teknologi penanaman halia secara fertigasi di tanah...

31
Yasser Suhaimi Mohd • Mohamad Abd Manas TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH RENDAH

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

105 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

Penerbit MARDI

Yasser Suhaimi Mohd • Mohamad Abd Manas

TEKNOLOGI PENANAMAN HALIASECARA FERTIGASI DI TANAH RENDAHSECARA FERTIGASI DI TANAH RENDAH

Page 2: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

i

M A N U A L

Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi di Tanah Rendah

Page 3: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

ii

Page 4: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

iii

M A N U A L

Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi di Tanah Rendah

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Yasser Suhaimi Mohddan

Mohamad Abd Manas

Page 5: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

iv

Cetakan pertama 2016

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2016Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Diterbitkan oleh:Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM43400 Serdang, Selangor

Page 6: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

v

KANDUNGAN

Penghargaan VIPrakata VIIPengenalan 1Keperluan penanaman 2Kaedah penanaman 4Analisis ekonomi 6Gerak kerja penanaman halia secara fertigasi 19Lampiran 1. Kaedah membuat 100 liter lautan stok baja 22Alamat perhubungan 58

Page 7: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

vi

PENGHARGAAN

Penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan dan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyediakan Manual Teknologi Penanaman Halia secara Fertigasi di Tanah Rendah ini.

Terima kasih.

Page 8: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

vii

PRAKATATerlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pengarang Manual Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi di Tanah Rendah. Manual ini dihasilkan khas untuk mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman halia secara fertigasi.

Halia merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Keluasan tanaman halia di Malaysia adalah sekitar 2,560 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,956 tan metrik, manakala permintaan untuk halia pada tahun yang sama ialah dua kali ganda daripada jumlah pengeluaran.

Pada masa kini, tanaman halia dijalankan secara konvensional dengan konsep penanaman berpindah-randah bagi mengelak penyakit bawaan tanah yang menjangkiti rizom halia yang akan mengurangkan hasil tanaman secara drastik. Kaedah ini juga merosakkan alam sekitar. Selain itu, kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia juga mengehadkan pengeluaran halia negara.

Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif dalam penanaman halia yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Penanaman halia secara fertigasi turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Menggunakan sistem fertigasi juga membolehkan halia ditanam di tanah rendah secara berulang-ulang di tempat yang sama secara berterusan.

Manual ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan penanaman halia secara moden dan komersial kepada petani, pengusaha, penyelidik dan pelajar. Dengan adanya manual ini juga diharap petani dan usahawan tani lebih yakin mengusahakan tanaman halia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Dato’ Dr. Sharif bin Haron Ketua Pengarah MARDI

Page 9: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

viii

Page 10: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

1

PENGENALANHalia (Zingiber officinale Roscoe) ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi dan menghasilkan rizom yang mempunyai daun berbentuk bilah serta batang yang mencecah tiga kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman hiasan dan biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi 1,200 – 1,500 m dari aras laut. Di Malaysia, halia ditanam secara komersial di Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah serta Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Bentong, Bara, Cina, Tanjung Sepat dan Indonesia. Tanaman ini dikatakan dapat membantu menghadam makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.

Permintaan halia di Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa sangat tinggi terutama bagi halia Bentong yang mempunyai kualiti tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat. Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran Hong Kong dan Britain. Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eskport halia disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) yang menjangkiti tanaman halia. Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama pengeluaran halia secara komersial di seluruh dunia.

Penanaman sayuran daun dan buah dengan menggunakan teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara konvensional. Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Dengan menggunakan sistem fertigasi, halia di tanah rendah dapat ditanam secara berulang di tempat yang sama secara berterusan.

Penanaman halia secara fertigasi

Page 11: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

2

KEPERLUAN PENANAMAN• Sebelum memulakan proses menanam halia secara fertigasi, pengusaha perlu

menyediakan dua infrastruktur utama iaitu struktur pelindung hujan (SPH) dan sistem pengairan fertigasi. Kedua-dua infrastruktur ini perlu disediakan terlebih dahulu sebelum proses menanam dimulakan.

