teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2011 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 750414135806001 MAYDRIN AK. PAIN NO. KAD PENGNEALAN : 750414-13-5806 NO. TELEFON : 016-8823604 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE

Upload: bunga-bougenvilla

Post on 03-Jul-2015

2.022 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Akademik assgment

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2011

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 750414135806001

MAYDRIN AK. PAIN

NO. KAD PENGNEALAN : 750414-13-5806

NO. TELEFON : 016-8823604

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE

Page 2: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 2

2. Klasifikasi PPBK 3

3. Kriteri Pemilihan Perisian Kursus PPBK 5

4. Analisis Data 7

5. Dapatan Penilaian 8

6. Penutup 13

Brosur

Rujukan

Lampiran

2

Page 3: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 1. PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBBK) semakin banyak digunakan

dalam sistem dan institusi pendidikan dimana-mana sahaja di dunia termasuk di Malaysia.

Keadaan ini adalah berikutan penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi, menyeronokkan dan yang paling

penting dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Menurut Omar Zakaria et.al

(2011) dalam Teknologi maklumat dalam pendidikan, PBBK ialah ”....pengajaran atau

pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang di sampaikan

melalui komputer”. PPBK juga dikenali sebagai Computer Assisted Instruction(CAI) di

Amerika dan Computer Aided Learning(CAL) di United Kingdom. Perisian kursus PPBK

biasanya dibangunkan untuk meningkatkan motivasi, mengarah dan menarik perhatian

pelajar melalui penggunaan teks, video, warna, animasi, grafik dan audio yang sesuai.

Strategi penggunaan perisian kursus PPBK adalah berpusatkan murid sementara guru

membantu secara minimum dan perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar oleh guru.

Pembelajaran gaya PPBK juga dijalankan mengikut kemajuan dan penguasaan pelajar iaitu

pada kadar kendiri dan terarah kendiri.

Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengariskan pengunaan PBBK di sekolah-sekolah

mampu meningkatkan motivasi, kefahaman dan penguasaan pelajar, mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, melaksanakan eksperimen yang mahal,

sukar dan bahaya untuk dibuat secara amali serta dapat membentuk pembelajaran koperatif

dan memberi peluang pelajar belajar secara kendiri. Oleh yang demikian pembangunan

PBKK perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur tertentu agar dapat memenuhi

kehendak kursus dan pengguna. Contoh proses pembangunan yang selalu dijadikan sebagai

panduan ialah Model ADDIE. Model ADDIE mengutamakan pembangunan dari segi analisa

(Analysis), rekabentuk (Design), pembangunan (Development), implementasi

(Implementation) dan penilaian (Evaluation). Guru dan pelajar boleh menggunakan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang terbahagi kepada 6 jenis kategori

iaitu tutorial, permainan, simulasi, tunjukcara, ujian dan latih tubi.

3

Page 4: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 2. KLASIFIKASI PPBK

I) Tutorial

Menurut Allesi & Trollip (1991) yang dipetik dari Omar Zakaria et.al (2011), tutorial

dalam PBBK merupakan persembahan bahan pengajaran baru dengan urutan penerangan

yang tersusun. Menerusi tutorial pelajar belajar mengikut tahap kemampuan atau keupayaan

diri dan perlu merekodkan aktiviti pembelajaran mereka. Melalui tutorial juga pelajar dapat

membuat ulangkaji. Jika dibangunkan dengan baik, pelajar cerdas akan menjalankan dan

memahami isi pelajaran atau aktiviti dengan cepat manakala pelajar lemah akan dibimbing

melalui pemulihan.

Guru hanya merupakan fasilitator dan perisian PPBK akan bertindak sebagai tutor. PPBK

jenis tutorial digunakan untuk mengajar konsep konkrit dan abstrak melalui penggunaan

illustrasi, video, animasi, visual, teks dan soalan yang berupaya meransang minat dan

minda pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Scheafermeyer (1990) dalam Omar Zakaria

et.al (2011) pula mengatakan tutorial juga boleh digunakan dalam latihan. Hal ini disokong

oleh Alessi dan Trollip (1985) dengan mengemukakan bahawa tutorial mampu mengukuhkan

dan menyelesaikan masalah.

