sejarah dan kita

Upload: godziiherrix

Post on 20-Jul-2015

1.208 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Sejarah Dan Kita1.01.1 Pengertian Sejarah1. Ahli-ahli sejarah atau sejarawan memberikan beberapa pengertian tentang istilah sejarah. a. Herodotus; Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. b. Ibn Khaldun; Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. c. Muhd. Yusof Ibrahim. Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. 2. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada kata Arab, iaitu syajaratun yang membawa maksud: a. pohon atau pokok; b. salasilah, riwayat, asal-usul, dan keturunan. 3. Sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. 4. Rekod-rekod lalu dikaji oleh ahli-ahli sejarah dan hasil kajian itu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, filem, foto, dan sebagainya. 5. Antara penulis sejarah awal negara termasuklah: a. Tun Sri Lanang menghasilkan Sejarah Melayu; b. Abdul Hadi Hassan menulis Sejarah Alam Melayu; c. Raja Ali Haji menghasilkan Tuhfat al-Nafis.

1.01.2 Ciri-ciri Sejarah1. Ciri-ciri sejarah adalah penting bagi kita merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku. 2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dilakukan dengan mengumpul dan menyalin maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah. 3. Peristiwa yang bersejarah mempunyai ciri-ciri yang berikut: a. fakta yang tepat dan benar; b. penting dan bermakna; c. sebab dan akibat.

Fakta yang Tepat dan Benar

1. Fakta sejarah merupakan peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya. 2. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. 3. Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah atau direka. 4. Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 adalah contoh fakta yang tepat dan benar.

Penting dan Bermakna1. Peristiwa yang bersejarah mestilah penting dan bermakna kepada individu, keluarga, masyarakat atau negara. 2. Contoh-contoh peristiwa yang penting dan bermakna: a. hari kelahiran dan hari mula bersekolah merupakan peristiwa yang bermakna kepada seseorang individu; b. tarikh perkahwinan ibu bapa merupakan peristiwa yang penting kepada keluarga; c. Hari Pekerja dan Hari Guru merupakan hari bersejarah untuk menghargai sumbangan pekerja dan guru kepada masyarakat. d. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa yang bermakna kepada negara kerana menandakan tamatnya penjajahan British di negara kita.

Sebab dan Akibat1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan untuk mencari kebenaran sesuatu peristiwa yang pernah berlaku. 2. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, kita perlu tahu apa, siapa, bila, mengapa, bagaimana, dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. 3. Cara ini dapat membuktikan kesahihan sesuatu fakta sejarah. 4. Sebagai contoh, kemasukan buruh Cina dan India semasa penjajahan British di negara kita telah mewujudkan masyarakat berbilang bangsa. 5. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa membolehkan kita mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku serta kesannya.

1.01.3 Sumber Sejarah1. Penulisan sejarah adalah berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. 2. Sumber sejarah dianggap penting kerana dapat memberi maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa. 3. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu:

a. sumber primer atau sumber pertama; b. sumber sekunder atau sumber kedua. 4. Ciri-ciri sumber pertama dan kedua adalah seperti yang berikut:

Sumber Pertama

Sumber Kedua

Bahan dalam bentuk fosil, artifak, kertas, dan keterangan lisan. Bahan yang belum diolah dan dicetak. Bahan yang bersifat asli dan belum ditafsir. Contoh sumber pertama: o Diari, surat peribadi, fail rasmi jabatan, batu bersurat dan manuskrip yang belum dicetak.

Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Bahan yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum. Contoh sumber kedua: o Buku, majalah, jurnal, risalah, ensiklopedia, dan laporan tahunan jabatan.

Sumber Fosil Artifak

Keterangan Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau. Barang-barang ciptaan manusia pada zaman lampau seperti pisau, kapak, dan pinggan mangkuk.

Bahan tulisan tangan yang Manuskrip disediakan untuk dicetak dan diterbitkan.

1.01.4 Kaedah Pengkajian Sejarah Kaedah Lisan1. Kaedah lisan merupakan cara memperoleh maklumat daripada responden melalui ucapan, perbualan, penceritaan, dan pengisahan. 2. Maklumat sejarah dapat diperoleh melalui temu bual dengan seseorang tokoh atau melalui ucapan seseorang tokoh. 3. Sumber lisan mempunyai kelemahan kerana sumber ini sering ditokok tambah dan bercampur dengan unsur dongeng, mitos, dan legenda. 4. Oleh itu, sejarawan akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta untuk mendapatkan maklumat yang benar. 5. Kaedah mendapatkan sumber sejarah turut dipengaruhi oleh perkembangan sains dan teknologi.

6. Peralatan seperti radio, televisyen, video, cakera padat, pita rakaman dan internet yang digunakan dipanggil kaedah pandang dengar. 7. Perbualan dan temu ramahjuga merupakan salah satu sumber yang digunakan dalam kaedah lisan. 8. Kaedah perbualan dan temu ramah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pandangan seseorang tokoh.

Kaedah Bertulis1. Kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, logam, kulit kayu atau kertas dipanggil kaedah bertulis. 2. Sumber bertulis itu membolehkan sejarawan memperoleh maklumat tentang sesuatu peristiwa, perkara, perundangan, adat resam, dan tokoh.

Kaedah Arkeologi1. Kaedah mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik dipanggil kaedah arkeologi. 2. Dalam bidang arkeologi, terdapat pelbagai cabang seperti maritim, angkasa lepas, dan gali cari. 3. Ahli arkeologi memperoleh maklumat melalui proses gali cari. 4. Melalui kaedah arkeologi, bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan ketepatan usianya menerusi kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon. 5. Hasil daripada kaedah arkeologi ini, ahli arkeokogi dapat: a. membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya sesebuah masyarakat; b. membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh. 6. Contoh sumber arkeologi: a. fosil; b. artifak; c. kulit siput; d. binaan daripada batu; e. peralatan daripada logam; f. tembikar.

1.01.5 Pentafsiran Sejarah1. Tafsiran sejarah yang dibuat oleh seseorang sejarawan boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya. 2. Seseorang sejarawan perlu melakukan penyelidikan untuk membuat tafsiran sejarah yang tepat dan betul.

3. Sejarawan yang berlainan mungkin membuat tafsiran yang berbeza tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama. 4. Ini adalah kerana setiap sejarawan mempunyai pandangan yang berlainan tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama. 5. Contoh perbezaan pandangan sejarawan tentang sesuatu peristiwa sejarah ialah:

a.

i. ii.

ada sejarawan berpendapat bahawa pembunuhan J.W.W. Birch di Perak disebabkan beliau mengambil alih kuasa pembesar dan sultan Perak. ada sejarawan mengatakan pembunuhan itu disebabkan pengenalan sistem cukai oleh beliau. sejarawan Barat berpendapat kedatangan British ke Tanah Melayu disebabkan faktor kemanusiaan iaitu mereka ingin membantu raja-raja Melayu mengamankan kacau-bilau. ada sejarawan mengatakan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi di sini. sejarawan Barat menyifatkan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela dan Tok Janggut sebagai pemberontak kerana mereka menentang penjajah British. sejarawan tempatan menyifatkan pejuang-pejuang ini sebagai wira atau pejuang tanah air kerana keberanian mereka menentang penjajah British.

b. iii. iv.

c.

v. vi.

Tok Janggut Beliau menjadi Ketua Kampung Nering dan merupakan seorang pemimpin yang berani. Beliau dan pengikutnya tidak mahu membayar pelbagai cukai yang dikenakan oleh pihak Inggeris. Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang Balai Polis Pasir Puteh tetapi gagal. Beliau terbunuh dalam serangan itu.

Dato' Maharaja Lela Nama sebenarnya Pandak Adam, seorang pembesar di Pasir Salak. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Residen Inggeris pertama di Perak, iaitu J.W.W. Birch yang melarang pembesar negeri memungut cukai. Birch juga tidak menghormati adat resam orang Melayu. Dato' Maharaja Lela dan pembesar Perak telah merancang pembunuhan Birch. Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875. Inggeris berjaya menangkap Dato' Maharaja Lela dan beliau dihukum bunuh.

6. Semasa membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah, sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab agar dapat memberikan maklumat yang tepat dan benar.

1.01.6 Kepentingan Sejarah1. Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati sejarah supaya: a. berbangga menjadi warganegara; b. bertanggungjawab mempertahankan negara. 2. Tujuan mempelajari sejarah: a. memperoleh banyak pengetahuan; b. membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat, dan kepentingan sesuatu peristiwa; c. memahami sejarah tamadun awal bangsa kita; d. melahirkan perasaan jati diri yang tinggi; e. membentuk keperibadian bangsa; f. menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial; g. berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak diulangi lagi; h. merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan; i. berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang. 3. Faedah mempelajari sejarah: a. menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan; b. membolehkan kita memperbetulkan sebarang kesilapan yang telah kita lakukan; c. menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara; d. memupuk semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara; e. melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia; f. membantu kita menghargai dan memelihara kedaulatan negara.

Zaman Prasejarah1.02.1 Pengenalan1. Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada empat tahap, iaitu: a. Zaman Paleolitik; b. Zaman Mesolitik; c. Zaman Neolitik; d. Zaman Logam. 2. Tempoh masa untuk setiap zaman itu adalah tidak sama antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. 3. Tempoh masa bagi setiap zaman itu bergantung pada tahap pencapaian dan kemajuan di sesuatu kawasan. 4. Zaman prasejarah di Malaysia terbahagi kepada tiga zaman, iaitu: a. Zaman Paleolitik; b. Zaman Neolitik; c. Zaman Logam. 5. Penyelidikan terdahulu menunjukkan wujudnya Zaman Mesolitik selepas Zaman Paleolitik kerana penemuan alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam. 6. Penyelidikan terkini membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak pada awal Zaman Paleolitik (kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu).

1.02.2 Zaman Paleolitik1. Di Malaysia, Zaman Paleolitik wujud kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. 2. Penempatan manusia Zaman Paleolitik: a. mereka tinggal di kawasan terbuka seperti di luar gua; b. ada yang tinggal di dalam gua; c. ada pula tinggal di sekitar tasik; kawasan ke satu kawasan yang lain. 3. Lokasi penempatan manusia Zaman Paleolitik ditemui di: a. Tingkayu, Sabah; b. Gua Niah, Sarawak; c. Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak. 4. Manusia Zaman Paleolitik mengamalkan cara hidup sara diri. d. penempatan mereka sering bertukar tempat kerana mereka berpindah-randah dari satu

5. Mereka menjalankan kegiatan seperti: a. memburu binatang liar; b. memungut hasil hutan seperti pucuk-pucuk daun dan buah-buahan. 6. Alat batu digunakan sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Contohnya: a. alat penetak digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging; b. alat repihan digunakan untuk meraut dan memotong. 7. Manusia Zaman Paleolitik mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti pokok, gunung, langit, dan batu mempunyai semangat atau roh. 8. Mereka mengamalkan upacara perkuburan juga. 9. Dalam upacara perkuburan, mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti alat-alat batu dan makanan. 10. Manusia Perak, iaitu rangka manusia Zaman Paleolitik telah ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990.

