proposal kita
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

BAB 1
1.1 PENGENALAN
Pada zaman yang serba moden ini, penjimatan daripada segi kos,ekonomi dan
masa adalah dititikberatkan. Setiap manusia cenderung untuk memilih perkara yang lebih
cepat, ringkas dan tidak memerlukan tenaga yang banyak dan juga kurang memerlukan
bantuan dari orang sekeliling. Pada awal ketamadunan manusia di muka bumi ini,
manusia menangkap ikan dengan menggunakan lembing ataupun batang yang tajam pada
hujungnya untuk menikam ikan di sungai.
Selepas menjangkaui peredaran masa, revolusi manusia telah menyebabkan
teknologi semakin berkembang dan telah berjaya mencari alternatif lain yang lebih
memudahkan untuk menangkap ikan dan ia dipanggil joran “fishing rod”. Dari
perkembangan yang berterusan ini, kini kita dapat lihat joran yang lebih canggih di kedai-
kedai alatan memancing.
1

Joran adalah salah satu alat untuk menangkap ikan. Lazimnya ia digunakan
sebagai hobi,sukan,rekreasi, dan juga sebagai sumber pendapatan sampingan. Panjang
batang joran lazimnya berukuran diantara 2 hingga 5 meter. Dengan panjang sebanyak
ini, ia akan memudahkan pemancing untuk menaikkan ikan. Kebiasaanya pemancing
berdepan dengan masalah untuk meletakkan joran di tempat yang bersesuaian mengikut
persekitaran yang tertentu semasa menunggu ikan menyambar umpan.
“Fishing Rod Holder” adalah alatan untuk memegang batang joran ketika
memancing. Tanpa alat ini, pemancing akan cepat letih dan bosan menunggu ikan
termakan umpan. Jadi “Fishing Rod Holder” memberikan kita kelebihan untuk
memudahkan kerja. Ia juga boleh mengelakkan joran daripada jatuh kedalam sungai atau
tempat memancing apabila daya tarikan dikenakan oleh ikan.. Disamping itu ia dapat
meningkatkan tahap keselamatan kepada pemancing dengan dapat mengelakkan
kecederaan kepada pemancing semasa menarik ikan ke darat.
2

Pada masa kini tidak lengkaplah joran jika tidak disertai dengan“PnP rod holder”
kerana ia membuatkan kerja lebih mudah dengan memeberikan ruang kepada pemancing
untuk berehat sambil menanti ikan menyambar umpan.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Kebiasaanya pemancing berhadapan dengan masalah untuk meletakkan jorannya
pada tempat yang bersesuaian. Lazimnya pemancing tidak mengunakan alat
pemegang joran tambahan pula alat pemegang joran hanya berfungsi kepada satu
penggunaan dan tertumpu kepada satu persekitaran memancing. Contohnya:
3

1.2.1 Mengurangkan penggunaan tenaga
Pemancing akan merasa letih dan bosan kerana terpaksa memegang joran dalam
tempoh masa yang lama sementara menunggu ikan menyambar umpan.
1.2.2 Faktor keselamatan (joran)
Apabila menggunakan kaedah konvensional, selalunya pemancing akan
meletakkan joran pada cerucuk kayu yang berbentuk u,v dan y sebagai alas joran.
Apabila daya tarikan yang dikenakan oleh ikan akan menyebabkan joran
tercampak atau terjatuh kedalam air.
Oleh itu kami berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan menghasilkan
produk yang lebih baik yang dinamakan “Fishing Rod Holder”. Kewujudan masalah
seperti yang diatas telah memberikan kami idea untuk menambahbaikan penggunaan
pemegang joran.
4

1.3
Objektif yang ingin dicapai setelah projek ini dihasilkan ialah:-
1) Menghasilkan alat pemegang joran yang boleh digunakan dalam pelbagai
persekitaran.
2) Mewujudkan persekitaran yang selesa semasa memancing.
3) Menghasilkan rekabentuk yang mudah dikendalikan.
1.4 Skop Projek
1) Skop utama projek ini, adalah untuk membolehkan alat pemegang joran
ini digunakan dalam pelbagai situasi.
2) Berdasarkan pemerhatian kami, projek ini adalah tertumpu kepada
pengubahsuaian daripada alat pemegang joran sedia ada yang lama kepada
alat pemegang joran baru yang cuba kami hasilkan
3) Kami juga perlu mengkaji tahap ketahanan alat ini terhadap daya tarikan
yang akan dikenakan ke atasnya.
5

BAB 2
KAJIAN LITERATURE
2.1 PENGENALAN
“Fishing Rod Holder” direka khas dan bersesuaian dengan suasana memancing
yang sebenar. Ia boleh digunakan pada sebarang situasi samaada dipersekitaran tanah
seperti tebing sungai, jambatan dan boleh digunakan semasa belayar menggunakan bot,
kapal layar dan sebarang pengangkutan laut. Untuk melakukan aktiviti ini pengguna
hanya memerlukan tempat untuk memasang “Fishing Rod Holder” samada di darat atau
di laut.
Produk ini direka untuk memenuhi kehendak pengguna kerana untuk membuat produk ini
100% bahan yang digunakan adalah berasal dari keluli lembut “mild steel” yang
mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, lebih mudah dikendalikan jika dibandingkan
dengan produk yang terdapat di pasaran pada masa kini dan mudah dibawa kemana-
mana.
Alat ini juga direka untuk memudahkan joran disimpan selepas digunakan kerana ia
direka mengikut konsep ‘plug and play’.
6

2.2 JENIS PEMEGANG JORAN BERADA DIPASARAN
Didalam pasaraya kita dapat melihat pelbagai jenis pemegang joran yang dicipta atau
dikeluarkan kepada pengguna yang berminat di dalam bidang ini. Daripada yang biasa
sehingga yang berteknologi tinggi dapat dilihat.
Rajah 2.2.1 :Pemegang joran automatik “The Hooker”
Pada masa kini alat pemegang joran telah mengubah cara manusia memancing.
Dengan mengguna alat pemegang joran ia memberikan kemudahan kepada pemancing
untuk duduk dan berehat sementara menunggu ikan menyambar umpan.
Pemegang joran jenis ini “The Hooker” diperbuat daripada mesin acuan suntikan
plastic “plastic mold injected polyurethane” dan springnya diperbuat daripada besi tahan
karat. Besi ini berkeupayaan yang tinggi dan tahan karat, ia boleh memegang pelbagai
jenis joran ia juga boleh menahan daya tarikan yang dikenakan ikan sehingga 50 lbs.
Apabila memperkatakan tentang memancing pada zaman sekarang, ia boleh
berlaku dalam pelbagai persekitaran memancing antaranya tebing sungai, atas bot, pantai
yang berbatu, atas jambatan dan digunakan diatas kayak.
7

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk alat pemegang joran dalam pasaran sekarang.
Ia bergantung kepada keupayaannya yang tersendiri dan kemahiran memancing. Sebagai
contoh memancing di atas bot, bukan semua alat pemegang joran boleh berfungsi di atas
bot. Berbanding dengan produk yang kami cipta ia dapat berfungsi dalam pelbagai
keadaan persekitaran.
Antara produk yang berada di pasaran:
RM 70.00
Figure 02: Scotty Model 230 Power locks Rod Holder
RM 125.00
8

