penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik...

24
PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI TOPIK TEOREM PYTHAGORAS KOMALA A/P KUMARASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongthuy

Post on 29-Aug-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI TOPIK

TEOREM PYTHAGORAS

KOMALA A/P KUMARASAMY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI TOPIK TEOREM PYTHAGORAS

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 SAYA: KOMALA A/P KUMARASAMY

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

Disahkan oleh

____________________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 42 TAMAN HIJAU, 28600 KARAK, PROF. DR. ISMAIL KAILANI PAHANG DARUL MAKMUR. Nama Penyelia TARIKH:__________________ TARIKH:__________________

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ………………………..……….……

Nama Penyelia: Profesor Dr. Hj. Ismail Bin Kailani

Tarikh : ……………………………..…..…..

Page 4: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK BAGI TOPIK

TEOREM PYTHAGORAS

KOMALA A/P KUMARASAMY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 5: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……......................………………

Nama Penulis : KOMALA A/P KUMARASAMY

Tarikh : .....................................................

Page 6: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

iii

Khas buat Ibu dan Ayah yang tersayang…

Pn. DeivanaiA/P Sinnasamy dan En. Kumarasamy A/L Mariappan

Terima kasih atas pengorbananmu amat berharga buatku dan doa yang diberikan…

Buat kakakku…

Bavani A/P Kumarasamy ,

Terima kasih atas keprihatinanmu…

Buat adik-adikku…

Selva Kumar A/L Kumarasamy dan Kalaimathti A/P Kumarasamy,

Gapailah cita-citamu selagi nyawa dikandung badan…

Buat sahabat-sahabakut..

Khasnya Jaya Ranjinee A/P Jaya Palan,

Terima kasih atas dorongan, semangat bantuan kalian…

Page 7: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

iv

PENGHARGAAN

Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya, Profeser Dr.

Hj. Ismail Bin Kailani di atas segala tunjuk ajar, galakan dan nasihat yang diberikan

sepanjang saya menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih buat ibu dan ayah, kakak dan adik-adik atas doa,

perangsang, dorongan, semangat dan bantuan yang diberikan.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi

sokongan dan semangat. Kenagan bersama kalian tidak akan aku lupakan.

Terima kasih.

Page 8: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

v

ABSTRAK

Penerapan unsur sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan salah satu aspek yang diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran

matematik. Justeru, kajian ini disediakan untuk mendedahkan unsur sejarah dalam

pembelajaran matematik khasnya bagi topik teorem Pythagoras. Teorem Pythagoras

adalah salah satu elemen penting dalam bidang matematik khususnya bidang

geometri. Teorem ini telah berkembang sejak 2500 tahun yang lalu, menyatakan

jika x dan y adalah sisi-sisi terkecil segitiga tepat dan z adalah hipotenus, jadi

x2 + y2 = z2. Teorem Pythagoras dipercayai dijumpai oleh Pythagoras dan

pengikutnya yang dikenali sebagai Pythagoren. Namun, orang Mesir, Cina dan

India juga mengetahui tentang teorem ini. Dalam kajian ini, telah dipermukakan

empat jenis teknik pengajaran pembuktian teorem Pythagoras yang mudah dan

berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan

pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik penemuan merupakan teknik yang

menggunakan bahan konkrit seperti kertas bintik dan batang ‘Cuisenaire’ untuk

membuktikkan teoram Pythagoras. Teknik keratan merupakan teknik pemotongan

kertas dan teknik transformasi geometri berasaskan pemahaman translasi dan

putaran. Pembutkian oleh Presiden Garfield pula menggunakan hubungan luas

trapezium. Diharap dapatan kajian ini memperkayakan pengetahuan dan kefahaman

kita terhadap teorem Pythagoras dan menjadi perangsang kepada kita untuk

mendalami lagi sejarah matematik.

Page 9: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

vi

ABSTRACT

The prominence of historical elements in the teaching and learning process is on

of very important aspects of mathematics syllabus. So, this study has been prepared to

expose historical elements in the learning and teaching of mathematics especially in

Pythagoras theorem. Pythagoras theorem is one of the most important elements

especially in geometry. This theorem had been developed 2500 years ago, states that

if x and y are the shorter sides of a right triangle and z is the hypotenuse, then

x2 + y2 = z2. Pythagoras and his followers who call themselves Pythagorean first

proposed this theorem. However, it is believed that Egyptian, Chinese and Indians

know about this before Pythagoras. These studies also describe four types of

techniques that are simple and effective. They are inquiry technique, section

technique, geometry transformation technique and President Garfield’s proving.

