

Terlalu marah perempuan tua rambut putih mengerbang itu disebabkan terkurung dalam serkup jaring besi. Puas diketuk-keuknya dengan tongkat batang bemban jaring besi itu tetap tersergam kukuh. Kemudian dia membongkok mengambil menggenggam pasir lantas dilemparkannya ke arah jaring besi itu hingga terpokah bagaikan cair dilebur ke tepi. Terkekeh-kekeh dia ketawa mengejek sebaik sahaja dapat membolos keluar daripada serkup jaring besi itu. Ketika ini Tok Syeikh membisikkan kepada nenek supaya membacakan “Unggun-unggun anggah-anggah datang nenek tongkat besi, terlanda engkau patah terpijak engkau mati, mata kamak mata kamu, kamu budang badang, siah kiri siah kanan siahkan kata aku, aku tahu asal kau jadi, darah ular sekati munur asal kau jadi, Yassin kata Allah, Yassin kata Muhammad, Yassin kata baginda Rasulullah, berkat la-ila haillallah hu....” Habis sahaja membaca jampi serapah yang diajarkan oleh Tok Syeikh, dia melihat Tok Syeikh berundur ke belakang . Perempuan tua rambut mengerbang putih itu terpinga-pinga apakala mendengar tanah bergegar bagaikan dipijak tapak kaki sebesar bukit. Nenek terus memejamkan mata membiarkan asap kemenyan melabun sehingga menyelubungi seluruh badannya. Di tengah-tengah gegaran tanah itu dia mendengar suara Tok Aji mendehem jauh di udara. Apakala nenek mendongak dia melihat Tok Aji berjalan di udara laksana berjejak di tengah halaman. “Saya tidak sanggup lagi lindungkan Bidan Ibah, Aji.” lemah sahaja suara Tok Syeikh menunduk sebaik sahaja Tok Aji tercegat di depannya. “Kamu juga makhluk Allah, tak berhak lindung sesama makhluk,” Tok Aji mengingatkan Tok Syeikh yang tersengih-sengih malu disindir. Tok Aji memang mengetahui sememangnya perempuan tua rambut putih mengerbang yang dipanggil jembalang tanah itu tidak akan mampu menewaskan Tok Syeikh, penghulu bunian itu. Tetapi Tok Syeikh sendiri tidak berupaya melindungkan nenek sekiranya diganggu. Kalaulah tidak disebabkan hati nenek cekal melawan gangguan itu nescaya dia juga tewas tidak dapat bertahan. Kemunculan Tok Aji secara tiba-tiba itu menyebabkan perempuan tua berambut putih mengerbang itu menggelisah tidak menentu. Tatkala dia cuba menghambur dari busut hitam kakinya tiba-tiba menjadi lemah. Menyeringai dia menampak gusi yang bergigi jarang laksana anjing disorongkan belantan ke rahang. “Aku bukan nak bermusuh dengan awak, Aji,” ujar perempuan itu ketakutan menjadikan kulit mukanya yang bertambah berkedut bertambah hodoh. Tok Aji tidak peduli apapun dituturkan oleh perempuan tua berkenaan. Dia merenung tepat muka hodoh perempuan tua tergolek ke tepi busut hitam terkial-kial berpaut disitu. Belum sempat dia bangun berdiri tegak, Tok Aji mengisar tapak tangan membacakan al-Ikhlas tiga kali menyebabkan perempuan tua itu terhenyak. Terketar-ketar dia memegang pinggangnya bagaikan patah dihentak kuat. “Nak bunuh aku ke Aji?!” rungut perempuan tua itu menyeka rambutnya yang beruban mengerbang hingga menutup muka. Tetapi Tok Aji tidak hiraukan gerutu perempuan tua berkenaan. Dia bacakan Ayatul Kursi 17 kali dihembuskan sekali gus ke muka perempuan tua itu, hingga tiba-tiba sahaja kulit mukanya cair bagaikan lilin dicucuh api. Kulit mukanya juga luruh laksana kertas buruk terendam di air yang diramas-ramas kasar. Apakala perempuan tua mahu meraba kulit mukanya biji matanya juga tersembul keluar menyebabkan dia menjerit-jerit tidak ketentuan. Tok Syeikh yang melihat kejadian itu juga

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

77

menjadi gementar hingga tidak berani bercakap sepatah pun. Sebaik sahaja tubuh perempuan tua melebur menjadi debu, nenek juga tersentak di tengah-tengah rumah. Bara tempat membakar kemenyan juga sudah padam menjadi arang. Terasa seluruh badannya berpeluh dengan ombak dada termengah-mengah. Usu Jusuh yang berbaring di serambi sekadar mendengar nenek merungut-rungut sahaja di tengah rumah. Jikalau nenek membakar kemenyan tengah malam memang Usu Jusuh tidak ambil peduli sangat. Dia tahu nenek menyeru Tok Syeikh datang menjelma sekirannya dia terdesak. Lainlah kalau nenek memanggilnya ambilkan air atau perkakas ubat-ubatan yang diperlukan barulah Usu Jusuh membantu. Bangun pagi esoknya nenek merasakan tokak di buku lali kaki nya tidak lagi berdenyut sakit. Bengkaknya juga sudah mula mengecut. Tatkala dia datang menjengah saya, memang nenek menghela nafas lega setelah melihat bengkak di pusat saya sudah seruh benar. Dia tahu memang Tok Aji yang doakan supaya bengkak di pusat saya cepat sembuh. Tidak lama selepas kejadian itu tiap-tiap malam pula saya kembung perut sehingga menangis santak dinihari. Gelabah juga emak dan ayah saya disebabkan kembung perut itu sampai keras macam kulit tabuh surau. Puas ayah saya doakan, tetapi kembung perut itu hanya reda untuk seketika sahaja. Tatkala saya tenar menangis, ayah saya bacakan sahaja surah al-Ikhlas sampai 100 kali. Habis sahaja ayah saya bacakan surah tersebut, lantas sahaja saya terberak tidak bertahan. Selepas terberaklah barulah saya tidur nyenyak sampai ke pagi. Tetapi malam itu esok pula kembung perut itu berulang kali. Kesal juga nenek kerana dia melanggar pantang larang berbidan, sekali pun Tok Syeikh memberitahu dia tidak melanggar apa-apa pantang larang yang ditetapkan kerana tidak memotong pusat dan tidak memandikan bayi. Macam manapun nenek tetap merasa dirinya bersalah menyebabkan saya sentiasa sakit sahaja semasa baru dilahirkan sampai berusia enam bulan. “Biarlah nenek tak berbidan lagi,” beritahu nenek selepas bertahun-tahun dia mengambik keputusan nekad berhenti terus menjadi bidan. Puas dipujuk orang-orang kampungnya, nenek tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan menjadi bidan lagi selepas sahaja saya dilahirkan. “Kenapa nenek mesti terima pantang larang?” sengaja saya mengusik apabila sesekali berkunjung ke rumahnya. “Hah, adat kita berbidan mestilah ikut pantang larang,” jelas nenek perlahan. “Kalau di hospital nak jadi bidan kena pakaian serba putih, jadi pantang larang inilah pakaian bidan kampung,” tersengih-sengih nenek macam sindir saya. Nenek percaya gangguan yang saya alami semasa kecil memang jelmaan jembalang tanah yang mengambil kesempatan apabila nenek melanggar pantang larang. Tetapi Tok Aji sekadar menjelaskan “Apapun penyakit datangnya daripada Allah S.W.T untuk menguji kesabaran hamba-hambaNya.” Kejadian yang saya alami itu memang tidak pernah saya tahu langsung. Kalaulah tidak diceritakan oleh nenek, manalah saya tahu kejadian pusat saya membengkak sebesar buah pinang masak menyebabkan pusat itu tersembul sebaik sahaja sembuh. Bimbang juga emak saya kalau-kalau bengkak berkenaan boleh menyebabkan perut berkulit lembut itu akan berlubang pesuk. “Tapi Allah mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi,” tutur nenek apabila kenangkan kejadian yang menimpa saya semasa baru dilahirkan dulu.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

