buku panduan imam remaja (putera) 2015

Upload: golden-fingers

Post on 26-Feb-2018

469 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    1/122

    BUKUPANDUAN

    IMAM REMAJAPUTERASekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor

    UNIT PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAMSEKTOR PENDIDIKAN ISLAMJABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

    EDISI 2015

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    2/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [2]

    BAHAGIAN A ( PERKARA WAJIB )

    PESERTA WAJIB MENGUASAI SEMUA ITEM DALAM BAHAGIAN INI

    KOD: 01PENGETAHUAN ASAS AGAMA , FARDHU AIN & FARDHU KIFAYAH

    ( Hanya wajib baca dan memahaminya sahaja dengan bimbingan guru )

    Perkara Butiran

    1.0TasawwurIslam

    Pengertian Islam : Perkataan Islam dari perkataan Salima yang bermakna :Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin ; Damai dan aman atau sejahtera; Taat dan menyerah .

    1.0.1KeistimewaanIslam

    Antaranya :

    1. Agama yang datang daripada Allah SWT- Sumber dan peraturannya adalah daripada Allah SWT melalui wahyu yangdisampaikan kepada Rasulullah SAW . Ia bukan lahir dari pemikiran danfalsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan .

    2. Ajarannya Adil- Segala ajarannya adalah sempurna dan adil , jauh sekali dari kekurangan dan

    kezaliman terhadap penganutnya .

    3. Ajarannya adalah Lengkap- Ianya merangkumi dalam semua perkara dari perkara kecil ( adab masuktandas ) sehinggalah dalam urusan pemerintahan negara .

    4. Islam adalah al-Din yang Universal- Islam diturunkan untuk seluruh manusia dengan tidak membezakan warnakulit , bahasa , geografi dan sejarah . Kerahmatan Islam meliputi kepada semuamakhluk sama ada binatang , manusia dan juga tumbuhan .

    5. Ajarannya Progresif dan Dinamik- Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan , sehingga Islam selaludapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempitsemasa menghadapi cabaran hidup di atas dunia ini .

    6. Ajarannya Senang , Tidak Susah- Semua ajarannya adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusiayang suka kepada perkara yang baik dan senang .

    7. Tidak ada paksaan- Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya . Mereka yang memilihIslam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    3/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [3]

    1.0.2

    SumberHukum Islam

    4 sumber hukum utama ( primer ) yang disepakati oleh para ulama dalam

    Islam iaitu :1. Al-Quran

    Kalam Allah SWT yang bermukjizat , lafaznya dalam bahasa Arab danmaknanya daripada Allah SWT yang termaktub dalam mushaf ( naskhah Al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak ) , dipindahkan secara mutawatir .Membacanya menjadi satu ibadat .Cth : Halalnya jual-beli dan haramnya riba .

    2. As-Sunnah / Al-Hadis Semua yang dinaqalkan ( dipindahkan atau diambil ) daripada Nabi SAWsama ada perkataan , perbuatan dan taqrir ( pengakuan ) Baginda .Cth : Mencela orang mukmin adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur .

    3. Al- Ijma Persepakatan semua ulama mujtahid di kalangan umat Nabi MuhammadSAW terhadap sesuatu hukum syarak pada suatu masa selepas wafatnyaRasulullah SAW .Cth : Sepakat para sahabat bahawa datuk ( lelaki ) mendapat 1/6 bahagiandaripada harta warisan apabila si mati mempunyai anak lelaki dan tidak adabapa .

    4. Al-Qias

    Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya ( cabang )dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya ( asal ) disebabkan adapersamaan antara keduanya dari segi illah ( sebab yang membawa kepadasesuatu hukum ).Cth : Haramnya mana-mana minuman yang memabukkan termasuk jenis-jenisdadah diqiaskan kepada haramnya arak kerana illahnya ( sebabnya ) itu ialahmemabukkan .- Manakala sumber lain ( sekunder ) yang tidak sepakati pula ialah Al-Ijtihad ,

    Al-Istihsan , Al-Masolih Al- Mursalah , Al- Uruf , Mazhab Sahabi , Al-Istishab ,Saddu Az- Zarai , Syaru Man Qablana dan Amal Ahlul Madinah .

    1.0.3 Asas & PrinsipUmum Islam

    Islam adalah sebagai al-Din yang lengkap dan sempurna yang akanmembicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikitkekurangan dan kecacatan dalam ajarannya . Berikut adalah peneranganmengenai Asas dan prinsip-prinsip umum Islam yang boleh memberikanruang kepada manusia untuk menyesuaikannya :1. Aqidah- Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusiatanpa ada sedikit keraguan terhadap kesempurnaan ajaran Islam .

    2. Ibadah- Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang Esa dalam segala aspekkehidupan , atau dalam erti kata yang lain segala pekerjaan dan amalan yangdilakukan semata-mata kerana Allah , maka ini ialah ibadah .

    3. Syariah

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    4/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [4]

    - Ialah perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidakboleh diubah dengan apa cara sekalipun . Syariah Allah memelihara 6 prinsip ,iaitu ; Agama , nyawa , keturunan , maruah , akal dan harta .4. Akhlak- Ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang . Ia bukan sesuatu yanbersifat takalluf ( sesuatu yang dibuat-buat ) tetapi telah menjadi perangai danmiliknya yang sebenar .

    5. Kebudayaan- Islam juga mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang tersendiriberteraskan taqwa kepada Allah SWT . Islam berusaha untuk menghapuskansegala bentuk kebudayaan yang tidak sesuai dengan kehendak Islam .

    6. Ilmu Pengetahuan- Islam memerangi amalan buta huruf di kalangan umatnya di samping

    mewajibkan penganutnya menuntut ilmu pengetahuan tanpa mengira lelaki atauperempuan .

    7. Ekonomi- Ajaran Islam adalah ajaran yang tidak memisahkan antara dunia dan akhirat .Islam berusaha meningkatkan taraf hidup manusia dengan menggesa supayaumatnya rajin bekerja dengan mencari sumber rezeki yang halal .

    8. Politik- Manusia ialah makhluk sosial yang sering berhubung antara satu dengan yanglain , justeru itu ia mesti ada bimbingan daripada seseorang yang diamanahkanuntuk mentadbir urusan hidup mereka .

    9. Dakwah- Iaitu mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah . Ia adalahtugas yang mulia dan inilah tugas para nabi dan rasul apabila diutuskan menjadirasul .

    10. Pergaulan ( Hubungan Sosial )- Manusia sebagai makhluk sosial , ia tidak boleh hidup bersendirian . Ia mestibergaul antara satu dengan yang lain . Oleh itu , Islam menetapkan adab-adabpergaulan sesama mereka supaya keharmonian di dalam masyarakat dapatdiwujudkan termasuk perkara yang berkaitan dengan sistem kekeluargaan ,

    mu amalah , kehakiman , perhubungan antarabangsa dsb .

    11. Jihad- Iaitu pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahan danmenyebarkan Islam menurut keredhaan Allah . Ia mempunyai beberapa bentukdi antaranya :a) Berjihad dengan lisanb) Berjihad dengan harta kekayaanc) Berjihad dengan jiwa untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu

    1.0.4Ciri-Ciri

    KeistimewaanSyariat Islam

    Antaranya ialah : 1. Rabbaniyyah ( Ketuhanan )

    - Segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan peraturan yang terkandung dalamIslam adalah bersumberkan Wahyu Allah SWT dan Hadis Nabi SAW .

    2. Insaniyyah ( Kemanusiaan )

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    5/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [5]

    - Ianya bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah SWTuntuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dandi semua tempat .3. Syumuliyyah ( Lengkap )- Iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lengkap dansempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat .

    4. Waqiiyyah ( Praktikal ) - Bermaksud Islam itu mampu diamalkan oleh semua golongan manusia .

    5. Alamiyyah ( Sarwajagat ) - Iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengirabangsa , tempat dan zaman . Islam juga membawa rahmat kepada seluruhmakhluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan .

    6. Kombinasi antara Thabat ( Teguh ) dan Murunah ( Anjal )- Teguh dari segi prinsip dan matlamat , Anjal dari segi cabang dan carapelaksanaannya sehingga syariat Islam tidak hanyut dan tunduk kepada mana-mana suara yang batil .- Antara perkara yang termasuk konsep thabat ialah :-a) Akidah ( mentauhidkan Allah )b) Ibadat ( ibadat khusus spt solat , puasa , zakat dan haji )c) Ketetapan hukum syariah ( melibatkan hukum wajib , sunat , harus , makruh

    dan haram ) .

    7. Wasatiyyah ( Kesederhanaan )- Iaitu pertengahan dan saksama antara dua aspek yang bertentangan tanpaterpengaruh kepada salah satunya dengan meninggalkan aspek yang lain .- Kesederhanaan boleh dilihat melalui aspek-aspek berikut :-a) Akidah Mempercayai sesuatu yang nyata atau zahir dan perkara-perkara

    ghaib yang mempunyai dalil serta bukti .b) Ibadat Tidak meringankan dan tidak sampai membebankan umatnya .c) Kerohanian dan kebendaan Seimbang antara tuntutan kehidupan di dunia

    dengan kebahagiaan hidup di akhirat yang abadi .d) Undang-undang Tidak bercanggah dengan fitrah manusia dan tidak pula

    memberi kebebasan yang mutlak .e) Individu dan masyarakat Setiap individu mempunyai hak dan

    tanggungjawab yang wajib dilaksanakan bagi menjamin kehidupan yang

    harmoni dan sejahtera .

    8. Adalah ( Keadilan Mutlak ) - Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan yang mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan di kalanganmereka , memelihara kehormatan , agama , nyawa , maruah , keturunan danharta benda dengan bermatlamatkan dunia dan akhirat .

    1.0.5TujuanSyariat Islam

    ( MaqasidSyariah )

    Terbahagi kepada tiga bahagian :

    a) Daruriah ( Kepentingan ) Segala sesuatu yang perlu ada bagi manusia

    untuk memelihara kemaslahatan dalam beragama dan juga kemaslahatandalam menjalani kehidupan .- Tanpanya , maka tidak wujud kemaslahatan hidup di dunia bahkan akanmenyebabkan kerosakan dan kemusnahan kepada mereka . Manakala

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    6/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [6]

    di akhirat , hilangnya keselamatan dan nikmat dan manusia kembali kepada Allah SWT dalam penyesalan yang nyata .

    - Maka , ada enam prinsip utama yang perlu dipelihara iaitu :-

    1. Mem elihara Agam a- Allah menghukum orang yang murtad ( keluar dari agama Islam ) denganhukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung inisentiasa terpelihara , bukan untuk dipermainkan .

    2. Memeli hara Nyawa- Islam telah menetapkan kepada mereka yang membunuh dengan sengajaakan dikenakan hukum bunuh balas ( qisas ) .

    3. Memelihara Keturun an

    - Islam mensyariatkan perkahwinan untuk melangsungkan zuriat manusia diatas dunia ini . Justeru Islam mengharam sama sekali perzinaan denganmengenakan hukuman 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejamsampai mati bagi yang muhson ( telahpun berkahwin ) .

    4. Mem elihara Kehorm atan Diri ( Maruah )- Islam menyuruh umatnya menjaga batas-batas pergaulan , percakapan danmenjalin hubungan persahabatan dengan baik . Untuk menjamin maruahseseorang itu , maka Islam menetapkan hukuman 80 kali sebatan dalam kesqazaf ( menuduh orang yang baik melakukan zina ) .

    5. Mem elihara Akal- Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendakmemelihara akal manusia . Islam telah menghukum kepada mereka yang sabitmelakukan kesalahan dengan 40 kali sebatan .