Figure 03: Easy Mount Rod Holder
RM 160.00
Figure 04: Sure-Set Rod Holder W/Permanent Plate Mount
RM 150.00
Figure 05: Perko - Clamp-On Rod Holder - Chrome-Plated Zinc
RM 200.00
Figure 06: Big Jon Single Multi-Set Rod Holder;
9

RM 370.00
Figure 07: Lee''s Tackle - Aluminum Clamp-On Vertical Rod Holder Black 1'' -
1.315''OD
RM 370.00
Figure 08: Lee''s Tackle - Aluminum Clamp-On Horizontal Rod Holder Black 1'' -
1.315''OD
RM 240.00
Figure 09: Fishing Rod Holder 1215 (1529-5502148) - Rail Dia.: 1-1/4in.
10

RM 50.00
Figure 10: Attwood Sure Grip Steel Fishing Rod Holders- Horizontal Rod Holder, 4"
stem, 5 angle
RM 200.00
Figure 11: Fishing Rod Holder 1215 (Rail Dia.: 1-1/4")
Alat pemegang joran seperti diatas digunakan semasa belayar di laut. Jenis-jenis ini
dipasang pada bot, kapal, dan badan kayak. Sepanjang pemerhatian yang dibuat
kebanyakan alat ini diperbuat daripada besi, sesetengahnya daripada besi tahan karat dan
plastik. Alat pemegang joran di dalam pasaran tidak sesuai dan fleksibel untuk kegunaan
laut dan darat.
11

Kebanyakan harganya sekitar RM 50.00 hingga RM 400.00 tetapi masih
mempunyai had-had penggunaannya dalam pelbagai keadaan. Disamping itu, dalam
konteks negara kita, adalah sukar untuk mendapatkan pelbagai jenis alat pemegang joran
kerana bukan semua kedai peralatan memancing mempunyai kesemua jenis alat
pemegang joran yang mempunyai pelbagai guna.
Oleh sebab itu kami mencipta konsep reka bentuk baru bagi alat pemegang joran
yang diberi nama ‘Fishing Rod Holder’.
2.3 REKABENTUK TAPAK “BASE JIG”
Idea awal untuk membina “Base Jig” adalah setelah masalah untuk meletak joran
pada tanah timbul. Konsep asas yang digunakan dalam pembinaan “Base Jig” untuk
“Fishing Rod Holder” ialah berdasarkan pemerhatian terhadap penggunaan khemah di
atas tanah. Lazimnya khemah menggunakan pancang atau cerucuk yang dipasak ke
dalam tanah untuk mengukuhkan strukturnya daripada ditiup angin. Pancang ini diikat
pada tali yang disambung pada sisi khemah dan dicucuk kedalam tanah.
12

Penggunaan pancang pada khemah diaplikasikan pada pembinaan ‘Base Jig’
untuk mendapatkan kestabilan semasa meletakkan “Fishing Rod Holder” pada tanah.
Rajah 2.3.1 : Pancang yang dipasang pada khemah
13

2.4 REKABENTUK SISTEM PENGAPIT “CLAMPING SYSTEM”
Bagi membuat rekabentuk sistem pengapit, kajian dilakukan dengan melakukan
pemerhatian dalam katalog yang didapati dari kedai perkakasan.
Rajah 2.4.1 : Katalog dan jenis-jenis pengapit
Melalui katalog ini didapati pengapit jenis ‘Leveling Mount’ amat sesuai
digunakan untuk sistem pengapit pada “Fishing Rod Holder” kerana ia boleh
mendapatkan sudut semasa memasang FRH pada penghadang di tebing sungai. Untuk
mengurangkan kos produk pengapit jenis itu dibuat sendiri.
14

2.5 PEMILIHAN REKABENTUK
Lakaran produk dilakukan dahulu bagi menentukan rekabentuk yang terbaik
untuk dipilih sebelum proses membuat dijalankan.Gambar dibawah adalah contoh-
contoh lakaran yang telah dibuat dahulu:
Rajah 2.5.1: Rekabentuk Pertama
Rajah 2.5.2 : Rekabentuk Kedua
15

BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan penerangan yang berkaitan dengan alatan, komponen,
kaedah, teknik-teknik, dan peraturan-peraturan yang hendak dipatuhi. Bagi menyiapkan
dan menjalankan sesuatu projek dengan lengkap, beberapa aspek dan kaedah atau
tatacara perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu. Oleh itu aspek-aspek dan kaedah-
kaedah bagi melaksanakan satu projek ialah dengan mengetahui peralatan dan komponen
yang digunakan semasa menjalankan projek. Ia juga memudahkan pelajar mengenali dan
mengetahui setiap kegunaan peralatan dan komponen tersebut.
Oleh itu, aspek dan kaedah yang perlu ada dalam melaksanakan sesuatu projek
adalah dengan mengetahui peralatan dan komponen yang digunakan semasa menjalankan
projek. Ini adalah untuk memudahkan pelajar mengenalipasti serta mengetahui setiap
kegunaan peralatan dan komponen tersebut.
Untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu tinggi serta berkualiti, proses pembuatan
perlulah dilakukan dengan berperingkat-peringkat supaya hasil dapatan yang diperolehi
dapat memuaskan hati dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan mengikut
16

perancangan. Oleh itu jadual perancangan awal telah disediakan supaya penghasilan
projek dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan
3.2 CARTA GANTT
Penghasilan projek ‘ Fishing Rod Holder’ hendaklah dimulakan dengan
perancangan dari segi masa dan pembentangan jadual perancangan dan ianya bertujuan
agar dapat mengetahui samada ia dapat disiapkan mengikut jadual serta mencapai
objektif sebenar. Selain daripada itu, ia juga dapat memberitahu sejauh manakah
kemajuan projek kami dari semasa ke semasa dan menepati waktu yang ditetapkan.
Dihalaman sebelah menunjukkan jadual perancangan projek yang perlu diikuti
untuk menyiapkan projek ini. Perancangan ini dibuat supaya kerja-kerja projek berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah
dibuat.
17

18

3.3 PEMILIHAN BAHAN
Dalam menyempurnakan dan menyiapkan projek “Fishing Rod Holder”
ini, pemilihan bahan adalah amat penting bagi menghasilkan produk atau projek
yang berkualiti dan dapat diterima pengguna sekaligus mendapat permintaan yang
tinggi di pasaran kelak. Antara faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan
barang ini adalah :
i. Kualiti barang tersebut
ii. Harga pasaran
iii. Ketahanan dan keupayaan untuk berfungsi
iv. Boleh berfungsi dengan baik
v. Mudah diperolehi
vi. Boleh dikerjakan atau diproses dengan mudah.
Diantara bahan mentah yang digunakan adalah seperti yang telah
disenaraikan di bawah ini :
19

Rajah 3.3.1 : Rod Berongga (Hollow Shaft)
Rod ini berfungsi sebagai pemegang batang joran.
Rajah 3.3.2 : Bar Berongga(Hollow Bar)
Berfungsi sebagai badan utama untuk menyokong keseluruhan bahagian
Rajah 3.3.3 : Pancang
20

