taklimat pbtdi bawah 3(1)(b)or (c) apt 1960-26!11!10

Upload: shahrizal-mohtar

Post on 19-Jul-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Biodata

MEJ. (PA) HJ. CHE ROSLAN

Kelulusan Akademik Diploma Perhutanan (UPM) B.S. Perhutanan (UPM) Master LARM (UPM)

Pengalaman KerjaPen. Pemelihara Hutan Trg (1988) Pen. Pegawai Daerah (Tanah) Phg (1998) Pen. Ketua Program Tanah INSTUN (2001) Pen. Pengarah Pengambilan Tanah JKPTGKn (2002) Pen. Pengarah Pengambilan Tanah JKPTG HQ (2004) Ketua Pen. Pengarah JKPTG WPKL (2005) Ketua Pen. Pengarah Pengambilan JKPTG HQ (Jan. 2008) Ketua Pen. Setiausaha Bhg. Pemb. Perhutanan, NRE (Okt. 2008) Pengarah - JKPTG(P) Selangor (Ogos 2009 hingga kini)

TAKLIMAT PROSES PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 3(1) (b) atau (c) APT 1960.

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) NEGERI SELANGOR

AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960PENGENALAN Akta Pengambilan Tanah 1960. Akta Parlimen di bawah Perkara 76(4) (Perlembagaan Persekutuan) Persamaan undang-undang dan dasar. Berkuatkuasa mulai 13 Oktober 1960, 8 Enakmen Negeri mengenai pengambilan tanah telah dibatalkan dan digantikan dengan Akta Pengambilan Tanah 1960.

PENGENALAN (Samb.) Mengikut Perlembagaan Persekutuan (PP) item 2 (d) Senarai Negeri, Jadual ke Sembilan, tanah adalah perkara negeri dan menjadi kuasa eksekutif Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun Perkara 76(4) membenarkan Parlimen mengubal satu undangundang tanah dengan tujuan untuk keseragaman antara negeri. Justeru APT 1960 telah telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif di dalamnya masih lagi dipegang oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

PENGENALAN (Samb.)76(4) Parliament may, for the purpose only of

ensuring uniformity of law and policy, make laws with respect to land tenure, the relations of landlord and tenant, registration of titles and deeds relating to land, transfer of land, mortgages, leases and charges in respect of land, easements and other rights and interests in land, compulsory acquisition of land, rating and valuation of land, and local government; and Clause(1)(b) & (3) shall not apply to any law relating to any such matter.

PENGENALAN (Samb.) Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Perkara 76(1)(b) dan 76(4) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh digunapakai. Perkara 95D Perlembagaan Persekutuan. 95D In relation to the State of Sabah and

Sarawak, Clause(4) of Article 76 shall not apply, nor shall paragraph (b) of Clause(1) of that Article enable Parliament to make laws with respect to any of the matters mentioned in clause(4) of that Article.

HAK KE ATAS HARTAPERKARA 13 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undangundang. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

KUASA UNTUK MENGAMBIL TANAH

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Raja atau Yang Dipertua Negeri mengikut mana yang dikehendaki

TUJUAN PENGAMBILANSeksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 : 3(1) PBN boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan : a) bagi mana-mana maksud awam; b) oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apaapa maksud pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam; atau c) bagi maksud perlombongan atau bagi kediaman, pertanian, perniagaan, perindustrian atau maksudmaksud rekreasi atau mana-mana gabungan daripada maksud-maksud tersebut.

Bagaimana Menentukan Perenggan 3(1) (a) atau (b) atau (c) ?

??????

TANAH YANG BOLEH DIAMBIL Tanah berimilik (mengikut takrifan KTN). Tanah yang diduduki mengikut hak di sisi adat (tanah yang diduduki oleh orang asli tidak termasuk kawasan rayau). Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik (A.A. atau Surat Akuan) Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan dalam Daftar Pegangan (RoH) dibawah Akta (kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

Tanah yang tidak boleh diambil melalui APT 1960 Tanah di bawah Sijil Melombong atau Pajakan Melombong Tanah Milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Tanah Kerajaan Negeri (Stateland) Tanah-Tanah Kedutaan

