pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

22
PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK, 1920-AN HINGGA 1960 Pengenalan Pcrgerakan komunis telah dikcsan di ncgeri-negeri Melayu pada awal tahun I 920-an. Begitu juga keadaannya di ncgeri Pcrak dengan penuhuhan cawangan Kuomintang (KMT) sebagai pelindung kepada pergerakan komunis pada ketika itu. Seterusnya, pergerakan komunis menjadi semakin rancak dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930. Tindakan keganasan komunis ke atas golongan peladang Eropah di kawasan Sungai Siput. Pcrak pada 16 Jun 1948 telah membawa Tanah Melayu memasuki zaman darurat. Zaman ini hanya berakhir pada 31 Julai 1960 apabila komunis dapat ditewaskan oleh pihak kerajaan dengan adanya kcrjasama daripada penduduk. Dalam perkembangan ini, negeri Pcrak schagaimana ncgeri Mclayu lain juga berdepan dengan zaman darurat dan merupakan antara negcri utama yang menjadi tumpuan pergerakan komunis. Oleh itu, apabila kita memhincangkan tcntang zaman darurat. pasti tidak dapat dielakkan dari menyebut negeri Perak kerana di situlah mcletusnya peristiwa keganasan komunis yang membawa kepada pengisytiharan dan penguatkuasaan Undang-undang Darurat di Tanah Melayu selama 12 tahun dan 45 hari. Justeru itu, penulisan ini bcrtujuan untuk meneliti pergerakan komunis di negeri Perak sejak tahun I 920-an sehingga 1960. Perbincangan dalam penulisan ini bermula dengan melihat kepcntingan negeri Perak kepada pergerakan komunis, diikuti dengan pergerakan awal komunis di Perak sehingga pengisytiharan darurat dan pergerakan komunis di Perak pada zaman darurat. Selaras itu, pelbagai kegiatan kejahatan, keganasan dan sabotaj yang dilakukan oleh komunis di negeri Perak turut didedahkan dalam meneliti pergerakan komunis di ncgeri itu pada zaman darurat. Dr. 110 Hui Ling ialah Pen,yarah Kanan labatan Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Maklumat ianjui. sila lihat Fedi'm/iol/ oj Mo!owl AliI/I/o! Re!!Or/ J<J52. Kuala Lumpur: Governmcnt Press. IY:,)], him. 2-1-5: Kumar Ramakrishna, i'..'f}lergcl/cy Propaganda: The Winning Malayan flearts and Minds 1\I-/8-!<)58. Richmond. Surrey: Cur/on. 2002. him. 137: Ho !lui Ling. Darum/ 1<N8-196U: Keadllllll S{}.\·ia! iii fill/oil MeloYI/. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 200·+' him. 96-97: Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Na\\ang (penyunting). f)orul'll/ 1<N8-1Y60. Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera. 1984. him. 176-177: "Collective Puni.shment" In Malaya. 1\)52. dalam CO. I022156/SEAIO/40<)/OJ. Imposition of Curlev\ and Other Restrictions In The Fedcration of Malaya. him. 22. 97 Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: phungdiep

Post on 28-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK, 1920-AN HINGGA 1960

Pengenalan

Pcrgerakan komunis telah dikcsan di ncgeri-negeri Melayu pada awal tahun I 920-an. Begitu juga keadaannya di ncgeri Pcrak dengan penuhuhan cawangan Kuomintang (KMT) sebagai pelindung kepada pergerakan komunis pada ketika itu. Seterusnya, pergerakan komunis menjadi semakin rancak dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930. Tindakan keganasan komunis ke atas golongan peladang Eropah di kawasan Sungai Siput. Pcrak pada 16 Jun 1948 telah membawa Tanah Melayu memasuki zaman darurat. Zaman ini hanya berakhir pada 31 Julai 1960 apabila komunis dapat ditewaskan oleh pihak kerajaan dengan adanya kcrjasama daripada penduduk. Dalam perkembangan ini, negeri Pcrak schagaimana ncgeri Mclayu lain juga berdepan dengan zaman darurat dan merupakan antara negcri utama yang menjadi tumpuan pergerakan komunis. Oleh itu, apabila kita memhincangkan tcntang zaman darurat. pasti tidak dapat dielakkan dari menyebut negeri Perak kerana di situlah mcletusnya peristiwa keganasan komunis yang membawa kepada pengisytiharan dan penguatkuasaan Undang-undang Darurat di Tanah Melayu selama 12 tahun dan 45 hari.