Berfungsi sebagai pengikat (Base Jig) dengan menyucuknya pada
permukaan tanah.
Rajah 3.3.4 Wayar
Berfungsi sebagai pembawa arus
3.4 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Di dalam penghasilan “Fishing Rod Holder” ini, pelbagai peralatan dan mesin
digunakan bagi memudahkan kerja-kerja tersebut. Peralatan dan mesin yang sesuai
diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk yang kemas dan baik. Ia juga sebagai
tindakan keselamatan dalam melakukan sesuatu kerja. Antara peralatan yang digunakan
adalah seperti yang tersenarai di bawah :
21

(a) Senarai peralatan utama :
i. Pita pengukur
Rajah 3.4.1 : Pita pengukur.
Pita ukur
Pita pengukur digunakan bagi mengukur panjang dan
lebar bahan yang hendak ditanda dan diperlukan. Ianya
sangat penting untuk mendapatkan ukuran yang tepat
seperti yang dikehendaki.
Ukuran yang terdapat pada pita pengukur adalah
seperti :
1 Inci = 25.4 mm
1 Cm = 10 mm
22

1 Kaki = 12 inci
1 m = 100 cm
ii. Sesiku L
Rajah 3.4.2 : Sesiku L.
Sesiku L
Alat ini merupakan tolok yang digunakan untuk
mengukur sudut 90 samada bahagian dalam atau luar. Alat ini
juga digunakan bagi mengukur kerataan dan ketepatan
permukaan yang bersudut
sebelum pemotongan dilakukan.
23

iii. Pensil
Rajah 3.4.3 : Pensil.
Pensil
Ia digunakan bagi menanda bahan kerja supaya kerja-
kerja pemotongan mudah dilakukan
iv. Ragum meja
Rajah 3.4.4: Ragum meja.
24

Ragum meja
Digunakan untuk memegang benda kerja semasa
proses pemotongan sedang dilakukan.
v. Penggarit
Rajah 3.4.5 : Penggarit.
Digunakan untuk membuat penandaan sebelum pemotongan hendak dilakukan
vi. Pembaris keluli
Rajah 3.4.6: Pembaris keluli.
25

Digunakan untuk mengukur dan membuat garisan lurus di atas benda kerja.
vii. Tukul besi
Rajah 3.4.7: tukul besi.
Digunakan untuk mengetuk sesuatu seperti penebuk pusat.
viii. Adang muka dan sarung tangan
Rajah 3.4.8: Adang muka dan sarung tangan.
26

Digunakan untuk mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan kemalangan ketika
melakukan proses kimpalan.
ix. Gergaji Besi
Rajah 3,4,9 : Gergaji besi.
Digunakan untuk memotong besi secara manual.
x. Kikir
Rajah 3.4.10 Kikir.
Digunakan untuk membersihkan atau meratakan permukaan besi setelah
diproses.
27

xi. Playar
Rajah 3.4.11 Playar.
Digunakan untuk memegang,memotong dan sebagainya.
xii. Penebuk Pusat
Rajah 3.4.12 : Penebuk Pusat.
28

Digunakan untuk membuat tandaan sebelum proses menggerudi dilakukan.
xiii. Sesiku-L
Rajah 3.4.13 : Sesiku-L.
Digunakan untuk mengukur sudut 90 darjah pada bahan kerja.
3.5 MESIN YANG DIGUNAKAN.
3.5.1 : Mesin gerudi.
29

Rajah 3.5.1 : Mesin Gerudi.
Digunakan untuk membuat lubang pada plat besi dengan mengikut saiz yang seperti
dikehendaki bergantung pada sais pada mata gerudi.
Kaedah menggunakan Mesin Gerudi :
i. Buat tandaan pada bahan kerja dengan menggunkan penebuk pusat
ii. Pastikan ragum diikat dengan kemas
iii. Pastikan bahan kerja diikat kemas pada ragum supaya memudahkan proses
menebuk lubang
iv. Pilih mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz lubang yang dikendaki.
v. Titikkan sedikit minyak pelincir supaya kehausan pada mata gerudi dapat
dielakkan.
3.5.2 : Mesin Canai tangan.
30

Rajah 3.5.2 : Mesin Canai Tangan.
Digunakan untuk mencanai besi supaya nampak lebih kemas.
Kaedah menggunakan Mesin Gerudi :
i. Suis dihidupkan terlebih dahulu.
ii. Biarkan roda pencanai berputar seketika
iii. Canai bahan kerja atau mata alat mengikut kehendak.
3.5.3: Peralatan kimpalan.
Rajah 3.5.3: Peralatan kimpalan.
Digunakan untuk mengimpal dan menyambung bahan kerja.
Kaedah menggunakan Peralatan Kimpalan :
i. Bersihkan permukaan bahan kerja daripada sebarang kotoran seperti karat yang
boleh menjejaskan hasil kimpalan.
ii. Laraskan arus bersesuaian dengan bahan kerja yang hendak dikimpal.
iii. Pastikan hadlaju Pergerakkan tangan sekata semasa mengimpal.
31

iv. Pastikan sudut kimpalan sentiasa 45° untuk mendapatkan hasil kimpalan yang
berkualiti.
v. Jarak arka adalah diantara 3mm hingga 5mm
vi. Pastikan anda menggunakan peralatan keselamatan.
3.5.4 : Disc cutter
Rajah 3.5.4 Disc cutter.
Digunakan untuk memotong bahan kerja dengan mengikut sudut yang
dikehendaki seperti pemotongan bar berongga yang bersudut 45°.
Kaedah menggunakan “Disc Cutter”:
i. Pastikan mata pemotong diikat kemas.
ii.Laraskan sudut pemotongan seperti yang dikehendaki.
iii.Bahan kerja perlu diikat kemas sebelum pemotongan dilakukan.
iv. Pastikan peralatan keselamatan seperti pelindung mata di pakai semasa poses
pemotongan di lakukan.
32

.
3.5.5 : Hand grinder.
Rajah 3.5.5 : hand grinder.
Digunakan untuk mencanai bahagian sisi bahan kerja kesan daripada proses
kimpalan dan pemotongn yang dilakukan. Ini adalah untuk menjadikan bahan kerja
tersebut nampak lebih kemas.
Kaedah menggunakan Hand Grinder :
i. Suis dihidupkan terlebih dahulu.
ii. Biarkan roda pencanai berputar seketika.
iii. Pastikan cengkaman tangan yang kuat semasa mencanai.
iv. Gunakan peralatan keselamatan seperti gogel.
33