Inquiry technique use real material such as dot paper and rod Cuisenaire to proof the

theorem. Section technique is a technique use paper cutting and geometry

transformation techniques based on understanding of translation and rotation.

President Garfield’s proving is using concept of trapezium area to prove the theorem.

From this, it is hoped that the outcome of this study will be able to enhance our

knowledge and understanding towards the Pythagoras theorem and become a boost

for us to ponder deeper into this history of mathematics.

Page 10: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

I PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.7 Penutup 10

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

Page 11: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

viii

2.2 Sejarah Perkembangan Matematik di

Kurikulum Sekolah 12

2.3 Kepentingan Penggunaan Bahan sejarah

Dalam Pengajaran Dan Pengajaran Matematik 13

2.4 Pendekatan Pengajaran Guru Melalui Penerapan

Unsur Sejarah 14

2.5 Pythagoras Dan Teorem Pythagoras 17

2.6 Sejarah Penemuan Dan Perkembangan Teorem

Pythagoros 18

2.7 Penutup 22 III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Pengumpulan Data/ Maklumat 25

3.4 Analisis Data 26

3.5 Jangka Masa 26

3.6 Penutup 26

IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 27

4.2 Teknik Yang Biasa Digunakan 28

4.3 Teknik Penemuan 30

4.3.1 Teknik Hawkins 30

4.3.2 Teknik Beamer 33

4.4 Teknik Keratan (Pemotongan Kertas) 35

4.4.1 Teknik Taylor 35

4.4.2 Teknik Perigal 38

4.5 Teknik Transformasi Geometri 40

Page 12: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

ix

4.5.1 Teknik Dobbs 40

4.5.2 Teknik Busbridge 43

4.6 Pembutkian oleh Presiden Garfield 47

4.7 Contoh Aktiviti Pengajaran Yang Menerapkan 48

Unsur Sejarah Matematik

4.7 Penutup 62

V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Kesimpulan 64

5.3 Cadangan 66

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.5 Penutup 69

RUJUKAN 70

Page 13: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Rekod Hubungan Luas Di Atas Alat Timbang 31

4.2 Arahan Pembinaan Rajah 4.5 33

Page 14: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

xi

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPK - Puast Perkembangan Kurikulum

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Matlamat Pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran

mantis, analisis bersistem kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam

kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Negara, 1998). Matlamat

ini jelas menunjukan bahawa kerajaan ingin melahirkan pelajar yang dapat

memperkembangkan kebolehan individu supaya membina teknologi-teknologi yang baru

dengan menggunakan kefahaman matematik mereka. Ini disebabkan matematik

merupakan suatu komponen yang sangat penting dalam pelbagai bidang seperti dalam

pemprosesan data, teknologi komunikasi, simulasi membuat keputusan dan sebagainya.

Matematik juga memainkan peranan yang utama dalam pembangunan bidang

sains dan teknologi di dalam perkembangan dunia. Seseorang pelajar perlu mengetahui

dan mempelajari matematik untuk mengendalikan dunia teknologi yang kompleks dan

Page 16: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

2

sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kegagalan dalam dunia mata pelajaran matematik akan

menyebabkan kelemahan pelajar di dalam mengendalikan urusan-urusan dalam

kehidupan dan masa depan mereka.

Pembelajaran matematik sebenarnya bermula sejak kita bayi. Kita telah

didedahkan kepada angka-angka atau nombor, malah barang permainan juga telah

diterapkan dengan nilai-nilai berunsur matematik. Matematik mengikut Kamus Dewan

Edisi ke-3, ialah ilmu hisab. Ilmu hisap merujuk kepada perkara-perka yang memerlukan

operasi penghintungan dan pengiraan. Pengajaran matematik pula merujuk kepada

pengajaran yang berkaitan dengan kiraan atau hitungan.

