kaedah dan teknik menghafaz al-quran_mohammad hidir baharudin
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
1/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 1
Kaedah & Teknik
Menghafaz Al-QuranUNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH, MAHASISWA
UNIVERSITI DAN DEWASA
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN AL-HAFIZ
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
2/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 2
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
3/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 3
KAEDAH & TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN AL-HAFIZ013-2223513
KAMPUNG SG. CHINCHIN GOMBAK
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
4/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 4
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN
PERTAMA - (MEMPEROLEHI PETUJUK ALLAH)KEDUA - (MEMPEROLEHI PERTOLONGAN ALLAH)
KETIGA - (PERUMPAMAAN PEMBACA & PENGHAFAZ AL-QURAN)KEEMPAT - (DIUTAMAKAN UNTUK MENJADI KETUA)
KELIMA - (DIUTAMAKAN UNTUK MENGAJAR ILMU SYARIAT)KEENAM - (AL-QURAN MENJADI SYAFAAT)
KETUJUH - (IBU BAPA AKAN DIPAKAIKAN MAHKOTA DI SYURGA)
PARA PENGHAFAZ AL-QURAN DARIPADA KALANGAN SAHABAT
SIKAP PENGHAFAZ AL-QURAN
PERTAMA - (KEMAHUAN DAN AZAM)KEDUA - (TAWAKKAL KEPADA ALLAH)
KETIGA - (RAJIN BERUSAHA)
PESAN PENTING SEBELUM MENGHAFAZ AL-QURAN
PERTAMA - (MENGGUNAKAN HANYA SATU MUSHAF AL-QURAN)KEDUA - (MENJAUHI MAKSIAT)
KETIGA - (MEMANFAATKAN MASA LAPANG)KEEMPAT - (MEMBERI HADIAH DAN PENGHARGAAN)
KELIMA - (MENJAGA MAKAN DAN MINUM)
KAEDAH-KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN
PERTAMA - (MENGHAFAZ SENDIRI)KEDUA - (MENGHAFAZ BERSAMA SAHABAT)
KETIGA - (MENGHAFAZ BERSAMA GURU)KEEMPAT - (MENGHAFAZ AL-QURAN SELEPAS SOLAT FARDHU)
KELIMA - (MENGHAFAZ AL-QURAN KETIKA CUTI)KEENAM - (KAEDAH MEMAHAMI AYAT)
TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN AL-QURAN
PERTAMA - (TEKNIK KITABAH)
KEDUA - (TEKNIK MERAKAM SUARA)KETIGA - (TEKNIK MEMBACA DI DALAM SOLAT)
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
5/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 5
KEEMPAT - (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN SENDIRI)
KELIMA - (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN BERSAMAORANG LAIN)
KEENAM - (TEKNIK MENGULANGKAJI HAFAZAN AL-QURANSELEPAS SOLAT FARDHU)
PENUTUP
RUJUKAN
BIODATA PENULIS
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
6/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 6
PRAKATA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Segala puji bagi Allah s.w.t. di atas segala limpah kurnia dan taufikNya yang telahmengizinkan siapnya buku ini yang bertajuk Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran.
Al-Quran merupakan Kitab mukjizat yang terbesar yang diturunkan ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu nabi terakhir sebagai cahaya dan panduan kepada manusia sekalian alam.
Keagungan dan kebesaran Al-Quran dijamin daripada pemalsuan dan penyelewengan hingga hari
kiamat.
Salah satu cara Allah s.w.t. memelihara Al-Quran daripada penyelewengan dan
pemalsuan ialah memudahkan ia dihafaz agar tersimpan di dada-dada penghafaz Al-Quran.
Buku ini membicarakan beberapa kaedah dan teknik untuk menghafaz Al-Quran dan
mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah dan teknik yang diberikan mudah untuk diikuti untuk
segenap lapisan masyarakat Malaysia samada pelajar di sekolah rendah dan menengah,
mahasiswa di universiti, dan orang dewasa. Kaedah dan teknik ini amat sesuai untuk dijadikan
panduan kepada ibu bapa yang mahukan anak-anak menghafaz Al-Quran.
Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penulis yang membesarkan penulis
di dalam acuan Al-Quran dan menjadikan penulis mencintai Al-Quran. Tidak lupa juga kepada
guru-guru penulis bermula dengan Mak Ngah Solehah, Ustaz Bukhari, Ustaz Hussein, Ustaz
Shahzan Eizlan, dan ustaz serta ustazah yang pernah mengajar dan mendidik penulis dengan Al-
Quran. Jasa guru-guru penulis, penulis dahulukan dengan ucapan semoga Allah s.w.t. membalas
jasa baik ustaz dan ustazah semua.
Sekian terima kasih.
Mohammad Hidir Baharudin Al-Hafiz
Kampung Sg. Chinchin Gombak1 Jun 2013
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
7/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 7
KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN
MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN1
Allah s.w.t. berfirman;
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang
serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau
secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang
tidak akan mengalami kerugian; (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan
menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa
membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (30) (Surah
Fatir: 29-30)
Berdasarkan ayat di atas, perniagaan dengan Allah s.w.t. yang tidak akan rugi ialah
membaca Al-Quran, mengerjakan solat, dan mendermakan secara terbuka dan tersembunyi.
Maka keuntungannya ialah syurga yang kekal abadi.
Berikut merupakan beberapa kelebihan dan keutamaan membaca dan menghafaz Al-
Quran;
Pertama
(Memperolehi Petujuk Allah)
Al-Quran merupakan sumber utama petunjuk Allah. Oleh itu, dengan membaca danmenghafaz Al-Quran akan membuka pintu utama kepada petunjuk Allah. Firman Allah;
1 Adab-Adab Bersama Al-Quran, Imam Nawawi, Pustaka Salam, 1997
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
8/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 8
Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-
orang yang beriman. (Surah Fussilat: 44)
Petunjuk yang dimaksudkan ialah petunjuk kepada jalan yang lurus yakni Islam. Petunjuk
inilah yang dilalui oleh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Kita memohonnya tidak kurang
daripada 17 kali di dalam solat fardhu 5 kali sehari semalam dengan membaca firman Allah;
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. (Surah Al-Fatihah: 5)
Justeru itu, petunjuk kepada Islam akan diperolehi apabila kita membaca dan menghafaz
Al-Quran.
Kedua
(Memperolehi Pertolongan Allah)
Al-Quran merupakan Kitab yang mudah dibaca, difahami, diambil pelajaran dan
peringatan dan dihafaz.
Firman Allah;
(Surah Al-Qamar: 17)
Imam Al-Qurtubi (w.671H) menafsirkan ayat ini sabagai, Maksudnya, Kami (Allah)
telah memudahkan Al-Quran untuk dihafaz dan Kami membantu orang yang ingin
menghafaznya. Lalu, adakah orang yang memohon agar ia dapat menghafaz Al-Quran masih
ragu kerana dia akan dibantu dalam usahanya itu?
Kerana itu kita melihat ribuan malahan jutaan orang Islam yang terdiri daripada kanak-
kanak yang belum baligh atau yang sudah dewasa atau mereka berbangsa Arab atau selain Arab
menghafaz Al-Quran. Ini disebabkan Allah membantu mereka menghafaz Al-Quran untuk
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
9/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 9
menjaga Al-Quran daripada diubah perkataannya atau diseleweng maknanya atau dilenyapkan
isinya. Firman Allah;
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan
menjaganya. (Surah Al-Hijr: 9)
Diantara sarana menjaga Al-Quran adalah dengan terbentuknya generasi menghafaz Al-
Quran di setiap zaman.
Firman Allah;
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan
hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri
(dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana,
dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin
Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Surah Fatir:
32)
Ayat ini khusus kepada umat Nabi Muhammad s.a.w keseluruhannya. Ini tidak hanya
terhad kepada para penghafaz Al-Quran akan tetapi kepada sesiapa sahaja yang beriman dengan
Al-Quran. Dan sarana utama beriman dengan Al-Quran ialah dengan membaca dan menghafaz.2
Justeru itu Al-Quran tidak dapat tidak dibaca dan dihafaz sebagai tanda beriman
dengannya.
Ketiga
(Perumpamaan Pembaca & Penghafaz Al-Quran)
2 Kitab Al-Furqan, Syeikh Islam Ibn Taimiyah, Akbar Media Eka Sarana, 2008
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
10/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 10
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
Pelajarilah Al-Quran dan bacalah ia. Sesungguhnya perumpamaan Al-Quran bagi orang yang
mempelajarinya lalu dia membacakannya seperti kantong kulit yang diisi minyak kasturi yang
aromanya menyebar ke setiap penjuru. Sesiapa yang mempelajarinya lalu dia tidur seperti
kantong kulit yang diikatkan kepada minyak kasturi.
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Quran seperti rumah yang
roboh.3
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Orang mukmin yang membaca Al-Quran umpama citron. Baunya harum dan rasanya lazat.
Orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran umpama kurma. Ia tidak mempunyai bau tetapi
rasanya sedap. Orang munafiq yang membaca Al-Quran umpama raihanah. Baunya sedap tetapi
rasanya pahit. Orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran umpama petola. Ia tidak
mempunyai bau dan rasanyapahit.4
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Orang yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya maka dia akan bersama dengan
malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala orang
3 HR Tirmizi4 HR Bukhari dan Muslim
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
11/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 11
yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar maka dia akan memperolehi
dua pahala.5
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang
lain.6
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka dia akan memperolehi satu
kebaikan. Satu kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak menyatakan
bahawa Alif Lam Mim satu huruf. Tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan mim satu huruf.7
Umar Al-Khattab r.a. berkata;
Sesungguhnya Allah Taala meninggikan darjat beberapa golongan dan merendahkan darjat
beberapa golongan yang lain kerana perkataan ini (Al-Quran).8
Iaitu mengangkat darjat sesiapa yang beriman dengannya iaitu membaca, menghafaz, dan
mengamalkannya. Yang sebaliknya maka mereka direndahkan darjat mereka.
