jenis pemampat salingan

Upload: akhi-az

Post on 08-Jul-2015

1.437 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jenis pemampat salingan

PEMAMPAT ANJAKAN POSITIVE Beroperasi dengan memerangkap sejumlah

isipadu gas dan kemudian kecilkan isi padu gas tersebut. 2 jenis pemampat anjakan positif ialah: 1. Putaran (rotary) 2. Salingan (reciprocating)

1. JENIS PUTARAN Dinamakan pemampat anjakan positif jenis

putaran kerana pergerakan putarannya untuk memindahkan sesuatu unsur. Ia memampatkan gas dengan lobe (cuping), skru dan vane (bilah) kepada isi padu yang lebih kecil.

4 jenis pemampat anjakan positif jenis putaran:

Sliding vane 2. Rotary screw 3. Lobe 4. Liquid ring1.

CONTOH PEMAMPAT ROTARY SCREW Biasa digunakan dalam industri.

Beroperasi dengan 2 lingkaran rotor yang

berputar dan bersentuhan sesama sendiri mengakibatkan gerigi (mesh)bertemu. Apabila rotor sebelah kanan berputar mengikut arah jam, rotor sebelah kiri akan berputar mengikut lawan arah jam. Gas akan terperangkap di tengah-tengah antara celah gerigi tersebut.

Ini akan mengecilkan isi padu gas tersebut

seterusnya meningkatkan tekanannnya. 2 rotor tersebut bersambung dengan aci pemacu dan memberikan tenaga untuk menggerakkan pemampat. Mempunyai injap masukan dan injap keluaran.

2. JENIS SALINGAN Hampir kebanyakan pemampat adalah dari jenis

ini. Konsep sama dengan enjin pembakaran dalam, mempunyai 1 atau lebih silinder. Beroperasi dengan memerangkap dan memampatkan sejumlah isi padu gas yang berada di antara omboh dan dinding silinder.

Tarikan ke bawah dan tujahan ke atas oleh omboh

dalam silinder oleh pemampat salingan menarik masuk gas pada injap masukan dan mengeluarkan gas pada injap keluaran. Pergerakan buka atau tutup injap adalah automatik selari dengan pergerakan omboh.

Bahagian utama ialah:

a) Omboh (piston) b) Aci penyambung (connecting rod) c) Driver (pemacu) d) Aci engkol (crankshaft) e) Kedap omboh (piston rings) f) Injap masukan (suction line) g) Injap keluaran (discharge line) h) Spring injap masukan dan keluaran (spring loaded suction dan discharge valves)

Setiap operasi omboh pemampat mempunyai 2

lejang iaitu : 1 untuk menyedut udara masuk dan 1 untuk mengeluarkan udara. Pemacu dijanakan oleh enjin pembakaran atau rotor. Semasa operasi omboh akan naik dan turun dengan laju.

PEMAMPAT SALINGAN MEMPUNYAI 2 FUNGSI 1 tindakan (single acting)

jika omboh memampat gas pada 1 lejang sahaja.

2 tindakan (double acting)

jika omboh memampat gas pada 2 lejang iaitu pada gerakan omboh ke bawah (backward stroke) dan pergerakan omboh ke atas (forward stroke)

Pemampat Dinamik Beroperasi dengan meninggikan halaju gas dan

menukarkan tenaga tersebut kepada tekanan. Apabila gas dipercepatkan halaju gas akan meningkat. Pada hujung keluaran gas akan perlahan dan tekanan meningkat. Peningkatan tekanan bersamaan dengan peningkatan suhu.

1. Pemampat Empar (Centrifugal) Pemampat empar akan meningkat halaju gas (meningkatkan tenaga

kinetik) kemudian ditukarkan kepada tekanan semasa aliran gas melepasi sesiput (volute) dan memasuki paip keluaran. Selalunya beroperasi pada kelajuan > 3000 rpm. Menghasilkan kadar alir yang lebih tinggi dari pemampat anjakan positif. Bahagian utama ialah : a) Penggerak (impeller) b) Bilah (vanes) c) Sesiput (volute) d) Pusat masukan (suction eyes) e) valve output (discharge lines) f) spreader plate (diffuser plates) g) Seal (Seals) h) Shaft (shaft) i) frame (casing)