    6. Mem elihara Harta- Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan hukumanpotong tangan apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih .Manakala bagi perompak , hukumannya ialah dipotong tangan dan kaki secarasilang . Tetapi sekiranya dia merompak dan membunuh , maka hukumannyadibunuh serta dipalang .

    b) Hajiyah ( Keperluan ) Maslahah yang diperlukan oleh manusia untukmemberi kemudahan dan menghilangkan kesempitan kepada mereka .- Sekiranya tiada , ia tidak menjejaskan peraturan hidup manusia sebagaimanaketiadaan perkara darurat tetapi ia menyebabkan kesukaran dan kesusahan .Cthnya : Keringanan mengerjakan solat qasar dan jamak ketika musafir ,keharusan berburu untuk keperluan hidup , berjual-beli dsbnya .

    c) Tahsiniyah ( Keelokan / Kecantikan ) Maslahah yang berkaitan denganmaruah iaitu berpegang dengan adat-adat yang baik dan akhlak yang mulia .- Sekiranya tiada , maka ia tidak menjejaskan sama sekali peraturan-peraturanhidup sebagaimana kehilangan dalam aspek darurat dan ia tidak menyebabkan

    kesusahan dan kesempitan sebagaimana kehilangan dalam aspek hajiyah .Walaubagaimanapun , ia menyebabkan kehidupan mereka dipandang hina dankurang sopan pada pandangan orang ramai .Cthnya : Disyariatkan bersuci atau menutup aurat sebagai salah satu asas yang

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    7/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [7]

    penting dalam menentukan sesuatu ibadah mencapai tahap kesempurnaan ,larangan dari berjualbeli dengan barang yang najis , adab makan-minum ,haramnya membunuh wanita , orang tua dan kanak-kanak dalam peperangan .Perhatian :Mukammilah ( Pelengkap ) Merujuk kepada hukum-hukum yang disyariatkanoleh Islam bagi menyempurnakan maqasid daruriyah , hajiyah dan tahsiniyah .- Walaupun demikian , ketiadaannya tidak menjejaskan hukum asal perkaratersebut . Cthnya : Azan dan solat berjemaah disyariatkan bertujuanmenzahirkan syiar Islam , larangan berkhalwat sebagai menutup jalan kepadazina , larangan menipu ketika berjual-beli dsbnya .

    1.0.6MatlamatIslam

    Enam perkara :

    1. Membina Insan yang Soleh- Iaitu insan yang beriman dan berakidah , beribadat dan beramal soleh ,

    berakhlak dan bersopan santun , bersyariat dan bermanhaj , berdakwah danberjihad , berakal dan berilmu , insan pembangunan dan produktif yangmelayakkannya menjadi khalifah di muka bumi ini .

    2. Membina Keluarga yang Soleh- Iaitu dengan cara perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah yang merupakansel pertama dan satu keperluan untuk membina sebuah masyarakat yang soleh.

    3. Membina Masyarakat yang Soleh- Iaitu masyarakat yang mana individu-individu dan keluarga-keluarganya terikatdengan nilai-nilai tinggi Islam dan prinsip-prinsipnya yang ideal yang bersatu diatas dasar akidah Islam , menghargai amal yang soleh , berdakwah danmelakukan amar makruf nahi mungkar , berjihad pada jalan Allah , memupukpersaudaraan dan kasih 7 ea ra serta saling bekerjasama dan nasihatmenasihati dan berperadaban tinggi .

    4. Membina Umat yang Soleh- Iaitu umat yang melaksanakan risalahnya , membangunkan kehidupannyaatas dasar akidah dan syariat , mendidik generasinya mengikut pertunjuknya ,menyebarkan risalahnya ke seluruh alam serta membawa bersamanya rahmat ,cahaya dan kebaikan buat umat manusia keseluruhannya .

    5. Membina Negara yang Soleh- Iaitu membentuk sebuah Negara Islam yang mengarahkan segala urusanpemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yangbersumberkan al-Quran dan Hadis serta ijtihad yang benar .

    6. Menyeru ke arah kebaikan umat Islam- Umat Islam adalah bertanggungjawab melakukan amar makruf nahi mungkarkerana tugas utama umat ini ialah menyampaikan dakwah dan risalah Islam keseluruh pelusuk dunia .

    1.1Konsep

    Aqidah

    Pengertian Aqidah : Kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwasehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan .

    1.1.1Unsur

    Meliputi tiga unsur yang saling kait-mengait iaitu :

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    8/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [8]

    Pembentukan Aqidah

    1. Peranan Akal- Berfungsi untuk melihat , memikir , mengkaji , membanding , menimbang danseterusnya mengisbatkan kewujudan Allah . 2. Peranan Iradah- Bermakna kemahuan dengan penuh kerelaan hati untuk menerima dan tundukpatuh kepada hakikat keimanan yang telah diakui oleh akal akan kebenarannya.

    3. Peranan Wujdan ( Perasaan )- Kebenaran keimanan yang telah dibuktikan oleh akal dan ilmu perludiserapkan di dalam hati supaya ia menjadi ebati dalam darah daging manusia .

    Apabila manusia telah sampai ke tahap ini , mereka akanmerasakan semuamakhluk tidak bernilai kecuali Allah SWT semata-mata .- Cara membentuk akidah yang berunsur wujdan perlulah melalui 3 prosesamalan iaitu :-a) Penyiraman jiwa dengan ayat-ayat suci Allah

    b) Pembersihan hati dari sifat-sifat yang terkejic) Pemupukan dengan amalan soleh

    1.1.2Keistimewaan

    Aqidah Islam

    Lima perkara :

    1. Aqidah Rabbaniyyah - Bererti kepunyaan Tuhan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah .

    2. Aqidah Islam sesuai dengan fitrah semulajadi manusia- Ertinya manusia ini dari segi kerohaniannya ia telah menerima konsepketuhanan sejak daripada mereka berada di dalam kandungan ibu .

    3. Aqidah yang sentiasa menerima bukti- Ini bererti setiap perkara yang dikemukakan untuk membuktikan kebenaranaqidah Islam mesti akan diterima oleh akal yang waras dan tidak boleh ditolakdengan hujjah , kerana ia mempunyai bukti yang cukup jelas dan padat .

    4. Aqidahnya jelas dan terang- Tidak ada kesamaraan dan kekaburan untuk memahaminya . Aqidahnya tepatdan tetap tanpa menerima apa-apa perubahan , penambahan , pengurangandan penyesuaian sejak ia mula diturunkan kepada para rasul sebelum daripadaNabi Muhammad SAW . Kesemuanya menyeru manusia supaya mengabdikandiri kepada Allah .

    5. Aqidah sebagai pembentuk peribadi- Ia dapat membentuk insan yang mantap dan teguh jiwanya yang menjadisumber kekuatan Islam dan umatnya .

    1.2Iman

    Menurut kebanyakan pendapat Ulama Ahlu Sunnah wal Jamaah ,Iman bererti: Pengakuan dengan lidah , kepercayaan dalam hati dan amalandengan anggota.- Iman boleh bertambah jika disertakan amal soleh dan ia juga boleh berkurang

    jika melakukan perkara dosa dan maksiat kepada Allah .

    1.2.1Rukun Iman

    Enam perkara :

    1. Beriman kepada Allah2. Beriman kepada Malaikat3. Beriman kepada Kitab

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    9/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [9]

    4. Beriman kepada Nabi dan Rasul5. Beriman kepada Hari Qiamat / Akhirat6. Beriman kepada Qadar dan Qadak

    1.3BerimanKepada Allah

    Berdasarkan 3 Konsep Ketuhanan berikut :

    1. Tauhid Rububiyyah : Iaitu keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT sebagai Pencipta , Pemilik dan Pentadbir seluruh alam .

    2. Tauhid Uluhiyyah : Iaitu mengakui bahawa hanya Allah SWT yang Esa yanglayak disembah , ditaati dan dipatuhi secara mutlak .

    3. Tauhid Asma Wa Sifat : Iaitu meyakini bahawa Allah SWT memiliki nama-nama yang indah dan mulia ( 99 nama ) serta memiliki sifat-sifat yangsempurna ( Khususnya 20 Sifat wajib bagi Allah ) .

    - Antara 20 Sifat tersebut ialah spt Wujud ( Ada ) ; Qidam ( Tiada permulaan ) ;Baqa ( Kekal ) ; Mukhalafatuhu lil hawadith ( Berlainan dengan sekalianmakhluk ) ; Qiyamuhu bi nafsih ( Berdiri dgn Sendirinya ) ; Wahdaniah ( MahaEsa ) ; Qudrah ( Maha Kuasa ) ; Iradah ( Maha Berkehendak ) ; Ilmu ( MahaMengetahui ) ; Hayat ( Maha Hidup ) ; Sama ( Maha Mendengar ) ; Basor( Maha Melihat ) ; Kalam ( Maha Berkata-kata ) dan banyak lagi sifat Allah SWTyang disebut dalam Al-Quran .

    - Kesempurnaan-Nya tidak terhingga dan tidak mungkin dicapai oleh akalmanusia yang lemah ini .

    1.3.1 Ayat & HadisMutasyabihat

    Maksudnya : Ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah SWT yang tidak dapat difahamidengan jelas oleh akal kerana menggunakan lafaz yang sama dengan sifatyang ada pada makhluk-Nya .

    Terdapat dua perbezaan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah :

    a) Ulama Salaf Mereka tidak mentakwilkan makna sifat tersebut daripadamakna asalnya tetapi keadaan sebenarnya terserah kepada Allah SWT juayang lebih mengetahui hakikatnya yang sebenar .b) Ulama Kh alaf iaitu mereka yang berada selepas kurun kelima hijrah ( ada

    juga yang berpendapat selepas kurun ketiga hijrah ) Mereka mentakwilkanmakna sifat tersebut mengikut penyesuaian yang munasabah yang selarasdengan dalil-dalil aqli dan tatabahasa Arab .

    Perhatian :- Jalan ikutan yang selamat adalah pegangan salaf .- Walaupun mereka berbeza pendapat dalam hal ini , tetapi semuanyabersepakat pada dasarnya bahawa Allah SWT itu Maha Suci daripada bersifatdengan sifat makhluk-Nya .- Mereka beriman dengan Asma Wa Sifat berdasarkan 3 asas berikut iaitu : -(i) Menyucikan Allah SWT dari menyerupai makhluk dan sifat-sifat kekurangan

    ( tanpa tashbih ) .(ii) Beriman dengan Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya yang sabit di dalam

    Al-Quran dan hadis , tanpa mengurang , mengubah ( tahrif ) dan menafikan-

    Nya ( taktil ) .(iii) Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat ini (takyif)

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    10/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [10]

    1.4BerimanKepadaMalaikat

    Maksudnya : Mempercayai wujudnya para malaikat ciptaan Allah SWT yangmulia yang menjadi pesuruh-pesuruh-Nya .

    Malaikat ialah sejenis makhluk halus yang berakal , tiada nafsu , yang dijadikandari sejenis cahaya , tidak berjantina , tidak berkahwin , tidak makan dan minum, boleh menjelma dalam pelbagai rupa yang baik , mempunyai pelbagai tugas( tugas umum dan juga tugas khusus ) dan sentiasa beribadah serta taatkepada segala perintah Allah SWT .- Antara tugas umum malaikat ialah ; -a) Menanggung Arasy ; b) Memohon rahmat dan istighfar kepada orangmukmin ; c) Bergilir-gilir mengawasi manusia dsb

    1.4.1JumlahMalaikat

    Jumlahnya sangat ramai . Namun , hanya 10 nama Malaikat sahaja yang wajibdiketahui ( dan tugas khusus mereka ) iaitu :

    a) Jibril Menyampaikan wahyu Allah kepada para rasul .b) Mikail Mengurus rezeki , menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman .c) Raqib Mencatit kebajikan manusia ( di sebelah kanan manusia ).d) Atid Mencatit kejahatan manusia ( di sebelah kiri manusia ) .e) Izrail Mengambil nyawa sekalian yang hidup .f) Munkar dan g) Nakir Memeriksa dan menyoal orang-orang mati .h) Israfil Meniup sangkakala hari qiamat .

    i) Malik Menjaga neraka j) Ridhwan Menjaga syurga

    1.4.2Jin , Iblis &Syaitan

    Selain daripada Malaikat , Allah SWT juga menciptakan jin . Jin ialah sejenis makhluk halus yang dijadikan daripada api yang menyala ,mempunyai akal dan perasaan , makan minum dan tidak terpelihara darikesalahan dan dosa .- Oleh itu di kalangan mereka , ada yang Islam dan ada yang kafir , ada yangbaik dan ada yang jahat dan mereka juga boleh menjelma dalam pelbagai rupa.- Iblis dan syaitan juga adalah tergolong dari kalangan jin kerana mereka jugadiciptakan drpd api . Oleh kerana mereka ingkarkan perintah Allah supaya sujudkepada Nabi Adam , maka mereka termasuk dlm golongan orang-orang kafiryang derhaka kpd Allah . Mereka sentiasa melakukan maksiat terhadap Allahdan menghasut manusia melakukan maksiat kpd-Nya .- Godaan syaitan ini dilakukan dengan berbagai-bagai rupa dan cara , sehinggaia dapat meresap ke dalam jiwa manusia .