Struktur pelindung hujan• Pada masa kini, pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan ditanam di bawah

struktur pelindung hujan. Struktur pelindung hujan dapat mengurangkan kerosakan tanaman daripada serangan penyakit akibat hujan seperti antraknos, hawar pucuk dan kerosakan akibat timpaan hujan yang lebat dan secara langsung dapat mengurangkan penggunaan racun kulat.

• Struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga digunakan untuk tanaman halia di tanah rendah. Struktur jenis ini dapat memberi kesan lindungan kepada tanaman, sekali gus mengurangkan cahaya yang sampai kepada tanaman serta mengurangkan lembapan udara kerana peredaran udara di bawah struktur tidak terganggu.

• Struktur pelindung hujan yang sesuai bagi pengeluaran halia di tanah rendah terdiri daripada bumbung yang diperbuat daripada plastik telus cahaya (lut sinar) atau diperbuat daripada jaring hitam 50 – 70%. Anggaran kos pembinaan seunit rumah pelindung hujan berdimensi 100’ x 20’ x 8’ berkerangka besi galvani ialah RM15,500. Manakala kos pembinaan rumah pelindung hujan berkerangka kayu dianggarkan kurang 40% daripada kos pelindung hujan berkerangka besi galvani.

Struktur pelindung hujan dengan jaring kalis serangga yang diperbuat daripada kerangka besi galvani

Struktur berjaring hitam 50% kegelapan untuk penanaman halia secara fertigasi

Page 12: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

3

Sistem fertigasi• Komponen utama sistem pengairan fertigasi halia ialah tangki air baja 900 atau

600 gelen, tong stok baja, pam air berkuasa 2 hp, pengatur masa digital, penapis, injap dan sistem paip yang membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Sistem paip terbahagi kepada paip utama (polipipe HDPE) 32 mm, paip sekunder (polipipe HDPE) 32 mm, paip pembahagi (polipipe LDPE) 16 mm atau 20 mm dan tiub mikro 1.0 mm berserta penitis panah. Pengusaha juga perlu mendapatkan alat pengukur konduktiviti elektrik (EC) untuk menentukan kepekatan baja dan pH meter untuk mengukur nilai pH air.

• Bagi penanaman halia secara fertigasi, polibeg tegak boleh digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz 24’’ x 16’’ adalah disyorkan. Medium tanaman yang disyorkan bagi halia ialah 100% coco peat. Kajian MARDI telah menunjukkan penggunaan polibeg hitam sesuai bagi tanaman halia dan dapat meningkatkan hasil rizom bagi setiap meter persegi.

• Pemberian air baja boleh dikawal secara manual atau menggunakan pengatur masa automatik. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum halia ditanam ke dalam polibeg. Jarak di antara polibeg yang disyorkan ialah 1’, manakala jarak di antara barisan tanaman ialah 5’.

Tangki larutan baja

Tangki air bersih

Paip utama 32 mm

Paip sekunder 32 mm

Paip pembahagi (16 mm)

Polibeg

Pintu kembar

Tiub mikro

Lakaran sistem pengairan fertigasi halia

Page 13: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

4

KAEDAH PENANAMANTerdapat lapan langkah dalam penanaman halia secara fertigasi yang melibatkan persediaan sebelum tanam dan pengurusan selepas tanam. Lapan langkah tersebut adalah seperti yang berikut:1. Memilih varieti halia2. Menyediakan benih halia3. Memilih medium dan menyediakan polibeg4. Memindahkan anak pokok halia5. Membuat larutan stok baja6. Menguruskan tanaman7. Kawalan penyakit dan serangga perosak8. Menuai

Memilih varieti haliaPemilihan varieti halia yang sesuai adalah penting untuk memastikan hasil yang tinggi. Selain itu, dengan mengenal pasti jenis halia yang digunakan oleh masyarakat sekitar akan memudahkan proses pemasaran hasil. Pada masa kini, terdapat lima varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha untuk dikomersialkan di Malaysia iaitu halia Tanjung Sepat, Cina, Indonesia, Bara dan Bentong. Ciri-ciri halia yang baik adalah seperti yang berikut:• Rizom besar• Rizom berwarna pucat kekuningan• Isi rizom berwarna kuning cair• Mempunyai serat yang rendah• Tahap kepedasan yang tinggi

Beg tanaman 1 mm tiub mikro

30 cm

Paip pembahagi 16 mm

Susunan paip pembahagi, penyambung, tiub mikro dan penitis secara terperinci

Page 14: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

5

Menyediakan benih halia• Benih halia dihasilkan daripada rizom halia matang yang berusia 9 – 10 bulan.