Keempat(Diutamakan Untuk Menjadi Ketua)
5 HR Bukhari dan Muslim6 HR Bukhari7 HR TirmiziHasan Sahih8 HR Muslim
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
12/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 12
Rasulullah s.a.w. menghormati orang-orang yang menghafaz Al-Quran dan
mengajarkannya, menempatkan mereka pada kedudukan tersendiri dan melebihkan mereka
daripada orang lain.9
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Orang-orang Islam hendaklah diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca Al-Quran10
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. mengirim beberapa orang utusan
yang jumlahnya cukup banyak. Lalu baginda memeriksa hafazan Al-Quran mereka satu persatu.
Baginda tiba pada salah seorang diantara mereka yang paling muda usianya. Baginda bertanya,
Apa yang engkau hafalkan wahai Fulan.. Orang itu menjawab, Aku hafaz ini dan itu serta
Surah Al-Baqarah. Baginda bertanya sekali lagi, Apakah engkau hafaz Surah Al-Baqarah?.
Orang itu menjawab, Benar. Baginda bersabda, Pergilah dan Engkau adalah pemimpin
rombongan ini. Seorang yang lebih dihormati dikalangan mereka berkata, Demi Allah, tidak
ada yang menghalangiku untuk menghafaz Surah Al-Baqarah melainkan kerana aku takut tidak
mampu melaksanakan isinya.
Dalam waktu yang lain, Rasulullah s.a.w. mengebumikan terlebih dahulu sahabat yang
lebih banyak menghafaz Al-Quran yang mati syahid ketika perang Uhud.
Bahkan hal ini diikuti oleh para sahabat. Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Para pembaca
Al-Quran menjadi ahli-ahli mesuarat Umar Al-Khattab. Mereka terdiri daripada orang-orang tua
dan para pemuda.11
Kelima
(Diutamakan Untuk Mengajar Ilmu Syariat)
9 Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pustaka Al-Kautsar, 200610 HR Muslim11 HR Bukhari
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
13/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 13
Rasulullah s.a.w. biasa mengutus pembaca dan penghafaz Al-Quran diantara para sahabat
untuk mengajarkan kewajiban-kewajiban Islam dan adab-adab kerana yang membaca dan
menghafaz Al-Quran lebih mampu melaksanakan tugas itu.
Diantara mereka adalah 70 orang sahabat yang mati syahid di Perang Bir Maunah
kerana dikhianati orang-orang kafir.
Antara sahabat yang dikenali dalam sejarah Islam ialah Musab Umair r.a.. Beliau
dihantar ke Madinah oleh Nabi s.a.w. selepas Perjanjian Aqabah untuk mengajarkan ilmu syariat.
Ditangannya penduduk Madinah memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam seperti Saad bin
Muaz r.a. dan Usaid bin Hudhair r.a. menjadi pembela Nabi s.a.w. hasil didikan Al-Quran.
Hal ini diikuti oleh para salafus soleh selepas kewafatan Nabi s.a.w. Contohnya seperti
yang diriwayatkan oleh Al-Walid bin Muslim. Dia menceritakan kepada kami, dia berkata,
Dahulu ketika kami berada di majlis (Imam) Al-Auzai (w.161H), beliau melihat terdapat
penuntut ilmu yang baru (dalam masjlis ilmunya). Beliau bertanya, Hai anak muda, apakah
engkau mampu membaca Al-Quran? Tatkala orang itu menjawab, Ya, Al-Auzai berkata, Jika
begitu bacalah;
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu...
Orang itu menjawab, Saya belum hafaz.. Al-Auzai berkata, Pergilah dan pelajarilah
(hafazlah) Al-Quran sebelum engkau menuntut ilmu.
Keenam
(Al-Quran Menjadi Syafaat)
Sesungguhnya setiap orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat pasti
memerlukan pembela di hari akhirat. Ini adalah kerana tiada seorang pun diantara orang yang
beriman yakin bahawa dia akan mengharungi nasib yang baik ketika di hari akhirat.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
14/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 14
Diantara pembela yang paling utama ialah Al-Quran. Rasulullah s.a.w. bersabda;
Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk membela
pembacanya.12
Sebagai pembela di dalam kubur, Nabi s.a.w. bersabda;
Surah Tabarak (Al-Mulk) adalah penghalang daripada azab kubur.13
Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah s.w.t. berfirman;
Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran dan mengingatiKu daripada membuat permintaan
kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang terbaik yang Aku berikan
kepada mereka yang meminta. (Nabi s.a.w. menyambung),Kelebihan Kalam Allah terhadap
sekalian Kalam adalah umpama kelebihan Allah terhadap sekalian makhluknya.14
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Dikatakan kepada ahli Al-Quran, Baca dan meningkatlah (darjatmu). Bacalah sebagaimana
engkau membaca di dunia. Sesungguhnya kedudukan engkau adalah pada ayat terakhir yang
engkau baca.15
Rasulullah s.a.w. bersabda;
12 HR Muslim13 HR Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, Al-HakimAl-Hakim mensahihkan dan dipersetujui oleh Imam Az-
Dzhabi. Syeikh Al-Albani menghasankan.14 HR TirmiziHasan15 HR Abu Daud, Nasai, TirmiziHasan Sahih
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
15/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 15
Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab hati yang menyimpan Al-
Quran. Sesungguhnya Al-Quran ialah hidangan Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka dia
berada dalam keadaan aman. Sesiapa yang mencintai Al-Quran maka bergembiralah.16
Ketujuh
(Ibu Bapa Akan Dipakaikan Mahkota Di Syurga)
Satu kelebihan daripada membaca, menghafaz, dan beramal dengan Al-Quran ialah, ibu
dan bapa akan beroleh darjat yang tinggi yang berupa mahkota yang akan dikurniakan oleh Allah
pada hari akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda;
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah
akan memakaikan kedua ibu bapanya satu mahkota pada hari kiamat. Cahaya mahkota tersebut
lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang terdapat di dunia. Maka
apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang sendiri
membacanya?.17
16 HR Darimi17 HR Abu Daud
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
16/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 16
PARA PENGHAFAZ AL-QURAN
DARIPADA KALANGAN SAHABAT
Al-Bukhari (w.125) meriwayatkan daripada Qatadah (w.141H), dia berkata, Aku pernahbertanya kepada Anas bin Malik r.a. tentang orang-orang yang hafaz Al-Quran (30 Juzuk) pada
masa Rasulullah s.a.w. Dia menjawab, Mereka ada empat orang yang semuanya daripada
kalangan Ansar, iaitu Muaz bin Jabal r.a., Ubay bin Kaab r.a. Zaid bin Tsabit r.a., dan Abu Zaid
r.a.
Dalam riwayat lain daripada Anas, dia berkata, Rasulullah s.a.w. wafat dan tidak ada
yang hafaz Al-Quran kecuali empat orang sahaja, iaitu Abu Darda r.a., Muaz bin Jabal r.a., Zaid
bin Tsabit r.a., dan Abu Zaid r.a.
Penyebutan empat orang sahabat Ansar ini tidak menafikan bahawa sahabat lain juga
menghafaz Al-Quran. Segolongan imam menakwilkan perkataan Anas bin Malik r.a. ini bahawa
beliau mengucapkan sebatas yang beliau ketahui. Ini adalah kerana, di dalam riwayat lain
daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim (w.271H), diceritakan bahawa 70 sahabat yang mati
syahid di Bir Maunah semuanya digelar Qurra iaitu ahli Al-Quran, pembaca dan penghafaz Al-
Quran.
Imam Qurtubi berkata dalam menjelaskan perkataan Anas bin Malik r.a. menyebut,
Sewaktu Perang Yamamah ada tujuh puluh orang penghafaz Al-Quran yang terbunuh. Jumlah
yang sama juga terjadi di Bir Maunah. Anas mengkhususkan pada empat orang kerana dia
terlalu erat dengan mereka sehingga dia membayangkan bahawa hanya empat orang sahaja yang
menghafaz Al-Quran dan tidak tahu yang lain.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkata, Yang dapat disimpulkan daripada
beberapa hadis yang diketahui bahawa Abu Bakar r.a. juga menghafaz Al-Quran pada masa
Rasulullah s.a.w. Di dalam As-Sahih disebutkan bahawa beliau membangunkan tempat khusus
untuk solat di serambi rumah beliau dan biasa membaca AL-Quran di tempat itu. Beliau
menghafaz setiap kai terdapat ayat yang diturunkan Kemudian Ibn Hajar melanjutkan,
Disebutkan dalam As-Sahih, Yang menjadi imam adalah yang paling banyak menghafaz Al-
Quran. Maka Rasulullah s.a.w. menunjuk Abu Bakr sebagai imam untuk Muhajirin dan Ansar.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
17/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 17
Hal ini menunjukkan bahawa Abu Bakr r.a. adalah orang yang paling banyak menghafaz Al-
Quran daripada mereka.