3.5.6 : Mesin Kisar.
Rajah 3.5.6 Mesin kisar.
Mesin kisar atau mesin peraut adalah mesin yang berkebolehan memotong rata,
sudut, dan pelbagai permukaan dengan menggerakkan bahan kerja kearah
pemotong yang berputar. Ia juga boleh menggerudi, menggerek, melurah kunci,
memotong gigi gear, memotong lurah heliks, kerja-kerja khas dan lain-lain.
JENIS-JENIS MESIN KISAR
1. Jenis lutut dan turus
a) Peraut biasa
34

b) Peraut semesta
c) Peraut Tegak
2. Peraut Pengeluaran
3. Peraut jenis Automatik
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MESIN K ISAR
1. Turus
-sebagai badan dan tulang belakang mesin kisar kerana ia menyokong keseluruhan
bahagian mesin kisar.
2. Lutut
- Berada di hadapan turus dan direka boleh bergerak ke atas dan kebawah pada turus.
Padanya terdapat juga penggearan tukar suapan dan tuas-tuas pengawal mekanisme
suapan.
3. Spindal
-Berada dibahagian atas turus. Di bahagian hujung spindal terdapat lubang tirus untuk
menempatkan pelbagai pemotong peraut atau arbor.
4. Meja
-Meja terletak di bahagian atas lutut. Ia juga boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan,
ke hadapan dan ke belakang. Bagi mesin kisar model semesta, meja boleh dikilaskan
sehingga 45 sama ada ke kiri atau ke kanan. Meja berfungsi untuk memegang bahan
35

kerja semasa dimesin. Bahan kerja dicengkam terus pada permukaaannya atau
dipegang oleh ragum atau lain-lain alat yang diikat di atasnya dengan bolt atau nat
JENIS-JENIS MATA ALAT PEMOTONG
Mata alat lazimnya diperbuat daripada besi berkelajuan tinggi dan terdapat
pelbagai bentuk yang dicipta untuk tujuan masing-masing. ‘end mill’ direka untuk
memotong, melurah dan membuat poket. ‘end mill’ dua mata juga boleh digunakan
untuk kerja menggerudi. ‘ball end mill’ direka untuk membuat ‘fillet’ atau ‘chamfer’
pada lubang yang ditebuk.
Rajah 3.5.7 : Jenis-jenis mata alat pemotong
36

PENJAGAAN MATA ALAT
Jangka hayat mata alat boleh dipanjangkan dari biasa jika sentiasa menjaganya dengan
baik. Antara langkah-langkah penjagaan mata alat ialah :
1. Mata yang alat yang baru selalunya dibalut dengan kertas minyak dan jangan
buka kertas itu hingga ia mahu digunakan.
2. Kelajuan putaran yang sesuai harus digunakan mengikut jenis bahan kerja
supaya mata alat tidak tumpul.
3. Mata alat harus dielakkan daripada jatuh atau menggunakannya untuk mengetuk
sesuatu benda.
4. Cecair penyejuk seperti minyak harus digunakan semasa proses memotong
dijalankan supaya mata alat tidak cepat panas.
5. Sentiasa pastikan mata alat sentiasa tajam sebelum menggunakannya.
6. Simpan mata alat di kawasan yang sesuai untuk disimpan supaya ia tidak mudah
berkarat.
7. Pastikan arah putaran betul dengan arah suapan bahan kerja.
PERATURAN KESELAMATAN MENGENDALIKAN MESIN KISAR
37

Setiap mesin mempunyai peratuan keselamatannya masing-masing semasa
mengendalikannya supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Antara
peraturan keselamatan yang mesti dipatuhi semasa mengendalikan mesin kisar ialah:
1. Jangan menyentuh mata alat pemotong yang sedang berputar.
2. Guna sarung tangan semasa hendak memasang mata alat supaya tangan dapat
dilindungi dari luka.
3. Pastikan mesin dimatikan apabila hendak mengalihkan bahan kerja dari ragum
mesin.
4. Pakai gogel setiap kali menggunakan mesin.
5. Pastikan mesin dimatikan setiap kali hendak mengambil bacaan ukuran.
6. Dapatkan bantuan jika hendak menggerakkan banda berat seperti ragum mesin.
7. Jangan bergurau senda dengan rakan-rakan semasa mengendalikan mesin
kisar.
OPERASI MESIN KISAR
1. Sebelum memulakan kerja mengisar, ragum mesin perlu diukur dahulu
keselariannya dengan mesin kisar dengan menggunakan ‘dial indicator’ supaya
bahan kerja yang dipotong tidak senget.
38

Rajah 3.5.8 : ‘Dial Indicator’
2. Pastikan meja, arbor, spindal bebas daripada serpihan-serpihan besi.
3. Jangan pilih mata alat yang lebih besar daripada yang hendak digunakan.
4. Pastikan bahan kerja diapit dengan kemas pada ragum mesin.
5. Gunakan bar selari untuk mengapit bahan kerja supaya lebih kemas.
6. Pastikan arah putaran mata alat betul dengan arah suapan bahan kerja.
Rajah 3.5.9 : Arah suapan yang betul
PENJAGAAN MESIN KISAR
39

Setiap mesin harus dijaga dan diservis dengan baik supaya jangka hayat mesin dapat
dipanjangkan. Antara langkah-langkah penjagaan mesin yang perlu diketahui ialah :
1. Sentiasa menukar minyak pelincir bagi mesin kisar supaya pergerakan lebih
ringan dan licin.
2. Sentiasa bersihkan mesin setelah digunakan supaya serpihan-serpihan tidak
melekat pada bahagian yang sukar dibuang jika dibiar lebih lama.
3. Jangan memaksa mata alat untuk masuk kedalam ‘collet’, pastikan ‘collet’ bersih
daripada serpihan atau habuk besi.
4. Mulakan kerja permesinan setelah berpuasti hati dengan kondisi semua bahagaian
dapat digunakan.
5. Pastikan mesin diletakkan minyak setelah selesai digunakan untuk mencegah
karat.
5.9 BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN MESIN KISAR
1. ‘Collet’
40

Rajah 3.5.10 : ‘Collet’
2. Arbor
Rajah 3.5.11 : Arbor
41

Rajah 3.5.12 : Jenis-jenis arbor
3. Mesin kisar dan label bahagian yang lain.
Rajah 3.5.13 : Mesin kisar dan label bahagiannya.
3.6 4
42

Setelah kerja-kerja pemilihan bahan selesai, maka kerja-kerja
pendimensian pengukuran dan pemotongan pula dijalankan. Kerja-kerja ini
haruslah dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Antaran kerja
yang dijalankan ialah :
3.6.1 Mengukur dan menanda
Dalam peroses pengukuran plat besi,bar berongga dan silinder berongga
akan diukur dengan menggunakan pita pengukur. Selepas diukur, plat besi, bar
berongga dan berongga tersebut akan ditandakan dengan pensel dan penggarit
untuk memastikan ukuran yang hendak dipotong adalah tepat. Antara langkah-
langkah atau proses yang dilakukan adalah:
3.6.2 Memotong
Setelah peroses pengukuran dijalankan, proses pemotongan pula
dilakukan.Plat besi dan shaft yang telah diukur akan dipotong dengan
menggunakan mesin pemotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Setelah
memotong, kesan pemotongan pada hujung plat akan dikikir dengan
menggunakan kikir atau pun mesin pencanai bagi mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan dan mengemaskan permukaan. Kertas pasir juga akan
digunakan untuk membuang kecacatan pada bahagian bucu yang telah siap
dipotong.
43

3.6.3 Langkah kerja / Proses.
3.6.3 Bar berongga.
Langkah pertama, di mana plat besi jenis bar berongga,silinder
berongga dan “angel bar” di ambil kemudian di ukur dengan
menggunakan pita pengukur atau pembaris keluli mengikut saiz ukuran
seperti yang dikehendaki untuk membuat rangka projek.
Rajah 3.6.3 (1): Proses pengukuran dan tandaan.
44

i. Setiap ukuran yang telah di buat di tanda dengan menggunakan
pensil atau “marker pen” supaya proses pemotongan senang di
lakukan dan mengelakkan plat besi tersebut tidak tersalah potong.
ii. Apabila siap menanda, proses pemotongan pula dilakukan dengan
menggunakan “Disc Cutter”. Proses pemotongan ini perlu
dilakukan dengan berhati-hati supaya pemotongan yang dibuat
tidak silap serta dapat mengelakkan dari berlakunya kecederaan
atau kemalangan.
Rajah 3.6.3 (ii) :Pemotongan dengan menggunakan “disk cutter”
iii. Pemotongan yang dilakukan adalah terdapat dua jenis iaitu
pemotongan serong (sudut 45°) dan pemotongan biasa (sudut 90°)
45

