teks bacaan
TRANSCRIPT
“ BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN ”
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang
sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun
dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas
mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian (1958) telah mencadangkan bunga
Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan daripada tujuh bunga yang telah
dicadangkan iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga
Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia,
Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok
renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia
ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa
tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai jenis bunga raya telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai
dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak
set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di
sebahagian India.