1.02.3 Zaman Neolitik1. Di Malaysia, Zaman Neolitik bermula kira-kira 7000 tahun dahulu. 2. Zaman ini merupakan zaman perkembangan teknologi daripada peralatan batu kepada peralatan tembikar. 3. Manusia Zaman Neolitik mulai tinggal menetap di kawasan berhampiran dengan sungai. Ada yang masih tinggal di gua. 4. Lokasi penempatan manusia Zaman Neolitik ditemui di: a. Gua Cha, Kelantan; b. Bukit Tengkorak, Sabah. 5. Manusia Zaman Neolitik hidup bermasyarakat dan mempunyai ketua. 6. Wujudnya pembahagian kerja di kalangan mereka. Mereka menjalankan kegiatan seperti: a. bercucuk tanam; b. menternak binatang; c. menangkap ikan; d. memburu binatang; e. memungut hasil hutan; f. menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang. 7. Pada zaman ini manusia masih menggunakan peralatan batu seperti: a. beliung untuk menggali tanah dan mengetam kayu; b. pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu. 8. Satu ciptaan baru pada Zaman Neolitik ialah manusia tahu menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.

9. Peralatan tembikar yang dicipta adalah seperti: a. bekas air; b. periuk; c. belanga. 10. Mereka juga tahu mencipta barang-barang kemas seperti: a. kalung; b. gelang; c. anting-anting. 11. Masyarakat Zaman Neolitik berpegang pada kepercayaan animisme. 12. Mereka mengebumikan mayat manusia bersama-sama dengan peralatan tembikar dan barangbarang kemas seperti gelang.

1.02.4 Zaman Logam1. Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. 2. Pada zaman itu, manusia tahu menggunakan logam seperti besi dan gangsa untuk membuat alat-alatan. 3. Masyarakat Zaman Logam hidup menetap. Ada yang masih tinggal di dalam gua dan kawasan berhampiran dengan sungai. 4. Lokasi penempatan manusia Zaman Logam ditemui di: a. Gua Harimau, Perak; b. Sungai Tembeling, Pahang; c. Changkat Menteri, Perak. 5. Mereka juga mempunyai adat resam yang tersendiri. 6. Mereka menjalankan kegiatan: a. bercucuk tanam; b. menangkap ikan; c. menternak binatang; d. memburu binatang; e. menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang. 7. Masyarakat Zaman Logam mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. 8. Mereka menjalankan pengebumian dengan menggunakan kepingan batu.

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara1.03.1 Pengenalan1. Terdapat dua bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara, iaitu: a. kerajaan agraria; b. kerajaan maritim. 2. Contoh kerajaan agraria di Asia Tenggara: a. Kerajaan Funan; b. Kerajaan Angkor. 3. Contoh kerajaan maritim di Asia Tenggara: a. Kerajaan Champa; b. Kerajaan Chih Tu; c. Kerajaan Srivijaya; d. Kerajaan Kedah Tua; e. Kerajaan Majapahit.

1.03.2 Kerajaan Agraria1. Kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian dipanggil kerajaan agraria. 2. Kerajaan agraria tertumpu di kawasan-kawasan tanah subur seperti di lembangan sungai. Ada kerajaan agraria yang terletak di kawasan pedalaman juga. 3. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria termasuklah: a. bercucuk tanam; b. memburu binatang; c. menternak binatang; d. menangkap ikan; e. mengutip hasil hutan. 4. Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria ialah: a. padi sawah; b. padi huma; c. ubi taro. 5. Masyarakat agraria mempunyai kemahiran untuk membina empangan dan saliran bagi menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan. 6. Empangan dan terusan dibina oleh pemerintah kerajaan agraria. 7. Baginda bertanggungjawab mengurus empangan dan saliran-saliran tersebut.

8. Masyarakat agraria yang gigih berusaha telah berjaya mengembangkan kerajaan agraria dan menjadikannya termasyhur. 9. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria: a. terletak di kawasan tanah subur berhampiran lembangan sungai yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian; b. mudah mendapat bekalan air dari sungai-sungai; c. mempunyai kemahiran membina sistem pengairan. 10. Yang berikut adalah kerajaan agraria:

Kerajaan Angkor Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ketujuh Masihi. Sistem pemerintahan berasaskan sistem beraja. Pusat pentadbiran terletak di kawasan hilir Sungai Mekong. Raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagaidevaraja. Kerabat diraja membantu raja menjalankan pentadbiran. Pada zaman pemerintahan Raja Suryavarman II, kerajaan Angkor mencapai zaman kegemilangan. Kawasan di sekitar Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama. Sistem pengairan (baray) dibina untuk sistem pertanian. Kerajaan Angkor terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha.

Kerajaan Funan

Kerajaan Funan diasaskan pada abad pertama Masihi dan merupakan kerajaan yang terawal di Asia Tenggara. Raja yang pertama ialah Kaundinya yang digelarKurung Bnam. Fan Shih-man ialah jeneralnya yang agung. Pusat pentadbirannya terletak di Vyadhapura. Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan sawah padi. Sungai Mekong menjadi punca air utama. Sungai Mekong berperanan sebagai sistem perhubungan dan perdagangan. Oc-Eo berkembang menjadi pelabuhan utama.

1.03.3 Kerajaan Maritim1. Kerajaan yang bergantung kepada kegiatan berkaitan dengan laut dipanggil kerajaan maritim. 2. Kerajaan maritim terletak di kawasan pesisiran pantai. 3. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk termasuklah: a. berdagang; b. menangkap hasil laut; c. membina kapal. 4. Kebanyakan pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di muara sungai yang merupakan kawasan penempatan penduduk. 5. Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti: a. tempat tinggal; b. tempat menyimpan barang dagangan; c. tempat membaiki kapal; d. tempat berniaga; e. bekalan air. 6. Kerajaan maritim berperanan sebagai orang tengah dalam urusan perdagangan. 7. Kerajaan maritim mengumpul barangan seperti hasil hutan, rempah ratus, dan ubat-ubatan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang berhampiran. 8. Barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Barangan ini dijual kepada pedagang asing dari China, Eropah, Arab, dan India. 9. Dengan itu, pelabuhan kerajaan maritim berfungsi sebagai pelabuhan entrepot. 10. Masyarakat maritim mempunyai kemahiran membina kapal dan menguasai ilmu pelayaran. 11. Kemahiran tersebut membolehkan pedagang kerajaan maritim belayar jarak jauh sehingga ke Afrika Timur. 12. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim: a. kedudukan strategik, iaitu terletak di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat; b. bekalan barang dagangan yang mencukupi; c. barangan tempatan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa; d. mempunyai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan; e. dasar peluasan kuasa tanah jajahan membekalkan barangan dagangan.

Kerajaan-kerajaan Maritim di Asia Tenggara Kerajaan Champa

Keterangan

Kerajaan ini diasaskan oleh Chu-Lien pada sekitar tahun 192 Masihi. Diperintah oleh 14 dinasti. Terdapat pegawai pemungut cukai dalam struktur pentadbirannya. Pada tahun 400 Masihi, Raja Bhadravarnom menerajui kerajaan. Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal. Menerima pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh itu berakhir pada kurun ke-15. Terpengaruh dengan agama Hindu. Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bererti Tanah Merah. Diasaskan oleh Raja Guatama pada kurun keenam Masihi. Raja berkuasa mutlak dan dibantu oleh tiga orang menteri dalam pentadbiran. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang mencontohi kerajaan Srivijaya. Menerima pengaruh Hindu. Diasaskan pada tahun ketujuh Masihi. Raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagai 'Raja di Gunung' dan 'Maharaja di Pulau'. Batu bersurat yang ditemui di Telaga Batu bertarikh 683 Masihi membuktikan struktur pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu: Pentadbiran diraja Pentadbiran ketenteraan Pentadbiran daerah Menteri-menteri yang dilantik menjadi orang perantaraan antara raja dengan rakyat. Palembang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan pusat perdagangan yang penting. Berjaya menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Selat Jawa yang merupakan laluan perdagangan yang penting. Menjadi pusat pertukaran barangan antara pedagang dari China, India, dan Barat.

Chih-Tu

Srivijaya

Kedah Tua

Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut Cheh-Cha. Kedah Tua juga dipanggil Kataha. Diasaskan pada kurun kelima dan merupakan kerajaanterawal di Semenanjung Tanah Melayu. Sungai Mas merupakan pelabuhan utama, kemudian berpindah ke Lembah Bujang. Menjadi tempat persinggahan kapal dari Timur dan Barat. Gunung Jerai menjadi panduan kapal belayar ke Lembah Bujang. Berperanan sebagai pusat perdagangan hasil tempatan seperti beras, emas, damar, rotan, gading, bijih timah, lada hitam, dan tanduk. Bentuk muka bumi yang rata menjadikannya pengeluar padi utama. Terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha. Kegemilangannya terbukti melalui; penemuan wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al Mutawakil. penemuan manik dari India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Majapahit

Diasaskan oleh Raden Wijaya. Sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu. Raja dianggap sebagai devaraja dan baginda dibantu oleh Perdana Menteri serta empat orang menteri. Mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Perdana Menterinya yang terkenal ialah Patih Gajah Mada. Menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke- 15 Masihi. Menerima pengaruh Hindu-Buddha. Temasik dan Kedah Tua adalah antara pelabuhan utama kerajaan Majapahit.

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka1.04.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka1. Parameswara telah mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400. 2. Kerajaan Majapahit muncul sebagai kuasa yang kuat selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. 3. Kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik dikuasai oleh Kerajaan Majapahit. 4. Raja Palembang dan puteranya, Parameswara telah menentang penguasaan Majapahit dan berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. 5. Raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama sama dengan pengikutnya terpaksa berundur ke Temasik. 6. Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam dan diperintah oleh Temagi. 7. Ketibaan Parameswara dan pengikutnya di Temasik disambut baik oleh Temagi. 8. Kedudukan Temasik yang strategik menarik minat Parameswara untuk memilikinya. 9. Parameswara telah membunuh Temagi dan berusaha memajukan Temasik. 10. Kerajaan Siam ingin menuntut bela atas pembunuhan Temagi oleh Parameswara. 11. Parameswara bersama-sama orang Laut berpindah meninggalkan Temasik untuk mengelakkan serangan kerajaan Siam dan Majapahit. 12. Parameswara dan pengikutnya menetap agak lama di Muar dan kemudiannya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. 13. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli. 14. Parameswara mendirikan kerajaan di situ kerana: a. berhampiran laut; i. ii. i. ii. c. menjadi tempat laluan kapal dagang. bekalan air bersih mudah diperoleh. menjadi petunjuk bagi pelayar. memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi. kegiatan perdagangan tidak terganggu.

b. bentuk muka bumi yang berbukit-bukau;

pokok bakau dan api-api.

d. terlindung daripada tiupan angin monsun.

1.04.2 Asal Usul Nama Melaka Berasal daripada Nama Pokok1. Sejarah asal usul nama Melaka dikaitkan dengan pokok Melaka dan pelanduk. 2. Menurut Sejarah Melayu, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya semasa baginda sedang berehat di bawah pokok Melaka. 3. Peristiwa tersebut dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. 4. Oleh itu, tempat itu dipilih oleh Parameswara untuk mendirikan kerajaannya. 5. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka bersempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Berasal daripada Istilah Arab1. Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada kata Arab iaitu 'Mulaqah' dan 'Malakat'. 2. Melaka dipanggil oleh pedagang Arab sebagai "mulaqah" yang bermaksud pertemuan. 3. Melaka juga dipanggil sebagai "Malakat" yang bermaksud "perhimpunan segala dagang".