Imam Abu Daud r.a. (w.275H) menyebut, Ada lima orang daripada kalangan Ansar yang
menghafaz Al-Quran semasa zaman Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Muaz bin Jabal r.a., Ubadah
bin Shamit r.a., Ubay bin Kaab r.a., Abu Darda, dan Abu Ayyub Al-Ansory.
Abu Ubaid menyebut di dalam bukunya Al-Qiraat bahawa yang menghafaz Al-Quran
daripada kalangan sahabat Muhajirin ialah empat khalifah r.a., Thalha h r.a., Saad, Ibn Masud,
Hudzaifah r.a., Salim r.a., Abu Hurairah r.a., Abdullah bin As-Saib, Abdalah r.a., Aisyah r.a.,
Hafsah r.a. dan Ummu Salamah r.a. Adapun daripada kalangan Ansar ialah Ubadah bin Shamit
r.a., Muaz r.a., Majma bin Jariyah r.a., Fadhalah bin Ubaid r.a., dan Maslamah bin Mukhallad
r.a. Abu Ubaid menjelaskan bahawa sebahagian yang lain menamatkan hafazan Al-Quran selepas
kewafatan Nabi s.a.w.18
18Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pustaka Al-Kautsar, 2006
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
18/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 18
SIKAP PENGHAFAZ AL-QURAN
Penulis simpulkan terdapat tiga sikap utama yang mesti wujud dan diamalkan oleh
penghafaz Al-Quran. Sikap ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kejayaan
hafazan dan pengamalannya.
Pertama
(Kemahuan Dan Azam)
Menjadi satu perkara yang utama sebelum menghafaz Al-Quran ialah kemahuan dan azam
untuk menghafaz Al-Quran ikhlas kerana Allah s.w.t.. Kemahuan dan azam ini mesti terbit
daripada diri sendiri. Jika ibu bapa yang mahukan anak-anak menghafaz Al-Quran, ibu bapa
haruslah membina minat dan kemahuan di dalam diri anak-anak.
Allah berfirman;
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Rad: 11)
Allah berfirman;
Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya. (Surah Ali-Imran: 159)Bermaksud, kemahuan dan azam untuk mengubah diri sendiri mesti datang daripada diri
sendiri terlebih dahulu, bertawakkal, dan selepas itu akan datanglah pertolongan Allah.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
19/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 19
Kedua
(Tawakkal Kepada Allah)
Petunjuk dan kekuatan menghafaz Al-Quran itu datangnya daripada Allah. Al-Quran itu
milikNya dan Dia juga yang memberi petunjuk dan kekuatan untuk menghafaznya kepada
sesiapa yang Dia hendaki. Firman Allah;
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28) Dan
kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang
diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (29) (Surah At-Takwir)
Maka dengan itu, sesiapa yang mahu menghafaz Al-Quran atau ibu bapa yang mahu anak-
anak menghafaz Al-Quran, perlulah memanjatkan permohonan kepada Allah. Mintalah supaya
Allah membuka hati supaya mudah menghafaz Al-Quran. Niatkan semenjak anak itu di dalam
kandungan untuk jadikan dia sebagai penghafaz Al-Quran.
Ketiga
(Rajin Berusaha)
Sikap rajin ini adalah pelengkap kepada dua sikap di atas. Penghafaz Al-Quran mesti rajin
berusaha untuk menamatkan hafazan Al-Quran mereka, mengekalkan ingatan hafazan Al-Quran
mereka, dan mengamalkan hafazan Al-Quran mereka.
Apa sahaja kaedah atau teknik yang digunakan untuk menghafaz, jika tidak disertai
dengan sikap rajin, maka kaedah atau teknik akan tinggal tidak berfaedah. Kaedah dan teknik itu
hanya sebagai petunjuk jalan maka penghafaz Al-Quranlah yang mesti berjalan berusaha
mengikut petunjuk jalan.
Allah s.w.t. berfirman;
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
20/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 20
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya. (Surah Al-Ankabut: 69)
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
21/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 21
Pesan Penting Sebelum Menghafaz Al-Quran
Pertama
(Menggunakan Hanya Satu Mushaf Al-Quran)
Iaitu hanya menggunakan satu mushaf Al-Quran ketika menghafaz Al-Quran. Mushaf ini
jangan ditukar hingga tamat hafazan Al-Quran. Sebaiknya, mushaf ini tidak terlalu kecil dan
tidak terlalu besar. Jika terlalu kecil, ia akan menyukarkan bacaan dan hafazan. Jika terlalu besar,
ia akan menyukarkan untuk dibawa ke sana ke sini. Daripada pengalaman penulis, saiz yang
terbaik ialah lebih kurang 24cm x 20cm (panjang x lebar).
Menggunakan mushaf Al-Quran yang sama dan yang besar tulisannya akan membantu
hafazan daripada sudut visual. Ini bermaksud, selepas menghafaz ayat-ayat Al-Quran daripada
mushaf yang sama, penghafaz Al-Quran akan terbayang-bayang helaian muka surat dan
kedudukan ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz. Ini tentunya memudahkan hafazan.
Kedua
(Menjauhi Maksiat)
Maksiat membuahkan dosa dan dosa menggelapkan hati. Setiap kali anak Adam
melakukan dosa, maka setiap kali akan tumbuh titik hitam pada hatinya. Jika dia bertaubat, maka
akan hilang titik hitam di hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan bertambah
dan akhirnya akan menutup hati.
Kata Imam Wakibin Jarrah (w.197H), guru kepada Imam Syafii (w.204H);
Kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menerangi orang yang membuat maksiat
Oleh kerana itu, menghafaz ketika kecil adalah lebih kuat kerana masih suci daripada dosa
yang menggelapkan hati. Sebaliknya apabila sudah dewasa dan dosa telah banyak dilakukan,
menghafaz akan menjadi semakin sukar. Kata cerdik pandai, manghafaz ketika kecil adalah
seperti mengukir di batu sebaliknya menghafaz ketika dewasa seperti menulis di atas air.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
22/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 22
Dan semua akui tiada manusia yang terlepas daripada kesilapan dan maksiat. Sabda Nabi
s.a.w.;
Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah yang
bertaubat.19
Akan tetapi hal ini sudah ditunjukkan oleh bapa manusia, iaitu Nabi Adam a.s. Beliau
diciptakan dan beliau melakukan kesalahan. Selepas itu beliau bertaubat dengan berkata;
Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah
kami dari orang-orang yang rugi. (Surah Al-Araf: 23)
Maka penulis berkata hendaklah kita orang dewasa jika mahu kekal menghafaz atau baru
hendak mula menghafaz bertaubat daripada dosa-dosa yang telah kita kerjakan.
Kerana dosa itu mudah didapati dan sedap dikerjakan, maka kita perlu merancang.
Sebagai contoh ialah dosa menonton televisyen. Maka hendaklah kita merancang untuk diri kita
dan anak-anak kita. Rancangannya ialah tidak menonton rancangan yang berbentuk maksiat
seperti nyanyian, tarian, dan filem yang tidak bermanfaat. Boleh juga ditambah dengan
menyediakan jadual menonton televisyen untuk mengurangkan jumlah masa yang dilalaikan
akibat menonton televisyen. Hal ini boleh dilakukan jika mahu.
Juga buku dan majalah yang tidak bermanfaat. Belilah buku dan majalah yang bermanfaat
yang mengarah kita mengingati Allah dan hari akhirat. Allah s.w.t berfirman;
19 HR Tirmizi - Hasan
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
23/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 23
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada
mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar
yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Araf: 42)
Ketiga
(Memanfaatkan Masa Lapang)
Iaitu memanfaatkan masa lapang dengan membaca, menghafaz, dan memahami Al-
Quran. Beberapa masa yang penulis yakini kita perlu ubah untuk Al-Quran.
1. Ketika Hujung Minggu Dan Cuti AmManfaatkan masa hujung minggu dan cuti am untuk Al-Quran. Ibu bapa mesti
menunjukkan kepada anak-anak untuk manfaatkan masa dengan Al-Quran dengan mengajak
anak-anak membaca, menghafaz, dan memahami kandungan Al-Quran. Jika ibu bapa tidak
mampu, maka ibu bapa boleh menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas Al-Quran atau
menjemput ahli-ahli Al-Quran untuk datang ke rumah mengajarkan Al-Quran.
Untuk mahasiswa universiti, penulis cadangkan mahasiswa universiti lapangkan masa di
kelas-kelas yang dianjurkan untuk belajar Al-Quran. Jika mampu, luangkan masa sendiri di
masjid untuk belajar dan mengkaji Al-Quran.
2. Dalam kenderaanIaitu dengan mendengar dan menghafaz Al-Quran. Dewasa ini, terlalu banyak masa
dihabiskan di dalam kenderaan samada persendirian atau awam kerana kesesakan dan perjalanan
dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, saya cadangkan supaya masa yang terluang di
dalam kenderaan dipenuhi dengan mendengar dan menghafaz Al-Quran.
Caranya mudah. Sediakan bacaan Al-Quran daripada pembaca Al-Quran terkenal.
Manfaatkan gajet elektronik untuk Al-Quran. Ketika di dalam kenderaan, mainkan bacaan surah
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
24/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 24
yang menjadi pilihan. Penulis menasihatkan bahawa surah itu bukan daripada surah-surah
panjang seperti Surah Al-Baqarah, Surah Ali Imran, Surah An-Nisa, Surah Al-Maidah, Surah
Al-Anam, Surah Al-Araf, dan Surah At-Taubah. Penulis mencadangkan surah-surah itu
haruslah surah-surah pendek dalam Juz Amma, surah-surah dalam Juzuk 29, dan surah-surah
dalam Juzuk 28.