II) Permainan

PPBK menyediakan perisian berbentuk permainan yang biasanya dibangunkan dalam

bentuk pertandingan agar pelajar dapat membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan.

Pendekatan berunsurkan hiburan ini menjadikan pembelajaran menyeronokan disamping

pelajar mempelajari pengetahuan dan kemahiran baru. Oleh yang demikian, perkembangan

mental dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar dapat dipertingkatkan.

Walau bagaimanapun, menurut MacFarlene & Sparrowhawk (2002), guru-guru perlu

berhati-hati dalam melaksanakan permainan ini supaya objektif permainan dan objektif

pengajaran bersesuaian dan berkaitan antara satu sama lain. Kajian yang pernah dijalankan

oleh mereka juga mendapati bahawa, permainan mampu meningkatan daya ingatan, menjalin

kerjasama dan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar.

4

Page 5: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 III) Simulasi

Simulasi dalam PPBK memberi gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau

kejadian. Thomas & Milligan (2004) yang dipetik dari Omar Zakaria et.al mendefinisikan

simulasi seperti berikut :

”...keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat

tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi”. Penglibatan interaksi pelajar dan

komputer adalah aktif sama ada dalam membuat keputusan, menyelesaiakan masalah, isu

atau tugasan.

Simulasi sesuai untuk mata pelajaran yang memerlukan proses dan eksperimen yang

kompleks seperti mata pelajaran Sains kerana melibatkan penggunaan bahan merbahaya

(mudah terbakar atau beracun), mahal dan mengambil masa yang lama. Melalui simulasi,

pemahaman pelajar dapat diperkukuh dan kesilapan tanggapan pelajar semasa pembelajaran

sebenar dapat diperbetulkan. Selain itu simulasi memberi kesempatan kepada pelajar untuk

menguji hipotesis dan mengesan tindakan susul sebelum menghadapi keadaan sebenar.

IV) Tunjukcara

Pendekatan tunjukcara dalam PPBK dapat menunjukkan sesuatu prosedur kepada

pelajar. Dalam kaedah ini beberapa siri gambar, animasi dan simulasi digunakan. Keadaan ini

membolehkan pelajar memahami sesuatu prosedur sebelum mengaplikasikannya dalam

situasi sebenar terutamanya prosedur yang tidak dapat diubah dan dilaksanakan berikutan

terlalu sukar, merbahaya atau kekurangan peralatan fizikal. Latihan berulangakli

menyebabkan pelajar bertambah mahir dan berkeyakianan apabila melaksanakan prosedur

tersebut dalam sitausi sebenar. Kemahiran ini akan mengurangkan risiko kesilapan dalam

perlaksanaan prosedur sebenar.

V) Ujian

Ujian yang dibangunkan dalam perisian PPBK membolehkan pengukuran dan penilaian

pencapaian pelajar dikesan dengan serta merta. Jenis soalan yang sesuai adalah soalan

berbentuk objektif (aneka pilihan, padanan, benar-salah) manakala soalan berbentuk

subjektif jarang digunakan. (ayat atau karangan).

Perlaksanaan ujian dalam PPBK dikendalikan dalam keadaan terkawal. Hasil daripada

ujian akan digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian dan mengesan kelemahan pelajar

dan seterusnya mengambil tindakan susulan seperti membuat aktiviti pemulihan bagi pelajar

5

Page 6: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 yang lemah. Ujian juga membolehkan guru membuat penilaian terhadap keberkesanan

pengajaran dan pembelajarannya.

VI) Latih tubi

Latih tubi dalam PPBK dapat meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman pelajar

terhadap pembelajaranya melalui penggunaan grafik dan multimedia. Melalui latih tubi,

pelajar mengendalikan dan menilai sendiri pemahaman terhadap suatu pembelajaran. Selain

itu, latih tubi dapat menggalakkan pelajar menguasai kemahiran dan pengetahuan serta

penilaian sebelum mempelajari tajuk seterusnya.

