tamanspbt-131110182632-phpapp02

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16 KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN TAMAN DI BAWAH JAGAAN UNIT SPBT ”TAMAN RAUDHAH SPBT SK SAHABAT 16” UNIT SPBT SK SAHABAT 16 2015

Upload: raymond-mcdonald

Post on 29-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

spbt

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16KERTAS KERJA

PROJEK

PEMBINAAN TAMAN DI BAWAH JAGAAN UNIT SPBTTAMAN RAUDHAH SPBTSK SAHABAT 16MUKADIMAH

Projek ini adalah salah satu aktiviti bagi unit SPBT SK Sahabat 16 bagi tahun 2015.

Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru SK Sahabat 16.

Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah SK Sahabat 16.

Untuk makluman semua, guru-guru di kawasan terdekat dan juga murid-murid datang untuk menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah kita. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti mesyuarat, kursus, taklimat dan sebagainya. Jadi, taman yang dibina dapat digunakan untuk melakukan aktiviti berikut.Oleh sebab itu, Unit SPBT memohon agar kerjasama dari semua pihak sekolah untuk menjayakan Projek Pembinaan Taman di bawah jagaan Unit SPBT ini untuk kebaikan bersama.

1. NAMA PROJEK :PROJEK KECERIAAN TAMAN RAUDHAH SPBT SK SAHABAT 16. 2. OBJEKTIF :2.1 Menceriakan persekitaran taman Raudhah SPBT SK Sahabat 162.2Meningkatkan peratus keceriaan sekolah. 2.3Mewujudkan suasana ceria dan cantik pada guru-guru dan murid-murid SK Sahabat 16 juga para tetamu yang datang berkunjung ke sekolah.

3. TARIKH :

APRIL 2015

4. TEMPAT :

SK SAHABAT 16, LAHAD DATU, SABAH5. AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN : TAMAN RAUDHAH SPBT

Mengecat semula pondok yang sedia ada

Menanam pokok bunga

Membuat dan memotong juga menampal kata-kata hikmah

Menghias bunga, gambar dan hiasan yang sesuai.

Menyediakan sudut bacaan

6. JAWATANKUASA PROJEK :

PENGERUSI

:Cik Jannah binti Madullah

( GURU BESAR )

T. PENGERUSI

:Encik Jaitu bin Adian ( GPK HEM )

SETIAUSAHA

:Encik Muhammad Faizal bin Mohamed

AHLI JAWATANKUASA: Semua Yang terlibat7.SUMBER KEWANGAN

7.1 Peruntukan dari Pihak Sekolah.7.2 Sumbangan daripada PIBG.

8. BAHAN YANG DIPERLUKANITEMKUANTITIANGGARAN HARGA (SEUNIT)JUMLAH

Cat kayu (merah)1 tinRM 35.00RM 35.00

Cat kayu (biru)1 tinRM 35.00RM 35.00

Cat kayu (kuning)1 tinRM 35.00RM 35.00

Cat kayu (putih)2 tinRM 35.00RM 70.00

Berus cat5 tinRM 4.00RM 20.00

Batu hiasan sungai (landskap) 1 karungRM 30.00RM 30.00

Mozek (1x2)10 kepingRM 7.00RM 70.00

Kertas A4 pelbagai warna 120gsm1 rimRM 9.00RM 9.00

Plastik laminate1 rimRM 40.00RM 40.00

Pasu seramik10 bijiRM 10.00RM 100.00

Thinner 1 botolRM 3.00RM 3.00

JUMLAHRM 447.00

11. PENUTUP

Adalah menjadi harapan kepada warga SK. Sahabat 16, Lahad Datu agar Projek Taman Raudhah SPBT SK Sahabat 16 dapat di dapat diterima pendapat dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disemak oleh;

____________________________

Encik Jaitu bin Adian

PK. HEM

SK. Sahabat 16, Lahad Datu

Tarikh :

Disediakan oleh;

____________________________

Muhammad Faizal bin Mohamed

Ketua Unit SPBT,

SK. Sahabat 16, Lahad Datu

Tarikh :

Disahkan oleh;

____________________________

Cik Jannah binti Madullah

Guru Besar

SK. Sahabat 16, Lahad Datu

Tarikh :

UNIT SPBT SK SAHABAT 16 2015