Jika di kenderaan awam, penulis cadangkan agar dipakai memakai alat mendengar
daripada telinga. Dengan izin Allah, kenderaan akan bertambah selamat dan dipenuhi rahmat.
Segala puji bagi Allah, seorang sahabat penulis pernah menceritakan bahawa beliau pernah
membaca Surah Yasin dan satu juzuk Al-Quran daripada perjalanan dari Kemaman ke Gombak.
Allah s.w.t. berfirman;
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar. (Surah Al-Asr: 1-3)
3. Antara Kelas Pengajian Di UniversitiHal ini adalah untuk mahasiswa universiti. Kerana terdapat selang waktu antara kelas,
maka penulis cadangkan untuk manfaatkan selang waktu itu dengan Al-Quran. Ini adalah lebih
baik daripada menghabiskan selang waktu itu duduk bersembang di kafe.
Keempat
(Memberi Hadiah Dan Penghargaan)
Menjadi sesuatu yang tidak asing lagi untuk guru dan ibu bapa memberi motivasi dan
membangkitkan semangat pelajar atau anak-anak dengan memberi hadiah dan penghargaan jika
pelajar atau anak-anak itu memperolehi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Maka dengan itu,
dalam proses menghafaz Al-Quran, saya cadangkan kepada guru dan ibu bapa, agar memberi
hadiah dan penghargaan kepada pelajar atau anak-anak jika mereka berjaya menghafaz Al-Quran.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
25/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 25
Hadiah dan penghargaan boleh diberi mengikut surah atau juzuk. Sebagai contoh, jika
pelajar atau anak-anak berjaya menghafaz Surah Al-Kautsar, maka guru sekeping sijil kerana
kejayaan itu. Jika anak-anak berjaya menghafaz Surah An-Naba, maka ibu bapa memberi RM5
kerana kejayaan itu. Atau jika anak-anak berjaya menghafaz Surah Al-Insan, maka ibu bapa akan
belikan sehelai baju baru.
Hadiah dan penghargaan ini pastinya akan memberi motivasi dan membangkitkan
semangat kepada palajar dan anak-anak menghafaz Al-Quran. Ingatlah bahawa nilai hadiah dan
penghargaan itu adalah sedikit dan ia merupakan pelaburan akhirat guru dan ibu bapa.
Kelima(Menjaga Makan Dan Minum)
Amatlah penting untuk penghafaz Al-Quran menjaga makan dan minumnya. Ini adalah
kerana makanan haram yang dimakan akan menjadi sebab hati menjadi keras dan doanya
tertolak. Maka akan menjadi susah menghafaz dan mengingati Al-Quran.
Penulis mencadangkan supaya dihadkan jumlah makanan yang dimakan. Makan dan
minumlah sekadarnya untuk terus hidup. Janganlah makan dan minum kerana nafsu. Takut ia
memberi kesan pada hati.
Kata Imam Ibnu Jamaah, Banyak makan membuatkan seseorang itu banyak minum
yang akan mengakibatkan seseorang itu banyak tidur. Banyak tidur membuatkan membuatkan
seseorang itu bebal, lemah fikiran, pancaindera, dan malas anggota badan. Sifat malas ini yang
tidak diingini syariat.20
Juga penulis cadangkan supaya mengamalkan memakan habbatus sauda, atau madu, atau
kismis dan meminum air zam-zam.
20 Yahya bin Abdurrazzaq Al-Ghautsani, Kaifa Tahfazul Quran Al-Karim, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2010
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
26/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 26
Imam Az-Zuhri (w.125H) berkata, Minumlah madu kerana madu sangat baik untuk
proses menghafaz.21
Al-Hasyimi berkata, Siapa sahaja yang ingin menghafaz hadis (juga Al-Quran), maka
hendaklah dia memakan kismis.22
Nabi s.a.w. bersabda;
Air zam-zam sesuai dengan niat ketika meminumnya.23
Maka makanlah dan minumlah dengan niat agar Allah memberi kekuatan akal dan jiwa
menghafaz Al-Quran. Dengan izin Allah, makanan dan minuman sunnah ini akan membantu
dalam proses hafazan Al-Quran.
21 Ibid22 Ibid23 HR Ibn MajahDisahih oleh Al-Albani
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
27/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 27
Kaedah-Kaedah Menghafaz Al-Quran
Berikut merupakan kaedah-kaedah menghafaz Al-Quran yang mashsyur dan mudah
dilakukan. Kaedah-kaedah ini akan menampakkan hasilnya jika ia dilakukan mengikut turutan
yang betul dan dilakukan secara berterusan. Dalam erti kata yang lain, hasilnya tidak akan
diperolehi jika tidak disertai dengan sifat sabar dan istiqamah.
Kaedah-kaedah ini bertujuan memberi bimbingan dan idea kepada penghafaz Al-Quran
samada yang baru memulakan langkah hafazan atau yang sudah lama dengan hafazan Al-Quran.
Kaedah-kaedah ini mungkin memiliki persamaan, akan tetapi tujuannya adalah sama.
Kaedah Pertama
(Menghafaz Sendiri)
Ini adalah kaedah yang paling ideal untuk penulis berdasarkan pengalaman peribadi
penulis.24
1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Ini untuk memastikantumpuan ketika menghafaz Al-Quran terjaga.
I. Pastikan suhu tempat itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.II. Pastikan tempat itu tenang, senyap dan tidak bisang.
III. Jika menghafaz di meja, penulis lebih suka jika meja itu menghadap ke dindingbercat putih. Bertambah baik jika penghafaz Al-Quran menghadap ke dinding
terus kearah kiblat.
2. Membetulkan dan melancarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz denganmenggunakan intonasi suara yang sama. Ayat-ayat Al-Quran yang dibaca betul dan
lancar akan lebih mudah dihafaz. Ini adalah kerana ayat-ayat Al-Quran diturunkan Allah
24 Kaedah Hafazan Al-Quran, Darul Quran Jakim, 2008
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
28/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 28
dengan lafaz yang mudah dibaca dan dihafaz. Maka jika tersalah dalam bacaan, lafaznya
akan berubah dan akan menyukarkan hafazan.
3. Merutinkan membaca ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz menggunakan intonasisuara yang sama. Ini dilakukan selepas ayat-ayat Al-Quran dapat dibaca dengan betul
dan lancar. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, penulis membaca setiap hari ayat-
ayat Al-Quran yang penulis ingin hafaz selama tujuh hingga sepuluh hari sebelum hari
ayat-ayat Al-Quran itu dihafaz. Hafazan akan lebih mudah dan lancar jika ayat-ayat Al-
Quran yang ingin dihafaz dibaca lebih lama. Jangan terleka dengan suara sendiri ketika
membaca Al-Quran dengan melagukan bacaan berlebih-lebihan dan meninggikan suara.
Cukuplah sekadarnya.
4. Mula dengan aktiviti hafazan menggunakan intonasi suara yang sama seperti di atas.Bacalah ayat pertama yang ingin dihafaz berulang-ulang kali sehingga terlekat di dada.
Ketika bacaan itu, pusatkan pandangan mata anda ke ayat itu. Jangan lemparkan
pandangan mata anda ke sana dan ke sini.
5. Kosongkan fikiran anda, tutup mata dan ulang bacaan ayat. Ketika itu, mushaf Al-Quranbelum lagi ditutup. Jika anda ragu-ragu atau terlupa, lihat kembali mushaf Al-Quran.
6. Selepas anda merasai bahawa bacaan ayat pertama itu lancar, baca kembali ayat itudengan mata terbuka. Perhatikan sekali lagi, ditakuti jika masih ada kesilapan pada
bacaan.
7. Tutup mushaf Al-Quran dan baca ayat itu berulang-ulang. Setelah selesai ayat pertama,beralih kepada ayat kedua. Jika perlu, tutup ayat pertama dengan kertas putih ketika
menghafaz ayat seterusnya.
8. Anda lakukan kembali langkah 4 hingga 7 pada ayat kedua.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
29/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 29
9. Sekarang ialah menyambung ayat pertama dan kedua. Buka mushaf dan perhatikanpenghujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Kemudian, hujung ayat pertama dibaca
dengan terus menyambungkan ke awal ayat kedua tanpa berhenti terlebih dahulu. Anda
dinasihatkan menggunakan intonasi suara yang sama supaya tidak terkeliru kerana
hafazan anda belum cukup kuat.
10. Jika ayat yang ingin dihafaz itu panjang, anda dinasihatkan membahagi kepada beberapabahagian yang lebih memudahkan anda.
11. Anda juga dinasihatkan membahagikan satu halaman Al-Quran kepada tiga atau empatbahagian. Ini bermaksud, anda menumpukan hafazan pada bahagian pertama sehingga
betul-betul lancar, kemudian barulah anda beralih kepada bahagian kedua dan
seterusnya.
12. Anda boleh bertanya kepada guru-guru yang berpengalaman dalam menghafaz Al-Quranjika masih terdapat kekaburan.
Kaedah Kedua
(Menghafaz Bersama Sahabat)
Kaedah ini memerlukan penghafaz Al-Quran mencari sahabat yang baik yang mempunyai
keinginan yang tinggi menghafaz Al-Quran. Jika tersalah pilih sahabat, maka proses hafazan
hanya akan terhenti di tengah jalan. Akan tetapi, jika betul sahabat yang dipilih, hafazan akan
menjadi lebih cepat. Beberapa langkah yang penulis cadangkan;
1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Ini untuk memastikantumpuan ketika menghafaz Al-Quran terjaga.