Menurut Alessi & Trollip (1991), cara pemilihan soalan dalam latih tubi dibuat secara

rawak, tersusun dan soalan yang salah akan disusun dan dikemukakan semula sehingga

kesemua soalan dapat dijawab pelajar dengan betul. Dengan itu, pelajar dapat mengawal

perjalanan perisian mengikut kesesuaian mereka. Dalam PBBK , komputer akan memberikan

soalan dan menyediakan maklum balas jawapan yang betul atau salah. Keadaan ini memberi

manfaat kepada pelajar terutamanya pelajar yang kurang berpengalaman untuk mengikuti

perjalanan perisian kursus mengikut tahapnya dan meilai prestasinya pada bila-bila masa.

3. KRITERIA PEMILIHAN PERISIAN KURSUS PBBK

Keberkesanan penggunaan PPBK bergantung kepada aspek pemilihan perisian kursus

yang sesuai untuk kumpulan sasaran dan mesra pengguna. Terdapat beberapa kaedah yang

digunakan untuk menilai suatu perisian kursus contohnya The Learning Object Review

instrument (LORT) yang dicadangkan oleh E-Learning Research and Assessment Network,

Canada, kaedah Buyers Worksheet yang dicadangkan oleh Planning and Evaluation Service,

U.S. Department of Education(2002) dan kaedah Evalutech di bawah kerjasama antara North

Carolina Department of Public Instruction dan Southern Regional Education Board. Penilaian

PBBK pula boleh dibuat melalui penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif

dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian PBBK , manakala penilaian sumatif pula

ialah penilaian yang dijalankan bagi memastikan perisian PPBK berjaya mencapai matlamat,

objektif dan keperluan yang ditetapkan melalui penilaian pakar, penilaian guru dan penilaian

pelajar. Kaedah penilaian yang selalu digunakan oleh pereka perisian ialah kaedah Evalutech

yang mencadangkan tiga kategori kriteria-kriteria pemilihan perisian kursus PPBK iaitu dari

segi isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi.

6

Page 7: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 Pemilihan perisian dari segi isi kandungan haruslah memenuhi ciri-ciri ketepatan,

kesesuaian dan skop bidangnya. Ketepatan disini termasuklah perisian tidak mengandungi

kesilapan fakta, penggunaan bahasa yang betul seperti nahu, ejaan dan struktur ayat.

Maklumat yang diberikan pula adalah terkini, pendapat yang diberikan adil tidak meyebelahi

mana-mana pihak serta sesuai dari segi budaya dan agama berpadanan dengan sasaran

perisian. Dari segi kesesuaian pula, maklumat perlu sesuai dengan objektif yang hendak

dicapai, dapat menggalakkan interaksi komputer dengan pelajar serta dapat menggalakkan

pembinaan pengetahuan pelajar bersama guru atau sesama pelajar melalui pendekatan

konstruktivisme sesuai dengan tahap pelajar. Dari segi skop isi kandungan pula, perisian

kursus PPBK haruslah menepati kandungan kurikulum dalam topik yang diajar, kandungan

perisian disampaikan mengikut susunan yang sesuai dan ada kepelbagaian dan kesesuaian

aktiviti seperti menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti susulan yang boleh

memperkembangkan kognitif pelajar.

Kreteria pemilihan perisian kursus dari aspek teknikal pula berkaitan dengan navigasi,

ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti. Navigasi penting supaya maklumat

dapat dicari dengan mudah dan cepat, audio atau bunyi yang boleh dikawal, mempunyai

pilihan untuk mengawal perisian seperti log masuk, berhenti atau keluar melalui penggunaan

menu, ikon dan arahan yang intuitif. Perisian kursus yang sesuai juga mempunyai ciri-ciri

penyimpanan rekod yang baik seperti kemudahan mencetak maklumat, mengambil dan

menyimpan nota, rekod pemantauan pelajar serta dapat menyimpan maklumat mengenai

kedudukan semasa dalam suatu perisian atau permainan. Dari aspek persembahan pula

perisian kursus harus menyampaikan isi kandungan dengan cara yang dapat meransang dan

mencabar pemikiran pelajar serta menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif. Selain

itu, teks mestilah mudah dibaca, mempunyai penerangan yang mencukupi, maklum balas

yang membina, susun atur paparan menarik serta ada kemudahan mendapatkan bantuan.

