teknik mengarang

Upload: halusan-maybe

Post on 04-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

panduan penulisan esei

TRANSCRIPT

1

Skema pemarkahanIsi

: 5 markah (5 isi)

Huraian: 15 markah (5 X 3 markah)

Bahasa : 4 markah

Format: 1 markah ( pengenalan, isi, penutup)

1. Panjang karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan yang selebihnya tidak akan diperiksa.

2. Markah maksimum untuk bahasa berdasarkan panjang karangan:

Lebih 250 pp

: 4 markah

151 250 pp

: 3 markah

101 150 pp

: 2 markahKurang 100

: 1 markah

Markah minimum bahasa ialah 1.

3. Karangan yang menyeleweng, keluar tajuk akan diberi 1/25

4. Markah tidak diberi untuk butiran yang berulang-ulang

5. Sekiranya calon menjawab lebih dari satu soalan, hanya soalan yang pertama dijawab calon sahaja yang disemak

Teknik Menjawab soalan1. Contoh Bidang dalam karangan:

Seni

Ekonomi

Sosial

politik

Alam sekitar

Tenaga

Kesihatan/perubatan

Sains dan teknologi

Teknologi maklumat

2. Lazimnya terdapat dua jenis bentuk soalan dalam karangan Pengajian Am iaitu:-A. kehendak soalan jelas dan nyata

cth: Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, Malaysia

tidak pernah melupakan usaha memperkembangkan industri perabot. Bincangkan potensi dan masalah yang dihadapi oleh industri ini di negara kita.

Berdasarkan soalan ini, jelas dinyatakan terdapat dua kehendak soalan iaitu potensi dan masalah yang dihadapi oleh industri di negara ini. Calon wajib memberikan jawapan yang dikehendaki soalan agar isi karangan boleh diterima.B. kehendak soalan tersirat/ tidak jelas (soalan selalunya berakhir dengan bincangkan/ jelaskan/ huraikan.) cth: Peningkatan jumlah penghidap penyakit diabetis di seluruh dunia, termasuk di negara kita, telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Justeru memahami penyakit tersebut juga merupakan satu daripada pelbagai cara pengurusan penyakit yang baik. Bincangkan.

B.1. Teknik memahami kehendak soalan yang tidak jelas

Menganalisis ayat demi ayat.

Cth: Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati

semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan. ( S3 STPM 2005 )Ayat 1: Soalan ini meminta calon menerangkan punca jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur.Ayat 2: Soalan ini meminta calon memberikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak terutamanya di negara-negara mundur

Penggunaan kata penghubung tidak semestinya membawa maksud terdapat lebih daripada satu kehendak soalan. Terdapat sesetengah soalan yang menggunakan kata hubung tetapi masih memperkatakan tentang kehendak soalan yang sama. Oleh yang demikian, pelajar disarankan menggunakan teknik menganalisis ayat demi ayat untuk memahami maksud dan kehendak soalan. Kadang-kala pelajar selalu menghadapi kesukaran untuk menjelaskan kehendak soalan walaupun analisis ayat demi ayat telah dilakukan. Bagi membantu mengecam kehendak soalan, pelajar perlu membina persoalan berdasarkan ayat yang ingin dianalisis. Berdasarkan persoalan tadi, pelajar perlu memilih kehendak soalan yang menepati kehendak persoalan tadi.

Cth: Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan. ( S3 STPM 2005 )Berdasarkan contoh tadi, kita bina persoalan berdasarkan ayat demi ayat. Kita mulakan dengan ayat yang pertama. Bagaimana kita mengetahui kehendak soalan ayat yang pertama ialah punca jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur?

Persoalan yang timbul berdasarkan ayat Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur ialah:-Kenapa kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan?Lazimnya kehendak soalan yang selalu diminta dalam soalan karangan ialah:

a. Kepentingan/ faedah/ manfaat / faedah b. keburukan

c. Punca / sebab/ faktor

d. Implikasi ( negatif atau positif)

e. Kesan ( negatif atau positif)

f. Langkah-langkah / Cadangan / Usaha

g. Rasional :- alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan

h. risiko : - kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian

i. kemungkinan: - boleh jadi, tidak mustahil berlaku

j. cabaran: - sesuatu ( unsur, faktor, dsb) yang mencabar ( menguji

kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll)

k. manifestasi : - perbuatan yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu

l. dan lain-lain lagi

Berdasarkan persoalan tadi, pelajar perlu membincangkan perkara yang berlaku sehingga menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Dalam perkataan lain, dapatlah diringkaskan bahawa ayat ini membawa maksud soalan ini mengkehendaki pelajar membincangkan punca jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak.