I. Elakkan menghafaz di tepi laluan jalan seperti di sebelah pintu masjid atau di kakilima kelas. Ini akan menggagalkan proses hafazan kerana sahabat-sahabat lain
yang tidak mempunyai keinginan menghafaz akan menyertai anda dan menukar
proses hafazan itu menjadi tempat bersembang.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
30/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 30
II. Sebaiknya ialah dilakukan di dalam bilik yang terjaga daripada pandangan orang.
2. Membetulkan dan melancarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz denganmenggunakan intonasi suara yang sama. Ini dilakukan dengan bantuan sahabat. Anda
membaca dan sahabat anda menyemak. Begitulah sebaliknya.
3. Kemudian, anda membaca ayat pertama yang ingin dihafaz dengan melihat mushafsementara sahabat anda menyemak bacaan anda.
4. Selepas itu, sahabat anda mengulangi bacaan ayat pertama yang ingin dihafaz denganmelihat mushaf sementara anda menyemak bacaannya.
5. Tiba masa menghafaz, anda membaca ayat tersebut tanpa melihat mushaf sementarasahabat anda menyemak dengan melihat mushaf. Jika berlaku kesilapan atau keraguan,
sahabat anda akan membetulkan hafazan anda.
6. Begitulah sebaliknya, sahabat anda membaca ayat tersebut tanpa melihat mushafsementara anada menyemak bacaannya. Anda mesti membetulkan bacaan sahabat anada
jika terdapat padanya kesalahan dan keraguan.
7. Apabila keduanya lancar menghafaz, anda boleh beralih kepada ayat yang kedua. Ulanglangkah 3 hingga 6.
8. Kemudian sambung ayat pertama dan kedua dengan melihat hujung ayat pertama danawal ayat kedua. Anda menyambungkan ayat pertama dan kedua dengan disemak oleh
sahabat anda. Begitulah sebaliknya.
9. Begitulah langkahnya hingga tamat hafazan anda.Kaedah Ketiga
(Menghafaz Bersama Guru)
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
31/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 31
Teknik ini memerlukan guru memainkan peranannya dengan baik. Sebagai guru
menghafaz Al-Quran, seorang guru memainkan peranan menunjuk ajar bagaimana cara
menghafaz Al-Quran kepada pelajarnya, membaiki kesalahan hafazan palajarnya, dan
menunjukkan kaedah mengulangkaji hafazan kepada pelajarnya.
Maka kerana hal itu, seorang guru tidak boleh disibukkan dengan bermain permainan
telefon bimbit atau alat-alat lain. Tumpukan perhatian kepada proses hafazan pelajar-pelajarnya.
Berikut kaedah menghafaz Al-Quran bersama guru;
1. Guru memulai kelas hafazannya dengan mendengar pelajar-pelajarnya membaca didepannya ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz. Guru mesti membetulkan kesalahan-
kesalahan pada bacaan pelajar-pelajarnya.
2. Kemudian, guru memberi tempoh kepada pelajar-pelajarnya menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang sudah dibaca di hadapannya. Ketika ini, guru mesti mengawasi dan
memantau pelajar-pelajarnya supaya menghafaz dan tidak melakukan perkerjaan yang
lain. Guru mesti memberi tahu tempoh yang diberikan, samada 10 minit, 20 minit atau
lainnya.
3. Kemampuan seorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah berbeza. Maka guru mestimengetahui perkara ini. Jika guru mengetahui perkara ini, maka dia akan berikan tugas
menghafaz lima ayat dalam masa tiga puluh minit kepada pelajar pertama dan tugas
menghafaz tiga ayat dalam masa tiga puluh minit untuk pelajar kedua. Adalah kesilapan
untuk ibu dan ayah jika memilih guru hafazan Al-Quran yang belum pernah mengajar
menghafaz Al-Quran walaupun berpengalaman mengajar ilmu agama yang lain.
4. Apabila pelajar siap menghafaz, guru hendaklah mendengar dengan teliti. Apabilapelajar siap menghafaz satu surah Al-Quran yang agak panjang dengan cara menghafaz
sedikit demi sedikit ayat yang dihafaz, maka guru itu hendaklah mengarahkan
pelajarnya itu melancarkan hafazan surah tersebut. Ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz
oleh pelajarnya itu mesti digabungkan dan dilancarkan.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
32/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 32
5. Sebagai contoh ialah Surah Al-Alaq yang mempunyai 19 ayat. Seorang pelajarmenghafaz sedikit demi sedikit iaitu lima ayat, kemudian lima ayat, kemudian lima ayat,
dan akhirnya empat. Maka guru perlu mengarahkan pelajarnya itu melancarkan hafazan
bermula ayat pertama hingga ayat sembilan belas. Jika didapati pelajarnya itu tidak
mampu, maka guru boleh membahagi hafazan surah itu kepada dua, iaitu bermula ayat
pertama hingga sepuluh dan ayat sebelas hingga sembilan belas.
6. Guru digalakkan menceritakan kepada pelajarnya kisah-kisah yang berkaitan denganayat-ayat Al-Quran yang dihafaz.
7. Selesai menghafaz, guru hendaklah menyediakan jadual untuk pelajarnya mengulangkajihafazan surah yang dihafaz. Penulis sediakan jadual contoh mengulangkaji hafazan Al-
Quran pada tajuk Kaedah Mengulangkaji Hafazan Selepas Solat Fardhu
Kaedah Keempat
(Menghafaz Al-Quran Selepas Solat Fardhu)
Kaedah ini menurut pemerhatian penulis adalah sesuai untuk penghafaz Al-Quran yang
menghafaz Al-Quran secara separuh masa seperti pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengahyang belajar di sekolah yang bukan khusus untuk hafazan Al-Quran, mahasiswa universiti yang
mengambil jurusan selain jurusan tahfiz Al-Quran, dan orang dewasa yang siang harinya
disibukkan dengan pekerjaan. Kaedah ini juga sesuai dilakukan bersama-sama dengan ahli
keluarga.
Jika kaedah ini dilakukan berterusan, dengan izin Allah, selepas tiga hingga enam bulan,
pengamalnya akan berjaya menghafaz sejumlah surah di dalam Al-Quran. Dengan
mempraktikkan kaedah ini, penulis secara peribadi berjaya menghafaz Surah Al-Mulk dan Surah
Al-Waqiah. Kaedahnya seperti berikut;
1. Mempersiapkan tempat khas untuk menghafaz Al-Quran. Penulis cadangkan ibu bapamenyediakan satu bilik khas di rumah untuk solat berjemaah, membaca dan menghafaz
Al-Quran. Jika tidak mampu, ruang tamu rumah boleh digunakan. Untuk pelajar sekolah
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
33/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 33
menengah yang tinggal di asrama, masjid atau musolla asrama adalah tempat yang paing
sesuai. Untuk mahasiswa universiti, masjid atau musolla adalah tempat yang paling
sesuai untuk mempraktikkan kaedah ini.
2. Tentukan waktu solat untuk solat berjemaah bersama. Penulis cadangkan waktu yangsesuai untuk ibu bapa yang bekerja dan anak-anak yang ke sekolah ialah waktu Subuh,
Maghrib, dan Isyak. Untuk pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama dan
mahasiswa universiti, waktu yang sesuai menurut pengalaman penulis ialah waktu
Subuh, Asar, Maghrib dan Isyak.
3. Pilih surah-surah yang hendak dihafaz. Pastikan surah-surah yang hendak dihafaz tidakterlalu pendek atau terlalu panjang. Penulis cadangkan surah-surah dalam Juzuk 29,
surah-surah dalam Juzuk 28, dan surah-surah pilihan seperti Surah Yasin dan Surah Ad-
Dukhan. Surah-surah dalam Juzuk 30 bermula Surah An-Naba hingga Surah Al-Lail
juga sesuai dihafaz menggunakan kaedah ini.
4. Selepas solat berjemaah, penghafaz Al-Quran membaca surah-surah yang hendakdihafaz. Penghafaz Al-Quran mesti meneruskan bacaan walaupun bacaannya tidak
lancar pada awal proses hafazannya. Bacaannya akan semakin lancar selepas beberapakali bacaan. Ibu bapa harus mesti membetulkan bacaan anak-anak jika terdapat
kesalahan pada bacaan anak-anak.
5. Berikut jadual bacaan Al-Quran untuk 3 bulan yang pertama yang penulis cadangkan;Waktu Solat
Hari
Selepas
Subuh
Selepas
Zohor
Selepas
Asar
Selepas
Maghrib
Selepas
Isyak
Isnin
Surah
Al-Waqiah
Tiada Surah
Abasa
Surah
At-Takwir
Surah
Al-Mulk
Selasa
Surah
Al-Waqiah
Tiada Surah
Abasa
Surah
At-Takwir
Surah
Al-Mulk
RabuSurah
Al-WaqiahTiada Surah
AbasaSurah
At-TakwirSurah
Al-Mulk
KhamisSurah
Al-WaqiahTiada Surah
AbasaSurah
At-TakwirSurah
Al-Mulk
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
34/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 34
Jumaat
Surah
Al-Waqiah
Tiada Surah
Abasa
Surah
At-Takwir
Surah
Al-Mulk
6. Adalah dimaafkan jika dalam seminggu penghafaz Al-Quran gagal untuk membaca surah-surah yang ditentukan dalam jadual sekali atau dua. Jika penghafaz Al-Quran selalu gagal
membaca surah-surah yang ditentukan mengikut jadual, maka proses hafazan akan
semakin lambat.