Matapelajaran matematik telah diterapkan dalam diri kita sejak kita di sekolah

lagi. Menurut Mohd Nashusa (1997), Matematik dapat memperkembangkan pemikiran

manusia berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta kebolehan menggunakkan

ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Ianya meningkat mengikut aras kesukaran

mengikut umur. Kesukaran yang dibuat adalah untuk mendapatkan hasil kefahaman yang

optimum berdasarkan peringkat umur.

Menurut Omar (1998), matematik merupakan satu mata pelajaran yang kompleks

dan berturutan dari konsep yang mudah kepada konsep yang rumit. Bagi memahami

konsep yang diajar, pelajar memerlukan penumpuan sepenuhnya dan usaha yang

bersungguh-sungguh supaya konsep yang difahami dapat digunakan dalam penyelesaian

yang berkaitan. Pengajaran Matematik yang berkesan harus memberi perhatian kepada

srukturnya (Frank, 1982).

Matematik merupakan jentera atau penggerak pembangunan dan perkembangan

dalam bidang sains dan matematik. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu

Page 17: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

3

ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan

perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju untuk merialasasikan

hasrat tersebut maka kurikulam matematik sekolah menengah mengariskan sepuluh

objektif yang ingin dicapai. Salah satu daripada objektifnya adalah “menghargai

kepentingan dan keindahan matematik”. Untuk mencapai objektif ini unsur-unsur sejarah

seperti riawat hidup ahli-ahli matematik dan peristiwa tertentu dalam perkembangan

matematik telah disarankan agar didedahkan kepada pelajaragar mereka dapat

menghargainya (Shamiah, 2003).

Byers (1982), menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan memerlukan

setiap pelajar mengikuti perkembangan langkah-langkah utama dalam perkembangan

matapelajaran tersebut. Kemampuan pelajar untuk mempelajari matematik juga boleh

ditingkatkan lagi sekiranya guru dapat menyelitkan unsur sejarah tentang bagaimana

sesuatu pengetahuan itu diperolehi. Oleh itu, unsur sejarah boleh digunakan sebagai alat

bantu mengajar untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih bermakna dan mendapat

kefahaman yang lebih mendalam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matapelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat

penting di dalam kehidupan kita. Sebab hari ini kita akan berhadapan dengan perkara-

perkara yang berkaitan dengan Matematik. Disebabkan pelajar-pelajar tidak memahami

apa itu matematik, mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam

kehidupan mereka. Pelajar-pelajar hanya melihat matematik adalah suatu matapelajaran

yang berkaitan dengan simbol dan nombor. Mereka juga mempelajari matematik hanya

untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja dan tidak menghayati matematiknya.

Page 18: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

4

Matematik yang dipelajari itu tertinggal bersama kelas mereka apabila melangkah keluar

dari kelasnya. Kesanya, bukan sahaja mereka tidak memahami sesuatu konsep atau

teoram namun mereka tidak menghargai ahli-ahli matematik dan penemuan mereka.

Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan kretivitinya serta inovetis dalam

penyampaian isi pelajaran kepada pelajar-pelajar. Ini dapat mewujudkan suatu suasana

pembelajaran yang efektif dan konduktif. Seterusnya guru juga berperanan untuk

memupuk semangat belajar di kalangan pelajar.

Mengikut D’Augustine (1973), ramai pelajar yang mempunyai pandangan yang

negatif terhadap matapelajaran matematik dan tidak berani menghadapi “tekanan

matematik”. Hasilnya, semakin ramai pelajar gagal, benci atau takut kepada matematik

dan matlamat pendidikan matematik itu sendiri gagal (Nik Aziz, 1989). Kemerosotan

dalam penguasaan matapelajaran matematik adalah berterusan. Menurut laporan prestasi

pelajar dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) setiap tahun yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Kuala Lumpur mendapati pencapaian

matapelajaran Matematik adalah tidak memuaskan dan mengecewakan.

Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang

sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Pemilihan teknik mengajar

yang sesuai perlu dipertimbangkan dan diubahsuai agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya

dan berkesan. Abdul Rahim (1992) telah menyenaraikan lima faktor yang mempengaruhi

pemilihan kaedah mengajar. Faktor tersebut ialah objektif pengajaran yang hendak

dicapai, jangka masa pengajaran, bahan-bahan pengajaran yang ada, latar belakang

pelajar dan jumlah serta susunan pelajar.