Mitos Hindu1. Pokok Melaka dikenal sebagai Amalaka dalam bahasa Sanskrit. 2. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana, Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di alam semesta. 3. Pokok ini dikaitkan dengan tempat kediaman Tuhan agama Hindu, iaitu Brahma, Vishnu, dan Shiva. 4. Buahnya mempunyai kuasa ajaib.

1.04.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka Sistem Pemerintahan yang Teratur1. Bagi membangunkan negeri Melaka, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Parameswara. 2. Pentadbiran di Melaka telah disusun oleh Parameswara supaya lebih teratur. 3. Pembesar dilantik untuk mengurus hal-ehwal balairung seri. 4. Empat puluh orang bentara bertanggungjawab menjalankan perintah raja. 5. Biduanda kecil ditugaskan membawa alat-alat kebesaran diraja. Biduanda juga dikenal sebagai: a. budak kundang; b. budak raja; c. orang suruhan raja; d. hamba; e. juak-juak.

Kemudahan Pelabuhan1. Parameswara gigih berusaha dan bijak merancang untuk memajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan. 2. Parameswara telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pedagang yang berniaga di pelabuhan Melaka. Contohnya a. tempat membaiki kapal; b. bekalan air; c. makanan; d. tenaga kerja; e. tempat perniagaan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa. 3. Kemudahan-kemudahan ini penting bagi membolehkan pedagang-pedagang asing datang berniaga di Melaka.

Hubungan Diplomatik1. Parameswara merupakan seorang pemimpin yang menitikberatkan keselamatan Melaka. 2. Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam untuk mengelakkan Melaka daripada serangan Siam. 3. Melalui hubungan ini, Siam telah mengiktiraf kedaulatan Melaka. 4. Pada tahun 1404, hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan China telah terjalin berikutan lawatan Laksamana Yin Ching ke Melaka. 5. Laksamana Cheng Ho dari China juga telah melawat Melaka pada tahun 1405 dan tahun 1409. 6. Melaka memohon perlindungan dari negara China dan menjadi negeri naungan China.

7. Melaka menghantar ufti dan utusan ke negara China. 8. Sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka, kerajaan China telah mengurniakan sepersalinan pakaian, payung kuning, dan cap mohor kepada Melaka. 9. Hasil hubungan diplomatik ini, kerajaan Majapahit dan Siam tidak lagi berani mengancam dan menyerang Melaka.

Bantuan Orang Laut1. Parameswara telah mendapatkan bantuan orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka kerana baginda menyedari bahawa keselamatan penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka. 2. Langkah ini merupakan satu tindakan yang bijak kerana: a. orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan; b. mereka mahir tentang selok-belok Selat Melaka. 3. Orang Laut bersikap taat setia kepada sultan dan kerajaan. 4. Mereka telah memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dan memajukan perdagangan Melaka. 5. Orang Laut dikenal juga sebagai orang Selat atau Cellates dan Seletar di kalangan pengembara Barat. 6. Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawa pusat petempatan orang Laut terletak di Bentan, Temasik, dan Lingga.

Ikatan Konsep Daulat1. Rakyat Melaka banyak membantu Parameswara dalam pembangunan Melaka. 2. Penduduk Melaka pada masa itu terdiri daripada orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli. 3. Rakyat memberikan sokongan padu dan taat setia kepada raja seperti yang dinyatakan dalam Sejarah Melayu, "rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri". 4. Rakyat Melaka memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan Melaka. a. orang Melayu yang menjadi ketua-ketua masyarakat dilantik memegang jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka; b. orang Laut membekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka; c. orang Asli membekalkan hasil hutan untuk kegiatan perdagangan. 5. Dalam usaha membantu Parameswara membangunkan Melaka, rakyat Melaka telah menunjukkan semangat: a. sedia berkorban; b. menghargai pemimpin; c. taat setia kepada raja.

Kegemilangan Melaka1.05.1 Pentadbiran Yang Sistematik1. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan untuk melicinkan urusan pentadbiran. 2. Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan kumpulan pembesar yang berperanan sebagai pentadbir kerajaan. 3. Dalam sistem ini, sultan menerajui pemerintahan. 4. Baginda dibantu oleh Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. 5. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan. Mereka dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan seterusnya Pembesar Tiga Puluh Dua.

Sistem Pembesar Empat Lipatan

6. Amalan Sistem Pembesar Empat Lipatan membolehkan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dijalankan dengan sistematik. 7. Setiap pembesar mempunyai tanggungjawab masing-masing dan membolehkan pentadbiran berjalan dengan lancar. 8. Pembesar Berempat yang berkhidmat di peringkat pusat mempunyai tanggungjawab yang penting seperti yang berikut:

Pembesar Bendahara

Peranan/Tanggungjawab Penasihat raja dalam pentadbiran Menteri utama Ketua turus angkatan perang Ketua hakim Pemangku sultan ketika sultan ke luar negeri atau gering Pemungut hasil atau ufti Bendahari Ketua segala Bendahari Ketua urusetia istana Ketua segala Syahbandar Ketua polis dan penjara Penguasa bandar dan Kota Melaka Ketua protokol istana Hakim di darat Ketua angkatan laut Pegawai peribadi raja Ketua duta Mengetuai utusan

Penghulu Bendahari

Temenggung

Laksamana

9. Semua pembesar Melaka bertanggungjawab untuk: a. mempertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka; b. melaksanakan tugas dengan jujur dan bijaksana. 10. Para pembesar juga perlu taat setia dan memberikan sokongan padu kepada sultan agar kerajaan yang kuat dan maju dapat dibentuk. 11. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau bagi meningkatkan sokongan mereka kepada baginda. 12. Kawasan-kawasan pentadbiran pembesar dikenal sebagai 'kawasan pegangan'. 13. Sultan Melaka melantik pembesar-pembesar lain untuk mentadbir kawasan daerah dan jajahan serta memungut cukai di kawasan tersebut.

14. Kawasan pembesar daerah dan jajahan memungut cukai dipanggil 'kawasan pemakanan'.

KAWASAN PEGANGAN PEMBESAR Pembesar Bendahara Penghulu Bendahari Laksamana Hulubalang Temenggung Kawasan Pegangan Muar dan Bentan Kampar dan Sening Hujung Temasik Sungai Raya dan Siantan Tiada kawasan pegangan

15. Setelah memungut cukai, pembesar- pembesar akan menghadap sultan dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada baginda. 16. Pengaruh sistem pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka: . diwarisi oleh kerajaan Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu; yang teratur. a. menjadi asas dan panduan kepada pemerintah sekarang untuk mewujudkan pentadbiran

Asal Pengenalan Jawatan Pembesar Penghulu Bendahari

Jawatan ini telah diwujudkan oleh Parameswara ketika memerintah Temasik. Jawatan ini pernah disandang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali. Jawatan ini diperkenalkan di Melaka dan pernah disandang oleh Seri Maharaja Tun Mutahir.

Temenggung

Laksamana

Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Jawatan ini pernah disandang oleh Hang Tuah.

1.05.2 Pusat PerdaganganMelaka terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur pada pertengahan abad ke-15.

Kedudukan Geografi

1. Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. 2. Kedudukan geografinya membolehkannya mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. 3. Keadaan ini membolehkan Melaka menguasai perdagangan di Selat Melaka juga. 4. Para pedagang singgah di pelabuhan Melaka untuk berdagang dan mendapatkan bekalan makanan dan minuman. 5. Muara sungai Melaka yang dalam memudahkan kapal-kapal berlabuh. 6. Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun dan membolehkan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat. a. Angin Monsun Timur Laut dihalang oleh Banjaran Titiwangsa; b. Angin Monsun Barat Daya dihalang oleh Pulau Sumatera. 7. Apabila Angin Monsun Timur Laut bertiup, pedagang dari Timur belayar ke Melaka. 8. Apabila Angin Monsun Barat Daya bertiup, pedagang dari Barat pula belayar ke Melaka. 9. Dengan itu, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Timur dan Barat. Mereka menjalankan urusan jual beli di Melaka ketika menunggu peralihan angin monsun. 10. Pedagang Melaka berperanan sebagai orang tengah dalam urusan perdagangan antara pedagang Timur dengan Barat. 11. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka. 12. Bukit-bukau menjadi tempat strategik untuk mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Pemangkin Kemajuan Perdagangan di MelakaFaktor-faktor yang mendorong Melaka menjadi pusat perdagangan 1. Peranan Syahbandar. a. jawatan Syahbandar diwujudkan untuk mengurus pelabuhan dan memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar; b. antara tugas Syahbandar termasuklah: i. ii. iii. iv. v. vi. mengurus cukai. menjaga keselamatan dan kebajikan pedagang. mengawal sistem timbangan dan nilai mata wang. menguatkuasakan undang-undang kapal keluar dan masuk. menjadi hakim di pelabuhan. mengurus pasar dan gudang.

c.

seramai empat orang Syahbandar dilantik dan setiap Syahbandar ditugaskan untuk menjaga kumpulan pedagang yang berikut: i. ii. iii. iv. Syahbandar I mengurus pedagang dari Gujerat. Syahbandar II mengurus pedagang dari Champa, China, dan Ryukyu. Syahbandar III mengurus pedagang dari Parsi, Kalinga, Benggala, dan Pegu. Syahbandar IV mengurus pedagang dari Pasai, Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, dan Filipina.

2. Peranan Laksamana dan orang Laut. a. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka; b. orang Laut bertanggungjawab menjalankan tugastugas pengawalan; c. keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka terpelihara; d. para pedagang rasa selamat berdagang di Melaka. 3. Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka. a. Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan kegiatan perdagangan yang adil dan lancar; b. Undang-undang Laut Melaka mempunyai 24 fasal yang berkaitan dengan: i. ii. iii. iv. v. c. peraturan dan tata tertib berniaga. cara berjual beli. hukum-hukum bagi jenayah yang berlaku di kapal. larangan-larangan di atas kapal. tanggungjawab nakhoda, kiwi, dan anak kapal.

Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Melaka.

4. Kemudahan di pelabuhan. a. kemudahan prasarana merupakan antara faktor penting yang menarik ramai pedagang datang berdagang di Melaka; b. antara kemudahan yang disediakan termasuklah: i. ii. iii. iv. v. gudang untuk menyimpan barang. tempat penginapan. pengangkutan seperti kapal, perahu, jong, lancar, gajah, dan buruh untuk mengangkut barang. tempat membaiki kapal. bekalan makanan dan minuman.

5. Sistem cukai yang berpatutan. a. di pelabuhan Melaka, cukai yang berpatutan dan adil dikenakan terhadap pedagang; b. para pedagang membayar 'Panduan' atau cukai rasmi sebelum berniaga di Melaka; c. kerajaan Melaka mengamalkan sistem cukai rasmi sebelum berniaga di Melaka. Kadar cukai berbeza mengikut tempat asal pedagang. d. kerajaan Melaka mengamalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.