Kriteria pemilihan perisian yang ketiga ialah dokumentasi iaitu aspek teknikal dan

panduan pengguna. Aspek teknikal merangkumi penerangan berkaitan dengan keperluan

peralatan dan sistem operasi komputer, penerangan pengoperasian perisian dan bantuan

melalui telefon. Panduan pengguna pula terdiri daripada maklumat tentang kumpulan sasaran,

ringkasan tajuk kandungan, cadangan cara penggunaan dalam kelas serta ada bahan

pengajaran dan pembelajaran tambahan.

7

Page 8: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 4. ANALISIS DATA

Penulisan ini akan membincangkan penilaian perisian kursus PPBK Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu dalam tajuk Elektronik berdasarkan ujian sumatif dalam soal

selidik yang dibina dan dilaksanakan untuk perisian kursus PPBK dalam klasifikasi tutorial

di bawah sub topik ” Alatan Tangan ”. Perisian berbentuk tutorial ini digunakan untuk satu

masa pengajaran iaitu selama 40 minit.

Soal selidik ini dijalankan setelah responden menggunakan perisian kursus ini dalam

pembelajaran di bilik darjah yang terdiri terdiri daripada 20 orang pelajar kelas 2B dari

Tingkatan 2, 4 orang guru mata pelajaran Kemahiran Kidup Besepadu dan seorang Ketua

Panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dari SMK Luar Bandar Sibu, Sibu,

Sarawak.

16 orang responden terdiri daripada kaum Bumiputera Sarawak, 6 orang kaum Melayu

dan 3 orang kaum Cina. Bilangan responden dari segi jantina pula terdiri daripada 13

responden perempuan dan 12 orang responden lelaki. Seramai 8 responden tinggal di bandar

manakala 17 responden dari kawasan luar bandar. Soal selidik ini berdasarkan skor item

seperti berikut :

1 – Tidak setuju, 2 – Kurang Setuju, 3 – Tidak Pasti, 4 – Setuju, 5 – Sangat setuju

Manakala skala klasifikasi item pula dikategorikan seperti Jadual 1.0 berikut :

Jadual 1.0 : Skala Klasifikasi Item

Nilai Klasifikasi Item1.00 – 2.00 Lemah2.01 – 3.00 Sederhana3.10 – 3.50 Baik3.51 – 4.00 Sangat Baik

5. DAPATAN PENILAIAN

8

Page 9: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 Maklumat dan data yang diperolehi daripada responden melalui soal selidik tersebut telah

dianalisis dan ditakrifkan untuk mendapatkan maklumbalas sejauh mana keberkesanan

perisian kursus PPBK yang dilaksanakan. Jadual 1.1 berikut menunjukkan dapatan penilaian

dari segi isi kandungan perisian kursus PPBK.

Jadual 1.1: Analisis Item soal selidik perisian kursus PPBK dari aspek Isi Kandungan

BIL ITEM KEKERAPAN

A. Isi Kandungan Tidak

setuju

Kurang

setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

setuju

MIN

1 Perisian kursus ini menggunakan

bahasa yang betul dari segi nahu,

ejaan, struktur ayat dan bebas

daripada sebarang kesilapan

0 9 1 15 0 3.16

2 Kandungan perisian ini

mempunyai maklumat semasa

dan terkini

0 4 3 13 3 3.68

3 Maklumat perisian ini sesuai

dengan objektif yang hendak

dicapai

0 6 2 14 3 3.56

4 Kandungan perisian disampaikan

mengikut

Susunan,teratur dan senang

diikuti.

0 4 2 15 4 3.76

Berdasarkan Jadual 1.1 di atas dalam bahagian isi kandungan, didapati bahawa item 1

iaitu perisian kursus menggunakan bahasa yang betul dan bebas dari sebarang kesilapan

menunjukkan min 3.16 iaitu seramai 9 responden kurang setuju, seorang responden tidak

pasti dan 15 responden setuju dengan item ini, manakala tidak ada responden yang tidak

setuju dan sangat setuju tentang item 1. Item ini berada dalam klasifikasi item yang baik.