Justeru itu, penulisan ini bcrtujuan untuk meneliti pergerakan komunis di negeri Perak sejak tahun I 920-an sehingga 1960. Perbincangan dalam penulisan ini bermula dengan melihat kepcntingan negeri Perak kepada pergerakan komunis, diikuti dengan pergerakan awal komunis di Perak sehingga pengisytiharan darurat dan pergerakan komunis di Perak pada zaman darurat. Selaras itu, pelbagai kegiatan kejahatan, keganasan dan sabotaj yang dilakukan oleh komunis di negeri Perak turut didedahkan dalam meneliti pergerakan komunis di ncgeri itu pada zaman darurat.

Dr. 110 Hui Ling ialah Pen,yarah Kanan labatan Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

Kuala Lumpur.

Maklumat ianjui. sila lihat Fedi'm/iol/ oj Mo!owl AliI/I/o! Re!!Or/ J<J52. Kuala Lumpur: Governmcnt Press. IY:,)], him. 2-1-5: Kumar Ramakrishna, i'..'f}lergcl/cy Propaganda: The Winning (~l Malayan flearts and Minds 1\I-/8-!<)58. Richmond. Surrey: Cur/on. 2002. him. 137: Ho !lui Ling. Darum/ 1<N8-196U: Keadllllll S{}.\·ia!

iii fill/oil MeloYI/. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 200·+' him. 96-97: Prof. Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Na\\ang (penyunting). f)orul'll/ 1<N8-1Y60. Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera. 1984. him.

176-177: "Collective Puni.shment" In Malaya. 1\)52. dalam CO. I022156/SEAIO/40<)/OJ. Imposition of

Curlev\ and Other Restrictions In The Fedcration of Malaya. him. 22.

97

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAII

Kepentingan Perak Kepada Pergerakan Komunis

Perak adalah sebuah negeri yang penting bagi pergerakan komunis di Tanah Melayu. Oi situlah telah berlakunya peristiwa yang sering dikaitkan oleh para pcngkaji dan sejarawan dengan pengisytiharan Undang-undang Oarurat oleh Sir Edward Gent. Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Jun 1948. Pcristiwa yang dimaksudkan itu adalah pembunuhan tiga orang peladang Eropah oleh komunis di Ladang Elphil dan Estet Phin Soon di Sungai Siput. Perak pada 16 Jun 1948. Oalam hal ini. keganasan komunis di negeri Perak itu seringkali dilihat sebagai kemuncak kepada keganasan komunis yang menandakan bermulanya gerakan bersenjata PKM dan zaman darurat di Tanah Melayu. Bagaimanapun. berikutan kejadian tcrsebut. seluruh Tanah Melayu termasuklah ncgeri Perak telah berdepan dengan pelbagai kegiatan keganasan komunis dan pada masa yang sama berbagai-bagai langkah diambil oleh kerajaan dalam membanteras komunis sehingga zaman darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Kegiatan komunis itu telah mendatangkan banyak kesusahan. penderitaan dan kerugian kepada pcnduduk serta kerajaan. Pada masa yang sama. pcrgerakan komunis turut mengancam kestabilan pentadbiran. so sial serta ekonomi ncgeri Perak khasnya dan Tanah Melayu umumnya.

Pada zaman darurat juga telah berlaku satu peristiwa kekejaman komunis yang membawa kepada pengambilan langkah kekerasan oleh kerajaan di Perak. iaitu di Tanjung Malim. Peristiwa itu telah mendapatkan perhatian meluas dari dalam dan luar negara. Pad a pagi 25 Mac 1952. penduduk Tanjung Malim. Perak. mendengar pertempuran yang dilakukan oleh kira-kira 40 orang komunis di pinggiran pekan yang mengorbankan 12 nyawa. Pcristiwa kekejaman komunis itu berIaku pada kira-kirajam 7 pagi. hari Selasa bersamaan 25 Mac 1952. kumpulan yang dihantar untuk memperbaki paip air yang dirosakkan oleh komunis telah diserang hendap oleh komunis. Dalam serangan itu, Penolong Pegawai Oaerah Tanjung Malim, Michael Codner dan Jurutera Eksekutif, W.H. Foruniss bersama 10 orang anggota kumpulan itu terbunuh. Tujuh daripada mangsa adalah dari pasukan hutan, manakala tiga man gsa yang lain ialah Teoh Eng Kiew. penolong teknikal: Ahmad bin Jali dan Lans Koperal Polis, Hamid bin Johari.2 Selepas kejadian itu, siasatan dijalankan oleh pihak polis tetapi tidak memperolehi apa-apa maklumat. Pada hari ketiga kcjadian itu. iaitu pada 27 Mac 1952, Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah Melayu. Sir Gerald Templer tiba di Tanjung Malim untuk memaklumkan kepada penduduk tcntang hukuman terhadap sikap penakut mercka yang enggan memberi sebarang maklumat tentang gerakan komunis kepada pihak kerajaan. Oengan itu, perintah berkurung selama 22 jam sehari dikenakan kepada penduduk Tanjung Malim. Pada masa yang sama, catuan beras dikenakan, semua sekolah

