teks ceramah.doc

16
SIA PIK KIEW 801111136227 1.0 Pengenalan Keselamatan diri pada hari ini amat tergugat dengan keadaan-keadaan di sekitar kita. Persekitaran yang mempunyai permukaan jalan yang licin mungkin boleh menyebabkan kita tergelincir dan persekitaran yang kerap berlaku jenayah mungkin menyebabkan kita menjadi mangsa ragut. Dalam tugasan ini akan dibincangkan tentang konsep keselamatan diri dari aspek fizikal dan emosi serta jenis-jenis kemalangan atau kecederaan yang kerap berlaku di rumah. Faktor- faktor yang mengundang kemalangan atau kecederaan serta langkah- langkah pencegahan dan pengawalan juga dihuraikan di dalam tugasan ini. Selain itu, sumber-sumber bantuan keselamatan turut dibincangkan. Pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan keselamatan juga dibincangkan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat sekiranya menghadapi masalah keselamatan atau kecederaan pada diri sendiri atau ahli keluarga yang lain. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid, satu persembahan powerpoint berkaitan dengan topik tugasan ini turut disertakan. Brosur yang berwarna-warni dan penuh dengan maklumat keselamatan turut diedarkan semasa ceramah ini dijalankan. 2.0 Teks Ceramah Murid-murid yang dikasihi semua, Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama meninjau tentang konsep keselamatan diri daripada aspek emosi dan fizikal. Bagi aspek emosi, keselamatan diri dipersepsikan sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya dengan orang lain seperti keluarga, rakan serta masyarakat yang berada di sekitarnya. Manakala, konsep keselamatan diri daripada aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecederaan dan kemalangan yang berniat dan dengan tanpa niat. Contoh kemalangan atau kecederaan secara berniat ialah penderaan, penculikan dan sebagainya. Manakala, 1

Upload: peter-sia

Post on 10-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

1.0 Pengenalan

Keselamatan diri pada hari ini amat tergugat dengan keadaan-keadaan di sekitar kita.

Persekitaran yang mempunyai permukaan jalan yang licin mungkin boleh menyebabkan

kita tergelincir dan persekitaran yang kerap berlaku jenayah mungkin menyebabkan kita

menjadi mangsa ragut. Dalam tugasan ini akan dibincangkan tentang konsep keselamatan

diri dari aspek fizikal dan emosi serta jenis-jenis kemalangan atau kecederaan yang kerap

berlaku di rumah. Faktor-faktor yang mengundang kemalangan atau kecederaan serta

langkah-langkah pencegahan dan pengawalan juga dihuraikan di dalam tugasan ini.

Selain itu, sumber-sumber bantuan keselamatan turut dibincangkan. Pelbagai cara untuk

mendapatkan bantuan keselamatan juga dibincangkan agar ianya dapat dimanfaatkan

oleh semua lapisan masyarakat sekiranya menghadapi masalah keselamatan atau

kecederaan pada diri sendiri atau ahli keluarga yang lain. Bagi mengukuhkan lagi

kefahaman murid-murid, satu persembahan powerpoint berkaitan dengan topik tugasan

ini turut disertakan. Brosur yang berwarna-warni dan penuh dengan maklumat

keselamatan turut diedarkan semasa ceramah ini dijalankan.

2.0 Teks Ceramah

Murid-murid yang dikasihi semua,

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama meninjau tentang konsep

keselamatan diri daripada aspek emosi dan fizikal. Bagi aspek emosi, keselamatan diri

dipersepsikan sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya

dengan orang lain seperti keluarga, rakan serta masyarakat yang berada di sekitarnya.

Manakala, konsep keselamatan diri daripada aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu

bebas daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecederaan

dan kemalangan yang berniat dan dengan tanpa niat. Contoh kemalangan atau kecederaan

secara berniat ialah penderaan, penculikan dan sebagainya. Manakala, kemalangan atau

kecederaan secara tanpa niat adalah seperti kemalangan, tercekik, terkena benda panas,

terjatuh dan lain-lain lagi. Jadi, keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan

1

Page 2: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

seseorang untuk melindungi diri daripada kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai

gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.

Murid-murid yang disayangi semua,

Kemalangan atau kecederaan yang sering berlaku di rumah terbahagi kepada

beberapa jenis. Antaranya ialah terjatuh, keracunan, tercekik, lemas, melecur, terbakar

dan gigitan haiwan.

Terjatuh dari tangga, meja, almari, kerusi dan tepi tingkat merupakan tempat-

tempat yang berisiko di dalam rumah yang sentiasa menyebabkan kemalangan dan

kecederaan. Begitu juga dengan tergelincir apabila berjalan di permukaan yang licin,

contohnya di dalam tandas. Akibat daripada kemalangan atau kecederaan ini, seseorang

yang tergelincir ini bermungkinan mengalami kecederaan dalaman seperti pendarahan

dalam otak.