78

Hinggalah nenek meninggal dunia memang dia tidak lagi mahu membidankan sesiapa sahaja, setelah dia nekad membuat keputusan. Tetapi ke mana pun dia pergi orang-orang kampung tetap memanggilnya bidan juga. Sebab itulah terkejut juga saya apabila Ngah Khatib yang sudah lama berpindah ke Segamat memberitahu fasal nenek saya menbidankan menantunya tengah mengerang sakit sebelum menjemput bidan klinik dijemput datang. Memang menantunya Mejirah dibenarkan bersalin rumah sahaja disebabkan bersalin kali kedua. Sebaik sahaja anaknya Sidin menunggang motorsikalnya ke klinik bidan yang bertugas sudah ke kampung lain untuk membidankan orang. Gelabah juga Sidin disebabkan seorang sahaja bidan bertugas di kampung berkenaan dalam masa dua orang ibu sarat mengandung hampir melahirkan anak. Terpaksalah Sidin berpatah berpatah balik. Setidak-tidaknya dia boleh meminta bantuan jiran-jiran supaya membawa isterinya ke hospital sahaja. Dalam keadaan senja semakin gelap, masih ada masa lagi kalau mahu membawa Mejirah ke hospital sahaja. Tatkala membelok masuk ke simpang kampungnya dari jalan besar, Sidin ditahan oleh nenek saya. Tergamam juga Saidin disebabkan dia kenal benar dengan ayahnya Ngah Khatib. Memang dia tahu ayahnya datang dari daerah yang disebutkan boleh nenek saya tetapi sudah lama dia tidak jejak kaki balik ke kampung. Semenjak berpindah dari kampung halaman ke Segamat, Ngah Khatib tidak pernah lagi jengah muka. Apa sangat yang mahu diharapkan dia sendiri tidak ada saudara mara setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Apalagi kedua ibu bapa menumpang di tanah nenek untuk tegak rumah semasa di kampung. “Eh, Mak Ibah buat apa ke Segamat ini?” terkejut juga Ngah Khatib apabila anaknya Sidin membawa nenek saya balik ke rumah bersamanya. “Aku nak ke rumah Angah, tak tahu di mana,” keluhnya pendek sambil menunjuk alamat saya sewaktu tinggal di Segamat beberapa tahun lampau. “Dia tinggal di sini ke?” terkejut juga Ngah Khatib apabila diberitahu saya ada di Segamat. Dia sendiri tidak cam muka saya walau terserempak sekalipun kecuali tahu sangat saya cucu Bidan Ibah. Alamat tempat tinggal saya yang ditunjukkan oleh nenek itu memang jauh dari kampung berkenaan. Masakan nenek boleh sampai tatkala malam sudah bertambah gelap. Lagipun tidak ada lagi bas melintas setelah lebih jam 5 petang. Disebabkan Merijah semakin sarat mahu melahirkan anak, Sidin tidak peduli sangat kedatangan nenek yang menjadi tetamunya. Dia gelabah mahu membawa isterinya ke hospital sahaja setelah meminta pertolongan jiran-jiran. Mereka terpaksa pula mencari kereta sewa di pekan kecil yang berdekatan sedangkan keadaan Merijah sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi. “Mak Ibah, tolong tengokkan menantu saya ini, “ desak Ngah Khatib cemas melihat keadaan Merijah. Nenek saya tidak meyahut. Dia mara kehadapan meraba-raba perut Merijah, Kemudian dia menggeleng kepala sambil bertutur perlahan, “ His, songsang kedudukan budak ini,” Lantas nenek meminta air segelas. Setelah dihulurkan kepadanya dia menghirup sedikit bagaikan terkumur-kumur, kemudian disemburkannya ke perut Merijah. Apabila tangannya membetulkan punggung bayi di dalam kandungan yang terdorong ke bawah, dengan menolak kepalanya ke bawah, tidak sampai beberapa minit Merijah selamat melahirkan bayinya. Macam manapun nenek enggan memotong pusat bayi. Terpaksa pula menunggu bidan klinik yang sudah