Page 19: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

5

Menurut Faridah (1999), dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM), pelajar

digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelajaran tersebut. Isi pengajaran dan konsep

penting akan dapat difahami dengan lebih mudah kerana ABM dapat memberikan

gambaran yang lebih jelas tentang apa yang disampaikan oleh guru. Tajuk yang baru juga

boleh diperkenalkan dengan cara yang lebih menarik melalui ABM. Cara yang sesuai

adalah memudahkan pencapaian pelajaran. Penerapan unsur sejarah adalah dapat menjadi

suatu bahan ABM yang menarik dan berkesan.

Kesilapan dalam pembelajaran matematik ialah hasil daripada proses yang sangat

kompleks. Oleh itu, guru-guru perlu peka semasa menyampaikan isi pelajaran di dalam

kelas agar pelajar memperolehi input yang hendak disampaikan oleh guru.

Penemuan matematik yang terdahulu menjadi asas kepada penemuan yang

seterusnya. Misalnya, penemuan teorem Pythagoras bagi segitiga bersudut tegak menjadi

asas kepada penemuan trigonometri dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan teorem

Pythagoras adalah penting bagi setiap pelajar kerana pelajar akan mengaplikasikan

pengetahuan teorem ini dalam topik-topik akan belajar seterusnya.

Daripada situasi diatas penyelidik ingin mengaji tentang sejarah teoram

Pythagoras masa lampau dan berminat untuk melihat pembuktian teorem Pythagoras

yang telah diterapkan dengan unsur sejarahnya.

Page 20: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

6

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik adalah matapelajaran yang abstrak, maka pembentukkan sesuatu

konsep matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja. Maka pelajar

melihat matematik adalah sesuatu yang membosankan disebabkan oleh pendekatan yang

terlalu teknikal dan matematik yang dipersembahkan kepada mereka adalah sebagai

permainan simbol yang tidak bererti. Ini kerana, ia tidak mengaitkannya dalam suasana

sebenar bagaimana teorem atau rumus itu diperolehi.

Untuk memberi bimbingan yang berkesan guru perlu mengetahui jenis-jenis

matematik yang dipunyai oleh setiap orang pelajar, biar bagaimana skim itu berada pada

kaca mereka (Nik Aziz Nik Pa, 1989). Menurut Wong, K.Y (1987) dalam kajiannya

mendapati bahawa pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Tiga masih lemah dalam kemahiran

asas untuk menyelesaikan permasalahan matematik dengan baik terutamanya dalam tajuk

teorem Pythagoras.

Salah satu cara yang boleh menarik minat pelajar terhadap tajuk ini adalah

menerapkankan unsur-unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

supaya dapat mewujudkankan suasana menyeronokkan dan memberangsangkan fikiran

pelajar. Jika pelajar mengetahui bagaimana ahli matematik menemui teoram atau rumus

tersebut, maka mereka dapat mamahaminya dengan lebih jelas dan dapat

mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.

Dr. Mohini (1995) pula berpendapat bahawa sejarah matematik dapat

menimbulkan minat dan memberi motivasi dan mengkembangkan sikap positif kepada

pelajar serta memberi nafas baru pada bidang matematik. Bukan itu sahaja, malah ianya

Page 21: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

7

dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai inisiatif untuk mempelajari

matematik secara persendirian tanpa bergantung kepada guru.

Peranan sejarah sebenarnya banyak memberi faedah kepada pelajar apabila kita

mempelajarinya. Antara faedah tersebut ialah sejarah dapat memberi kesedaran kepada

pelajar tentang perkembangan niat yang dianamik dan sentiasa berubaha serta

penggunaannya dalam kehidupan seharian. Apabila seseorang pelajar mengetahui

bagaimana suatu teorem dan rumus itu diperolehi bagi topik yang dipelajari, ini akan

memudahkan pelajarnya memahami topik tersebut dengan baik. Selain itu, ini akan

menambahkan minat para pelajar terhadap matematik dan akan menanamkan sikap cinta

kepada ilmu di dalam diri para pelajar. Seterunya, sikap ini akan dapat menggalakkan

pelajar menghargai tentang alam semulajadi dan keindahan matematik.