Halia matang yang dipilih dilerai dan dipotong 7 – 11 cm panjang dengan memastikan 2 – 3 mata tunas pada setiap potongan supaya benih cepat bercambah.

• Rizom benih kemudiannya dirawat dengan cara merendamkan ke dalam racun kulat seperti previcur N selama 3 – 5 minit sebelum disemai. Rizom benih halia boleh ditanam dengan dua cara iaitu disemai di dalam bekas semaian atau disemai terus ke dalam polibeg.

• Bekas semaian (5 m x 1 m) diisi dengan coco peat dan benih disemai pada jarak setengah kaki di antara satu sama lain. Selepas 21 hari, anak benih halia yang disemai boleh dipindahkan ke dalam polibeg.

Memilih medium dan menyediakan polibeg• Medium tanaman yang disyorkan ialah

100% coco peat kerana mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam berukuran 24’’ lebar x 16’’ tinggi tanpa lubang. Sebanyak 3 – 4 lubang lebihan air dibuat 2’’ dari dasar polibeg di bahagian tepi kiri dan kanan.

• Coco peat dibasah dan ditoskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam polibeg untuk mengelak masalah hidung

Anak benih halia di dalam bekas semaian dengan medium percambahan coco peat

Anak benih halia berusia 21 hari yang sedia dipindahkan ke dalam polibeg

Halia matang untuk dijadikan rizom benih halia Rizom benih halia dengan 2 – 3 mata tunas

Medium tanaman coco peat yang telah siap diisi ke dalam polibeg

Page 15: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

6

atau mata berair. Polibeg disusun rapat kiri dan kanan paip pembahagi. Setiap polibeg dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan nutrien dari tangki larutan baja.

Memindahkan anak pokok halia• Sebelum menanam, medium tanaman di dalam polibeg dibilas dengan mengalirkan air

bersih menggunakan sistem pengairan fertigasi yang telah disediakan selama 2 jam setiap hari sehingga air jernih keluar daripada beg tanaman melalui lubang lebihan air yang mungkin mengambil masa 3 – 4 hari.

• Anak benih halia daripada bekas semaian yang sudah berakar (21 hari disemai), dialih ke dalam setiap polibeg. Selepas proses memindahkan anak pokok halia selesai, pengairan tanpa baja diberi dua kali sehari, selama 4 minit setiap kali selama 2 hari. Larutan baja akan disalurkan kepada beg tanaman mulai hari ketiga selepas menanam.

Membuat larutan stok baja• Tumbuh-tumbuhan memerlukan 16 unsur nutrien untuk pertumbuhan yang sempurna.

Ia dibahagi kepada 2 unsur iaitu unsur makro dan mikro. Unsur makro iaitu unsur yang diperlukan dengan kuantiti unsur mikro iaitu unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

• Unsur makro termasuklah nitrogen (N), fosforus (F), kalium (K), kalsium (Ca), sulfur (S) dan magnesium (Mg). Unsur mikro pula adalah seperti besi (Fe), mangan (Mn), boron (B), zink (Zn), tembaga (Cu), natrium (Na), ammonium (NH4) dan molibdenum (Mo).

• Kepekatan unsur ini dalam tumbuhan berbeza antara satu dengan yang lain. Unsur mikro sangat kecil kuantitinya, tetapi diperlukan dan sangat penting bagi pertumbuhan dan kesuburan tanaman. Manakala unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara.

Anak benih halia yang siap dipindahkan ke dalam polibeg

Page 16: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

7

• Unsur dalam sebatian ini akan diadunkan mengikut formulasi yang ditetapkan dan dilarutkan di dalam air menjadi larutan stok baja sebelum dibancuh ke dalam air. Ia kemudiannya diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Formulasi baja berbeza mengikut jenis tanaman.