Rajah 3.6.3 (iii): Bar Berongga yang telah dipotong serong
bersudut 45°.
iv. Seterusnya proses penandaan dibuat pada bahagian sisi bar
berongga untuk ditebuk.Sebelum proses penebukkan
dilakukan,pastikan bahan kerja diikat kemas pada ragum supaya
tidak bergoyang.Lubang ditebuk menembusi kedua- dua belah
permukaan serentak untuk mendapatkan kedudukan lubang yang
selari.
Rajah 3.6.3 (iv) : Menebuk lubang.
46

v. Setelah selesai proses pemotongan dan menebuk lubang,tatal
kesan daripada proses tersebut perlu di bersihkan menggunakan
kikir atau mesin canai jenis tangan supaya tidak mendatangkan
kecederaan dan mengemaskan permukaan supaya kelihatan
cantik.
Rajah 3.6.3 (v) :Proses Mengikir
vi. Pada bahagian belakang bar tersebut pula perlu melalui proses
mengisar untuk membuat laluan pergerakkan pencengkam supaya
tidak terkeluar dari landasnnya.
47

Rajah 3.6.3(vi) : Proses mengisar.
3.6.4 Tapak.
I. Tapak direka khas sebagai penyokong keseluruhan produk untuk
memberikan keseimbangan semasa di pasang pada permukaan
tanah.Tapak ini mempunyai empat penyokong disekelilingnya.Bar
berongga dipotong menggunakan “disk cutter”.
Rajah 3.6.4 (i) ; Pemotongan bar berongga.
II. “L bar” bersudut 45° perlu dikimpal pada setiap sisi bar berongga
tadi untuk memberikan lebih kestabilan bila digunakan. Sebelum
dikimpal,pastikan bar tadi diikat kemas pada ragum.
48

Rajah 3.6.4 (ii) Tapak yang siap dikimpal.
III. Pada setiap “L bar” tersebut perlu di tebuk untuk dijadikan tempat
menanam cerucuk.Pembaris besi digunakan unuk mendapatkan
kedudukan yang sesuai sebelum membuat tandaan.Gunakan penebuk
pusat untuk membuat satu tanda supaya proses penebukkan mudah
dilakukan.
Rajah 3.6.4 (iii) ;Penebukan lubang pada silinder bar
49

3.6.5 Silinder berongga.
I. Silinder berongga ini berfungsi sebagai pemegang joran.Bahagian ini penting untuk
menyokong keseluruhan beban joran padanya.Oleh itu, diameter silinder haruslah
bersesuaian dengan saiz batang joran.Langkah pertama, ukur panjang silinder
dengan menggunakan pita ukur dan buat tandaan menggunakan pensil.
Rajah 3.6.5 (i): Silinder yang belum di potong.
II. Potongkan silinder yang siap ditanda tadi menggunakan “disk cutter”. Pastikan
bahan kerja diikat dengan kemas. Proses pemotongan haruslah dibuat diluar
garisan tandaan supaya panjangnya tidak kurang daripada ukuran sebenar.
50

Rajah 3.6.5 (ii): Proses pemotongan.
III. Selepas selesai proses pemotongan,tatal kesan daripada proses pemotongan tadi
perlulah dibersihkan menggunakan kikir atau mesin canai supaya permukaannya
lebih kemas dan tidak mendatangkan kecederaan.
Rajah 3.6.5 (iii): Proses mengikir.
IV. Seterusnya,gunakan penebuk pusat untuk membuat tandaan pada titik tengah antara
diameter dan panjang silinder.Tandaan ini penting untuk memudahkan proses
menebuk lubang.Lubang di tebuk menembusi antara dua permukaan.
51

Rajah 3.6.5.(iv): Proses Penanda Rajah 3.6.5.(iv): Proses menebuk lubang.
V. Sebatang silinder kecil yang berfungsi sebagai penghubung antara silinder dan
badan utama yang mempunyai diameter yang sama dengan diameter lubang yang
ditebuk tadi dikimpal pada lubang tersebut.Tujuan lubang di tebuk bertujuan untuk
memudahkan proses kimpalan dilakukan. Sesiku L digunakan untuk memberikan
sudu tegak.
Rajah 3.6.5.(v): Proses kimpalan.
3.6.6 Sistem pengapit
52

I. Sistem pengapit merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan “Fishing
Rod Holder”kerana ianya memainkan peranan penting untuk memastklan alat ini
kukuh apabila dipasang.Pertama sekali, dua plat berbentuk segi empat sama
dikimpal pada bahagian sisi ”Angle Bar”
Rajah 3.6.6 (i): Plat segi empat yang sudah dikimpal
II. Satu lubang kecil ditebuk untuk memasukkan skru. Tujuan skru tersebut dipasang
adalah untuk memastikan sistem pengapit ini bergerak mengikut landasan yang
dibuat pada bar berongga.
53

Rajah 3.6.6 (ii): Lubang yang siap ditebuk.
III. Seterusnya, satu lubang di tebuk menembusi dua permukaan segi empat sama tadi
supaya kedudukannya selari antara satu sama lain.Lubang itu di tebuk di tengah –
tengah plat segi empat sama tersebut.Tujuan Lubang tersebut dibuat sebagai slot
penahan antara sistem pengapit dengan badan utama.
Rajah 3.6.6 (iii): Proses menebuk lubang.
IV. Satu lubang berdiameter 10mm ditebuk pada satu bahagian lain untuk
memasukkan batang skru kedalamnya.
54

Rajah 3.6.6 (iv): Proses menebuk lubang.
V. Pada lubang berdiameter 10mm tadi perlu dikimpal nat juga berdiameter sama
dengan lubang.Nat tersebut dikimal pada dua permukaan depan dan
belakanglubang tersebut. Nat ini memainkan peranan untuk mengikat kuat skru
supaya pengapit dapat mengapit dengan kemas.
55

Rajah 3.6.6 (v): Nat yang siap dikimpal.
VI. Satu silinder berongga ditebuk lubang untuk diletakkan bebenang skru supaya
mudah dikimpal.Silinder berongga berfungsi sebagai pemegang skru untuk
memudahkan pengguna untuk mengetat dan melonggarkan sistem
pengapit.Bahagian ini diberi nama kekunci.
56

Rajah 3.6.6 (vi): Proses mengimpal kepala kekunci.
VII. Satu plat dipotong berbentuk segi empat tepat untuk dijadikan sebagai
penahan.kemudian, satu silinder berongga bersaiz 10mm perlu dikimpal pada
bahagian tengah plat tersebut. Pada setiap bucunya perlu “chamfer” menggunakan
kikir agar tidak mendatangkan kecederaan.
Rajah 3.6.6 (vii): Penahan.
VIII. Besi bulat dipotong kepada dua bahagian. Kimpal kedua-dua besi tadi seperti
berbentuk T. Canai permukaan yang dikimpal tadi untuk mengelakkan ada
permukaan yang tajam dan untuk kekemasan. Potong besi yang berlebihan
disebelah atas pengunci.
57

