analisis novel tirani latar, plot & teknik plot nama · 2021. 1. 28. · 10. restoran iwana.tempat...
TRANSCRIPT
-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah
SM5
Analisis Novel
Tirani
Latar, Plot & Teknik Plot
Nama : _____________________________
-
Latar
Latar Tempat
1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda
Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.
2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal
sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.
3. Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights. Tempat pertemuan dan
perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan
penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands.
4. Hospital Kuching. Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada
muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.
5. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani
pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan
Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
6. Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Tempat Waheeda
mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah
berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam
rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid.
7. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan
hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara
tiba-tiba.
8. Hotel Flamingo de La Rossa/Flamingo Resort. Tempat pertemuan pertama kali
antara Waheeda dengan Zahid.
9. Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands. Tempat Lais membawa Waheeda
dan Ghazi melihat secara lebih dekat lokasi dan premis Iwana-Iwani sebelum
mereka bersetuju untuk membeli chalet tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
10. Restoran Iwana. Tempat Zahid terpandang kelibat bekas isterinya, Waheeda
Nurlyana setelah hampir 20 tahun mereka tidak berhubung.
Latar Masa
1. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh
Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan
dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat
kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.
2. Waktu awal pagi. Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri setelah
ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik ke dalam tubuhnya berlaku pada waktu
awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman kerana dia berasa sangat
haus.
3. Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan
sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan "coconut" dengan dipanggilnya "konat-
konat" berlaku pada waktu pagi.
4. Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA
dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh
masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.
5. Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati
minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4, Terminal 1,
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
6. Waktu malam. Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya
menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan
kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur
anaknya itu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
Contohnya, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Rainah berusaha
dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan
Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.
2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu. Contohnya, watak Waheeda
Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati, dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat
yang tekun dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana
muda dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing.
3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,
Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa
pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah
tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan
pelancong.
4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga. Contohnya,
sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan
akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan
segera bagi mendapatkan rawatan.
5. Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan
negara. Contohnya, Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda, dan Fatimah
mengusahakan chalet untuk penginapan para pelancong sebagai sumber pendapatan
mereka.
6. Masyarakat yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Contohnya, Dr.Alma Hollis Chen, Dr. Zakaria, Dr. Zahari, Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi merupakan pakar-pakar perubatan yang terlibat
sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan khidmat kaunseling, perubatan, dan
pembedahan kepada pesakit.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
7. Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga. Contohnya,
sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak
perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid.
8. Masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Contohnya, sebagai
seorang pakar bedah mata yang berpengalaman, Dr. Shirrim Ghazizadeh
bertungkus-lumus melakukan pembedahan pada bahagian mata Waheeda, manakala
Dr. Averroes atau Dr. Rushdi berdedikasi menjalankan pembedahan hidung
Waheeda.
9. Masyarakat yang hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa
mengira kaum dan agama. Contohnya, Dr. Zahari yang berasal dari Malaysia dan
Dr. Averroes yang berasal dari Sepanyol bersahabat baik dan saling menghormati
walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan negara asal.
10. Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan yang tidak benar. Contohnya,
Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya,
Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.
2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak
Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah
dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi
untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk
membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.
3. Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Waheeda telah dicederakan
oleh seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga menyebabkan
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.
Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis
Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan mengurus proses
pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan
pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala
pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Selain itu,
Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di
Flamingo.
4. Pada peringkat perumitan, Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan
segera untuk rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya. Waheeda
berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching untuk majlis
pertunangannya dengan Zahid. Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan
Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan
meriah dan penuh dengan adat. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak
muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah
sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan
perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda
selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah,
Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya
agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status
Izzati sebagai anak kandungnya.
5. Plot mencapai puncak/klimaks apabila Zahid bertindak nekad untuk
menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan
sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami masalah kemurungan dan
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu
mencintai suaminya itu.
6. Pada peringkat peleraian, Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi),
Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-
Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan
menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan
menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang
pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid
menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini.
Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan
anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan
Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan
bapanya, Zahid.
Teknik Plot
1. Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog, monolog,
monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka, kejutan, saspens, dan konflik untuk
menjadikan novel lebih menarik.
2. Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel ini
termasuklah teknik-teknik yang berikut.
