teknik menghafaz al quran

39
TEKNIK MUDAH MENGHAFAL AL-QURAN UNTUK ORANG DEWASA

Upload: aspireinstitutecom

Post on 18-Jan-2017

6.583 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

TEKNIK MUDAH MENGHAFAL AL-QURAN UNTUK ORANG DEWASA

Assalaamualaikum Wr. Wb.

AL QURAN AL KARIM

Al-Quran dalam bahasa Arab adalah masdar (kata terbitan) bagi “qara’a” yang bermaksud baca atau kumpul.

Disebut (dalam ilmu sorof): “qara’a, qar’an wa qur’anan” وقرآنا قرءا قرأ seperti juga wazan “ghafara, ghafran wa ghufranan”. غفرا غفر وغفرانا

DARI SUDUT BAHASA

DARI SUDUT ISTILAH SYARI’IE

Firman-firman Allah s.w.t yang

diturunkan ke atas RasulNya s.a.w

perantaraan Jibril a.s dan

bacaannya dikira Ibadah.

AL-Quran diturunkan pada malam LAILATUL QADAR.

Pada malam tersebut ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda hingga menyamai 83 TAHUN 3 BULAN 3 HARI

Ini petanda bahawasanya Allah s.w.t benar-benar memuliakan dan mengagungkan al-Quran

Definasi MUKJIZAT AL-QURAN I’jaz dari segi bahasa: mensabitkan sesuatu

kelemahan (pada orang lain)

A‘l-’ajzu dari segi bahasa: Kekurangan atau kelemahan dalam melakukan sesuatu

Mukjizat bererti yang melemahkan atau menonjolkan kelemahan orang lain/ Sesuatu yang luar biasa

Mukjizat al-quran dari segi istilah ialah menonjolkan kebenaran nabi dalam dakwahnya dengan melemahkan hujah-hujah orang Arab pada ketika itu dengan ayat-ayat al-Quran

Aspek-aspek Mukjizat

1) Susunan ayat yang bercanggah dengan susunan biasa dalam bahasa Arab

2) Metodologi/ gaya bahasa yang menakjubkan

3) Bahasa yang kaya dan penuh bermakna4) Pensyariatan yang sempurna dan tepat5) Perkhabaran tentang perkara-perkara yang

telah berlaku dan akan berlaku.Begitu juga mengkhabarkan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh manusia

6) Tidak bercanggah dengan penemuan sains tabi’I

7) Ilmu pengetahuan yang meliputi berbagai aspek

8) Memenuhi keperluan manusia pada setiap zaman dan tempat.

9) Memberi kesan pada pengikut dan musuh- musuhnya bila mendengar ayat-ayat

alQuran dibacakan.10)Al-Quran dipelihara oleh Allah s.w.t dari

sebarang perubahan sejak mula ia diturunkan sehingga hari kiamat.

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?1 PENGHAFAL QURAN ADALAH KELUARGA

ALLAH SWT.

"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata : "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah. ( Ibn Majah )

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?2 Al-QURAN AKAN MEMBERI

SHAFAAT KEPADA PEMBACANYA.

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

KENAPA KITA PERLU MENGHAF AL AL-QURAN ?3 DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING

TINGGI

"Daripada Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?4 DAPAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA AHLI KELUARGA

Saidina Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :  Sesiapa membaca Al Quran lalu menghafalkannya dan menghalalkan apa sahaja yang halal dalamnya dan mengharamkan apa sahaja yang haram dalamnya akan di masukkan ke dalam syurga oleh ALLAH S.W.T. dan ALLAH s.w.t. akan menerima syafaatnya yang diberikan kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka sepatutnya wajib memasuki neraka ..( Hadith riwayat Imam Tirmizi dan Ahmad )

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?5 PENGHAFAL AL-QURAN AKAN MEMAKAI

MAHKOTA KEHORMATAN

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamat nanti akan didatangi Al Quran seraya berkata; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:

"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia diberi tambahan satu kebajikan."

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?6 MENGHAFAL AL-QURAN

MERUPAKAN BEKALAN YANG PALING BAIK.

"Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?7 IBU BAPA MEMPEROLEHI PAHALA

KHUSUS JIKA ANAKNYA MENGHAFAL AL QURAN

Saidina Mu'az Al Johani r.a. meriwayatkanbahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari ( Hadith riwayat Imam Ahmad , Abu Daud )

KENAPA KITA PERLU MENGHAFAL AL-QURAN ?•Melaksanakan salah satu sunnah tertinggi Rasulullah s.a.W

•Memasang filter pembersih tercanggih untuk matahati

•Wasilah yang paling ampuh untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

•Menampal kekurangan di zaman yang silam dengan memberatkan timbangan di hari kiamat melalui hafalan Al-Quran .

PEPATAH MELAYU MENGATAKAN

HENDAK SERIBU DAYA

TAK NAK SERIBU DALIH

INI BUKTINYA

Adakah MUSTAHIL orang dewasa atau warga emas menghafal Al-Quran

INI BUKTINYAUMMU SHALIH

NENEK BERUSIA 82 TAHUN

Beliau mula menghafaz ketika berumur 70 tahun

dan berjaya menamatkan

hafazannya ketika berumur 82 tahun.