Keracunan pula terjadi sekiranya seseorang itu terminum atau termakan sesuatu

bahan merbahaya secara tidak sengaja seperti bahan pencuci, ubat-ubatan, racun

serangga, racun rumput, jenis-jenis kulat tertentu yang merbahaya dan sebagainya.

Termakan dan terminum benda yang telah dicemari oleh bahan beracun dan sesetengah

jenis bakteria yang merbahaya juga boleh menyebabkan keracunan.

Bagi kemalangan atau kecederaan untuk tercekik pula, ianya disebabkan oleh

bendasing yang terlekat atau tersumbat di bahagian rongga pernafasan dan seterusnya

menghalang sistem pernafasan seseorang. Contohnya seseorang yang tertelan bendasing

seperti manik, guli, duit syiling dan sebagainya.

Seterusnya, lemas boleh berlaku apabila seseorang itu jatuh ke dalam air seperti di

kolam, parit, kolam renang, longkang, sungai dan lain-lain tempat. Mangsa lemas tidak

dapat bernafas kerana paru-paru dipenuhi air. Risiko kemalangan jenis ini lebih tinggi

sekiranya seseorang itu tidak mahir berenang, mengalami penyakit sawan ataupun

melibatkan umur di peringkat bayi dan kanak-kanak. Terdapat kes bayi atau kanak-kanak

yang lemas kerana kepalanya tersemban ke dalam besen atau baldi yang dipenuhi air.

Selain daripada itu, lemas juga berpunca daripada kesukaran bernafas kerana terkurung di

dalam tempat atau ruang yang tidak mempunyai pengudaraan yang mencukupi. Sebagai

2

Page 3: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

contoh, terkurung di dalam bilik kecil atau terperangkap di dalam kereta yang tertutup

semua cermin. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bermain dan menutup mukanya

dengan beg plastik. Seseorang bayi yang sedang tidur boleh lemas sekiranya saluran

pernafasannya terhalang oleh bantal, puting, botol susu atau oleh susu badan ibunya

sendiri.

Bagi kemalangan atau kejadian melecur dan terbakar pula, kemalangan jenis ini

berlaku apabila seseorang itu cedera akibat terkena suhu yang panas dan bahan yang

menghakis seperti air panas, besi panas, renjatan elektrik, percikan minyak panas, ubat

nyamuk, bahan berasid dan sebagainya. Bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengancam

nyawa seseorang malah boleh menyebabkan kehilangan harta-benda dan nyawa akibat

kebakaran rumah.

Kemalangan dan kecederaan yang terakhir sekali ialah gigitan haiwan.

Contohnya, kecederaan akibat gigitan haiwan dan serangga seperti lebah, ular dan anjing.

Gigitan anjing bukan setakat boleh mencederakan mangsa malah boleh menyebabkan

penyakit rabies atau penyakit anjing gila.

Murid-murid yang dihormati sekalian,

Kejadian kemalangan atau kecederaan ini sememangnya ada faktor-faktor atau sebab-

sebabnya tersendiri. Antaranya ialah pengawasan yang longgar daripada ibubapa,

penggunaan jubin-jubin yang kurang sesuai, didikan dan ajaran keselamatan yang kurang

ditekankan serta sikap semulajadi kanak-kanak.

Pertama sekali, kita akan diterangkan dengan lebih lanjut tentang faktor

pengawasan yang longgar daripada ibubapa dan seterusnya menyebabkan kejadian

kemalangan atau kecederaan. Peningkatan taraf hidup pada masa kini memaksa golongan

wanita juga terpaksa menanggung kos sara hidup seisi keluarga dengan berkerja di luar

bagi menambah pendapatan sekeluarga mereka. Setelah penat lelah berkerja seharian di

luar, jadi kebajikan anak-anak mungkin akan diabaikan. Kanak-kanak ini akan dibiarkan

tanpa pengawasan daripada ibubapa. Dengan ini, kanak-kanak akan melakukan apa

sahaja tindakan tanpa pengawasan ibubapa mereka. Dalam umur sebegini, mereka adalah

3

Page 4: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

suka untuk memanjat, jadi kemungkinan untuk berlaku kemalangan dan kecederaan

adalah tinggi.

Selain daripada itu, penggunaan jubin-jubin di lantai, bilik mandi da tandas juga

menyumbang kepada berlakunya kemalangan atau kecederaan. Jubin yang licin boleh

menyebabkan kanak-kanak tergelincir dan terjatuh. Akibat daripada itu, kanak-kanak

mungkin akan mengalami kecederaan.