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

79

dipesankan oleh Sidin. Dalam masa beberapa minit sahaja bidan berkenaan sampai dengan termengah-mengah kerana dia tidak menyangka Merijah nak bersalin pada hari berkenaan. Tetapi dia tidaklah membantah setelah dibantu oleh nenek saya membidankan bayi berkenaan. Bidan klinik mengerat tali pusat dan memandikan bayi. Nenek bermalam juga di rumah Ngah Khatib sebelum esoknya berkeras mahu cari tempat saya tinggal. Tiga hari selepas Merijah selamat bersalin, Ngah Khatib mengajak anaknya Sidin mencari rumah saya. Dia percaya tentu nenek masih belum balik ke kampung. Terhutang budi benar dia pada nenek setelah membantu membidankan Merijah. Kalau nenek tidak datang dalam saat Merijah mengerang-ngerang sebelum bidan klinik sampai, memang Ngah Khatib mati akal. Apalagi Bidan Temah tidak berani membantu setelah meraba bayi dalam kandungan itu songsang. Kak Temah sendiri mendesak supaya Merijah dibawa ke hospital sahaja jika bidan klinik tidak sampai. Dalam saat cemas inilah Ngah Khatib berulang kali menyebut nama nenek fasal kemahirannya membidankan sekalipun bayi itu songsang kandungan. Tahu sangat Ngah Khatib disebabkan dia lama duduk di tanah nenek sampai berkawan rapat dengan Abang Taha anak angkat nenek. Tetapi Ngah Khatib tidak menyedari nenek tidak lagi membidankan setelah saya dilahirkan. Sehingga dewasa pun Ngah Khatib tak tahu nenek tidak berbidan disebabkan bekerja di estet. Hanya sekali sekala menjengah emak dan ayahnya sahaja semasa hidup lagi. Selepas kedua-duanya meninggal memang Ngah Khatib tidak balik ke kampung lagi. Hampir tak tercam saya sewaktu dia menjengah di halaman memberi salam. “Macam mana Ngah tahu saya tinggal disini?” hairan juga saya tiba2 dia terjengah lantas mempelawanya naik kerumah. Tersengih-sengih dia. Perkara dapat mana alamat tidak lagi penting setelah berjumpa setelah dua puluh tahun tak bersua menyebabkan masing-masing banyak berubah. Tubuh dia sudah gemuk dengan kepala botak di tengah dan beruban rambut di tepinya tidak sama sewaktu dia balik sekali sekala menjengah emak dan ayahnya. Lama dia mejengah-jengah kedalam rumah saya macam mencari seseorang, barulah Ngah Khatib memberitahu mengenai nenek membidankan menantunya Merijah. Kalau disebabkan nenek tidak memberi alamat tentulah dia tidak akan tahu dimana saya tinggal. “Ah, takkan nenek yang bidankan.” getus saya tidak percaya. “Betul ustaz, saya yang bawa dia naik motorsikal,”sampuk Sidin fasal terserempak nenek di simpang ke jalan besar selepas turun dari bas. “Nenek tak mahu bidankan orang lagi,”jelas saya selanjutnya. “Dia kata nak ke sini, tak ada dia datang,” Ngah Khatib bertanya setelah menunggu nenek tidak juga keluar. Barulah saya menghela nafas sambil beristighfar panjang menginsafi akan kebesaran Allah Azzawajalla. Terasa begitu kerdilnya diri di sisi Allah Yang Khaliq. Tidak saya sedari pelupuk mata digenangi air menahan terharu menyebak di dada. Apabila kenangkan seumur hidup tidak mahu lagi berbidan, tiba-tiba sahaja membantu menantu Ngah Khatib sewaktu lelaki itu berulang kali menyebut namanya. “Kalaulah Mak Ibah (nenek) ada tentulah tak susah Merijah nak bersalin,” tidak putus-putus Ngah Khatib menuturkan setiap kali melihat anaknya Merijah mengerang-ngerang kesakitan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

80

Sebab itulah tidak bertangguh lagi dia mencari tempat tinggal saya setelah nenek memberitahu akan ke rumah saya. Sekalipun Sidin mahu menghantarkan, tetapi dia sekadar menyuruh anak muda itu menjaga isterinya. “ Sebenarnya, nenek sudah meninggal lebih 15 belas tahun dahulu,” bisik saya perlahan menyebabkan Ngah Khatib tersentak tidak percaya dengan perjelasan saya. Ketika ini saya melihat pelupuk mata Ngah Khatib juga digenangi air mata.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

81

040. HARIMAU JADI PENJAGA DIRI Semasa sampai di rumah Haji Kawa langkah Mizah jadi perlahan apabila terasa dadanya mulai sebak. Kebetulan pula saya berjalan-jalan di depan rumah memerhatikan pokok mangga berbuah lebat, disebabkan Haji Kawa di bilik air mandi untuk tunaikan solat asar. Isteri saya di dapur menemani isteri muda Haji Kawa mengoreng cucur pisang. Ketika sampai di rumahnya Haji Kawa masih lagi tidur akibat keletihan. Kebetulan pula giliran dia bermalam di rumah isteri mudanya pada hari Rabu. Sebab itu saya berkunjung di rumahnya petang Rabu kerana bimbang tidak dapat bertemu dia. Sebaik saja Mizah memberi salam terus sahaja dia masuk ke pintu pagar kerana di sangkanya saya Haji Kawa. Tatkala bersalam dia membongkok sedikit seolah-olah mahu mencium tangan, tetapi segera saya tarik ke belakang. “Ini Tuan Haji Kawa ke?” Mizah tercegat di depan saya disebabkan tidak dipelawa masuk. Kebetulan dia datang seorang diri sahaja dengan berjalan kaki. Tentu rumahnya berhampiran dengan tempat tinggal Haji Kawa. Masakan dia tidak pernah bersua uka dengan Haji Kawa. “Bukan, saya pun datang nak jumpa dia,” beritahu saya masih juga tidak mempelawanya masuk ke rumah. “Saya datang dari Taiping,” ujar Mizah perlahan setelah menyedari saya bukan orang yang di carinya. “ Datang ke rumah anak saya di bawah tu, ada orang yang kata Tuan Haji Kawa ni boleh mengubat,” katanya ikut sama memerhatikan buah mangga yang lebat di dahan. “Emmmm... bolehlah cuba,” sahut saya tidak berganjak berdiri di bawah pokok mangga di depan rumah. “Abang ni sakit jugak ke?” Mizahmenatap muka saya sambil menekan-nekan dada menahansebak. “Saya datang nak ziarah kawan,” jelas saya mengajaknya masuk ke rumah sebaik sahaja Haji Kawa berdiri di muka pintu. Dia juga mempelawa tetamunya masuk ke rumah disebabkan isterinya sudah pun bersiap hidangkan minuman di dapur. Sudah menjadi kelaziman Haji Kawa pula kalau saya datang berkunjung ke rumahnya mesti jamah juga masakan isterinya. Tetapi isteri mudanya baru pertama kali saya bersua. Lainlah kalau isteri tuanya, sampai santak jam 11.00 malam pundia tidak akan membantah untuk memasak kalau saya datang berkunjung. Kadangkala terasa juga segan mahu menyusahkan dia apabila berkunjung ke rumahnya selepas habis Isya. Memang semasa belajar pondok pun Haji Kawa terlalu rapat dengan saya. Sampaikan kain baju saya direndam untuk dibasuh pun, dia sanggup cuci dan sidai ke ampai. Kalau memasak pun Haji Kawa rajin ke dapur. “Ustaz ni pun boleh ubatkan,” sengaja Haji Kawa bergurau sebaik sahaj tetamunya masuk ke rumah. Tetapi Mizah tidak peduli apa pun penjelasan Haji Kawa. Biarlah Haji Kawa sengaja berdalih memberitahu saya boleh mengubati penyakitnya, namun dia tetap harapkan Haji Kawa. Lagi pun tatkala keluar rumah dia sudah nekad mahu menemui Haji Kawa, sekalipun dia belum pernah bersua. Sudah beberapa orang dukun ditemuinya semasa di kampung, mereka menuduh Mizah terlangkah barang yang ditanam orang. Sebab itu dia merasa kebas paha apabila senja

