teknik latih tubi dan teknik bercerita

14
Teknik Latih Tubi dan Teknik Bercerita Pensyarah : Pn Junaini Binti Johari Pembentang : Nadirah Husna Binti Nek Jid Syafiqah Izzati Binti Suhaimi

Upload: izzati-suhaimi

Post on 06-Feb-2016

584 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota dan simulasi

TRANSCRIPT

Teknik Latih Tubi dan Teknik Bercerita

Teknik Latih Tubi dan Teknik BerceritaPensyarah : Pn Junaini Binti JohariPembentang : Nadirah Husna Binti Nek Jid Syafiqah Izzati Binti SuhaimiTeknik Latih Tubi Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran dan ketekalan. Juga dikenali sebagai teknik menghafaz.Sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingati fakta-fakta penting. Daripada pengamalan teknik ini, murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan tersebut. Sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa berasaskan dengar dan sebut atau audio lingual yang biasanya dikaitkan dengan bahasa kedua.Lima aspek kebolehan penggunaan bahasa yang dititikberatkan dalam teknik latih tubiSebutan - menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul mengikut intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

Tatabahasa - penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteks dengan berdasarkan situasi tertentu.Kefasihan - Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan maksudnya.Kefahaman - Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.Teknik bercerita Sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu penyampaian yang dapat menarik perhatian murid. Latihan pemahaman, keluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan dengan berkesan.Teknik ini mampu meningkatkan penguasaan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal agar tidak mendatar, selain mengelakkan kebosanan.Dapat memperkembangkan aspek kognitif, afektif atau psikomotor, perkembangan murid-murid .

Langkah persediaan teknik berceritaPilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid dan sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.Kaji sesuatu cerita dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.Latih murid bercerita seolah-olah guru berada di depan murid.Guru bercerita dalam keadaan selesa.Guru boleh menggunakan gambar atau alat alat bantu yang lain.Sediakan bahan-bahan bahasa yang hendak disampaikan.Bercerita bermanfaat kepada murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Antara manfaat teknik bercerita adalah:Guru dapat mewujudkan suasana yang senang dan mengasyikkan.Dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.Murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar atau pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif.Banyak unsur-unsur penggabungjalinan yang terdapat dalam teknik penceritaan.Selepas bercerita, sesi perbincangan perlu dijalankan untuk menguji kefahaman murid tentang cerita yang disampaikan.Sebelum bercerita pula, guru perlu menyediakan diri dengan selengkapnya dari segi pemilihan cerita yang sesuai, penentuan fokus cerita, soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu ditumpukan dan catatan rangka cerita sebagai panduan.Guru juga perlu berlatih sebelum dipersembahkan di dalam kelas untuk menambah keyakinan.Semasa bercerita pula, guru perlu memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang selesa dan tidak ada gangguan.Guru melibatkan murid dengan memberi peluang murid menjawab soalan-soalan atau membuat lakonan semula.Guru juga perlu mengambil kira aspek bahasa yang digunakan, mimik muka atau gerak badan serta reaksi yang ditunjukkan oleh murid-murid.

SIMULASIMARI KITA BELAJAR PERIBAHASA

Seperti lipas kudungMaksud:Selalu bergerak dengan cepat, pantas atau cekap membuat kerja.Contoh ayat: Cikgu Amirah sangat cekap membuat kerja seperti lipas kudung.Bagai aur dengan tebingMaksud: Tolong menolong di antara satu sama lain.Contoh ayat: Penduduk Kampung Pasir bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran kampung mereka.Uji Minda Nyatakan aspek-aspek kebolehan penggunaan bahasa yang dititikberatkan dalam teknik latih tubi.Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh guru sebelum mempersembahkan penceritaan di dalam kelas?Apakah manfaat penggunaan teknik penceritaan?48648.0www.freemake.com