KADAR CUKAI MENGIKUT TEMPAT ASAL PEDAGANG Kadar cukai 6% 3% Tempat Asal Pedagang India, Arab, Pegu dan Siam Pedagang yang tinggal tetap di Melaka

Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan Melaka. Sebaliknya, mereka memberikan hadiah atau persembahan kepada Sultan, Temenggung atau Syahbandar.6. 7. Surat Kebenaran. a. setiap pedagang yang berdagang di pelabuhan Melaka diwajibkan mendapatkan surat kebenaran berniaga daripada kerajaan Melaka; b. mereka perlu membayar sejumlah wang yang ditetapkan untuk mendapatkan surat tersebut yang dianggap sebagai lesen perniagaan. c. kepentingan surat kebenaran: i. ii. iii. membolehkan pedagang berdagang di Melaka. memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar. menjadi sumber pendapatan kerajaan Melaka.

8. Penggunaan sistem mata wang. a. pelbagai jenis wang logam telah digunakan dalam urusniaga di Melaka. Antaranya: i. ii. i. ii. iii. mata wang timah (calains) dan mata wang emas tempatan. mata wang emas, perak dan timah dari Gujerat, Kembayat, Pedir, dan Pasai. membolehkan urusan perdagangan berjalan dengan lancar. memudahkan urusan perdagangan. menggalakkan pedagang asing berdagang di Melaka.

b. kepentingan penggunaan mata wang:

9. Pelabuhan entrepot. a. Melaka berperanan sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang bertanggungjawab: i. ii. mengumpul barangan dari Kepulauan Melayu untuk dijual kepada pedagang asing. mengedarkan barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. 10. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca. a. pelbagai jenis bahasa wujud di Melaka tetapi bahasa Melayu dipilih sebagai lingua

franca atau bahasa perantaraan kerana:

i. ii.

bahasa Melayu mudah difahami. bahasa Melayu menjadi bahasa utama masyarakat rantau itu.

b. para pedagang asing bertutur dalam bahasa Melayu apabila berurusan dengan pedagang dan pegawai Melaka.

1.05.3 Kematangan Hubungan Luar1. Kerajaan Melaka menjalin hubungan luar dengan: a. kerajaan-kerajaan serantau; b. kerajaan-kerajaan antarabangsa. 2. Kerajaan Melaka menetapkan dasar luarnya dengan jelas dan tegas supaya: a. setiap kerajaan yang berhubung dengan Melaka tahu dan faham akan kedudukan masing-masing; b. dapat menjamin keselamatan Melaka; c. dapat menjaga kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka.

Hubungan Melaka dengan Kerajaan-kerajaan Serantau1. Kerajaan Melaka menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara-negara serantau seperti: a. Pasai; b. Jawa; c. Siak; d. Kampar. 2. Hubungan Melaka dengan Pasai: a. hubungan diplomatik; i. ii. iii. iv. Megat Iskandar Syah berkahwin dengan puteri Pasai dan memeluk Islam. kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang soal-soal yang berkaitan dengan hukum Islam. wujud perasaan tolong-menolong dan hormat-menghormati antara kedua-dua buah kerajaan. kedudukan kedua-dua buah kerajaan ini dianggap setaraf. apabila berutus surat, kedua-dua buah kerajaan ini menggunakan istilah salam. apabila Pasai mengalami huru-hara di dalam negeri, Melaka menghantar pembesar dan bala tentera ke Pasai untuk menamatkan kekacauan tersebut. b. hubungan perdagangan.

Pasai membekalkan lada hitam, beras, dan emas ke Melaka.

3. Hubungan Melaka dengan Jawa. a. hubungan perdagangan; b. banyak pedagang Jawa datang berdagang di pelabuhan Melaka; c. Jawa membekalkan beras, makanan, dan rempah ke Melaka. 4. Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar: a. Siak dan Kampar ditawan oleh Melaka; b. Melaka menguasai hasil perdagangan negeri ini. c. Mereka membekalkan emas ke Melaka; d. Kerajaan Melaka memberi taraf naungan kepada Siak; e. apabila berutus surat ke Melaka, Siak dan Kampar menggunakan istilah sembah kerana taraf mereka rendah daripada Melaka; f. mereka menghantar ufti ke Melaka dalam bentuk wang atau barang. 5. Kebesaran dan kedudukan kerajaan Melaka dapat digambarkan semasa sultan Melaka melawat ke luar negeri. 6. Contohnya, ketika Sultan Mansor Shah membuat lawatan ke Majapahit, baginda diiringi oleh raja dari Palembang, Jambi, dan Lingga.

Hubungan Melaka dengan Kerajaan-kerajaan Antarabangsa1. Hubungan kerajaan Melaka dengan China. a. hubungan diplomatik dan perdagangan antara Melaka dengan China terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404; b. hubungan dengan China mendatangkan keuntungan kepada Melaka kerana: i. ii. iii. iv. China mengiktiraf kerajaan Melaka. China memberikan perlindungan kepada Melaka. Melaka bebas daripada ancaman Siam dan Majapahit. banyak pedagang dari China datang berdagang ke Melaka.

2. Hubungan kerajaan Melaka dengan Siam. a. Melaka menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Siam; b. utusan diplomatik kerajaan Melaka ke Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera; c. tindakan Melaka menjalin hubungan dengan Siam merupakan satu langkah yang bijak kerana: i. ii. dapat mengelakkan ancaman Siam. dapat menjaga kepentingan ekonomi Melaka. Siam membekalkan bahan makanan, beras dan kayu jati ke Melaka. 3. Hubungan kerajaan Melaka dengan Ryukyu (Jepun). a. Melaka menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu;

b. banyak pedagang dari Ryukyu datang berdagang ke Melaka; c. Sultan Mansor Shah pernah menghantar surat kepada Raja Ryukyu untuk memberitahu bahawa ada pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka; d. balasan surat daripada Raja Ryukyu menunjukkan bahawa Raja Ryukyu: i. ii. sanjung tinggi pada kedaulatan Melaka. akur pada undangundang Melaka.

4. Hubungan kerajaan Melaka dengan Gujerat. a. kerajaan Melaka menjalin hubungan perdagangan dengan Gujerat; b. pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka; c. di Melaka mereka mendapatkan rempah ratus yang dihasilkan di Kepulauan Melayu; Melaka. 5. Hubungan kerajaan Melaka dengan Tanah Arab. a. kerajaan Melaka menjalin hubungan dengan Tanah Arab melalui kegiatan perdagangan; b. di Melaka, pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah ratus yang dikeluarkan dari Kepulauan Melayu dan kain sutera serta teh dari China; c. pedagang Arab menyebarkan agama Islam ke Melaka. d. pedagang Gujerat juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di

Kepentingan Hubungan Luar dan Kesannya kepada Melaka

Menjamin keselamatan Melaka. Mendapat perlindungan dan pengiktirafan dari China. Mewujudkan perasaan tolong-menolong dan hormat-menghormati. Memajukan perdagangan Melaka. Meningkatkan kedudukan Melaka. Menambahkan sumber pendapatan Melaka melalui pembayaran ufti daripada negeri jajahan. Mengembangkan agama Islam di Melaka.

1.05.4 Pusat Pengembangan Agama Islam1. Islam bertapak di negeri Kedah sekitar abad ke-9. Bukti: Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah. 2. Islam sudah bertapak di Terengganu sekitar abad ke-13. Buktinya: Penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303. 3. Islam bertapak di Melaka pada kurun ke-15 apabila Megat Iskandar Shah memeluk Islam.

Kedatangan Agama Islam ke MelakaAgama Islam tersebar di Melaka melalui beberapa cara: 1. Melalui perkahwinan. a. Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Puteri Raja Pasai; b. ada di kalangan pedagang Islam berkahwin dengan gadis tempatan dan agama Islam turut tersebar kepada keluarga gadis tempatan. 2. Melalui mubaligh Arab. a. menurut catatan Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah telah menyebarkan agama Islam di Melaka; b. beliau berjaya mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan penduduk Melaka. 3. Melalui pedagang Islam. a. pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam di Melaka di samping berdagang; b. ada antara mereka membawa bersama ahli agama untuk menjalankan kegiatan dakwah di Melaka; c. sebahagian daripada mereka pula berkahwin dengan penduduk tempatan. 4. Sifat agama Islam sendiri. a. antara sifat istimewa Islam yang menarik minat masyarakat-masyarakat Melaka untuk memeluk Islam termasuklah: i. ii. iii. iv. agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan. ajaran Islam mudah difahami dan bersifat adil. agama Islam percaya kepada satu Tuhan iaitu Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. rasul Allah. agama Islam menekankan persamaan taraf, toleransi, dan rasional.

Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam1. Melaka sebagai tempat pertemuan para ulama dan pendakwah: a. ulama mengajar agama Islam kepada sultan, pembesar, dan rakyat; b. pendakwah menyebarkan Islam di dalam negeri Melaka dan luar negeri;

c.

Raja Melaka menyediakan tempat tinggal untuk pendakwah.

2. Peranan Raja Melaka. a. Raja Melaka memeluk Islam dan diikuti oleh pembesar serta rakyat Melaka; b. mereka menghantar pendakwah ke luar negeri untuk menyebarkan Islam. c. mereka mendirikan masjid, madrasah, dan surau sebagai tempat mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran; d. Sultan Mansor Shah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan masalah berkaitan Islam. 3. Melaka sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf: a. Abdul Karim al-Jili ialah ahli tasawuf yang terkenal di Melaka; b. beliau mengarang kitab Insan al-Kamil. 4. Peranan istana raja: a. istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama; b. antara kitab yang diterjemahkan ialah: i. ii. c.

Hikayat Amir Hamzah. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

nilai Islam seperti musyawarah diterapkan dalam urusan pentadbiran kerajaan Melaka.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Asia TenggaraMelaka menyebarkan agama Islam ke rantau Asia Tenggara melalui beberapa cara: 1. Melalui perdagangan. a. Melaka menjadi tumpuan pedagang; b. mereka terpengaruh dengan agama Islam semasa berdagang di Melaka; mereka mengembangkan agama Islam kepada keluarga dan rakan di tempat asal mereka. 2. Melalui askar upahan. a. askar upahan Melaka terpengaruh dengan agama Islam semasa berkhidmat di Melaka; b. mereka menyebarkan Islam kepada keluarga dan sahabat handai setelah mereka kembali ke tanah air. 3. Melalui perkahwinan politik. a. putera-puteri Sultan Melaka berkahwin dengan raja-raja negara lain. b. negeri-negeri tersebut turut diislamkan. Contohnya, setelah putera raja Siak berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah, Islam tersebar ke Siak. 4. Melalui penaklukan tanah jajahan. a. Melaka berjaya membina empayar yang luas, yang meliputi Pahang, Terengganu, Kelantan, Inderagiri, dan Rokan. b. negeri jajahan taklukan turut memeluk Islam kerana: i. ii. ingin menjamin keselamatan negeri. menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.