    1.5BerimanKepada Kitab

    Maksudnya : Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai beberapa buahkitab yang merupakan Firman Allah yang hakiki . Isinya mengandungi berbagaiperintah dan larangan-Nya , janji baik dan ancaman-Nya serta peraturan-peraturan yang diturunkan kepada para Rasul-Nya melalui perantaraan wahyusebagai panduan hidup manusia ke jalan yang benar .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    11/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [11]

    1.5.1Cara WahyuDiturunkan

    Ada berbagai bentuk iaitu :

    1. Secara langsung ( ilham / mimpi yang benar )2. Terdengar bunyi spt loceng3. Terdengar suara di sebalik hijab / di sebalik alam biasa4. Melalui Malaikat Jibril ( sama ada diperhubungkan jiwa Rasul dengan Jibrildengan cara tertentu / Jibril menjelma dirinya spt manusia untuk bercakap-cakap dengan Rasul yang kdg-kdg dapat disaksikan juga oleh para sahabat ) .

    1.5.2JumlahKitab Suci

    Jumlah kitab suci Allah itu banyak . Namun , hanya 4 buah kitab sahaja yangwajib dipercayai iaitu :a) Kitab Taurat Kepada Nabi Musa a.sb) Kitab Zabur Kepada Nabi Daud a.sc) Kitab Injil Kepada Nabi Isa a.sd) Kitab Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW ( secara berperingkatselama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah ) .

    - Selain kitab , Allah juga menurunkan 100 suhuf ( catatan wahyu yang sedikitbilangannya ) yang diturunkan kpd Nabi Syis ( 50 ) , Nabi Idris ( 30 ) , NabiIbrahim ( 10 ) dan Nabi Musa ( 10 ) .- Hanya kitab suci Al-Quran sahaja yang dijamin keasliannya oleh Allah SWThingga ke hari qiamat , sedangkan kitab-kitab yang lain banyak yang telahdiubah dan diselewengkan oleh golongan tertentu dari org Yahudi dan Kristian .

    1.6BerimanKepadaNabi & Rasul

    Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya untuk dirinya sahajadan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain .

    Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya untuk dirinya danwajib menyampaikannya pula kepada orang lain .- Ini bererti bahawa setiap Rasul adalah Nabi dan setiap Nabi tidak semestinyamenjadi Rasul .

    1.6.1Bilangan ParaNabi & Rasul

    Menurut keterangan para ulama , bahawa jumlah para nabi semuanya adalah124,000 ribu orang , manakala yang menjadi rasul seramai 313 orang .- Walaubagaimanapun , para rasul yang wajib diketahui hanyalah 25 orang sahaja iaitu : Adam , Idris , Nuh , Hud , Soleh , Ibrahim , Lut , Ismail , Ishak ,Yaqub , Yusuf , Ayyub , Syuaib , Musa , Harun , Zulkifli , Daud , Sulaiman ,Ilyas , Ilyasa , Yunus , Zakaria , Yahya , Isa dan Muhammad SAW ( penutupsegala Nabi yang diutuskan kepada sekalian bangsa manusia termasuk jin ) .- Di kalangan Rasul tersebut ada pula yang mendapat gelaran Rasul Ulu l Azm i iaitu Nabi Nuh a.s ; Nabi Ibrahim a.s ; Nabi Musa a.s ; Nabi Isa a.s dan NabiMuhammad SAW .

    Perhatian : 1. Setiap Rasul membawa dakwah yang sama iaitu menyeru manusiamentauhidkan Allah SWT dan hanya beribadah kepada-Nya semata-mata ,walaupun syariat mereka berbeza antara satu sama lain .2. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah memansuhkan syariat-syariat yang dibawa oleh para Nabi yang terdahulu . Oleh itu , syariat yangdibawa oleh Nabi Muhammad SAW wajib diikuti oleh semua manusia( termasuk jin ) hingga hari qiamat .

    1.6.2Mukjizat Para

    Mereka juga dikurniakan mukjizat iaitu perkara luar biasa yang dianugerahkanoleh Allah kepada mereka untuk membuktikan kebenaran , kenabian dan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    12/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [12]

    Nabi & Rasul kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka .

    - Antara mukjizat ( muk j iza t h i ss i ) tersebut ialah :a) Nabi Soleh Keluar unta dari dalam batu besar .b) Nabi Ibrahim Tidak hangus apabila dibakar oleh Raja Namruz .c) Nabi Musa Tongkatnya menjadi ular yang besar ; Dapat memancarkan 12

    mata air bila memukul batu dan dapat membelah laut merah selepas di kejarFiraun .

    d) Nabi Daud Dapat melembutkan baju besi dan mempunyai suara yangsangat merdu .

    e) Nabi Sulaiman Dapat memerintahkan angin dan juga jin serta memahamibahasa binatang .

    f) Nabi Isa Dapat menyembuh orang buta ; penyakit sopak dan menghidupkanorang mati .

    g) Nabi Muhammad Dapat membelah bulan ; Keluar air dari jarinya ; Peristiwaisra dan mikraj ; Makanan yang sedikit menjadi banyak ; Batu berzikir di atastangan Baginda ; Kitab Al-Quran ( suatu mukjizat maknawi yg terbesar sekali )

    1.6.3Sifat WajibBagi Rasul

    4 sifat yang wajib ada pada Rasul ialah As-Sidq ( Benar ) ; Al-Amanah ( Jujur ) ; At-Tabligh ( Menyampaikan ) dan Al-Fatonah ( Bijaksana ) .- Dan harus bagi Rasul mempunyai sifat sebagaimana manusia biasa tetapitidak membawa kepada tercemarnya darjat kerasulan mereka spt makan ,minum , lapar , dahaga , berasa dingin , panas , sakit , sihat , berusaha mencarirezeki dan sebagainya termasuk menemui ajal .- Rasul juga wajib bersifat maksum iaitu mereka terpelihara daripadamelakukan sebarang kesalahan dan dosa terhadap Allah sama ada lahir ataubatin .

    1.7BerimanKepada HariQiamat /Akhirat

    Maksudnya : Iaitu keyakinan bahawa suatu masa nanti ( hanya Allah sahajayang mengetahuinya ) dunia ini akan rosak binasa , hancur lebur dan segalayang bernyawa dan yang hidup akan mati semuanya .

    1.7.1Tanda-TandaQiamat

    Walaubagaimanapun , terdapat beberapa tanda ( yang disebut dalam Al-Qurandan hadis Nabi SAW ) sebelum berlakunya qiamat yang terbahagi kepada dua :

    1. Tanda-Tanda Kecil- Antaranya : Kebangkitan Nabi Muhammad SAW itu sendiri ; Anak-anak hambamenjadi raja / pemimpin ; Orang-orang kampung / pengembala kambingmenjadi hartawan dan membangunkan bangunan yang besar dan tinggi ; Anakderhaka kepada ibubapanya ; Urusan negara dipegang oleh orang yang bukanahlinya ; Negeri-negeri kecil disatukan menjadi besar ; Banyak berlakupergaduhan dan peperangan ; Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam ;Wanita berkelakuan dan berpakaian menyerupai lelaki dan sebaliknya ;Perzinaan dan minum arak semakin berleluasa dsb .

    2. Tanda-Tanda Besar- Antaranya : Keluar asap tebal hingga memenuhi angkasa ; Munculnya Dajal

    yang merosakkan agama dan menyesatkan manusia ; Munculnya Yakjuj danMakjuj yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ; Munculnya Imam Al -Mahdi dari keturunan Rasulullah SAW yang akan menegakkan syariat Islam ;

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    13/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [13]

    Munculnya Nabi Isa yang memperbaharui semula syariat Islam , membawakebenaran dan menghapuskan segala kejahatan dan kemungkaran ; Keluarbinatang dari bumi yang boleh bercakap dengan manusia ; Matahari naik darisebelah barat ; Terhapusnya Al-Quran dari mashaf dan dada manusia ;Diutusnya suatu angin yang mematikan sekalian orang mukmin ; dan akhirsekali seluruh manusia akan murtad dari agamanya .

    1.7.2PeringkatPerjalananManusiaSelepas Mati

    Selepas mati , manusia akan melalui beberapa peringkat kehidupan iaitu :

    1. Alam barzakh iaitu tempat sementara menunggu hari akhirat bagi manusiayang telah mati ( bercerai roh daripada jasad ) , sama ada mati kerana terbakar/ tenggelam / dimakan binatang buas dsb .- Alam barzakh merupakan permulaan alam akhirat , di mana rohnya itu akandikembalikan semula kepada badannya untuk disoal oleh Malaikat Munkar danNakir dan mendapat nikmat atau azab kubur mengikut amalan masing-masing .

    2. Perhimpunan Di Padang MahsyarManusia akan dihidupkan kembali dari kuburnya untuk dikumpulkan di padangmahsyar dalam keadaan sangat lapar dan haus , berkaki ayam , bertelanjangdan tidak berkhatan .- Secara umumnya manusia di padang mahsyar ini akan terbahagi kepada 2golongan iaitu golongan para Nabi , wali serta solihin dan golongan orang kafirdan derhaka kepada Allah .

    3. Kolam Air ( Al-Kautsar )- Mereka kemudiannya mendatangi kolam Al-Kautsar yang disediakan oleh

    Allah kepada para Nabi dan umatnya masing-masing ( tetapi org kafir ,golongan derhaka dan mengerjakan dosa besar akan ditahan dari mendatangikolam ini ).

    4. Perhitungan ( Hisab ) / Timbangan ( Al- Mizan )- Kesengsaraan di padang mahsyar yang tidak tertanggung oleh manusiakerana lamanya menunggu masa perbicaraan Tuhan , akhirnya akan dipohonsyafaat oleh Nabi Muhammad SAW ( dinamakan Syafaat Uzma ) agardipercepatkan hari perhisaban tersebut .- Maka , segala amalan mereka dihisab dan ditimbang dalam neraca keadilan

    Allah untuk menerima pembalasan masing-masing . Amalan pertama yangdihisab ialah berkaitan dengan solat . Dan seluruh anggota badan akan turutmemberi kesaksian di atas kesalahan diri masing-masing .- Walaubagaimanapun , seramai 70 ribu orang dari umat Nabi Muhammad SAWyang akan masuk syurga tanpa hisab .

    5. Titian Sirat- Semua manusia kemudiannya diperintahkan melalui satu titian sirat , iaitu

    jambatan yang dibentangkan atas neraka menuju ke syurga .- Senang susahnya melalui titian ini adalah bergantung kepada amalan merekadi dunia . Antara mereka ada yang melaluinya pantas spt kilat , spt angin , sptkuda yang berlari , ada yang berjalan kaki , merangkak dan mengesot dsb .

    6. Neraka / Syurga- Orang yang buruk amalannya akan jatuh ke neraka ( tempat yang penuhdengan pelbagai azab ) dan yang baik amalannya dimasukkan ke syurga( tempat yang penuh dengan pelbagai nikmat ) dengan rahmat Allah jua .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    14/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [14]

    - Neraka dan syurga sekarang ini sudah ada dan akan berkekalan selama-lamanya , tidak berubah dan tidak binasa .- Azab yang paling ringan dalam api neraka ialah seseorang yang dipakaikansepatu dari api neraka yang menggelegakkan otaknya . Adapun nikmat yangpaling besar di dalam syurga pula ialah melihat wajah Allah SWT .

