taksonomi bloom

10
Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956) 1) Pengetahuan Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. 2) Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. 3) Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain. 4) Analisis Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih. 5) Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri

Upload: rohasimah-abd-rashid

Post on 26-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsep taksonomi bloom

TRANSCRIPT

Page 1: Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) PengetahuanMengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) AnalisisSesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) PenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Page 2: Taksonomi Bloom

Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) PenerimaanBerhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balasMembawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) MenilaiPada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) OrganisasiMembawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

TAKSONOMI BLOOM

Pengenalan :

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.

Definisi :

Page 3: Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan Keempat 2005.

Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap :

i. Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Ciri-ciri khusus

- Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur.

- Tiada manipulasi atau interpretasi

Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai,

Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ?2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

ii. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Tiga aras penting :

Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)

Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )

Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

Tujuan :

Page 4: Taksonomi Bloom

Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.

Contoh : Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus

iii. Aplikasi (Application)

Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

- Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru.

- Menekankan penggunaan kaedah, prinsip & hukum teori.

- Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.

Objektif :

Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan

Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

Contoh : Soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.

iv. Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.

Tujuan :

Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)

Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Contoh :

Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.

Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

v. Sintesis (Synthesis)

Page 5: Taksonomi Bloom

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.

Tujuan : Membentuk sesuatu yang baru.

Ciri khusus : Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini

Contoh :

Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan.

vi. Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Ciri-ciri khusus:

- Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.

- Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.

- Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.

Contoh : membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan.

2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.

3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.

DOMAIN KRATHWOHL

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.

Page 6: Taksonomi Bloom

Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Konsep :

- Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu.

- Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman).

- Aspek yang terkandung dalam domain afektif:

Minat

Tingkahlaku

Penghargaan

Nilai

Emosi

Penerimaan :

- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

Kesedaran – pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

Kesudian untuk menerima – sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

Bertindak Balas :

- Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.

- Boleh mengambil bahagian secara aktif.

Objektif am: Melengkapkan tugasan.

Page 7: Taksonomi Bloom

Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran.

3 kategori:

Persetujuan membalas.

Kesediaan membalas.

Kepuasan membalas.

Menilai :

- Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.

- Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.

- Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.

3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan.

Objektif am: Menghargai orang lain

Objektif khusus: Boleh melaporkan

Organisasi :

- Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.

- Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.

Kategori: Penanggapan & organisasi.

Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.

Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.

Perwatakan :

- Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.

- Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.

Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.

Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.

Page 8: Taksonomi Bloom

Relevan :

- Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.

- Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai, merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.

- Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.

- Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.

Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti:

1. Tingkahlaku.

2. Motivasi.

3. Komunikasi.

4. Cara Pengurusan Bilik Darjah.

5. Cara Pembelajaran.

6. Penggunaan Teknologi.