5. Melalui pendakwah. a. Melaka menghantar mubaligh, ulama, dan ahli sufi untuk menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara; b. mereka menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan, dan selatan Filipina; c. mereka berdakwah secara berhemah dan tidak memaksa. Keadaan ini menarik minat banyak orang untuk memeluk Islam. 6. Peranan pemerintah Melaka. a. Sultan Melaka memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan agama Islam di rantau ini; b. contohnya, Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar pendakwah untuk mengajar Raja Pahang, Kampar, dan Inderagiri tentang hal ehwal agama Islam; c. Sultan-sultan Melaka memberikan galakan dan dorongan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Sinar Islam di MelakaPerkembangan Islam di Melaka meninggalkan beberapa kesan yang penting. 1. Pentadbiran. a. wujudnya institusi kesultanan; b. raja menggunakan gelaran sultan. Raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan ialah Sultan Muhammad Shah; c. pentadbiran Melaka berasaskan pemerintahan Islam; d. permuafakatan dan perbincangan diutamakan dalam pentadbiran; e. ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran Melaka; f. mereka menjadi penasihat sultan dalam hal-ehwal pentadbiran supaya pentadbiran dijalankan secara adil dan saksama. 2. Undang-undang. a. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka terpengaruh dengan undang undang fikah atau syariah; b. antaranya, hukum yang berkaitan dengan membunuh, berzina, dan minum arak. 3. Pendidikan. a. pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan masyarakat Melaka. Istana menjadi pusat intelektual; b. bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca; c. tulisan Arab disesuaikan dengan bahasa Melayu dan menghasilkan tulisan jawi; d. tulisan jawi digunakan secara meluas. 4. Agama. a. agama Islam menjadi agama rasmi Melaka; b. agama Islam dianuti oleh masyarakat Melaka.

5. Kesenian. a. pengaruh kesenian Islam dapat dilihat pada corak ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan tempat berwuduk; b. kesenian lain termasuklah tulisan khat dan ukiran berbentuk corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan Hadis. 6. Amalan masyarakat. a. amalan masyarakat Melaka terpengaruh dengan unsur-unsur Islam seperti: i. ii. iii. majlis kesyukuran. kenduri arwah. upacara khatam al-Quran.

1.05.5 Pusat Kegiatan Ilmu1. Perkembangan perdagangan di Melaka turut meningkatkan kegiatan keilmuan. 2. Pedagang Arab membawa bersama kitab agama dan hasil kesusasteraan Arab juga. 3. Hasil karya ini telah disalin, diterjemah, dan disadur oleh golongan bijak pandai di Melaka.

Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual1. Istana Melaka telah menjadi pusat kegiatan intelektual pada kurun ke-15. 2. Istana raja menjadi tempat berkumpulnya pengarang, jurutulis, dan ulama. a. pengarang berperanan untuk: i. ii. iii. iv. i. ii. iii. c. i. ii. mengarang sejarah. mencatat diari istana. menyusun salasilah raja. menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan. menggubal perjanjian. mengarang surat rasmi raja. menjadi guru kepada anak-anak raja. menulis kitab agama Islam. menterjemahkan kitab agama Islam.

b. jurutulis berperanan untuk:

ulama berperanan untuk:

3. Golongan bijak pandai Melaka yang dapat menguasai bahasa asing menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi. a. antara karya sastera terjemahan termasuklah: i. ii.

Hikayat Amir Hamzah. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

iii. i. ii. iii. iv. v.

Hikayat Iskandar Zulkarnain. Hikayat Bakhtiar. Hikayat Nabi Wafat. Hikayat Nabi Yusof. Hikayat Bulan Belah. Hikayat Nabi Bercukur.

b. antara karya sastera saduran termasuklah:

4. Karya sastera Melayu seperti Hikayat Bayan Budiman dihasilkan juga. 5. Kebanyakan karya ini bersifat didaktik, iaitu memberikan pengajaran dan digunakan sebagai perantara untuk menyebarkan agama Islam. 6. Karya undang-undang dihasilkan juga. Contohnya: a. Hukum Kanun Melaka; i. ii. iii. digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah. dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

b. Undang-undang Laut Melaka. 7. Istana Melaka juga berperanan sebagai perpustakaan yang menyimpan buku-buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan penulis asing. Buku buku ini menjadi khazanah kerajaan. 8. Istana Melaka menjadi tempat bagi para alim ulama membincang dan membahaskan soal berkaitan dengan agama Islam.

Kitab Darul Manzum iaitu kitab utama yang berkaitan dengan aspek aspek ketuhananmenjadi bahan perbahasan para ulama.

9. Bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa ilmu pengetahuan setelah kedatangan Islam. Bahasa Melayu digunakan sebagai: . bahasa persuratan; a. bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. 10. Tulisan jawi digunakan secara meluas.

1.05.6 Peluasan Kuasa Cara-cara Peluasan Kuasa1. Melalui penaklukan. a. kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menakluk beberapa buah kerajaan yang lain bagi menjamin keselamatan, keutuhan, dan kemakmuran Melaka; b. antara kerajaan yang ditakluki ialah Pahang dan Kampar; c. kejayaan kerajaan Melaka dalam bidang penaklukan adalah kerana: i. kebijaksanaan Sultan Melaka mengatur strategi peperangan.

ii.

keberanian dan semangat sedia berkorban di kalangan askar Melaka.

2. Kerelaan bernaung. a. terdapat kerajaan-kerajaan yang rela bernaung di bawah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya: i. ii. Jambi. Lingga.

b. raja-raja dari negeri naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka. 3. Melalui perkahwinan. a. Sultan Melaka mengahwinkan putera dan puterinya dengan putera dan puteri dari negeri lain seperti Pahang, Kelantan, dan Siak; b. melalui perkahwinan, hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan dapat diperkukuhkan. 4. Melalui campur tangan politik. a. Kerajaan Melaka meluaskan pengaruhnya ke negeri lain dengan memberikan bantuan kepada kerajaan yang menghadapi huru-hara dalam negeri; b. Melaka memberikan bantuan kepada Sultan Zainal Abidin dari Pasai yang hampir digulingkan daripada takhta; c. Melaka juga membantu Pasai untuk mengalahkan Aru yang mengancam Pasai dan Melaka; d. walaupun kedudukan Pasai setaraf dengan Melaka, kekuasaan Melaka diakui oleh Pasai.

Kebijaksanaan Pemimpin1. Kebijaksanaan sultan dan pembesar Melaka membolehkan Melaka berjaya membentuk sebuah empayar yang luas. 2. Usaha peluasan kuasa Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. 3. Peluasan kuasa semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah: a. Pahang, Inderagiri, dan Kampar telah ditawan oleh Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah; b. baginda menghantar Tun Perak bagi menggagalkan serangan Siam terhadap Melaka; c. baginda menjalin hubungan diplomatik dengan China yang membolehkan kedudukan kerajaan Melaka diiktiraf oleh China dan kerajaan lain di rantau ini; d. baginda berjaya menyelesaikan perbalahan antara pembesar Melayu dengan pembesar India-Muslim. 4. Keamanan yang wujud di Melaka membolehkan baginda menumpukan usaha untuk meluaskan kuasa. 5. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah, usaha peluasan kuasa kerajaan Melaka diperhebatkan. Antaranya:

a. baginda berjaya menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu dan Siak di Sumatera; b. baginda berjaya menghalang Pahang, Kampar, dan Inderagiri membebaskan diri daripada penguasaan Melaka. 6. Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan seorang pemerintah yang warak dan mengambil berat tentang pentadbiran negara. 7. Baginda mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri. Misalnya, baginda menyamar diri sebagai rakyat biasa untuk menghapuskan kegiatan jenayah. 8. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar Laksamana Hang Tuah ke Aru dan berjaya menguasai negeri tersebut. 9. Bendahara Tun Perak yang berwibawa dan cekap memainkan peranan yang penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka. a. Beliau telah berjaya mengalahkan serangan Siam terhadap Melaka sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1445 dan 1456; i. serangan Siam tahun 1445. Tun Perak masih menjadi penghulu Klang pada ketika itu. beliau mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka untuk menaikkan semangat mereka mempertahankan Melaka. ii. serangan Siam tahun 1456. Tun Perak telah dilantik menjadi Bendahara Melaka pada masa itu. beliau mengarahkan askar Melaka menggunakan perahu kecil sebagai muslihat perang agar tentera Siam sukar mengejarnya. beliau juga mengarahkan askarnya mengikat jamung di pokok bakau untuk mengelirukan tentera Siam seolah-olah Melaka mempunyai askar yang ramai. b. Bendahara Tun Perak telah berjaya menguasai Pahang yang berada di bawah kekuasaan Siam pada masa itu.

Tun Perak

Anak Bendahara Sri Wak Raja. Pada tahun 1445, dilantik oleh penduduk Klang menjadi penghulu. Dilantik menjadi Bentara Melaka. Pada tahun 1456, dilantik menjadi Bendahara Melaka. Telah memperluaskan jajahan takluk Melaka. Jajahan takluk semasa beliau menjadi

Bendahara Melaka ialah Pahang, Terengganu, Johor, Riau- Lingga, Bengkalis, Kepulauan Karimon, Rokan, Siak, Kampar, Jambi, Inderagiri, dan Aru. Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 dan diganti oleh Tun Putih.

10. Bendahara Tun Perak pembesar yang taat setia kepada Sultan Melaka. Buktinya: a. beliau tidak menuntut bela apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad iaitu putera Sultan Mansur Shah; b. beliau hanya meminta Sultan Mansur Shah agar tidak melantik Raja Muhammad sebagai pengganti Sultan Melaka. Raja Muhammad hanya ditabalkan sebagai Sultan Pahang. 11. Tindakan Bendahara Tun Perak itu adalah penting kerana: a. dapat mewujudkan keamanan dalam negeri; b. dapat mengekalkan kesetiaan rakyat Melaka.

Kejadian Pembunuhan Tun Besar Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar (Anak Bendahara Tun Perak) dalam suatu kejadian. Kejadian itu berlaku apabila raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Muhammad. Raja Muhammad menjadi marah dan menikam Tun Besar.

12. Kesan perluasan kuasa terhadap kerajaan Melaka. a. Melaka bertambah kaya kerana dapat menerima ufti dalam bentuk wang, barangan atau ketenteraan. Ufti yang diterima oleh Melaka adalah seperti yang berikut: . i. ii. Klang, Bernam, Perak, dan Jugra 40000 calains setahun. Kampar, Pahang, dan Inderagiri 40 kati emas setahun. Lingga, Rokan, Tunggal, dan Rupat 40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang. b. Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka setelah menguasai negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera; c. Melaka dapat bekalan barangan dari negeri jajahan dan naungan; d. Melaka dapat mengembangkan agama Islam ke negeri jajahan dan naungan

Kemerosotan Melaka1. Parameswara telah mengasaskan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan berusaha untuk membangunkan negeri tersebut. 2. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah, Melaka mencapai zaman kegemilangannya. 3. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, Melaka mengalami zaman kemerosotan kerana: a. kelemahan kepimpinan; b. masalah perpaduan; c. kelemahan askar Melaka; d. kedatangan Portugis.