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

82

menjelang. Kadangkala kebas di bahagian paha itu menyebabkan dia pitam kepala sampai terasa rumahnya berpusing ligat. Memang anaknya Lamiah sudah membawanya menemui doktor, tetapi tidak ada tanda tanda dia diganggu darah tinggi. Lamiah rela emaknya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya diganggu darah tinggi sampai pitam tidak bertahan. Apabila balik ke Taiping anaknya Mat Ripin berusaha juga menemui dukun sampai ke Sungkai, tetapi keadaan emaknya masih belum berubah. Mat Ripin bawa juga menemui bidan berurut seluruh badan kalau emaknya diganggu angin. Dua pagi bidan itu mengurutnya, dia pula termengah-mengah sakit menanggung hingga terasa sesak nafas. ‘Dah puas saya berubat Tuan Haji.” Tutur Mizah bergetar seolah-olah suaranya menahan debar yang kencang. “Hah, kalau sakit wajiblah berubat,” sahut Haji Kawa tersengih-sengih mengerling saya. “Sebab itu saya datang jumpa tuan haji,” ujar Mizah apabila kenangkan jiran anaknya Uda Lijah yang menyuruhnya ke situ. Sepanjang malam dia diganggu pitam, memang Uda Lijah dipanggil oleh Lamiah mengurut tengkok emaknya. Cemas juga Lamiah disebabkan seluruh tubuk emaknya sudah berpeluh sejuk bagaikan air mandi mayat. Uda Lijah sudah mendesak supaya dihantar sahaja ke hospital, tetapi Lamiah bertahan. Memang emaknya berpesan sangat supaya tidak tergesa-gesa dihantar ke hospital sekiranya sakit sampai jatuh pitam. Tahu sangat Lamiah mengenai penyakit emaknya sudah beberapa kali menganggu. Kalau tidak disebabkan hujan turun sebelum asar, Uda Lijah sudah berjanji mau bawakkan Mizah menemui Haji Kawa. Tahu sangat dia Haji Kawa datang ke situ hari Rabu atau Jumaat atau Ahad. Tiga hari itu sahaja dia bermalam di rumah isteri mudanya. Sebab itulah dia berjanji mahu hantar Mizah ke rumah Haji Kawa. Disebabkan Uda Lijah tidak datang jengah muka selepas hujan mulai teduh, tidak sabar lagi Mizah mahu menemui Haji Kawa. Dia sendiri camkan alamat rumah yang diberikan oleh Uda Lijah itu sampai termengah-mengah berjalan kaki. “Awak ni patut kurangkan berat badan,” ujar saya setelah melihat keadaan Mizah yang gemuk. Dia tidak menyahut, tetapi mengangguk lemah. Memang dia menyedari tubuh badannya semakin gemuk, sekalipun sudah cuba mengawal makannya. Tetapi perkara badan naik gemuk bukanlah disebabkan makanan dikawal , kadangkala tubuhnya menjadi lemah tidak bertenaga sekiranya dikurangkan sangat menjamah makanan. “Berapa umur awak sekarang?” Haji Kawa cuba mengagak. “Dah lima puluh umur saya ni, tuan haji,” jelasnya sambil mengusap usap dada. “Biarlah saya cuba dulu,” tegas Haji Kawa lantas memegang ibu jari kaki Mizah dengan membacakan: Innama illahukumullahhul lazi la-ilaha illa huwa, wasi’a kulla syai-in ‘ilman Tiga kali Haji Kawa mengulanginya, tiba-tiba sahaja Mizah menyentak menahan kesakitan. Tidak jadi Haji Kawa mahu meneruskan disebabkan Mizah termengah-mengah. “Macam mana rasanya tuan haji,” tersengih-sengih Miza merenung Haji Kawa yang tidak mahu meneruskan membaca doa-doanya. “Tak apalah, lepas isya nanti awak datang kalau rumahnya dekat,” ujar Haji Kawa seolah-olah mahu mengelak disebabkan saya baru sahaja menjejak kaki ke rumahnya. Belum pun sampai

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

83

berbual-berbual dengan saya kerana sudah lama tidak bersua, tiba-tiba sahaja ada tetamu datang minta doakan. “Apa kelengkapan yang perlu saya bawa?” soal Mizah mahu pasti barang-barang yang perlu dibawa bersama. Memang dia tinggal dalam kawasan kampung itu juga, bila-bila sahaja boleh datang kesitu. Disebabkan Haji Kawa memintanya datang selepas isya, tentulah memerlukan kelengkapan untuk dibawa sama. Tetapi Haji Kawa tidak meminta apa-apa. Disebabkan dia baru sahaja sampai di rumah isteri mudanya, biarlah dia berehat dahulu sampai selepas isya. Apa salahnya tetamu-tetamu datang selepas isya. Tidak perlu mereka menganggu petang-petang demikian. Tetapi Mizah tidak sabar menunggu selepas isya. Sebab itulah dia cari juga rumah Haji Kawa sebaik sahaja hujan lebat mulai reda. Setelah diubati oleh Haji Kawa, dia tidak terkilan apa-apa apabila disuruh datang selepas isya. “Tak payah bawak apa-apa, kita tengok dulu,” tutur Haji Kawa kerana dia belum dapat menentukan apakah kelengkapan yang perlu disediakan. Manalah dia tahu penyakit yang menganggu Mizah kalau tidak diuji terlebih dahulu. Tetapi dia sudah dapat mengagak Mizah memang diganggu syaitan, setelah dibacakannya doa tiba-tiba sahaja perempuan itu terjerit kesakitan. Biarlah ditunggu selepas isya sahaja baru dia bersungguh-sungguh ubatkan dengan berdoa. “Agaknya, apa penyakit saya ni Tuan Haji?” Mizah mendesak disebabkan tidak sabar mahukan kepastian. Lama sangat dia menanggung gangguan sejak arwah suaminya masih hidup lagi. Ketika arwah suaminya menderita sakit lumpuh, dia juga ikut sama termengah-mengah sesak nafas. Sebab itu sampai tiga minggu dia tidak dapat menjengah arwah suaminya di hospital, apabila dia juga terlantar diserang sesak nafas yang berterusan. Kelam kabut juga anak-anaknya kerana tidak tahu yang mana perlu dijengah apabila kedua-duanya serentak sakit teruk. “Arwah suami saya dulu memang banyak menuntut ilmu dukun,” beritahu Mizah masih tidak berganjak di kerusi sekali pun Haji Kawa akan merawatnya selepas isya. “Arwah suami awak dulu dukun ke?” tersenyum Haji Kawa apabila diberitahu demikian. Mizah mengangguk. Terbayang kesugulan diwajahnya apabila kenangkan suaminya sanggup berguru sampai lupakan rumah tangga. Semenjak ditukarkan ke Sabah, Derih Bauk sudah mula tumpukan masa belajar ilmu dukun. Sampaikan kawan-kawan yang sama bertugas di kem pun usik dia dengan memanggilnya dukun. Derih Bauk tidak peduli apa pun kalau kawan-kawan mengusiknya apabila balik ke kem. Biarlah mereka mahu panggil apa pun, asal sahaja dia tidak mengalah. Bukan mudah mahu mencari guru turunkan ilmu kalau tidak tahu memujuk. Memang sukar guru yang tinggi ilmu kebatinan mahu turunkan ilmu sekiranya tidak bersungguh-sungguh. Tetapi Mizah yang terkilan dengan sikap suaminya. Sampaikan di rumah tidak cukup barang keperluan Derih Bauk tidak peduli sangat. Dia mesti pastikan gurunya cukup barang-barang keperluan terlebih dahulu. Hanya selepas berhenti dari tentera baru suaminya amalkan berdukun. Dia sedia mengubati sesiapa sahaja apabila mereka meminta pertolongan. Apalah salahnya dia gunakan ilmu yang dituntut untuk membantu orang lain yang harapkan pertolongan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