Rajah 3.6.6 (viii): Proses mengimpal selak.
IX. Setelah siap, lakukan penebukan pada bahagian atas sebelah kanan pengunci
untuk meletakkan rantai.
Rajah 3.6.6 (ix): pengunci T yang telah dirantai.
X. Potong plat besi berukuran 100mm x 30mm. Canai permukaan yang dipotong
untuk membuang permukaan yang tajam. Kimpal plat yang dipotong tadi pada
‘hollow bar’ yang bersudut 45°.
58

XI. Ukur dan potong besi 15mm sepanjang 120mm. Canai dan lakukan ‘chamfer’
pada besi tadi. Lakukan langkah untuk plat yang sama.
Lakukan penebukan menggunakan mata penebuk bersaiz 9mm dan 6mm.
Rajah 3.6.6 (xi): Plat besi yang telah ditebuk
XII. Spring dikimpal pada permukaan plat 45°.Permukaan yang dikimpal dicanai.
Rajah 3.6.6 (xii) : Spring dikimpal pada plat 45°
3.6.7 PROSES MENAMPAL
I. Proses menampal simen dilakukan selepas semua komponen siap dikimpal.Proses
menampal ini dilakukan untuk menutup lubang dan kecacatan kesan daripada
59

proses kimpalan. Simen dibancuh dengan nisbah 1:3 dimana 1 mewakili
“hardener” dan 3 mewakili “superior polyester putty”.
Rajah 3.6.7 (i) : “hardener dan superior polyester putty”
II. Simen disapu pada lubang- lubang kesan kimpalan dan kecacatan lain untuk
mendapatkan permukaan komponen yang lebih baik.
60

Rajah3.6.7(ii):Proses meratakan simen dan Kompomen siap disimen.
III. Setelah selesai proses menampal simem,semua komponen tersebut dijemurkan
seketika untuk mengering dan mengeraskan simen.
Rajah 3.6.7 (iii) komponen yang telah dijemurkan untuk mengering dan
mengeraskan simen.
IV. Setelah simen tadi keras,ianya perlu digosok menggunakan kertas pasir untuk
mendapatkan permukaan yang lebih rata dan licin dengan mengunakan kertas
pasir bergred 80 dan diikuti gred 1000.
3.6.8 PROSES MENGECAT.
61

I. Proses mengecat dilakukan setelah permukaan semua komponen dibersihkan
daripada karat dan benda asing yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada
kualiti cat. Cat berwarna perak berkod J250 di gunakan.
Rajah 3.6.8 (i) :Jenis penyembur cat yang digunakan.
II. Sebelum proses menyembur cat, tin perlu digoyangkan sekurang - kurangnya 1
minit sehingga besi penbancuh bergerak. Tin dipegang pada jarak 12 atau 14 inci
daripada bahan kerja yang hendak disembur.
62

Rajah 3.6.8 (ii) : Jarak dan kaedah semburan.
III. Selesai proses menyembur cat,bahan kerja perlulah dibiarkan selama sekurang-
kurangnya 10 minit untuk mengeringkan cat tersebut.
Rajah 3.6.8 (iii) :Komponen yang siap disembur cat.
3.6.9 PROSES MENCANTUM
I. Proses pencantuman diantara komponen- komponen utama dilakukan selepas
selesainya poses menyembur cat. Pertama sekali, bar berongga perlu dicantumkan
dengan silinder berongga melalui plat besi.Dua batang skru dan nat digunakan
untuk mengikat antara bar berongga dan plat besi.
63

II. Untuk mencantumkan komponen sistem pengapit dengan badan utama,skru
digunakan untuk proses pencantuman antara kedua-dua komponen tersebut
supaya sistem pengapit dapat bergerak pada landasannya.
Rajah 3.6.9.(i) : Proses Pencantuman komponen.
3.6.10 PENDAWAIAN LED,BUZZER DAN LIMIT SWITCH
1. Wayar dari terminal positif bateri disambungkan ke terminal “Common” pada
suiz penghad.
2. Wayar pada terminal “normally open” disambungkan pada terminal positif LED
dan positif “buzzer”. Negatif “buzzer” dan negatif LED disambungkan bersama
dan terus ke negatif bateri.
LIMIT SUIS
64

COM/NO BUZZER LED
COM/NC
3.7 PEMBETULAN KESILAPAN DALAM PROJEK “FISHING ROD
HOLDER”.
Dalam menghasilkan sesuatu produk baru kadang-kala kesilapan sering berlaku.
Maka, untuk memastikan produk yang akan dihasilkan adalah berkualiti, pembetulan ke
atas sebarang kesilapan atau masalah yang berlaku pada produk tersebut perlu dilakukan
dengan sebaik mungkin. Ini adalah bertujuan untuk memastikan produk yang akan
dihasilkan betul-betul berkualiti dan memenuhi kehendak dan citarasa para pengguna.
Ianya juga dilakukan adalah untuk memastikan tidak terdapat kecacatan pada produk
tersebut. Pemeriksaan akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISA
4.1 PENGENALAN
65

Dapatan dan analisa merupakan satu proses melakukan siasatan atau
ujikaji ke atas produk yang telah dihasilkan. Ia meliputi proses untuk
mendapatkan maklumat mengenai hasil produk iaitu dari segi keaslian dan
kreativiti produk, kekemasan dan ketahanan produk, potensi komersil, kesesuaian
penggunaan bahan pada produk, ciri-ciri keselamatan, kesesuaian kos dan
demonstrasi.
Pengujian dilakukan bagi memastikan keberkesanan pada ragum yang
dicengkam mengikut kekuatan yang dikehendaki. Bahan-bahan yang akan
digunakan memerlukan ketelitian agar hasil dapatan dalam keadaan
keseimbangan. Hasil dapatan melalui produk yang dihasilkan memerlukan sedikit
penambahbaikkan dari segi ketahanan fizikal pada hujung produk. Ini adalah
untuk memastikan dapatan dapat menampung daya dan masih lagi dalam keadaan
keseimbangan.
Proses-proses analisa ini dilakukan supaya ia dapat memberikan
maklumat-maklumat penting dalam proses penambahbaikan yang perlu dilakukan
supaya dapatan yang dihasilkan tampak lebih kemas, teliti, serta selamat
digunakan.
66

