ilmu makrifat tok kenali

79
Disebalik haid dan nifas Memang benar darah itu kotor. Usah kata darah haid, darah yang keluar dari kulit pun terbatal air sembahyang!. Hukum Allah dan hukum sunnah Rasul itu, tidak boleh kita pinda atau mengadakan sunnah yang baru!. Namun saya mahu mengajak tuan-tuan sekalian, supaya  jangan tertinggal  untuk melilhat bukan sahaja p ada kulitnya atau pada bu nyi syariatnya!. Syuariat rasul itu, hendaklah ditilik dan dilihat serta hendaklah dipandang pada sudut hakikat disebaliknya!. Walau bagaimanapun ia, ingin saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Sila  jawab dengan jujur. Darah haid yang keluar, telah dikelasifikasikan atau telah dianggap sebagai najis atau kotor, sehingga hukumnya kena mandi wajib!. Baiklah jika begitu keadaannya, bagaiamanapun disini, sukalah saya bertanya kepada sekalian yang ada. Sila jawab dengan jujur!. Darah haid yang keluar itu, telah dianggap kotor sehingga mewajibkan mandi junub!. Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan darah yang membeku atau darah yang terperanggkap didalam rahim? Darah yang masih belum keluar dan yang masih  berada didalam perut, apakah Allah tidak nampak?. Apakah Allah itu han ya nampak pada darah yang keluar sahaja?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jawab?. Apakah diantara darah yang keluar dan dengan darah yang didalam rahim itu berbeza?. Setahu saya ianya tidak berbeza, baik yang didalam mahupun yang diluar, ianya adalah juga darah yang sama juga!. Orang yang berpendidikan ilmu syariat, mereka berpenglihatan hanya untuk melihat sesuatu  perkara yang zahir atau hanya dapat mentafsir dari sudut luaran sahaja. Kebanyakannya dari mereka, rata-rata hanya dapat melihat dari sudut feqah dan mereka tidak tahu langsung untuk menghubung kait atau untuk merujuk sesuatu perkara itu, kepada penglihatan melalui sudut ilmu disebaliknya!. Baru-baru ini saya terbaca surat khabar yang negeri America berlaku banjir. Ramailah ustaz- ustaz dikaca talivision yang mengatakan bahawa itu, adalah laknat dari Allah, disebabkan kezaliman America. Berlakunya sunami dinegara Acheh, dikatakan bahawa Aceh negara yang  banyak maksiat. Allah nak mensuci maksiat di Acheh. DiAhfghanistan, diAzarbaijan yang berlaku gempa bumi, kenapa tidak mereka katakan untuk mensuci kemaksiatan?. Kebanyakkan ulamak kita sekarang ini, hanya tahu tuduh orang itu salah dan orang ini salah. Sedangkan mereka tidak nampak didalam rumah tangga mereka sendiri dan didalam diri mereka masing-masing, lebih zalim dari syaitan. Begitu juga dalam hal hukum hakam, hanya tahu melihat perkara zahir!. Disini, marilah wahai sahabat-sahabat sekalian, saya ingin berseru kepad a sekalian mana yang ada melayari laman web saya ini, cukup-cukuplah melihat yang zahir. mari kita berubah dengan melihat disebaliknya!. Berbalik kita kepada darah haid yang keluar dari rongga, kiasan Allah itu, “ bukan sahajamerujuk kepada darah, nifas atau air mani. Ia sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang boleh

Upload: rexteryx

Post on 11-Oct-2015

1.631 views

Category:

Documents


70 download

TRANSCRIPT

Disebalik haid dan nifasMemang benar darah itu kotor. Usah kata darah haid, darah yang keluar dari kulit pun terbatal air sembahyang!. Hukum Allah dan hukum sunnah Rasul itu, tidak boleh kita pinda atau mengadakan sunnah yang baru!. Namun saya mahu mengajak tuan-tuan sekalian, supaya jangan tertinggal untuk melilhat bukan sahaja pada kulitnya atau pada bunyi syariatnya!. Syuariat rasul itu, hendaklah ditilik dan dilihat serta hendaklah dipandang pada sudut hakikat disebaliknya!.Walau bagaimanapun ia, ingin saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Sila jawab dengan jujur. Darah haid yang keluar, telah dikelasifikasikan atau telah dianggap sebagai najis atau kotor, sehingga hukumnya kena mandi wajib!.Baiklah jika begitu keadaannya, bagaiamanapun disini, sukalah saya bertanya kepada sekalian yang ada. Sila jawab dengan jujur!. Darah haid yang keluar itu, telah dianggap kotor sehingga mewajibkan mandi junub!. Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan darah yang membeku atau darah yang terperanggkap didalam rahim? Darah yang masih belum keluar dan yang masih berada didalam perut, apakah Allah tidak nampak?. Apakah Allah itu hanya nampak pada darah yang keluar sahaja?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jawab?.Apakah diantara darah yang keluar dan dengan darah yang didalam rahim itu berbeza?. Setahu saya ianya tidak berbeza, baik yang didalam mahupun yang diluar, ianya adalah juga darah yang sama juga!.Orang yang berpendidikan ilmu syariat, mereka berpenglihatan hanya untuk melihat sesuatu perkara yang zahir atau hanya dapat mentafsir dari sudut luaran sahaja. Kebanyakannya dari mereka, rata-rata hanya dapat melihat dari sudut feqah dan mereka tidak tahu langsung untuk menghubung kait atau untuk merujuk sesuatu perkara itu, kepada penglihatan melalui sudut ilmu disebaliknya!.Baru-baru ini saya terbaca surat khabar yang negeri America berlaku banjir. Ramailah ustaz-ustaz dikaca talivision yang mengatakan bahawa itu, adalah laknat dari Allah, disebabkan kezaliman America. Berlakunya sunami dinegara Acheh, dikatakan bahawa Aceh negara yang banyak maksiat. Allah nak mensuci maksiat di Acheh.DiAhfghanistan, diAzarbaijan yang berlaku gempa bumi, kenapa tidak mereka katakan untuk mensuci kemaksiatan?. Kebanyakkan ulamak kita sekarang ini, hanya tahu tuduh orang itu salah dan orang ini salah. Sedangkan mereka tidak nampak didalam rumah tangga mereka sendiri dan didalam diri mereka masing-masing, lebih zalim dari syaitan. Begitu juga dalam hal hukum hakam, hanya tahu melihat perkara zahir!.Disini, marilah wahai sahabat-sahabat sekalian, saya ingin berseru kepada sekalian mana yang ada melayari laman web saya ini, cukup-cukuplah melihat yang zahir. mari kita berubah dengan melihat disebaliknya!.Berbalik kita kepada darah haid yang keluar dari rongga, kiasan Allah itu, bukan sahaja merujuk kepada darah, nifas atau air mani. Ia sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang boleh membatalkan ingatan kita kepada Allah!. Terutama semasa terkeluarnya sesuatu yang berupa air mani semasa bersama suami isteri!. Sesuatu itulah yang kebanyakannya bilamana keluar, akan terlupa dan terlalai kepada Allah.Saya mahu tuan-tuan tanya kepada isteri tuan-tuan. Apakah semasa keluar darah haid itu. apakah isteri kita lupa kepada Allah?. Dan apakah semasa kita derma darah, diketika darah kita dipam kelular dari badan itu, apakah kita lupa kepada Allah?. Setahu saya, ada kalanya isteri atau mak kita, tidak sedarpun darah (datang bulannya) sampai!.Disini, sebenarnya Allah nak meyampai pesan atau Allah nak memberi ingatan kepada kita bahawa disebalik cerita atau kiasan haid atau air mani itu, hendaknya jangan sekali-kali kita melupai Allah. Walau diketika mana. Biarpun diketika kita bergaul (bersekedudukan) bersama isteri!.Tidak ada contoh lain yang lebih tepat untuk Allah, memberi pengajaran kepada kita supaya kita dapat menilik maksud disebaliknya. Perkara yang boleh mendatangkan lalai atau lupanya kita kepada Allah itu, melainkan perkara yang terkeluarnya sesuatu dari rongga. Tetapi bukan sahaja merujuk kepada air mani atau darah haid!. Kiasan dengan sesuatu yang keluar dari rongga itu, adalah sesuatu yang melalaikan kepada Allah, seumpama kiasan bilamana kita bersama suami isteri.Setelah kita lalai kepada Allah, hendaklah kita bawa mandi!. Perkara mandi itupun juga, adalah satu kiasan. Kiasan kepada perkara mandi itu, adalah merujuk kepada membersihkan diri. Membersihkan diri itu pula, bukan bermakna mandi dengan menggunakan air. Bilamana orang lupa kepada Allah, kenalah mandi junub dengan melalui proses kembalikan semula ingatan kepada Allah Taala!. Kembalikan ingatan kepada Allah, itulah yang dikatakan air.Mandi junub itu, bukan sahaja bermaksud mandi dengan menggun air!. Maksud disebalik perkara mandi itu, adalah merujuk kepada membersihkan diri dengan megembalikan semula daya ingatan kita kepada Allah Taala. Megembalikan semula ingatan kepada Allah Taala.Maksud air itu pula, adalah merujuk kepada air penyerahan diri kepada Allah!. Membersihkan diri daripada lalai dan lupa kepada Allah, itulah maksud mandi junub, iaitu mandi dengan air penyerahan diri dan megembalikan semula ingat kepada Allah.Dikeranakan haid dan nifas juga secara kebetulan keluar dari lubang atau rongga yang sama, maka di kias atau diibaratkan juga kepada haid dan nifas!. Kita jangan pandang kiasan Allah, kiasan itu sebagai panduan syariatin. Kita hendaklah melihat disebalilk syariatin itu, masih ada mempunyai pengertian hakikotun!. Pengertian hakikotun disebalik keluar sesuatu dari rongga itu, adalah sesuatu yang boleh melalai atau melupakan kita terhadap Allah swt!.Faham apa yang saya perkatakan itu betul-betul. Itulah cara suluhan ilmu hakikat, dalam menentukan hukum!. amin drp hj shaari dan marilah kita sama-sama cari titik kebenarannya. Saya sekadar pencetus ungkapan, bagi kefahaman bahasa. Yang menilai itu, adalah diri tuan-tuan sendiri?.Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah. Tanggal 18hb Nor, jam 12.52 malam. Saya ada membaca pertanyaan dari para sahabat kita yang bertanyakan tentang mandi junub setelah didatangi haid atau Nifas.Sebelumnya, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan memahami terlebih dahulu konsep yang mensyaratkan kita mandi junub. Konsep asas yang mewajibkan kita mandi junub itu, adalah dari Hadis yang mengatakan bahawa Bilamana Sesuatu Yang Terkeluar Dari Rongga maka berhadaslah kamu (dalam keadaan kotor).Keluar sesuatu dari rongga yang berupa air kencing atau najis dari dubur itu, dikatakan hadas kecil. Manakala keluarnya sesuatu yang berupa air mani atau darah haid dan nifas dari rongga itu, dikatakan hadas besar.Dalam keadaan berhadas itu, ertinya dalam keadaan kotor atau dalam keadaan diri yang tak suci!. Asasnya dari Hadis keluar sesuatu dari ronggga, maka berbagai-bagai hukumlah timbul, mengikut fahaman mazhab masing-masing. Mazhap itu begini dan mazhab ini begitu.Jawapan Kepada Pembaca Yang Bertanya.Memandangkan keluarnya air mani, darah haid dan nifas itu, terkeluar dari lubang rongga yang sama, maka dihukumkan wajib mandi junub. Tidak adil kiranya air mani sahaja yang kena mandi junub, sedangkan air nifas dan haid juga dari ronggga yang sama itu juga, jadi ditetapkanlah kedua-duanya kena mandi junub.Sedangkan mengikut suluhan ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan atau mengikut sudut pendapat dari kaca mata ilmu makrifat, bukan air mani, bukan air kencing, bukan haid atau bukan nifas yang menjadi titik persoalan, yang menjadi persoalannya disini, adalah perkara yang disebalik itu!.Sesuatu yang keluar dari rongga belakang diistilahkan sebagai hadas kecil dan seauatu yang terkeluar dari ronggga hadapan dikatakan hadas besar?. Hadas itu, ertinya kotor. Lalu inginlah saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Mana lebih kotor, lebih cemar dan mana yang lebih jijik antara sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga hadapan atau sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga belakang?.Mana lebih besar kotornya antara air mani dengan najis tahi?. Bilamana najis tahi itu lebih kotor daripada air mazi (air mani), kenapa pula air mani (air mazi) itu dikatakan hadas besar?. Yang teramat kotor dikatakan hadas kecil dan yang teramat bersih dikatakan hadas besar?. Kenapa, kenapa dan kenapa?..Ini mengambarkan bahawa maksud sebenar yang tersembunyi disebaliknya itu, bukanlah merujuk kepada mani atau tahi dan bukan juga merujuk kepada haid atau nifas!Sandaran mandi junub, bilamana terkeluar darah haid atau nifas itu, adalah dikeranakan ianya secara berkebetulan terkeluar dari ruang rongga yang sama!. Biarpun dari rongga yang sama, maksud sebenar dari sudut kaca mata ilmu makrifat itu, bukan merujuk kepada terkeluarnya sesuatu, yang berupa cecair atau darah!.Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan kerana terkeluar sesuatu dari rongga. Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan ilmu makrifat itu, adalah kerana susuatu yang melalai atau sesuatu yang melupakan kita kepada Allah Taala.Perkara lalai kepada Allah itu, bukan sahaja tertakluk atau terikat semasa terkeluar sesuatu dari rongga sahaja. Yang menjadi kotor dan yang menjadi najis bagi Allah Taala itu, adalah bilamana diri kita itu lupa dan lalai kepada Allah. Tidak kira lupa kita kepada Allah itu, semasa waktu keluar air ke atau tidak keluar air!. Sebut sahaja lupa atau lalai kepada Allah, maka hukumnya diri kita itu, adalah berada dalam keadaan kotor dan berjunub!. Semasa terkeluar sesuatu atau semasa tidak terkeluar sesuatu. Lebih-lebih lagi lalainya kita itu, bilamana terkeluarnya sesuatu dari rongga semasa bersama suami isteri!.Lalainya kita itu, bilamana terkeluar sesuatu dari rongga semasa bersama isteri!. Itulah yang selalu berlaku pada kebanyakan kita!. Membuatkan diri kita itu benar-benar berjunub atau berhadas (diri dalam keadaan kotor). Kotor bagi Allah itu, bukan kerana najis tahi, air mani atau darah haid atau nifas. Kotor, najis atau berhadas bagi Allah itu, adalah bilamana diri kita dalam keadaan lupa dan lalai kepada Allah Taala!.Cuba tuan-tuan ambil kira najis yang berada didalam perut atau darah yang berada didalam daging. Najis darah atau najis tahi yang keluar ataupun yang belum keluar dari dalam jasad. Kedua-dua itu, adalah dari jenis darah atau tahi yang sama!. Kenapa pula bagi Allah itu, hanya nampak najis yang terkeluar sahaja, sedangkan najis darah yang belum keluar dari dalam perut itu, apakah Allah tidak nampak?. Yang didalam perut pun najis dan yang keluar dari perut pun adalah juga dari jenis spesis najis yang sama. Kenapa dalam perut tidak diwajibkan junub. Sedangkan najis yang sama dan darah yang sama, bilamana keluar sahaja dari tubuh, dikira najis yang menfardhukan kita supaya mandi junub?.Ini mengambarkan kepada kita bahawa najis atau kotor yang menjijikkan bagi Allah Taala itu, bukannya perkara didalam perut atau diluar perut, yang menjadi jijik dan kotor bagi Allah itu, adalah seseorang yang berkeadaan Lupa Dan Lalai Kepada Allah. Haid dan nifas menjadi pertimbangan mandi junub itu, adalah kerana sabit ianya berkebetulan terkeluar dari arah lubang rongga yang sama!.Siapakah disebalik solatSaya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua?. Apakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?. Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah?. Bialamana Allah bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?. Menduakan sifat Allah itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah, dosanya tidak akan diampun Allah?.Kiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapa kah yang mengerjakan sembahyang?. Cuba jawab?. Nak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. Nak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa?. Nak kata ada salah dan nak kata tidak ada pun salah. Nak kata ada, seperti tidak ada dan nak kata tidak ada ,seperti ada?. Bagaimanakah sudahnya pegangan kita?. Apakah kita kena beriktikad sepertimana biskutsnek (sekejap ada dan sekejap tidak ada)?. Cuba jawab?. saya pula nak tumpang belajar dengan tuan-tuan. Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada, apakah yang ada itu kita atau yang ada itu Allah atau kedua-dua ada atau sekejab ada kita atau sekejap ada Allah?.Siapa yang hendak mengerjakan sembahyang, kiranya diri kita sudah tidak ada. Kiranya tidak ada, kemana perginya diri kita?. Kiranya kita megaku yang diri kita ada dan Allah juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah!. Dimana tempat duduknya iktikad kita?. Beriktikad itu, biarlah putus, jangan main sekejap ada sekejap tidak ada?.Baiklah saya ingin bertanya lagi kepada tuan-tuan. Untuk mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan menggunakan anggota kaki. Kiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri!. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sila jawab dengan jujur!. Siapakah pemilik kaki kita?. Siapakah tuan pemilik sebenar anggota kaki kita?. Siapa pemilik sah kaki kita?. Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita?. Cuba jawab?.Bilamana tertulis didalam geran, tercatat dengan nama nama Ahmad atau bernama Ahad sebagai tuan punya yang sah disisi undang-undang tubuh, apakah tergamak kita hendak mengaku yang kaki itu, milik kita?. Apakah kita boleh tukar nama didalam geran asal dengan penama baru dengan sesuka hati?.Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri?. Cuba jawab?Tentu tuan-tuan takut nak jawab yang kaki itu, kaki Allah!. Mana mungkin Allah ada kaki?. Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah, kaki siapakah yang tuan-tuan pakai?. sila jawab?.Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, sudah memeningkan kepada kita. Lagu mana kalau saya tanya lagi anggota-anggota lain, lagilah pening. Sebelum betul-betul pening, saya serahkan jawapan kepada tuan-tuan, agar bertambah pening!..saya sendiripun pening untuk menjawab dengan cara yang sebaik mungkin dan dengan cara yang benar-benar fatonah!.Manakah Sebenar-Benar Yang Dikatakan Al-Quraan?.Al Quraan itu, adalah Firman Allah. Firman Allah itu, adalah kalam Allah. Kalam Allah itu, adalah kata-kata Allah. Manakah yang dikatakan kata-kata Allah?. Kata-kata Allah itu, tidak berupa huruf dan tidak berupa suara!.Yang kita baca sekarang ini, adalah bersifat huruf dan bersifat suara!. Yang kita tatapi didalam tulisan yang berupa dakwat dan kertas itu, bukan Quraan. Itu kertas dan itu berupa dengan rupa dakwat!. Apakah kata-kata Allah itu kertas dan apakah kata-kata Allah itu dakwat?. Apakah kata-kata Allah itu, berupa angin suara yang keluar dari halkum?. Cuba jawab solah saya?Apakah Quraan (kata-kata) Allah itu, boleh hangus bilamana dibakar, boleh basah bilamana direndam?. Apakah kata-kata Allah itu, terzahir hanya melalui kedua bibir mulut sahaja?. Apakah alam ini tidak menzahirkan kata-kata Allah?. Cukupkah hanya bibir dan cukupkah kertas yang mengambarkan kalam Allah (kata-kata Allah)?. Cuba jawab?.Kata-kata Allah itu, kalam Allah, kalam Allah itu Firman dan Firman Allah itulah Al-Quraan. Tapi manakah sebenar-benar Al-Quraan. Sayapun mahu belajar dengan tuan-tuan, sila tuan-tuan kemukakan pendapat?.Setahu saya yang bodoh lagi dungu ini, kalam Allah itu, tidak berupa suara bibir, tidak berupa tulisan tangan manusia, tidak berupa dakwat cina. Tidak boleh dicetak oleh kilang percetakan (printing). Kata-kata Allah itu, setahu saya tidak ada huruf dan tidak ada suara!. Bingung saya dibuatnya. Saya sudahlah bingung, bertambah lagilah dengan bingungnya, bilamana Quraan itu ada suara dan ada huruf, boleh dibakar dan boleh dikencing oleh muda mudi sekarang.Muda mudi kita sekarang ini, sebagaimana yang kita baca melalui surat-surat khabar, dimana muda mudi kita sekarang ini telah mengadakan pesta ditepi pantai untuk memijak-mijak Al-Quraan, kencing Al-Quraan, siram dengan air arak dan bakar Al-Quraan. Apakah begitu hinanya kalam Allah disisi mata masyarakat sekarang?. Apakah tidak boleh Allah jaga kalamnya sendiri?. Cuba jawabManakah menghilangnya sebenar-sebenar kalam Allah?, yang suci, yang bersih dan yang mulia?. Ayat Al-Qurran itu, biarpun ianya berupa kertas dan bertulisan dengan dakwat cina, ianya masih teramat mulia dan dan suci lagi berkat!.Kebesaran Ayat Quraan Yang Berupa Huruf (Tulisan)!.Ada satu cerita yang saya dengar dari ayahnda saya, pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin merantau ke negeri orang. pada kebiasaannya orang dahulu, bilamana hendak keluar dari kampong, untuk merantau ke negeri orang, selalunya terlebih dahulu minta doa restu dari orang-orang alim atau orang-orang keramat!.Pergilah anak muda ini megadap guru seorang yang alim. Sesampainya beliau dihadapan guru orang alim itu, lalu berkatalah ia bahawa kedatangannya kesitu, adalah bertujuan untuk mendapatkan azimat atau lebih dikenali sebagai tangkal.Orang alim itupun menghulurkanlah kepada anak muda itu, sekeping kertas azimat yang sangat kecil dan nipis. Guru orang alim itu, berpesan kepada anak muda itu, supaya azimat yang diberi itu, jangan sekali-kali dibuka dan jangan sekali-kali dibaca!.Lalu bawalah anak muda itu, akan azimat tadi dengan rasa penuh tanggung jawab dan dengan harapan yang tinggi, boleh menyelamatkan beliau dari segala rintangan musuh.Sesampainya beliau dikalangan anak-anak muda yang lain sekampong dengannya yang sama-sama pergi merantau, lalu berbual-buallah dikalangan mereka. Salah seorang menceritakan bahawa orang alim itu, beri azimat kepadanya berupa kain selendang yang panjang, bertulisan ayat-ayat Al-Quraan yang dililit di kepala dan ada yang dililit dipinggang dan sebagainya.Semua azimat kawan-kawannya semuanya besar-benar dan panjang-panjang belaka, yang boleh dibuat lilit kepala dan yang boleh dibuat lilit pada tubuh. Sedangkan azimat yang diterima hanyalah sekeping kertas kecil dan nipis, sebesar lebih kecil dari ibu jari.Timbullah keraguan dan syak wasangka buruk dalam hatinya. Kenapa orang lain semuanya besar-besar azimatnya sedangkan dia berupa kertas yang kecil. Lalu timbul dalam hatinya untuk membuka kertas tersebut!. Pesan guru orang alim dulu, tidak boleh dibuka atau dibaca akan azimat yang diberinya. Namun rasa tidak puas hati, telah mengatasi rasa bertanggung jawab.Lalu dibukanya azimat itu. Apa yang dilihatnya, hanyalah sebutir tulisan jawi yang berupa huruf wau. Lalu kecewalah hatinya melihat hanya sebutir huruf wau. Sedangkan azimat orang lain panjang, berjela-jela. Lalu timbullah rasa tidak puas hati dan kecewa dengan pemberian guru orang alim itu dalan hatinya.Lalu dicampak atau dilemperkanlah huruf itu. Dengan secara-tiba-tiba kertas yang bertulis dengan tulisan huruf wau itu, terbang bagaikan wau (layang-layang). Itu sebab orang Kelantan sebut layang-layang itu dengan panggilan wau (wau bulan).Cerita ini, bagi mengambarkan kepada kita, bahawa Al-Quraan itu, biarpun berupa sekeping kertas yang bertulisan dari tangan makhluk manusia, namun keberkatan, kebesaran dan kemuliaan Al-Qurraan itu besar. Apa lagi kiranya kita tahu mana sebenar-benar Al-Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara?.Saya di zaman kanak-kanak, telah dipesan oleh Datuk perempuan saya, supaya bilamana kita jumpa Quraan yang koyak, hendaklah kamu telan. Lalu dimana saya jumpa surat Al-Quraan yag koyak (yang koyaknya kecil-kecil), saya ambil kertas Quraan itu, lalu saya telan. Banyak kali saya jumpa Quraan koyak, maka banyak kali juga saya telan.Namun sayangnya, saya masih juga buta huruf. Semasa saya darjah enam, saya tidak pandai membaca rumi, apa lagi membaca jawi. Sampai tingkatan satu, baru saya pandai membaca rumi.Pada suatu hari, lingkungan umur saya darjah lima, Datuk perempuan saya seorang peniaga. Beliau ada kedai kecil di pekan batang merbau. Dari kedai ke rumah, lebih kurang dua batu atau satu kilometer kalau sekarang. Beliau nak naik bas balik ke kampong jelakong, dari pekan batang Merbau. Beliau suruh saya lihat papan tanda di hadapan bas, samaada bas itu menghala ke arah Jeli atau ke arah Gua Ipoh.Lalulah bas dihadapan kami, sayapun lihatlah tulisan papan tanda di hadapan bas. Apa yang saya nak baca