irama dan teks sayembara dendangan syair 6 zon...

9
1 Cawangan Bahasa dan Persuratan, Bahagian Warisan Tidak Ketara JABATAN WARISAN NEGARA Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

56 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

1

Cawangan Bahasa dan Persuratan, Bahagian Warisan Tidak Ketara

JABATAN WARISAN NEGARA

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

IRAMA DAN TEKS

SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6

ZON PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Page 2: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN
Page 3: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

3

1. PETIKAN TEKS SYAIR PERANG JOHOR

KARANGAN : RAJA AHMAD RAJA HAJI

Negeri Johor dengan rantaunya

Dengan seperintah laksamana sekeliannya

Suatu pun tidak halai balainya

Kepada masa kemudian harinya

Dato’ Laksamana dijadikan raja

Panglima ke Johor memerintah keraja

Jadi pengapitnya Dato Maharaja

Hulubalang berani biasa bekerja.

Abdul Jalil hamba yang lama

Dibawa mengadap Raja Ulama

Disalini baju kancu yang rama-rama

Digelar Orang Kaya Paduka Seri Rama.

Tengah malam hampir dinihari

Kelengkapan Aceh berdayung pergi

Paduka Seri Wangsa berdayung mari

Dua buah penjajab hanya yang lari.

Dato’ Laksamana wazir yang Ghani

Berdayung ia ke sana ke mari

Melihatkan hulubalang mana yang berani

Barang yang undur lalu dibedili.

Hulubalang Johor tidak berbagai

Ketika berperang ia memakai

Terdirilah di beranda seperti mempelai

Menyelampaikan pedang mengiraikan perisai.

Page 4: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

4

2. PETIKAN TEKS SYAIR BERBUAT JASA

KARANGAN : ZA’ABA

Buatlah jasa wahai teruna,

Hidupmu biar memberi guna,

Kamu yang mati jasa tak fana,

Asalkan buahnya elok sempurna.

Banyakkan khidmat besar dan seni,

Serahkan kepada Tuhan Rabbani,

Jasa yang kekal berfaedah murni,

Umur yang kedua bagi insan.

Hidup manusia jangan percuma,

Buatlah bakti budi utama,

Selagi baiknya kekal menjelma,

Si mati hidup selama-lamanya.

Buatlah baik sedaya upaya,

Hidup berbakti memberi cahaya,

Sumbu pelita tidak sia-sia,

Terbakar diri memberi cahaya.

Jangan menilik balas dan puji,

Atau pahalanya dikaji-kaji,

Rasanya demikian tamak dan keji,

Padalah baiknya tinting dan uji.

Buatlah baik ayuhai rakan,

Ke dalam laut kamu campakkan,

Jikalau tidak dikenal ikan,

Tuhan tahu iakah bukan.

Page 5: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

5

3. PETIKAN TEKS SYAIR BURUNG PUNGGUK

KARANGAN: HAMZAH FANSURI

Pungguk bercinta pagi dan petang,

Melihat bulan di pagar bintang,

Terselap rindu dendam pun datang,

Dari saujana pungguk menentang.

Pungguk menentang dari saujana,

Di dalam hari gundah gulana,

Jikalau di tolong Tuhan yang gana,

Makanya punggok boleh ke sana.

Diatas beraksa berapa lama,

Gilakan cahaya bulan purnama,

Jikalau bulan jatuh ke mana,

Di manakah punggok dapat bersama.

Bulan purnama cahayanya terang,

Bintang seperti intan dikarang,

Rawannya punggok bukan sembarang,

Berahikan bulan di tanah seberang.

Gemerlapan cahaya bintang kartika,

Beratus majelis bagai dijangka,

Sekaliannya bintang terbit belaka,

Pungguk melihat kalbunya duka.

Bintang dilangit berbagai rupa,

Pungguk bercinta badan terlepa,

Minta doa tiadalah lupa,

Dengan bulan hendak berjumpa.