7. Selepas tiga bulan, penulis pasti bacaan penghafaz Al-Quran sudah lancar dan jika adapun hanya sedikit kesalahan. Peruntukkan masa khas untuk menghafaz surah-surah yang
dibaca sepanjang tiga bulan awal. Penghafaz Al-Quran hanya perlu menyusun turutan dan
menyambung ayat-ayat di dalam surah yang dibaca kerana lafaz ayat-ayat itu sudahterlekat di dalam dada penghafaz Al-Quran.
8. Berikut jadual bacaan Al-Quran untuk 3 bulan yang kedua yang penulis cadangkan;Waktu Solat
HariSelepasSubuh
SelepasZohor
SelepasAsar
SelepasMaghrib
SelepasIsyak
Isnin
Surah
Al-Insan
Tiada Surah
Al-Infitar
Surah
An-Naziat
Surah
Ad-Dukhan
SelasaSurah
Al-InsanTiada Surah
Al-InfitarSurah
An-NaziatSurah
Ad-Dukhan
Rabu
Surah
Al-Insan
Tiada Surah
Al-Infitar
Surah
An-Naziat
Surah
Ad-Dukhan
Khamis
Surah
Al-Insan
Tiada Surah
Al-Infitar
Surah
An-Naziat
Surah
Ad-Dukhan
JumaatSurah
Al-InsanTiada Surah
Al-InfitarSurah
An-NaziatSurah
Ad-Dukhan
9. Ulang kaedah 6 dan 7. Kemudian, penghafaz Al-Quran sudah mampu membuat jadualsendiri untuk menghafaz Al-Quran. Jika tidak mampu, bincanglah dengan guru yang
berpengalaman dalam menghafaz Al-Quran.
10.Penulis tekankan bahawa kaedah ini perlukan kesabaran dan sikap istiqamah yang tinggi.Luangkan sedikit masa selepas solat fardhu membaca surah-surah yang hendak dihafaz.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
35/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 35
Usah pedulikan apa jua cakap-cakap buruk daripada kawan-kawan dan jiran-jiran.
Tumpukan perhatian bahawa anda mahu menghafaz Al-Quran.
Kaedah Kelima(Menghafaz Al-Quran Ketika Cuti)
Iaitu menghafaz Al-Quran ketika cuti sekolah untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah dan
menengah. Untuk mahasiswa universiti, cuti antara semester selama tiga bulan juga dapat
dimanfaatkan untuk menghafaz Al-Quran.
Cuti sekolah atau cuti antara semester baik dimanfaatkan untuk menghafaz Al-Quran. Ini
adalah kerana, sepanjang perjalanan sekolah dan universiti, pelajar dan mahasiswa disibukkan
dengan kerja rumah, tuisyen, kerja khusus, dan lain-lain. Kerana itu, cuti adalah masa yang
sangat baik dimanfaatkan menghafaz Al-Quran.
Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, penulis berjaya menghafaz surah-surah pilihan
dan tiga juzuk awal ketika cuti sekolah tingkatan satu hingga tingkatan empat dan mengulangkaji
hafazan hampir sepuluh juzuk ketika cuti antara semester.
Berikut merupakan beberapa kaedah menghafaz Al-Quran ketika cuti.
1. Penulis cadangkan agar ibu bapa memilih tempat menghafaz Al-Quran yangmenyediakan program hafazan Al-Quran pada musim cuti sekolah. Ibu bapa mestilah
mengetahui perincian program hafazan Al-Quran tersebut dengan bertanyakan beberapa
soalan kepada penganjurnya. Antaranya;
I. Apakah kaedah hafazan yang digunakan oleh pihak penganjur?
Jika ia merupakan kaedah menghafaz Al-Quran dengan pelajar menghafaz sendiri
lalu dibacakan pada seorang guru, ibu bapa harus bertanya, adakah anak-anak
mampu menghafaz sendiri? Jika ya, saya cadangkan ibu bapa menghantar anak ke
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
36/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 36
program sedemikian. Jika tidak, ibu bapa saya tidak cadangkan menghantar anak-
anak ke program sedimikian.
Jika ia merupakan kaedah menghafaz Al-Quran dengan bimbingan seorang guru,
lalu ibu bapa harus bertanya, berapakah nisbah guru dan pelajar. Pada pandangan
penulis, jika semua pelajar tidak mampu menghafaz sendiri, nisbah pelajar kepada
guru ialah 10:1. Jumlah sepuluh pelajar adalah yang terbanyak. Jika lebih, penulis
risau akan keberkesanan hafazan Al-Quran.
Jika ia merupakan kaedah hafazan Al-Quran gabungan antara dua kaedah di atas,
ibu bapa harus pastikan bahawa guru yang menjalankan kelas hafazan itu
berpengalaman menghafaz Al-Quran daripada institut menghafaz Al-Quran dan
berpengalaman mengajar Al-Quran.
II. Dimanakah dianjurkan program hafazan Al-Quran tersebut? Penulis cadangkanbahawa tempat menghafaz Al-Quran haruslah tidak terlalu selesa seperti di hotel
juga tidak terlalu bising seperti di tengah bandar. Sebaik-baiknya adalah sederhana
seperti di sekolah atau pinggir bandar atau pekan kecil. Ini untuk memastikan
anak-anak tidak hilang tumpuan dan merasai kesusahan mendapatkan ilmu agama.
Demikian sedikit panduan untuk ibu bapa membuat keputusan menghantar anak-
anak ke program menghafaz Al-Quran
2. Penulis cadangkan kepada mahasiswa universiti untuk memilih institusi pondok untukmenghafaz Al-Quran atau mengulangkaji hafazan Al-Quran ketika cuti antara semester.
Pondok-pondok yang menyediakan program-program seumpama ini terdapat di Kedah,
Kelantan dan Terengganu. Di sana, mahasiswa universiti akan dapati guru-guru yang
layak memberi tunjuk ajar menghafaz dan mengulangkaji hafazan Al-Quran. Penulis
secara peribadi pernah memenuhi masa mengulangkaji hafazan Al-Quran di pondok di
Kuala Ketil Kedah dan ramai daripada sahabat-sahabat penulis memenuhi masa
mengulangkaji hafazan Al-Quran di pondok di Kubang Bujuk Kelantan.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
37/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 37
3. Dengan izin Allah, anak-anak dan mahasiswa akan berjaya menghafaz danmengulangkaji sejumlah ayat-ayat Al-Quran selepas anak-anak pulang daripada program
hafazan Al-Quran yang dianjurkan sepanjang cuti sekolah dan mahasiswa universiti
yang pulang daripada pondok.
4. Penulis tekankan, untuk kaedah ini, ibu bapa dan mahasiswa perlu banyak bertanya danmendapat maklumat daripada guru yang berpengalaman.
Kaedah Keenam
(Kaedah Memahami Ayat)
Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh orang muda dan orang dewasa yang menghafaz Al-
Quran dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab. Pada pandangan penulis,
kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang menghafaz Al-Quran kerana kaedah ini akan
lebih memberatkan akal mereka.
Dengan melakukan kaedah ini, penghafaz Al-Quran telah membuat satu gambaran tentang
ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafaz. Kaedah ini sangat sesuai jika menghafaz ayat-ayat Al-
Quran yang berbicakan tentang cerita. Berikut merupakan kaedah-kaedahnya;
1. Sediakan Al-Quran kedua yang digabungkan terjemahan per kata bersama ringkasantafsir ayat-ayat yang ingin dihafaz. Hari ini sudah semakin banyak Al-Quran jenis ini di
pasaran.
2. Baca ayat-ayat yang ingin dihafaz bersama dengan terjemahan per kata. Kemudianfahami tafsir ringkasnya. Pusatkan tumpuan anda.
3. Selepas itu, bacalah ayat pertama yang ingin dihafaz berulang-ulang kali sehinggaterlekat di dada. Dalam masa yang sama, penghafaz Al-Quran mengingati terjemahan
dan tafsir ayat yang dihafaz.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
38/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 38
4. Kosongkan fikiran, tutup mata dan ulang bacaan ayat. Ketika itu, mushaf Al-Quranbelum lagi ditutup. Jika anda ragu-ragu atau terlupa, lihat kembali mushaf Al-Quran.
5. Selepas anda merasai bahawa bacaan ayat pertama itu lancar, baca kembali ayat itudengan mata terbuka. Perhatikan sekali lagi, ditakuti jika masih ada kesilapan pada
bacaan.
6. Tutup mushaf Al-Quran dan baca ayat itu berulang-ulang. Setelah selesai ayat pertama,beralih kepada ayat kedua. Jika perlu, tutup ayat pertama dengan kertas putih ketika
menghafaz ayat seterusnya.
7. Anda lakukan kembali kaedah 2 hingga 6 untuk ayat kedua.
8. Sekarang ialah menyambung ayat pertama dan kedua. Buka mushaf dan perhatikanpenghujung ayat pertama dan awal ayat kedua. Fahami hujung ayat pertama dan awal
ayat kedua. Ini adalah kerana hujung ayat pertama dan awal ayat kedua selalunya saling
berkaitan. Kemudian, hujung ayat pertama dibaca dengan terus menyambungkan ke
awal ayat kedua tanpa berhenti terlebih dahulu. Anda dinasihatkan menggunakan
intonasi suara yang sama supaya tidak terkeliru kerana hafazan anda belum cukup kuat.