    1.8Berimankepada Qadardan Qadak

    Qadar - Ialah ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhadap makhluk-Nya padaazali lagi ( iaitu suatu ketika yg belum ada sesuatu apa pun lagi kecuali Allah ) .Qadak Ialah pelaksanaan ketetapan Allah pada azali juga .- Ada ulama yang berpendapat bahawa pengertian qadar dan qadak itu adalahsebaliknya , dan ada juga berpendapat bahawa ianya satu erti sahaja .- Kesimpulannya ialah , bahawa segala sesuatu yang sudah berlaku dan yangakan berlaku semuanya itu adalah menurut apa yang sudah ditentukan danditetapkan oleh Allah SWT sejak azali .

    1.8.1PembahagianQadar &Qadak

    Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :1. Qadar Qadak Mubram Takdir yang ada dalam ilmu Allah yang tidak akanberubah spt Jenis bangsa ; Kelahiran anak lelaki dan perempuan ; Kaya danmiskin ; Jodoh pertemuan ; Berlakunya malapetaka dan bencana alam dsb .

    2. Qadar Qadak Muall aq Takdir yang tertulis di Luh Mahfuz yang masihmenerima perubahan dengan usaha ikhtiar manusia spt Sebab-sebab yangmembawa kecelakaan dan kebahagiaan seseorang ; Sebab-sebab yangmembawa kederhakaan dan ketaatan dsb .- Para ulamak membahagikan ajal ( tempoh mati bagi sesuatu yang hidup )

    kepada 2 bahagian iaitu : Ajal mubram ( ajal umum yang ditetapkan oleh Allahmengikut ilmu-Nya yang tidak boleh diubah-ubah lagi ) dan Ajal muallaq ( yangdigantung pelaksanaannya kepada sebab dan kadar sesuatu spt panjangnyaumur manusia dengan sebab berdoa dan menghubungkan tali silaturrahim .

    Perhatian :Perbuatan manusia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-a) Perbu atan Ikh tiari yang lahir dengan usaha dan ikhtiar ( pilihan ) manusiaspt Berniaga ; Menternak ; Melakukan pahala atau melakukan dosa .b) Perbuatan Idhtirar i yang lahir tanpa usaha dan ikhtiarnya spt Menggigilkesejukan ; Menguap ketika mengantuk ; Gerak nafas ; Denyutan jantung dsb.- Hanya perbuatan ikhtiar sahaja yang berada di bawah taklif syarak dan akandipertanggungjawabkan di sisi Allah sama ada mendapat pahala atau dosa .- Manakala konsep Tawakal yang sebenar ialah berserah kepada Allah SWTsetelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh .

    1.9Gejala YangMerosakkanIman & Islam

    Lima perkara yang boleh merosakkan Iman :

    1. Syirik besar ( setiap unsur yang membawa kepada menyekutukan Allah )2. Kufur besar ( kufur iktikad )3. Nifaq ( berpura-pura Islam )4. Fasiq ( ingkar suruhan dan larangan Allah )5. Riddah ( keluar dari Islam )

    Perhatian :Iman juga boleh terbatal sama ada melalui :a) Kepercayaan ( Iktik ad )

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    15/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [15]

    Cth : Tidak percaya wujudnya hari akhirat ; Khurafat ; Mempercayai bomoh ,ramalan dan tilikan ; Merasakan ada panduan yang lebih baik daripada sunnahNabi SAW ; Ragu tentang dosa pahala ; Menganggap syariat Islam tidak sesuaidiamalkan pada masa kini .b) Perkataan .Cth : Berkata K alau tidak kerana aku , pasti tak menjadi ; S emua yang akudapat hasil usaha aku semata- mata ; Kerana ubat inilah aku sembuh ataumenghalalkan perkara yang sudah tetap haramnya atau sebaliknya .c) PerbuatanCth : Menghina Al-Quran atau Al-Hadis ; Berjumpa bomoh sekalipun mendakwatidak mempercayainya ; Berdoa kepada selain daripada Allah ; Membencisunnah Nabi SAW ; Melakukan sihir ; Menyokong orang kafir memerangi Islam ;Memakai tangkal dan azimat .

    1.9.1Pengaruh

    Asing YangBertentanganDengan Islam

    Antara bentuk ancaman ialah :

    1. Menyalurkan hiburan yang keterlaluan ( hedonisme ) hingga melalaikan danmelupakan Tuhan spt Black Metal , Muzik Rock dsb .2. Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran / ideologi yang bertentangan dengan

    Islam spt Sekularisme , Nasionalisme , Sosialisme , Materialisme , Ateisme ,Liberalisme , Komunisme , Pluralisme dsb.

    3. Menjajah negara lain yang lemah dan menyebarkan ideologi dan budayamereka di negara yang dijajah .

    4. Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam spt Valentines Day ,budaya Couple , April Fool , mementingkan kebendaan dsb .

    5. Mengeksploitasi penggunaan media massa dan media elektronik untukmenyebarkan diayah spt melalui filem , akhbar , majalah , internet dsb .

    6. Menyerapkan amalan hidup mementingkan diri sendiri dan tidakmenggalakkan kesatuan .

    7. Memperkenalkan pelbagai fesyen yang bercanggah dengan syariat Islam sptPunk , Skin Head dan pelbagai pertandingan yang mendedahkan aurat .

    8. Memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dengan perempuan .9. Memperjuangkan hak kebebasan individu yang bercanggah dengan fitrah

    kejadian manusia dan syariat Islam spt lesbian dan gay .10. Menerapkan sistem riba dalam muamalat dan ekonomi Islam ( kapitalisme).

    1.10KonsepIbadah

    Pengertian Ibadah : Ketundukan yang tiada layak menerimanya melainkan Allah SWT .

    1.10.1Syarat SuatuPerkaraMenjadiIbadah

    Hendaklah memenuhi empat perkara iaitu :

    1. Niat kerana Allah SWT .2. Perkara yang dibenarkan oleh syarak .3. Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan .4. Ibadah khusus tidak boleh diabaikan .

    1.10.2PembahagianIbadah

    Terbahagi kepada dua iaitu :

    1. Ibadah Umum- Pengabdian diri secara langsung kepada Allah SWT menerusi urusan duniawiyang bersangkut hubungan sesama makhluk yang berlandaskan aqidah dansyariah Islam .Cth : Mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga ; Menuntut ilmu ;

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    16/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [16]

    Membuka industri untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai ;Berbaik dengan jiran tetangga dsb .2. Ibadah Khusus- Suatu bentuk pengabdian diri seorang hamba kepada Tuhannya secaralangsung bagi mendapat keredhaan-Nya .Cth : Melaksanakan kelima rukun Islam ; Melakukan ibadah sunat ; Membaca

    Al-Quran ; Zikrullah ; Berdoa ; Istighfar ; Taubat dsb .1.11RukunIslam

    Lima perkara :

    1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah . 2. Menunaikan Solat lima waktu sehari semalam .3. Berpuasa dalam bulan Ramadan .4. Mengeluarkan Zakat .5. Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan .

    1.12MengucapDua KalimahSyahadah

    Maksudnya : Penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah danditaati dengan sebenarnya melainkan Allah SWT , dan penyaksian bahawaNabi Muhammad SAW itu sebenarnya pesuruh Allah SWT .- Ucapannya ialah :

    Maksudnya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah , dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .

    1.12.1SyaratSahSyahadat

    Empat perkara :a) Diucapkan dengan lidah kalimah syahadah itu . b) Mengerti akan maksud dan erti yang dibacanya .c) Ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan hati sekalian yang diketahuinya .d) Diamalkan dengan anggota .

    1.12.2TuntutanSyahadah

    Dua perkara :1. Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam yang lima .2. Menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya .

    1.12.3Perkara YangMembatalkanSyahadah

    Syeikh Said Hawa di dalam bukunya Tuntutan Syahadah Dan Gejala Mu rtad merumuskan 20 Gejala Kekufuran Yang Membatalkan Syahadah iaitu :

    1. Bertawakkal dan bergantung harapan selain daripada Allah SWT .2. Mengingkari nikmat Allah SWT dalam berbagai-bagai bentuk .3. Bekerja dan beramal dengan tujuan selain kerana Allah SWT .4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia bukan menurut

    kehendak dan ketentuan yang diwajibkan oleh Allah SWT .5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah SWT dengan cara yang

    tidak dikehendaki Allah SWT .6. Menjalankan hukum selain hukum Allah SWT atau Tidak menggunakan

    hukum Allah SWT sebagai rujukan dalam semua masalah .7. Membenci atau menentang salah satu ajaran Islam atau seluruh ajaran

    Islam.8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat ( cinta dunia )

    dengan menjadikan dunia sebagai tujuan utama serta merupakan segala-galanya dalam kehidupan .9. Menghina mana-mana kandungan Al-Quran atau Al-Sunnah atau orang alim

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    17/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [17]

    yang menegakkan Islam atau memperolok-olokkan hukum Allah SWT atausyariat-Nya .

    10. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT atau sebaliknya .11. Tidak beriman dengan seluruh sumber hukum daripada Al-Quran dan Al-

    Sunnah .12. Mengangkat orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin serta tidak

    menyukai orang yang berpegang pada aqidah Islam dan orang mukmin .13. Tidak beradab dengan Rasulullah SAW .14. Takut dan lemah hati untuk menegakkan tauhid dan merasa senang untuk

    menegakkan syirik .15. Menyatakan bahawa terdapat pertentangan antara zahir ayat Al-Quran

    dengan isinya .16. Tidak beriman dengan syariat Allah SWT dengan sebenarnya serta

    mengingkari Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah SWT .17. Tidak mengenal Rasulullah SAW secara benar atau menafikan sifat terpuji

    yang dikurniakan Allah SWT kepadanya atau menghina Rasul atau sifat-sifat Rasul atau tidak yakin Rasulullah SAW sebagai teladan terbaik , sepertigolongan yang terpengaruh dengan pandangan dan pendapat orientalis .

    18. Melakukan sesuatu ibadah atau amalan bukan kerana Allah SWT sepertisujud atau menyembah bukan kerana Allah SWT , sujud dan tawaf di tempatselain Kabah .

    19. Mengkafirkan orang yang mengucap Kalimah Syahadah dan tidakmengkafirkan orang yang ingkar terhadap Dua Kalimah Syahadah .

    20. Melakukan sesuatu ibadah dengan riyak ( menunjuk-menunjuk ) .

    1.13PembahagianHukumSyarakDalam Islam

    Terbahagi kepada lima hukum :

    1. Fardhu ( Wajib ) Suatu perintah syarak yang mesti dikerjakan . Apabiladikerjakan berpahala dan jika ditinggalkan berdosa .- Terbahagi kepada 2 iaitu ;-

    a) Fardh u Ain - Iaitu tuntutan yang wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam yang mukallaf( baligh dan berakal ) .Cth : Solat lima waktu ; Puasa Ramadan ; Mengeluarkan Zakat ; MenunaikanHaji ; Menuntut ilmu , dsb .

    b) Fardhu Kifayah - Iaitu wajib dikerjakan oleh sekumpulan orang Islam , bukan ke atas setiapindividu . Apabila sebahagian mereka melakukan tuntutan tersebut ( sehinggaterlaksana ) , maka ia memadai dan dosa orang-orang lain ( yang tidakmelakukannya ) akan gugur . Tetapi semuanya dianggap derhaka dan berdosasekiranya tidak ada seorang pun yang menunaikannya .Cth : Pengurusan Jenazah ; Mempelajari ilmu kedoktoran , sains dan teknologi ;Menggerakkan ekonomi negara ; mempertahankan negara ; berniaga dsb.

    2. Sunat ( Mandub / Mustahab ) Suatu anjuran syarak yang sebaik-baiknyadilakukan . Pelakunya diberikan pahala dan tidak berdosa jika ditinggalkan .Cth : Solat sunat ; Puasa sunat ; Bersedekah ; Beriktikaf di Masjid ; Membaca

    Al-Quran ; Beristighfar ; Berselawat ; Berzikir ; Berdoa dsb .3. Haram Perkara yang dituntut oleh syarak supaya ditinggalkan secara putus, iaitu bila dilakukan akan berdosa dan bila ditinggalkan berpahala .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    18/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [18]

    Cth : Syirik ; Derhaka pada kedua ibubapa ; Murtad ; Membunuh ; Berzina ;Menuduh orang baik berzina ; Minum arak ; Mencuri ; Berjudi ; Ber couple ,Membuka aurat di hadapan orang yang bukan mahram dsb .