2 Ho Hui Ling. Varumt 19-18·1960. hIm. 97·9R. Lihat juga C. Northcotc Parkin"'n. Telllpler ill Malaw. Singapore: Donald Moore Ltd .. 1954. hIm. 25: Anthony Short. III Pursuit or Moulltaill Rllts: The CO/HIIIUlliSI Insurrection in Malam. Singapore: Cultured Lotus. 2000. hIm. 34()·34I : Karl von Vorys. f)c/IIocmcr It'ilhoul Consensus: Communalism and Po/itical ')'tabifity III Malaysia, Princeton: Princeton UniHT..,ity Press. 1975. hIm. 86. Lihat juga Ian Ward and Norma Miraflor (cds.l. Chill PC/lg Mr Side or Historr. Singapore: Media Masters. 2003. hIm. 297.

98

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

I'ERCiERAKAN KOMlJNIS DI NEGERI PERAK, 1<J20-AN HINGCiA 1960

ditutup dan pcrkhidmatan bas serta keretapi juga diberhentikan,J Dengan itu, hubungan penduduk Tanjung Malim dengan kawasan luar telah terputus, Hukuman itu hanya mula dikurangkan pad a tengahari 9 April 1952 setelah 40 orang penduduk yang disyaki berhuhung dengan komunis itu ditangkap dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak hcrkuasa disampaikan oleh penduduk melalui kertas soal selidik yang diedarkan,4

Hukuman yang dikenakan di Tanjung Malim mendapat kritikan daripada beberapa pihak dalam dan luar negara, Antaranya, akhbar The Straits Times, 29 Mac 1952, melaporkan hukuman di Tanjung Malim itu schagai "Unfair To Punish" kerana beribu-ribu penduduk terdedah kepada kcganasan komunis dan mcreka tidak mendapat perlindungan polis yang secukupnya,5 Sementara itu, scpucuk surat yang ditandatangani oleh 120 orang ahli Parti Buruh British, turut memhantah hukuman keras dijalankan di Tanjung Malim dan dikcmukakan kepada Parlimen England pada 8 April 1952, Antara lain, surat itu menyatakan " ... semcntara menyokong langkah-Iangkah yang munasabah untuk menjamin keamanan dan kctcnteraman di Malaya dan mengawal askar British dan rakyat Malaya daripada kcganasan pengganas adalah menyesali perintah secara beramai-ramai di Tanjung Malim yang tidak mempunyai kawalan polis yang cukup dan kesusahan yang timbul atas kehanyakan penduduk dan kanak-kanak yang tidak herdosa .... perintah itu adalah bertentangan amalan dunia tamadun dan memperkuatkan lagi penentangan rakyat Malaya daripada memenangi persahabatan dan sokongan daripada mcrcka.(' Dengan itu, jelaslah hahawa peristiwa komunis yang herlaku dan hukuman yang dijalankan oleh kerajaan kepada penduduk di Tanjung Malim itu telah mendapat perhatian yang meluas. Keadaan tersebut turut lllenunjukkan pergerakan komunis hcgitu giat sekali di negeri Perak sehingga pcnduduk terpaksa lllcnanggung akibatnya.