• Rumusan baja halia fertigasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan stok B. Kaedah membuat larutan stok baja adalah seperti dalam Lampiran 1. Larutan stok baja disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok, tetapi boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.

• Kalsium nitrat disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi fosfat dan sulfat untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya kalsium nitrat dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain.

• Larutan stok yang mengandungi CN dan zat ferum dilabelkan sebagai larutan stok A. Manakala larutan stok B mengandungi sebatian-sebatian lain seperti kalium nitrat, monokalium fosfat, magnesium sulfat, mangan sulfat, kuprum sulfat, zink sulfat, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat.

• Sebatian stok A dan B ditimbang berasingan dan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Larutan stok (pati baja) disyorkan supaya sentiasa tersedia dan dicairkan di dalam tangki larutan apabila diperlukan. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak ke dalam tangki air. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelak berlakunya tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

Pengurusan tanaman• Pemberian larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan

pengatur masa. Tanaman halia memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang tertentu di beberapa peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC). Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan dan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Unit ukuran konduktiviti elektrik ialah µS.

• Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5 – 4.0. Bagi pokok halia, EC yang disyorkan adalah antara 1.8 – 2.4. Pada umur pokok yang baru dipindahkan ke dalam polibeg, EC yang diberi ialah 1.8. Ia kemudiannya dinaikkan kepada 2.4 selepas minggu ketiga sehingga tamat musim penanaman.

• Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering terjadi di kawasan tanah rendah tropika. Selepas 30 hari, medium tanaman di dalam polibeg perlu dibilas dengan air bersih yang dilakukan setiap 15 hari bagi melarut dan seterusnya menyahkan timbunan garam yang boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama 1 jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok.

Page 17: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

8

• Satu lagi faktor yang penting dalam pengeluaran tanaman adalah aras keasidan larutan nutrien yang dinamakan pH iaitu pengukuran asid atau alkali sesuatu larutan. Larutan itu berasid jika pHnya kurang daripada 7, neutral pada nilai 7 dan alkali jika nilai bacaannya lebih daripada 7. Bagi tanaman halia secara fertigasi, pH yang disyorkan adalah antara 5.5 – 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus.

• Pengairan baja hendaklah dilakukan setiap hari dengan kekerapan 4 – 6 kali sehari, bergantung pada keadaan cuaca dan peringkat umur pokok. Pada hari yang panas pembajaan fertigasi dilakukan 4 – 6 kali sehari. Pada hari hujan atau mendung dan lembap pembajaan dilakukan 1 – 2 kali sehari.

• Pokok yang baru ditanam tidak memerlukan banyak baja berbanding dengan pokok yang telah mengeluarkan rizom. Jangka masa penitisan ini dilakukan bergantung pada saiz paip dan tekanan air (pam) iaitu 3 – 5 minit. Biasanya pam dimatikan apabila kelihatan tanda-tanda lembap pada medium tanaman dan lebihan air mula keluar daripada lubang lebihan air. Secara umumnya, tanaman memerlukan 1 – 1.5 liter air sehari.

• Pada peringkat awal iaitu selepas dipindahkan ke dalam polibeg, kuantiti larutan baja yang diperlukan adalah antara 200 – 300 ml sehari. Selepas minggu ketiga dipindahkan ke dalam polibeg, keperluan larutan baja bertambah kepada 500 – 800 ml sehari.

• Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat bagi mengelak pokok layu kerana tidak mendapat larutan baja. Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara jam 9.00 –10.00 pagi. Biasanya pokok halia akan layu bermula daripada daun. Apabila ini terjadi, cabut penitis daripada tiub mikro dan bersihkan. Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini.

Kerja pengurusan halia secara fertigasi perlu dilakukan secara berkala

Page 18: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

9

Walau bagaimanapun, penapis perlu sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa supaya dapat berfungsi dengan baik.

Mengawal penyakit dan serangga perosak• Penanaman halia secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan menghadapi

beberapa masalah serangga perosak dan penyakit. Faktor seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan sistem pengairan fertigasi dan amalan kultur oleh pengusaha dan pekerja ladang memainkan peranan penting dalam mencegah sebarang serangan serangga perosak dan penyakit.

