teks mc 1mdb 2013

Upload: siti-marlina-ramli

Post on 01-Mar-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Mc 1mdb 2013

TRANSCRIPT

PENGUMUMAN SEBELUM MAJLIS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang begitu bermakna pada petang ini.Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada petang ini, saya memohon kerjasama daripada pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut:

1. Semasa ketibaan masuk tetamu kehormat, mohon semua hadirin untuk berdiri sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat.

2. Sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan-tuan / puan-puan di pohon untuk mematikan (switch-off) telefon bimbit masing-masing atau menukar kepada mod senyap sebagai tanda menghormati majlis.

3. Semasa majlis berlangsung juga, mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan terutama semasa ucapan tetamu kehormat berlangsung.

4. Tuan-tuan dan Puan-puan diminta untuk kekal berada di dewan sehingga tetamu kehormat kita beredar.5. Pengumuman2 lain yg difikirkan penting & sesuai

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS SUMBANGAN IHSAN SAMUDERA SK DPM 2013.

KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ENCIK JULAIHI BIN NARAWI, Pegawai Tadbir Sarawak Oya wakil kepada Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga, diiringi oleh Yang Berusaha Cikgu Lias Bin Haji Daud, Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad Oya.Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Serindit berkicau di pohon jati,

Tempat bermain anak kenari,

Bagai berdendang paluan hati;

Dengar khabar Tuan ke mari.

1. YANG BERBAHAGIA ENCIK JULAIHI NARAWI, PEGAWAI TADBIR SARAWAK, PEJABAT DAERAH KECIL OYA, WAKIL KEPADA MENTERI KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA2. YANG BERUSAHA ENCIK AZMAN BIN MADAUD, PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DALAT

3. YANG BERUSAHA CIKGU LIAS BIN HAJI DAUD, GURU BESAR SK DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA4. YANG BERUSAHA ENCIK DAHRI BIN HJ KUHI, PENGURUS BESAR PERSATUAN NELAYAN KAWASAN MUKAH / OYA

5. YANG BERUSAHA TUAN HAJI MORNI BIN HAJI SAIBI, YANG DI-PERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SK DATU PENGIRAN MOHAMAD, OYA6. YANG BERUSAHA PENGHULU MUNIR HARIS

7. TETAMU-TETAMU JEMPUTAN KHAS, BARISAN GURU PENOLONG KANAN, RAKAN-RAKAN GURU DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN, IBUBAPA-IBUBAPA SERTA ADIK-ADIK PELAJAR YANG DISAYANGI.ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Hadirin yang dihormati,Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ihsan Samudera Yayasan 1 Malaysia Development Berhad pada petang yang indah ini.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini.BACAAN DOAKalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.Tetamu kehormat dan hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput AL FADHIL USTAZ HAMZAH BIN SAMAH untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal `alamin.Majlis mengucapkan terima kasih kepada AL FADHIL USTAZ HAMZAH BIN SAMAH di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini beroleh keberkatan dari yang Maha Esa.

UCAPAN ALUAN OLEH GURU BESARBukan rumput sebarang rumput,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,Jemput memohon kata aluan.

Yang Berhormat dan hadirin sekalian,

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Cikgu Lias Bin Haji Daud, Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad, Oya. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

(UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK DPM)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lias Bin Haji Daud, Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad, Oya atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN OLEH TETAMU KEHORMATBukan keris tanpa ulunya,

Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Warga dewan sekalian,Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia ENCIK JULAIHI BIN NARAWI, Pegawai Tadbir Sarawak Oya wakil kepada Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN OLEH TETAMU KEHORMAT)

Begitulah ucapan oleh Yang Berbahagia ENCIK JULAIHI BIN NARAWI. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan menyampaikan ucapan pada petang ini.PENYAMPAIAN SUMBANGANHadirin yang dihormati,Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian sumbangan Ihsan Samudera Yayasan 1 Malaysia Development Berhad kepada anak-anak nelayan Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya.Dengan segala hormatnya majlis menjemput Cikgu Lias Bin Haji Daud untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Julaihi Bin Narawi bagi menyampaikan sumbangan tersebut. Dipersilakan.Dipersilakan adik.

Dijemput ibu bapa untuk turut bersama anak mereka menerima sumbangan tersebut.PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU KEHORMATTerima kasih diucapkan kepada Encik Julaihi Bin Narawi. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami, pihak majlis menjemput Cikgu Lias Bin Haji Daud untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Encik Julaihi Bin Narawi.(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Lias Bin Haji Daud atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUPAN

Tuan-tuan dan puan-puan,Maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Sumbangan Ihsan Samudera Yayasan 1 Malaysia Development Berhad kepada anak-anak nelayan SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Sekali lagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Julaihi Bin Narawi dan tetamu jemputan atas kesudian hadir bersama kita pada petang ini. Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis mempersilakan Cikgu Lias Bin Haji Daud untuk menjemput dan mengiringi tetamu jemputan ke bilik jamuan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pengumuman:

** Mohon semua ibu bapa serta murid-murid tahun 6 dan pengawas untuk sama-sama membantu guru-guru dan AKS untuk mengemas dan membersih dewan ini setelah selesai jamuan. ** Terima Kasih atas kerjasama semua.7