Sekarang kita beralih kepada ayat kedua. Ayat ini jelas dinyatakan maksudnya iaitu pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Maka pelajar tidak perlu lagi membina persoalan kerana sudah jelas maksud atau kehendak soalan dalam ayat ini.

Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa terus meningkat. Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan. (STPM P3, 2014)Berdasarkan soalan di atas, ayat pertama Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa terus meningkat meminta pelajar membincangkan punca kes wanita dijadikan keldai dadah terus meningkat. Pelajar masih menggunakan teknik yang sama iaitu membina persoalan dan mengenalpasti kehendak soalan berdasarkan persoalan tadi.

Ayat kedua Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko meminta pelajar membincangkan risiko wanita Malaysia dijadikan sebagai keldai dadah. Walau bagaimanapun, pelajar selalu keliru dengan mengatakan kehendak soalan ialah langkah menangani kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa daripada terus meningkat. Hal ini kerana pernyataan jika tidak ditangani dengan segera seolah-olah meminta calon membincangkan langkah menangani isu tersebut. Oleh yang demikian, pelajar perlu memahami ayat tersebut dengan teliti sebelum mengenalpasti kehendak soalan. Dalam ayat kedua, maksud utama yang ingin disampaikan dalam soalan ialah tentang risiko dan frasa jika tidak ditangani dengan segera hanyalah penerangan kepada maksud soalan semata-mata. 3. Merangka Karangan

Setelah pelajar mengetahui kehendak soalan, maka dicadangkan agar membuat rangka jawapan terlebih dahulu sebelum mengarang. Contoh jadual di bawah boleh dijadikan sebagai panduan pelajar merangka jawapan. Berikut diberikan contoh soalan untuk memudahkan perbincangan seterusnya.

Contoh: Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin pelajar seperti kegiatan gangsterisme, kongsi gelap, peras ugut dan pergaduhan semakin berleluasa. Terdapat banyak pihak telah memberi cadangan bagi membendung masalah tersebut. Bincangkan.

BilPerkaraHuraian

1Mengenalpasti isu atau tema soalanSoalan ini menjurus kepada masalah disiplin pelajar.

2Mengenalpasti kehendak tajuk/soalan1. Punca masalah disiplin pelajar

2. Cadangan/usaha bagi membendung masalah disiplin pelajar

3Membuat rangka jawapan1. Pengenalan: olah semula soalan.

Contoh: Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin pelajar sering dilaporkan. Kegiatan gangsterisme, kongsi gelap, peras ugut dan pergaduhan semakin berleluasa. Pelbagai pihak haruslah berusaha untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku.

2. Menghurai isi ( 2 kehendak soalan)

i. Punca masalah disiplin

a. Pengaruh rakan sebaya

Terikut-ikut, lebih mudah mesra dengan rakan berbanding ibubapa, masa lebih terluang bersama rakan-rakan

b. Pengaruh media massa

Aksi ganas, pelajar meniru aksi tersebut, ingin mencuba

c. Kurang didikan dan perhatian ibubapa Ibubapa sibuk urusan harian, kurang meluangkan masa bersama anak-anak, ibubapa lebih cenderung menyerahkan tanggunjawab menjaga anak-anak kepada orang lain contoh: pengasuh, guru di sekolah, anak kurang kasih sayang ibubapa

ii. Cadangan bagi membendung masalah disiplin pelajara. Didikan agama dan moral Beriman

Dapat beza perkara baik dan buruk

Dapat mengawal hawa nafsu

b. Peranan ibu bapa

Luangkan masa

Kawal aktiviti luar anak

Sebagai role model

Sentiasa memantau aktiviti anak

3. Penutup : beri saranan, cadangan atau pendapat

Contoh: Masalah ini sekiranya dibiarkan berleluasa boleh mencemarkan imej keluarga dan negara. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak perlu untuk membendung masalah ini.

i. Pengenalan

1 perenggan dalam 2 ayat atau lebih kurang 25 30 p.p Jangan masukkan isi dalam pengenalan

ii. Isi

Berikan isi yang cukup iaitu 5 isi 1 isi satu perenggan bersama dengan huraiannya