    4. Makruh Iaitu suatu anjuran syarak yang sebaik-baiknya ditinggalkan . Jikadikerjakan tidak berdosa dan bila ditinggalkan berpahala .- Terbahagi kepada 2 iaitu :-

    a) Makruh Tahrim Iaitu sesuatu pekerjaan makruh yang menghampiri kepadaharam melakukannya . Dikenakan balasan jika dilakukan tetapi tidak samadengan balasan melakukan perkara haram .Cth : Solat sunat mutlak ketika terbit / ketika terbenam matahari .

    b) Makruh Tanzih Iaitu makruh biasa , yakni berpahala meninggalkannya dantidak berdosa mengerjakannya .

    Cth : Berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah Haji ; Berbekam di bulanRamadan ; Bersamaan perbuatan dengan imam ketika solat dsb .

    5. Mubah ( Harus / Jaiz / Halal ) Iaitu boleh memilih dan diberi kebebasanuntuk melakukannya atau meninggalkannya . Oleh itu , perbuatan tersebut tidakdiberi pahala atau dosa sama ada ia dilakukan atau ditinggalkan .Cth : Makan dan minum ; Bermain ; Tidur dsb .

    Perhatian :Tasyri Islam ( Ilmu Fiqh ) tulen spt hukum -hakam ibadah adalah bersumberkankepada wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi SAW . Kaedah-kaedahumum tasyri y ang telah digariskan oleh Islam dan mesti dijadikan panduan olehkaum Muslimin adalah sebagai berikut :-1. Dilarang membahas hukum sesuatu peristiwa yang belum berlaku sehinggaia benar-benar terjadi secara nyata .2. Menjauhi banyak bertanya dan memutarbelitkan permasalahan sehinggamenjadikannya sukar .3. Menghindari percanggahan dan perpecahan dalam soal agama .4. Pemasalahan yang diperselisihkan mestilah dikembalikan kepada Al-Qurandan Sunnah .- Para sahabat dan generasi soleh berikutnya telahpun mengamalkan kaedah-kaedah ini dalam menggali perundangan Islam .- Kehadiran imam mazhab yang empat juga menjadi penyumbang bagi

    pelestarian tradisi yang menjadi pegangan generasi sebelum mereka .

    1.14Bersuci

    Ertinya : Menghilangkan segala najis dan hadas pada tubuh badan , pakaianatau tempat hingga boleh mengerjakan solat dsb .

    1.14.1JenisBersuci

    Terbahagi kepada dua :

    1. Bersuci daripada hadas Hadas terbahagi kepada 2 iaitu :-a) Hadas keci l

    Hadas yang sedikit larangan kerananya yang berlaku pada anggota

    manusia yang empat iaitu muka , kedua tangan , kepala dan kedua kaki , dimana ia menegah daripada sahnya solat dan seumpamanya .- Mesti dihilangkan dengan berwuduk atau tayammum .

    b) Hadas besar

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    19/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [19]

    Hadas yang banyak larangan kerananya yang berlaku pada seluruh badandi mana ia menghalang daripada sahnya solat dan perkara-perkara yangtermasuk dalam hukumnya .

    - Wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum .

    2. Bersuci daripada najis .- Ini berhubungan dengan badan , pakaian dan tempat .

    1.14.2Perkara YangDilarangKetika HadasKecil

    Lima perkara :1. Mengerjakan solat - solat fardu atau sunat .2. Sujud tilawah atau sujud syukur .3. Menyentuh atau menanggung ( mengangkat ) Al-Quran .4. Membaca Khutbah Jumaat .5. Mengerjakan tawaf di Kaabah .

    1.14.3

    Perkara YangDilarangKetika HadasBesar

    a) Berjunub

    Tujuh perkara :1. Mengerjakan solat .2. Sujud tilawah atau sujud syukur .3. Menyentuh atau menanggung ( mengangkat ) Al-Quran .4. Membaca Khutbah Jumaat .5. Mengerjakan tawaf di Kaabah .6. Membaca Al-Quran walau satu ayat sekalipun kecuali dengan niat zikir .7. Iktikaf ( berhenti ) di masjid boleh sekadar lalu sahaja .

    b) Haid dan NifasSepuluh perkara :Semua tujuh perkara di atas dan ditambah dengan perkara berikut :8. Berpuasa puasa wajib atau sunat .9. Bersetubuh atau berseronok dengan isteri pada kawasan antara pusat dan

    lutut .10. Bercerai ( talak ) - walaupun perceraian tetap sah .

    1.14.4 Alat Bersuci

    Alat yang sah dibuat bersuci ada 4 perkara iaitu :1. Air yang mutlak .2. Debu-debu tanah untuk kegunaan tayammum .3. Benda-benda kesat spt kayu , batu keras , tisu dsb .4. Samak iaitu bahan-bahan tertentu untuk menyuci kulit bangkai selain

    daripada anjing dan babi .

    1.14.5Pembahagian

    Air

    Terbahagi kepada empat :

    1. Air yang Suci dan Menyucikan ( Air Mutlak )- Air yang boleh diminum dan dibuat bersuci sama ada beristinjak , berwuduk ,mandi hadas , membasuh najis dsb .Cth : Air hujan ; Air laut ; Air sungai ; Air perigi ; Air mata air ; Air salji dan Air

    embun

    2. Air yang Suci tetapi Tidak Menyucikan- Air yang hanya boleh diminum atau membasuh benda-benda yang bukan najis

    sahaja .Terbahagi kepada tiga :-a) Air Mutagho yyir Air yang telah berubah salah satu sifatnya ( warna / rasa /

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    20/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [20]

    bau ) dengan sebab bercampur dengan sesuatu yang suci .Cth : Air kopi ; Air teh dsb .

    b) Air Mustakmal Airnya sedikit ( kurang dari dua qullah ) yang sudahterpakai untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil ataupun besar ,sedang air itu tidak berubah sifatnya dan tidak pula bertambah timbangannya.

    c) Air Muqaiyad Air tumbuh-tumbuhan atau air buah-buahan .Cth : Nira ; Air kelapa ; Air anggur ; Jus oren dsb .

    3. Air Yang Makruh Dipakai ( Air Musyammas ) Air yang terjemur pada matahari dalam bekas selain daripada bekas emasdan perak .

    4. Air Bernajis ( Air Mutanajjis )Terbahagi kepada 2 jenis :a) Air yang kurang daripada dua qullah yang dimasuki oleh najis sama ada air

    itu berubah ataupun tidak salah satu sifatnya .b) Air yang lebih daripada dua qullah yang dimasuki oleh najis lalu air ituberubah rasa , bau atau warnanya .

    - Hukum air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci atau diminum , kecuali jikaianya lebih dari dua qullah dan tidak berubah apa-apa sifatnya .

    Perhatian :Banyaknya dua qullah iaitu panjang , lebar dan dalamnya sebanyak 1 hasta( 230 liter ) .

    1.14.6PembahagianNajis &CaraMembersihkannya

    Terbahagi kepada tiga :

    1. Najis Mughallazah ( Najis berat )- Iaitu najis Anjing dan Babi dan keturunan yang lahir daripada kedua-duanya

    atau salah satu .Cara membasuhnya : Dibasuh sebanyak 7 kali , salah satu di antaranyahendaklah dicampur dengan tanah .

    2. Najis Mukhaffafah ( Najis ringan )- Iaitu air kencing anak lelaki yang belum sampai umurnya 2 tahun dan belum

    makan sesuatu selain daripada susu ibunya .Cara membersihkannya : Memadai dengan memercikkan air atas benda yangterkena najis tersebut meskipun tidak mengalir .

    3. Najis Mutawassitah ( Najis pertengahan )- Iaitu semua najis selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah spt

    darah , nanah , muntah , tahi , air kencing , bangkai , mazi , arak dan segala jenis cecair yang memabukkan , susu dan mani binatang yang haram dimakantermasuk bahagian binatang yang diambil daripada badannya semasa ia hidup .- Terbahagi pula kepada 2 bahagian :a) Najis Hukm iah Iaitu yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya,baunya , rasanya dan warnanya , spt kencing yang sudah lama kering sehinggasifat-sifatnya telah hilang .Cara menyucikannya : Cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang

    terkena najis tersebut .b) Najis Ainah Iaitu yang masih ada zat , warna , rasa atau baunya , kecualiwarna atau baunya yang sangat sukar untuk menghilangkannya , ini dimaafkan.Cara membersihkannya : Hendaklah dengan menghilangkan zat , rasa , warna

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    21/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [21]

    dan baunya .

    Perhatian :1. Antara najis yang dimaafkan ialah :a) Bangkai yang tidak mengalir darahnya . Cth : Nyamuk ; Lebah ; Semut dsb .b) Najis yang sedikit . Cth : Sedikit darah ; Sedikit muntah ; Sedikit nanah dsb .c) Najis kecil yang sukar hendak dipelihara ( umum al-balwa ) .

    Cth : Debu-debu najis di jalanraya ; Tahi burung yang sukar dielakkan dsb .d) Percikan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat oleh mata

    yang sihat penglihatannya ( apabila mengenai pakaian atau badan ) , samaada najis tersebut mughallazah , mukhaffafah atau mutawassitah .

    e) Darah yang ada pada daging .2. Terdapat 3 jenis bangkai yang tidak dihukum sebagai najis iaitu : Bangkai( mayat ) manusia ; Ikan dan Belalang .3. Air tuak dan air perahan buah-buahan yang telah menjadi mabuk itu adalah

    najis , tetapi boleh menjadi suci bila ia bertukar menjadi cuka dengansendirinya.4. Kulit bangkai selain daripada anjing dan babi dan pecahan dari kedua-duanya , boleh disucikan dengan di samak , iaitu :-(a) Membuang darah , lendir dan lemaknya , kemudian disapu dengan benda

    yang boleh menghilangkan baunya spt kapur dsb .(b) Dikeringkan kulit itu , kemudian memadai dibasuh dengan air yang suci

    sekali jirus sahaja .

    1.14.7Qadha Hajat &

    Adabnya

    Ertinya : Membuang air besar atau kecil .

    Cara Yang Sunat :1. Mencari tempat yang terlindung dari pandangan orang .2. Masuk tandas dengan melangkah kaki kiri , serta membaca doa .3. Keluar dari tandas dengan melangkah kaki kanan , serta membaca doa .4. Memakai alas kaki spt selipar , kasut dsb .5. Menutup kepala walaupun dengan sapu tangan .6. Beristibra ( berdehem -dehem ) selepas kencing .

    Cara Yang Makruh :1. Sambil berdiri , kecuali ada keuzuran .2. Bercakap-cakap pada sesuatu perkara yang tidak mustahak .3. Di dalam lubang yang belum diketahui ada binatang di dalamnya .4. Di bawah pokok buah-buahan atau di air tenang .5. Berhampiran dengan tempat perkuburan .

    Cara Yang Haram :1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis dengan Nama Allah atau nama-

    nama Nabi .2. Menghadap atau membelakangkan qiblat jika di tanah lapang atau di tempat-

    tempat yang tidak berdinding .3. Di dalam lubang yang diketahui ada binatang di dalamnya .4. Di atas kubur .5. Di dalam tempat-tempat beribadat spt masjid , surau dsb .

    6. Di atas Al-Quran , kitab-kitab agama atau di atas makanan-makanan .7. Di tempat-tempat perhentian manusia dan di jalan-jalan raya .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    22/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [22]

    1.14.8Istinjak &Caranya

    Ertinya : Menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepasmembuang air kecil atau besar .

    Hukumnya : Adalah wajib sama ada dengan air atau dengan benda-bendakesat lagi suci spt kayu , batu dsb tetapi menggunakan kedua-duanya sekaliadalah lebih baik .

    - Tidak sah beristinjak dengan benda-benda yang najis atau yang terkena najis .

    Syarat beristinjak dengan benda kesat :1. Benda itu kering spt batu , kayu dan sebagainya .2. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat Al-Quran , Hadis dan

    seumpamanya .3. Bukan benda-benda yang dihormati spt makanan , tulang , pakaian dan

    sebagainya .