Selain itu, keadaan geografi negeri Perak lllenggalakkan pergerakan komunis dan menyukarkan tugas pemhasmian komunis oleh pihak herkuasa. Ini memandangkan Perak mempunyai hutan tebal dan banjaran gunung batu kapur yang ditumbuhi semak belukar. Kawasan hutan tebal dan semak bclukar lllenjadi tempat yang sesuai untuk anggota komunis hcrscmbunyi dan juga hcrgcrak dalam melancarkan scrangan hendap terhadap orang awam dan pasukan keselamatan. Sehaliknya, keadaan geografi Pcrak itu pula menyukarkan pihak kcsclalllatan melancarkan opcrasi memburu dan membasmi gerakan komunis. Begitu juga, pihak kcselamatan berdepan dengan kesulitan dalam membersihkan tempat persembunyian komunis di dalam hutan tebal di ncgeri itu. Merekajuga memerlukan mas a yang panjang dalam merancang dan melaksanakan tugas mereka memandangkan hutan tebal merupakan kawasan strategik dan sesuai bagi pergerakan komunis. Dengan itll, tidak syak lagi negeri Perak adalah negeri yang penting hagi komunis menjalankan kegiatan ke arah mencapai

lhl' Slmill lilll('.l. 10 April 1952, him. I. Sing Pill iiI 1'00, 10 . .+.52. Chinese Press Precis No. 73/52. dalam Fail Sctial"aha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. RCP/CAn/52. Penang Chinese Press Precis. 1952; "Tanjong

Malim Curfew I.ifted", dalam C.O. I022/S.+/SEA IOI.+O<J/Ol. Punishment of The Town of Tanjong Malim In Malaya· NOll Cooperatioll With Authorities, him. 62 .

.+ Till' Slmils lillles. 29 March 1952. him. I. Diterjemahkah dari Vli/lilil Me/am, 10 April 1'152, him.

b Fei/emlioll (II Ma/ara, Alllli/il/ {(eporl Sociil/ & LcolI(llllic. i'cmk, /\148, him. X.

99

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

matlamat perjuangan PKM. Dalam keadaan ini juga dapat dilihat bahawa keadaan geografi negeri Perak tersebut telah menyediakan ruang dan peluang yang haik bagi pergerakan komunis di negeri itu.

Perkemhangan ekonomi yang pesat juga menyehabkan negeri Perak mendapat perhatian dalam pergerakan komunis di Tanah Melayu. Sektor perJadangan dan perlombongan yang tumbuh dengan baik sejak akhir abad ke-19 dan berlanjutan sehingga awal abad ke-20 telah menjadikan negeri Perak antara negeri Melayu utama yang kaya dan penting bagi ekonomi serta pentadbiran British. Pertumbuhan penanaman getah dan perlombongan bijih timah turut membuka peluang-peluang peke~jaan. Perkembangan ini membawa kepada kedatangan orang Cina yang ramai disamping orang India dan kaum lain ke negeri Perak. Dengan itu. Perak menjadi an tara negeri tumpuan utama orang Cina kerana peluang ekonomi yang ada. Daripada 944.725 orangjumlah penduduk Perak pada September 1947. orang Cina merangkumi 445,352 orang. diikuti dengan orang Melayu 351.536 orang. orang India 141,174 orang, orang Eropah 2, 1 69 orang. orang Eurasian 1.181 orang dan lain­lain sejumlah 3.313 orang. 7 Orang Cina mengambiI bahagian dalam perlombongan. penanaman, perniagaan dan perusahaan. Faktor penduduk Cina yang ramai juga menjadikan Perak sebagai negeri penting dalam pergerakan komunis. Ini kerana orang Cina yang ramai itu adalah sumber penting bagi pihak komunis melancarkan gerakan mereka. Bagi pihak komunis, orang Cina yang sebangsa dengan mereka itu adalah lebih mudah dipengaruhi untuk mendapatkan bekalan dan bantu an yang diperlukan dalam menjalankan pergerakan mereka. J usteru itu, di sini dapat dilihat faktor ekonomi dan penduduk turut mempengaruhi kepentingan negeri Perak kepada pergerakan komunis.

Selain itu, negeri Perak merupakan tempat lahirnya beberapa orang pemimpin penting PKM yang kemudian menerajui pergerakan komunis di Tanah Melayu. Antaranya. pengerusi PKM, Musa Ahmad adalah berasal dari Pangkalan Bahru. Ipoh. Manakala. Setiausaha PKM, Chin Peng at au nama sebenarnya. Ong Boon Hua pula clilahirkan di Kampung Koh. Sitiawan. x Selain itu, dua orang pemimpin komunis Melayu penting. iaitu Abdul Rashid Maidin adalah berasal dari Gunung Mesah. GopengY dan Abdullah C.D. datang dari Lambor Kiri, Parit. 1O Kemunculan pemimpin-pemimpin ini dari Perak secara tidak langsung telah menyemarakkan seman gat perjuangan komunis di negeri itu kerana ramai pemimpin penting mereka adalah berasal dari situ. Keadaan ini turut mempengaruhi pergerakan komunis di negeri Perak baik sebelum atau ketika zaman darurat. Dengan itu. tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan pemimpin-pemimpin penting PKM di Perakjuga menjadi faktor penting dalam perkembangan pergerakan komunis di negeri ini.