Nyatakan isi terlebih dahulu kemudian huraiannya 1 perenggan isi dan huraiannya mestilah terdiri daripada 60 - 65 patah perkataan

Kemukakan bukti atau contoh yang kukuh dan munasabah untuk mengukuhkan huraian Gunakan ayat yang padat dan ringkas.

iii. Penutup

1 perenggan dalam 2 ayat atau lebih kurang 25 30 p.p

Menyeluruh dan lengkap

Merumuskan tajuk karangan

4. Menulis karangan.

Masalah utama pelajar ketika menulis karangan ialah banyak masa digunakan untuk mengarang. Maka dicadangkan suatu teknik untuk menulis karangan bertujuan memudahkan pelajar menyatakan isi dan mengolah huraian dalam masa yang singkat. Perbincangan kita diteruskan dengan menggunakan contoh dibawah. Kita beranggapan bahawa pelajar mengetahui kehendak soalan dan telah merangka jawapannya.

Contoh soalan: Kebanjiran pekerja asing banyak membawa masalah kepada negara. Walau bagaimanapun, kedatangan mereka turut membawa kebaikan. Jelaskan.

A. Pendahuluan: pendahuluan hanya perlu olah dari soalan. Contoh

Malaysia memerlukan pekerja asing untuk menampung tenaga buruh di Malaysia terutamanya di sektor pertanian, perladangan dan perkilangan. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka turut membawa masalah kepada negara. ( lebih kurang 25 30 patah perkataan)

B. Teknik mudah mengarang/ menghuraikan idea dalam satu perenggan yang mengandungi isi dan huraian :

Ayat 1: isi: nyatakan isi iaitu mewujudkan penempatan setinggan

Contoh 1: Kebanjiran pekerja asing telah mewujudkan penempatan setinggan. (pernyataan idea yang ringkas)

Cara lain untuk membina ayat pertama ialah menyatakan isi dimulakan dengan penanda wacana salah satu ........ seperti contoh di bawah.

Contoh 2: Salah satu masalah kebanjiran pekerja asing ( kehendak soalan) ialah mewujudkan penempatan setinggan (isi).

Ayat 2 : Hal ini kerana, penempatan setinggan ............. ( huraikan idea, kenapa pilih idea tersebut?)

Cth : Hal ini kerana, penempatan setinggan wujud secara haram disebabkan rumah tersebut dibina tidak melalui prosider yang sah dan menelan kos yang sangat rendah. (menerangkan bagaimana penempatan setinggan wujud) Ayat 3: Terangkan selanjutnya huraian ke-2/ ayat ke-2 ( kenapa kamu katakan huraian ayat yang kedua? @ Apakah yang berlaku sekiranya huraian ayat kedua terjadi?)Cth 1: Hal ini disebabkan, pekerja asing kebanyakannya kurang berkemampuan dan mereka mewujudkan penempatan setinggan disebabkan kosnya yang murah.

Cth 2: Hal ini akan menyebabkan kawasan bandar akan terjejas disebabkan keadaan penempatan setinggan sangat kotor dan susunan rumahnya tidak teratur.

Ayat 4 : Berikan contoh : (tempat / peristiwa / isu semasa / fakta)

Sebagai contoh, ........ (nyatakan contoh)

Cth: Penempatan setinggan berhampiran kawasan pembinaan di Kuala Lumpur : nyatakan kawasan setinggan yang kamu tahu di dalam negara

Ayat 5/ tambahan/ sekiranya perlu:

Huraian lebih lanjut ttg contoh kamu..... agar contoh kamu lebih mudah untuk dilihat perkaitannya dengan isi.

Cth: Kawasan persekitaran perumahan setinggan yang kotor dan berselerak mencacatkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Ayat terakhir: Kesimpulan kecil .....

Cth: Oleh itu, jelaslah bahawa penempatan setinggan merupakan masalah akibat kebanjiran ...

*Panjang perkataan setiap perenggan isi dan huraian hendaklah lebih kurang 65 patah

Contoh jawapan berdasarkan kaedah di atas:Malaysia memerlukan pekerja asing untuk menampung tenaga buruh di Malaysia terutamanya di sektor pertanian, perladangan dan perkilangan. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka turut membawa masalah kepada negara.