1.06.1 Kelemahan Kepemimpinan1. Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara Melaka selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia. 2. Para pembesar Melayu berasa iri hati terhadap Bendahara Tun Mutahir kerana: a. beliau bersikap pilih kasih; b. beliau daripada keturunan India-muslim. 3. Bendahara Tun Mutahir difitnah oleh Raja Mendeliar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan Sultan Melaka. 4. Sultan Mahmud Shah amat murka lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa. 5. Kesan daripada peristiwa tersebut: a. Sultan Mahmud Shah menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya, Raja Ahmad; b. Tun Perpatih Putih dilantik sebagai Bendahara Melaka yang baru; c. pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah kerana tidak ada pemimpin yang berwibawa; i. ii. Raja Ahmad seorang pemerintah yang lemah dan tidak cekap. Bendahara Tun Perpatih Putih seorang yang uzur dan tepok.

d. amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa; e. rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu. 6. Perdagangan di Melaka semakin merosot kerana kadar cukai yang tinggi dikenakan di pelabuhan Melaka.

1.06.2 Masalah Perpaduan1. Masalah perpaduan wujud apabila Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara Melaka. 2. Berlaku persaingan pengaruh antara orang India-muslim.

3. Punca persaingan tersebut adalah kerana Bendahara Tun Mutahir bersifat pilih kasih dalam pentadbirannya. 4. Contoh persaingan pengaruh termasuklah: a. perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir; b. Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan. 5. Apabila Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dihukum bunuh, rakyat Melaka turut berpecahbelah. 6. Akibatnya, keutuhan kerajaan dan kegiatan perdagangan di Melaka terjejas.

1.06.3 Kelemahan Askar Melaka1. Semasa berperang dengan tentera Portugis, askar Melaka menggunakan alat perang tradisional seperti keris, tombak, panah, perisai, dan sumpit beracun. 2. Kebanyakan askar Melaka terdiri daripada askar upahan dari Jawa. 3. Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap. 4. Angkatan Portugis terlatih dan menggunakan senjata moden seperti meriam yang boleh menembak dari jarak jauh. 5. Angkatan Portugis diketuai oleh Alfonso de Albuquerque yang handal. 6. Pasukan tentera Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India. 7. Semasa tentera Portugis menyerang Melaka, askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri. Ini memudahkan tentera Portugis menawan Melaka.

1.06.4 Kedatangan Portugis Sebab Kedatangan Portugis1. Kedatangan orang Portugis ke Timur dikaitkan dengan "Gold, Gospel dan Glory". 2. Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama sampai ke Timur. 3. Sebab-sebab kedatangan orang Portugis ke Timur: a. kekayaan; i. ii. iii. iv. orang Portugis mahu mendapatkan rempah ratus dari Kepulauan Melayu. rempah mendapat permintaan yang tinggi di Eropah. rempah digunakan untuk mengawet makanan dan menambah kelazatan makanan serta memanaskan badan. mereka ingin memecah monopoli perdagangan rempah pedagang Islam. b. keagamaan;

i. ii. iii. c. i. ii. iii. iv. i. ii.

orang Portugis mahu menyebarkan agama Kristian di Timur. mereka hendak menghancurkan kerajaan Islam di Timur. mereka ingin meneruskan Perang Salib di Timur. 1498, Vasco da Gama sampai ke India. 1509, rombongan Lopez de Sequera sampai ke Melaka. 1510 Portugis menawan Goa. kejayaan-kejayaan tersebut menjadi kemegahan bangsa Portugis. Putera Henry menggalakkan rakyatnya menjelajah ke Timur. baginda menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.

kemegahan;

d. galakan Raja Portugal.

Portugis Menguasai Melaka1. 1509, angkatan laut Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequeira tiba di Melaka untuk memulakan hubungan dengan Melaka. 2. Kedatangan mereka disambut baik oleh Sultan Mahmud Syah. Orang Portugis dibenarkan berniaga dan keselamatan mereka dijamin oleh Sultan Melaka. 3. Saudagar Islam dari Gujerat dan Jawa menasihati Bendahara Tun Mutahir agar berhati-hati dengan orang Portugis yang menjadi musuh orang Islam dan kedatangan mereka adalah untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam. 4. Bendahara Tun Mutahir memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak terhadap orang Portugis. 5. Sultan Mahmud mengeluarkan perintah untuk menangkap orang Portugis. 6. Beberapa orang Portugis ditahan termasuk Ruy de Araujo dan ada yang terbunuh. 7. Lopez de Sequeira sempat melarikan diri ke Goa. 8. Alfonso de Albuquerque telah dihantar oleh Raja Portugal untuk mengetuai angkatan laut menyerang Melaka. 9. Setibanya di Melaka, Alfonso de Albuquerque menuntut agar: a. orang tawanan Portugis dibebaskan; b. Melaka membayar ganti rugi; c. orang Portugis dibenarkan membina kubu di Melaka. 10. Sultan Mahmud menolak semua tuntutan tersebut. 11. Alfonso de Albuquerque menggunakan alasan itu untuk menyerang Melaka. 12. Pada 25 Julai 1511, Alfonso de Albuquerque melancarkan serangan yang pertama dan berjaya menguasai jambatan sungai Melaka 13. Kejayaan ini disebabkan Si Kitol memberikan maklumat kepadaAlfonso de Albuquerque tentang kekuatan Melaka dan strategi serangan. 14. Askar Melaka telah diperdengarkan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah untuk menaikkan semangat perjuangan mereka menentang tentera Portugis.

15. Serangan balas tentera Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah telah menyebabkan angkatan Portugis terpaksa berundur. 16. Pada 10 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque melancarkan serangan yang kedua dan pasukan tentera Melaka dikalahkan. Pada 24 Ogos 1511, Melaka ditawan oleh Portugis. 17. Setelah Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah bersama keluarga, para pembesar dan rakyat Melaka berundur ke Muar. 18. Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru di Bentan setelah kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

Faktor Kejayaan Portugis

Portugis diketuai oleh panglima perang yang handal Alfonso d' Albuquerque. Angkatan perang Portugis terlatih dan berpengalaman. Kelengkapan senjata moden. Maklumat dan strategi peperangan yang berkesan. Bantuan daripada angkatan tentera mereka di Goa.

Faktor Kejatuhan Melaka

Pentadbiran Melaka yang lemah. Tiada Bendahara yang kuat selepas kematian Tun Perak. Permusuhan antara golongan TamilIslam dengan Melayu-Islam kerana sikap pilih kasih Tun Mutahir. Maklumat tentang pertahanan Melaka diketahui oleh Portugis.

Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka1.07.1 Pengasasan Kerajaan Johor1. Setelah Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah berundur ke Pagoh dan membina kubu di Bentayan, Muar. 2. Kemudian, baginda mara ke Pahang sebelum bergerak ke Bentan (Riau). 3. Semasa berada di Bentan, baginda memperkuatkan angkatan tentera dengan mendapatkan bantuan daripada jajahan takluknya iaitu: a. Lingga; b. Inderagiri; c. Siak; d. Aru. 4. Portugis menyerang Bentan pada tahun 1521 dan serangmenyerang antara kedua-dua pihak berlarutan sehingga tahun 1526. 5. Kemudian, Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan mangkat di situ pada tahun 1528. 6. Raja Ali, putera Sultan Mahmud dilantik sebagai sultan baru dengan menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. 7. Baginda telah mengasaskan kerajaan di Tanah Besar Johor atau Ujong Tanah. 8. Bendahara dan Seri Nara Diraja membangunkan pusat pentadbiran Johor di Pekan Tua. 9. Kota Kara didirikan untuk menjaga keselamatan ibu negeri Johor. 10. Baginda menjadikan jajahan takluk Melaka sebagai jajahan takluk Johor. 11. Laksamana Tun Abdul Jamil memperkukuhkan penguasaan Johor terhadap jajahan takluk pada abad ke-17. 12. Wakil-wakil Johor ditempatkan di jajahan takluknya seperti Bengkalis, Kampar, Siak, dan Jambi. 13. Jajahan takluk Johor dikehendaki: a. menghantar barangan eksport ke Johor; b. menghantar askar untuk menyertai angkatan Johor jika diperlukan. 14. Johor sering diancam oleh Portugis, Jambi, dan Acheh. 15. Pusat pentadbiran Johor sering bertukar tempat di sepanjang Sungai Johor sebagai muslihat mempertahankan Johor daripada ancaman Portugis, Acheh, dan Jambi.

Usaha Johor Menguasai Melaka1. Johor tidak berputus asa untuk menawan semula Melaka. 2. 1551, Johor dengan bantuan Perak, Pahang, dan Japara (Jawa) menyerang Melaka selama tiga bulan tetapi tidak berjaya kerana: a. kekebalan Kota Melaka;

b. persenjataan Portugis lebih baik. 3. Serangan Johor berterusan sehingga tahun 1564. 4. Pembesar Johor seperti Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil memainkan peranan penting dalam usaha menawan semula Melaka. 5. Angkatan tentera Johor mula bergabung dengan tentera Belanda sejak tahun 1608 untuk menyerang Portugis. 6. Pada tahun 1641, gabungan tentera Johor dan Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis. a. angkatan perang Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat. b. angkatan perang Belanda menyerang Melaka dari laut. 7. Setelah Portugis dikalahkan, Melaka diduduki oleh Belanda. 8. Usaha merampas semula Melaka daripada Portugis memperlihatkan semangat keberanian, kegigihan, dan ketabahan Johor.

Kebangkitan Acheh1. Acheh menjadi tumpuan pedagang asing setelah Melaka ditawan oleh orang Portugis. 2. Portugis berusaha menghapuskan monopoli perdagangan para pedagang asing. a. Portugis mengenakan sekatan perdagangan yang ketat; b. Portugis mengenakan cukai yang tinggi.

Tun Sri Lanang

Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Dilahirkan di Seluyut pada tahun 1565. Menjadi Bendahara Paduka Raja Johor di bawah tiga orang sultan iaitu: o Sultan Ali Jalla Riayat Shah III o Sultan Alauddin Riayat Shah III o Sultan Abdullah Maayat Shah Memainkan peranan penting dalam: o Menyusun pertahanan Johor untuk menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. o Membuat perancangan untuk menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan 1606. Menjadi utusan Johor ke Goa untuk berunding dengan pihak Portugis pada tahun 1583.

Menyusun perjanjian dengan Admiral Matelief untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh pada 23 September 1606. Menyusun Sejarah Melayu yang menjadi sumber pensejarahan Melayu dan kebudayaan Melayu yang ulung pada tahun 1612.

3. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam berjaya menjadikan Acheh sebuah kuasa yang kuat. 4. Baginda berazam untuk: . menguasai perdagangan Selat Melaka; a. menguasai Semenanjung Tanah Melayu. 5. Hasil daripada kemajuan perdagangan antarabangsa, Acheh muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat. 6. Acheh menjalankan dasar peluasan kuasa. Antaranya: . 1575 dan 1620, Acheh menyerang Perak; a. 1617, Acheh menyerang Kedah; b. 1619, Acheh menawan Pahang dan berkuasa menentukan bakal Sultan Johor; c. Pedir dan Pasai ditawan oleh Acheh dan perdagangan lada hitam negeri-negeri ini juga dikuasai oleh Acheh.

Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis1. Johor, Portugis, dan Acheh terlibat dalam Perang Tiga Segi yang berlangsung selama 100 tahun. 2. Perang ini berpunca daripada persaingan antara ketiga-tiga buah kuasa untuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka demi kepentingan masing-masing. 3. Johor menyerang Portugis di Melaka kerana hendak merampas semula Melaka. 4. Acheh menyerang Portugis kerana menghalang perdagangan Acheh. 5. Acheh menyerang Johor kerana Johor akan mengancam perdagangan perdagangan Acheh sekiranya perdagangan Johor maju. 6. Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh menyerang Melaka.