7 The China Press, X September 195 L him. 3: The Slrails 1I111(,s, 2 Decemher 19X9. him. I dan X. X 711(' Memoirs or Rashid Maidill From Armed Slrugg/e to Pmci', Petaling Jaya: Strategic Information and

Research Development Centre. 2DD9. him. 2. 9 The Memoirs ofAhdul/ah CD. (Part Olle) The MOI'i'mClllullfi! /941!. Petaling Jaya: Strategic Information and

Research Development Centre. 20D'!. him. I. 10 Monthly Review of Chinese Affairs. August 1934. dahlm e.O. 273/597/.,30461111. Review of Chinese Affairs.

him. 27-28. Lihat juga Ho Hui Ling. Pemballlems(111 KOlllullis di Talloh Me/oru. Kuala Lumpur: Pencrhit Universiti Malaya. 2010. him. 2-3.

100

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK. I920-AN HINGGA 1960

Faktor geografi. ekonomi. penduduk dan tempat lahirnya pemimpin komunis telah menjadikan negeri Perak penting dalam pergerakan komunis di Tanah Melayu. Kepentingan Perak ini dapat dilihat berdasarkan jumlah anggota komunis yang dilaporkan bergerak di negeri itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam ladual I. Mengikut data pada tahun 1953, jumlah kekuatan anggota komunis yang bergerak di Perak adalah kedua teramai selepas Pahang/Terengganu. iaitu merangkumi 21.2 peratus (1,100 orang) berbanding dengan 26.1 peratus (1.360 orang) di Pahang/Terengganu. Dari situ, jelas bahawa Perak merupakan negeri penting yang mendapat perhatian pihak komunis dalam pergerakan mereka di negeri­negeri Melayu.

laduall Penyebaran Anggota Komunis di Negeri-Negeri Melayu (Julai 1953)

Negeri PKM NegerilKawasan Bilangan Komunis Peratusan lohor lohor Selatan

lohor Utara 1,070 20.6 Melaka Sempadan

Johor/Melaka Negeri Sembilan Negeri Sembi Ian 520 10.0 Selangor Selangor 380 7.3 Pahang Pahang Utara

Pahang Selatan 1.360 26.1 Terengganu Pahang/Terengganu Perak Perak !,l00 21.2

Rejimen Ke-12 Kedah/Perlisl Pulau Pinang/Kedah 610 11.7 Pulau Pi nang Kelantan Kelantan 160 3.1

Special Committee lumlah 5,200 100.0

Sumber: Operational Research Section (Malaya) Memorandum No. 7/53. A Statistical Examination of Events In Relation to SF and CT Activities In Malaya (Period September 1952 to July 1953). Table I, dalam W.O. 29111732, Statistical Examination of Events In Relation to SF and CT Activities In Malaya, September 1952-luly 1953.

Pelbagai faktor dan perkembangan terse but telah membuktikan tentang pentingnya negeri Perak sebagai pusat pergerakan komunis di Tanah Melayu. Selain Perak, negeri Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilanjuga berdepan dengan masalah komunis yang serius di Tanah Melayu berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain (Melaka, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Keadaan tersebut adalah dipengaruhi oleh faktor perkembangan ekonomi yang lebih pesat, faktor penduduk Cina yang ramai dan keadaan geografi negeri-negeri itu.

101

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEC;] SEJARAIl

Pergerakan Awal Komunis Sehingga Darurat Diisytiharkan

Pengaruh komunis telah dikesan di Tanah Melayu termasuk negeri Perak sejak awal tahun I 920-an. Pada ketika itu, ideologi komunis cuba disebarkan melalui beherapa saluran seperti cawangan KMT yang ditubuhkan di ncgeri-negeri Melayu. Oi negeri Pcrak, pada tahun 1924 cawangan KMT telah dilaporkan dibentuk di Ipoh, Menglembu, Lahat, Pusing, Tronoh. Sitiawan dan Kampong Koh untuk mcnyebarkan pengaruh komunis kepada penduduk di Perak.11 Selain KMT, organisasi lain yang berkaitan dan dilindungi oleh pihak komunis juga dihentuk di negeri-negeri Melayu dalam usaha mcmpcrgiatkan pergerakan komunis di negeri itu. Antaranya, Nanyang Local Committee (NLC) telah dibentuk di sckitar tahun 1928. Oi bawah NLC, jawatankuasa-jawatankuasa tempatan pula dituhuhkan di negeri­negeri Melayu. Oi Perak, jawatankuasa herkaitan dilaporkan telah dihentuk di Ipoh. disamping Singapura. Pulau Pi nang, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Sercmhan dan Sungai LembingY