atau apa yang saya nak eja bacaan, sedangkan saya tidak pandai menulis dan tidak pandai membaca!. Saya ingat dan saya agak-agak bahawa bas itu, akan menghala ke arah Jeli. Tiba-tiba bas itu membelok ke arah Gua Ipoh. Apa lagi, anginlah Datuk saya. Dimarahnya saya di hadapan orang ramai. Saya merasa sangat malu.Satu lagi cerita, dalam masa darjah lima atau sekarang dipanggil tahun lima, saya suka kepada seorang murid perempuan darjah tiga di kampong Batu gajah (Kg Batu Gajah Kelantan, bukan Batu Gajah Ipoh Perak). Dikeranakan saya tidak pandai menulis, saya suruh ketua darjah yang namanya Azmi bin Hassan, untuk menulis surat bagi pihak saya. Saya sebut, lalu kawan saya itu tulis. Sayapun gunalah apa yang ditulis itu, beri kepadakekasih, buah hati saya diwaktu itu, dengan rasa bangga yang saya itu pandai menulis kononya.Dari situlah timbul rasa mahu menulis. Dorongan dari rasa cinta moyet dikala itu, mendorong dan membawa saya mula belajar menulis dan membaca, biarpun secara meranggkak.Dulu sekolah darjah lima ada peperiksaan penilaian darjah lima. Apa lagi masa tiba masa peperiksaan, bilamana saya dapat kertas, sayalah orang yang paling hebat, kerana telah dikurniakan ilmu laduni. Allah anugerahkan saya ilmu laduni yang tidak ramai di antara kelas itu yang mendapat ilmu laduni itu, kecuali saya.Sesampainya kertas soalan, sayapun guna sepenuhnya ilmu laduni saya, maklumlah ayah sayakan Tok Guru ilmu makrifat yang handal lagi bijak serta alim. Sayapun apa kurangnya, kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Sebagai mana bapak, sebegitulah anaknya.Laduni itu, saya guna sepenuhnya dengan tidak perlu membaca soalan (maklumlah anak Tok Guru makrifat). Saya cuma guna cara laduni. iaitu cara meneka mengikut sedap rasa!. Rasa sedap A, saya hantam A, rasa sedap C saya hantam C. Nak baca tak pandai, apa yang hendak dibaca, saya tidak pandai membaca, apa lagi, main teka sajalah (hantam sajalah, kata Tan Sri P.Ramli). Orang lain belum siap, saya lah diantara murid yang paling awal siap.Sesekali malu rasanya saya buka pekong didada. Tapi cerita saya ini, bukan cerita kosong, yang mencari jenaka, tetapi cerita saya ini, adalah cerita dari kisah benar, bagi menjadi tauladan kepada kita semua. Bahawa Al-Quraan itu besar dan hidupnya mukjizat. Al-Quraan itu, biarpun cuma sekadar kertas, tetapi mukjizatnya adalah teramat besar!.Sesampainya saya ditingkatan satu, sayalah orang yang tidak lekang dengan buku (ulat buku). Tidak dapat baca buku, pegang bukupun jadilah. Dari tingkatan satu itulah, saya mula mengumpul bahan-bahan pertuturan yang keluar dari mulut ayahnda saya, untuk dijadikan kitab sebagaimana yang tuan-tuan baca sekarang ini.Cerita yang saya kisahkan diatas, bukanya apa, sekadar bagi menunjukkan setelah menelan beberapa keping Quraan Koyak, mungkin kerana itulah makanya saya boleh menulis kita makrifat yang jarang orang boleh!. Ini bagi mengambarkan bahawa Al-Quraan yang koyak, yang berupa kertas dan tulias ndengan dakwat cina itupun ada mukjizatnya, apa lagi kiranya kita bertemu dengan al-Qurran yang tidak berhuruf dan tidak bersuara!.Dalam satu ceramah yang saya adakan, ada orang minta saya cerita kisah hidup saya, tapi saya malu untuk menceritakan kerana banyak kisah buruk berbanding baiknya dan banyak kisah bodoh berbanding cerdiknya!. maaklumlah kanak-kanak nakal!.Habislah cerita itu, mari kita berbalik pula kepada ilmu mencari Quraan yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. manakah sebenr-benar Al-Quraan?. Sila jawab.Jam 7.16 petang 19hb Nov.Jam 8.21 tanggal 20hb Nov. Mari kita sambung mencari Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara!. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, kenapa perlu mencari Quraan yang tidak berhuruf?. Apa tidak cukup lagikah Qurraan yang sedia ada?.Yang ada baris, ada sebutan, ada ejaan, yang boleh dibaca dan yang boleh didengar melalui telinga?.Saya nak tanya tuan-tuan, kenapa perlu mencari Quraan yang tidak berhuruf?. Sedang Baginda Nabi Rasulullah Junjungan kita Muhammad sendiri, tidak mampu untuk membacanya, sehingga beliau mengigil!. Sedang Baginda sendiri boleh mengigil tubuh anggota jasad bilamana membacanya, apa lagi kita?. Apakah tuan-tuan mampu?. Sedang Baginda Rasulullah sendiri tidak mampu dan tidak sanggup untuk membacanya, apakah tuan-tuan sanggup?.Nasihat saya kepada kalian, tidak perlulah bersusah payah mencari susah!. Orang sekarang tidak berani untuk menerima susah!. Orang zaman sekarang , mahunya senang dan mahunya yang mudah sahaja. Untuk itu, baca dan hafallah Quraan sedia ada sekarang, yang mudah dibaca dan mudah dieja!. Buat apa nak susah-susah cari yang susah dan buat apa payah-payah nak mencari yang payah!. Buat apa nak menyusahkan diri, nak buat kerja bodoh!.Orang dulu kebanyakannya bodoh, tidak seperti orang sekarang. Orang sekarang ramai yang cerdik pandai. Jadi jangan diikut orang bodoh sebagaimana bodohnya ulamak-ualamak terdahulu!.Sekarang jam menunjukkan pukul 8.33 pagi tangal 20hb Nov, apakah tuan-tuan masih berkesanggupan untuk mencarinya?..Jam 9.43 tanggal 20hb Nov. mari kita sambung sedikit lagi tentang Al-Quraan. Sesetengah tempat, Allah menggunakan bahasa Al-FURQAN!. Al-Furqan itu, bermaksud cahaya yang dapat membezakan antara yang haq dengan yang batil.Bagi sesiapa yang membaca Al-Quraan (Al-Furqan), yang tidak tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yag batil, bermakna mereka-mereka itu, bukanlah membaca Al-Quraan!. Mereka yang membaca Al-Quraan itu, adalah mereka-mereka yang tahu dan pandai untuk membezakan mana satu yang haq dan mana satu yang batil!.Yang haq itu, adalah yang kekal dan yang batil itu, adalah sesuatu perkara yang bersifat binasa!. Bilamana kita membaca dengan yang haq, bacaan yang batil itu dengan sendirinya akan terbinasa. Bilamana terbinasanya bacaan yang bersifat zahir, maka disitulah hati kita akan ditembusi dengan cahaya haq, yang terang benderang, menerangi dan menyinari hati sanubari.Cahaya haq itu boleh jatuh kedalam lubuk hati kita, bilamana cahaya haq itu jatuh kedalam lubuk hati kita, ianya boleh melenyapkan perkara yang batil, seumpama meleyapkan perkara was-was, syak, zam atau waham terhadap Allah!. Disitulah datangnya lapang. Lapang dada, lapang hati dan lapang jiwa. Bilamana lapang dan terbuka, disitulah nantinya akan bertapak masuknya cahaya Allah ke dalam hati. Kelapangan hati atau kelapangan dada itu, akan datang bilamana tidak ada lagi rasa ragu atau was-was!.Setelah lenyap perkara yang batil, disitulah timbulnya lapang,terbuka, lawas, terang, berseri dan bercahaya alam ini dengan cahaya Allah. Untuk menjatuhkan kelapangan cahaya haq ke dalam hati kita itu, hendaklah terlebih dahulu kita tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil itulah erti atau maksud Al-FURQAN!.Dan itulah juga pengertian lapang dada!. Bilamana dada sudah menemui lapang, disitulah hati kita terasa sejuk, damai, aman, senang, rasa sejahtera, rasa gembira dan rasa terhibur dengan Firman-firman Al-Furqan atau Al-Quraan..Selagi kita baca Al-Quraan, selagi tidak kita tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yang palsu, yang batil, yang batal, yang baharu dan yang muhadas, selagi itulah kita bukan membaca Al-Quraan atau membaca Al-Furqan tetapi sekadar membunyi dan memperdendangkan suara.Bilamana kita tahu membezakan yang haq dengan yang batil, itulah Al-Furqan atau Al-Quraan. Persoalannya disini, bagaimana untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil?. Bagi sesiapa yang tidak mengenal diri, tidaklah ia dapat untuk membezakan antara yang Qadim dengan yang Muhadas (antara yang kekal dengan yang baharu).Oleh itu, untuk mengenal sebenar-benar Al-Quraan atau Al-Furqan itu, hendaklah terlebih dahulu belajar mengenal diri!. Setelah kita mengenal diri, dengan sendirinya diri kita tidak ada. Setelah diri tidak ada, yang ada itu hanya Allah. Bilamana yang ada itu, hanya Allah, maka siapakah yang bersuara dan siapa yang berbunyi dan siapa yang berkata-kata?. Setelah diri tidak ada, apakah lagi ada bunyi, apakah lagi ada bersuara dan apakah lagi ada berhuruf?. Berhuruf, bersuara atau berbunyi itu, bilamana adanya diri. Setelah diri tidak ada, dari mana lagi datangnya suara atau, dari mana lagi datangnya huruf dan dari mana lagi datangnya bunyi untuk membunyikan bacaan Al-Quraan?.Itulah makanya, ingin saya nyatakan dengan sebenar-benarnya disini bahawa, barang siapa yang tidak kenal diri, tidaklah ia mengenal Al-Quraan!. Melainkan sekadar bacaan bagi mengeluarkan bunyi!.Al-Quraan itu, adalah bahasa Allah, iaitu bahasa Allah untuk memperkenalkan sifat diriNya!. Al-Quraan atau Al-Furqan bukannya bahasa untuk memperkenalkan perkara yang baharu atau perkara muhadas (perkara yan binasa). Al-Quraan adalah bahasa Allah untuk memperkenalkan kepada kita yang bahawasanya Dia itu Tuhan dan Dia itu Allah Yang Qadim lagi Esa (satu)!. Setiap ayat, setiap baris dan setiap patah huruf itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan bahawasa diriNya itu, adalah Allah!. Jadi bagi sesiapa yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, disitulah kita akan kenal apa itu Al-Quraan dan apaitu Al-Furqan, yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara!.Tuan-tuan dan puan-puan yag dirahmati Allah sekalian. Di antara 99 nama Allah yang disampaikan kepada Nabi Besar Junjungan kita Muhammad Rasullullah itu, ada satu yang tersembunyi. Itulah yang dikatakan 99 nama Allah, satu yang tersembunyi!.Sampailah masanya untuk saya memperjelaskan nama Allah yang keseratus. Yang selama ini, dikatakan satu yang tersembunyi. Satu nama Allah itu, sebenarnya tidak tersembunyi. Sesungguhnya 99 nama Allah yang tersembunyi itu, sebenarnya tersembunyi Ia dalam yang satu!. Bukan satu yang tersembunyi, tetapi tersembunyi dalam yang satu!. Apakah yang satu itu?. Sebelum itu, terlebih dahulu marilah saya bawa tuan-tuan mengembara bersama-sama saya untuk melayari lautan hairan.Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Untuk megetahui satu nama Allah yang tersembunyi itu, mari saya bawa tuan-tuan kepada satu Firman Allah dalam surah An-Nur : 35. Yang bermaksud;Allah itu, nur cahaya kepada langit dan bumi. Seumpama lubang yang tidak tembus. Dalam lubang itu, ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seumpama bintang yang bercahaya, seperti mutiara yang dinyalakan dari pohon zaitun, yang tumbuh tidak di timur dan tidak di barat.Yang minyaknya menerangi, walau tidak disentuh api, perumpamaan cahaya di atas cahaya. Allah bimbing sesiapa yang dikehendaki dan Allah menjadikan perumpamaan itu bagi manusia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya!.1) Langkah satuAllah itu cahaya, iaitu cahaya langit dan bumi. Perumpamaan itu, memperkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu satu!. Dari zat yang satu, sifat yang satu, afaal yang satu dan dari (asma) nama yang satu, maka terlihat dan terpandanglahnama-nama yang banyak!.2) Langkah duaNama-nama yang banyak itu, sebenar tersembunyi asalnya didalam nama satu!. Asal nama yang satu itu, seumpama lubang yang tidak tembus. Cuba tuan-tuan lihat pelita lama yang diserkup dengan cermin kaca. Pelita minyak tanah zaman dulu, kita pasang, kiranya tidak diserkup dengan cermin kaca, ianya tidak terang. Selepas kita serkop ia dengan cermin kaca, baru ia bercahaya terang. Jika tidak diserkop dengan cermin kaca, pelita itu, tidak terang. Selepas diserkop dengan cermin, barulah ia kelihatan bercahaya dengan terang.Di sini, saya mahu tuan-tuan lihat dan perhatikan, setelah cermin diserkopkan, barulah pelita itu tadi bercahaya. Apa yang hendak saya ketengahkan disini, saya mahu tuan-tuan cuba perhatikan kepada cermin kaca pada pelita!. Cuba tilik, lihat, renung, fikir, kaji, bayangkan dan pandanglah, bagaimana cahaya dari sumbu pelita yang satu itu tadi, boleh menembusi cermin kaca?.Bagaimana cahaya boleh tembus atau menembusi cermin?. Inilah yang hendak diterangkan melalui Firman diatas!, iaitu seumpama lubang yang tidak tembus. Cermin tidak ada lubang, jika adapun lubangnya yang diatas itu, adalah bagi mengeluarkan asap, bukan untuk mengeluarkan cahaya!. Bagaimana cahaya boleh menembusi cermin kaca yang tidak ada lubang?.Nama cahaya yang satu itu, kiranya kita dapat lihat, tersembunyinya ia disebalik cermin kaca yang tidak tembus (cermin kaca yang tidak ada lubang) !. Nama atau cahaya yang satu itu, sebenarnya tersembunyi ditempat terang yang tidak ada hijab! (tidak ada lubang). Hijabnya hanyalah cermin kaca yang tidak ada lubang!, sungguhpun tidak ada lubang tetapi cahayanya tetap menembusi!. Sungguhpun cermin itu tidak ada lubang, tetapi cahayanya boleh kelihatan dan cahayanya itu sesungguhnyaboleh melewati dan menebusi cermin.Di dalam cermin itulah, nama yang satu itu tersembunyi!. Cuba tuan-tuan tilik diri sendiri. Tubuh kita itu, diumpamakan cermin kaca. Di dalam cermin kaca (tubuh) itu, adanya cahaya, tempat tersembunyi dan terhimpunya nama yang satu!.Apakah cahaya atau nama yang satu itu?.Dari jam 4.15 pagi, sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6.12 pagi, saya ingin berhenti sekejap bagi menunaikan fardhu subuh. nanti kita sambung lagi membicarakan tentang manakah hilangnya satu nama Allah yang tersembunyi!.aminJam menunjukkan pukul 7.32 pagi, mari kita sambung semula perbicaran kita tentang satu nama Allah yang tersembunyi.Tuan-tuan dan puan-puan yang rahmati Allah sekalian. Terima kasih kepada semua yang menjawab web side makrifattokkenali.com. Namun kebanyakan dan rata-rata memberi jawapan bahawa nama Allah yang tersembunyi itu, adalah roh atau Nur Muhamad.Sebenarnya roh dan Nur Muhamad itu, bukan Allah dan bukan nama Allah yang tersembunyi!. Selagi bernama dan selagi ianya berlafaz, itu bukan Allah dan bukan nama Allah yang tersembunyi!.Allah itu bukan huruf, bukan bunyi, bukan panggil-panggilan, bukan ada dengan suara, bukan ada huruf, bukan ada dengan panggilan-panggilan melalui bunyi. Allah bukan benda, bukan ain, bukan berjirim dan bukan berjisim!.(Maha Suci Allah dari sebarang tamsil dan jangkauan)Allah itu, bukan nama. Barang yang masih bernama, itu bukan Allah. Nama Allah itu sendiri pun, bukan Allah!. Allah itu, adalah Allah yang sehingga sampai kepada tahap tidak lagi bernama (tiada lagi terpanggil-panggil). Itu barulah sebenar-benar Allah. Itulah sebabnya Allah yang benar-benar Allah itu, tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim!. Yang tidak terpanggil dan yang tidak lagi tersebut itu, itulah baru Allah yang sebenar-benar Allah!. Itulah baru Allah yang sebenar-benar satu dan Allah yang sebenar-benar Esa dan itulah nama Allah yang tersembunyi!. Yang tersembunyi itu, itulah sebenar-benar Allah yang Maha Esa lagi Tunggal!. Tapi dimana untuk mencarinya?. Untuk mencari dan untuk megetahuinya, ikutilah risalah ini dengan penuh cermat!.Bukan mudah nak saya lepaskan nama Allah yang tersembunyi itu, dengan sebegitu mudah. Rahsia barang yang mahal itu, perlu ada nilai (perlu dibayar dengan harga yang mahal). Perlu melalui jalan sulit, sukar dan bukan mudah nak saya buka rahsia ini, sewenang-wenangnya. Tanpa terlebih dahulu melalui jalan sulit dan jalan susah, sebagaimana sulit dan susahnya saya dan para guru-guru terdahulu untuk mendapatnya !.Ketahuilah oleh mu, wahai sekalian pembaca yang budiman, betapa susah, jerit, getirnya dan sulitnya guru-guru terdahulu untuk mendapat nama Allah yang tersembunyi!. Untuk mendapatkan jawapan nama Allah yang tersembunyi itu, guru-guru terdahulu, bukan mudah dan bukan senang. Ianya terlebih dahulu perlu melalui peringkat-peringkat seumpama, memperhambakan diri pada alam, melalui jalan pertapaan, bersuluk, berzikir dan berpuasa sekian lama, untuk mendapatkan nama Allah yang tersembunyi!. Masakan saya lepaskan tuan-tuan dengan hanya menekan satu butang (dihujung jari) untuk mendapatnya!.Barang yang senang dapat itu, adalah barang yang mudah dilupa!. Untuk mengetahui betapa susah dan betapa payahnya saya dan guru-guru terdahulu untuk mendapat nama yang tersembunyi itu, ayoh mari kita sama-sama harungi sebagaimana mungkin dan sebagaimana kemungkinan yang mendatang. Ayoh ikut saya!.Mari, ikut bersama-sama saya meneroka, melayari dan mengharungi bahtera saya ini dengan sabar!. Tapi harus diingat bahawa, bahtera saya ini, bahtera yang tidak ada layar, tidak ada bekal, tidak ada angin untuk menolaknya. Bahtera saya ini adalah hanya sebuah bahtera buruk yang kosong!, kosong dan kosong!Mahukah tuan-tuan bersama bahtera buruk saya?. Sedangkan masih banyak lagi diluar sana bahtera yang cantik, elok, besar, cukup dengan kelengkapan meriam, bedil, panah, senjata tajam dan makanan-makanan yang enak-enak?. Kenapa perlu ikut bahtera saya?. Cuba jawab?.Selagi tuan-tuan tidak jawab saya, sekali lagi saya akan mendiamkan diri?. Jam menunjukkan pukul 8.13 pagi tanggal 20.Nov, saya ingin bertanya dengan jujur, kenapakah perlunya tuan-tuan ikut bahtera saya yang kosong?..Kunci memahami nama yang tersembunyiKunci untuk memahami nama yang tersembunyi itu, hendaklah tuan-tuan berhati-hati memahami kiasan cahaya di dalam cahaya. Cahaya yang di dalam pelita yang ditelungkop dengan cermin kaca, cahaya itu sekarang berada didalam cermin, tanpa ada lubang sedikitpun, ianya masih lagi boleh menerangi sampai keluar. Itulah pengertian cahaya di dalam cahaya. Di dalampun cahaya dan di luar cermin pun cahaya. Walaupun dihijab, disempadankan atau walaupun di dinding cahaya itu dengan cermin (diri), namun cahaya tetap masih boleh tembus keluar cermin. Di dalampun cahaya dan di luarpun cahaya!. Cahaya di dalam cahaya dan cahaya di atas cahaya!.Kerana adanya cermin, membuatkan cahaya bertambah terang. Cuba tuan-tuan buang cermin, api menjadi malap. Bilamana cermin ditelungkopkan atas pelita, cahaya bertambah terang. Cermin tidak boleh menghalang cahaya dari tembus keluar!. Sebabnya di dalam cahaya dan di luarpun cahaya!. Faham dan camkan baik-baik!.Saya mahu tuan-tuan baca balik ayat diatas, berulang kali!. Sekarang berhenti membaca setakat ini dan baca semula ayat di atas!.

Tanggal 3hb Dec. bersamaan hari isnin, pukul 1.15 tengah hari. Bilamana satu hari suntuk yang bermula dari semalam, saya mengambil peluang untuk membaca reply/feedback yang tuan-tuan kirim, yang selama ini belum kesempatan untuk saya membacanya. Terpanggil untuk menjawab persoalan manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!.Setelah saya buka dan baca feedback yang dikirim oleh para peminat ilmu kosong saya, sesungguhnya saya sendiri terperanjat dan terkejut, bilamana mendapat tahu yang bahawasanya ramai sahabat-sahabat diluar sana begitu menanti-nanti jawapan ini dan ada yang mengharap dan mendoakan supaya saya jangan berhenti dari terus berkarya!. Syukur kepada Allah swt, rupa-rupanya setelah saya melihat cartapembaca, mereka-mereka yang membuka laman web saya ini, pada tanggal 3hbDec jam 1.29 tengah hari, ianya sudah mencecah kepada angka 40,561 orang pembaca.Betapa ramainya orang diluar sana yang mengkagumi dan menilai secara diam ilmu makrifat Tok Kenali!. Tok Kenali adalah dikenali melalui ilmu makrifatnya bukan dari ilmu kekuatan berjalan atas air, tembak tak meletup atau keretapi tak boleh berjalan selagi beliau tidak naik atau kekuatan memasukkan kembali ulat yang jatuh dari daging kakinya!. Kekuatan atau kehebatan Tok kenali itu, adalah ada pada ilmu makrifatnya!.Ilmu makrifat itu, bukannya harta pusaka, yang boleh diturunkan kepada anak cucu!. Ilmu makrifat itu, adalah milik Allah, yang diturunkan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya!. Biarpun muridnya ramai,anak atau cucu serta keturunannya ramai, namun belum tentu mendapat bahagian dalam ilmu ini!.Alhamdullilah, seorang putera yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook, peranakan Banggol Cica Pasir Mas Kelantan, yang membesar dan menetap di Tumpat Kelantan, berkesempatan menuntut ilmu dengan beliau (Awang Mohd Yusuf Kenali) sesudah sedari kecil menuntut ilmu dengan Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman nama asalnya).Saya Hj, Shaari yang sedang berada dihadapan hati tuan-tuan sekarang, adalah anak kepada Hj. Mohd Yusof Cik Wook, generasi ketiga ilmu makrifat Tok Kenali kelantan. Namun ilmu saya, tidak hebat sebagaimana ilmu tuan-tuan, melainkan ilmu saya itu, hanya sekadar ilmu perumpamaan tin yang kosong!.Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab satu nama Allah yang tersembunyi itu, izinkan saya untuk bertanya beberapa soalan?.1) Soalan pertama: Manakah lebih besar dan manakah yang lebih afdal, antara nama Allah yang tersembunyi berbanding dengan Allah itu sendiri?.Saya mohon dan minta sangat-sangat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjawab soalan saya. Sesiapa yang sedang membaca blog ini, supaya jawab terlebih dahulu soalan yang saya kemukakan, sebelum meneruskan bacaan karangan ini!. Jika tuan-tuan inginkan keberkatan ilmu dan barokah guru-guru terdahulu, sila patuh dan ikut apa yang saya sarankan ini!. Barulah mendapat barokah dan barulah beroleh kefahaman ilmu makrifat dengan izin Allah!.Selalu kita dengar orang mengadu, bahawa mereka tidak faham bilamana mempelajari ilmu makrifat. Sebab apa setengah dari setengahnya mengadu tidak faham, sedangkan orang lain boleh faham?. Sebab mereka tidak faham adalah kerana mereka tidak patuh kepada saranan guru!. Untuk itu, bagi mendapat barokah faham, ikut dan patuhlah setiap apa yang saya sarankan. Itulah cara guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya. Inilah cara, kaedah atau berfatonahnya guru-guru terdahulu dalam mendidik anak muridnya. Sedari kecil saya mengikuti syarahan atau ceramah ayahnda saya, beliau juga sebelum berceramah bab ini, beliau bertanyakan soalan yang sama sebagaimana saya tanya kepada tuan-tuan sidang pembaca yang budian sekalian!. Oleh itu, sila jawab setiap pertanyaan saya. Sekarang saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, mana lebih besar antara nama Allah yang tersembunyi dengan Allah itu sendiri?. JawabSeandainya jawapan tuan-tuan itu, memihak kepada Allah itu sendiri lebih besar berbanding nama yang tersembunyi, kenapa dahulukan nama berbanding tuan yang empunya nama?. Untuk itu, sepatutnya kita pelajari dulu tuan yang empunya nama. Dengan mempelajari dan mengenali tuan yang empunya nama, dengan sendirinya nama yang tersembunyi itu, tidak lagi bersembunyi!. Seandainya kita kenal kepada tuan yang empunya badan, dengan sendirinya samaada nama yang tersembunyi, mahupun nama yang nyata, pasti akan datang sendiri!.SEUMPAMA PERUMPAMAAN API!2) Persoalan kedua: Sekarang saya mahu tuan-tuan sebut perkataan api!. Dengan menyebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Cuba jawab pertanyaan saya?. Sebut perkataan tajam, apakah dengan sebutan nama tajam itu, ianya boleh mendatangkan luka?, Cuba jawab pertanyaan saya?..Apakah yangbesar, apakah yang lebih dan apakah yang ada pada nama?. Nama tidak boleh mendatangkan bekas?. Begitu juga dengan nama Allah, baik nama nyata, apa lagi nama Allah yang tersembunyi!. Apa ada pada nama, nama bagi Allah itu, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas dan tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan!, melainkan Allah itu sendiri!. Saya bertanya lagi, apakah tuan-tuan ingin mengejar nama atau tuan-tuan ingin mengejar tuan yang empunya