Page 6: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

6

4. PETIKAN TEKS SYAIR NASIHAT 1

KARANGAN : RAJA ALI HAJI

Ayuhai anakanda muda remaja,

Jika anakanda menjadi raja,

Hati yang betul hendak disahaja,

Serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,

Zahir dan batin janganlah culas,

Jernihkan hati hendaklah ikhlas,

Seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,

Ilmu yang benar jangan yang bukan,

Iaitu ilmu yang kebajikan,

Di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,

Dari yang lain lebihkan dulu,

Had syarak jangan dilalu,

Tidaklah anakanda beroleh malu.

Segala perpuatan dengan berilmu,

Maka kebajikan boleh bertemu,

Jika sebarang-barang diramu,

Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Ilmu itu besar faedahnya,

Membezakan hak dengan batilnya,

Mengetahui rakyat benar salahnya,

Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Page 7: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

7

5. PETIKAN TEKS SYAIR NASIHAT 2

KARANGAN: RAJA ALI HAJI

Orang berdakwah duduk menanti,

Serta dengan bersakit hati,

Hairan takjub tidak mengerti,

Sebab bicaranya belum pasti.

Terkadang dihukumkan dengan biladah,

Bukannya syarak bukannya ‘adah,

Ambil lekas jalan yang mudah,

Supaya jangan berhati gundah.

Jika demikian apa jadinya,

Hukum tak betul dengan jalannya,

Di hadapan majlis diterimanya,

Di belakang kelak diumpatnya.

Jika yang benar kita hukumkan,

Di belakang jangan kita hiraukan,

Umpat dan puji kita biarkan,

Kepada Allah kita syaksikan.

Jika anakanda jadi menteri,

Orang berilmu anakanda hampiri,

Lawan mesyuarat lawan berperi,

Supaya pekerjaan jadi ugahari.

Hendaklah periksa adabnya wazir,

Di dalam kitab sudah terukir,

Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,

Supaya jangan jadi tergelincir.

Page 8: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

8

6. PETIKAN TEKS SYAIR NASIHAT 3

KARANGAN : RAJA ALI HAJI

Jika tergelincir pekerjaan salah,

Pekerjaan anakanda beroleh lelah,

Rakyat tentera tentu bencilah,

Barangkali datang murkanya Allah.

Jika anakanda menjadi besar,

Tutur dan kata janganlah kasar,

Jangan seperti orang yang sasar,

Banyaklah orang menaruh gusar.

Tutur yang manis anakanda tuturkan,

Perangai yang lembut anakanda lakukan,

Hati yang sabar anakanda tetapkan,

Kebaikan orang anakanda fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,

Supaya hatinya tiada lari,

Masyhurlah anakanda di dalam negeri,

Sebab kelakuan bijak bistari.

Hendaklah anakanda jagakan nama,

Mendirikan hak dengan saksama,

Pekerjaan bidaah jangan diterima,

Walaupun kecil seperti hama.

Membuka rahsia jangan sekali,

Jahat adab sangat pemali,

Kepada rajanya yang ter’ali,

Supaya bernama bangsawan asli.

Page 9: IRAMA DAN TEKS SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 6 ZON …heritage.gov.my/media/k2/attachments/Teks__Irama_Syair_Sayembara... · Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia IRAMA DAN

9

7. PETIKAN TEKS SYAIR NASIHAT 4

KARANGAN: RAJA ALI HAJI

Jika anakanda menjadi kadi,

Hendaklah ikut salaf yang madi,

Adil dan insaf di dalam ardi,

Allah dan Rasul supaya radi.

Hendaklah mesyuarat dengan ulama,

Supaya hukuman tiada cuma,

Rasyuah dan sorong jangan diterima,

Supaya tuan beroleh nama.

Kitabu’l-Faqiyyah, hadis dan tafsir,

Hendaklah telaah serta berfikir,

Jauhkan tamak, loba dan kikir,

Keraskan makruf jauhkan munkir.

Janganlah sangat duduk termasya,

Dunia nan tempat mencari jasa,

Menjatuhkan hukum habiskan periksa,

Supaya jangan mendapat seksa.

Pada berhukum dengan pemarah,

Jangan perkataan keruh dan kerah,

Khususan pula bicara darah,

Janganlah zalim barang sezarah.

Tatkala berhukum maniskan muka,

Padamkan sekali marah dan murka,

Menghamburkan kalam dengan berjangka,

Supaya orang berhati suka.