Selain itu, pada Mac 1928. terdapat bukti yang menunjukkan hahawa usaha dijalankan oleh pihak komunis untuk menubuhkan sehuah Jawatankuasa South Seas General Labour Union di negeri Perak. Jawatankuasa itu didapati telah hertindak dalam mengatur satu perjumpaan antara kalangan wakil-wakil kesatuan sekerja di Perak iaitu dari Kampar, Teluk Anson, Malim Mawar, Tok Allang, Taiping, lpoh dan Kuala Kangsar. Oalam perjumpaan itu, dilaporkan secara rasminya telah ditubuhkan Perak General Labour Unioll pada 13 Mac 1928.13 Oi sini, nyata bahawa pada tahun I 920-an lagi komunis telah memulakan pergerakan mereka di negeri Perak dan negeri itu telah men jadi tumpuan kegiatan komunis dalam mengembangkan pengaruh mereka.

Pergerakan komunis di Tanah Melayu menjadi lebih teratur apabila sehuah pertubuhan komunis ditubuhkan yang dinamakan sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930. 14 PKM dipertanggungjawabkan bagi mendirikan sehuah republik komunis di Tanah Melayu selaras dengan ohjektif komunis dunia yang disarankan oleh Comintern (Communist International). Sejak itu, pergerakan komunis di Perak diketuai Perak State Committee sebagaimana di negeri-negeri Melayu yang lain adalah di bawah kawalan dan perlindungan PKM. Selain bergerak di bawah perlindungan PKM, pada tahun 1930-an, komunis di Perak telah menggunakan sebuah akhhar Cina, Hsien~f(lI1g Pao sebagai saluran mereka dalam usaha menyebarkan ideologi dan propaganda komunis dalam

I I c.F. Yong. The Ori!!ins of Mail/Villi Communism. Singapore: Soulh Seas Society. I <)97. him. 9 I. 12 Leong Yec Fong. Labour and Trade Unionism ill Colonial Malaya: A 5;{lfdy (~/ Ihe ,)'o('io-i:'(,OIlOl11ic and

Polilical Bases of Ihe Malavall Luhour MOl·emelll. /Y30-1957. Pulau Pinang: Pencrhil Univcrsiti Sains Malaysia. 1999, hIm. I'!.

13 c.F. Yong, the OrigillS o{ Malaval1 Communism, him. 129; Mohamed Sallch Lamry. (;emkan Kiri Melam dalam PCljuangan Kemerdekaan, Bangi: Pencrhit Univcrsiti Kebangsaan Malaysia, 2(~)6. him. 32; Gene Z. Hanrahan, The Communisl SlrlI!!gle ill Malara, Kuala Lumpur: University Malaya Press. 1971. him. 3R; 110 Hui Ling. Pembanlerasall Komullis di l{lIlah Mclavu. him. 6; Abdullah Zakaria Ghazali. Ho Hui Ling. Mahmud Emhong, f)arura/ di Kclan/all /')4S-/Y60: /'cl1ga/amall dOli /klihw; Kota Bharu: Pcrhadanan Muzium Negeri Kelantan. 2009. him. 6; Freedolll Nnl'S: The Ullioid SlolT o/Ihe eli/lIlIIUllisl Ulldl'l'gmulld Publicatioll. Singapore: S. Rajaratnam School of International Studies. Nanyang Technological Cniver.sity. 2008. him. 6.

14 Leong Yee Fong. Lahour alld Trade Ullionism ill Colollial Malaya. him. 20.1.

102

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NECiERI PERAK. InO-AN HINGGA 1960

kalangan penduduk khasnya orang Cina di negeri tersebut dan di Tanah Melayu umumnya. 15

Ini kerana PKM mengharapkan orang Cina yang ramai di Perak itu dapat menyokong pergerakan mereka di Tanah Melayu.