PERMOHONAN Permohonan dibuat secara bertulis kepada PT dengan menggunakan Borang 1. Permohonan disertakan dengan : a) Kertas cadangan projek; b) Pelan Susun Atur dan pelan pengambilan tanah; c) Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; dan d) Fee dan deposit seperti yang ditentukan dalam Jadual Kedua (Kaedah 4) KaedahKaedah Pengambilan Tanah (KKPT) 1998 (PU(A)70/98 dan dipinda oleh PU(A) 413/2000

e) Memorandum dan perkara-perkara persatuan

DEPOSIT Deposit 125% daripada anggaran harga pasaran tanah yang ditentukan oleh JPPH dalam bentuk bank draft: a) 50% dikemukakan bersama-sama dengan permohonan; dan b) 75% dikemukakan apabila pemohon menerima terma-terma dan syarat-syarat kelulusan yang dikenakan oleh PBN.

PERANAN PENTADBIR TANAH (PT) Jika PT berpuashati permohonan adalah teratur, kemukakan bersama-sama dokumen-dokumen berkenaan kepada UPEN/Jawatankuasa WPKL.

[Seksyen 3(4] PT boleh menolak permohonan yang tidak mematuhi peraturan.

[Seksyen 3(5)] Jika tanah yang hendak diambil terdapat kelulusan pembangunan dan tujuan pengambilan bukan untuk kemudahan awam, PBN tidak akan menimbangkan permohonan tersebut dan PT hendaklah menolaknya.

PERANAN UPEN/JAWATANKUASA WPKLMenimbangkan permohonan berdasarkan kepada aspekaspek:a) Kepentingan awam; b) Keupayaan dan kemampuan pemohon untuk melaksanakan tujuan pengambilan tanah; c) Daya maju projek; dan d) Kelulusan pembangunan yang telah di beri kepada tuanpunya tanah berdaftar.

Jika kelulusan pembangunan telah diberi dan tujuan pengambilan tanah untuk kemudahan awam, UPEN/Jawatankuasa WPKL hendaklah menentukan sama ada sesuai bagi tuanpunya tanah mengambil bahagian dalam projek yang melibatkan pengambilan tanahnya.

-Seksyen 3A(2) Jika UPEN/Jawatankuasa WPKL berpuashati bahawa sesuai bagi tuanpunya tanah mengambil bahagian, UPEN/Jawatankuasa WPKL mengarahkan pemohon dengan menggunakan Borang 3 dalam tempoh 6 minggu dari tarikh terima permohonan daripada PT, supaya berunding dengan tuanpunya tanah.

Jika perundingan antara pemohon dan tuanpunya tanah berjaya, UPEN/Jawatankuasa WPKL memberhentikan urusan pengambilan tanah dan PT membayar balik deposit yang telah dibayar, tanpa bayaran faedah, dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permintaan daripada pemohon.

-Seksyen 3A(5) dan Kaedah 9 Jika gagal atau tidak mencapai sebarang keputusan dalam tempoh yang ditetapkan, UPEN/Jawatankuasa WPKL boleh menimbangkan permohonan dan membuat perakuan yang difikirkan sesuai

UPEN/Jawatankuasa WPKL, setelah menimbangkan setiap permohonan, mengemukakannya dengan dokumen-dokumen berkenaan dan laporan perundingan, jika ada, bersama-sama dengan perakuan kepada :

a) JKPT negeri dengan menggunakan Borang 4 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima laporan perundingan, dalam kes di negeri; atau b) PBN, dalam kes di WPKL.

J/KUASA KHAS PENGAMBILAN TANAH (JKPT) Negeri JKPT negeri menilai kesesuaian permohonan dan mengemukakannya kepada PBN dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan dari tarikh terima permohonan daripada UPEN, bersama-sama dengan perakuan yang difikirkan sesuai. Perakuan JKPT negeri kepada PBN boleh, jika berkaitan, termasuk penetapan syarat-syarat dan sekatan kepentingan keatas tanah.

PBN Jika PBN meluluskan permohonan pengambilan tanah, PBN hendaklah memberitahu PT mengenai kelulusan tersebut, terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan dan PT dalam tempoh 14 hari memberitahu pemohon dengan menggunakan Borang 5.