Min ini menunjukkan item ini baik dari segi bahasa dan tiada kesilapan bahasa.

Dalam item 2 pula, min yang ditunjukkan ialah 3.68 (4 responden kurang bersetuju, 3

responden tidak pasti , 15 responden setuju dan 3 responden sangat setuju) bahawa

9

Page 10: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 kandungan perisian mempunyai maklumat semasa dan terkini. Tidak ada responden yang

tidak setuju dengan item ini. Min item ini berada dalam kategori sangat baik.

Melalui item 3 iaitu maklumat sesuai dengan objektif yang hendak dicapai mempunyai

min 3.56 (6 responden kurang setuju, 2 responden tidak pasti, 14 responden setuju dan 3

responden sangat setuju). Analisis soal selidik ini juga memberi maklumat bahawa tiada

responden yang tidak setuju dengan item 3. Min 3.56 mengkategorikan perisian ini sangat

baik dari segi kesesuaian maklumat dan objektif.

Sementara itu, item 4 iaitu kandungan disampaikan dengan tersusun dan senang diikuti

menunjukkan min sebanyak 3.76 dengan 4 responden kurang setuju, 2 responden tidak pasti,

15 responden setuju dan 4 responden sangat setuju tentang item ini. Daripada analisis ini juga

didapati tidak ada responden yang tidak setuju dengan item 4. Item ini berada dalam nilai dan

klasifikasi item yang sangat baik. Hal ini menunjukkan item ini mempunyai isi kandungan

yang sesuai dan berkesan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya Jadual 1.2 berikut menunjukkan dapatan penilaian dari aspek teknikal

perisian kursus PPBK yang dilaksanakan.

Jadual 1.2 : Analisis Item Soal Selidik Perisian Kursus PPBK dari Aspek Teknikal

10

Page 11: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303

Jadual 1.2 adalah terdiri daripada item aspek teknikal perisian PPBK yang dipilih.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap responden didapati bahawa dalam item 5

BIL ITEM KEKERAPAN

A. Aspek Teknikal Tidak

setuju

Kurang

setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

Setuju

MIN

5 Penggunaan ikon,menu dan

arahan membolehkan maklumat

dapat dicari dengan mudah dan

cepat.

16 3 1 5 0 1.92

6 Perisian kursus ini mempunyai

pilihan untuk mengawal

perjalanan perisian, berhenti

atau keuar.

12 6 2 3 2 2.08

7 Perisian ini mudah digunakan

untuk mengambil dan

menyimpan nota pada bila-bila

masa.

9 8 2 3 3 2.32

8 Isi kandungan perisian

disampaikan dengan cara yang

dapat meransang pemikiran

pelajar dan menggalakan

penyelesaian masalah secara

kreatif.

3 17 3 2 0 2.16

9 Teks perisian ini mudah dibaca,

penerangan cukup bagi visual

dan saiz sesuai dengan

kumpulan sasaran.

2 3 2 14 4 3.60

10 Perisian ini mempunyai visual

dan audio yang sesuai jelas,

mudah difahami dan boleh

dikawal.

12 10 2 1 0 1.68

11 Perisian ini mempunyai suara

dan muzik yang berkaitan

dengan paparan visual.

23 1 1 0 0 1.12

11

Page 12: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 mengenai penggunaan arahan dicari dengan mudah menunjukkan min sebanyak 1.92 iaitu

dalam klasifikasi item yang lemah. Seramai 16 responden tidak setuju, 3 responden kurang

setuju,seorang responden tidak pasti dan 5 responden setuju dengan item ini . Perisian ini

lemah dalam penggunaan ikon dan menu yang memudahkan pengguna berinteraksi dengan

komputer.

Item 6 pula berada pada klasifikasi item sederhana dengan min 2.08, di mana didapati

bahawa 12 responden tidak setuju, 6 responden kurang setuju, 2 responden tidak pasti, 3

responden setuju dan 2 responden sangat setuju dengan item ini. Min ini menunjukkan

bahawa kawalan perjalanan perisian ini sederhana mudah dikendalikan. Keadaan ini

menunjukan perisian ini perlu ditambahbaik lagi.

