teks emcee

5
CUE 1 PIYAH Terima kasih diucapkan kepada Saudara Amirul Syazwan Muhayat Bin Kamarudin & Saudari Nuri Hafizha Lina Binti Rosle selaku Pengerusi Majlis. ِ م يِ حَ ّ ر ل اِ ن مْ حَ ّ ر ل اِ له الِ مْ سِ بYang Berbahagia, Prof. Dr. Raja Mohamad Tariqi Bin Raja Lop Ahmad, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (UniSel) Yang Dihormati, 1. Tuan Haji Zaini Bin Othman, Setiausaha Sains Sosial dan MUET (MPM) 2. Puan Hajah Masmerah Binti Urmin, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMKRMM 3. Encik Mohamad Bin Hasyim, Timbalan Dekan FSKTM (UniSel) 4. Cik Nur Najwa Hanim Binti Abdul Rani, Pegawai Sains Sosial (MPM) 5. Para Professor dan Doktor 6. Pihak UniSel 7. Pihak Urus Setia 8. Guru-guru Pengiring daripada sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor 9. Para Peserta CUE 2 PIYAH Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Upload: safiyyah-najwa

Post on 02-Jan-2016

52 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

#Perkongsian #Ilmu #Ceramah

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS EMCEE

CUE 1

PIYAH

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Amirul Syazwan

Muhayat Bin Kamarudin & Saudari Nuri Hafizha Lina Binti Rosle

selaku Pengerusi Majlis.

يِم� ِح� مِن� الَّر� ِح� ِم� اللِه� الَّر� ِب�ْس�

Yang Berbahagia,

Prof. Dr. Raja Mohamad Tariqi Bin Raja Lop Ahmad,

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (UniSel)

Yang Dihormati,

1. Tuan Haji Zaini Bin Othman, Setiausaha Sains Sosial dan

MUET (MPM)

2. Puan Hajah Masmerah Binti Urmin, Penolong Kanan

Tingkatan 6 SMKRMM

3. Encik Mohamad Bin Hasyim, Timbalan Dekan FSKTM

(UniSel)

4. Cik Nur Najwa Hanim Binti Abdul Rani, Pegawai Sains

Sosial (MPM)

5. Para Professor dan Doktor

6. Pihak UniSel

7. Pihak Urus Setia

8. Guru-guru Pengiring daripada sekolah-sekolah Daerah

Kuala Selangor

9. Para Peserta

CUE 2

PIYAH

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada pagi yang

indah ini kita masih dipanjangkan umur untuk menghadiri majlis

perkongsian ilmu, Seminar STPM; Sistem Modular STPM dan Hala

Tuju Pelajar Selepas Menamatkan Pengajian Tingkatan 6.

Untuk makluman hadirin hadirat sekalian,

Page 2: TEKS EMCEE

Program ini adalah anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja

Muda Musa dengan kerjasama pihak Universiti Selangor.

Program ini disasarkan khusus kepada Pelajar Tingkatan 6

daripada seluruh daerah Kuala Selangor. Seminar ini akan

mengupas sedikit-sebanyak mengenai Sistem Modular STPM

yang perlu dilaksanakan oleh para guru dan pelajar dalam

tempoh yang terhad serta arah tuju pelajar sebaik sahaja

menamatkan pengajian di Tingkatan 6.

CUE 3

AINI

Para hadirin sekalian,

Seminar pada pagi ini akan dimulakan dengan slot ceramah

pertama, di mana ia akan disampaikan oleh Tuan Haji Zaini Bin

Othman, Setiausaha Sains Sosial & MUET (MPM) berkaitan

dengan Sistem Modular STPM yang baru sahaja dilancarkan pada

tahun 2012.

Jangan dipanjat dahan yang reput,

Gusar padahnya tidak terperi,

Besar hajat ingin menjemput,

Molek kiranya kenalkan diri.

Maka dengan ini, izinkan saya membaca latar belakang beliau.

1. Nama Penuh

2. Tempat Lahir & Tarikh Lahir

3. Pendidikan

4. Jawatan

Dengan ini, dijemput Tuan Haji Zaini Bin Othman, Setiausaha

Sains Sosial & MUET (MPM) untuk menyampaikan ceramah

beliau pada pagi ini. Dipersilakan…

CUE 4 Begitulah kupasan menarik dan bermanfaat yang kita peroleh

daripada ceramah sebentar tadi. Diharapkan, perkongsian ini

Page 3: TEKS EMCEE

AINI memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana Sistem

Modular STPM ini berfungsi. Terima kasih diucapkan kepada

Tuan Penceramah kita.

CUE 5

PIYAH

Agenda pagi ini akan diteruskan dengan slot ceramah kedua

yang akan disampaikan oleh penceramah kedua kita, Cik Nur

Najwa Hanim Binti Abdul Rani, Pegawai Sains Sosial (MPM)

mengenai Hala Tuju Pelajar Selepas Menamatkan Pengajian

Tingkatan 6.

Mengail kelah di siang hari,

Untung siakap hasil diumpan,

Ada silah empunya diri,

Mari disingkap buat tatapan.

Sebelum saya menjemput penceramah kita, elok kiranya saya

membacakan latar belakang beliau.

1. Nama Penuh

2. Tempat Lahir & Tarikh Lahir

3. Pendidikan

4. Jawatan

Kini, majlis mempersilakan Cik Nur Najwa Hanim Binti Abdul Rani

untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan ceramah.

Dipersilakan…

CUE 6

AINI

Terima kasih kepada penceramah kedua atas kupasan sebentar

tadi.

Selesai sudah ceramah yang diberikan, kini kita akan

meneruskan pula slot pagi ini dengan sesi soal-jawab. Para

pelajar dibenarkan mengangkat tangan untuk bertanya. Sila

nyatakan nama dan sekolah.

Page 4: TEKS EMCEE

--

Terima kasih atas kerjasama para pelajar yang melontarkan

soalan-soalan itu sebentar tadi serta kerjasama para

penceramah atas jawapan yang diberi.

CUE 7

PIYAH

Sebelum kami menyerahkan majlis kepada kepada Saudara &

Saudari Pengerusi Majlis,

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah hebat

kita pada pagi ini. Dengarkan sebuah pantun daripada kami;

Bunga sakura si bunga Jepun,

Di tanam nyonya berpohon-pohon,

Tersilap tersalah harap diampun,

Terkasar bahasa maaf dipohon.

Andai ada khilaf dan pincang sepanjang kami mengendalikan

slot kedua-dua ceramah, kami menyusun 10 jari memohon

ampun dan maaf.

CUE 8

AINI

Bagi meneruskan agenda, dengan ini kami menyerahkan

kembali majlis kepada Saudara & Saudari Pengerusi Majlis.

Sekian, Terima Kasih.