teks budaya

6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Terima kasih pengacara majlis, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Rompin, Pengetua dan Guru Besar sekolah – sekolah daerah Rompin, Yang berusaha AJK Pengelola , para pelajar serta Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Penghayatan kesenian dan kebudayaan ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1 Malaysia ialah gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kebersamaan. Lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan 1 Malaysia iaitu budaya ilmu, intergriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi merupakan nilai-nilai teras yang perlu disemai dan dibajai sebagai budaya kehidupan rakyat Malaysia demi memacu kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan 1

Upload: adrine-sapari

Post on 24-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks budaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih pengacara majlis,

Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Rompin,

Pengetua dan Guru Besar sekolah – sekolah daerah Rompin,

Yang berusaha AJK Pengelola , para pelajar serta

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Penghayatan kesenian dan kebudayaan ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang

dihasratkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri

Malaysia. Hasrat 1 Malaysia ialah gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan

nasional dan semangat kebersamaan. Lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan

1 Malaysia iaitu budaya ilmu, intergriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya

ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi merupakan nilai-nilai teras

yang perlu disemai dan dibajai sebagai budaya kehidupan rakyat Malaysia demi

memacu kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan

Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, pelajar yang memiliki minda kelas

pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan budaya dan seni mampu memupuk

semangat cintakan negara.  Oleh itu konsep Membangun Modal Insan dan

memperkasa sekolah melalui kegiatan kesenian dan kebudayaan yang dipilih oleh AJK

1

Page 2: Teks budaya

Pengelola dalam festival ini amat bertepatan sekali dan diharapkan mampu menjadi

acara tahunan.

Sedang kita bersiap siaga untuk melakukan lonjakan berganda bagi mencapai taraf

ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk melahirkan

modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketrampilan untuk memacu

ekonomi berasaskan pengetahuan. Di samping itu, nilai-nilai mulia seperti saling

menghormati,bertanggungjawab, penyayang, bertimbang rasa, berbudi bahasa,

berdisiplin tinggi dan sentiasa gigih hendaklah dipupuk dan diamalkan dalam kalangan

anak didik kita supaya menjadi budaya hidup masyarakat kita.

Justeru itu, dasar pendidikan di negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Negara

yang bermatlamat melahirkan insan kamil yang seimbang secara holistik dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial. Matlamat inilah yang menjadi asas bagi

setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di negara

kita. Maka, dalam menuju misi bagi melahirkan modal insan yang berkemampuan untuk

mengisi keperluan demi memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, aspek

penguasaan ilmu dan kemahiran perlu diimbangi oleh ketrampilan dan keperibadian

insan yang mulia. Kejayaan membentuk modal insan cemerlang akan membantu kita

mencapai Wawasan 2020 yang kian menghampiri kita sedekad lagi.

Festival Kebudayaan Sekolah – sekolah Daerah Rompin 2010 merupakan program

yang julung – julung diadakan ini bertujuan menyemai serta menyemarakkan rasa cinta

2

Page 3: Teks budaya

dan sayang pelajar kepada budaya bangsanya. Aktiviti – aktiviti seperti tarian , silat ,

gamelan , puisi dan sebagainya mampu memupuk semangat cintakan budaya di

kalangan pelajar. Program seperti ini juga mampu mengembangkan bakat yang

terpendam dan juga mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran di bidang seni

dan kebudayaan. Penglibatan dan kerjasama yang sangat baik daripada 14 buah

sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Rompin ini secara tidak langsung

menjadi perangsang kepada para pelajar dan juga institusi sekolah untuk terus

menjinakkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Perlu dingatkan bahawa pembangunan pelajar bukan hanya dilihat dari sudut

kecemerlangan akademik sahaja, malahan nilai-nilai kemahiran insaniah juga perlu

dikuasai pelajar. Dalam usaha Kementerian untuk melahirkan pelajar yang seimbang,

ko kurikulum dilihat sebagai salah satu aktiviti yang boleh menyumbang kepada

penambahbaikan nilai-nilai kemahiran insaniah pelajar. Pihak Kementerian juga sedang

dalam usaha untuk mengkreditkan aktiviti ko-kurikulum untuk menghargai penglibatan

pelajar untuk memperbaiki diri dan seterusnya menguasai sekurang-kurang tahap

minimum kemahiran insaniah. Selain daripada itu, kaedah penyampaian yang

memenuhi piawaian juga mampu melonjakkan pemikiran pelajar ketahap yang lebih

baik serta mampu menghasilkan daya pemikiran kreatif, motivasi yang cemerlang dan

nilai kerja berpasukan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK

Pengelola dan juga semua pihak kerana telah dapat menganjurkan program ini

3

Page 4: Teks budaya

dengan jayanya dengan konsep yang jelas.  Kepada para peserta yang telah

mengambil bahagian saya ucapkan tahniah dan syabas kerana penyertaan anda

sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.

 

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan majlis

penutupan perasmian Festival Kebudayaan Sekolah – sekolah Peringkat Daerah

Rompin tahun 2010 dengan rasminya.

 

Sekian, terima kasih.

4