Item 7 pula menunjukan min 2.32 dengan 9 responden tidak setuju, 8 responden

kurang setuju, 2 responden tidak pasti, 3 responden setuju dan 3 responden sangat setuju

bahawa perisian ini mudah diambil dan disimpan nota. Item 7 berada dalam nilai klasifikasi

sederhana. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh diperbaiki untuk menambah nilai

keberkesanannya.

Min item 8 pula ialah 2.16 dengan 3 responden tidak setuju, 17 responden kurang

besetuju, 3 responden tidak pasti dan 2 responden setuju bahawa perisian ini dapat

merangsang pemikiran pelajar dan menggalakkan penyelesaian masalah. Item 8 berada pada

klasifikasi sederhana dan perlu diperbaiki.

Seterusnya menerusi item 9 didapati bahawa min yang ditunjukkan ialah 3.6 iaitu 2

responden tidak setuju, 3 responden kurang setuju, 2 responden tidak pasti, 14 responden

setuju dan 4 responden sangat setuju bahawa teks perisian mudah dibaca dan ada penerangan

visual. Dapatan ini menunjukkan item 9 berada dalam kategori item baik dan boleh

dikekalkan dalam perisian.

Dalam item 10 pula, didapati bahawa 12 responden tidak setuju, 10 responden kurang

setuju, 2 responden tidak pasti dan seorang responden setuju mengenai perisian ini

mempunyai visual dan audio yang sesuai dan boleh dikawal dengan min 1.68. Min item ini

berada pada aras lemah. Item no.10 ini perlu di ubahsuai dan ditambah nilai agar perisian ini

sesuai dengan tujuan pembangunannya.

Bagi item 11 pula, didapati 23 responden tidak setuju, seorang responden kurang setuju

dan seorang responden tidak pasti bahawa perisian ini mempunyai suara dan muzik yang

berkaitan dengan paparan visual. Item no.11 ini berada dalam klasifikasi 1.2 iaitu lemah dan

perlu diperbaiki serta ditambah nilai agar bunyi yang dikeluarkan sesuai dengan paparan

visual.

12

Page 13: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 Perisian kursus juga dinilai dari aspek dokumentasi. Jadual 1.3 di bawah ini

menunjukkan min hasil dapatan penilaian tersebut.

Jadual 1.3 : Analisis Item Soal Selidik Perisian Kursus PPBK dari Aspek Dokumentasi.

Melalui Jadual 1.3 di atas, didapati bahawa dalam item 12, min item ini adalah 2.04 iaitu

terdiri daripada 9 responden tidak setuju, 12 responden kurang setuju, 2 responden tidak pasti

dan 2 responden setuju bahawa perisian ini bersifat mesra pengguna. Nilai item ini berada

dalam klasifikasi sederhana dan boleh digunakan untuk PPBK. Namun begitu

penambahbaikan boleh dilakukan agar ia mencapai objektif pembangunan perisian resebut.

Dalam item 13 pula, seramai 5 responden setuju, 3 responden tidak pasti, 12 responden

setuju dan 5 responden sangat setuju bahawa perisian ini menyatakan objektif pembelajaran

dengan jelas. Keadaan ini memberi gambaran bahawa rata-rata responden menyatakan

perisian ini mempunyai objektif pembelajaran yang jelas. Min item ini ialah 3.68 iaitu dalam

BIL ITEM KEKERAPAN

A. Dokumentasi Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

Setuju

MIN

12 Perisian ini bersifat mesra

pengguna iaitu mempunyai

penerangan tentang

pengoperasian perisian serta

bantuan melalui telefon

9 12 2 2 0 2.04

13 Perisian kursus ini menyatakan

objektif pembelajaran dengan

jelas.

0 0 10 5 20 3.68

14 Perisian ini memberikan

cadangan cara penggunaan

dalam kelas, rancangan

mengajar dan aktiviti

pembelajaran.

20 3 2 0 0 1.28

15 Perisian ini mencadangkan

bahan pengajaran dan

pembelajaran tambahan.

25 0 0 0 0 1.00

13

Page 14: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 klasifikasi sangat baik. Berdasarkan soal selidik ini juga didapati tiada responden yang tidak

setuju dengan item 13.