Walaubagaimanapun, penerapan unsur-unsur sejarah matematik dalam pengajaran

dan pembelajaran matematik oleh guru-guru matematik masih berada dalam tahap yang

kurang memuaskan. Hanya sebilangan guru sahaja berusaha untuk menerapka unsur-

unsur sejarah dalam pengajarannya. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan guru-guru

dalam sejarah matematik menjadi suatu punca bagi masalah ini. Selain menggunakan

sejarah matematik sebagai set induksi, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakkan oleh

guru untuk menerapkan unsur-unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Ini boleh dijadikan sebagai kaedah alternatif bagi mengantikan kaedah yang

sedia ada.

Page 22: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

8

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini terdapat tiga objektif utama seperti berikut :-

i. Meninjau maklumat sejarah yang berpotensi untuk tujuan penerapan sejarah

dalam matematik.

ii. Mengenalpasti bahan sejarah yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi

masalah kesukaran dan kekeliruan pelajar dalam mempelajarai topik teorem

Pythagoras.

iii. Menghasilkan contoh bahan pengajaran yang telah diterapkan unsur sejarah bagi

topik teorem Pythagoras.

1.5 Kepentingan Kajian

Kaedah pengajaran dalam kelas pada masa kini lebih tertumpu kepada usaha

untuk memasukkan segala maklumat yang diperlukan ke dalam minda pelajar tanpa

mengambil kira pengetahuan yang sedia ada pada seseorang pelajar dan kesediaan

mereka untuk menerimanya. Guru-guru tidak menyedari tentang apakah kesan yang

didapati daripada kaedah tersebut kepada pelajar itu sendiri. Kesanya adala pelajar akan

mendapati matematik sebagai mata pelajaran yang membosankan dan tertekan serta

kecewa terhadap matematik. Memandangkan matematik adalah matapelajaran yang amat

penting sejak zaman dahulu sehingga zaman moden ini. Namun kebanyakkan pelajar

kurang meminatinya terutama tajuk yang penting seperti teorem Pythagoras. Situasi ini

amat membimbangkan para pendidik.

Page 23: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

9

Sebahagian masalah ini dapati diatasi dengan penerapan unsur-unsur sejarah

dalam proses pengajaran matematik. Oleh itu kajian ini berguna kepada :-

(a) Guru

Sejarah matematik dapat dijadikan suatu bahan bantu pengajaran yang sangat

berguna dalam pengajaran matematik. Ini kerana sejarah matematik memberi makna

yang berlainan kepada para pelajar mengikut minat dan dan kecenderungan mereka. Guru

harus pandai memilih, menyampai dan menggunakan bahan sejarah supaya pelajar

meminatinya. Kajian ini dapat membantu guru ke arah meningkatkan motivasi, dorongan

dan minat dalam diri pelajar serta pembelajaran berkesan terhadap matematik.

(b) Pelajar

Sejarah sesuatu tamadun, tokoh dan kaedah yang di selitkan mengikut kesesuaian

kaedah yang dibincangkan dalam kajian ini boleh meluaskan pandangan pelajar terhadap

matematik. Mereka dapat mengikuti perkembangan pemikiran ahli matematik zaman

dahulu dan dapat menyedarkan mereka bahawa adalah suatu bidang yang dinamik dan

sentisa berkembang.

1.6 Skop Dan Batasan Kajian

Skop kajian tertumpu kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran matematik

bagi Tingkatan 2. Kajian ini cuba mengemukakan suatu alternatif penyesuaian kepada

para guru dari aspek sejarah bagi masalah pengajaran dan pembelajaran bagi topik teorem

Pythagoras bagi Tingkatan 2 sahaja. Bahan sejarah ini dapat menyedarkan pelajar-pelajar

bahawa matematik bukanya sumbangan daripada sebuah tamadun tetapi bersifat

antarabangsa dan tidak terhad kepada bangsa atau tamadun tertentu.

Page 24: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN …€¦ · berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik

10

1.7 Penutup

Dalam bab ini telah menerangkan tentang latar belakang masalah, pernyatan

masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian

yang telah dijalankan.