Selain itu. PKM juga cuba meletakkan pengaruhnya dalam kalangan pekerja di negeri Perak. Ini memandangkan Perak mempunyai sumber tenaga buruh yang ramai yang boleh digunakan olch PKM untuk mencapai tujuan mereka. Mereka menghasut para pekerja mengadakan mogok dengan menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki tempat kerja daripada pihak majikan. Tindakan komunis itu telah menimbulkan keadaan huru-hara dalam sektor ekonomi di negeri Perak. Antaranya, dua kejadian mogok telah berlaku dalam kalangan pekerja dari sektor perlombongan timah di Perak, iaitu pada pertengahan tahun 1934 dan Februari 1936. Kedua-dua kejadian itu adalah berkaitan dengan tuntutan para pekerja supaya majikan menaikkan gaji mereka dan mogok itu dipercayai adalah didalangi oleh komunis. 1(, Pad a tahun 1937 pula, berlakunya mogok yang melibatkan tukang-tukangjahit di Teluk Anson dan Ipoh. Kejadian ini juga dipercayai berkaitan dengan hasutan pihak komunis. 17

Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945), pergerakan komunis berjalan dengan aktif di negeri Perak. Menurut Federation of Malaya, Annual Report Social & Economic, Perak, 1948, "Perak had been the most important centre of anti-Japanese resistence and the Malayan Peoples' Anti-Japanese Army was best organised and strongest in Perak."IK Ketika penaklukan Jepun di Tanah Melayu, terdapat dua unit gerila anti-Jepun (komunis) yang beroperasi di bahagian selatan Perak. Unit ini dibahagikan kepada empat kompeni (kumpulan) yang ditempatkan di utara, tengah dan selatan Perak. Antaranya, kompeni keempat adalah di bawah pimpinan Chin Peng yang bergerak di selatan Perak. Mereka dikawal oleh Jawatankuasa Negeri PKM Perak dan unit-unit itu kemudiannya dikenali sebagai Perak People's Anti-Japanese Army (PPAJA) sebelum diserapkan ke dalam rejimen Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). 19 Malahan pada tahun 1942 Chin Peng yang berusia 19 tahun ketika itu telah dilantik sebagai timbalan ketua PKM di Perak. Pada awal tahun 1943, dilaporkan dalam pergerakan komunis di Perak terdapat lebih 100 ahli di Batu Gajah, 40-50 ahli di Sitiawan dan lebih 500 ahli di Kinta Valley.20 Dengan itu, jelas bahawa komunis terus bergerak dengan aktif pada zaman pendudukan Jepun untuk menentang Jepun.

IS Ibid .. hIm. 216. 16 Tai Yuen. Labour Unrest in MalaWI. 1934-/941: The Rise olthe Workers' MOl'ement, Kuala Lumpur: Institute

of Postgraduate Studies and Research. University of Malaya. 2000. hIm. 101. 17 Federation o/Malara, Annual Report Social & Economic, Perak, 1948, hIm. 245. IX Ian Ward and Norma Miraflor (eds.). Chin Peng Mr Side of Histor\', hIm. 70-71. 19 Ibid .. hIm. R5-X7. 20 Rejimcn-rejimen MPAJA terdiri daripada First Independent Regiment berpusat di Selangor. Second Independent

Regimelll di Negeri Sembilan. Third Indepmdent Regiment di Utara Johor. Fourth Independen! Regiment di Selatan Johor. FiJih Independent Regiment di Perak. Sixth Independent Regimen! di Barat Pahang. Sel'enth Independent Regiment herpusat di Pahang Timur dan Eight Independent Regiment di Kedah. Cheah Boon Khcng. Red Star O,'er Malaya: Resistance & Social Conflict Durinli and Alia The japanese Occupation, 1941-1946 (Third JOdition), Singapore: Singapore University Press. 2003. hIm. 60-61; Ho Hui Ling. "Bintang Tiga dan Darurat di Negcri Selangor: satll Pcrbincangan Umum". Malawmi, Jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan. Bi!. 4. 20(l!. hIm. 34.