Selain daripada itu, didikan dan ajaran tentang keselamatan yang kurang juga

merupakan satu faktor yang menyebabkan kemalangan atau kecederaan. Kanak-kanak

haruslah sentiasa diberitahu tentang bahayanya terhadap sesuatu tindakan. Ini kerana

mereka masih tidak mampu untuk menjangkakan sesuatu perkara yang akan berlaku

akibat daripada sesuatu tindakan. Jadi, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam

usaha mendidik dan memberitahu kesan kepada suatu tindakan yang diambil. Dengan ini,

ia bukan sahaja dapat menginsafkan kanak-kanak malah juga dapat mengelakkan

berlakunya kemalangan atau kecederaan.

Akhir sekali, sikap semulajadi kanak-kanak yang suka memanjat dan berlari juga

merupakan faktor utama kepada berlakunya kemalangan dan kecederaan. Memanjat

boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh dari tempat yang tinggi dan berlari boleh

menyebabkan terjatuh atau terlanggar objek-objek lain.

Murid-murid yang disayangi semua,

Untuk mengatasi masalah-masalah atau kemalangan-kemalangan yang tidak diingini ini,

langkah-langkah pencegahan dan pengawalan boleh diambil. Antaranya ialah amalkan

sikap 3P ( Perhati, Pelajari, dan Prihatin ), pengawasan oleh orang dewasa, pendidikan

pencegahan kemalangan dan kecederaan di peringkat awal, simpan di tempat yang

selamat dan pertolongan cemas.

Ibubapa atau penjaga perlu mengamalkan sikap memerhatikan apakah risiko-

risiko atau potensi berlakunya kemalangan di dalam dan di persekitaran rumah. Dengan

memahami risiko tersebut, mereka boleh mempelajari dan sentiasa prihatin dalam

mengawasi pergerakan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan sikap “Sudah

terhantuk baru tergadah” menguasai diri kita. Kita hendaklah sentiasa peka dan waspada

4

Page 5: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

dalam mencegah kemalangan dan kecederaan. Sikap ini boleh dipupuk dengan

meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan dan mendapatkan sumber-sumber

maklumat daripada internet dan agensi-agensi tertentu.

Selain itu, pengawasan oleh orang dewasa juga merupakan langkah-langkah yang

perlu diambil agar kecederaan dan kemalangan dapat dielakkan. Contohnya, diawasi oleh

ibubapa, penjaga atau adik-beradik yang lebih tua. Pengawasan oleh orang yang lebih

dewasa dapat mencegah mereka daripada bermain dengan benda berbahaya ataupun

bermain di tempat yang berisiko untuk berlaku kemalangan seperti jalan raya, kolam dan

sungai. Sudah menjadi tabiat semulajadi seseorang kanak-kanak menerokai sesuatu benda

yang baru dengan cara bermain. Mereka juga amat mudah terpengaruh oleh rakan-rakan

mereka yang lain. Oleh itu, mereka hendaklah sentiasa diawasi dan diperhatikan.

Pendidikan pencegahan kemalangan dan kecederaan di peringkat awal juga dapat

mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini ini. Negara kita, Malaysia agak

bertuah kerana bebas daripada malapetaka seperti gempa bumi dan ribut taufan tetapi ini

bukan alasan untuk kita tidak mendidik kanak-kanak berkaitan pencegahan kemalangan

di rumah. Ibubapa memainkan peranan penting dalam aspek ini.

Di samping itu juga, bahan-bahan yang merbahaya seperti racun, ubat-ubatan dan

alat tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-

kanak. Elakkan juga menyimpan bahan merbahaya seperti racun atau ubat-ubatan dalam

bekas minuman atau makanan supaya ia tidak disalahanggap sebagai bahan makanan atau

minuman. Sebelum menggunakan bahan tersebut, seseorang itu mestilah membaca label

atau panduan yang disertakan terlebih dahulu.

Akhir sekali, langkah-langkah merawat haruslah dipelajari oleh semua orang agar

ianya dapat digunapakai semasa menghadapi kemalangan atau kecederaan. Pertolongan

cemas merupakan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang berada di dalam

keadaan kecemasan. Ia biasanya dilakukan di tempat yang berlakunya sesuatu

kemalangan. Rawatan susulan iaitu rawatan kedua dan selanjutnya biasanya dilakukan

oleh golongan terlatih seperti doktor dan jururawat di klinik dan hospital.

5

Page 6: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

Murid-murid yang disayangi semua,

Terdapat pelbagai sumber bantuan keselamatan apabila kita menghadapi kemalangan

atau kecederaan di rumah. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Jabatan

Pertahanan Awam ( JAPAM ), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Unit Kecemasan Dan

Kemalangan Hospital Dan Klinik Kerajaan Swasta serta Pasukan Bulan Sabit Merah dan

St. John Ambulance.