9. Jika ayat yang ingin dihafaz itu panjang, anda dinasihatkan membahagi kepada beberapabahagian yang lebih memudahkan anda.
10. Ulang beberapa kali sehingga hafazan menjadi kuat.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
39/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 39
Teknik Mengulangkaji Hafazan Al-Quran
Ketahuilah Ayat-ayat Al-Quran yang suda dihafaz adalah amanah yang Allah berikankan
kepada hamba-hamba pilihannya di atas muka bumi ini. Maka wajib diulangkaji hafazannya
supaya ayat-ayat itu tidak dilupakan. Kerana hal yang demikian, hindarilah sikap malas dan
lengah dengan tidak melakukan ulangkaji hafazan Al-Quran.
Nabi s.a.w. bersabda;
Jagalah hafazan Al-Quran. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh hafazan itu
lebih cepat terlepas (dilupakan) daripada unta yang diikat.25
Ketahuilah apabila proses menghafaz Al-Quran selesai (walaupun sedikit) maka proses
mengulangkaji mula mengambil peranan.
Umumnya, dalam proses mengulangkaji hafazan Al-Quran, terdapat dua perkara yang
mesti dilakukan pada waktu yang sama. Pertama ialah membaca. Kedua ialah mengulangkaji
hafazan.
Pertama ialah membaca. Penghafaz Al-Quran mesti membaca Al-Quran tidak kurang
daripada 10 muka surat sehari. Jika penghafaz Al-Quran membaca 10 muka surat sehari, dengan
izin Allah penghafaz Al-Quran akan tamat bacaan selepas 60 hari iaitu 2 bulan. Berdasarkan
pengalaman peribadi penulis sebagai seorang mahasiswa di universiti, penulis cadangkan untuk
penghafaz Al-Quran membaca 1 juzuk sehari, iaitu mengikut tarikh bulan tersebut. Misalnya, 1
hari bulan ialah juzuk pertama, 2 hari bulan ialah juzuk kedua, dan begitulah seterusnya. Dengan
izin Allah, selepas 30 hari iaitu 1 bulan, penghafaz Al-Quran tersebut akan menamatkan 30 juzuk
Al-Quran.
Kedua ialah mengulangkaji hafazan Al-Quran. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis
sebagai seorang mahasiswa di universiti, sebaiknya seorang penghafaz Al-Quran yang sudah
menghafaz 30 juzuk Al-Quran menamatkan ulangkaji hafazan Al-Quran selewat-lewatnya 120
25 HR Bukhari
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
40/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 40
hari iaitu 4 bulan. Bermaksud, seorang penghafaz Al-Quran mengulangkaji 5 muka surat setiap
hari. Jika penghafaz Al-Quran mengulangkaji hafazan lebih daripada 5 muka surat sehari, maka
itu lebih baik.
Berikut merupakan kaedah mengulangkaji hafazan Al-Quran. Terdapat antara kaedah ini
yang bertindih dan saya sengaja melakukan yang demikian;
Teknik Pertama
(Teknik Kitabah)
Teknik kitabah memerlukan kesabaran yang tinggi pada diri penghafaz Al-Quran. Di
dalam teknik kitabah, selain akal, mata, telinga, dan mulut bekerja untuk menghafaz Al-Quran,
tangan juga memainkan peranan penting bekerja untuk menguatkan hafazan Al-Quran.
1. Teknik kitabah ialah teknik penulisan. Ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafaz ditulis diatas kertas tanpa melihat mushaf Al-Quran. Teknik ini akan menguji sejauh mana
kuatnya hafazan para penghafaz Al-Quran. Kekeliruan ketika menulis ayat-ayat Al-
Quran adalah tanda hafazan ayat-ayat Al-Quran tersebut belum kuat melekat. Maka
penghafaz Al-Quran perlu kembali menghafaz ayat-ayat Al-Quran tersebut dengan lebih
menumpukan perhatian dengan memusatkan mata pada tempat-tempat yang terkeliru
ketika menulis.
2. Apabila selesai menulis ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz tanpa melihat mushaf,hendaklah tulisan itu disemak dengan kembali membuka dan melihat mushaf Al-Quran
ketika menyemak ayat-ayat Al-Quran tersebut. Jika berlaku kesilapan pada tulisan,
pastikan ia bukan kesilapan yang besar seperti kesilapan pada ejaan yang terus merubah
makna. Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan dan ayat-ayat Al-Quran tersebut perlu
dibetulkan atau ditulis semula. Jika ia hanya kesilapan dalam menulis huruf mad, maka
kesilapan itu boleh dimaafkan.
3. Adalah lebih baik jika tulisan itu mengikut susunan ayat-ayat Al-Quran di dalammushaf. Mengikut tempat waqaf dan ibtidanya.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
41/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 41
Teknik Kedua
(Teknik Merakam Suara)
Penghafaz Al-Quran yang sudah lancar dan mahir dalam hafazannya kadang kala tidak
menyedari kesilapan hafazannya. Ini adalah kerana, ayat-ayat Al-Quran yang dihafaznya itu
sudah menjadi sebati dan padan dengan mulutnya. Berlaku kesilapan adalah kerana terdapat ayat-
ayat yang hampir sama lafaznya di dalam Al-Quran. Sebagai contoh;
... dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar... (Surah Al-
Baqarah: 61)
... dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar... (Surah Ali Imran: 21)
... dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar... (Surah Ali Imran: 112)
Juga contoh yang lain;
Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari
dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala. (Surah Al-
Mukminun: 83)
Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami
dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala. (Surah An-Naml: 68)
Dan contoh yang lain yang terdapat di dalam Surah yang sama di halaman yang sama;
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
42/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 42
... dan di atas tembok Al-Araf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap
seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing ... (Surah Al-Araf:
46)
Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-Araf menyeru beberapa orang (Ketua kaum
kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, ... (Surah Al-Araf: 48)
Maka untuk menyelamatkan penghafaz Al-Quran daripada salah dalam hafazannya, saya
cadangkan untuk penghafaz Al-Quran menggunakan perakam ketika anda mengulangkaji ayat-
ayat hafazan. Kemudian, anda boleh kembali mendengar bacaan anda melalui alat perakam
sementara anda menyemaknya dengan melihat mushaf.
Teknik Ketiga
(Teknik Membaca Di Dalam Solat )
Teknik ini adalah teknik menguatkan hafazan yang sangat berkesan. Penulis secara
peribadi menggunapakai teknik ini ketika di bulan Ramadhan iaitu ketika menjadi imam solat
sunat tarawih.
Caranya mudah. Pertama ialah mengulangkaji hafazan Al-Quran yang sudah dihafaz
seperti biasa di luar solat. Kedua ialah membacanya ketika solat.
Beberapa kebaikan teknik ini ialah ketika solat, tumpuan dan pemusatan akal penghafaz
Al-Quran hanya pada baris-baris ayat Al-Quran yang diulangkaji sebelum mengerjakan solat. Ini
akan menjadikannya lebih menumpukan perhatian. Maka sebarang kesilapan dalam hafazan
mesti dibetulkan segera oleh makmum atau dibetulkan sendiri oleh penghafaz Al-Quran selepas
mengerjakan solat. Tabiat ini akan menjadikan hafazan Al-Quran menjadi kuat terlekat pada
hatinya.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
43/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 43
Teknik Keempat
(Teknik Mengulangkaji Hafazan Sendiri)
Seorang yang sudah menghafaz Al-Quran mesti bergantung kepada diri sendiri untuk
mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah yang pertama dan utama ialah mengulangkaji hafazan
Al-Quran sendiri. Penghafaz Al-Quran mesti menyediakan jadual sendiri untuk mengulangkaji
hafazan Al-Quran. Berikut penulis cadangkan beberapa jenis jadual untuk membaca dan
mengulangkaji hafazan Al-Quran untuk sehari;
1. Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 10 Juzuk Al-Quran
Perkara Membaca Al-Quran 30 Juzuk Mengulangkaji Hafazan Al-Quran
Jumlah Muka
Surat
20 Muka Surat
(1 Juzuk Sehari)
5 Muka Surat Sehari
(Akan Tamat UlangkajiSelepas 40 Hari)
2. Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 20 Juzuk Al-Quran
Perkara Membaca Al-Quran 30 Juzuk Mengulangkaji Hafazan Al-Quran
Jumlah MukaSurat
20 Muka Surat(1 Juzuk Sehari)
10 Muka Surat Sehari(Akan Tamat Ulangkaji
Selepas 40 Hari)
3. Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran
Perkara Membaca Al-Quran 30 Juzuk Mengulangkaji Hafazan Al-Quran
Jumlah Muka
Surat
20 Muka Surat
(1 Juzuk Sehari)
10 Muka Surat Sehari
(Akan Tamat UlangkajiSelepas 60 Hari)
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
44/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 44
4. Untuk Penghafaz Al-Quran Yang Sudah Menghafaz Juzuk 30
Perkara Membaca Al-Quran 30 Juzuk Mengulangkaji Hafazan Al-Quran
Jumlah Muka
Surat
5 Muka Surat
(Akan Tamat BacaanAl-Quran Selepas 4 Bulan)
3 Muka Surat Sehari
(Akan Tamat UlangkajiSelepas 1 Minggu)
5. Jadual bacaan dan ulangkaji hafazan Al-Quran di atas hanya merupakan satu panduanumum. Maka adalah lebih baik untuk penghafaz Al-Quran merujuk guru yang
berpengalaman.