• Serangan serangga perosak dan penyakit utama tanaman halia boleh dikawal dengan cara amalan kultur yang betul atau menggunakan racun perosak atau kedua-duanya sekali. Penyemburan racun perosak hanya digunakan apabila perlu sahaja dan semua tatasusila penggunaan racun kimia mesti betul dan dipatuhi.

Jadual pengurusan serangga dan penyakit

Jenis perosak dan penyakit Cara kawalanUlat pengorek (Udaspes folus) Sembur racun PermethrinLayu bakteria (Pseudomonas solanacearum)

Musnahkan pokok berserta polibeg dan medium yang berpenyakit.Gunakan rizom benih yang sihat.Tentukan saliran yang baik.

Bintik daun(Phyllosticta zaingibera)

Sembur racun kulat Benomyl.Daun berpenyakit dibuang.

Penyakit akar (Fusarium oxysporum) Sembur racun Previcur N.Gunakan rizom benih yang sihat.Tentukan saliran yang baik.

• Cara mengawal serangga perosak dan penyakit masing-masing adalah dengan semburan racun serangga dan melaksanakan amalan kultur yang baik iaitu membersihkan kawasan ladang daripada sisa-sisa tanaman seperti daun yang berpenyakit.

Tanaman halia fertigasi diserang ulat pengorek

Page 19: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

10

Menuai hasil• Halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut

sebagai halia muda selepas 4 – 6 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg.

• Antara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 – 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua, rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo.

• Penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom, timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas.

• Polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut.

• Kesan pancaran matahari juga boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman.

• Seterusnya, rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Kutipan harus dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya.

Halia muda (4 – 6 bulan) yang telah dituai Halia tua (9 bulan) yang telah dituai

Page 20: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

11

Simptom nekrosis daun halia pada usia 7 – 8 bulan menunjukkan halia hampir matang

Proses penuaian halia muda oleh pengusaha

ANALISIS EKONOMIAnalisis ekonomi ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramalkan daripada projek ini.

Kos pembangunanProjek ini melibatkan kos pembangunan (kos permulaan) yang tinggi terutama untuk pembinaan struktur pelindung hujan dan sistem pengairan fertigasi. Bagi satu hektar tanah, sebanyak 30 unit struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga sesuai dibangunkan yang melibatkan kos sebanyak RM355,400.

Page 21: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

12

Jadual anggaran kos pembangunan

Perkara Jumlah kos (RM)

• Struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga (30 unit berkembar 3)

• Sistem pengairan fertigasi

300,000

55,400

Prasarana (jalan, pagar, perparitan, bangunan pejabat, stor dan utiliti)

60,000

Peralatan kecil (ladang dan pejabat) 20,000

Jumlah 435,400

Kos operasi dan penyelenggaraanKos operasi dan penyelenggaraan meliputi upah/gaji serta kos untuk kerja membaik pulih infrastruktur. Kos penyelenggaraan merangkumi 5% daripada jumlah kos pembangunan.

Kos pengeluaranKos pengeluaran merangkumi kos input (baja fertigasi, benih, racun dan lain-lain. Anggaran kos pengeluaran bagi halia muda dan tua adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual anggaran kos pengeluaran

Kos semusim (RM) Kos setahun (RM) (1 SPH)

Jumlah kos setahun (RM) (30 SPH)

Halia muda 647 2,586 77,600Halia tua 1,416 1,416 42,500

Hasil dan pulanganJumlah hasil yang diperoleh dianggarkan daripada bilangan [satu SPH x hasil sepokok x bilangan musim setahun x jumlah SPH (30 unit sehektar)]. Anggaran harga purata ini diambil daripada harga purata jualan di ladang bagi tempoh 3 tahun (2011 – 2013).