nama?. Sila jawab?Baiklah, sekarang bagi sesiapa yang ada mancis api, saya minta tuan-tuan nyalakan dan cuba tuan-tuan sentuh, apakah tuan-tuan merasa panasnya api?. Semasa tuan-tuan sebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Ini bagi menunjuk dan membuktikan kepada kita bahawa, apa yang ada pada nama. Cuba jawab, apa ada pada nama?. Itulah makanya, saya sarankan supaya tuan-tuan mengenal panasnya terlebih dahulu, baru nama api itu menyusul sendiri.Bukan panas yang tersembunyi di sebalik nama api, sesungguhnya nama apilah yang tersembunyi disebalik panas!. Kita nak kenal api, mari kita kenal panasnya dulu. Sebelum mengenal nama, mari kita kenal orangnya terlebih dahulu!. Sesudah mengenal sifat panas, nama api itu, akan menyusul dengan sendiri. Mari kita kenal Allah terlebih dahulu, baru satu nama Allah yang tersembunyi akan menyusul dengan sendiri!.3)Pertanyaan ketiga: Cuba sebut perkataan kaya, apakah dengan menyebut perkataan kaya, bermakna duit sudah bertaburan di hadapan mata kita?.Cuba sebut nama harimau, apakah dengan menyebut nama harimau itu, mendatangkan hati tuan-tuan merasa takut?. Cuba sekiranya tuan-tuan berdiri di hadapan harimau, biarpun tuan-tuan tidak menyebut nama harimau, beranikah tuan-tuan berdiri di hadapan harimau dan berdiri di hadapan tuan yang empunya nama (iaitu berdiri di hadapan harimau itu sendiri)?. Mana lebih besar, mana lebih afdal dan mana lebih berfungsi di antara nama dengan tuan yang empunya nama!. cuba jawab.Makanya, apalah yang ada pada nama!..Semua orang berkejar-kejar mencari nama yang tersembunyi!. Sedangkan tidak ramai yang menilik bahawa terlindungnya nama yang tersembunyi itu, hanya di sebalik tubuh tuan-tuan sendiri. Sayangnya tidak ada orang yang mahu melihatnya!.Seumpama saya yang bernama Hj. Shaari, kebanyakannya orang-orang di luar sana hanya mengenal saya melalui nama. Sekiranya saya berdiri dihadapan tuan-tuan sekalipun, tuan-tuan tidak dapat menyedari kehadiran saya. Sekiranya tuan-tuan kenal tuan yang empunya nama, sesungguhnya tuan-tuan tidak lagi perlu kepada menyebut nama. Tak tahu nama saya sekalipun, tuan-tuan boleh tahu yang saya itu hj. Shaari. Begitu juga diri Allah berbanding nama Nya, Betul tak?, sila jawabUntuk megetahui satu nama Allah yang tersembunyi, mari kita belajar terlebih dahulu mengenal tuan yang empunya nama, barulah satu nama Allah yang tersembunyi itu, tidak lagi akan teresmbunyi, malahan ianya akan menyusul sendiri dengan nyata. Betul tak?Sebelum mengenal satu nama Allah yang tersembunyi, apa kata kita timbulkan kembali terlebih dahulu batu yang tenggelam!. Kita belajar terlebih dahulu cara-cara memotong batang pokok di dalam benih!. Mahu tak!.sila jawab?..saya tidak lagi mahu berahsia dengan tuan-tuan, kali ini saya akan jawab, manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!. Tetapi dengan syarat. Syaratnya, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mempelajari ilmu menimbulkan kembali batu yang dicampak ke dalam air, supaya ianya dapat kembali timbul di permukaan air dan mempelajari ilmu menebang batang pokok di dalam benih?Apakah tuan-tuan nak tahu, bagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang tenggelam?. Apakah tuan-tuan mahu tahu cara-cara menebang batang pokok di dalam benih?Ayoh mari kita sama-sama ikuti cerita seterusnya. Bukan mudah nak saya lepaskan satu nama Allah yang tersembunyi, melainkan tuan-tuan terlebih dahulu melalui proses-proses berikut;BAGAIMANA CARA UNTUK MENIMBULKAN BATU YANG SUDAH TENGGELAMBagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang telah dicampakkan ke dalam sungai?. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab soalan ini, terlebih dahulu ingin saya ajar tuan-tuan cara-cara, kaedah atau langkah pertama untuk menimbulkan batu!. Cara atau kaedah pertama untuk menimbulkan batu, tuan-tuan kena jawab terlebih dahulu persoalan berikut!.Di antara penadol dan Allah, siapakah yang meyembuhkan penyakit dan siapakah yang melegakan penyakit sakit kepala?. Cuba jawabSudah tentu sebagai umat Islam, jawaban kita itu memihak kepada Allah!. Sebagai umat Islam, sudah barang tentu, kita akan menjawab yang bahawasanya Allahlah yang menyembuh dan menghilangkan rasa sakit kepala. Jika itulah jawapan serta keputusan tuan-tuan, saya ingin ajukan satu lagi persoalan,Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan yang budiman serta yang bijak pandai sekalian. Seandainya tuan-tuan tidak menelan penadol, apakah sakit kepada kita itu, boleh hilang?. Cuba jawabSetelah kita menelan ubat penadol, barulah sakit kepala kita itu, akan mula beransur pulih. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, apakah sakit kepala kita itu, boleh hilang sekiranya kita tidak menelan penadol?. Hilangnya sakit kepala kita itu, disebabkan kerana Allah atau kerana penadol?. Cuba jawab secara jujur dan secara rasional?. Jika kita tidak menelan penadol, apakah sakit kepala kita itu boleh hilang?. Kenapa setelah kita menelan penadol atau ubat pain keller, penyakit atau kesakitan kita itu boleh beransur pulih?. Cuba jawab?Setelah menelan penadol, sakit kepala kita boleh hilang, apakah hilangnnya sakit kepala kita itu, kerana ubat penadol atau kerana Allah?. Hukum akal yang waras, semua orang akan mengatakan yang menghilankan sakit kepala kita itu, adalah penadol!. Bilamana kita mengatakan penadol yang boleh menyembohkan sakit kepala, bererti kita sebagai umat Islam, telah membelakangi Allah dan telah mensyirikkan Allah!.Sekarang kita sedang berada di dua persimpangan!. Nak kata Allah yang meyembuhkan, ternyata yang meyemboh dan yang menghilangkan penyakit pening kepala kita itu, adalah penadol. Nak kata penadol salah dan tak kata penadol pun salah!. Kita sekarang dalam keadaan serba salah!. Mempercayai penadol mengatasi kuasa Allah, sebagai umat Islam ianya salah dari segi hukum!. Jika nak kata Allah yang menyembohkan, jika tidak menelan penadol, sakit kepala tidak boleh hilang!. Sudahnya ke manakah pegangan serta iktikad kita?. Cuba jawab?Sebab apa penadol boleh meyembohkan sakit kepala?. Sedangkan penadol itu, bukan Tuhan dan penadol itu, bukan Allah. Sungguhpun penadol itu bukan Tuhan dan bukan Allah, tetapi kuasa yang ada pada penadol itu, sesungguhnya sekarang ini, boleh mengatasi kuasa Allah!. Mana satu keyakinan yang hendak kita tunjangi?, sila jawab?..Sebagai orang Islam, kita mengaku yang menghilangkan sakit itu, adalah Allah, biarpun pengakuan kita itu, adalah pengakuan yang tidak kukuh. Namun sebagai umat Islam, kita harus mengakui kuasa Allah, biarpun keyakinan kita itu berada pada taraf yang tidak berapa yakin atau keyakinan yang samar-samar (separuh yakin). Cuba tuan-tuan lihat orang yang menjalani pembedahan, sekiranya tidak ada ubat bius, apakah sakit itu boleh hilang?. Hilangnya rasa sakit diketika pembedahan itu, dikeranakan ubat bius atau dikerakan Allah?. sila jawab Hilangnya sakit itu, kerana Allah atau kerana ubat bius?. Cuba jawab?..jawab, jawab dan jawab secara jujur!. Inilah kaedah untuk kita mengetahui satu nama Allah yang tersembunyi!. Tanpa persoalan sebegini, kita tidak dapat lalui jalan makrifat dengan mudah!.Jalan makrifat atau jalan ilmu tasauf itu, bukan mudah untuk difahami. Sungguhpun ianya bukan mudah atau bukan senang. Sebagai seorang cikgu (bukan guru), saya akan cari jalan penyelesaian dengan kaedah yang mudah difahami. Cara untuk memahaminya ilmu ini, adalah melalui kaedah yang saya paparkan sekarang ini. Sebelum kita sampai kepada satu nama Allah yang tersembunyi, kita harus atau wajib terlebih dahulu menyelusuri terlebih dahulu kaedah ini.Sebab apa ubat bius itu, boleh menyamai atau boleh mengatasi kuasa Allah?. Sebelum saya jawab soalan untuk menimbulkan batu yang tenggelam didasar lautan dan sebelum menjawab satu nama Allah yang tersembunyi, terlebih dahulu saya ingin mendapat pandangan serta komen dari tuan-tuan!.Setelah saya ukur kefahaman dari kalangan tuan-tuan barulah nama Allah yang tersembunyi itu boleh diberi. Saya bukan tidak boleh untuk menceritakannya ilmu ini secara terus terang. Kebimbangan takut-takut nanti terkeliru, tidak pasal-pasal ada pula yang menuduh saya sesat?.Orang yang tidak faham, nanti mereka akan menuduh sesat, itu makanya membuat saya berhati-hati dalam menjawab persoalan makrifat!. Jika saya mendapat respon kefahaman yang baik dan maklum balas kefahaman yang boleh diterima, akan saya buka ilmu ini. Ilmu ini bukannya susah atau payah sangat!. Ilmu ini bukan ilmu rahsia, malahan dikehendaki semua orang tahu!.Itu adalah tujuan utama saya mengarang tajuk ini.Faham baik-baik, siapakah yang meyembuhkan pening kepala sekiranya kita tidak menelan penadol dan siapakah yang boleh menahan daripada kesakitan bila mana kita tidak dibius semasa pembedahan?. Kita kata semuanya Allah. Jawapan tuan-tuan itu benar, tidak lain dari benar belaka adanya!. Tetapi persoalannya disini, apakah sembuh kiranya tidak telan penadol dan apakah tidak sakit kiranya tidak dibius?. Cuba jawab, saya nak ukur kefahaman tuan-tuan!. Kiranya sudah jelas dan sudah dapat menerima hakikat penadol dan hakikat ubat bius. Barulah hakikat satu nama Allah yang tersembuyi itu, dapat saya cerita dan saya jelaskan dengan mudah. Kiranya hakikat penadol dan hakikat ubat bius dan hakikat batu tenggelam, tidak dapat tuan-tuan memahaminya. Apalah lagi berkenaan hakikat satu nama Allah yang tersembunyi, akan betambah-tambah lah tidak fahamnya!. Cuba masing-masing jawab..Jam 7.28 tarikh 5NovTerima kasih kepada para pembaca blog. Sudah banyak kaedah dan banyak cara yang telah saya terima dari peminat.Sebelum jawab bab penadol, saya jawab dulu berkenaan timbulkan batu yang tenggelam dari dalam sungai. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Dalam banyak-banyak pembaca blog, ada dua pembaca yang telah memberi jawapan yang baik, ini saya copykan untuk para pembaca. Dengan membaca jawapan dari sahabat-sahabat di luar sana, bermakna saya tidak bersendiri dalam memberi jawapan!. Salah satunya dari blog;sedutan dari blog mdsidek bertarikh 5hb Nov(Huraian saya bagi tajuk diatas adalah begini.Nama Allah tidak hanya 99 tetapi tdk terbilang dan tdk tersebut oleh lidah.Yg tinggal dan belum disebut itu ( katanya ke100) itu adalah sebenarnya Ilmu semata2 berpaksikan nombor.Tidak ada lagi satu sebenarnya..krn Ianya meliputi segala nama dlm AsmauLLahul Husna. Maka jgnlah dibilang2 nama Tuhan dgn nombor krn keujudanNya tdk bersempadantiada awal dan tiada akhir).Tetapi jika tuan-tuan nak lagi jelas dan lagi mentap, mari kita ikuti kupasan dari seorang perempuan dari blog yang bernama QASEH. Seorang suri dari bumi di Bawah Bayu, Sabah!,Sedutan dari blog Qaseh bertarikh 5 hb NovSalam kemulian kepada tuan Hj. Shaari dan teman2 yg melayari blog Makrifat Tok Kenali. Terlebihi dahulu sy dan keluarga mengucapkan kepada Tn. Hj. Kerana kedatangannya ke negeri bayu telah membuka byk pertanyaan2 dan telah terjawab, terutamanya Nama Allah Satu dan tersembunyi. Pada malam kuliah Tn. Hj. Shaari telah menjawab dgn panjang lebar bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg tersembunyi itu, dan kami tidak sabar2 adakah penjelasaan nama yg satu itu sama seperti yg kami ketahui..ya memang itulah namanya namun sebelum saya menulis bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg satu itu, sy harap Tn. Hj. Shaari dapat memperbetulkan jika ada kesilapan dalam tulisan sy ini.sy akan menulis sebagaimana dalam rakaman suara Tn. Hj. Shaari ..Kata Tn. Hj. Shaari Barang siapa mengenal nama Allah yang satu maka mengenallah ia akan Allah SWT. Untuk mengenal nama yg satu Allah SWT..Tn. Hj. Telah memberikan satu kiasan iaitu .barang siapa yg dapat