-Seksyen 3E(3)dan Kaedah 10(1) Setelah menerima Borang 5, pemohon hendaklah memberi jawapan kepada PT dalam tempoh 30 hari untuk mengesahkan penerimaannya keatas terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan dan membayar baki 75% deposit. Jika pemohon gagal berbuat demikian, pemohon dianggap telah menarik permohonannya.

PENGISYTIHARAN DI BAWAH SEKSYEN 8 Pengambilan yang dicadangkan. Luput jika Borang G tidak dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun. Semua prosiding yang telah atau sedang diambil adalah tamat dan tidak berkuatkuasa. - Seksyen 8(4)(mulai 21 Jan. 1984).

CARTA ALIR PBT SEKSYEN 3(1)(b) ATAU 3(1)(c) APT 1960Pemohon mengemukakan Borang 1 kepada Pentadbir Tanah dengan disertakan : A. Bayaran Fee. B. Bayaran Deposit sebanyak 50% daripada nilaian JPPH. C. Kertas Cadangan Projek (berdasarkan PIB). D. Pelan Susun atur dan Pelan Pengambilan. E. Laporan Awal Penilaian Tanah oleh JPPH. F. Memorandum dan Perkara Perkara Persatuan.

Pentadbir Tanah akan menyemak Borang 1 bersama dokumen yang dilampirkan dan memastikan sama ada permohonan tersebut sesuai diletakkan di bawah Seksyen 3 (1)(b) atau 3(1)(c), dan sama ada kelulusan pembangunan ada dikeluarkan kepada tuan tanah tersebut atau tidak.

Sekiranya kelulusan pembangunan ada dikeluarkan di atas tanah tersebut dan maksud pengambilan bukan untuk kemudahan awam, Pentadbira Tanah akan menolak permohonan tersebut.

Sekiranya kelulusan pembangunan tidak dikeluarkan atau sekiranya dikeluarkan, maksud pengambilan itu adalah untuk Projek Kemudhan Awam, maka Pentadbir Tanah akan mengemukakan permohonan bersama dokumendokumen berkenaan kepada UPEN.

Setelah menerima permohonan (Borang I) dan dokumen-dokumen yang berkaitan, UPEN akan menyemak sama ada permohonan meliputi 4 aspek berikut : A. Kepentingan Awam. B. Kemampuan dan keupayaan pemohon (berdasarkan PIB). C. Daya maju projek. (berdasarkan PIB). D. Kelulusan pembangunan yang dikeluarkan kepada tuan tanah.

Jika kelulusan pembangunan tidak dikeluarkan, UPEN akan empertimbangkan setiap permohonan dengan memberi apaapa perakuan yang difikirkan sesuai dan mengemukakan permohonan tersebut bersama perakuan yang dibuat dan lain-lain dokumen kepada JKPT melalui Borang 4.

Jika ada kelulusan pembangunan, UPEN akan menentukan sama ada sesuai atau tidak tuan tanah melibatkan diri dalam projek yang dicadangkan.

Jika UPEN berpuas hati bahawa penglibatan tuan tanah sesuai, dalam masa 6 minggu dari tarikh terima Borang 1, UPEN akan mengarahkan pemohon berunding dengan tuan punya tanah melalui Borang 3.

Pemohon hendaklah mengemukakan laporan lengkap mengenai keputusan perundingan kepada UPEN dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam Borang 3.

Jika perundingan antara pemohon dan tuan tanah berdaftar berjaya, UPEN akan memberhentikan urusan pengambilan tanah dan Pentadbir Tanan aklan membayar balik deposit yang telah dibayar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permintaan daripada pemohon.

Jika perundingan tidak berjaya, UPEN boleh menimbangkan permohonan berkenaan dengan memberikan apa-apa perakuan yang difikirkan sesuai.

UPEN akan mengemukakan permohonan tersebut bersama perakuan yang dibuat, laporan perundingan diantara pemohon dengan tuan tanah dan lainlain dokumen kepada JKPT melalui Borang 4 dalam masa 14 hari selepas mnenerima perundingan tersebut.

Setelah menerima permohonan daripada UPEN, JKPT akan menilai kesesuaian permohonan dan mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan dari tarikh terima permohonan daripada UPEN.

JPPH UPEN JKPT PIB

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Unit Perancang Ekonomi Negeri Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah Projek Implementation Brief.

Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan permohonan atau menolaknya.

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (P) NEGERI SELANGOR