    4. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain .5. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan 3 biji batuataupun dengan sebiji batu yang tiga segi . Dan kiranya tidak suci lagi ,hendaklah ditambahkan sehingga suci .

    Perhatian :Makruh beristinjak atau menyentuh zakarnya dengan tangan kanan .

    1.15Wuduk

    Ertinya : Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu denganmenggunakan air yang dimulai dengan niat .

    1.15.1SyaratSah Wuduk

    Sembilan perkara :1. Muslim .2. Mumayyiz ( Dapat membezakan baik buruknya sesuatu pekerjaan ) .3. Suci daripada haid , nifas dan junub .4. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan ( Air Mutlak ) .5. Mengetahui mana yang fardu dan sunat .6.Tidak ada sesuatu yang melekat pada anggota wuduk , yang boleh

    menghalang sampainya air wuduk ke anggota wuduk spt cat , getah , lilin dsb.7. Tidak ada yang melekat pada anggota wuduk , yang boleh merubah sifat-sifat

    air ( rasa , rupa dan baunya ) sehingga air itu bukan lagi tergolong air mutlakspt dakwat dsb .

    8. Anggota wuduk benar-benar dilalui dan diratai oleh air wuduk .9. Orang yang berpenyakit kencing selalu menitik , atau wanita istihadah ,

    hendaklah mengambil wuduk apabila benar-benar hendak menunaikan solat .

    1.15.2Fardu / RukunWuduk

    Enam perkara :1. Niat ( ketika membasuh muka ) .

    Cth : Sengaja aku mengangkat / menghilangkan hadas kecil , atau aku ambilair sembahyang fardu atasku kerana Allah Taala

    2. Membasuh muka .3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku .4. Menyapu sebahagian kepala .5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali .

    6. Tertib .1.15.3Perkara

    Banyak antaranya ialah :1. Menghadap qiblat .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    23/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [23]

    SunatWuduk

    2. Membaca Basmalah ketika mula-mula hendak berwuduk .3. Mendahulukan anggota yang kanan dari yang kiri .4. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangannya .5. Menyelang-nyelangi anak-anak jari tangan dan kaki serta janggut yang lebat .6. Menggosok gigi ( bersugi ) .7. Berkumur serta menghisap air ke dalam hidung .8. Menyapu air pada semua kepala .9. Melebihkan basuhan pada bahagian kepala dan bahagian atas daripada siku

    dan dua buku lali di kedua-dua kaki .10. Menyapu kedua-dua telinga .11. Meniga-nigakan basuhan pada tiap-tiap anggota wuduk .12. Membaca doa selepasnya .13. Muwalat ( berturut-turut ) .14. Berhemat menggunakan air .15. Tidak berkata-kata ketika berwuduk .

    1.15.4PerkaraMakruhWuduk

    Antaranya :

    1. Berlebih-lebihan menggunakan air dan tidak terlalu sedikit .2. Mendahulukan anggota yang kiri dari yang kanan .3. Mengelap wuduk dengan tuala / sapu tangan tanpa keuzuran spt terlalu sejuk4. Memukul muka dengan air .5. Membasuh / menyapu lebih daripada 3 kali basuhan / sapuan yang yakin

    atau kurang daripada itu .6. Meminta tolong orang lain supaya membasuh anggota wuduknya tanpa

    Keuzuran .7. Berlebihan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung bagi orang

    yang berpuasa .

    1.15.5Perkara YangMembatalkanWuduk

    Lima perkara :

    1. Keluar sesuatu dari dua jalan ( qubul dan dubur ) sama ada kencing , airbesar , darah atau kentut .

    2. Bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram .3. Menyentuh kemaluan ( qubul atau dubur ) dengan tapak tangan sama ada

    kemaluan sendiri mahupun orang lain .4. Hilang akal kerana mabuk , pitam , sakit , gila , pengsan dsb .5. Tidur yang tidak tetap kedudukannya .

    1.15.6Perkara YangDisyaratkanBerwuduk

    Tiga perkara :1. Solat - sama ada solat fardu atau sunat .2. Tawaf mengelilingi Kaabah .3. Menyentuh Al-Quran atau menanggungnya atau membawanya .

    1.16Mandi

    Ertinya : Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu .

    1.16.1PembahagianMandi

    Terbahagi kepada dua :

    1. Mandi Sunat Mandi yang solat tetap sah walaupun tanpanya , tetapi syarakmenghukumnya sunat kerana mengambilkira banyak perkara .Cth : Mandi pada hari Jumaat ; Mandi pada dua hari raya ; Mandi selepas

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    24/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [24]

    memandikan mayat ; Mandi Gerhana Matahari dan Bulan ; Mandi untuk solatIstisqa ( minta hujan ) ; Mandi selepas memeluk Islam dan M andi yangberkaitan dengan ibadat haji .

    2. Mandi Wajib - Mandi kerana berlakunya perkara-perkara yang mewajibkan mandi . Makaibadat yang memerlukan kepada bersuci tidak sah tanpanya.

    1.16.2RukunMandi Wajib

    Tiga perkara :1. Menghilangkan najis terlebih dahulu di badan jika ada sebelum mandi .2. Niat ( ketika mula membasuh anggota badan ) .

    Cth : Sahaja aku mandi wajib / mengangkat hadas besar / mengangkat janabah / mengangkat hadas haid atau nifas / untuk mengharuskansolat dari sekalian tubuhku , fardu kerana Allah Taala .

    3. Meratakan air ke seluruh badan yang zahir termasuk kulit atau rambut . Air juga hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya .

    1.16.3Perkara YangMewajibkanMandi

    Lima perkara :1. Berjunub ( iaitu keluar mani atau bersetubuh ) .2. Keluar darah haid .3. Keluar darah nifas ( darah yang mengiringi selepas bersalin ) .4. Wiladah ( bersalin ) , walau anak yang lahir itu tidak basah sekalipun .5. Mati selain dari mati syahid ( mati dalam peperangan melawan musuh Allah ).

    1.16.4

    Jenis Darah

    Terbahagi kepada tiga :

    1. Darah Haid Iaitu darah yang biasa keluar dari rahim perempuan setelahumurnya meningkat 9 tahun lebih . Tempoh haid paling pendek ialah satu harisatu malam , dan tempoh paling panjang ialah 15 hari 15 malam . Manakalatempoh kebiasaannya ialah 6 atau 7 hari .

    2. Darah Nifas Iaitu darah yang keluar selepas beranak atau keguguran .Sekurang-kurangnya tempoh nifas ialah sekejap sahaja , tetapi kebiasaannya40 hari dan paling maksimun ialah 60 hari .

    3. Darah Istihadah Iaitu darah penyakit yang keluar dari rahim perempuantidak pada masa-masa yang tertentu .- Darah ini membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan perempuan mandi .Perempuan yang keluar darah istihadah wajib mengerjakan solat dan puasa .Oleh itu , ia hendaklah membasuhnya , mengikat / membalut tempat keluarnyadan hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat fardu .

    1.17Tayammum

    Ertinya : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangandengan niat dan cara yang tertentu .

    1.17.1SebabTayammum

    Empat perkara :1. Ketiadaan air sama ada secara hissi , iaitu zat air itu sendiri tidak kelihatan

    atau secara syarie , iaitu zat air itu ada , tetapi tidak boleh digunakan untuk

    bersuci kerana sangat berhajat untuk meminumnya .2. Air terlalu jauh daripadanya .3. Keuzuran kerana sakit .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    25/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [25]

    4. Cuaca yang terlalu sejuk .

    1.17.2

    SyaratSahTayammum

    Lima perkara :

    1. Mengetahui masuk waktu secara yakin .2. Mencari air selepas masuk waktu .3. Berijtihad menentukan arah qiblat sebelum bertayammum .4. Menghilangkan najis terlebih dahulu .5. Menggunakan tanah yang berdebu dan suci .

    Perhatian :1. Bertayammum kerana berhadas besar adalah sama caranya dengantayammum kerana berhadas kecil .2. Kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum ialah satu perbuatanfardu dan beberapa perkara sunat .

    1.17.3RukunTayammum

    Tiga perkara :1. Niat Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat kerana Allah

    Taala 2. Menyapu muka dan kedua tangan sampai ke siku dengan dua kali tepuk .3. Tertib .

    1.17.4Perkara SunatTayammum

    Tiga perkara :1. Semua perkara yang disunatkan berwuduk adalah disunatkan ketika

    bertayammum .2. Membuka atau menceraikan jari-jari tangan ketika menepuk tanah .3. Menipis atau mengurangkan ketebalan tanah dengan menepuk kedua-dua

    tapak tangan atau meniupnya .

    1.17.5Perkara YangMembatalkanTayammum

    Empat perkara :1. Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah membatalkan tayammum .2. Ada air .3. Mampu untuk menggunakan air spt orang yang sembuh daripada sakit .4. Murtad .

    Perhatian :Sekiranya air didapati selepas selesai solat , maka solatnya sah dan tidak wajibdiqada . Begitu juga apabila solat telah dimulakan ia hendaklah disempurnakandan hukumnya sah .

    1.17.6Hukum BagiPesakit YangLuka @ Patah

    Pesakit yang ditimpa luka atau patah , yang berhajat kepada meletakkan ikatan( balutan ) dan ubat di atas tempat luka atau patah , maka dia wajib melakukanTiga perkara berikut : 1. Membasuh bahagian yang selamat ( tidak sakit ) pada anggota yang luka

    atau patah .2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya .3. Bertayammum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit apabila sampai

    kepada anggota tersebut ketika berwuduk .- Sekiranya balutan di atas anggota yang luka atau patah tidak diperlukan ,maka dia wajib membasuh bahagian anggota yang sihat dan bertayammumbagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya dia tidak boleh membasuhtempat sakit ( luka ) tersebut .- Dia wajib mengulangi tayammum pada setiap kali solat fardu sekalipun diatidak berhadas . Manakala anggota-anggota lain , ia tidak wajib dibasuh

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    26/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [26]

    ( semula ) melainkan sekiranya dia berhadas .

    Perhatian :Orang yang memakai balut , wajib mengqada kan solat sekiranya balut tersebutberada dalam salah satu keadaan berikut :a) Apabila dia meletakkan balutan itu dalam keadaan tidak suci ( berhadas )

    dan dia uzur ( tidak dibenarkan ) membukanya .b) Balutan itu berlaku pada anggota tayammum , iaitu muka dan kedua tangan .c) Apabila kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar balutan pada tempat sakit.

    1.18Azan &Iqomah

    Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakanmasuknya waktu solat fardu dan untuk menyeru orang-orang Islam supayaberkumpul mengerjakannya .

    Iqomah ialah menyuruh bangkit dan berdiri yang hadir kepada mengerjakansolat dengan lafaz-lafaz yang tertentu .

    Hukumnya : Sunat ketika ingin mengerjakan solat sama ada solat tunai atauqada . Termasuk sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqomahkan padatelinga kiri pada anak yang baru lahir .

    Perhatian :Dalam solat sunat , solat kedua Hari Raya , solat Gerhana Bulan atau Matahari, solat I stisqa ( minta hujan ) dan s olat Tarawih tidak memakai azan atauiqomah . Hanya disunatkan mengucap As -Solatu Jamiah . Bagi jemaahperempuan disunatkan iqomah sahaja .

    1.18.1Syarat Sah

    Azan &Iqomah

    Enam perkara :

    1. Muslim 4. Yakin masuk waktu2. Mumayyiz 5. Muwalat ( berturut-turut ) kalimahnya3. Lelaki 6. Tertib

    1.18.2PerkaraSunat Azan

    Antaranya :

    1. Berwuduk / Suci daripada hadas kecil dan hadas besar .2. Menghadap qiblat .3. Berdiri di waktu azan dan iqomah .4. Azan dilaungkan di tempat yang tinggi spt menara .5. Membaguskan suara agar yang mendengar tertarik mendatangi solat .7. Menyebut kalimah-kalimah azan dengan tartil ( tenang , jelas dan betul ) .6. At-Tarji ( Mengulang lafaz azan ) , yakni sebelum mengucapkan syahadatain

    , muazzin membaca syahadatnya dengan perlahan .