84

Tidak lama selepas berhenti kerja itulah, Derih Bauk tiba-tiba jatuh di bilik air tatkala mahu amabil wuduk. Terkial-kial dia berpaut untuk berdiri semula, tetapi kakinya semakin goyah.Dia tidak dapat jejakkan kakinya lagi menyebabkan terpaksa memanggil isterinya. Cepat-cepat pula Mizah memapah ke bilik setelah Derih Bauk semakin tidak bermaya. Lama terlantar di hospital, Mizah terpaksa desak anak-anaknya menemui bomoh di Bidor. Jiranya yang beritahu mengenai bomoh muda yang sanggup mengubati penyakit diganggu syaitan itu. Belum pun ada umurnya 30 tahun, Mat Tauhid yang dikatakan bomoh di Bidor seperti diberitahu oleh jirannya. Perkara umur tidak penting pada Mizah. Masakan Mat Tauhid yang masih muda itu mengaku menjadi bomoh kalau dia tidak mampu mengubati orang. Macam mana pun dia perlu mencuba terlebih dahulu , biar Mat Tauhid menguji kemampuannya. Sewaktu Mizah bawa suaminya menemui Mat Tauhid, memang Derih Bauk sudah gelisah tidak menentu. Matanya garang merenung Mat Tauhid, seolah-olah tidak menyenangi bomoh muda itu. Kalaulah tidak disebabkan tubuhnya lemah, memang dia gagahi juga bangun meninggalkan tempat itu. Tersinggung juga dia dengan sikap isterinya bawakan dia menemui bomoh terlalu muda macam Mat Tauhid, salangkan dia sendiri bomoh juga. Tentu Mat Tauhid akan tercengang kalau mengalami kejadian di Sabah apabila mangsa gangguan syaitan hilang kemaluan. Kadangkala kemaluannya dialihkan ke dahi hingga bagaikan belalai gajah tergantung di situ. “Kita cubalah berikhtiar dulu,” Mizah memujuk suaminya supaya menurut sahaja kemahuan keluarga. Tetapi Mat Tauhid tahu yang tidak senang terhadap dirinya bukan Derih Bauk yang terkejang lemah. Tentu syaitan yang menganggunya sahaja mengaruk biar setiap orang bencikan Derih Bauk . Kalau dia sendiri tersinggung, tentulah Derih Bauk akan terbiar tidak diubati langsung. Apabila Mat Tauhid menepuk dahi Derih Bauk memang terasa kepadanya kesat seolah-olah mengusap kepala harimau. Semakin lama dia usapkan tangannya ke dahi Derih Bauk. Tiba-tiba sahaja lelaki itu mengerang-erang. Memang Mat Tauhid dapat mendengar erangan itu sama seperti ngauman harimau yang menggerunkan. Tentu Mizah tidak mendengar apa-apa selain dari erangan Derih Bauk sahaja. Dia juga melihat suaminya cuba mengerakkan badan, tetapi suaminya lemah tidak bermaya. “Dia berdamping dengan harimau ni, mak cik,” Mat Tauhid menjelaskan setelah mencuba mengubati lelaki itu. “Buatlah macam mana pun, tok dukun,” ujar Mizah memberikan kebenaran apa saja yang diperlukan oleh Mat Tauhid untuk melakukannya. “Kena buat berturut-turut malam mak cik,” lantas Mat Tauhid memberi pengakuan akan mencubanya. Mizah tidak peduli. Biarlah berturut-turut malam mereka anak beranak datang ke Bidor, asal sahaja penyakit suaminya boleh diubati. Tidak tergamak lagi dia membiarkan Derih Bauk menderita menahan kesakitan sejak berbulan-bulan. Sampai lebih seminggu Mizah datang ke Bidor membawa suaminya menemui Mat Tauhid. Setiap kali Mat Tauhid melakukan cara pengubatannya, memang Derih Bauk mengerang-ngerang tidak menentu. Kalaulah badannya boleh digerakkan, mungkin Derih Bauk akan bangun melompat.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

85

Tetapi Mat Tauhid tetap bersabar apabila memerangkap gangguan syaitan yang merasuk dalam diri Derih Bauk masuk kedalam botol yang disedakan. Puas juga Mat Tauhid menunggu dengan meletakkan botol di hujung ibu jari kaki Derih Bauk sambil amalkan pertuanya hinga Mizah nampak seolah-olah asap kuning masuk ke dalam botol. Selama empat belas hari Mat Tauhid mencuba, dia mengeluh pendek kerana dapat mengeluarkan penyakit mengikut petuanya hanya lima botol sahaja. Dia bagaikan kecewa kerana tidak dapat membantu Mizah memulihkan suaminya. “Banyak harimau yang dibelanya makcik,” keluh Mat Tauhid mendedahkan rahsia sebenar amalan Derih Bauk selama ini. “Saya hanya dapat tangkap lima sahaja,” jelasnya menatap muka Mizah dalam kehampaan. “His banyaknya,” Mizah juga hairan bagaimana suaminya sanggup amalkan ilmu yang tidak memberi manafaat demikian. “ Jadi, kita nak buat macam mana sekarang ?” katanya memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan kalau Mat Tauhid sudah mengalah. “Beginilah, makcik...” beritahu Mat Tauhid macam menasihatkan perempuan itu. “Kita serahkan pada ketentuan Allah, kalau nak diubati pun keadaannya dah teruk sangat,” tuturnya lembut untuk menyabarkan Mizah. Tetapi Mizah tidak bimbang apa. Kalau ajal suaminya sudah tiba waktu, siapa pun tidak boleh menghalang ketentuan Allah. Lagipun biarlah suaminya menemui ajal kalau dibiarkan menanggung beban yang berpanjangan. Dia sendiri tidak menduga terlalu jauh suaminya beramal hingga terpengaruh dengan gangguan syairan yang mahu memusnahkan manusia. Setelah dia membawa suaminya balik, memang anak-anaknya mendesak juga supaya dimasukkan semula ke hospital. Setidak-tidaknya masih boleh diberi bantuan kalau keadaan ayahnya dalam keadaan terdesak. Tetapi Mizah berkeras tidak mahu lagi berubat, setelah mendengar nasihat Mat Tauhid. “Mak tak boleh putus asa,” Lamiah ingatkan dia supaya tidak percaya sangat dengan pendapat Mat Tauhid. Lagi pun Mat Tauhid sekadar memberi pendapat dan bukannya keputusan yang mesti dipatuhi. “Penyakit ayah kamu bukan boleh diubat di hospital,” tegas Mizah kerana memahami keadaan sebenar yang menyelubungi diri suaminya. Manalah anak-anaknya tahu mengenai ayah mereka yang sanggup bertapa sampai ke gua semata-mata mahu amalkan ilmu kebatinan. Sewaktu Derih Bauk berkhidmat di Sabah, anak-anak mereka masih kecil lagi. Memang anak-anaknya tidak tahu mengenai amalan ayah mereka selama ini. Sebab itu kalau anak-anaknya sakit, Derih Bauk tidak perlu minta dukun ubatkan. Dia sendiri akan jampikan sampai anaknya sembuh betul. Biar kawan-kawannya dalam kem tuduh dia kolot kerana percayakan amalan demikian. “Kalau di hospital ayah dapat dirawat,” Lamiah terus mendesak. “Di rumah ni mak nak jaga macam mana, mak pun sakit.” Ujarnya kerana kasihan dengan keadaan emaknya yang semput termengah-mengah. Anak-anak lain juga bersetuju supaya Derih Bauk dimasukkan sahaja ke hospital. Tetapi Mizah tidak berganjak dengan keputusannya. Derih Bauk tidak perlu lagi dibawa ke hospital, setelah dugaannya memang mempunyai alasan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

