tawassul dan wasilah · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari...

12
Hakikat Hakikat Hakikat Hakikat Hakikat TAWASSUL DAN WASILAH DALAM PANCARAN KITAB DAN SUNNAH Kandungan

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

i

HakikatHakikatHakikatHakikatHakikatTAWASSULDAN

WASILAH

DALAM PANCARAN KITAB DAN SUNNAH

Kandungan

Page 2: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

iii

HakikatHakikatHakikatHakikatHakikatTAWASSULDAN

WASILAHDALAM PANCARAN KITAB DAN SUNNAH

LIBRARY

PenterjemahUSTAZ HAJI ALI HAJI MOHAMED

Kandungan

Page 3: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

iv Hakikat Tawassul dan Wasilah

JudulHAKIKAT TAWASSUL DAN WASILAH

PenterjemahUSTAZ HAJI ALI HAJI MOHAMED

© 2004 Hakcipta Terpelihara olehTHINKER’S LIBRARY SDN. BHD.

Diterbitkan olehTHINKER’S LIBRARY SDN. BHD.(Co. No. 110008-D)123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungai Tua,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-6189 7570 Faks: 03-6187 8525Email: [email protected]

Cetakan Pertama 2004

ISBN 967-69-0485-6

Dicetak olehSprint Service Kandungan

Page 4: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

v

Kandungan

Muqaddimah .......................................................................................... viiPendahuluan ............................................................................................ 1

BAB 1• Tawassul Dan Wasilah Dalam Pancaran Al-Quran

Dan As-Sunnah ................................................................................ 41• Ziarah dan Dalil Syariatnya............................................................ 83• Disyariatkan Keberangkatan Melakukan Ziarah ..................... 106• Adab-adab Ziarah ........................................................................ 146

BAB 2• Syubhat Orang Yang Ingkar Terhadap Tawassul Berserta

Jawapan Terhadap Mereka ....................................................... 159• Syubhat Mengingkari Istighathah Dengan Perantaraan Orang

Mati Berserta Jawapannya ......................................................... 185• Syubhat Ingkar Ziarah Kubur Nabi Dan Orang-orang Soleh

Berserta Jawapannya .................................................................. 210• Syubhat Mengingkari Solat Di Masjid Yang Berkubur

Berserta Jawapan Terhadapnya ................................................ 228• Syubhat Mengingkari Sampainya Pahala Al-Quran Dan Doa

Kepada Si Mati Berserta Jawapan Terhadapnya .................... 243

BAB 3• Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain Di Kubur Mereka Beserta

Jawapan Atasnya 281Kehidupan Para Nabi Di Kubur Mereka............................ 282Kehidupan Para Syuhada’ Di Kuburnya ............................ 301Kehidupan Semua Orang Mati Dikuburnya ..................... 314

• Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah Yang Dimiliki ... 340Karamah Para Wali .............................................................. 375Karamah Para Wali Setelah Wafatnya .............................. 402

• Mencium Tangan Dan Mencari Berkat Dengan PeninggalanOrang-orang Soleh ....................................................................... 426

Mencari Berkat Dengan Athar Orang-orang Soleh ......... 446

Page 5: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

vi Hakikat Tawassul dan Wasilah

BAB 4• Zikir Dan Hikmah Disyariatkan Berdasarkan Al-Quran

Dan As-Sunnah .............................................................................. 471Jenis-jenis Zikir ....................................................................... 486Keutamaan Zikir Jahar ........................................................ 488Zikir Munfarid Dan Zikir Bersama Jama’ah 508Zikir Muqayyad Dan Zikir Muthlaq...................................... 511Pergerakan Di Dalam Zikir .................................................. 518

• Keutamaan Dan Buah Zikir ......................................................... 524Zikir Dengan Tasbih Dan Doa ............................................. 545Buah Zikir ................................................................................ 549

• Tasbih Dan Dalil Disyariatkan ...................................................... 561

BAB 5• Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 577• Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah Sallallahu

‘Alaihi Wasallam ........................................................................... 643Makna Selawat Bagi Rasulullah Sallallahu �Alaihi Wasallam 667

• Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam Dan Faedahnya ......................................................... 677Hasil Selawat Untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 704

Selawat Dan Salam Yang Ma’thurah Bagi RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam................................................. 711

• Syafaat Dan Dalil Ketetapannya Bagi Rasulullah ................... 719

Kutubul Maraji’ ................................................................................. 748

Page 6: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

vii

MUQADDIMAH

Alhamdulillah, sesungguhnya segala puji dan syukur adalahhak Allah s.w.t. Tidak terhingga keluasan kurniaanNya

kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar darihidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagaiumat di bawah naungan RasulNya yang terulung, NabiMuhammad s.a.w.

Dengan kerendahan hati, wajib kita bersyukur keranatergolong dalam umat manusia yang telah diilhamkan untukmentauhidkan Allah s.w.t, dan diberi petunjuk untukmenghindari perlakuan syirik atau menduakanNya. Kita harusmenyedari kelemahan kita, dan memohon diajar dan dibimbingcara bersyukur yang mendayakan kita mengenaliNya, Penciptakita dan sekalian alam.

Perlu pula kita bersyukur disebabkan kurniaan dankesempatan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w, manusiatermulia dari sekelian mahluk. Dalam rangkaian kurniaan ini,tiadalah yang lebih utama dari luangan yang terbuka untuk kitamenerima ajaran Islam, Iman dan Ihsan.

Islam adalah agama samawi. Iaitu agama yang datangdaripada Allah s.w.t. Agama yang bebas dari sentuhan atauinovasi manusia. Sebagai bukti agama ini bersumber daripadaAllah s.w.t, telah diturunkanNya Al Quran menerusi RasulpilihanNya untuk Baginda s.a.w sendiri menyampaikan Risalahitu, menunjukkan cara mengamalkannya dan melengkapimelalui penghayatan seruan Al Quran dengan sesempurnanya.Firman Allah s.w.t.:

vii Kandungan

Page 7: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

viii Hakikat Tawassul dan Wasilah

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkankepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan(apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidakmenyampaikan amanatNya. Dan Allah memelihara kamudari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberipetunjuk krpada orang-orang kafir.”

(Al-Maaidah: 67)

Seluruh kewujudan dan akhlak Muhammad s.a.wmelambangkan Al Quran. Penjiwaan sempurna diri NabiMuhammad s.a.w terhadap intipati Al Quran dicerminkan padasetiap zarrah keperibadiannya. Kita dapati ini pada himpunanpertuturan, perlakuan dan isyaratnya. Kita kenalinya sebagaiHadis Nabawi yang dipacu oleh bimbingan wahyu. Allah s.w.t.telah menjelaskan dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasuldari antara kamu, dia menanggung berat apa yang dideritaikamu, sangat mengambil berat terhadap perkara kamu,sangat penyantun dan pembelas kepada kaum Mukminin.”

(At-Taubah: 128)

Nabi Muhammad s.a.w. diperuntukkan masa yang amatsingkat untuk menyempurnakan suatu perlembagaan manusia.Perlembagaan yang menjadi garis pandu hidup dan peranan

Kandungan

Page 8: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

ix

manusia di atas muka bumi ini, yang bermatlamatkanpencapaian hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Namun,dalam kesempitan waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w telahberjaya menyampaikan risalahnya dengan sempurna. Setiapsuruhan dan larangan Allah s.w.t telah diperincikan sebagaipanduan yang lengkap yang didasari oleh petunjuk Al Quran.Tujuan dasarnya adalah menyediakan suatu peradaban murni,yang membawa manusia ke jalan yang benar dan menghidarikesesatan melalui pegangan teguh Al Quran dan As Sunnah.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

‘Tidakku tinggalkan sesuatu yang mendekatkan kamu kepadasyurga, kecuali sudahku perintahkan kepada kamu. Dantidak ada sesuatu yang mendekatkan kepada api neraka,kecuali sudahku larang kamu darinya.’

Alangkah bahagia para sahabat yang sentiasa mendampingiRasulullah s.a.w. Sesungguhnya, mereka merupakan manusiayang terpilih yang secara langsung dikurniakan petunjuk dibawah naungan didikan, bimbingan dan fatwa Nabi s.a.w.Bertuah juga para salihin yang berkesempatan berinteraksi danmenerima tunjuk ajar para sahabat Rasulullah s.a.w. Walaupunmereka tidak berpeluang bersama Rasulullah s.a.w, namunmereka berada di suatu zaman yang amat dekat dengankehadiran Baginda s.a.w. Mereka masih berkesempatanmenikmati keharuman suasana di mana Rasulullah s.a.w. barusahaja berada di dalamnya. Kita kenali mereka sebagai paratabi’in dan ikutan dan ikatan pertalian seterusnya. Para sahabat,tabi’in dan rantaian seterusnya itulah yang berhak diberi gelaranRijal yang berganti-gantian meneraju umat Muhammad s.a.w.

Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, Abdullah ibn UmarRadhiyallahu Anhuma berkata: “Barangsiapa yang ingin meniru,

Muqaddimah

Kandungan

Page 9: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

x Hakikat Tawassul dan Wasilah

hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, iaituperjalanan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, kerana merekaitu adalah sebaik-baik ummat ini, dan sebersih-bersihnya hati,sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannyapenanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilihAllah untuk menjadi para sahabat NabiNya S.A.W dan bekerjauntuk menyebarkan agamaNya. Kerana itu, hendaklah kamumencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka.Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang berdiridi atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Ka’bah!” (Hilyatul-Auliya’ 1:305)

Dari gunung-ganang dan padang pasir tandus SemenanjungArab, Islam telah bergerak kemuka dengan kelajuan yangmenakjubkan. Dalam jangka setengah abad setelah kewafatanRasulullah s.a.w, Islam telah bertapak di tiga benua. Harusdiperjelaskan bahawa penerimaan Islam sebenarnya didasarioleh ketulusan At Tauhid dan penekanan bahawa kewujudansetiap insan dinaungi rahmah Allah s.w.t. Hanya padapermulaannya, Islam digugat begitu keras oleh kaum jahiliah diSemenanjung Arab yang memerlukan penanganan sewajarnya.

Islam merupakan agama sejagat. Itulah sebabnya tamadunIslam ditunggak oleh kesatuan yang sesungguhnya tegasmenentang diskriminasi bangsa atau kaum. Bangsa-bangsa besaryang menganut Islam seperti Arab, Parsi, India, Melayu, China,Turki dan Afrika, semuanya telah memberi sumbangan kepadapembangunan peradaban Islam. Islam amat menggalakkanumatnya belajar dan mengenal budaya saudara-saudara merekayang berlainan tetapi penuh keistimewaan. Tamadun sejagatyang dicipta Islam membolehkan manusia dari pelbagai latarbelakang bekerjasama dalam menyemai berjenis-jenis benihilmu. Apa yang timbul dari penyatuan peradaban tadi merupakansuatu ‘mukjizat’ ilmu yang berdaya memacu kemajuan hinggahari ini.

Kesejagatan Islam juga telah menjemput kepelbagaianterjemahan aspek-aspek agama. Tidak kurang pula kitajumpakan pengadunan fahaman Islam dengan adat resam.Sudah pasti itu menyebabkan lahirnya perlakuan-perlakuan

Kandungan

Page 10: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

xi

yang berkisar jauh dari inti pengajaran Islam. Bila sesuatu itutelah jauh dari sumbernya, kecuaian dan kelekaan akan meresapdan akibatnya ketulinan akan terkabur. Inilah kelemahan besaryang terdapat pada umat Rasulullah s.a.w pada zaman inisepeninggalan Baginda lebih 1400 tahun dahulu. Kita perlu insafbahawa campur aduk dalam fahaman agama, kelemahan umatdan kurangnya kesatuan dan perpaduan merupakan kesan dariperilaku para penganut Islam sendiri.

Kita bersyukur kerana masih ada lagi sebilangan umat Is-lam yang terus cuba mengkaji dan menyelidik Al Quran dan AlHadis, mencari dan menegakkan kebenaran. Alhamdulillah,bukti utama kebenaran Islam iaitu Al Quran dan Al Hadis tetapterpelihara. Kesahihan Kitab Allah s.w.t dan sunnah RasulNyas.a.w hingga ke hari ini, menjelaskan bahawa inilah kemampuanyang di luar jangkauan manusia. Hanyasanya, Allah s.w.t yangberkuasa menjaga Al Quran dan Al Hadis, walaupun dalamsuasana hari ini di mana manusia sudah mula sombong denganilmu dan keupayaan berfikirnya, dan lebih condong untukmengkufuri nikmat Allah s.w.t. Walau dalam apa keadaan pun,kesucian agama Islam tetap terjaga kerana ia bukan rekaanmanusia. Ini jelas difirmankan oleh Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dansesungguhnya Kami benar-benar memeliharaNya”

(Al-Hijr : 9)

Dari hubungan manusia dengan Allah s.w.t, manusia sesamamanusia, adab dan tatasusila pergaulan lelaki dengan wanita,antara manusia dengan haiwan, jalinan manusia dengantumbuh-tumbuhan, kaitan manusia dengan alam semestasehingga yang terpenting sekali iaitu hubung kait manusiadengan alam akhirat.

Sekiranya, manusia lupa terhadap nikmat Allah s.w.t, itutidak sekali-kali mengurangkan kewibawaan agama Allah s.w.t.Sesungguhnya, Allah s.w.t., Pencipta segala sesuatu dan yangberhak disembah tetap memelihara kemurnian Islam.