Halia mudaAnggaran hasil = 2.4 kg/pokok/musimBilangan musim/tahun = 3 kaliBilangan pokok/SPH = 500 Jumlah hasil = 108,000 kgHarga ladang = RM3Jumlah pendapatan/tahun = RM324,000

Halia tuaAnggaran hasil = 5.4 kg/pokok/musimBilangan musim/tahun = 1 kaliBilangan pokok/SPH = 500 Jumlah hasil = 81,000 kgHarga ladang = RM3.60Jumlah pendapatan/tahun = RM291,600

Page 22: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

13

Analisis kedayamajuan projekKedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan tiga petunjuk seperti yang berikut:• Nilai kini bersih• Kadar pulangan dalaman• Jangka masa pulang balik modal

Jadual kedayamajuan projek penanaman halia

Penunjuk daya maju Halia tua Halia muda

Nilai kini bersih (NKB) @ 10% 493,420 36,674Kadar pulangan dalaman (KPD) 34.57 12.31Tempoh pulangan modal (tahun) 3 5Nisbah kos faedah (NKF) @ 10% 1.78 1.68

Berdasarkan analisis di atas, projek ini boleh dijalankan bagi pengeluaran halia muda dan tua yang berupaya memberi pulangan yang baik kepada pelabur yang ingin menceburi bidang ini.

Page 23: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

14

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASIHARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

PENYEDIAAN SEBELUM MENANAM30 HST • Mengira keperluan baja dan

coco peat.• Pembelian beg tanaman berwarna

hitam bersaiz 24 in x 16 in.• Membeli baja.• Membeli keperluan lain seperti bekas

semaian, pisau kecil, racun serangga dan racun kulat.

• Membeli halia matang untuk dijadikan rizom benih.

21 HST • Mengisi bekas semaian dengan coco peat tidak terlalu padat atau longgar.

• Memotong rizom halia matang untuk dijadikan rizom benih halia.

• Rizom benih dirawat dengan merendam dalam racun kulat seperti Previcur N selama 3 – 5 minit sebelum disemai.

• Rizom benih halia boleh disemai di dalam bekas semaian (5 m x 1 m) pada jarak setengah kaki di antara satu sama lain.

• Menyembur bekas semaian berisi rizom benih dengan air bersih sekadar lembab sahaja.

• Letakkan bekas semaian di tempat redup atau di dalam rumah semaian.

Pastikan halia matang dipotong 7 – 11 cm panjang dengan memastikan 2 – 3 mata tunas pada setiap potongan rizom benih.

14 HST • Menyembur bekas semaian berisi rizom benih dengan air bersih sekadar lembap.

• Menyediakan larutan stok baja fertigasi halia.

Pada ketika ini pucuk daun akan kelihatan di permukaan medium coco peat.

13 HST • Menyembur anak benih halia dengan air bersih menggunakan penyembur tangan 3 – 4 kali sehari.

• Mengalirkan larutan baja ke dalam bekas semaian pada kepekatan EC 1.6.

Pastikan anak benih sentiasa lembap.

(samb.)

Page 24: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

15

HARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

6 – 5 HST • Membilas, mengetus dan mengisi coco peat lembap ke dalam polibeg.

• Mengalirkan larutan baja di bawah bekas semaian pada kepekatan EC 1.6.

4 – 3 HST • Mengangkut dan menyusun polibeg di struktur pelindung hujan (SPH).

• Mencucuk alat penitis ke dalam setiap polibeg berisi medium tanaman.

• Mengalirkan larutan baja di bawah bekas semaian pada kepekatan EC 1.8.

2 HST • Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis.

• Mengalirkan larutan baja di bawah bekas semaian pada kepekatan EC 1.8.

1 HST • Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis.

• Membasahkan coco peat dengan larutan baja.

PENANAMAN0 HARI • Mengorek lubang tanaman pada

medium tanaman setiap polibeg untuk menanam anak benih.

• Mengubah anak benih halia ke dalam medium tanaman.

• Memadatkan pangkal anak pokok dengan medium tanaman.

• Mencucuk penitis berhampiran pangkal anak benih.

Pastikan medium tanaman basah sebelum anak benih dipindahkan.

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI (samb.)

(samb.)

Page 25: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

16

HARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

PENGURUSAN POKOK SELEPAS MENANAM1 HLT • Periksa semua polibeg.

• Pastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucuk pada pangkal pokok.

• Pam air sekali awal pagi dan sekali pada sebelah petang.

• Menebuk lubang menggunakan pisau, 3 – 4 lubang di kiri dan kanan polibeg, 5 cm dari dasar polibeg untuk mengelak air daripada bertakung terlalu banyak di dalam polibeg.

Tempoh 5 – 10 minit setiap titisan bergantung kepada kekuatan pam air.

Lubang tidak sekali-kali ditebuk di bahagian bawah beg tanaman untuk mengurangkan pembaziran larutan baja.

2 HLT • Periksa semua polibeg.• Pastikan tidak ada polibeg yang tidak

ditebuk agar pokok tidak mati lemas.• Pastikan tidak ada penitis yang

tercabut atau tidak dicucuk pada pangkal pokok.

• Pam air sekali pada awal pagi dan sekali pada sebelah petang.

PENGURUSAN POKOK SELEPAS MENANAM3 HLT • Periksa semua polibeg.

• Pastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucuk pada pangkal pokok.

• Baja 2 kali. Pukul 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari

Bacaan EC 1.8.

4 HLT • Baja 2 kali. Pukul 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari

• Periksa setiap pokok pada awal pagi.• Perhatikan tanda-tanda serangan

penyakit atau serangga perosak.• Jika terdapat pokok yang layu,

periksa medium tanaman, sekiranya kering, kemungkinan alat penitis tersumbat atau tercabut.

Bacaan EC 1.8.Sekiranya cuaca redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian larutan baja boleh ditangguhkan.Sekiranya cuaca panas, pam pemberian air biasa boleh diberi bagi mengelak pokok daripada layu.

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI (samb.)

(samb.)

Page 26: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

17

HARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

5 – 6 HLT • Baja 2 kali. Pukul 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari.

• Periksa setiap pokok pada awal pagi.• Perhatikan tanda-tanda serangan

penyakit atau serangga perosak.

Bacaan EC 1.8.

PENGAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK7 HLT • Buat rawatan pencegahan penyakit

akar (Pythium).• Pastikan pam tidak dihidupkan

sebelum rawatan ini.• Siram 100 ml bancuhan ini

ke pangkal setiap pokok. Tong penyembur boleh digunakan dan jumlah racun yang perlu disembur pada setiap pokok perlu diketahui terlebih dahuu

• Baja boleh diberi selepas 2 jam rawatan dilakukan.

Larutkan 10 ml Previcur N atau 13 ml Foli-R-Fos ke dalam 10 liter air.

8 HLT • Periksa setiap pokok awal pagi.• Perhatikan tanda-tanda serangan

penyakit atau serangga perosak.• Memeriksa pucuk pokok untuk

mengesan serangan ulat ratus, hama dan kutu trip (lihat di bawah daun bahagian pertengahan 2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, hamama, kutu trip ulat pelombong daun, ulat ratus dan lalat putih.

• Memeriksa sistem fertigasi agar berfungsi dengan baik.

Actara = lalat putihPagasus/kotetsu = lalat putihConfidor = pelombong daun dan kutu tripMitac = hamamaKotetsu = hamamaAgrimec = kutu afidDipel/Nurelle = ulat ratus

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI (samb.)

(samb.)

Page 27: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

18

HARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

21 HLT • Buat rawatan pencegahan penyakit akar (Pythium)

• Pastikan pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini.

• Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal setiap pokok.Tong penyembur boleh digunakan dan jumlah racun yang perlu disembur pada setiap pokok perlu diketahui terlebih dahulu.

• Baja boleh diberi selepas 2 jam rawatan ini dilakukan.

Larutkan 10 ml Previcur N atau 13 ml Foli-R-Fos ke dalam 10 liter air.

22 HLT • Tingkatkan kekerapan baja kepada 4 kali. Pukul 8.00 pagi, 9.00 pagi, 10.00 pagi dan 12.00 tengah hari.

• Periksa setiap pokok awal pagi• Perhatikan tanda-tanda serangan

penyakit atau serangga perosak. Jika terdapat pokok yang layu, periksa medium tanaman, sekiranya kering, kemungkinan alat penitis tersumbat atau tercabut.