86

Kalau Mat Tauhid tidak memberitahu mengenai tujuh belas ekor harimau menjadi pendamping Derih bauk, memang Mizah tidak syak apa-apa mengenai penyakit suaminya. Tetapi dia dapat mengagak kalau diserang angin ahmar, tentu suaminya masih boleh dipulihkan. Dia juga tahu mengenai angin ahmar yang dikatakan stroke kalau dibawa ke hospital. Guru agamanya sendiri sering kali ingatkan mengenai angin ahmar yang memang dihembuskan oleh syaitan yang dikenali oleh ahmar juga. Syaitan ahmar itulah menjadi punca kepada penyakit ahmar. Sebab itu guru agamanya akan doakan mereka yang mengidap ahmar dengan doa bagi menghalau syaitan ahmar itu. Ramai juga yang mengidap angin ahmar itu sembuh setelah didoakan oleh guru agamanya. Tetapi guru agamanya di Taiping itu sudah meninggal dunia tatkala Derih Bauk terkejang tidak bermaya. “Kita bacakan Yassin sahaja ayah kamu ni,” tegas Mizah setelah seminggu Derih Bauk dibawa balik ke rumah. Lamiah dan adik-adiknya terpaksa mematuhi keputusan emaknya. Dia tidak mahu emaknya terkilan sekiranya didesak juga untuk membawa ayahnya ke hospital. Hati emaknya juga perlu dijaga dalam saat keadaan ayahnya semakin membimbangkan. Sewaktu malamnya bersiap-siap untuk bacakan Yassin itulah Derih Bauk merungut dadanya panas bagaikan terganggang ke api. Dalam keadaan kelam kabut itu Mizah tetap dengan keputusannya untuk menjemput orang-orang surau bacakan Yassin. Biarlah suaminya megerang-erang sakit tidak mahu dibacakan Yassin, dia tidak mengalah lagi dengan keputusannya. Belum pun sempat orang-orang surau datang membacakan Yassin beramai-ramai, Derih Bauk sudah meninggal dunia. Dalam keadaan mengerang sakit dada akibat panas bagaikan diganggang ke api itulah dia menghembuskan nafas. “Macam itulah tuan haji kisah suami saya tu,” beritahu Mizah apabila kenangkan penderitaan arwah suaminya Derih Bauk, Memang hairan juga dia ketika itu, asal suaminya bertambah teruk, penyakit dia juga ikut pasang sama. Kadangkala terasa juga pada Mizah seolah-olah ajalnya bagaikan berlawan-lawan dengan suaminya. Kalau tidak suaminya akan menemui ajal tentu dia pula akan menerima padah. Selepas Derih Bauk meninggal dunia, penyakitnya mula beransur sembuh. Berulang kali juga dia menemui Mat Tauhid di Bidor. Tetapi setelah Mat Tauhid belajar keluar negeri, tidak tahu lagi Mizah bagaimana mahu menghubunginya. “Tak apalah lepas isya nanti, kita tengok macam mana nak buat,” jelas Haji Kawa. Ketika Mizah meninggalkan rumah, merungut juga Haji Kawa kerana masih ada tetamu datang. Sebuah motosikal berhenti dengan seorang lelaki bersama isterinya turun di tengah halaman. Tetapi isteri Haji Kawa tidak berapa senang dengan kedatangan lelaki itu, kerana sudah beberapa kali mereka datang ke situ lelaki berkenaan macam tidak gembira. Kalau tidak disebabkan isterinya berkeras mahu berubat memang lelaki berkenaan tidak akan jejak kaki ke situ. Isterinya mendesak asal sahaja dia tahu Haji Kawa balik ke rumah isteri mudanya itu. TEtapi dia tidak dapat mengelak apabila perempuan itu datang juga. Tersinggung juga Haji Kawa dengan sikap lelaki tersebut, namun dia terpaksa pendamkan di hati. Biarlah lelaki itu merungut marahkan isterinya datang ke situ, Haji Kawa tidak peduli apa. Dia pun tidak mengambil sesen pun duit pengeras kalau dihulur oleh perempuan berkenaan.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

