teks pengacara majlis

6
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53 PERINGKAT SEKOLAH SK PEKAN AIR PANAS DAN SRJK ( C ) TENANG. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu dan Salam Satu Malaysia. Yang berusaha, En Hassan Bin Haron, Guru Besar SK Pekan Air Panas, Yang Berusaha, Pn Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang, Yang Dihormati En Mohammad Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas, Yang Dihormati, En Pang Koon Sing, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SRJK ( C ) Tenang, Yang Dihormati, Puan Norhayati Binti Hassan, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sk Pekan Air Panas, Yang Dihormati, En Chong Swee Chyi, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang Berusaha, Puan Rosnah Binti Taha, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, juga Yang Berusaha En Sim Thiam Yong, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SRJK ( C ) Tenang , barisan guru-guru yang dikasihi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi yang indah ini, sekali lagi kita berhimpun untuk sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita yang Ke 53. Tema sambutan perayaan Kemerdekan negara kita pada tahun ini ialah “ SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI “. Kami selaku pengacara majlis pada pagi ini, bagi pihak SK Pekan Air Panas, mengalu-alukan seluruh warga SRJK ( C ) Tenang atas kesudiaan untuk sama-sama menjayakan program ini. Bagi memberkati majlis, dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Muhammad Razi Bin Haji Tokiwoon untuk mengetuai bacaan doa. Diminta para hadiri yang beragama islam untuk mengaminkan doa manakala hadirin yang beragama islam bertafakur seketika.

Upload: ipop001

Post on 24-Jun-2015

1.348 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53

PERINGKAT SEKOLAHSK PEKAN AIR PANAS DAN SRJK ( C ) TENANG.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu dan Salam Satu Malaysia.

Yang berusaha, En Hassan Bin Haron, Guru Besar SK Pekan Air Panas, Yang Berusaha, Pn Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang, Yang Dihormati En Mohammad Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas, Yang Dihormati, En Pang Koon Sing, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SRJK ( C ) Tenang, Yang Dihormati, Puan Norhayati Binti Hassan, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sk Pekan Air Panas, Yang Dihormati, En Chong Swee Chyi, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang Berusaha, Puan Rosnah Binti Taha, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, juga Yang Berusaha En Sim Thiam Yong, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SRJK ( C ) Tenang , barisan guru-guru yang dikasihi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Pada pagi yang indah ini, sekali lagi kita berhimpun untuk sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita yang Ke 53. Tema sambutan perayaan Kemerdekan negara kita pada tahun ini ialah “ SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI “.Kami selaku pengacara majlis pada pagi ini, bagi pihak SK Pekan Air Panas, mengalu-alukan seluruh warga SRJK ( C ) Tenang atas kesudiaan untuk sama-sama menjayakan program ini.

Bagi memberkati majlis, dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Muhammad Razi Bin Haji Tokiwoon untuk mengetuai bacaan doa. Diminta para hadiri yang beragama islam untuk mengaminkan doa manakala hadirin yang beragama islam bertafakur seketika.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Razi diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga perjalanan majlis kita pada hari ini berjalan lancar serta mendapat Rahmat dan Keberkatan dariNya.

Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Nyanyian Lagu Bangsa Johor. Diminta supaya para hadirin berdiri tegak.

Terima kasih diatas nyanyian dua buah lagu sebentar tadi. Majlis mempersilakan para hadirin untuk duduk. ( Jika murid tidak duduk, ulang Majlis mempersilakan para hadirin untuk duduk )

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang untuk membacakan teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berhormat, Tan Sri Dato’ Alimuddin Bin Mohammad Dom, Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang diatas penyampaian Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berhormat, Tan Sri Dato’ Haji Alimudin Bin Haji Mohammad Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Beusaha, En Mohammad Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pekan Air Panas untuk membacakan teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dititahkan oleh Yang Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin,Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah Shah. Dengan ini majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohammad Din Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas diatas penyampaian Titah Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang Mulia,, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah Shah. .

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah, disambut melalui Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan iaitu RIMUP, diantara SK Pekan Air Panas dan SRJK ( C ) Tenang. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menerapkan seterusnya memupuk semangat patriotik atau semangat cintakan Negara dikalangan warga kedua-dua buah sekolah.

Untuk pengetahuan semua, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini akan dilaksanakan selama sebulan dari 16 Ogos 2010 sehingga 17 September 2010. Terdapat 3 majlis besar di sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan ini iaitu, Majlis Pelancaran yang telah berlangsung pada 16 Ogos yang lalu. Seterusnya Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan iaitu majlis yang sedang berlangsung pada ketika ini dan yang terakhir adalah Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Bulan Kemerdekaan yang dijadualkan berlangsung pada 17 September nanti.

Adalah menjadi harapan pihak penganjur, agar seluruh warga kedua-dua buah sekolah dapat memberikan kerjasama serta komitmen yang jitu bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Majlis ingin membacakan petikan mutiara kata dari Perdana Menteri Malaysia Keenam, Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak yang berbunyi :

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS

“ Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar, Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesame kita Andai kerakusan menguasai kita

Ke mana tumpah harapan mereka?

Sedarlah….. Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar, Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan, Lupakan beza lebihkan menerima, Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, Kita melangkah sehaluan, 1 suara, 1 harapan, 1 impian, 1 Malaysia”

Majlis kini mempersilakan murid-murid tahun 6 untuk beredar meninggalkan majlis bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka meneruskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal mereka tempuhi tidak lama lagi. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan murid tahun 6 untuk beredar meninggalkan dewan.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Acara pertama pada pagi ini adalah Pertandingan Mewarna untuk murid-murid Pra-Sekolah serta murid-murid tahap satu dan serentak dengan itu akan berlangsung Pertandingan Melukis bagi murid-murid tahap dua. Dengan ini, majlis mempersilakan, En Mohd Fauzi Bin Ahamad untuk mengendalikan Pertandingan tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis diterusnya lagi dengan acara Tanyangan Video Kemerdekaan yang bertajuk “ Sarjan Hassan”. Rakan-rakan diminta supaya menumpukan perhatian pada tayangan video ini dan menjawab soalan-soalan pada kertas yang diedarkan.

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS

Penutup :

Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada penghujungnya. Selepas ini kita akan sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53 iaitu “1 Malaysia” diikuti dengan laugan Kemerdekaan yang diketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melalui rakaman audio. Para hadirin diminta berdiri tegak.

Dengan berakhirnya Laungan merdeka sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah. Saya mewakili seluruh warga kerja Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih terutama kepada kedua-dua pihak pentadbir SK Pekan Air Panas dan SRJK ( C ) Tenang, diatas sokongan penganjuran Majlis ini. Akhir kata, semoga segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur dapat membangkitkan rasa cinta pada Negara dan menambah rasa syukur kita terhadap nilai kemerdekaan.

Dengan Ini Majlis Bersurai………….

Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu.

Kita Akhiri majlis ini dengan bacaan surah Wal- Ask…