Daripada item 14 pula, seramai 20 responden tidak setuju, 3 responden kurang setuju

dan 2 responden bersetuju bahawa perisian ini ada memberi cadangan cara penggunaan

dalam kelas, rancangan mengajar dan aktiviti pembelajaran . Item 14 ini mempunyai min

1.28 iaitu dalam pengkelasan item lemah. Item ini perlu diperbaiki agar memudahkan

penggunaan PBBK dengan berkesan.

Akhir sekali, dalam item 15, didapati bahawa perisian mencadangan bahan pengajaran

dan pembelajaran tambahan berada dalam klasifikasi lemah iaitu dengan min 1.00.

Berdasarkan Jadual 1.3, kesemua 25 responden sebulat suara menyatakan tidak setuju

bahawa perisian ini mencadangkan bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan. Item ini

perlu diperbaiki untuk meningkatkan mutu perisian PPBK ini.

Daripada penilaian yang diaksanakan terhadap 25 orang responden, didapati bahawa min

keseluruhan perisian kursus ini berada dalam klasifikasi sederhana dengan min 2.46. Oleh

yang demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perisian tersebut perlu ditambah baik dan

dibuat pengubahsuaian terutama dalam bahagian Aspek Teknikal yang lemah seperti item

no.5, no.10 dan no.11 serta dalam Aspek Dokumentasi bagi item no.14 dan 15. Hasil analisis

item PPBK ini secara keseluruhan menunjukkan persetujuan yang positif daripada responden

dalam Aspek Isi Kandungan terutama item no. 2, no. 3 dan no. 4 yang berada pada aras

sangat baik. Kesemua responden memberi cadangan penambahbaikan perlu dilakukan pada

perisian kursus tersebut supaya lebih mesra pengguna.

7. PENUTUP

Perisian kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) semakin

meluas penggunaannya dalam pendidikan. Perisian kursus yang dibangunkan dengan baik

dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap apa yang dipelajari,

meningkatkan motivasi pelajar, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan serta

mencabar minda dan membimbing pelajar belajar terarah kendiri. Oleh yang demikian,

pembangunan PPBK haruslah dilakukan dengan teliti agar penggunaannya berkesan dan

dapat memenuhi kehendak kursus serta keperluan pengguna khasnya kepada para pelajar.

Hussien Hj. Ahmad (2002) dalam Dayang Azizah bte Mohd Salleh (2008) menekankan

pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran perlu menekankan sifat-sifat kritis, kreatif,

14

Page 15: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 inovatif dan interaktif. PPBK merupakan satu daripada bahan pembelajaran bersifat

interaktif.

Walau bagaimanapun, perisian kursus PPBK haruslah bersesuaian dengan kandungan

pelajaran yang ingin disampaikan, kemahiran yang ingin diajar dan nilai yang ingin

diterapkan. Dengan itu, guru harus peka terhadap pemilihan perisian sama ada menggunakan

tutorial, latih tubi, simulasi ,tunjukcara dan sebagainya.

(3,226 patah perkataan)

15

Page 16: Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment

HBEF2303 RUJUKAN / REFERENSI

Dayang Azizah Mohd Salleh. (2008). Wacana Profes : Penilaian Berasaskan sekolah Memperkasa Sistem Penilaian Pelajar. Persatuan Perkembangan Profesionalisme Pendidikan sarawak.

Ee Ah Meng. (1994). Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publication and Didtributors Sdn.Bhd.

Masrulisah Md Ismail. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

komputer(PBBK). Retrieved on 8 May, 2001 from

http://www.ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK.htm

Omar Zakaria. et al. (2011). HBEF2303 Teknologi maklumat dalam pendidikan. Seri

Kembangan: Open University Malaysia.

Sarimah Ismail & Suziana Md Salleh. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan computer(PBK). Retrieved on 16 May, 2011 fromhttp://eprints.utm.my/10535/1/PEMBANGUNAN_PERISIAN_PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER.pdf

Zaiton Osman. et al. (2011). OUMH1103 Learning Skills for open distance learners. Seri

Kembangan: Open University Malaysia.

16