Kebanjiran pekerja asing telah mewujudkan penempatan setinggan. Hal ini kerana, penempatan setinggan wujud secara haram disebabkan rumah tersebut dibina tidak melalui prosider yang sah dan menelan kos yang sangat rendah. Hal ini disebabkan, pekerja asing kebanyakannya kurang berkemampuan dan mereka mewujudkan penempatan setinggan disebabkan kosnya yang murah. Sebagai contoh penempatan setinggan yang wujud berhampiran dengan kawasan pembinaan bangunan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Selain itu, kawasan persekitaran perumahan setinggan yang kotor dan berselerak mencacatkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, jelaslah bahawa penempatan setinggan merupakan masalah akibat kebanjiran pekerja asing.

Contoh jawapan lain( menggunakan kaedah yang sama):

Selain itu, kebanjiran pekerja asing telah membawa kepada masalah peningkatan kadar jenayah. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pekerja asing sememangnya mempunyai rekod jenayah di negara asal dan melakukan jenayah yang sama di negara kita. Sebagai contoh, jenayah yang sering mereka lakukan ialah meragut , mencuri, membunuh dan sebagainya. Hal ini disebabkan mereka memerlukan sumber kewangan untuk menampung taraf hidup yang tinggi di negara ini. Jelaslah bahawa kebanjiran pekerja asing ini membawa kepada masalah jenayah di negara kita.

Selain itu, kebanjiran pekerja asing turut mendatangkan masalah sosial. Kebanyakan pekerja asing membawa budaya mereka dan diterapkan kepada masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pekerja asing dari negara Thailand membawa budaya seks bebas dan pelacuran. Hal ini demikian kerana aktiviti pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan bagi negara Thailand. Oleh itu, pembawaan budaya mereka telah mendatangkan masalah sosial di negara kita.

(komen: ..........................................)

Kebanjiran pekerja asing juga meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini kerana, pekerja asing memonopoli pekerjaan khususnya dalam bidang kemahiran. Sebagai contoh pekerjaan yang sering dilakukan oleh pekerjaan asing ialah kontraktor binaan, pekerja ladang dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam mengawal pengambilan pekerja asing untuk bekerja di negara ini.

( komen:........................................)C. Penutup: beri saranan, cadangan atau rumusan

Contoh:

Kesimpulannya, kebergantungan negara terhadap pekerja asing perlu diminimumkan untuk memberi peluang dan ruang kepada pekerja tempatan.

5. Kelemahan calon

Tidak menepati kehendak soalan

Sukar mengenal pasti idea/isi Penghujahan tidak bernas

Karangan melebihi 400 p.p

Tulisan yang sukar dibaca

6. Contoh-contoh soalani. Sungguhpun pembangunan fizikal amat mustahak dalam mencapai wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pembangunan sumber modal insan pula merupakan prasyarat penting ke arah itu. Bincangkan.ii. Walaupun aplikasi teknologi maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Bergambar (MMS) bertujuan murni, selaras dengan kehendak dasar Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT), namun penyalahgunaan kemudahan tersebut telah menampakkan keburukannya, sekaligus mendatangkan kesan negatif yang tertentu. Bincangkan.

iii. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberkan. Bincangkan kepentingan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan. (STPM S2 2005)

iv. Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1)

v. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. Bincangkan(2004-Soalan 2)

vi. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan dan kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. Bincangkan pernyataan ini.( STPM 2002- soalan 1)

vii. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.( 2006-Soalan 2)

viii. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-soalan 4)

ix. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. (1997- soalan 3)

x. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan ( STPM 2006- Soalan 3)

xi. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan. ( STPM 2005- Soalan 4)

xii. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang berkaitan, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah? ( STPM 2006- Soalan 4)

xiii. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan yang memudaratkan. Bincangkan pernyataan ini. ( STPM 2009- Soalan 4)

xiv. Masalah yang dihadapi oleh sebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan. ( STPM 2013- Soalan 19)

xv. Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan. ( P3 STPM 2013- Soalan 20)

xvi. Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan menentang ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan antarabangsa. Huraikan. ( U3 STPM 2013- Soalan 19)xvii. Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh mengetepikan kesan buruk yang boleh datang bersamanya. Huraikan. ( U3 STPM 2013- Soalan 20)

xviii. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan. ( P2 STPM 2013- Soalan 8)

xix. Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan. ( P2 STPM 2013- Soalan 7)

xx. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa kerana kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun demikian, ramai peminjam menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. ( P2 STPM 2014- Soalan 8)