menimbulkan semula batu yang dicampakkan ke dalam air, maka mengenallah ia akan nama Allah yang satu (sebelum itu pd pendpt sy untuk menimbulkan batu yg dicampakkan kedlm air, sy perumpamakan batu sbg jasad/makhluk lalu jalanilah proses Fana iaitu matikan diri kamu sebelum mati dan..biarlah anda ikuti tulisan ini selanjutnya.). Untuk lebih memahami lagi Tn. Hj. Shaari membawa kami mendalami kisah Nabi Musa AS, di mana pada suatu hari Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT, Ya Allah, ya tuhanku perzahirkanlah rupa paras mu, ya Allah aku nak tengok, aku nak lihat dan aku nak tilik wajah mu ya Allah. Kata Allah SWT,Tidak boleh ya Musa, kamu tidak mampu untuk melihat aku. Namun Nabi Musa tidak berhenti bermunajat sampai tiga kali kepada Allah SWT.Kata Allah, Ya Musa aku bukan makhluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain. Laitsa kamislihi syaiun , apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.Jadi ya Allah perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku. Lalu dgn kasih sayang Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja (yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini, maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini, pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.Ya Musa, Aku tidak perlu tunjukkan wajah aku yang asli kepadamu, cukup dengan hanya melalui kiasan sahaja kamu akan dapat mengenal dan melihat Aku Allah swt. Lalu Allah berkata, ya Musa kau tengok bukit Tursina itu, jika engkau masih lagi melihat sifat bukit Tursina itu berdiri di tapaknya, kau tidak akan dapat melihat aku, tetapi jika sekiranya engkau tidak melihat lagi sifat bukit Tursina itu, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.Bahasa mudahnya (kata tn. Haji Shaari). Allah berkata, jika engkau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika engkau tidak melihat lagi sifat bukit, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandang, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.Untuk mempermudahkan faham, Tn, Hj,Shaari mengumpamakan menimbulkan semula batu yang ditenggelamkan, Sekali fikir dengan akal yang lemah ini, mana mungkin batu yg dicampakkan ke dlm sungai boleh timbul balik. Begitu juga dgn bukit Tursina macamana untuk tidak ternampak bukit, sedangkan bukit tersergam ditapaknya. Nabi Musa pun pandang bukit Tursina..dan berfikir Jika ada bukit aku tidak nampak Allah, setelah tidak terlihat bukit, barulah aku akan dapat melihat Allah.Lalu Allah pun bertajalilah Nur Nya keatas bukit. Bertajali disini, bermaksud atau bermakna menyatakan, manakala makna atau maksud perkataan Nur itu pula, bukan bermaksud terang atau gelap (kata Tn. Hj. Shaari). Nur atau cahaya itu, bermakna atau bermaksud terang cahaya wajah Allah. Bilamana Allah menyatakan diri Nya atau mempernampakkan kenyataan diri Nya keatas Bukit Thursina, Pada saat itu, leburlah segala sifat, afaal, asma dan zat bukit!. Nabi Allah Musa diketika itu, bukan lagi terlihat atau terpandang bukit, malahan setelah lebur, hancur atau karam sifat, afaal, asma dan zat Bukit Thursina, maka disitulah wajah Allahlah yang terlihat dan terpandang oleh Nabi Allah Musa!.Nabi Musa bukan melihat Allah dalam bentuk sifat, malahan Nabi Musa melihat Allah dalam bentuk kiasan sahaja!. Hanya dgn melalui satu kiasan bukit sahaja, Nabi Musa sudah dapat memandang dan melihat Allah!.Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) diri Nya keatas bukit itu, maka bukit itu pun meletup. Erti, makna atau maksud meletup itu pula, bukan membawa hancur atau pecah menjadi debu spt dinyatakan dlm Al-Quran. Meletup disini, adalah membawa maksud lebur dalam pandangan Nabi Musa!. Jadi Nabi Musa pun faham akan kiasan Allah itu.Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) pula Nur nya keatas Musa, lalu Musa pun pengsan, betulkah nabi Musa pengsan dan apakah betulkah Bukit Thursina meletup?. Maksud Nabi Musa pengsan dan maksud meletupnya Bukit Thursina itu, adalah bagi mengambarkan karam, lebur, binasa dan terkuburnya Nabi Musa dan Bukit Thursina dalam wajah Allah. Maka sedar, faham, maklum dan mengertilah Nabi Musa akan kiasan Allah SWT, melalui kisah Bukit Thursina itu!..Jadi kata Hj. Shaari dgn menghayati kisah ini maka kenallah kita akan satu nama Allah SWT yang tersembunyi!. Jadi kisah ini amat dalam maksudnyakata Hj. Shaari ..(jangan pandang pada huruf, tetapi pandanglah disebalik huruf) Tn. Hj. Shaari menjelaskan bagaimana nak pandang di sebalik huruf pada kisah Nabi Musa tadi?.Begini maksudnya kata hj Shaari, Kiasan kepada perkataan bukit meletup itu, bukannya bererti bukit itu, meletup hancur sampai menjadi debu (seumpama kena bom). Maksudnya disebalik Bukit Thursina itu, kata hj shaari. Bukit Tursina itu, adalah hanya nama, jadi hendaklah kita kembalikan nama Tursina itu kepada Allah, setelah nama dikembalikan kepada Allah, bukit itu sudah tidak lagi bernama dan tidak lagi boleh terpanggil Thur Sina!, Sesudah dikembalikan nama kepada Allah!, apa lagi yang hendak dipanggil?.Setelah faham kiasan Allah pada bukit thursina, lalu nabi Musa mengalihkan perhatiannya kepada dirinya. Dengan megambil iktibar, mengambil faham dan mengambil kiasan dari kisah bukit thursina, nabi Musa kiaskan cerita bukit thursina kepada dirinya sendiri!. Berkata Nabi Musa, sebagaimana aku kembalikan sifat, affal, asma dan zat bukit thursina kepada Allah, sebegitulah akan kukembalikan sifat diri aku kepada Allah..Dari cerita kiasan bukit thursina, Nabi Musa kembalikan sekalian sifat bukit, sifat lonjong, sifat batu, sifat pasir, sifat pokok dan semua sifat yang ada pada bukit itu, kepada Allah, maka kembalilah bukit itu kepada wajah Allah dan tidaklah lagi terpandang bukit!.Sebagaimana kiasan bukit, sebegitulah nak ku kembalikan sifat diri aku kepada Allah. Sebagaimana kembalinya sifat bukit thursina kepada wajah Allah!. Sebegitu juga akan aku kembalikan sifat, asma, afaal dan zat aku kepada Allah SWT (kata Nabi Musa). Jadi apabila semuanya telah dikembalikan segala segala nama, sifat, afaal dan zat kepada Allah, apa lagi yg tinggal, tersisa dan apa lagi yang terbaki?.Setelah segalanya sudah lebur dan sudah kembali kepada wajah Allah, maka apa yg dilihat, itulah Allah?. Apa yang dipandang, itulah Allah dan apa yang ditilik, itulah Allah!. Itulah cara Allah mengajar Nabi musa melalui kiasan bukit thursina. Yang mana dengan cerita kiasan Allah itu, Nabi Musa bawa kepada dirinya!. Sehingga Nabi Musa juga karam, lebur dan binasa sebagaimana karam, lebur dan binasanya bukit thursina!.Maka dari kiasan itu, dapatlah Nabi musa melihat Allah. Iaitu dengan cara mengembalikan segala nama kepada pemiliknya Allah. Nabi Musa kembalikan segala sifat kepada pemiliknya. Maka nyatalah Allah itu, setelah semua tidak ada (dikembalikan kepada Allah), sifat makhluk atau sifat apa yg ku pandang kini, sudah menjadi milik Allah.Yang memandangpun milik Allah, yang dipandangpun milik Allah!.Kini Nabi Musa sudah faham akan kiasan Allah SWT. Lalu Nabi Musa pun bawa kiasan bukit Tursina itu dan letak kepada dirinya, jikalau Tursina bukit yang besar itu, boleh aku leburkan, inikan pula diri aku, lalu Nabi Musa pun pandang dirinya. Bilamana memandang ia kepada sifat tangan, tangan Musa sudah menjadi milik Allah dan pandang kaki, sifat kaki sudah juga menjadi milik Allah!. Lalu bertanya Nabi Musa kepada dirinya sendiri, mana aku, mana aku dan mana aku tangan milik Allah, kaki milik Allah jadi Nabi Musa pun pengsan, Kata hj Shaari, pengsan itu bukan maksudnya koma, bukan ertinya tidak sedar diri dan bukan bermaksud pengsan. Maksudnya disini adalah bererti Nabi Musa itu juga karam dalam wajah Allah, setelah aku mengembalikan sifat diriku kepada mu ya Allah, jadi mana aku, aku sudah tidak ada kata Musa seperti tiadanya bukit Tursina.Itulah maksud kata Allah, jika kau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika kau tidak nampak bukit, barulah akan nampak aku Allah swt. Kata hj, shaari, jika kita masih nampak kita gagah engkau tidak akan nampak yang gagah itu Allah. Jika kita masih nampak kita kaya, kita tidak nampak yang kaya itu Allah. Jadi sekarang aku tidak nampak diri aku lagi, yang kaya itu Allah, yang gagah itu Allah, yg besar itu Allah. Jadi mana diri aku, itulah maksud atau erti Nabi Musa pengsan.Pengsan itu membawa maksud Nabi Musa karam FANA dalam wajah Allah sebagaimana karam dan fananya bukit Tursina, maka kenallah Nabi Musa akan wajah Allah.Melalui cerita bukit thursina itu, mengerti dan fahamlah Nabi Musa akan bagaimana caranya Nabi Musa mengenal Allah!. Benarlah sebagaimana firman Allah, dimana aku hadapkan wajahku di disitulah wajah Allah. Kenallah ia akan Allah sesudah mengenal mahluk!.Begitulah juga, jika kita hendak mengenal Allah melalui kiasan Nabi Musa dengan Bukit Thursina!. Dgn cara mengenal diri sendiri, maka akan kenallah kita kepada Allah Taala. Jika kita hayati betul-betul kisah bukit thursina, kita juga akan dapat menimbulkan batu yang sudah tenggelam didasar sungai, kata hj shaari!.Timbulnya itu bukan batu, bukan bererti batu yang timbul, yang timbul itu Allah, setelah batu sudah tidak lagi bersifgat batu!. Maka yg timbul itu adalah Allah, batu itu makhluk, sifat makhluk tetap akan tenggelam. Jadi yg timbul itu, adalah Allah.Satu nama Allah tersembunyi itu, bilamana kita sudah karam dalam wajah Allah, segala-galanya sudah lebur, bilamana sudah lebur, boleh tak lagi sebut nama. Seumpama orang mati, boleh tak lagi sebut nama!, boleh tak lagi dengar.Setelah segalanya binasa, tidak ada lagi yang menyebut dan tidak lagi ada yang melihat!. Setelah segalanya tidak terdengar dan tidak lagi terlihat, maka benarlah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara!.Yang tidak menyebut dan yang tidak mendengar itulah, yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi! Tidak lagi terkata nama, nak kata apa lagi bilamana mulut dah tak ada, nak dengar apalagi bilamana telinga dah tak ada. Jadi nama Allah yang tersembunyi itu, adalah nama yg tidak berhuruf, nama tidak bersuara, nama tidak berjirim, nama yang tidak berjisim, jadi namanya apa???????????????Nama Allah yang tersembunyi itu, adalah mana-mana nama yg tidak boleh di SEBUT (sesudah mulut tidak ada). Nak sebut apa lagi, dah mulut tak ada, itulah tersembunyinya nama Allah itu setelah karamnya segala sifat dalam wajah Allah!. Melainkan semuanya Allah meliputi Allah, Allah, Allah,Allah . Nama Allah itupun, sebab masih boleh disebut!. Setelah ada sifat Nur Muhamad barulah Allah itu, bernama Allah. Pada asalnya Allah itu tidak bernama. Untuk memperkenalkan yang diriNya Allah, maka diberilah nama!. Kalau tidak ada nama, siapa nak panggil aku!. Seumpama Raja tidak ada rakyat, siapa nak mengatakan yang dia itu Raja!. Biarpun aku perkenalkan yang aku ini raja, Aku raja, aku raja, jadi siapa nak kata yang aku ini raja, jika tidak ada rakyat!.Maka setelah adanya Nur Muhamad, barulah Aku itu bernama Allah. Jadi nama Allah yang tersembunyi itu, setelah lebur seluruh mahluk yang ada. Yang ada hanya Ahad, Ahad, Ahad. Mana ada lagi nama yang tersembunyi, setelah semuanya leburnya, setelah leburnya mahluk, apa lagi yang hendak dipanggil?.Begitulah tuan/puan dan para pembaca dan para pencari nama Allah SWT yg Satu itu, harap dari penjelasan diatas dapatlah kita mengenal nama Allah yg tersembunyi itu. Saya tulis didalam blog ini pun atas izin Tn. Hj. Shaari dan mengikut rakaman suara tuan Hj. Sendiri.Pada pendapat sy, nama Allah itu tidak ada yang tersembunyi, yang tersembunyi itu, hanya sekadar istilah atau sekadar suatu usul!. Maksud pendapat saya ini, hanya akan dimengerti oleh sesiapa yang dianugerah Allah, akan penglihatan khasyaf. Hanya