Teknik pemerian
1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan
tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
2. Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah:
(a) Pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan
pengantin lelaki di jari pengantin perempuan. Contohnya:
Waheeda tersenyum mengalu-alukan Mak Cik Hazimah, ibu saudara Zahid,
lalu menghulurkan tangan kanannya. Hazimah menyarungkan cincin
pemberian Zahid di jari manis bagi memantapkan ikatan perkahwinan
mereka. Waheeda berengsot dan mencium tangan suaminya. Zahid
merapatkan wajahnya ke badapan lalu mencium dahi isterinya. Mesra dan
kejap. (hlm, 206)
(b) Pengarang memerihalkan keadaan diri Waheeda yang hanya tinggal
seorang diri di bilik wad eksklusif yang mewah dan sangat selesa ketika
melahirkan bayi perempuannya, Izzati di Hospital Pakar Normah.
Contohnya:
Bilik wad eksklusif di Hospital Pakar Normah, walaupun bagaikan bilik-
bilik hotel mewah yang sedia menerima kunjungan tanpa had waktu, bilik
ini tetap asing-asing. Seperti juga wad kelas satu hospital kerajaan, bilik
Waheeda tidak berkongsi bilik dengan pesakit lain. (hlm. 263)
Teknik dialog
1. Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
2. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih
realistik.
3. Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
(a) Perbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung dengan potret
Dayang Ranee yang akan dibingkaikan. Contohnya:
"Tak pernah pun saya tengok orang Sarawak berkelubung seperti ini,
Cik Eda?" kata Mat seperti meminta kepastian.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
"Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung
keringkam bertatah benang emas namanya, jangan tak tau. Nanti pelancong
tanya nak jawab apa?" terang Waheeda.
"Ni, yang berselimpang di bahunya, songket, Songket Kain Brunei
ataupun Jong Sarat," katanya sambil tangan mencecah gambar. Berkerut
dahi Mat menyoroti jari Waheeda. (hlm. 28)
(b) Dialog Raidah dengan anak saudaranya, Kamri ketika Raidah memintanya
membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas.
Contohnya:
"Kamri, tolong belikan cik daun nipah muda.Cukup rasanya untuk 21
biji, selebihnya untuk makan," benaknya merancang seraya menyerahkan
sekeping wang kertas dua ringgit semasa berada di dapur rumahnya.
"Nak buat apa?" tanya Kamri terpinga-pinga.
"Cik nak buat ketupat lepas," Raidah menjawab dengan ringkas.
"Buat apa?" pertanyaan berpantul balik.
"Ee ... banyaknya tanya. Nak buat ketupat lepas untuk buat sedekah.
Bulat mata Raidah mencengkam wajah Kamri ... (hlm. 67)
Teknik imbas kembali
1. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau
kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.
2. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan kejadian atau peristiwa yang
telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.
3. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini
termasuklah:
(a) Sambil tersenyum kambing, Waheeda teringat kembali akan kain sarung
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
birunya terbelah sehingga paras paha seperti busana ceongsam kerana sering
mengejar rakan-rakan persekolahannya yang selalu menyakatnya kerana
berhidung pesek. Contohnya:
Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung birunya terbelah
sehingga ke paha macam ceongsam kerana sering mengejar bantu-bantu yang
menyakatnya. (hlm. 3)
(b) Waheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya semasa dia dan Ghazi
berada di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik
Aziz di jalan Setiakasih ke apartmen keluarga mereka di Bukit Tiara, Kajang.
Contohnya:
Buktikan matlamat hidup kita, binalah kejayaan, laksanakan tugasan sebaik-
baiknya dan gunakan kuasa kita dengan betul dan bijaksana. Tiba-tiba dia
terkenang akan kata-kata ayahnya, insan tanpa kejayaan umpama mati
sebelum ajal. (hlm. 299)
Teknik imbas muka
1. Imbas muka merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal
atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi
watak dalam cerita berkenaan.
2. Teknik ini mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap
sesuatu yang akan terhasil.
3. Antara contoh teknik imbas muka termasuklah:
(a) Bazilah berasa gerun tatkala membayangkan keadaan meja bedah dan alat
perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan
sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan daripada Dr.
Zahari. Contohnya:
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Waheeda dan Bazilah berpandangan. Berkerut dahi menggambarkan
meja bedah dengan pisau, penyepit, dan sebagainya di hadapan mata.
Bazilah mengetap bibir, menariknya ke dalam seakan-akan menahan loya.
