teks mc

2
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Salam sejahtera pembuka bicara. Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK St. Luke, Puan Limok anak Shem Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Rosdi Shamsudin Guru-guru,fasilitator-fasilitator dan rakan-rakan peserta Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia diucapkan. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah yang dijalankan bermula Jumaat yang lalu telahpun sampai ke penghujungnya. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur- baur dalam sanubari masing-masing. Segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang selamanya dalam lipatan memori para peserta. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini,semua hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku. **Selesai lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan duduk. Seterusnya majlis menjemput Isaac Antohny anak Colin untuk mengetuai bacaan ikrar murid. Dipersilakan. **Selesai bacaan ikrar. Terima kasih Isaac. Majlis kita diteruskan lagi dengan tayangan selayang pandang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung selama tiga hari dua malam. Mari kita sama-sama saksikan tayangan tersebut. Begitulah tayangan selayang pandang yang memaparkan aktiviti- aktiviti yang telah dilakukan oleh para peserta sepanjang kursus ini berlangsung. Seterusnya majlis mempersilakan Gerard Lester Beti Newton Kamar untuk menyampaikan ucapan selaku wakil murid lelaki. Dipersilakan. **Selesai ucapan. Terima kasih Gerard Lester.

Upload: mohamadkhir-mustapa

Post on 10-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Salam sejahtera pembuka bicara.

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK St. Luke, Puan Limok anak Shem

Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Rosdi Shamsudin

Guru-guru,fasilitator-fasilitator dan rakan-rakan peserta Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah yang dihormati sekalian.

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia diucapkan.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah yang dijalankan bermula Jumaat yang lalu telahpun sampai ke penghujungnya. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang selamanya dalam lipatan memori para peserta.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini,semua hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku.

**Selesai lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Seterusnya majlis menjemput Isaac Antohny anak Colin untuk mengetuai bacaan ikrar murid. Dipersilakan. **Selesai bacaan ikrar.

Terima kasih Isaac.

Majlis kita diteruskan lagi dengan tayangan selayang pandang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung selama tiga hari dua malam. Mari kita sama-sama saksikan tayangan tersebut.Begitulah tayangan selayang pandang yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh para peserta sepanjang kursus ini berlangsung.Seterusnya majlis mempersilakan Gerard Lester Beti Newton Kamar untuk menyampaikan ucapan selaku wakil murid lelaki. Dipersilakan.

**Selesai ucapan.

Terima kasih Gerard Lester.

Kini dipersilakan pula Debbie Lau Mei Hui untuk menyampaikan ucapan selaku wakil murid perempuan. Dipersilakan.

**Selesai ucapan.

Terima kasih Debbie Lau.

Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah para peserta lakukan bersama. Banyak pengalaman yang telah para peserta perolehi. Oleh itu, untuk mendengar secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk menyampaikan laporan sepanjang berlangsungnya kursus kepimpinan pengawas sekolah. Dipersilakan.

**Selesai ucapan.

Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang berlangsungnya kursus. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Kini majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK St Luke Puan Limok anak Shem untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah SMK St. Luke tahun 2015. Dipersilakan.**Selesai ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan pengetua.

Seterusnya majlis menjemput Encik Rosdi Shamsudin