Tingkatkan bacaan EC baja kepada 2.4.

MEMBILAS MEDIUM TANAMAN30 HLT dan 2 kali sebulan

• Membilas medium tanaman dengan melalukan air bersih (tanpa baja) pada semua pokok mengikut kekerapan biasa sepanjang hari.

Bertujuan untuk membersih timbunan garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman.Guna racun kulat Benlate atau Redomil untuk mencegah serangan penyakit kulat.

MENAMBAH KEKERAPAN PENITISAN60 HLT sehingga tamat

• Menambah kekerapan penitisan larutan baja.

• Penambahan tempoh masa tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan pembaziran.

4 kali kemudian 5 kali dan seterusnya 6 kali sehari mengikut pembesaran pokok.Bacaan EC 2.4.

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI (samb.)

(samb.)

Page 28: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

19

HARI SEBELUM/SELEPAS TANAM

AKTIVITI CATATAN

PENUAIAN HALIA MUDA120 – 180 HLT • Tanaman halia boleh dituai sebagai

halia muda.• Halia akan dikeluarkan daripada

polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup.

• Rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejas dan merosakkan rupa dan bentuk halia.

• Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik.

PENUAIAN HALIA TUA

225 – 240 HLT • Hujung daun pada tanaman halia kelihatan kering.

• Banyak daun halia kering menunjukkan halia hampir matang.

• Buang kesemua daun kering bagi memudahkan urusan penuaian.

270 HLT • Tanaman halia telah matang dan boleh dituai sebagai halia tua.

• Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup.

• Rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat akan tidak menjejas dan merosakkan rupa dan bentuk halia.

• Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik.

MENAMATKAN TANAMAN275 HLT • Sisa tanaman yang tinggal

dibersihkan semula.• Polibeg disusun semula untuk musim

penanaman seterusnya.• Medium tanaman di dalam polibeg

yang kurang ditambah.• Plot penanaman direhatkan selama

2 minggu sebelum penanaman musim seterusnya bermula.

GERAK KERJA PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI (samb.)

Page 29: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

20

Lampiran 1. Kaedah membuat 100 liter larutan stok baja

Lampiran IV: KAEDAH MEMBUAT 100 LITER STOK BAJA

1. Larutkan kalsium nitrat iron (EDTA) 2. Tuangkan ke dalam tong 3. Tambah air bersih (Buat satu persatu di dalam baldi, yang telah ada penanda jadikan 100 liter buat sedikit-sedikit) 100 liter

Tanda 100 liter

Tong 100 liter

TONG A

4. Larutkan kalium nitrat, monokalium 5. Tuangkan ke dalam tong 6. Tambah air bersih fosfat, magnesium sulfat, mangan yang telah ada penanda jadikan 100 liter sulfat, asid borik, zunk sulfat, kuprum sulfat, ammonium molibdat atau natrium molibdat

Tanda 100 liter100 liter

Apabila hendak digunakan ambil larutan dari TONG A dan tuangkan ke dalamtangki larutan baja dan kacau hingga semuanya terlarut.

Kemudian ambil larutan dari TONG B dalam jumlah isi padu yang sama dan tuangkan ke dalam tangki larutan baja dan kacau hingga semuanya terlarut.

SEBAGAI PANDUAN 1 BAHAGIAN LARUTAN BAJAUNTUK 100 BAHAGIAN AIR

JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN KEDUA-DUANYA SERENTAK

TONG B

Page 30: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

21

ALAMAT PERHUBUNGAN

Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan khidmat perunding, sila hubungi:

Pusat Promosi dan Pembangunan PerniagaanIbu Pejabat MARDIPersiaran MARDI-UPM43400 SerdangSelangor

www.mardi.gov.my

Page 31: TEKNOLOGI PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI DI TANAH …ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/halia.pdf · alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit

Penerbit MARDI

Yasser Suhaimi Mohd • Mohamad Abd Manas

TEKNOLOGI PENANAMAN HALIASECARA FERTIGASI DI TANAH RENDAHSECARA FERTIGASI DI TANAH RENDAH