87

“Petang ini saya tidak berapa sihat,” ujar Haji Kawa sebaik sahaja perempuan itu masuk, sementara suaminya masih tercegat di halaman rumah, “Lepas isya baru saya nak mulakan,” sengaja Haji Kawa berdalih kerana tidak mahu mendoakan perempuan itu kalau suaminya sendiri tidak mengizinkan. “Saya datang dari jauh ni, tuan haji,” perempuan itu dapat menangkap perasaan Haji Kawa disebabkan tingkah laku suaminya. Haji Kawa tersengih-sengih sahaja. Dia tidak menyahut apa apa kerana tidak mahu menyinggung perasaan tetamunya. Tentu tetamunya menuduh dia sengaja menghalau. Kalau menyuruh balik ketika itu juga kenapa tetapkan masa untuk berubat. Salangkan Haji Kawa sering ingatkan syaitan datang tidak tentu waktunya. “Kenapa suami awak tak masuk sama?” lantas saya bertanya apabila lelaki itu tidak berganjak di tengah halaman. “Dia tak mahu saya berubat di sini,” beritahu perempuan itu mendengus perlahan. “Kalau suami awak tak izinkan tak bolehlah,” sahut saya memujuknya supaya mengajak suaminya masuk sama dalam rumah. Terpaksa juga perempuan itu mara ke pintu menggamit suaminya masuk. Dalam keadaan serba salah lelaki berkenaan masuk juga, tetapi matanya melingas-lingas macam tidak puas hati. “Hah, saya sakit bukannya awak!” gerutu perempuan itu mencuit bahu suaminya suruh duduk. “ Awak tak suka tak apa, biar saya berubat dengan tuan haji ni,” keras suara perempuan itu membentak menyebabkan suaminya terkebil-kebil biji mata. “Kalau awak tak izinkan, kenapa awak hantar isteri awak ke sini,” sengaja saya mencelah disebabkan Haji Kawa tidak bercakap apa-apa. Lelaki itu juga tidak menyahut. Tetapi dia semakin resah duduk di kerusi sambil tangannya menggenggam erat tepi kerusi. Belum sempat Haji Kawa mempelawanya minum kopi yang dihidangkan, tiba-tiba sahaja lelaki itu terbatuk-batuk kuat. Matanya berubah menjadi merah dengan mulut berbuih-buih. Ketika itu saya nampak dia menelungkup dengan punggong diangkat ke atas. Terkejut juga perempuan itu melihat keadaan suaminya tidak semena-mena jadi demikian. Segera dia menepuk-nepuk bahu suaminya menyuruh duduk tetapi lelaki itu terus juga menelungkup di lantai. Haji Kawa juga bingkas bangun mahu membantu setelah lelaki itu tertonggeng dengan mulutnya berbuih-buih. “Hah, dengan ustaz bukankah dah kena!” Haji Kawa mengejek terus mengusap kepala lelaki berkenaan, lantas dia berdiri tegak menggamit saya. Saya sekadar mengangguk sahaja. Memadai saya memberi isyarat kepada Haji Kawa supaya tidak perlu tergesa-gesa. Biarlah saya perhatikan dulu keadaan yang menimpa lelaki berkenaan ketika itu. Perempuan itu juga hanya melihat suaminya sekadar menelungkup dengan punggung terangkat. Dia tidak menyedari saat ini lelaki itu sedang meneran ekor menjulur panjang sampai terjongket melibas-libas angin. Ketika mengoyang-goyang badan memang saya melihat kuku tangan lelaki itu memanjang. Kulitnya juga berubah sedikit demi sedikit berbelang menjadi harimau tua yang terkial-kial mengangkat kepala.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

88

“Kenapa ustaz?” bisik Haji Kawa menepuk bahu saya. “Apa yang ustaz nampak sekarang ni?” tersengih-sengih Haji Kawa apabila disedarinya saya merenung lelaki berkenaan tidak berkedip mata. “Kakak macam mana rasanya?” Wahati isteri muda Haji Kawa merapati perempuan berkenaan. Biasanya memang Wahati yang membantu apabila Haji Kawa mengubati perempuan itu. “Entah, seram sejuk aje rasa badan,” beritau perempuan itu sampai nampak badannya berpeluh menahan debaran yang menggoncang di dada. “Kakau ustaz ni ada, ringanlah sikit kerja saya,” ujar haji Kawa tersengih-sengih mengerling saya. Tetapi saya tidak menyahut apa-apa. Mata saya tidak berkedip melihat tubuh lelaki itu bertukar menjadi harimau belang hingga tercangkung di sisi isterinya. Tubuh harimau itu tidak mampu bergerak kuat, dengan sebahagian kulit belakangnya terpokah macam pisang diselak. “Aku dah cakap jangan datang, kamu degil juga!” gerutu harimau yang tercangkung itu mendongak memerhatikan perempuan di sisinya. “Bukankah aku yang sakit, terpulang pada aku di mana aku nak berubat,” tegas perempuan itu mencebik bibir. “Awak mana tahu, Naesah,” terangguk – angguk harimau yang tercangkung di depan saya itu. Tetapi Naesah sekadar melihat suaminya keluh kesah tidak menentu. “Apa pulak aku tak tahu, awak tak suka akan ke sini,” merungut panjang Naesah,” merungut panjang Naesah membantah sikap suaminya. “Cukuplah Naesah,” lantas saya ingatkan perempuan itu supaya tidak melayani lelaki itu. Kalaulah Naesah dapat melihat suaminya sudah bertukar menjadi harimau ketika itu, tentu dia melompat menjauhkan diri. Harimau itu tercangkung di sisi Naesah tidak dapat bergerak. Kulit belakangnya yang tersiat memang bahan didoakan oleh Haji Kawa tatkala mengubati Naesah. Saya dapat mengagak setiap kali Naesah datang ke situ, nescaya kulit harimau itu sentiasa tersiat hingga terpokah daging. Dia menderita kesakitan kalau Naesah berubat di situ. Tetapi Naesah tidak boleh bertahan akibat sakit-sakit seluruh badan, kalau suaminya Abu Sunoh demam sampai sesak nafas. Sebaik sahaja Abu Sunoh sembuh nescaya Naesah pula yang menderita disebabkan tulang belakangnya bagai reput kesakitan. Lama dia menanggung sakit sampai berminggu-minggu terasa seluruh badan macam ditusuk duri. Kalau sembuh pun buat sementara sahaja. Dia akan sakit-sakit lagi sekiranya Abu Sunoh demam beberapa hari. Kadangkala sampai berak darah Naesah menahan kesakitan tidak terhingga. “Sebenarnya yang sakit, Abu Sunoh,” tutur saya berpaling pada Naesah. Ketika ini harimau disisinya hanya mengeleng-ngeleng kepala dengan air mata. Tercengang Naesah apabila saya menuduh demikian. Terasa juga saya terlanjur menuturkannya kerana tidak diminta oleh Naesah mengubati dirinya. Tetapi saya kenangkan Haji Kawa yang sengaja menyembunyikan keadaan sebenar daripada Naesah kerana tidak mahu menyinggung perasaan suami isteri berkenaan. “Ustaz ni tahu keadaan suami awak tu,” lantas Haji Kawa menjelaskan perlahan. Kalau tidak disebabkan Haji Kawa memang saya juga tidak akan campur tangan. Lagi pun terharu juga saya melihat keadaan Abu Sunoh yang berubah menjadi harimau tercangkung di tengah