    7. Menambah di waktu subuh selepas " " dengan lafaz" . ( sebanyak 2 kali ) "

    8. Muazzin menutup kedua telinganya dengan kedua hujung jari telunjuknya

    dan memalingkan mukanya ke kanan tatkala mengatakan dan

    ke kiri tatkala mengatakan . 9. Tidak meleret-leret ketika menyebut lafaz azan serta tidak berlagu .10. Pendengar azan disunatkan diam serta mengucapkan apa yang dilafazkan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    27/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [27]

    oleh bilal . Tetapi ketika muazzin menyebut dan

    , hendaklah dijawab . 11. Berdoa dan berselawat ke atas Nabi SAW selepas azan .

    1.18.3Lafaz

    Azan &Iqomah

    Lafaz IqomahLafaz Azan

    2x

    2x

    2x 2x2x

    1.19Solat Ertinya : Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dandisudahi dengan salam , dengan syarat-syarat tertentu .

    Hukumnya : Fardh u Ain ke atas setiap Muslim yang mukallaf ( aqil baligh ) .- Lima solat fardhu yang wajib ialah Subuh ( 2 rakaat ) ; Zohor ( 4 rakaat ) ; Asar( 4 rakaat ) ; Maghrib ( 3 rakaat ) dan Isyak ( 4 rakaat ) .

    1.19.1SyaratWajib Solat

    Tujuh perkara :1. Muslim .2. Baligh ( sampai umur ) .- Boleh diketahui dengan 3 cara iaitu :

    a) Bermimpi keluar mani .b) Keluar darah haid bagi perempuan ( setelah genap umurnya 9 tahun ) .c) Genap umur 15 tahun qamariah ( apabila tidak berlaku mimpi / keluar darah

    haid ) .3. Berakal .4. Suci daripada haid dan nifas .5. Orang yang sedar .

    - O rang yang terlupa atau tertidur tidak wajib solat tetapi wajib qada bila iateringat semula .

    6. Sampai seruan dakwah .7. Tidak cacat dua pancaindera .

    - Orang yang buta dan tuli sejak dari kecil tidak wajib solat .

    Perhatian :Kanak-kanak yang berumur 7 tahun , wajib digalakkan mengerjakan solat dan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    28/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [28]

    wajib dipaksa apabila sampai umurnya 10 tahun .

    1.19.2

    SyaratSah Solat

    Lima perkara :

    1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar .2. Suci daripada najis sama ada pada badan , pakaian atau tempat .3. Menutup aurat .- Aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut . Manakala aurat perempuan ialahseluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan .

    4. Menghadap qiblat dengan dada .- Harus meninggalkan arah qiblat dalam 3 keadaan iaitu :

    a) Ketika sangat ketakutan spt masa perang .b) Solat sunat di waktu musafir ( hanya ketika mengangkat takbir sahaja wajib

    menghadap qiblat ) .c) Ketika waktu yang tidak diketahui di mana arah qiblat spt masa kabus dsb .

    5. Yakin masuk waktu iaitu dengan 3 cara sama ada ilmu yang yakin ; ijtihad ;taqlid kepada orang yang mengetahuinya atau mujtahid .

    1.19.3Rukun Solat

    Empat belas perkara :

    Terbahagi kepada 3 rukun iaitu : -

    a) Rukun Qalbi ( Hati )1. Niat ( dalam takbiratul ihram ) .

    Cth: Maksudnya : Sahaja aku solat fardu subuh 2 rakaat kerana Allah Taala

    b) Rukun Qauli ( Perkataan )2. Takbiratul Ihram iaitu mengucap Allahu Akbar .3. Membaca surah Al-Fatihah .4. Membaca Tasyahhud / Tahiyyat Akhir .5. Membaca Selawat ke atas Nabi SAW sekurang-kurangnya

    selepas Tasyahhud / Tahiyyat Akhir . 6. Mengucapkan salam yang pertama .

    c ) Rukun Fili ( Perbuatan ) 7. Berdiri betul bagi orang yang mampu .

    Solat sunat hukumnya harus sahaja .

    8. Rukuk .9. Iktidal .10. Sujud sebanyak dua kali .11. Duduk antara dua sujud .12. Duduk Tasyahhud / Tahiyyat Akhir .13. Toma'ninah ( iaitu berhenti sebentar sekadar bacaan ' Subhanallah ' ) ketika

    rukuk , iktidal , sujud dan duduk antara dua sujud .

    14. Tertib .

    Perhatian :

    1. Tujuh anggota sujud ialah Dahi , Dua tapak tangan , Dua belah lutut dan Duabelah perut jari kaki .2. Tidak sah sujud dengan dahi yang tertutup .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    29/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [29]

    1.19.4SunatSebelum Solat

    Empat perkara :

    1. Azan .2. Iqomah .3. Bersugi / bersiwak ( menggosok gigi ) .4. Meletakkan sesuatu ( pemisah ) di hadapannya spt dinding , tiang , tongkat ,

    hamparan sajadah dsb .

    1.19.5SunatKetika Solat

    Terbahagi kepada dua :

    1) Sunat Abad : Semua perkara yang kalau ditinggalkan , maka ia bolehditampung semula dengan sujud sahwi di akhir solat .

    Antaranya : Tasyahhud Awal ; Selawat ke atas Nabi SAW selepas tasyahhudawal ; Duduk untuk membaca tasyahhud awal ; Selawat ke atas keluarga NabiSAW selepas tasyahhud akhir ; Membaca qunut ketika iktidal di rakaat kedua

    solat Subuh .

    2) Sunat Haiah : Perkara yang kalau ditinggalkan , ia tidak membawa kepadaperlunya sujud sahwi .

    Antaranya :a) Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul Ihram , ketika rukuk dan bangkit

    daripadanya .b) Meletakkan tangan kanan di atas belakang tapak dan pergelangan tangan

    kiri di bahagian bawah dada dan atas pusat ketika berdiri .c) Melihat tempat sujud .d) Membaca doa Iftitah selepas takbiratul ihram .e) Membaca Al-Istiazah selepas doa iftitah .f) Membaca kuat dan perlahan di tempat-tempat tertentu .g) Membaca Amin selepas bacaan Al -Fatihah .h) Membaca sesuatu daripada ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah pada rakaat

    pertama dan kedua .i) Mengucap takbir ketika berpindah rukun .

    j) Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud .k) Membaca doa antara dua sujud .l) Duduk iftirasy pada tempat selain duduk tawarruk .m) Duduk tawarruk pada tahiyyat akhir .n) Membaca Selawat Ibrahimiah dan doa selepas tasyahhud akhir .o) Memberi salam yang kedua .p) Sentiasa khusyuk di sepanjang solat .

    Perhatian :Qunut terbahagi kepada 3 iaitu :1. Qunut Subuh Iaitu dibaca ketika setiap solat subuh .2. Qunut Witir Iaitu dibaca di pertengahan akhir Ramadan .3. Qunut Nazilah Iaitu dibaca ketika berlakunya bala kolera , taun , huru-hara ,

    perang dsb .

    1.19.6Sunat

    Selepas Solat

    Tiga perkara :

    1. Istighfar , zikir dan berdoa .2. Berpindah tempat dari tempat solat fardu ketika hendak menunaikan solatsunat .

    3. Apabila berkumpulnya kaum lelaki dan perempuan dalam solat berjemaah ,

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    30/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [30]

    maka disunatkan kaum lelaki agar tetap duduk di tempat mereka sehinggalahgolongan perempuan meninggalkan tempat mereka .

    1.19.7Perkara YangDibolehkanDalam Solat

    Sebelas perkara :1. Senyum .2. Membunuh ular atau binatang yang berbahaya .3. Berjalan sedikit apabila perlu .4. Mendukung bayi .5. Menjawab salam dengan isyarat .6. Mengingatkan Imam .7. Menerangkan kesilapan Imam .8. Memuji Allah SWT .9. Sujud di hujung kain yang dipakai .10. Membaca Mushaf ( Al-Quran ) .11. Teringat sesuatu .

    1.19.8PerkaraMakruhKetika Solat

    Antaranya ialah :1.Meninggalkan perkara sunat .2. Memalingkan muka ke kanan atau ke kiri kecuali kerana keperluan .3. Memandang ke langit / Memandang sesuatu yg melalaikan / memejam mata .4. Bermain-main dengan rambut dan menyinsing hujung baju ( spt lengan ) .5. Solat ketika makanan telah dihidangkan yang hatinya teringin memakannya .6. Menahan kencing dan air besar .7. Dalam keadaan terlalu mengantuk .8. Membuka mulut ketika menguap .9. Berdiri di atas satu kaki atau solat sambil bercekak pinggang .10. Membaca surah di rakaat ketiga dan keempat .11. Meludah ke kanan atau ke hadapan .12. Solat di tempat-tempat berikut spt bilik air , jalan , pasar , kawasan

    perkuburan , gereja , tempat sampah dan tempat unta duduk .

    1.19.9Perkara YangMembatalkanSolat

    Dua belas perkara :1. Meninggalkan Rukun atau Menambah rukun perbuatan dengan sengaja .2. Berkata dengan sengaja , iaitu selain daripada Al-Quran , zikir dan doa .3. Banyak bergerak dengan anggota kasar ( 3 kali berturut-turut ) .4. Makan dan minum dengan sengaja .5. Berhadas sebelum salam yang pertama .6. Terkena najis sama ada pada badan , pakaian atau tempat .7. Terbuka aurat dengan sengaja .8. Berdehem , ketawa , menangis , mengerang sakit dengan sengaja jika jelas

    dari setiap perbuatan tersebut dua huruf , sekalipun tidak difahami .9. Berpaling dada dari arah qiblat .10. Berubah niat .11. Mendahului Imam dengan 2 rukun .12. Murtad .

    1.20SolatKetika Sakit

    Orang yang sakit diberi kemudahan mengerjakan solat dengan apa carayang terdaya dilakukannya , iaitu :

    a) Cara solat sambil duduk ( bagi yang tidak mampu berdiri )- Sebaik-baiknya duduk iftirasy dan bila hendak rukuk hendaklah iamenundukkan kepalanya hingga sama paras dengan lutut ( atau dahinya

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    31/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [31]

    setentang dengan tempat sujud ) dan bila iktidal hendaklah ia angkatkankepalanya semula serta melepaskan kedua-dua tangannya .

    b) Cara solat mengiring ( bagi yang tidak mampu duduk )- Sebaik-baiknya mengiring di atas lambung kanan dan menghadap dada danmukanya ke qiblat . Kalau tidak mampu rukuk dan sujud , hendaklahdiisyaratkan dengan kepala sahaja , iaitu isyarat sujud lebih rendah daripadaisyarat rukuk .

    c) Cara solat sambil menelentang ( bagi yang tidak mampu mengiring )- Dikehendaki mengunjurkan kedua-dua kakinya ke arah qiblat dan ditinggikankepalanya supaya terangkat sedikit untuk menghadap qiblat , kemudian segalapergerakan solatnya dilakukan dengan isyarat sahaja .

    d) Cara isyarat sahaja ( bagi yang tidak mampu lagi )

    Perhatian :Solat solat sunat boleh dikerjakan dengan cara duduk pada bila-bila masa dankeadaan sekalipun .

    1.21SolatQosar &Jamak

    a) Solat Qosar : Memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat .

    b) Solat Jamak : Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu .Terbahagi kepada 2 iaitu :- a) Jamak Taqdim Iaitu menunaikan solat yang kedua dalam waktu yang

    pertama .b) Jamak Takhir Iaitu melewatkan solat yang pertama dan ditunaikan dalam

    waktu yang kedua .

    Hukumnya : Harus bagi musafir .

    Perhatian :Maksud perbezaan 3 istilah berikut iaitu :1. Mustautin Mereka yang tinggal tetap pada suatu tempat sama ada ia

    dilahirkan di situ atau tidak .2. Mukim Mereka yang tinggal di suatu tempat tetapi tidak berniat untuk

    menetap di situ spt pelajar yang tinggal di asrama atau orang yang tinggalbuat sementara sahaja .