Subhanallah!! Sungguh berdisiplin dan hebat nenek ini

Adakah MUSTAHIL orang dewasa atau warga emas menghafal Al-Quran• Seorang perempuan tua berumur 82 tahun

berjaya menghafaz 30 juzu’ al-Quran• Perkara ini dilaporkan berlaku di Indonesia, nenek

yang dinamakan Ummu Shalih telah bercita-cita untuk menghafaz al-Quran sejak dari kecil lagi. Namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana telah berkahwin pada usia 13 tahun. Beliau terpaksa menunda hasrat murninya tersebut sehingga semua anak-anaknya telah berkeluarga dan dewasa. Suami beliau meninggal dunia ketika anak-anaknya masih kecil, ini juga salah satu sebab beliau menangguhkan cita-citanya  untuk menghafaz al-Quran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN•Berfikiran positif

•Ikhlas

•Berdoa

•Teknik yang betul

•Pemakanan yang boleh membantu penghafazan

•Berdisiplin

•Jauhkan diri dari sebarang ma’siat kepada Allah s.w.t

PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN

•Menggunakan satu Mushaf sahaja. ( Rasm Uthmani )

•Dapatkan teman separing

•Waktu yang sesuai dan tetap untuk menghafal

•Perlukan MP3 Quran 30 Juz

•Perlukan seorang Ustaz untuk menyemak bacaan sebelum hafazan dan selepas.

•Buku Tafsir Bimbingan Ar-Rahman/Tafsir Ibn Kathir

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

1. Hafal 3 baris sahaja sehari (maxima)

2. 30 minit hingga sejam sehari

3. 3 kali ulangan setiap waktu solat

4. Baca 3 baris yang sama sebelum tidur sebanyak 3 – 5 kali .

5. Serampang 4 mata

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURANTeknik : 3 Baris Sahaja.

Kenapa 3 baris sahaja ?1-3 baris mudah dihafal dalam sehari

2-3 baris mudah untuk disiplinkan setiap hari

3-3 baris tidak mengambil masa terlalu lama untuk dihafal

4-Hafalan mengikut baris memudahkan jumlah target dalam sebulan.

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN30 minit hingga sejam sehari :

Terkandung 3 proses

1. Pembiasaan ( 5 minit )

2. Hafalan dan penggabungan ( 30 minit )

3. Pengukuhan ( 10 minit )

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN1-Pembiasaan

1.Mulakan dengan membaca 3 baris itu secara pandang sebanyak 3 kali.

2.Lihat makna dan tafsiran 3 baris itu untuk memahaminya.

3.Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek untuk memudahkan hafalan.

4.Yang terakhir sebelum mula hafalan baca 3 baris ini sebanyak 3 kali

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN2.Hafalan dan Penggabungan

Baca setiap potong 5 -10 kali secara pandang kemudian 10 kali tanpa pandang.

Setelah berjaya menghafal mulakan baris berikutnya mengikut cara yang lalu.

Setelah berjaya gabungkan ketiga-tiga baris tanpa pandang 10 kali.

Kemudian berzikir dengannya 50 hingga 100 kali

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN3-Tiga Kali Ulangan setiap kali Solat

Langkah Pertama : Sebelum Solat BermulaBaca tiga baris yang dihafal pagi tadi 3 – 5 kali

Langkah Kedua : Ketika Solat Baca tiga baris yang sama pada rakaat pertama dan kedua

Langkah ketiga : Selepas SolatBaca tiga baris yang sama sebanyak 3 – 5 kali

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN4- Baca Tiga Baris sebelum Tidur

Sebelum tidur waktu yang paling sesuai untuk mengukuhkan serta memantapkan maklumat yang telah dihafal agar tidak lupa

Baca tiga baris yang sama sebanyak 3 – 10 kali

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN5-Banyakkan mendengar ayat-ayat yang kita

hafal

Mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran dari Qari-Qari yang mu’tabar dan sedap bacaannya.

Mendengar bacaan-bacaan mereka ketika :

-Masak-Memandu-Berjalan-Berlari-Bercuti-Hendak Tidur

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURANSerampang 4 mata

Serampang 1 : Menghafal 5 hari sahaja

Serampang 2 : Hujung Minggu sebagai hari mengulang

Serampang 3 : 4 muka surat sebulan.

Serampang 4 : Selepas hafal 1 juz (5 bulan) berhenti hafalan ayat baru selama seminggu untuk murajaah hafalan 1 juz agar montop

Perkiraan Jangkamasa Hafalan

Hafal 4 muka surat sebulan

Hafal 1 juz selepas 5 bulan

Setahun hafal 2 juz

15 tahun hafal 30 juz

SESI SOAL JAWAB

Semoga kita diberi kekuatan

untuk menghafal al-Quran

sebelum menghembuskan

nafas kita yang terakhir

Aamin Ya Allah

PROGRAM-PROGRAM ISHBILIYA CONSULTANCY & SERVICES

#Program 1,2 & 3 dikenakan yuran pendaftaran sebanyak $30.00.

Setiap pelajar yang menjadi ahli Ishbiliya akan mendapat 50 % potongan yuran pendaftaran

**Jadual program tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sebarang pertanyaan Sila Hubungi sdr Amir: 945 05913

SEKIAN TERIMA KASIH