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

89

rumah. Ketika ini memang Naesah tidak tahu apa yang berlaku ke atas suaminya yang terangguk-angguk mendongak di sisinya. “Teruk sangat Abu Sunoh selama ini,” bisik saya mengerling Haji Kawa yang tersengih-sengih. “Susah nak pisahkan dia dengan Naesah,” beritahu Haji Kawa menyebabkan Naesah semakin tidak faham. Tentu dia merasakan Haji Kawa sengaja mahu memisahkan dia dengan Abu Sunoh. Tentulah sukar menerangkan kepada Naesah bagaimana gangguan yang merasuk Abu Sunoh itu tidak mahu berenggang daripada Naesah. Kemana saja Abu Sunoh pergi, gangguan tersebut akan tetap mendampinginya. Sebab itulah Naesah menjadi mangsa apabila Abu Sunoh cuba menjauhkan diri daripada syaitan yang menyerupai harimau itu. Apalagi Naesah sekadar melihat suaminya tercangkung dengan mengerang-erang di sisinya. Manalah dia tahu saat ini Abu Sunoh sudah tercangkung menjadi harimau yang luka parah. Dia cuba mengerakkan tubuhnya tetapi keadaannya bertambah lemah. Memang harimau yang terconggok depan saya itu tidak melawan apa-apa. Dia hanya terkebil-kebil mata sahaja mendongak saya. Tahu sangat saya dia meminta belas kasihan supaya tidak diserang bertalu-talu. Setiap kali Haji Kawa membacakan: Wa-in yamsaskallahu bidhurin fala kasyifa lahu illha huwa wa-in yurridka bikhairin falaradda lifadlihi Yusibu bihi maiyasya-u min ‘ibadihi wahuwal ghafurrur rahim Dan dihembuskan ke ubun-ubun Naesah, terpaksa Abu Sunoh melarikan diri. Dia terpaksa jauhkan harimau yang sentiasa mendampingi dirinya daripada terjahan api yang bertalu-talu. Puas juga Abu Sunoh mahu memisahkan dirinya dari harimau berkenaan, tetapi asal sahaja dia menghalaunya nescaya harimau berkenaan akan mendampingi Naesah pula. Manalah Naesah tahu mengenai harimau tersebut kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Abu Sunoh sendiri tidak tahu mengenai harimau berkenaan. Hanya sekali sekala menjelma dalam mimpinya apabila harimau tersebut menyuruh bertunggang di belakangnya. Kadangkala kalau Abu Sunoh bermimpi diperangkap musuh, sekonyong-konyongnya harimau itu menjelma menyelamatkannya. Memang dia tidak berupaya menghindar harimau berkenaan dari mimpinya. Apalagi setiap kali diganggu demam atau sesak nafas, Abu Sunoh merasa seolah-olah harimau itu menjelma laksana bayang-bayang menjilat seluruh tubuhnya. Setelah dijilat oleh bayang-bayang harimau itu Abu Sunoh kembali segar. Tetapi dia hairan isterinya Naesah pula mengidap sakit-sakit seluruh badan. Apabila Naesah berubat menemui Haji Kawa , entah kenapa Abu Sunoh pula merasa panas miang. Dia tidak dapat lama bertahan di rumah Haji Kawa menyebabkan tergesa – gesa mahu balik ke rumah. Sebab itu Wahati, isteri muda Haji Kawa menuduhnya tidak suka Naesah berubat ke situ. Asal sahaja dia terserempak Haji Kawa memang terasa bulu tengkoknya mengembang. Sekaligus pula hatinya tiba-tiba marah tidak menentu apabila menatap muka Haji Kawa. “Kalau tak kita jaga anak cucu, siapa lagi nak jaga?” berbuih-buih mulut harimau mendongak saya sambil tercangkung tidak bergerak langsung. Mengeluh perlahan Naesah setelah mendengar rungutan suaminya dalam keadaan mengerang-erang. Baru dia menyedari suaminya benar-benar dirasuk hingga suaranya terketar-ketar bagaikan orang tua.

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

90

Perlahan-lahan Naesah bangun meninggalkan suaminya yang tercangkung mengerang-erang. Bimbang juga dia kalau-kalau Abu Sunoh menerkam tidak menentu apabila terdesak. “Abu Sunoh bencikan aku !” tutor Abu Sunoh tergeleng-geleng kepala tetapi saya melihat harimau yang menjelma dihadapan saya itu ternganga – nganga mulut menyeringai nampakkan taring. “Kalau orang dah benci buat apa tunggu?” ujar saya mengejeknya lantas membacakan: “Rabbuka ilal-malaikati inni ma’akum pathabbitul lazina amanu sa-ulqi fi qulubillazina kafarur ru’ba fadribu fauqol a’naqi wadribu minhum kulla bananin” Habis saya bacakan doa itu dia menggeletar sampai terkapai-kapai tangan meminta belas kasihan. Luka di kulit tengah belakangnya kembali berdarah seperti kena sebatan cemati yang keras. Kesan birat di tengah belakangnya timbul melintang hingga memercik darah. “Aku nak jaga anak cucu aku, apa salahnya!” harimau itu ternganga mulut bagaikan merayu. Memang dia tidak mahu menggerakkan tubuh untuk menerkam ke arah saya. Dia sekadar menunduk dengan mulutnya berbuih-buih dengan lendir. “Buat apa kamu jaga Abu Sunoh, bukankah Allah lebih sempurna menjaganya,” lantas Haji Kawa membentak keras. Harimau itu mendengus-dengus tidak menentu. Matanya melingas –lingas mencari Naesah. Tetapi Naesah telah berlindung di belakang Wahati setelah menyedari suaminya dirasuk. Tatkala Haji Kawa azan tujuh kali di telinga Abu Sunoh dan diikuti dengan membaca Surah at-Tariq sebelas kali, harimau itu menekup dada terus tersungkur menggelepar. Saat ini Naesah melihat suaminya tertiarap dalam keadaan termengah-mengah. Apabila Abu Sunoh terkejang di lantai tidak bergerak-gerak laksana tengah nyenyak tidur tiba-tiba Naesah menangis tersengguk-sengguk. Dia mengeliat-geliat seolah-olah kesakitan di tengah belakang. “Janganlah halau aku Naesah,” sayu suara Naesah menangis seperti mahu berpisah. “Kamu tak berhak pada Naesah,” ejek Haji Kawa terus membacakan: Wamai yabtaghi ghairal islami dinan falan yuqbala minhu wahuma fl akhirati minal khosirin Hampir setengah jam barulah Abu Sunoh sedar semula. Dia bingkas bangun terpesat-pesat seperti bangun dari tidur. Keadaannya moyok akibat keletihan semasa tubuhnya bertukar sedikit demi sedikit menjadi harimau. Sebelum balik sempat juga Abu Sunoh memberitahu mengenai datuk saudaranya yang menjadi bomoh pernah memberikan dia keris usang tidak berhulu. Mata keris itu berkarat seolah-olah besi reput yang tidak berguna. Memang datuk saudaranya yang dipanggil Tok Ulung itu ingatkan dia supaya asapkan keris usangnya berkenaan dengan kemenyan setiap petang Jumaat. Tetapi Abu Sunoh tidak peduli sangat pesanan Tok Ulungnya. Malah keris usang itu diletaknya merata-rata sahaja tidak dijaga dengan baaik. Dia sendiri tidak tahu mengenai hubungan keris usang berkenaan dengan bayangan harimau yang sering menjelma dalam mimpinya. Lama baru Abu Sunoh menuturkan mengenai Tok Ulungnya yang beberapa kali ditemui orang kampung menjelma menjadi harimau. Tetapi dia semacam tidak percaya, kerana tidak pernah melihat Tok Ulungnya itu menjelma menjadi harimau.