    3. Musafir Mereka yang sedang dalam perjalanan jauh yang diharuskan .

    1.21.1Syarat UmumSolatQosar &Jamak

    Lima perkara :1. Tahu menuju arah tertentu dan tempat yang dimaksudkan .2. Musafirnya tidak bertujuan maksiat .3. Orang musafir telah melepasi pagar pekan / bangunan yang hendak

    ditinggalkan .4. Orang musafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama 4 hari

    ( tidak termasuk hari masuk dan hari keluar ) .- Apabila berniat demikian , maka tempat yang ditujunya itu dianggap sebagaitempat tinggalnya ( menjadi orang yang bermukim ) . Dia tidak harus menjamak

    dan qosarkan solatnya kecuali ketika dalam perjalanan sahaja .- Sekiranya dia berniat untuk tinggal kurang daripada 4 hari atau tidak tahutempoh tinggalnya kerana tidak diketahui bila dapat disempurnakan kerjanya ,maka solat jamak dan qosar boleh dilakukan sehinggalah dia pulang ke

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    32/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [32]

    pekannya semula bagi masalah yang pertama ( tinggal kurang dari 4 hari ) dandiberi tempoh selama 18 hari tidak termasuk hari sampai dan hari pulang ( bagiyang tidak diketahui tempoh tinggalnya ) .5. Perjalanannya tidak kurang dari 2 marhalah ( Berlaku perbezaan pendapat dikalangan ulamak , antaranya sama ada 81 / 89 / 91 / 100 km ) .- Walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya , namun untukberhati-hati bolehlah dikira dari 60 batu ( 100 km ) .

    1.21.2Syarat Qosar

    Lima perkara :1. Solat yang tunai sahaja yang boleh diqosarkan .2. Solat yang diqosarkan hanyalah solat yang 4 rakaat sahaja iaitu solat Zohor ,

    Asar dan Isyak .3. Tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna / bermukim .4. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat .5. Diniatkan qosar di dalam masa takbiratul ihram .

    Cth: : Maksudnya Sahaja aku solat fardu Zohor 2 rakaat qosar kerana Allah Taala

    1.21.3Syarat Jamak

    Syarat Jamak Taqdim :1. Ditunaikan secara tertib antara keduanya , iaitu menunaikan solat yangpertama ( punya waktu ) diikuti solat yang kedua . ( Dimulakan solat zohor dariasar , solat maghrib dari isyak )2.Berniat jamak untuk menunaikan solat kedua ke dalam waktu yang pertamasebelum selesai solat yang pertama ( sebelum salam ) . Disunat berniat ketikatakbiratul ihram .Cth: Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Zohor 2 rakaat qosar serta dijamakkan

    dengan Asar kerana Allah Taala 3. Ditunaikan secara muwalat ( berturut-turut ) antara kedua-dua solat kecualidiselangi oleh iqomah dan mengambil wuduk , maka jamaknya tidak batal .4. Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua , tetapi tidaklahdisyaratkan sehingga selesai solat yang kedua .

    Syarat Jamak Takhir :1. Berniat melewatkan solat yang pertama ketika waktunya ( berniat takhir

    sebaik sahaja masuk waktu Zohor atau Maghrib )2. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat tersebut .

    Perhatian :1. Solat Jamak Takhir ini tidak disyaratkan tert ib ( yang mana dahulu dan yangmana kemudian ) .2. Harus Solat Taqdim ketika hujan lebat dan kampung itu kawasannyaberbecak , dengan syarat solat itu didirikan secara berjemaah di masjid yang

    jauh dan hujan turun berterusan dari awal solat pertama hingga diberi salamdan ketika awal solat kedua .3. Harus juga melakukan Jamak Taqdim bagi solat Asar dengan solat Jumaatketika musafir .

    1.22Jenis Sujud

    Terbahagi kepada 3 jenis :

    1. Sujud Sahwi Sujud yang dilakukan sebanyak 2 kali setelah selesai bacaantahiyyat akhir sebelum salam bagi menampung kecacatan yang berlaku .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    33/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [33]

    Sebab Sujud Sahwi : -a) Tertinggal rukun / bertambah rukun / membaca surah bukan pada tempatnya

    ketika solat .- Sekiranya tertinggal rukun , hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yangtertinggal sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat sebelum memberi salam .b) Tertinggal sunat abad .- Apabila terlupa melakukan sunat abad , ia tidak boleh kembali melakukannyasetelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna .c) Melakukan perbuatan yang dilarang ( yang boleh membatalkan solat

    sekiranya sengaja ) kerana terlupa .d) Syak pada bilangan rakaat .- Ketika ini , hendaklah mengambilkira bilangan yang sedikit , dan sempurnakanrakaat yang masih berbaki kemudian sujud sahwi .

    2. Sujud Tilawah / Sajadah Sujud ( 1 kali ) apabila membaca atau

    mendengar orang lain membaca ayat-ayat yang tertentu dalam Al-Quran samaada ketika solat atau di luar solat .

    3. Sujud Syukur Sujud ( 1 kali ) kerana mendapat nikmat spt lahirnya anak ,beroleh harta , terpelihara dari bahaya dsb .

    Hukumnya : SunatSyarat-Syarat Sujud :-1. Menutup aurat .2. Bersuci daripada hadas dan najis .3. Menghadap qiblat .

    Tatacaranya : Apabila teringat melakukan perkara yang menyebabkan Sujud Sahwi , sebelummemberi salam ( bagi Sujud Sahwi ) atau Sebaik sahaja mendengar ayattilawah ( bagi Sujud Tilawah ) atau mendapat berita gembira dsb ( bagi SujudSyukur ) , maka hendaklah bertakbiratul ihram beserta dengan niat , dan terusmelakukan sujud sekali ( kecuali Sujud Sahwi dilakukan 2 kali ) , kemudianduduk tawarruk dan memberi salam .

    Perhatian :1. Sekiranya Imam terlupa Sujud Sahwi , maka makmum bolehlah Sujud Sahwisetelah Imam memberi salam .

    2. Disunatkan Sujud Tilawah bagi yang mendengar , dengan syarat orang yangmembacanya itu sujud .

    1.23SolatBerjemaah

    Hukumnya : Sebahagian ulama mengatakan Fardh u Ain , manakala yang lainmengatakan Fardhu Kifayah . Ada juga yang mengatakan Sunat Muakkad daninilah pendapat Imam Syafie rhm .

    Perhatian :1. Sekurang-kurangnya solat berjemaah ialah seorang Imam dan seorangmakmum .2. Masih mendapat pahala berjemaah bila makmum dapat mengikut Imam

    sebelum Imam memberi salam .1.23.1KeuzuranSolat

    Antaranya ialah :1. Cuaca terlampau sejuk / terlampau panas / Angin kuat .2. Hujan atau jalan berlumpur .

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    34/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [34]

    Berjemaah 3. Terpaksa buang air .4. Sangat lapar / dahaga .5. Memakan makanan yang berbau spt petai , bawang , jering dsb .6. Sangat mengantuk .7. Sakit yang menyusahkan berjalan ke tempat berjemaah .8. Menjaga orang sakit yang tiada orang lain yang menjaganya .9. Takut pemiutang / kepada orang zalim .10. Siap sedia untuk bermusafir .

    1.23.2SusunanOrang YangPaling BerhakMenjadi Imam

    Hendaklah mengikut Susunan yang berikut :1. Yang paling baik bacaannya .2. Yang paling alim berkenaan dengan As-Sunnah .3. Yang paling dahulu berhijrah / Yang paling baik akhlaknya .4. Yang paling tua umurnya .

    Perhatian :

    Orang yang berwuduk boleh menjadi makmum kepada orang yangbertayammum dan menyapu khuf . Orang yang solat berdiri boleh menjadimakmum kepada orang yang solat duduk , Orang yang baligh boleh menjadimakmum kepada kanak-kanak . Orang yang merdeka boleh menjadi makmumkepada hamba . Orang yang sihat boleh menjadi makmum kepada orang yangsakit . Orang yang solat tunai boleh menjadi makmum kepada orang yang solatqada dan orang yang solat fardu juga boleh menjadi makmum kepada orangyang solat sunat dan begitulah sebaliknya .

    1.23.3SusunanMakmumDalam SolatBerjemaah

    Hendaklah mengikut Susunan yang berikut :1. Lelaki Dewasa .2. Kanak-kanak Dewasa .3. Khunsa ( orang yang mempunyai 2 alat jantina ) .4. Kanak-kanak Perempuan .5. Perempuan Dewasa .

    1.23.4Syarat SahMengikutImam

    Sebelas perkara :

    1. Makmum hendaklah berniat mengikut Imam , tetapi Imam hanya sunatsahaja berniatkan Imam .

    2. Makmum hendaklah mengikut Imam di dalam segala pekerjaannya dan tidakboleh mendahului Imam walau pada satu perbuatan sekalipun .

    3. Mengetahui gerak-geri perbuatan Imam , sama ada dengan cara dapatmelihat atau melihat saf makmum di belakang , mendengar suara Imamataupun suara muballigh ( bilal yang menguatkan suara ) .

    4. Berhimpun atau berkumpul Imam dengan makmum pada satu tempat .- Keadaannya adalah seperti berikut :-a) Kedua-duanya di dalam satu bangunan walaupun jarak di antara kedua-

    duanya sangat jauh .b) Kedua-duanya tidak berada dalam satu bangunan ( cthnya di padang ) atau

    Imam di dalam bangunan dan makmum di luar atau belakang , maka jarak diantara kedua-duanya tidak boleh melebihi 300 hasta ( lebih kurang 150 m )dan jangan ada dinding yang menghalang di antara kedua-duanya .

    5. Makmum hendaklah ke belakang sedikit daripada Imam iaitu diukur mengikut

    tumitnya .6. Makmum jangan menyalahi Imam terhadap perkara sunat .- Termasuk Sujud Sahwi iaitu wajib menuruti Imamnya pada perbuatan dan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Imam Remaja (Putera) 2015

    35/122

    Buku Panduan Imam Remaja PuteraSekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

    [35]

    tidak pada meninggalkannya kerana apabila Imam meninggalkan Sujud Sahwimaka sunatlah makmum Sujud Sahwi selepas salam Imam .7. Imam tidak terpengaruh oleh solat orang lain .8. Persamaan solat di antara Imam dan makmum .9. Imam mestilah lelaki .10. Imam mempunyai bacaan yang baik .11. Tidak boleh mengikut Imam yang diketahui batal solatnya .

    Perhatian :Sekiranya Imam terlupa / tersilap , maka makmum lelaki hendaklahmenegurnya dengan ucapan Subhanallah , manakala makmum perempuandengan cara menepukkan tangan ke paha .

    1.23.5

    PengertianMakmumMuafiq &MakmumMasbuq

    Makmum terbahagi kepada dua :

    1. Makmum Muafiq Makmum yang mempunyai masa yang cukup bersamaImam untuk membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana .- Sekiranya masih belum s elesai memb aca Al-Fatihah sedangkan Imam telahrukuk , maka hendaklah ia menghabiskan Al-Fat ihahnya itu sehingga Imamselesa i su jud dan bangun dar i su jud yang kedua .- Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan Imam sudah punbangun berdiri ataupun duduk tahiyyat akhir , maka hendaklah makmum itumemilih sama ada berpisah dengan niat mufaraqah ( berpisah ) ataupun terusmengikut Imam dan rakaat itu tidak diambil kira . Jika tidak berbuat salah satuantara kedua hal tersebut , maka batallah solatnya .

    2. Makmum Masbuq - Makmum yang tidak mendapat masa yang cukupmembaca Al-Fatihah bersama Imam .- Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati Imam sedang rukuk , makahendaklah ia terus bertakbir s erta niat sekali dan setelah berdir i sebentar ( sekadar bacaan S ubhanallah ) teruskanlah rukuk bersama Imam .- Sekiranya dapat berhenti sejenak bersama Imam semasa rukuk , maka ituadalah dikira satu rakaat walaupun tidak sempat atau tidak membaca Al-Fatihahkerana Al-Fat ihahnya i tu d i tanggung o leh Imam .- Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat ,maka hendaklah ia membaca Al-Fatihah sekadar mana yang dapat danteruskan mengikut Imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersamadalam rukuk itu .