Kota A Famosa

Dibina oleh orang Portugis pada tahun 1512.

Di dalam kota terdapat bangunan pentadbiran, markas tentera, gudang, gereja, rumah kediaman dan beberapa pintu kota. Merupakan kubu pertahanan yang kukuh. Kota ini terus digunakan semasa Belanda menduduki Melaka. Semasa Inggeris menjaga jajahan Belanda di Timur, kota ini telah dirobohkan sehingga tinggal sebuah pintu kota sahaja.

1.07.2 Kegemilangan Kerajaan Johor1. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor meliputi satu kawasan yang luas di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. 2. Antara jajahan takluk Johor termasuklah: a. negeri-negeri dari Klang hingga Singapura seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. i. ii. iii. iv. Klang; Batu Pahat; Muar; Pahang; Bentan; Lingga. Bengkalis; Siak; Kampar; Inderagiri.

b. negeri-negeri di pantai timur Sumatera seperti:

3. Faktor-faktor yang membantu kegemilangan kerajaan Johor: a. kecekapan sultan dan pembesar mentadbir negeri;

b. kemajuan kegiatan perdagangan; c. kemajuan bidang persuratan.

Johor sebagai Pusat Perdagangan1. Faktor-faktor yang mendorong Johor muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke-17: a. pelbagai barang dagangan disediakan; b. pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan; c. penggunaan mata wang melicinkan urusan perdagangan; d. kecekapan mentadbir pelabuhan; e. cukai yang berpatutan; f. sistem naungan menjamin keselamatan pedagang asing; g. peranan orang Laut; h. kedudukan yang strategik dan terlindung daripada tiupan angin monsun; i. luas. 3. Jajahan taklukan membekalkan barangan seperti bijih timah, hasil hutan, lada hitam, beras, dan kayu gaharu. 4. Sebagai pelabuhan entrepot, Johor juga mendapat barangan dari luar seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar, dan tembaga dari China. 5. Johor terkenal sebagai pembekal kain corak baru. 6. Pelabuhan Johor menjadi tumpuan pedagang asing dari China, Belanda, dan England. 7. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (1685 1699), pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor dipindahkan dari Batu Sawar ke Riau. 8. Semasa Gabenor Belanda di Melaka melawat Riau pada tahun 1689, beliau menyifatkan Riau sebuah pelabuhan yang sibuk kerana bilangan kapal yang berlabuh di pelabuhan Riau terlalu banyak. 9. Kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor termasuklah: a. gudang; b. khidmat membaiki kapal; c. tempat tinggal. 10. Urusan perdagangan dijalankan melalui dua cara, iaitu: a. tukar barang; b. penggunaan mata wang. 11. Johor memperkenalkan mata wang semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528 1564) iaitu: a. mata wang emas dikenal sebagai mas; b. mata wang perak dikenal sebagai kupang; kemahiran membuat dan membaiki kapal. 2. Johor dapat menyediakan pelbagai barang dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang

c.

mata wang timah dikenal sebagai katun.

12. Mata wang asing seperti dolar Sepanyol, dolar Mexico dan duit Belanda digunakan di pelabuhan Johor pada akhir abad ke-18. 13. Pelabuhan Johor ditadbir dengan cekap agar urusan perdagangan dapat dijalankan dengan lancar. 14. Sistem cukai yang berpatutan diamalkan: a. 6 keping emas dikenakan bagi setiap bahara lada hitam; b. 10 keping emas dikenakan bagi setiap bahara timah. 15. Sistem naungan diamalkan untuk menjamin keselamatan pedagang asing. a. Mengikut sistem ini, setiap pedagang asing yang berdagang di pelabuhan Johor dilindungi oleh Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Raja Indera Bongsu. 16. Kerajaan Johor menjaga keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh dengan mengerah orang Laut menjadi: a. pengawal pelabuhan; b. pengawas perairan Johor; c. penunda; d. penunjuk arah. 17. Johor terletak di kedudukan yang strategik, iaitu di pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka. Dengan itu, Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat. 18. Pelabuhan Johor juga terlindung daripada tiupan angin monsun dan ini membolehkan kapal dagang dapat berlabuh dengan selamat. 19. Orang Johor mahir membuat kapal pesisiran pantai seperti banteng, kolek, baluk, pencacap, dan pencalang.

Perkembangan Persuratan Melayu1. Johor terkenal sebagai pusat persuratan sejak abad ke-17. 2. Dua buah karya yang terkenal dihasilkan pada masa itu ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang

Tuah.a. Sejarah Melayu; i. ii. iii. iv. v. mula ditulis di Melaka dan dibawa bersama ketika Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka pada tahun 1511. naskhah asal ini dibawa dari Kampar ke Johor pada tahun 1528. naskhah ini dirampas oleh Portugis semasa Portugis menyerang Johor Lama pada 1536. Orang Kaya Suguh telah membawa balik naskhah ini ke Johor. pada 1612, Tun Sri Lanang memperbaik dan menyalin semula naskhah Sejarah

Melayu.

vi.

Sejarah Melayu merupakan sumber persejarahan Melayu dan dokumenkebudayaan Melayu yang ulung.

b. Hikayat Hang Tuah. i. ii. iii. Dihasilkan pada abad ke-17. mengisahkan kepahlawanan Hang Tuah dan empat orang rakannya. mengagungkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar yang masyhur. 3. Apabila Riau menjadi pusat pentadbiran Johor pada abad ke-18, banyak karya sejarah, bahasa, dan buku agama Islam telah dihasilkan. 4. Pengarang yang terkenal ialah: a. Raja Haji Ahmad; b. Raja Ali Haji. 5. Hasil karya yang asal ditulis dengan menggunakan tulisan jawi bertulis tangan. Pada abad ke-19, karya tersebut dicetak dengan menggunakan kaedah 'cap batu'. 6. Antara hasil karya yang ditulis pada abad ke-18 dan ke-19 ialah: a. Aturan Setia Bugis dan Melayu; b. Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi; c.

Hikayat Johor dan Hikayat Pahang;

d. Kitab Pengetahuan Bahasa; e. Peringatan Sejarah Negeri Johor; f.

Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-Rajanya;

g. Syair Sultan Mahmud Lingga; h. Tuhfat al Nafis (Hadiah yang bernilai). 7. Sejak abad ke-17, Johor juga dikenal sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam.

1.07.3 Kemerosotan Kerajaan Johor1. Persengketaan dalam kalangan pembesar dan Sultan Johor telah mengakibatkan kemerosotan kegemilangan kerajaan Johor. 2. Kemerosotan Johor disebabkan oleh empat faktor, iaitu: a. Perang Johor-Jambi; b. perebutan kuasa; c. penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor; d. pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.).

Perang JohorJambi1. Jambi merupakan jajahan takluk Johor.

2. Setelah Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka, Jambi mula bersaing dengan Johor dalam kegiatan perdagangan dan berusaha membebaskan diri daripada kekuasaan Johor. 3. Dalam usaha membebaskan diri daripada kekuasaan Johor, Jambi menyerang Johor. a. pada tahun 1670, Jambi menyerang Johor dengan bantuan Belanda; b. pada tahun 1673, Jambi menyerang Johor Lama dan Batu Sawar. 4. Kesan serangan Jambi terhadap Johor: a. perdagangan terjejas; b. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dari Johor dan bersemayam di Pahang bermula tahun 1677 kerana Johor tidak selamat untuk diduduki; c. beberapa jajahan takluk Johor membebaskan diri. 5. Pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya mengalahkan Jambi dengan menggunakan askar upahan Bugis. 6. Sebagai mengenang jasanya, Laksamana Tun Abdul Jamil dianugerahkan gelaran Paduka Raja. 7. Sejak itu, Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga dapat melantik anak-anaknya menyandang jawatan penting dalam kerajaan Johor seperti: a. Temenggung; b. Sri Amar Diraja; c. Sri Bija Diraja.

Laksamana Tun Abdul Jamil

1623 mengambil alih kuasa Bendahara Johor. 1677 melantik menantunya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Syah. Mengetuai angkatan perang Johor dan mengalahkan Jambi serta dianugerahi gelaran Paduka Raja. Mengalahkan Palembang dan menawan semula Siak. Melantik cucunya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Mahmud Syah (1685 1699). Disingkirkan daripada jawatannya oleh Bendahara Johor.

Perebutan Kuasa1. Laksamana Tun Abdul Jamil terlalu berkuasa di Johor.

2. Beliau telah mengambil alih peranan Bendahara sebagai pelantik dan pemangku sultan sejak tahun 1623. Misalnya: a. 1677, beliau melantik menantunya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah; b. 1685, beliau melantik cucunya yang berusia 10 tahun sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Mahmud Shah II dan anaknya iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai pemangku sultan. 3. Tindakan Laksamana Tun Abdul Jamil yang mengetepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid menyebabkan Bendahara berasa tidak puas hati. 4. Persengketaan antara Bendahara dengan Laksamana menyebabkan kestabilan politik Johor terjejas. 5. Bendahara Tun Habib Abdul Majid hanya mendapat semula kuasanya setelah Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688.

Perebutan Takhta1. Sultan Mahmud Shah II terkenal sebagai seorang sultan yang zalim. Ini menyebabkan baginda dibunuh oleh seorang pembesar pada tahun 1699. 2. Peristiwa itu dikenal sebagai 'Sultan Mahmud mangkat dijulang' kerana baginda terbunuh semasa baginda dijulang. 3. Oleh sebab Sultan Mahmud Shah II mangkat tanpa meninggalkan waris, Bendahara Tun Abdul Jalil telah dilantik sebagai Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699 1718). 4. Pelantikan baginda disokong oleh para pembesar dan rakyat. 5. Dengan pelantikan baginda, bermulalah Kesultanan Johor daripada keturunan Bendahara. 6. Raja Kechil dari Siak mendakwa dirinya sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah II dan ingin menuntut takhta kerajaan Johor. 7. Orang Laut yang mempercayai akan dakwaan Raja Kechil turut menyokong dan memberikan taat setia kepadanya. 8. Dengan bantuan orang Minangkabau, Raja Kechil telah berjaya merampas takhta kerajaan Johor pada tahun 1718. 9. Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. 10. Perebutan takhta Johor dan peperangan yang berlaku telah mengakibatkan kemakmuran Johor mula merosot.

Penglibatan Bugis di Johor1. Orang Bugis telah diusir keluar dari Makasar setelah Belanda menguasainya pada awal abad ke17.

