multimedia introduction
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TEKNOLOGI MULTIMEDIA
PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA
Jabatan Multimedia PendidikanFakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2
DEFINISI MULTIMEDIA
3
Istilah multimedia semakin diminati dan mendapat publisiti yang meluas pada zaman teknologi komputer masa kini. Jika di perhatikan, sebenarnya multimedia boleh ditakrifkan sebagai :
Multi: banyak atau pelbagai
Media: berasal dari perkataan medium yang bermaksud "kaedah berkomunikasi"
DEFINISI MULTIMEDIA
4
Definisi multimedia (Asal):
Multimedia bermakna menggunakan 2 atau lebih media bagi sesuatu persembahan, contohnya video dan slide.
Definisi multimedia (Baru):
Multimedia merujuk kepada persembahan berpusatkan komputer yang menggabungkan unsur-unsur photo, video, teks, grafik, audio dan animasi.
DEFINISI MULTIMEDIA
5
Definisi multimedia (Terkini):
Proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video, dan animasi.
DEFINISI MULTIMEDIA
TEKNOLOGI MULTIMEDIA
ELEMEN-ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA
Jabatan Multimedia PendidikanFakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
7
Terdapat 6 elemen utama multimedia iaitu:
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA
8
Terdapat 6 elemen utama multimedia iaitu:
Teks Grafik Audio Video Animasi Interaktiviti
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA
9
Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.
Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalam sesuatu persembahan maklumat.
Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA: TEKS
10
Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan.
Grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebih berkesan.
Grafik menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan hidup.
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA: TEKS
11
Animasi menceriakan lagi persembahan sesuatu maklumat.
Animasi membantu di dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.
Animasi mampu menarik perhatian pengguna atau penonton.
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA: TEKS
12
Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan (contoh : suara latar/narration)
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
Membantu meningkatkan mood dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA: AUDIO
13
Video menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang "hidup".
Sumber yang paling berkesan di dalam menyampaikan sesuatu maklumat.
Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.
ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA: VIDEO
TEKNOLOGI MULTIMEDIA
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Jabatan Multimedia PendidikanFakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
15
Multimedia cuma semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini kerana sebelum ini komputer tidak mencapai tahap keupayaan dan harga yang berpatutan seperti sekarang.
1975
Kuasa pemproses yang rendah, skrin monokrom.
digunakan terutamanya bagi tujuan pengurusan akaun dan inventori
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
16
1980
Bermulanya era storan dalam bentuk cakera keras dan paparan grafik mudah.
digunakan terutamanya dalam bidang statistik.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
17
1987
Keupayaan memaparkan skrin bewarna, grafik yang lebih kompleks beserta bunyi, dan animasi.
semakin mendapat perhatian terutamanya dalam bidang pemprosesan perkataan dan "desktop publishing"
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
18
1995
Keupayaan bagi memaparkan video digital, audio, animasi serta teks kedalam satu pakej perisian dan perkakasan.
Kebolehan untuk berkongsi maklumat melalui talian telekomunikasi dan rangkaian komputer.
simulasi berkomputer, Internet, komunikasi dan persembahan.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
19
1999
Multimedia mula mencapai kemuncak kegemilangannya apabila ruang storan dan kepantasan komputer semakin meningkat beserta saiz dan harga yang semakin menurun.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
20
2005
Semua komputer dipasarkan dengan keupayaan multimedia. CD-RW, DVD-ROM, keupayaan memaparkan grafik, video, audio dan animasi yang berkualiti tinggi dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan.
Talian Internet juga semakin stabil dan pantas. Ini menyediakan lebih peluang dalam memanfaatkan teknologi multimedia menerusinya.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
TEKNOLOGI MULTIMEDIAFAKTOR-FAKTOR
BERKEMBANGNYA TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Jabatan Multimedia PendidikanFakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
22
Perkembangan Teknologi Audio Digital
Cakera padat mula diperkenalkan oleh syarikat Philips dan Sony pada tahun 1982.
Pemain cakera padat kini merupakan sumber asas (standard) bagi dunia komputer dan muzik/audio masa kini.
Membolehkan pelbagai jenis media disebarkan dengan lebih mudah dan pantas
FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
23
Sistem Komputer Berkeupayaan Tinggi
Evolusi teknologi cip mikropemproses x86 dari 8086 kepada Pentium II, III dan IV
Kepantasan mikropemproses telah bertambah sehingga 20 – 30 kali ganda.
Jumlah ingatan utama (RAM) yang boleh digunakan telah meningkat dengan pesatnya.
Sistem pengoperasian telah dipertingkatkan kualitinya serta keberkesanannya (dari DOS, Windows 3.1 hingga Windows 95, 98, ME, 2000 dan Windows XP)
24
Kualiti Paparan Grafik Dipertingkatkan
Kualiti skrin paparan (monitor) semakin meningkat dari sudut kejelasan dan keupayaan paparan.
Warna skrin semakin menarik dari hitam putih (monokrom), 16 warna kepada kualiti paparan warna yang lebih hidup (16 millions colors)
FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
25
Teknologi Kad Video
Kad video atau kad grafik mula diperkenalkan untuk mempertingkat kan kepantasan paparan grafik pada skrin paparan.
Teknologi kad pemerangkap video (video capture card) pula membolehkan sistem komputer untuk memerangkap video sama ada dalam bentuk hidup (life video) mahupun dalam bentuk imej statik.
FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
26
Teknologi Storan Semakin Berkembang
Jumlah storan bagi cakera keras meningkat. Kadar masa capaian juga semakin pantas.
Pemacu pita berkepadatan tinggi juga diperkenalkan bagi kemudahan simpanan data yang besar.
CD-R, CD-RW dan DVD-RW mula menguasai pasaran dengan menyediakan kemudahan simpanan data dari 650 MB hingga beberapa GB pada satu cakera.
Storan bolehubah seperti Iomega Zip Disk, Iomega Jaz dan Pen Drive (Memory Stick) juga semakin mendapat tempat dihati pengguna.
FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI