sejarah kita

Upload: rubieybiey

Post on 09-Mar-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

salam

TRANSCRIPT

Sejarah Kita "Orang yang tidak mengenali sejarah, akan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama sepanjang hidupnya"widget

Blog IniDipautkan Dari SiniWeb

Blog Ini

Top of FormBottom of FormDipautkan Dari Sini

Web

Selasa, 20 Januari 2009Faktor-faktor yang mendorong campur tangan kuasa-kuasa Barat di negara-negara Asia menjelang abad ke-19.(Excel 1) Sejak abad ke-15 hingga abad ke-17 lagi kuasa-kuasa barat seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, British, Perancis dan Amerika Syarikat telah menjelajah dan meneroka negara-negara di benua Asia. Menjelang abad ke-19 kuasa-kuasa barat ini telah campur tangan di negara-negara Asia melalui dasar imperialisme masing-masing.Terdapat banyak faktor yang mendorong campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia yang merangkumi faktor ekonomi, politik dan sosial.

Faktor Ekonomi.Kepentingan ekonomi telah mendorong kuasa-kuasa barat untuk campur tangan di negara-negara Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Bermula pada abab ke-15 kuasa-kuasa barat berminat untuk menguasai kekayaan dan bahan mentah yang terdapat di Asia seperti rempah, teh dan sutera. Keinginan ini semakin berkembang selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Britain.Kuasa barat berlumba-lumba untuk mencari kawasan yang kaya dengan bahan mentah untuk memenuhi keperluan industri negara masing-masing. Kawasan-kawasan ini juga dijadikan sebagai pasaran bagi pelbagai hasil keluaran industri mereka.Kepesatan industri mengetin makanan dan pembuatan kenderaan mendorong Britain untuk campur tangan di negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah, petroleum dan getah. British juga turut meluaskan pengaruh politiknya di India dan China.Perancis meluaskan kuasanya ke Vietnam kerana ingin menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking. Belanda pula ingin monopoli perdagangan rempah di Kepulauan Indonesia dengan menguasai kepualauan Maluku, Tidore dan Ternate. Manakala Amerika Syarikat memerlukan tempat persingahan kapal-kapal nelayan dan menjaga kepentingan perdagangannya dengan China. Oleh itu Amerika Syarikat menguasai Pelabuhan Hakodate dan Shimoda di Jepun.

Faktor Politik.Kuasa-kuasa barat berhasrat untuk meluaskan empayar masing-masing bagi meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia. Kuasa barat yang mempunyai tanah jajahan yang luas akan disanjungi dan di hormati.Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba untuk meluaskan empayar masing-masing. Jerman dan Itali juga tidak ketinggalan dalam persaingan ini.Persaingan di kalangan kuasa-kuasa barat ini telah mempercepatkan lagi proses campur tangan mereka di Asia. British memerangi Burma kerana kebimbangan terhadap perluasan kuasa Perancis. Desakan kerajaan dan golongan kapitalis turut mempengaruhi campur tangan British di China, India dan Myanmar.British dan Belanda menggunakan slogan beban orang putih manakala Perancis menggunakan slogan tugas menyebarkan tamadun. Mereka mendakwa lebih bertamadun dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan masyarakat di Asia.Pergolakan politik di negara-negara Asia mengundang campur tangan kuasa barat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pemerintah tempatan gagal menjaga keamanan dan keselamatan lantas memaksa kuasa-kuasa barat untuk memberi bantuan seperti penglibatan Belanda dalam membenteras masalah perlanunan di Kepulauan Rempah di Indonesia.

Faktor Agama.Tugas menyebarkan agama dianggap suci. Oleh itu Perancis menyebarkan agama Kristian di Vietnam, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.Lanjutan daripada Perang Salib mendorong kuasa barat mengkristiankan masyarakat tempatan di negara-negara Asia Tenggara bagi menyaingi pengaruh agama Islam yang kukuh bertapak di Asia. Kesannya ramai masyarakat tempatan di Vietnam, Filipina dan Indonesia menganut agama Kristian.

Lain-lain Faktor.Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, perhubungan dan pengangkutan serta revolusi dalam ilmu pengetahuan menjadi pemangkin kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia.Kemampuan bidang perkapalan dan pelayaran membolehkan kuasa-kuasa barat menghasilkan kapal berkuasa wap untuk mengharungai lautan yang luas.Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan dan menjimatkan kos pengangkutan antara barat dan timur.Selain itu penghasilan telegraf dalam bidang telekomunikasi mempercepatkan penyebaran maklumat terutama dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

Penutup.Abad ke-19 dianggap sebagai zaman perluasan kuasa-kuasa barat kerana dorongan dari pelbagai faktor. Kepentingan ekonomi dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat dan dibantu oleh faktor-faktor lain.Campur tangan ini telah memberi implikasi yang dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.Kesemua negara-negara di Asia telah jatuh ke tangan kuasa-kuasa barat kecuali Thailand. Jepun dijajah secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat manakala negara China diibaratkan sebagai sebiji tembikai yang dibahagi-bahagikan oleh kuasa-kuasa barat. Dicatat oleh Mr H di 4:03 PTG Label: Campurtangan kuasa barat 1 ulasan:

student kuantan berkata... tq sir.... 21 Jun 2011 10:54 PTG Catat Ulasan Pautan pada catatan iniBuat Pautan Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Mengenai SayaMr H Semporna, Sabah, MalaysiaIjazah Sarjana Muda pendidikan (UMS)2003, Pengkhususan Utama SejarahLihat profil lengkap saya

Blog Guru SMKTS Unit Bimbingan & Kaunseling

Gerbang Teknik & Vokasional SMK Bugaya II, Semporna

Lihat-lihat soalan Peperiksaan

Jumlah Pelawat

Pelawat

widgeo.net

Cari Blog IniTop of Form

powered by

Bottom of Form

Asma Ul-Husna (Sitti)

Gratisan Musik

Setiap Detik Adalah Sejarah Anda

Ini Buragas

Kem Kecemerlangan

Pengikut

Laman Sejarah Anjung Sejarah Sejarah Singapura Sejarah Malaysia STPM Kertas 2 Sejarah Kedah Sejarah Kelantan Sejarah Awal Pulau Pinang Sejarah Brunei Sejarah Sabah Moden Sejarah Malaysia Merdeka Sejarah Malaysia Bebas Sejarah Malaysia Sejarah Melaka dan Pelancongan Sejarah Muar/Kesultanan Melayu Melaka Sejarah Melayu G Sejarah Gemilang Sejarah Sejarah STPM 2 Sejarah STPM 1 Sejarah SPM di Wordpress Sejarah SPM Sejarah STPM Kertas 1 Raja Menagis

Laman Penting Berita Harian bernama borneo post Jabatan Imigresen Jabatan Khidmat Negara Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Lembaga Peperiksaan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia Portal Pendidikan Utusan

Blog Saya Panitia Bahasa Melayu Sejarah Malaysia

Forthcoming Google Calendar Events

Arkib Blog 2012 (3) April (1) Apakah Sejarah Februari (1) Sejarah Penubuhan Malaysia Januari (1) Pengertian Sejarah... 2011 (2) Disember (1) Semporna Awal? Bilakah Bermula? Mac (1) Dipo Negoro dan Perang Jawa 2010 (2) Oktober (1) Wasiat Raja-Raja Melayu antara Inti Utama dalam Pe... September (1) Disebalik 16 September 2009 (59) April (14) soalan 5:Golongan pembesar dikatakan memonopoli se... soalan 4:Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh... soalan 3:Corak pemerintahan dan pentadbiran di neg... soalan 2:Bincangkan pengaruh agama Islam dalam mas... Soalan 1:Peranan pembesar dalam sistem politik, ek... Kemerdekaan Siam Nasionalisme Siam Penerimaan dan Pengubahsuaian di Thailand Campur Tangan Kuasa Asing di Thailand Revolusi Siam 1932 Politik Siam 1910-1941 Chulalongkorn Perjanjian Bowring 1855 Mongkut Februari (24) Perjuangan Kemerdekaan Indonesia Kesan Pendudukan Jepun Terhadap Nasionalisme Indon... Pembahagian dalam Pergerakan Nasionalisme Indonesi... Sarekat Islam Nasionalisme di Indonesia Penerimaan dan Pengubahsuaian di Indonesia Dasar Etika Dasar Liberal Sistem Kultur Perang Jawa (1825-1830) Senario Politik Semasa Pendudukan Jepun di Asia Te... Gerakan Kesedaran di Asia Tenggara, Asia Selatan d... Tindakbalas Masyarakat Filipina, Myanmar dan Vietn... Masyarakat Berbilang Kaum di Asia Tenggara Faktor Kemunculan Imperialisme di Rantau Asia Hukum Adat Peraturan dan Undang2 di Asia Pengaruh Agama di Rantau Asia Agama Budha Sistem Kepercayaan dan Agama di Asia Sistem Ekonomi Di Asia Sistem Sosial Institusi Pemerintahan di Asia Skema Excel 2 2008 (Sejarah K2) Skema Percubaan STPM Sejarah K2 2008 Januari (21) Jawablah? Tokoh Sejarah? SILA JAWAB SOALAN MUDAH INI....? TIADA SESALKU JANJIKU PADAMU HANYA JIWA TERTAHAN BERGANTI SUDAH KASIHMU PADAKU Penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Bar... Dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan... Faktor-faktor yang mendorong campur tangan kuasa-k... Sistem masyarakat feudal di negara China dan Jepun... Adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Indi... Sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar... Peranan badan Eksekutif dalam sistem pentadbiran s... Faktor-faktor yang menyumbang kepada gerakan kesed... Sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu sehingga ... Dasar tidak campur tangan kepada campur tangan sec... Pengaruh agama Islam dalam kehidupan masyarakat te... Pertanian komersil di Tanah Melayu , Sarawak dan S... Dari Sri Mersing ke Semporna Sang Kancil Bodoh Sombong

Selamat Datang ke Sejarah Kita"Selamat Datang"

Templat Travel. Imej templat oleh loops7. Dikuasakan oleh Blogger.