Muqaddimah

Kandungan

Page 11: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

xii Hakikat Tawassul dan Wasilah

Keadaan dunia waktu ini, yang sentiasa bergejolak danjarang sangat memberi ketenteraman, mengingatkan kita kepadaperjuangan dan ijtihad para ulama untuk menguasai ilmu sejakratusan tahun dahulu. Kita harus mengingati jasa mereka danmerindui perjuangan mereka. Apa yang mereka lakukan adalahsemata-mata untuk meninggikan martabat agama dan umatIslam. Merekalah pewaris perjuangan Rasulullah s.a.w. Haruskita fikirkan kehidupan kita hari ini tanpa jasa dan sumbanganmereka. Atas kepimpinan merekalah kita masih berdayamenerima bimbingan, panduan dan hidup terarah. Dengankeberkahan merekalah kita masih dapat menjaga keterlanjuranhawa nafsu, kesombongan dari kononnya daya akal yang semakinhebat, dan perlakuan kehaiwanan atau lebih buas dari itu.Didikan dan contoh merekalah yang menyemarakkan semangatkita untuk memperbaiki akhlak kita.

Dari pokok Ad Din yang merangkum Iman, Islam dan Ihsan,para ulama telah menghuraikan pelbagai dahan ilmu. Apakahtidak wajib kita bersyukur atas kurniaan petunjuk Allah s.w.tmelalui para ulama itu?

Justeru, berbaik sangkalah terhadap para ulama yang telahmenghabiskan masa hidup mereka mengkaji dan menghuraikansecara terperinci bermacam-macam cabang ilmu. Sebagai insan,pasti sukar untuk setiap mereka menguasai semua bidang ilmu.Tetapi, Alhamdulillah, dengan kurnai Allah s.w.t, pelbagaibentuk ilmu itu mampu dibangun dan disajikan dengan adanyapengkhususan bidang, dan kurniaan bakat dan kemahirankepada mereka oleh Allah s.w.t.

Yang anehnya, ada di kalangan umat yang berani mengkritik,malah menyalahkan pegangan dan fahaman para ulama itu.Sedangkan begitu nyata bahawa para pengkritik itu bukanlahmereka yang setanding atau memiliki kemampuan yangseimbang. Tidak keterlaluan sekiranya disebut bahawa mungkinbelum terdaya mereka membaca dan memahani sebahagian darikarangan para ulama itu. Mungkin lebih berakhlak jikadiusahakan kajian yang mendalam mengenai karangan ataufahaman para ulama sebelum sesiapa cuba menyalahinya.

Kandungan

Page 12: TAWASSUL DAN WASILAH · 2014-12-19 · kepada kita, dan tiada kurniaan yang lebih besar dari hidayahNya iaitu Islam dan seterusnya mencetak kita sebagai umat di bawah naungan RasulNya

xiii

Buku Hakikat Tawassul dan Wasilah, karangan Sheikh MusaMuhammad Ali ini, kami pilih untuk diterjemahkan, dari bahasaArab, kerana dirasakan penting bagi mereka yang inginmengetahui secara ilmiah tentang mawdhu-mawdhu, yangmungkin ada kekeliruan terhadap kesahihannya. Ia jugabertujuan menjadi penawar bagi segala tengkarah dan lontarantuduhan yang tidak wajar. Harus sekali kita berbaik sangkadan berlapang dada dalam mengkaji sesuatu bidang ilmu. Cubakita hindarkan dari bahaya emosi yang hanya menghanyutkankita ke arus pertelingkahan.

Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat kami, bukuHakikat Tawassul dan Wasilah ini dapat diterjemahkan dalambahasa Melayu. Dengan rasa rendah hati dan menyedarikelemahan pada diri kami, kami percaya terdapat banyakkekurangan dalam penterjemahan ini. Untuk itu, kami mohonmaaf kepada sidang pembaca. Kami juga mengharapkan tunjukajar, bimbingan dan nasihat untuk bekalan hari muka.

Kami berhutang budi kepada para sahabat yang arif yangtelah membantu untuk menyempurnakan terjemahan ini.Semoga segala sumbangan dan kerjasama mereka menemuikeredaan dan rahmah Allah s.w.t.

Ke hadrat Allah s.w.t, kami berdoa dan bermohon menjadikanamal ini suatu amalan ikhlas, bermanfaat kepada kami dansekalian kaum Muslimin.

Ustaz Haji Ali Bin Haji MohamedSingapura01 Oktober 20034 Sya’aban 1424

Muqaddimah

CLICK HERE TO CONTINUE...

Kandungan