Proses analisa ini melibatkan semua bahagian pada hasil produk. Ujikaji
perlu dilakukan pada setiap bahagian produk termasuk tapak dan komponen-
komponen yang digunakan untuk menguatkan lagi ketahan produk.
4.2 ANALISA PENGUJIAN
Daripada analisa teori, apabila satu daya dikenakan pada sesuatu bahan,
maka daya tindakbalas akan terbentuk. Selain itu, apabila ragum dicengkam maka
daya akan terbentuk pada hujung ragum. Berikut adalah analisa kepada teori yang
terdapat pada produk kami.
Analisa mengenai bahan-bahan yang digunakan ialah kelebihan bahan
yang digunakan dan faktor pemilihan bahan.
4.3 ANALISA DAYA – DAYA YANG BERTINDAK
Setelah produk siap dibina dengan daya-daya yang bertindak dalam
rekabentuk perlu diambil kira. Daya-daya yang terhasil ialah daya-daya semasa
67

ikan memakan dan menarik umpan. Selain itu daya-daya juga bertindak pada
hujung ragum yang dicengkam pada sesuatu bahan.
Bahagian-bahagian yang amat penting sekali dalam proses pengujian ialah
mencari bahagian - bahagian yang boleh menyebabkan daya bertindakbalas ke
atas bahagian yang dikenakan daya dan membuat proses yang dapat mengatasi
masalah mengenai rekabentuk produk tersebut.
Oleh yang demikian pemilihan bahan yang digunakan amat penting
supaya produk yang telah dibuat dapat menampung daya-daya yang dikenakan
semasa pengguna menggunakannya mahupun semasa tidak menggunakannya.
Faktor-faktor lain dalam membuat analisa mengenai daya-daya yang
bertindak ialah saiz batang rod, tapak, spring dan lain-lain.
4.4 ANALISA KESTABILAN
68

Analisa kestabilan perlu dilakukan untuk memastikan dapatan yang
dihasilkan dalam keadaan keseimbangan. Analisa kestabilan diambil dalam
beberapa kedudukan iaitu:
Semasa ikan memakan dan menarik umpan.
Semasa joran diletakkan pada silinder berongga.
Semasa bar berongga diletakkan pada tapak “base jig”.
Semasa bar berongga di cucuk pada tanah.
4.5 Analisa mengenai had-had penggunaan hasil projek
“Fishing Rod Holder” ini direkabentuk untuk meletakkan joran ketika
memancing dalam pelbagai situasi dan fungsi. Skop penggunaannya sesuai
digunakan untuk meletakkan pelbagai jenis joran pada setiap situasi dan fungsi.
Selain itu Fishing rod holder ini bersaiz sederhana dan mudah dikendalikan dan
dibawa ke mana sahaja. Rekabentuk ini menggunakan bahan-bahan yang boleh
menampung kekuatan daya yang dikenakan oleh ikan. “Fishing Rod Holder” ini
merupakan alternatif kepada penggemar aktiviti memancing.
4.6 Keaslian dan kreativiti
69

Rekabentuk yang direka berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan
daripada produk yang telah berada di pasaran dan telah dikomersialkan.
Bahagian dan reka bentuk projek adalah hasil dan idea daripada ahli
kumpulan.
Pemilihan rekabentuk dilakukan daripada rekabentuk-rekabentuk yang
dihasilkan.
Penambahbaikan dilakukan dengan penelitian terhadap produk-produk
lain seperti pancang yang selalunya dapat dilihat pada khemah.
4.7 Kekemasan dan Ketahanan
70

Penggunaan kikir dapat mengemaskan dan membuang tatal pada sisi dan bucu
produk untuk mencegah daripada kecederaan semasa menggunakan produk ini.
Kertas pasir digunakan untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata.
Simen jenis polyster digunakan untuk menutupi kecacatan semasa proses
penghasilan produk dijalankan.
Cat disembur untuk menambahkan kecantikan pada produk ini, disamping itu cat
juga dapat mencegah daripada berlakunya pengaratan.
Getah dipasang pada sistem ‘clamping’ untuk menambahkan daya cengkaman.
4.8 Potensi komersial
Produk yang dihasilkan ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana kos
penghasilan produk jauh lebih murah berbanding produk lain yang berada dipasaran.
Selain itu produk ini boleh digunakan dalam tiga situasi yang berbeza seperti di atas
tanah, dipasang pada bingkai atau tetulang bot dan boleh juga dipasang pada penghadang
ditepi sungai. Ia juga mesra pengguna kerana boleh digunakan oleh orang kurang upaya
(OKU),ia dilengkapi dengan buzzer dan ‘ light emitted diod’ (LED). Produk seperti ini
belum dikomersialkan di pasaran jadi kebarangkalian produk ini untuk dikomersialkan
adalah tinggi.
4.9 Kesesuaian penggunaan bahan
71

Bahan yang digunakan adalah ‘mild steel’. ‘Mild steel’ bersifat kebolehmesinan
yang tinggi jadi ia mudah dipotong, ditebuk dan dibentuk. Penggunaan silinder berongga
dan bar berongga amat sesuai kerana ianya dapat menjadikan produk ini lebih ringan.
4.10 Ciri – ciri keselamatan
i. Membuat ‘chamfer’ pada pepenjuru yang tajam.
Supaya dapat mengelakkan kecederaan pada anggota tubuh badan.
4.11 KOS
Dalam pemilihan bahan, kos adalah faktor utama dan penting. Ia adalah
melibatkan tentang pembelian bahan mentah. Selain itu juga kos penggunaan
mesin, bil elektrik dan upah pekerja juga perlu diambil kira untuk membuat bajet
dan juga untuk menetapkan harga apabila projek “Fishing Rod Holder” ini siap.
4.11.1 KOS-KOS YANG TERLIBAT
72

Dalam menghasilkan sesuatu projek sama ada projek yang dihasilkan
secara kecil-kecilan atau besar-besaran ia akan melibatkan kos-kos tertentu. Kos-
kos yang biasanya terlibat dalam sesuatu projek itu merangkumi pelbagai kos.
Kos yang terlibat bagi projek “Fishing Rod Holder” ini hanya melibatkan
beberapa kos. Antaranya ialah :
i. Kos perbelanjaan untuk bahan mentah.
ii. Kos penggunaan untuk peralatan tangan.
iii. Kos overhead.
iv. Kos buruh.
v. Kos benda kerja tidak termasuk kos buruh
vi. Kos keseluruhan projek
4.11.2 Kos perbelanjaan bahan mentah
73

NO BAHAN MANTAH KUANTITIHARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH
(RM)
1 BAR BERONGGA 1KAKI 3.50 3.50
2 SILINDER BERONGGA 1KAKI 5.00 5.00
3 SILINDER KECIL 1KAKI 3.50 3.50
4 RANTAI 1KAKI 1.00 1.00
5 PLAT 1KAKI 4.00 4.00
6 BEBENANG SKRU 1KAKI 3.00 3.00
7 SKRU (5mm) 2 BATANG 0.40 0.80
8 LED GREEN 1BIJI 1.30 1.30
9 LED BLUE 1BIJI 1.20 1.20
10 LED HOLDER 2UNIT 0.35 0.70
11 LIMIT SWITCH 2 UNIT 5.80 11.60
12 BUZZER 1UNIT 3.90 3.90
13 WIRE 2 METER 0.30 0.60
14 SEL KERING 1.5 VOLT 4.00 4.00
15 PENYEMBUR CAT 1TIN 6.00 6.00
16 SPRING 2UNIT 1.50 3.00
JUMLAH SEMUA 53.10
Rajah 4.11.2 Kos perbelanjaan bahan mentah
4.11.3 Kos penggunaan peralatan tangan
74

BIL JENIS PERALATAN KOS
1 PITA UKUR -
2 SESIKU-L -
3 PENSIL -
4 APIT-G -
5 PENGGARIK -
6 PEMBARIS KELULI -
7 PEMUTAR SKRU -
8 MESIN KISAR -
9 ANGKUP VERNIER -
10 MESIN GERUDI -
11 ALATAN KIMPALAN -
12 MESIN PEMOTONG -
13 MESIN PENCANAI -
14 KIKIR -
JUMLAHTIDAK
MELIBATKAN KOS
Rajah 4.11.3 Kos Penggunaan peralatan tangan
4.11.4 KOS TENAGA KERJA
75