orang khasyaf dan yang dikehendaki Allah sahaja, yg akan mendapat nama Allah yg Satu itu. Moga-moga ianya memberi manaafatamin.sekian wasalamualaikum..dari saya Qaseh Negeri Dibawah Bayu.JAWAPAN !Nak cari satu nama Allah yang tersembunyi itu, karamkan penadol dan karamkan batu!. Karamkan mulut dari berkata-kata dan karamkan mata dari melihat!. Setelah segala-galanya karam, apa lagi yang tinggal?, cuba jawab?Hendaklah kita kembalikan sifat, batu, sifat panadol, sifat Bukit Thursina dan kembalilkan sifat diri kepada Allah. Setelah semuanya kita kembali, tenggelam, karam, fana dan baqokan diri kepada Allah secara total, secara mutlak, apa lagi yang tinggal pada kita?, Cuba jawab? Jika segala-galanya sudah tidak ada, apa lagi yang tinggal untuk disebut, untuk diucap, untuk dibawa, untuk ditunjuk dan apa lagi yang hendak diperlihat lagi?..Belajar ilmu makrifat itu, biarlah sampai kepada tempat letak, seumpama paking kereta itu, biar betul-betul pada tempat petak parkingnya dan belajar itu biar sampai kepada garisan penamat!. Penamatnya ilmu makrifat itu, bilamana karam, lebur, mati, binasa, ghaib, fana dan baqo!. Sehingga lemah akal untuk menyatakan Allah..!SEBAGAIMANA KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA, sebegitulah hendaknya karamkam diri kita. BUKIT THURSINA ITU, TETAP BUKIT SEBAGAIMANA BERADA DITEMPATNYA SEKARANG INI!.Meletup Bukit Thursina itu, bukan bermaksud berpindah tempat, hilang atau hancur lebur jadi debu, kiasan perkataan meletup itu, adalah bagi menunjukan makna meleburkan diri!. Bilamana kita sudah lebur dalam wajah Allah, boleh tak lagi kita berkata-kata? cuba jawab.., melainkan kata-kata kita itu, adalah kata-kata Allah. Itulah makanya turun ayat, tidaklah yang memanah itu engkau ya Muhamad, melainkan Aku (Allah) yang memanah diketika memanahnya engkau ya Muhamad. Kerana apa, kerana sifat Muhamad itu, sudak karam, fana dan baqo dalam wajah Allah!.Disini bukan bererti bersatu atau bercantum dengan Allah. Disini bukan bermakna jabarian, muktazilah, kodariah, hulul atau wahdatu wujud?. Jika saudara dan saudari belajar sifat 20 dengan cermat, cuba tafsirkan kepada saya yang bodoh ini, apakah erti sifat wujud?.. Yang suka menuduh sesat itu, cuba tuan-tuan suruh mereka itu tafsir makna, maksud, atau erti sifat wujud!. Tidakkah wujud (ada) itu hanya sifat Allah!. Bilamana ada itu sifat bagi Allah, bermakna, bermaksud atau bererti, sifat bagi makhluk manusia itu, tidak ada. Jika kita sebagai makhluk manusia itu bersifat dengan sifat tidak ada, siapakah sepatutnya yang bersifat ada, jika tidak Allah. Yang ada itu, hanya sifat Allah, hanya sifat Allah dan hanya sifat Allah dan yang bersifat tidak ada itu, adalah sifat diri kita!.Bilamana diri kita sudah tidak ada (tidak wujud), apa lagi yang hendak kita sebut dan apa lagi yang hendak kita tengok!. Jika mata ditutup atau tidak ada, apakah lagi kelihatan adanya sifat penadol dan apakah lagi kelihatan adanya sifat batu, samaada ianya tenggelam atau timbul? ?. Cuba jawab?Yang menjadi sifat batu itu timbul atau tenggelam dan yang menjadi sifat penadol itu menyembuhkan itu, adalah kerana tuan-tuan adakan sifat diri dan tuan-tuan masih tertilik adanya sifat makhluk. Cuba diri kita itu kita hilangkan, cuba kita hilangkan sifat batu dan cuba kita hilangkan sifat penadol!. Bilamana diri dan penadol kita hilangkan, leburkan dan kuburkan, mana lagi ada sifat penadol dan mana lagi ada sifat menyembuhkan ?. Mana ada lagi sifat tenggelam dan mana lagi ada sifat timbul?Sesudah diri kita tidak ada, apa lagi, apa lagi dan apa lagi yang hendak disembuhkan oleh penadol dan apa lagi yang hendak ditimbukan oleh batu? Cuba jawab?.nak sembuh dan nak timbulkan siapa lagi, jika diri sudah tidak ada?. Jika sekiranya diri tidak ada, mana mungkin adanya sifat penadol dan mana mungkin adanya sifat batu?. Sesungguhnya Penadol tidak ada, batu tidak ada, benih tidak ada dan diripun tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya siapa?, cuba jawab?.Kefahaman ilmu, hendak disalinkan kedalam bentuk ayat, bukan perkara mudah dan bukan suatu kerja senang. Jika senang, sudah ramai profesur dan pengarang yang mengarang tentang ilmu makrifat!. Apa lagi ilmu makrifat yang menggunakan bahasa roh, bahasa hati dan bahasa jiwa!. Ini bahasa makrifat atau bahasa rohani yang hanya dimengerti oleh meraka yang bermakrifat!. Jika dibaca atau ditelaah oleh golongan yang pengajian atau yang berpendidikan ilmu feqah atau orang syariaat, maka sesatlah yang dapat mereka perkatakan. Sedangkan bilamana kita minta tunjuk ajar mana ilmu yang tidak sesat, merekapun sesat untuk menceritakan!. Sebenarnya siapa yang sesat, cuba tuan-tuan jawab..Saya sudah masak dengan tuduhan sesat, wahbi, syeah, hulul, wahdatul wujud, Syek siri Jenar, Al-halaj dan sebagainya.Tidak kurang, selepas dari saya mengarang ini, ada suara-suara sumbang yang mengata dan yang akan menuduhkan bahawa karangan saya ini, adalah fahaman syek Siti Jenar, Al-Halaj, Wahdatul wujud dan hulul dan sebagainya.Sebab yang menuduh itu, orang yang belum mengenal diri dan orang yang belum karam dalam lautan makrifat! dan belum binasa diri!. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur, sebelum mengeluarkan tuduhan. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada lagi perkataan hulul, wahdatul wujud?. Wahdatul wujud, hulul, jabariah atau kodarian itu, bilamana masih ada diri. Sesudah ketiadaan diri, apa lagi yang hendak dibahasakan, melainkan itulah yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak bersuara!.Yang dikatakan tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim itu, setelah ketiadaan diri, lebur, lenyap, hancur, terkubur, terbakar dan setelah terkaramnya diri kita dalam wajah Allah!. Sesudah terkaram, bolehkan lagi kita berkata-kata?. Itulah maksudnya PENGSANNYA NABI MUSA!. Pengsan itu, bukan bererti koma atau tak sedarkan diri, pengsan disitu, adalah memberi maksud karam, fana dan baqa Nabi Musa dalam wajah Allah!.Kepada pengemar ilmu tuduh menuduh dan pencinta tomah menomah itu, jangan lah ada lagi diri kamu, baru tidak ada tuduh menuduh dan baru tidak ada sifat dakwa mendakwa sesat atau salah. Sebanarnya orang yang tidak belajar ilmu mati dan tidak belajar ilmu karam itu, tidak mengerti akan apa maksud yang saya perkatakan!.Berulang kali saya nyatakan bahawa belajar ilmu makrifat itu, JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI! . Ingat, ingat, ingat.. pesan saya ini..Jangan sampai terlihat adanya diri!. Ambil contoh Nabi Musa, bilamana Nabi Musa karam, bukit Thursina tidak lagi kelihatan dan Thursina tidak lagi terpandang. Yang meletup atau pengsan itu, adalah kiasan kepada sifat kewujudan diri Nabi Musa. Bukannya bukit, sedangkan Bukit Thursina itu, masih tetap berdiri disitu sedari dulu sampai sekarang, tidak pernah berubah sedikitpun. Tamsil, kiasan, kiasan bukit itu, hendaklah kita bawa kepada diri.Begitu juga dengan batu yang kita campakkan kedalam sungai, yang timbul itu, Allah, yang tenggelam itu Allah, yang mencampakkan itu Allah, yang dicampakkan itu adalah juga Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah, yang awal itu Allah dan yang akhir itu juga adalah Allah. Setelah segala-galanya Allah, mana ada lagi sifat batu, mana ada lagi sifat penadol dan mana lagi adanya sifat Bukit Thursina!. Yang ada awal dan akhir itu adalah Allah, Allah, Allah dan Allah.Disini terjawablah sudah maksud batu hendaklah ditimbulkan kembali itu, bukan bermaksud menimbul sifatnya batu, tetapi sebenarnya adalah bertujuan bagi menimbul sifat Allah. menimbulkan batu itu, adalah suatu kiasan bahasa atau suatu istilah makrifat! semata-mata. Itulah cara guru-guru terdahulu memberi faham kepada anak muridnya supaya anak muridnya berfikir!. Jika tidak buat begitu, anak-anak muridnya tidak berfikir!. Jadi dengan cara itu, ilmu ini akan lebih berkesan, lebih diingati! dan lebih tersemat didalam hati!. Itulah cantik dan fatonahnya guru-guru terdahulu!.Yang menyembuhkan itu Allah, sebab apa Allah yang menyembuhkan pening setelah kita makan penadol, sebabnya adalah kerana penadol itu pun Allah. Itu makanya bilamana tuan-tuan makan penadol, ianya boleh menyembohkan pening. Kerana sifat penadol itu sendiri, adalah tidak lain dari Allah jua!.Sebab apa guru-guru terdahulu mengatakan penadol itu tidak lain dari Allah, sebabnya adalah kerana sifat penadol itu, sifatnya sudah binasa!. Setelah sifat panadol itu dibinasa, maka sifat yang meyembuh itu, adalah sifat Allah!. Penadol tidak ada, yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah Allah!. Tidakkah yang wujud itu hanya sifat bagi Allah?. Mana ada lagi wujud, ujud atau maujud penadol. Penadol, batu, benih atau bukit itu, hanya satu kiasan, satu dalil dan satu istilah semata-mata.Bahasa makrifat ini, adalah bahasa halus, bahasa dalam atau bahasa rohani, itulah makanya tidak ramai yang memiliki kepakaran dalam menghujahkan ilmu ini!. Saya pun tidak pakar, hanya sekadar ajok-ajok, tiru-tiru atau pinjam pakai mulut ayahanda saya Mohd Yusof Cik Wook!. Orang mati sahaja yang tahu berbahasa makrifat!. Memandangkan saya masih hidup, tidak layaklah saya memperdagangkan ilmu makrifat!. Ilmu Makrifat itu, adalah ilmu bagi mereka-mereka yang mati sebelum mati!.Saya ini hanya berpura-pura mati, sebenarnya saya tak mati diri lagi. kalau saya mati, masakan saya boleh menulis!. jadi bermaknanya disini ilmu saya masih cetek dan masih rendah berbanding dengan ilmu tuan-tuan!. Makanya patutlah saya dituduh dan ditomah, kerana ilmu saya cetek berbanding tuan-tuan!. Saya tidak pandai sebagaimana para pengkeritik!. Pengkeritik terlebih pandai berbanding saya. Saya hanya sekadar penonton bola diluar padang, sedangkan tuan-tuan adalah pemain bola, jadi saya hanya berilmu cakap ditepi longkang, tetapi tidak pandai main sebagaimana tuan-tuan pengkeritik!.Akhir sekali, apa yang hendak saya perkatakan disini, saya memang bodoh, tolol dan jahil ilmu, jadi ajarlah saya, pandulah saya dan perbaikilah saya. Apa-apa ilmu yang saya curahkan itu, tidak perlu tuan-tuan ambil sebagai ilmu, anggplah sekadar kita berbual-bual dikedai kopi!. Ini adalah ilmu yang tidak berguna dan ilmu yang tidak boleh dibuat ikutan. Saya minta, tuan-tuan lupakan sesudah baca!. Ingat lupakan, lupakan dan lupakan ilmu yang sesat dan salah ini. Saya cuma sekadar menguji minda dan membuka ruang berfikir!.Tok Kenali selalu berpesan kepada anak muridnya. jangan kamu megambil faham akan ilmu yanng aku ajar ini. Aku suruh kamu dengar sahaja, jangan mengambil faham atas ilmu yang aku ajar. Tok kenali tidak ada kuasa untuk memberi faham, yang memberi fahan itu Allah swt!.Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati lagi yang dirahmati Allah sekalian.Dalam kegairahan kita mencari satu nama Allah yang tersembunyi, jangan kita lupa bahawa nama Allah itu, sesungguhnya tidak tersembunyi, yag meyembuyikan nama Allah itu, adalah diri kita sendiri!.Seperkara lagi, nama Allah itu, bukan sahaja anggka satu, 100, 1000, 3000 atau 5000. Sesungguhnya nama Allah itu tidak terbilang, terhitung dan tak terkira!. Hanya nak bagi sedap, nak bagi nampak bersungguh-sungguh dan nak menunjukkan yang Allah itu nama yangsebenar-benar tidak berhurf dan tidak bersuara, diletak atau dinamaknnya satu nama Allah yang tersembunyi. Satu nama Allah yang tersembunyi itu, bagi mengambarkan yang nama Allah itu sebenar-benarnya tidak berhuruf dan tidak bersuara!.Sebenarnya nama Allah itu tidak terbilang, tujuh lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi tujuh lautan sekalipun, untuk menulis nama Allah itu, tidaklah tertulis. Seperkara lagi, sekiranya kita ingin mengenal nama Allah, wajah Allah, menyatakan Allah dan meyembah Allah, jangan sekali-kali bergantung kepada dalil sifat, dalil asma, dalil afaal atau dalil zat!. Selagi itulah kita dikatakan golongan orang yang tidak mengenal Allah!. Mengenal Allah, ingat Allah dan memandang Allah itu, tidak lagi perlu kepada dalil. Dalil Allah itu, adalah Allah itu sendiri!.Allah itu, adalah Allah, kenapa perlu lagi kepada dalil?. Allah itu, tidak lagi perlu kepada dalil!. Jika masih berdalil untuk mengigati dan mengenal Allah melalui ibadah, melalui zikir, melalui puasa, dengan melalui alam, melalui ibadah atau dengan mendalilkan Allah dengan makhluk, sesungguhnya mereka itu adalah mereka-mereka yang rendah martabat makrifatnya!.Kiranya kita masih mencari dalil untuk ingat kepada Allah, bererti kita masih meraba-raba, mencari-cari dan masih bersangka-sangka terhadap Allah. Bermakna tuan-tuan masih belum pasti, belum yakin dan belum percaya kepada Allah. Masih didalam peringkat mencari, sedangkan peringkat mencari itu, adalah bagi mereka yang belum berjumpa!.Seumpama cincin yang hilang, bilamana sudah berjumpa, masakan masih mahu lagi mencari. Cincin yang sudah berada dijari, apakah perlu lagi tuan mencari ?. Allah beserta sifat dan berserta namaNya tidak tersembunyi, maksud atau erti tersembunyi itu, bagi mengambarkan sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Bukannya perkataan tersembunyi itu, untuk menunjukkan kepada makna tersembunyi tetapi bagi menunjukkan bahawasanya Allah itu, tidak berhurf dan bersuara!.Anggaplah kita itu, hanya kiasan kepada batu, kiasan kepada penadol, kiasana kepada air teh susu dan anggaplah kita itu, hanya kiasan kepada bukit thursina. Yang tidak ada, melainkan yang ada itu hanya Allah Taala!..Mana mungkin nama Allah itu tersembunyi, sedangkan Allah itu sendiri tidak tersembunyi, masakan namaNya pula tersembunyi?. Bilamana kita lihat alam, tidakkah terlihat Allah sebelum alam dan sesudah alam?. Bilamana kita lihat makhluk manusia (termasuk kita), tidakkah kita nampak Allah sebelum dan sesudah kita?.Bilamana Allah sebelum dan Allahlah susudah kita, apakah ditengah-tengah masa itu atau diantarnya kita nampak makhluk (kita)?. Jika awal itu Allah, maka akhirnyapun hendaklah juga Allah. Bilamana tidak ada ruang untuk kita ditengah-tengahnya, bermakna kita sesungguhnya tidak ada!, yang ada awal dan yang ada akhir itu, adalah hanya Allah!Jika tidak ada makhkuk diawal, tidak ada makhluk ditengah-tengah (diantara keduanya) dan tidak ada makhluk di akhirnya, bermaknanya disini, tidak ada ruang untuk adanya makhluk!. Oleh itu, mana adanya lagi sifat penadol, batu, bukit dan kita?. Yang ada itu Allah. Oleh itu manakah yang dikatakan Allah dan namaNya itu tersembunyi!. faham dan camkan baik-baik..Tuan-tuan yang saya hormati, kiranya tuan-tuan ingin mendapat jawapan yang elok dan tepat, selain Qaseh, tuan-tuan bacalah blog yang bernama ishakahmad dan latifah harun. Blog ishakahmad banyak membicarakan ilmu yang baik untuk kita pelajari. Beliau juga seorang guru makrifat.Sambungan pada 6.32 6Nov Penamat kisah nama yang tersembunyi!Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, permasalahan satu nama Allah yang tersembunyi itu, bukannya habis disitu sahaja jika hendak diperkhabarkan. Ada juga guru-guru terdahulu menghubung kaitkannya dengan roh atau Nur Muhamad!.Tersembunyinya satu nama Allah itu, ada setengahnya yang mengatakan tersembunyi ia didalam sifat Nur Muhamad (roh).Semasa dialam la takyin, iaitu semasa Allah bersendirian, inginlah Allah memperkenalkan dirinya itu Allah, lalu Allah jadikan sifat Nur Muhamad. Didalam sifat Nur Muhamad itulah tersembunyinya nama Allah!. Allah sembunyilkan namanya didalam sifat Nur Muhamad!. Setelah diperzahirkan Nur Muhamad, nama Allah tidak lagi terpanggil kerana tersembunyi dalam nama Nur Muhamad.Seumpama kita makan rati canai. Asal mulanya rati canai itu, adalah dari yang bernama tepong!. Setelah terbentuk atau terzahirnya sifat roti, nama tepong sudah tersembunyi disebalik nama roti (nama tepong tidak lagi dikenali). Maka tersembunyilah nama tepong didalam sifat roti canai!.Begitu juga seumpama kita minum susu. Asalnya susu itu, adalah daripada lembu, tetapi setelah terzahirnya susu, nama lembu sudah tersembunyi didalam nama susu!.Didalam bab satu nama Allah yang tersembunyi itu, pada asal mulanya tersembunyi nama Allah yang satu itu, adalah didalam nama Nur Muhamad. Sesudah itu, berturut-turutanlah tersembunyinya!. Pertamanya tersembunyi Allah itu didalan nama Nur Muhamad, kemudian Nur Muhamad itu pula tersembunyi didalam nama roh. Roh, tersembunyi didalam nama nyawa. Nyawa tersembunyi didalam nama gerak dan gerak itu pula tersembunyi didalam nama tubuh (anggota). Manakala anggota-anggota tubuh itu pula, tersembunyi didalam nama-nama yang banyak!.Nama yang satu itu, sebenarnya tersembunyi ia didalam nama-nama yang banyak!. Nama yang satu itu hilang didalam nama-nama yang banyak!. Cuba kita hilangkan nama-nama yang banyak itu, maka timbullah nama yang satu!. Seumpama hilangkan nama roti, nama kek, nama lempeng atau nama biskut didalam tepong!. Hilangkan nama susu kedalam lembu!Kita tidak boleh pandang wajah diri kita sendiri, wajah diri kita sendiri itu, boleh dilihat, dipandang dan ditilik, setelah adanya cermin. Tersembunyilah rupa paras kita yang asal didalam cermin!. Setelah minilik cermin, maka terlupalah kita akan diri kita yang asal. Sedangkan wajah diri kita yang didalam cermin itu, sebenarnya diri yang palsu. Sungguhpun palsu, diri yang didalam cermin itulah yang selalu dilihat, ditilik dan diingatai orang!.Mata kita tidak dapat untuk melilhat diri yang asal, diri kita yang asal tidak terlihat dan tidak tertilik oleh mata. Lalu kita ambil cermin, setelah diletak dan ditilik cermin, barulah tertilik dan barulah kelihatannya diri. Setelah menilik rupa diri yang palsu didalam cermin, selalunya kita lupa kepada diri yang asal. Maka itulah yang dikatakan tersembunyinya diri yang asal didalam cermin!.Setelah menilik cermin, kita tidak lagi ingat kepada diri yang asal. Kita asyik melihat cermin. maka tersembunyilah diri yang asal didalam sifat cermin.Beggitulah kiasan tersembunyinya nama Allah yang satu itu didalam nama-nama yang banyak. Sebenarnya telah tersembunyi nama Allah yang satu itu, didalam nama-nama yang banyak, setelah kita tidak lagi terlihat diri yang satu. Untuk meyingkap satu nama yang tersembunyi itu, hendaklah kita fana, baqa, lebur, buang, kubur dan tinggalkanlah diri yang zahir ini kepada Allah. Simpanlah diri yang zahir ini kedalam rumah Allah yang bernama QALBU. Tinggalkanlah diri zahir ini, didalam rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah ditinggal, hendaklah jangan lagi dibawa keluar!. Buang cermin, jangan lagi tilik cermin, kerana cerminlah membuatkan kita terlupa dan terlepas pandang untuk melihat kepada nama diri kita yang sebenar-benar diri!. Tinggalkan cermin diri yang palsu itu kedalam rumah Allah (Qalbu). Biarlah Allah yang jaga, kerana rumah Allah yang satu ini, terkawal dan dijaga sendiri oleh Allah, ianya pasti selamat!.Setelah kita simpan diri beserta dengan nama-nama kita yang banyak, didalam rumah Allah, pastinya terbela, terkawal dan pasti selamat. Simpanan kita itupun juga akan berganda untungnya. Pelaburan itu, adalah pelaburan yang tidak akan pernah rugi. Bank simpanan yang bernama Qalbu itu, adalah bank yang tidak akan ada istilah susut nilai!. Mari kita campakkan nama-nama diri yang banyak ini sekali dengan sifat diri yang zahir , kedalam pelaburan bank Allah yang bernama Qalbu, barulah pelaburan itu, terlihat akan nama yang satu. Nama yang satu itu, sebenarnya tersembunyi disebalik cermin diri sendiri!. Mari kita sama-sama pecahkan cermin yang palsu itu, barulah terlihat nama yang satu!. Sama-samalah kita pakai nama diri yang asalBuang cermin, kuburkan, binasakan dan matikan cermin, barulah tuan-tuan terlihat yang bahawasanya tersembunyinya diri kita yang asal itu, disebalik cermin!. Buangkan segala yang bernama, tinggalkan segala nama dan campakkan ia kedalam rumah Allah(Qalbu). Qalbu mukmin Baitullah kalbu mukmin itulah sebenar-benar rumah Allah. Rumah Allah yang tidak pernah terbakar, tidak pernah dilanda banjir, tidak pernah dicuri orang, tidak pernah dicemari najis!. Rumah Allah di Kota Mekkah, pernah terbakar, pernah diruntuhkan beberapa kali, pernah dilanda banjir, pernah dicuri dan hilang. Tetapi rumah Allah yang bernama Qalbu itu, tidak pernah terusik, tidak pernah tercuri, terbakar atau terhilang!. Ianya adalah tempat rumah yang selamat dari diceroboh orang. Percayalah bahawasanya rumah Allah yang bernama Qalbu itu, tebal dindingnya kalis dari dimasuki pencuri. Jadi, mari kita beramai-ramai berpakat sesama kita supaya menyimpan barang disana. Simpanlah diri kita disana, pasti selamat dan pasti tertitik satu nama Allah yang tersembunyi!.Barang yang patut kita simpan itu, bukan emas, bukan permata atau bukan wang ringgit, tetapi yang patut kita simpan itu, adalah nama-nama diri termasuk diri jasad. Campakkan diri kedalam rumah Allah, supaya kita tidak lagi terpandang nama-nama yang banyak, sifat-sifat yang banyak, afaal-afaal yang banyak dan zat yang banyak. Nama-nama yang banyak itu, mari kita sama-sama kuburkan ia didalam rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah tersimpannya nama-nama yang banyak didalam Qalbu, maka tidaklah lagi terpanggil nama-nama yang banyak. Setelah nama-nama yang banyak itu tidak lagi terpanggil dan setelah tersembunyi nama-nama yang banyak itu, maka terzahirlah nama Allah yang satu!.AYAT-AYAT TERAKHIRIni adalah ayat terakhir bagi satu nama Allah yang tersembunyi, selepas ini jangan lagi ada yang mendakwa tidak tahu!. Sudah panjang lebar saya kupaskan. Kiasan terakhir saya dalam bab ini, adalah perumpaan TITIK.Bermulanya huruf alif itu, adalah asalnya dari satu titik. Dari huruf alif sampailah membawa kepada huruf ya, semua itu, asalnya adalah dari titik yang satu!. Sesudah berhuruf alif, kita lupa bahawasanya bermulanya huruf alif itu, adalah dari titk yang satu. Setelah berhuruf alif, maka tersembunyilah titik didalam huruf alif dan tersembunyilah titik dalam huruf-huruf yang banyak. tersembunyilah titik bermula dari huruf alif sampai kepada huruf ya.Begitu juga dengan nama Allah yang satu , nama Allah yang satu itu, tersembunyi disebalik keberadaan diri. Setelah terdirinya diri kita, maka nama Allah yang satu itu, tersembunyi disebaliknya!.Sebenar-benarnya titik itu, tidak terhijab, tidak terlindung, tidak terdinding dan tidak tersembunyi. Titik atau nama yang satu itu, sebenar-benarnya terzahir ia pada tiap-tiap sesuatu dan ternyata pada sekalian yang zahir, terlihat, terpandang dan tertilik pada sekalian yang nyata!. Titik itu, sebenarnya tetap terzahir pada sekalian huruf, tinggal lagi ianya dikatakan tersembunyi disebalik huruf-huruf itu sendiri!.Sebenarnya untuk melihat dan untuk menilik Allah itu, tiliklah makhluk dan tiliklah diri mu, kerana Allah itu terzahir pada sekalian yang zahir. Seumpama kiasan titik dengan huruf. Sebenarnya titik itu, tidak tersembunyi atau terlindung. Ianya terzahir dan terpapar pada setiap huruf, hanya kita yang terlepas pandang.Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu. Titik bukan huruf, tetapi terzahir pada tiap-tiap huruf. Nak cari titik, lihat, tilik, pandanglah huruf. Setelah tertilik huruf, maka akan dengan sendirinya tertiliklah titik. Tetapi sekiranya tertilik titik, ianya tidak lagi tertilik huruf!. cam baik-baik kata yang sedikit itu!.Bilamana tuan-tuan tertilik diri atau tertilik nama-nama yang banyak itu, sebenarnya tuan-tuan sudahpun dengan sendirinya tertilik Allah!. Tetapi tuan-tuan