Berikut merupakan kaedahnya mengulangkaji hafazan Al-Quran berdasarkan pengalaman
peribadi penulis;
1. Pilih tempat dan waktu yang paling ideal dan sesuai.
I. Tempat yang paling sesuai berdasarkan pengalaman peribadi penulis adalahmasjid atau musolla. Duduk dengan menghadap kearah kiblat.
II. Waktu yang paling sesuai berdasarkan pengalaman peribadi penulis adalah waktudhuha dan selepas zohor. Ketika waktu ini, masjid dan musolla akan kosong
daripada orang yang mengerjakan solat atau yang mendengar ceramah. Oleh itu,
suara dapat dikuatkan ketika mengulangkaji hafazan dan tumpuan tidak akan
terjejas. Selain waktu dhuha, waktu yang paling baik untuk mengulangkaji hafazan
Al-Quran adalah waktu sahur. Dan inilah waktu yang terbaik.
Ibn Sirin (w.110H) menuturkan bahawa ketika Khalifah Utsman bin Affan
terbunuh, isteri beliau berkata, Kalian membunuhnya padahal dia selalu
menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Quran.26
26 Muhammad Ahmad Isa, 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2011
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
45/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 45
III. Elakkan waktu selepas Asar untuk mengulangkaji hafazan. Kerana ketika waktuitu akal sudah letih bekerja.
2. Baca halaman yang ingin diulangkaji. Ketika membaca, pusatkan pandangan dan akalfikiran. Jangan melemparkan pandangan ke sana dan ke sini. Kerana hal itu akan
mengganggu proses mengulangkaji.
3. Tutup Al-Quran dan bacalah Al-Quran tanpa melihat. Jika ketika bacaan sebelum ini,penghafaz Al-Quran menumpukan sepenuh perhatian, dengan izin Allah, bacaan tanpa
melihat ini mudah dan lancar untuknya. Jika tidak, penghafaz Al-Quran mesti
mengulang bacaan pada ayat yang terkeliru atau tersalah, kemudian ulang semula
daripada awal ayat pada halaman itu.
4. Proses penyambungan daripada halaman ke halaman adalah tersangat penting.Kaedahnya ialah, setiap kali mahu mengulangkaji hafazan di halaman baru, mulakan
dengan ayat terakhir pada halaman yang sebelumnya. Jadikan ini amalan. Dengan izin
Allah, proses penyambungan antara halaman akan menjadi mudah.
5.
Apabila selesai mengulangkaji hafazan Al-Quran pada hari itu (misalnya 5 muka surat),ulang kembali bacaan bermula halaman pertama hingga akhir. Kemudian tutup mushaf
dan membaca tanpa melihat. Jika ada kekeliruan dan kesilapan, tanda dan ingat pada
tempat yang keliru dan salah itu.
6. Ulang sehingga lancar.
Teknik Kelima(Teknik Mengulangkaji Hafazan Bersama Orang Lain)
Kaedah ini boleh dilakukan bersama guru atau sahabat yang mempunyai tujuan yang
sama dengan anda iaitu mengulangkaji hafazan Al-Quran. Kaedah ini adalah seperti bacaan Al-
Quran oleh Nabi s.a.w. yang disemak oleh Jibril a.s.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
46/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 46
1. Cari guru hafazan yang berpengalaman atau teman yang ikhlas yang sama tujuannyadengan anda iaitu mengulangkaji hafazan Al-Quran.
2. Pilih tempat dan masa yang paling ideal dan sesuai. Penulis cadangkan tempatnya adalahdi masjid atau musolla ketika waktu dhuha.
3. Sebelum memperdengarkan kepada guru atau sahabat hafazan anda, anda terlebihdahulu mesti mengulang dengan sendiri. Ini boleh dilakukan dengan mengikut Teknik
Keempat (Teknik Mengulangkaji Hafazan Dengan Sendiri).
4. Kemudian, perdengarkan hafazan anda kepada guru atau sahabat anda. Jika tidakterdapat kekeliruan dan kesalahan pada halaman tersebut, anda boleh membuat ulangkaji
pada halaman berikutnya. Jika terdapat kesalahan, guru atau sahabat anada mesti
membetulkan dan anda juga perlu betulkan. Hafaz kembali bermula ayat pertama
halaman tersebut dan anda tidak boleh meneruskan ulangkaji hafazan sehinggalah lancar
hafazan halaman itu.
Teknik Keenam(Teknik Mengulangkaji Hafazan Al-Quran Selepas Solat Fardhu)
Kaedah ini adalah seperti Kaedah Keempat (Kaedah Menghafaz Al-Quran
Selepas Solat Fardhu). Yang membezakannya adalah ini adalah kaedah mengulangkaji hafazan
Al-Quran.
Kaedah ini lebih sesuai untuk penghafaz Al-Quran yang sudah menghafaz surah-surah
pilihan atau Juzuk 30 Al-Quran. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan oleh penghafaz Al-Quran
yang sudah menghafaz Al-Quran mengikut juzuk bermula juzul 1 hingga ke atas.
Jika kaedah ini dilakukan berterusan, dengan izin Allah, surah-surah pilihan ini akan
terpahat kuat di dada penghafaz Al-Quran. Kaedahnya seperti berikut;
1. Kaedahnya mudah, selepas solat fardhu bersendirian atau berjemaah, penghafaz Al-Quran mengulangkaji hafazan Al-Quran. Ulangkaji surah-surah pilihan ini dimualakan
dengan membaca secara berterusan selama sebulan atau lebih.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
47/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 47
2. Berikut jadual mengulangkaji hafazan Al-Quran surah-surah pilihan.Waktu Solat
Hari
Selepas
Subuh
Selepas
Zohor
Selepas
Asar
Selepas
Maghrib
Selepas
Isyak
IsninSurah
Al-WaqiahTiada Surah
AbasaSurah
At-TakwirSurah
Al-Mulk
Selasa
Surah
Al-Waqiah
Tiada Surah
Abasa
Surah
At-Takwir
Surah
Al-Mulk
RabuSurah
Al-WaqiahTiada Surah
AbasaSurah
At-TakwirSurah
Al-Mulk
KhamisSurah
Al-WaqiahTiada Surah
AbasaSurah
At-TakwirSurah
Al-Mulk
Jumaat
Surah
Al-Waqiah
Tiada Surah
Abasa
Surah
At-Takwir
Surah
Al-Mulk
3. Selepas sebulan, dengan izin Allah, surah-surah pilihan tersebut akan berjaya dihafazdan terpahat di dada.
4. Maka apabila sudah berjaya dihafaz, anda boleh membaca dimana sahaja anda beradasamada ketika memandu kenderaan atau ketika sedang berjalan.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
48/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 48
PENUTUP
Dalam usaha menghafaz Al-Quran, mengekalkan hafazan Al-Quran, memahami
kandungan Al-Quran, dan beramal dengan Al-Quran, terlalu banyak rintangan dan halangan yang
melintang samada ia datang daripada diri sendiri iaitu nafsu atau syaitan. Untuk mengharungi
rintangan dan halangan ini, tidak dapat tidak orang-orang yang beriman perlu berusaha dan
bertawakal kepada Allah s.w.t.
Penulis merasakan betapa beratnya amanah Al-Quran ini. Mahu mengundur diri akan
tetapi sudah dipilih Allah s.w.t. untuk membawa Kitab Terakhir ini sebagai panduan dan cahaya
kepada diri sendiri dan manusia sekalian alam. Allah s.w.t. berfirman;
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak
dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan
(pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzab: 72)
Penulis mengakui adalah terlalu sedikit pengalaman dan ilmu penulis dalam bidang ini.
Maka penulis susun sepuluh jari memohon ampun jika ada tersalah atau terkhilaf di mana jua di
dalam buku ini. Penulis mengharapkan teguran dan nasihat daripada pembaca untuk
penambahbaikan buku ini.
Terima kasih.
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
49/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 49
RUJUKAN
1. AL-QURAN AL-KARIM
2. TERJEMAHAN AL-QURAN ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH
3. ADAB-ADAB BERSAMA AL-QURAN, IMAM NAWAWI, PUSTAKA SALAM, 1997
4. KITAB AL-FURQAN, SYEIKH ISLAM IBN TAIMIYAH, AKBAR MEDIA EKASARANA, 2008
5. BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN, DR. YUSUF AL-QARADAWI, PUSTAKA AL-KAUTSAR, 2006
6. YAHYA BIN ABDURRAZZAQ AL-GHAUTSANI, KAIFA TAHFAZUL QURAN AL-KARIM, PUSTAKA IMAM ASY-SYAFII, 2010
7. KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN, DARUL QURAN JAKIM, 2008
8. MUHAMMAD AHMAD ISA, 10 SAHABAT NABI DIJAMIN SURGA, PUSTAKAIMAM ASY-SYAFII, 2011
-
7/28/2019 Kaedah Dan Teknik Menghafaz Al-quran_mohammad Hidir Baharudin
50/50
Kaedah & Teknik Menghafaz Al-Quran 50
BIODATA PENULIS
Dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24
April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin
Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah
Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian
melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor
Star sehingga tingkatan 5. Selepas itu, penulis
menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di
Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz Al-
Quran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah Undang-
Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya mata
perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Penulis suka mengulangkaji hafazan Al-
Quran dan membaca buku.
Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At-
Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati.
Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan [email protected].