Dalam penghasilan projek ini kesemua kos adalah di bawah tanggungangan kami
sendiri. Oleh yang demikan kami tidak dapat menentukan kos tenaga kerja dan kos
overhead. Bagi tujuan pemasaran “Fishing Rod Holder” antara beberapa kos yang perlu
diambil kira adalah seperti berikut :
Kos Pekerja
Kos tenaga kerja adalah kos yang perlu dititikberatkan dalam
penghasilan produk ini. Ia memainkan peranan yang penting dalam
menentukan harga sesuatu produk. Kos tenaga kerja ini terlibat
secara langsung sejak dari peringkat awal penghasilan sesuatu
produk sehingga sesuatu produk itu siap sepenuhnya. Anggaran
masa yang diperlukan adalah 8 jam dan dilakukan oleh 7 orang
pekerja. Anggaran purata bagi pekerja separuh mahir ialah RM
500 dimana tempoh bekerja adalah 8jam dan 20 hari sebulan.
Upah tenaga kerja :
= Purata upah bagi seorang pekerja dalam sebulan
Jumlah hari bekerja dalam sebulan X jumlah jam dalam sehari
= RM 500
20 X 8
= RM 3.13 / jam
Kos tenaga kerja = Upah tenaga kerja X jumlah pekerja X jumlah jam pekerja
76

= RM3.13 X 3 X 8
= RM 75.12
4.11.5 KOS OVERHEAD
i. Kos ini merupakan kos belian yang berkaitan dengan susut nilai
bagi penggunaan tenaga elektrik, kertas dan juga peralatan. Oleh
itu kami tidak dapat mengangarkan kos sebenar overhead dengan
tepat. Jadi kami menggunakan kos tenaga kerja sebanyak 20%.
Kos overhead = Kos tenaga kerja X 20%
= RM75.12 X 20
100
= RM 15.00
77

4.11.6 KOS KESELURUHAN
Kos binaan projek ini adalah lebih kurang RM 53.10. Ini kerana kami
menggunakan bahan besi dan peralatan elektrik Politeknik Seberang Perai.
Kos perbelanjaan bahan mentah = RM 53.10
Kos Pekerja = RM 75.12
Kos overhead = RM 15.00
Kos pembinaan (Jumlah keseluruhan) = RM143.22
78

4.12 Gambarajah pareto sebelum menggunakan produk :
Kesimpulan/analisa :
Daripada gambarajah pareto yang dilukis, maka dapat difahami bahawa jenis masalah
yang paling utama ialah masalah untuk meletakkan joran, tidak sesuai pada OKU dan
hanya satu situasi/fungsi iaitu dengan 50 aduan ( borang soal selidik ). Oleh itu, punca
masalah inilah yang mesti diselesaikan dahulu oleh kumpulan kami supaya kadar
79

kerosakkan pada produk dapat dikurangkan dan seterusnya meningkatkan lagi keupayaan
pengeluaran dan produktiviti keseluruhan organisasi.
4.13 Gambarajah pareto selepas menggunakan produk :
Kesimpulan/analisa :
Daripada gambarajah pareto yang dilukis, maka dapatlah simpulkan disini bahawa
objektif projek telah tercapai. Ini kerana masalah-masalah sebelum menggunakan produk
telah berkurang menjadi 20 aduan (borang soal selidik). Maka sebelum ini peratus
80

tertinggi adalah 91.5% telah berkurang menjadi 33.33% dengan jumlah aduan sebanyak
20 aduan pada masalah-masalah lain.
81

BAB 5
PERBINCANGAN
Setelah selesai menyiapkan projek “Fishing Rod Holder”, kami telah melalui
pelbagai proses tertentu untuk menghasilkan produk tersebut. Oleh itu, projek ini boleh
dikatakan berjaya mencapat objektif dan mengikuti jadual perancangan yang telah kami
rancang dengan jayanya.
Setelah tercetusnya idea untuk merealisasikan projek ini, maka kami telah
menjalankan beberapa langkah untuk mencari maklumat-maklumat dan mengenalpasti
masalah-masalah yang timbul. Seterusnya setiap langkah perlu diselesaikan di dalam
penghasilan projek semester akhir.
. Selain itu, bahan seperti spring telah mendatangkan sedikit masalah pada kami
untuk memilih kesesuaian spring yang akan digunakan kerana daya yang akan dikenakan
oleh ikan adalah berbeza bergantung pada saiznya.
82

BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Alhamdulillah... terlebih dahulu kami ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Politeknik Seberang Perai bagi perlaksanaan
projek semester akhir ini terutamanya kepada penyelia bagi kumpulan kami iaitu En
Mohd Firdaus Bin Ibrahim yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada kami
terus berjuang dalam menyempurnakan projek ini.
Secara keseluruhannya yang dapat disimpulkan disini bahawa rekabentuk “
Fishing Rod Holder ” ini telah siap direkabentuk dengan mencapai beberapa objektif-
objektif dan juga spesifikasi-spesifikasi awal yang telah ditetapkan pada awal permulaan
projek . Semasa menjalankan projek semester akhir ini, kami dapat mempelajari banyak
aspek samada dari segi teori dan juga praktikal di mana ianya banyak memberi
pengajaran disamping dapat meningkatkan kemahiran kepada kumpulan kami.
Projek “Fishing rod Holder” ini direkabentuk berdasarkan sedikit kajian yang
dilakukan berhubung dengan pemegang joran yang terdapat dipasaran. Seterusnya kami
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pengguna berkaitan dengan pemegang
joran. Daripada analisis data yang diperolehi, maka kami mencari jalan penyelesaiannya
dengan penambahbaikkan semula supaya ianya dapat memudahkan pengguna
mengendalikannya. Harapan kami terhadap projek ini pada masa-masa yang akan datang
ialah agar projek ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar junior dan membantu pelajar
menghadapi projek semester akhir.
83

Oleh itu, seperti sedia maklum projek semester akhir ini amatlah penting, maka
kami perlu melaksanakan projek ini dengan sebaiknya supaya dapat mendatangkan
manfaat kepada ahli kumpulan kami seterusnya kepada pihak Politeknik.
Antara cadangan-cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi fungsi
rekabentuk “ Fishing Rod Holder” ini ialah seperti berikut: -
Menggunakan bahan mentah yang lain seperti keluli tahan karat “ stainless steal ”
bagi menggantikan keluli lembut “ mild steal”. Penggunaan bahan ini akan
mengurangkan berat produk disamping ianya mempunyai sifat tahan lasak dan
tahan karat. Namun pengunaan bahan ini akan menyebabkan kos bahan
meningkat.
Menambahkan lagi kepelbagaian fungsi atau situasi yang bersesuaian seperti
dapat diikat pada batang pokok atau anggota tubuh badan manusia.
Harapan kami agar produk yang kami hasilkan ini dapat membantu para
pemancing mengatasi masalah untuk meletakkan joran pada tempat yang bersesuaian
supaya hobi memancing mereka tidak tergangu oleh masalah ini lagi.
84

85