Kelihatan tekaknya turun naik menahan air liur. (hlm. 56-57)
(b) Ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan pembedahan
ke atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama
disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti. Contohnya:
Terbayang-bayang pula keadaan dia disembelih hidup-hidup. Kecut hatinya
memikirkan betapa sakitnya waktu itu. (hlm. 86)
(c) Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di
Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelongsong ketupat lepas
daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh
sepupunya, Fatimah.
Contohnya:
Waheeda terkekel sendirian membaca cerita sepupunya lantas terbayang
suasana mesra di Tajau Emas seperti yang selalunya. (hlm.70)
Teknik saspens
1. Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam
novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam
kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
2. Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah:
(a) Peristiwa Waheeda yang berani menyahut cabaran dengan membuat
pinjaman daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan melalui
Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak untuk mengembangkan perniagaan
kemudahan penginapan Chalet Tajau Emasnya itu. Pembaca tertanya-tanya
akan kemampuan sebenar Waheeda dan pembaca juga ingin tahu sama ada
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
perniagaan chaletnya yang baru beroperasi itu mampu bersaing dengan
pengusaha yang lain atau menemukan kegagalan.
(c) Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang
Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila
penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri
daripada digigit monyet itu. Kesan daripada peristiwa ini, pembaca tertanya-
tanya tahap keselamatan sebenar dan kesan pengoperasian chalet itu dari
aspek tempahan daripada pengunjung yang akan menginap di chalet itu pada
masa akan datang.
Teknik kejutan
1. Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa
diduga oleh pembaca, inilah kejutan.
2. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan kejutan yang diduga
oleh pembaca.
3. Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.
4. Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah ketika
peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak
menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup
mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
5. Seterusnya, peristiwa Zahid yang bertemu dengan Waheeda buat pertama kali di
Hotel Flamingo de La Rossa, Singapura. Pembaca tidak menyangka bahawa dalam
pertemuan singkat itu, Waheeda boleh terpaut hati lantas bersetuju untuk menerima
Zahid sebagai suaminya walaupun dia tidak betul-betul menyelami hati budi dan
tingkah laku sebenar pemuda itu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Teknik monolog/monolog dalaman
1. Monolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak,
sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
2. Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah:
(a) Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya. Contohnya:
'Pembedahan plastik, hmm ... perkataan magis, jika boleh rasa nak
buat sekarang juga,' bisik hati berbaur dengan keseronokan yang semakin
sukar dibendung. (hlm. 1)
(b) Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke
Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan
bukannya untuk membeli-belah. Contohnya:
'Bukan nak shopping,’ detik hatinya untuk memujuk nafsu. (hlm. 48)
(d) Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya
amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Contohnya:
'Semalam macam robot, sekarang bukan main ligat macam gasing pula,'
detak Waheeda lalu menyorot wajah Halloway. (hlm. 137-138)
Teknik konflik
1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam
satu urutan plot.
2. Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain
ataupun antara watak dengan alam sekitar.
3. Konflik ini tidak semestinya me1ibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh
digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.
4. Contoh konflik luaran ialah konflik antara watak Waheeda dengan bapanya,
Fadhil. Konflik ini tercetus apabila bapanya berkeras dan secara tegas tidak
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
mengizinkan anaknya, Waheeda menjalankan pembedahan kosmetik kerana
bertentangan dengan ajaran agama Islam.
5. Konflik luaran kedua ialah konflik antara Waheeda dengan Zahid. Konflik ini
berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri yang setia
dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengan lelaki lain
sehingga menganggap bahawa zuriat yang dikandung oleh Waheeda itu bukanlah
anaknya yang sah.
6. Contoh konflik dalaman ialah watak Waheeda yang mengalami perasaan sedih
dan kecewa kerana menerima ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya berkaitan ciri
fizikalnya yang berhidung pesek hingga menyebabkan dia menyimpan impian untuk
membaiki sedikit kecacatan yang berlaku pada hidungnya.
7. Konflik dalaman kedua ialah konflik dalaman Zahid yang mengalami kekesalan
dan dihimpit perasaan bersalah selama hampir 20 tahun akibat sikap cemburu buta
yang keterlaluan sehingga dia sanggup menceraikan isterinya, Waheeda dan
mengabaikan anak kandungnya, Izzati.
Program Bahasa Melayu Edubest - Novel Tirani - Latar, Plot, Teknik Plot 13
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my