teknik faclp dalam pendahuluan.docx

3
PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BAHASA MELAYU SMKADG 2014 1. TEKNIK FACLPP DALAM PENDAHULUAN KARANGAN AYAT PERTAMA FOKUS (F) Da isu daripada penyataan soalan AYAT KEDUA AKIBAT (A) daripada ayat pertama AYAT KETIGA CONTOH (C) Dikaitkan dengan pernyataan soalan AYAT KEEMPAT LANGKAH (L) Ada kaitan dengan isu / tema AYAT KELIMA PENEGASAN (P) Umum AYAT KEENAM PERIBAHASA (P) Peribahasa yang sesuai Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid- murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? F Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. A Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana jika dibiarkan berterusan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api 1

Upload: victor

Post on 20-Nov-2015

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BAHASA MELAYU SMKADG 20141. TEKNIK FACLPP DALAM PENDAHULUAN KARANGANAYAT PERTAMAFOKUS (F)Da isu daripada penyataan soalan

AYAT KEDUAAKIBAT (A)daripada ayat pertama

AYAT KETIGACONTOH (C)Dikaitkan dengan pernyataan soalan

AYAT KEEMPATLANGKAH (L)Ada kaitan dengan isu / tema

AYAT KELIMAPENEGASAN (P)Umum

AYAT KEENAMPERIBAHASA (P)Peribahasa yang sesuai

Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksaContoh 1Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?FGejala rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

AKeadaan ini amat membimbangkan kita kerana jika dibiarkan berterusan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

CFenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

LOleh itu, semua pihak mesti mempunyai kesedaran dan berusaha untuk membanteras gejala rasuah.

PHal ini adalah kerana gejala rasuah mendatangkan pelbagai impak negatif kepada individu masyarakat dan negara.

PKita tidak mahu demi keuntungan yang sedikit kita akan merana seumur hidup, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Contoh 2Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi .Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut1. Bangunan bersejarah tinggalan pihak penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan dan dipulihara kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F)2. Hal ini adalah demikian kerana bangunan tersebut boleh dijadikan sumber sejarah yang boleh menarik pelancong asing ke negara kita. (A) 3. Dalam hal ini, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C)4. Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik dan merugikan negara. (L) 5. Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana mendatangkan impak positif kepada masyarakat dan negara. (P)6. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. (P)

Pesanan seorang guruMurid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini...

1