2. Orang Bugis mengembara bersama-sama dengan angkatan perangnya dan menjadi tentera upahan yang berani. 3. Anak raja Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak, dan Daeng Kemasi telah bersetuju membantu Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) untuk mengusir Raja Kechil dari Johor. 4. Pada tahun 1722, orang Bugis berjaya mengalahkan Raja Kechil. Kesannya: a. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baru; b. Daeng Merewah dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau dengan gelaran Kelana Jaya Putera; c. Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua. 5. Orang Bugis meluaskan pengaruh mereka dalam pentadbiran kerajaan Johor. 6. Orang Bugis mengukuhkan kedudukan dengan: a. menggalakkan perkahwinan antara orang Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu; b. menggunakan gelaran raja pada awal nama anak-anak mereka seperti Raja Haji, Raja Ali, dan Raja Jaafar. 7. Yamtuan Bugis mempertahankan haknya untuk melantik Sultan Johor yang baru mengikut pilihannya. 8. Orang Melayu Johor berasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin terhakis dengan penglibatan orang Bugis dalam pentadbiran Johor. 9. Pertikaian antara orang Melayu dengan orang Bugis berterusan khususnya apabila hendak melantik sultan baru. 10. Pertikaian tersebut telah menjejaskan kestabilan pentadbiran kerajaan Johor. 11. Pembesar Melayu Johor meminta bantuan Belanda untuk mengusir orang Bugis dari Riau. 12. Dengan bantuan orang Belanda, pembesar Melayu dapat menguasai semula tampuk pemerintahan kerajaan Johor pada tahun 1784. 13. Pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke Riau. Orang Melayu Johor bersaing dengan orang Bugis lagi dan masalah ini tidak dapat diselesaikan. 14. Pembesar Johor berusaha untuk mengekalkan kuasa di kawasan masing-masing, iaitu: a. Sultan bersemayam di Lingga; b. Bendahara bertapak di Pahang; c. Temenggung bertapak di Pulau Pinang dan menguasai Johor dan tanah besar Johor. 15. Orang Laut berpecah mengikut pembesar Melayu. Tetapi banyak di antara mereka menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar. 16. Kesannya, perpecahan berlaku dalam kerajaan Johor.

Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.)1. V.O.C. yang ditubuhkan oleh pedagang Belanda telah bertapak di Betawi pada abad ke-17. 2. Pada tahun 1602, syarikat ini mula berdagang di pelabuhan Batu Sawar. 3. Penguasaan Bugis dalam kerajaan Johor membimbangkan Belanda kerana khuatir kedudukan mereka di Melaka akan terjejas. 4. Belanda pernah berperang dengan orang Bugis, iaitu: a. di Teluk Ketapang; b. di Riau. 5. Belanda telah berjaya menguasai Riau dan David Ruhde dilantik sebagai Gabenor Belanda di sana. 6. Apabila Belanda menguasai Riau, jawatan sultan dan Yamtuan Muda dihapuskan. 7. Persengketaan antara orang Belanda dengan orang Bugis juga mendatangkan kesan buruk terhadap Johor.

Kerajaan Negeri-negeri Melayu1.08.1 Kerajaan Melayu Yang Tua Kedah1. Panggilan Kedah oleh orang asing: a. orang Cina memanggil Kedah sebagai Cheh-Cha; b. orang Siam memanggil daratan Kedah sebagai Sai; c. pedagang India memanggil Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram; d. pedagang Arab memanggil Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar. 2. Sejarah awal Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa ialah: a. kerajaan Kedah wujud pada abad ke-7; b. rajanya yang pertama ialah Merong Mahawangsa; c. baginda memeluk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah. 3. Sejarah awal Kedah menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: a. pada tahun 1136, Maharaja Derba Raja telah memeluk Islam; b. baginda menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah. 4. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, negeri Kedah dibahagikan kepada tiga pusat pentadbiran, iaitu: a. Kota Palas; b. Kota Ulu; c. Langkawi. 5. Pada tahun 1735, Kota Setar menjadi pusat pentadbiran Kedah dan di situ wujudnya Alor Setar yang menjadi ibu negeri Kedah pada hari ini. 6. Kedah negeri yang maju dan terpaksa menghadapi cabaran daripada kuasa luar. 7. Demi menjaga keselamatannya, Kedah menjalin hubungan dengan Siam dan menghantar 'bunga emas' ke Siam sebagai tanda persahabatan. 8. Apabila Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh menyerang Kedah pada 1619, Sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam. 9. Kedah menjalin persahabatan dengan Burma apabila Burma menawan Ayuthia pada tahun 1767 bagi menjamin keselamatannya. 10. Kerajaan Kedah kurang stabil pada abad ke-18 kerana: a. ancaman Siam; b. perebutan takhta kerajaan; c. pertikaian di kalangan kerabat diraja. 11. Siam menawan Kedah pada tahun 1821 kerana: a. Kedah menjalin hubungan baik dengan Inggeris; b. Kedah enggan akur pada Siam.

12. Setelah Kedah ditawan oleh Siam, sultan dan pembesar serta para pengikutnya berundur ke Pulau Pinang. 13. Mereka menyusun strategi untuk menyerang tentera Siam di Kedah. 14. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Sultan Kedah dan hubungan di antara kedua-dua buah negeri itu bertambah erat selepas itu. 15. Kedah terkenal sebagai pelabuhan entrepot. Undang-undang Laut Melaka diamalkan untuk mengurus pelabuhannya. 16. Mata wang dan sistem sukat digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan. 17. Hasil tempatan yang diperdagangkan di pelabuhan Kedah ialah emas, bijih timah, lada hitam, dan hasil hutan.

Perak1. Nama negeri Perak sering dikaitkan dengan nama sejenis logam iaitu Perak. 2. Menurut buku Sejarah Perak, karya A.Halim Nasir, nama Perak diambil sempena nama Sungai Perak yang mempunyai sejenis ikan berwarna putih seperti perak. 3. Dua sumber yang menerangkan sejarah awal negeri Perak ialah: a. Salasilah Perak; b. Sejarah Melayu. 4. Menurut kedua-dua sumber ini: a. Kesultanan Perak diasaskan pada tahun 1528; b. Tun Saban telah menghadap Sultan Mahmud Shah untuk memohon seorang putera baginda dirajakan di Perak; c. Sultan Mahmud Shah menghantar puteranya, d. Raja Muzaffar berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini ke Perak; e. Raja Muzaffar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah. f. Tanah Abang menjadi pusat pentadbirannya. 5. Ketibaan Raja Muzaffar di Kuala Perak disambut oleh orang-orang Besar dan rakyat Perak di Beting Beras Basah. Sehingga kini, bakal Sultan Perak akan melawat tempat tersebut. 6. Negeri Perak mengamalkan sistem giliran dalam pemilihan sultan: a. sultan yang dipilih tidak mengikut sistem turun-temurun daripada sultan kepada puteranya; b. seseorang bakal sultan mesti terlebih dahulu menyandang jawatan Raja di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda. 7. Negeri Perak terkenal dengan perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung. 8. Kuasa luar meminati kekayaan hasil bumi Perak dan berusaha untuk menguasainya. a. pada tahun 1575, Acheh menakluk Perak dan menjadikannya negeri naungan;

b. pada tahun 1651, Belanda mengepung Perak dan memaksa Sultan Perak menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C). 9. Pada 13 Mac 1753, Sultan Iskandar Zulkarnain menandatangani perjanjian dengan Thomas Acheppers (V.O.C.) yang membenarkan Belanda membeli bijih timah negeri Perak. 10. Bendahara Megat Terawis menentukan sempadan antara Perak dengan Siam bagi memudahkan pembesar Perak memungut cukai. 11. Lombong bijih timah di Klian Intan diusahakan oleh orang Reman dari Siam. 12. Cukai yang dikutip di kawasan perlombongan tersebut menjadikan Perak kaya dan ini menyebabkan Siam ingin menguasai Perak. 13. Siam mengarahkan Kedah menyerang Perak pada tahun 1516, 1818, dan 1819, dan Perak dikalahkan pada 1819. 14. Kekalahan itu menyebabkan Perak terpaksa menghantar bunga emas kepada Siam dan membenarkan orang Siam membeli bijih timah tanpa cukai. 15. Perjanjian Low antara British dengan Siam menyebabkan paksaan Siam terhadap Perak itu tidak berhasil. 16. Sebagai anak Malaysia kita patut: a. berbangga dengan kekayaan hasil bumi; b. bersyukur kerana dikurniakan sumber semula jadi; c. bersama-sama menjaga hasil bumi agar tidak menjadi milik orang asing.

Pahang1. Pada akhir abad kesembilan atau awal abad kesepuluh, kerajaan Pahang sudah terbentuk. 2. Terdapat beberapa catatan berkaitan dengan sejarah awal negeri Pahang. Antaranya: a. menurut catatan China, Pahang dipanggil Phang atau Pahangh. Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fongdan mengatakan Pahang bernaung di bawah kerajaan Palembang; b. Pahang dipanggil Fahan oleh orang Arab; c. dalam Sejarah Melayu, Pahang dipanggil Pura; tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang. 3. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Pahang telah ditawan oleh Melaka. 4. Keturunan Kesultanan Melaka telah menguasai Pahang apabila Sultan Mansor Shah menabalkan puteranya, Raja Muhammad sebagai Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. 5. Pemerintahan Pahang daripada keturunan Kesultanan Melaka berakhir apabila Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Yamtuan Muda Johor, iaitu Raja Bajau (1641 1673). 6. Bendahara Johor pula menguasai pemerintahan Pahang apabila berlaku perpecahan dalam kerajaan Johor. d. menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang berasal daripada pokok Mahang yang

7. Pada tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad berjaya merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahir dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dengan menggunakan gelaran Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah. 8. Menurut catatan China dan Portugis, hasil pengeluaran Pahang ialah bijih timah, beras, dan hasil hutan seperti gaharu, kayu kapur, dan kapur barus.

1.08.2 Kerajaan Melayu Yang Baru Kelantan1. Menurut catatan Shen-Yau dari Dinasti Tang, Kelantan dipanggil Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan. 2. Dalam buku Researches on Ptolemy's Geography of Eastern Asia , karya Gerini, Kelantan merupakan gabungan perkataan 'kolam' (bermaksud tanah) dengan 'autam' (bermaksud sempadan). Gabungan itu menjadi "Kolantam" dan akhirnya Kelantan. 3. Sebelum Kelantan disatukan, negeri ini diperintah oleh beberapa orang raja di daerahdaerah secara berasingan. 4. Pada 1775, Long Yunus menjadi Raja Kelantan dan masyarakat Kelantan barulah bersatu. 5. Baginda memindahkan pusat pentadbirannya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu pada 1777. 6. Long Yunus menghadapi serangan Terengganu pada 1794. 7. Serangan Terengganu diteruskan pada tahun 1795 dan 1800 setelah kemangkatan Long Yunus. 8. Terengganu telah berjaya menewaskanKelantan dalam kedua-dua serangan itu dengan bantuan Patani. 9. Pada tahun 1801, putera Long Yunus, iaitu Long Muhammad telah menyerang dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan Kelantan daripada tawanan Terengganu. 10. Selepas kejayaan tersebut, Long Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I. 11. Sultan Muhammad I berusaha mengekalkan kedaulatan Kelantan daripada serangan luar dengan menjalin hubungan diplomatik dengan Siam. 12. Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sekali. 13. Siam membalas dengan memberi hadiah yang berharga kepada Kelantan. 14. Hubungan diplomatik ini menyebabkan Terengganu tidak lagi memusuhi Kelantan. 15. Catatan Rentse berkaitan negeri Kelantan: a. Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat; b. pedagang-pedagang singgah di Kuala Sungai Kelantan sebelum ke Teluk Siam, Kemboja, dan Ch