Pertama, semasa berhadapan dengan kemalangan atau kecederaan, kita boleh

hubungi pihak polis. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan atau lalu lintas pada tempat

tersebut terkawal agar kerja-kerja menyelamat dapat dijalankan. Jangan panik dan

seboleh-bolehnya kawal perasaan anda. Dapatkan bantuan orang yang terdekat yang

boleh anda percayai seperti kawan atau jiran.

Kedua, Jabatan Pertahanan Awam ( JAPAM ) juga memainkan peranan penting

dalam membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya, orang awam

semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.

Ketiga, Jabatan Bomba Dan Penyelamat merupakan satu agensi yang

bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal kebakaran serta aktiviti menyelamat

dalam bencana alam dan kemalangan.

Keempat, Unit Kecemasan Dan Kemalangan Hospital dan Klinik Kerajaan dan

Swasta juga memberi bantuan perubatan dari segi penghantaran pasukan kecemasan ke

tempat kejadian. Mangsa juga boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan Kecemasan

yang terdekat sama ada di hospital kerajaan atau swasta.

Kelima, Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance merupakan sebuah

pasukan sukarela yang membantu agensi-agensi seperti yang dinyatakan. Keahlian dan

tugas-tugasnya adalah berasaskan kepada prinsip sukarela dan membantu orang lain

dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.

6

Page 7: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

Murid-murid yang dikasihi semua,

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan bantuan keselamatan semasa

menghadapi kemalangan atau kecederaan;

Pertama, Kenalpasti keadaan persekitaran kawasan kemalangan. Sekiranya

kawasan tersebut tidak selamat, minta bantuan dari orang awam dan alihkan mangsa ke

kawasan yang lebih selamat.

Kedua, hubungi pihak hospital secepat mungkin. Dial 999, beritahu dengan jelas

keadaan mangsa, tempat kejadian, jenis kemalangan dan nama pelapor kepada pihak

hospital dan polis.

Ketiga, kenalpasti keadaan pesakit terlebih dahulu. Sekiranya mangsa masih sedar

diri, tepuk bahu mangsa dan tanyakan keadaan badannya. Kita boleh mengenal pasti

keadaan mangsa sama ada masih sedar diri atau tidak dengan melihat kepada pernafasan

atau bahagian dadanya.

Keempat, Berikan bantuan atau rawatan awal kepada mangsa dan tunggu

sehingga pihak hospital sampai. Amalkan konsep pertolongan cemas kepada mangsa

sehingga pihak hospital sampai.

( 2 015 Patah Perkataan )

7

Page 8: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

3.0 Persembahan Multimedia ( Powerpoint )

8

Page 9: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

9

Page 10: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

10

Page 11: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

11

Page 12: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

12

Page 13: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya keselamatan diri adalah sentiasa terancam walaupun di dalam

rumah bahkan di luar rumah. Ini bersesuaian dengan pepatah melayu iaitu “Malang tidak

berbau”. Keselamatan kita susah dikawal oleh kita sendiri dan mungkin akan ditimpa

kemalangan pada bila-bila sahaja dan di mana-mana tempat. Hanya tuhan yang dapat

menentukan keselamatan kita. Walaubagaimanapun, dengan meninjau faktor-faktor yang

menyebabkan kemalangan atau kecederaan dan langkah-langkah yang strategik diambil,

ianya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko terhadap kemalangan atau

kecederaan yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, pendidikan pencegahan keselamatan dan

kecederaan haruslah dan wajar dididik sejak dari kecil lagi kepada anak-anak kita. Selain

itu, cara-cara untuk mengendalikan pertolongan cemas juga harus disemai pada kita

setiap orang agar ianya dapat dipraktikkan semasa menghadapi kecemasan.

13

Page 14: Teks Ceramah.doc

SIA PIK KIEW 801111136227

6.0 RUJUKAN

Borhan, Y, et. al ( 2011 ). HBHE 3103 : Gaya Hidup Sihat. (10th Edi). Kuala Lumpur :

Open University Malaysia ( OUM ).

Mohd. Noorazam, A.R, et. al ( 2010 ). HBHE 3203 : Kebersihan Dan Keselamatan

Persekitaran. (4th Edi). Kuala Lumpur : Open University Malaysia ( OUM ).

http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-%20pengetahuan%20&%20amalan%20gaya%20hidup%20sihat.%20short%20edition%20for%20poster%20upsi%20expo%202007.pdf

http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat

http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat

http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/

http://kitasihat.blogspot.com/2007/09/keluarga-sihat.html

http://pendidikan-kesihatan.blogspot.com/2009/07/amalan-gaya-hidup-sihat-kunci-untuk.html

http://www.scribd.com/doc/50540390/AMALAN-GAYA-HIDUP-SIHAT-Nurul-Ain

http://www.scribd.com/doc/17253485/Gaya-Hidup-Sihat-by-Loney

14