103

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAII

MPAJA ditubuhkan hasil ke~iasama PKM dengan British dalam memerangi tcntera Jepun pada zaman pendudukan Jepun. Hasil kerjasama dengan British telah memholehkan PKM membentuk barisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai MPAJA atau lehih dikenali sebagai Bintang Tiga pada sekitar tahun 1942. MPAJA dibahagikan kepada lapan rejimen21 yang bergerak di merata-rata tempat di Tanah Mclayu. Antaranya, pusat beroperasi rejimen kelima MPAJA, iaitu Fifth Independent Regiment adalah di negeri Perak. Untuk melicinkan pergerakannya, rejimen ini dibahagikan kepada beberapa batalion. Antaranya, batalion kedua adalah batalion yang hesar dan aktif. Ibu pejabat bagi hatalion kedua Fifth Independent Regiment ini dilaporkan hertempat di kawasan Wah Hock San di Chcmor. Perak Tengah dengan diketuai oleh komandernya. Yong Lam. Batalion ini mempunyai anggota lebih daripada 160 orang.n

Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dan sebelum British Military Administration (BMA) kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945. wujudnya kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah Melayu. Keadaan ini telah digunakan oleh PKM dan MPAJA dalam usaha mengambil kuasa di Tanah Melayu. Mereka keluar dari hutan dan cuba menguasai pekan serta kampung. Dalam masa lehih dua minggu itu. komunis dan MPAJA telah masuk ke pekan dan bandar kecil. merampas harangan penduduk. mencari persubahat Jepun dan menakut-nakutkan penduduk. Begitu juga. MPAJA dan komunis telah melakukan banyak kekacauan di Perak pada ketika itu. Misalnya. di Sungai Manik. Batu Kikir, Perak. MPAJA masuk ke kampung dan menangkap ayam. mcngambil sayur penduduk dengan membawa senapang patahY Dilaporkan juga mereka telah melakukan kekacauan di kawasan Bidor, Lenggong dan KrohY Begitu juga mayat-mayat ll1angsa pembunuhan kOll1unis dan MPAJA didapati digantung di kawasan tanah lapang di Klian Intan, Utara Perak.25 Selama dua ll1inggu itu, MPAJA dan kOll1unis telah ll1elakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan mengancam seluruh penduduk di Tanah Melayu. Dianggarkan mereka telah mell1bunuh lebih kurang 2,542 orang Cina. Melayu, India dan lain-lain yang dianggap sebagai tali barut Jepun. 26 Dcngan itu, nyata bahawa komunis telah melakukan banyak kekacauan di negeri Perak selepas Jcpun tewas dalam Perang Dunia Kedua.

Walaupun kemudian MPAJA dibubarkan pada I Disell1ber 1945 dengan persetujuan PKM setelah British Military Administration (BMA) berkuasa di Tanah Melayu. namun pergerakan komunis masih diteruskan dengan tujuan untuk menghalau penjajah

21 The Malar Mail. 19 May 1949. him. 4. 22 Yuen Yuet Leng. Operation Ginfier, Kuala Lumpur: Vinpress. 1998. him. 3. 23 Peristiwa itu ada dinyatakan oleh Yang Bahagia Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris dalam Rancangan Wadah

Warisan. Siaran Stesen Radio Tiga Seremhan. P.R. 25/95. Penyerahan Jepun dan Kchangkitan 'Malayan Peoples Anti-Japanese Army" (MPAJA). Lihat juga Ramlan Hamzah. "Parti Kominis Malaya: Penuhllhan. Peranan dan Implikasinya". }ehat. Hi!. %. KDN 9746. 1973/411 974/5. him. 61: Michael R. Stenson. Industrial Conflict in MalaWi. Prelude "Ii) The Communist Remit or /\148. London: Oxford University Press. 1970, him. 5S.

24 The Chinll Press. 21 April 1951. him. 5. 25 Majalah Bultman Malara. Jilid 3. Bi!. 7. 1958. him. 24. 26 Oato' J.J. Raj. Jr. "lhe War Years & A/in: Slihang Jaya: Pclanduk Puhlications, 2()(}(). him. ",7

104

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK. 1920-AN HINGGA 1960

British dan membentuk republik komunis. Sekali lagi, PKM telah menjadikan kesatuan sekerja sebagai sasaran mereka untuk mengganggu perkembangan ekonomi selepas perang. Ini kerana para pekerja dianggap sebagai tenaga penting dalam menjayakan gerakan PKM. Pada pertengahan Oktober 1946, mogok dilaporkan telah berlaku di beberapa tempat di Perak, iaitu Taiping, Ipoh, Parit Buntar dan Sungai Siput Dalam masa en am bulan pertama tahun 1948 pula dianggarkan telah berlaku sebanyak 85 kejadian mogok di Perak di bawah seorang India, R.G. Balan, yang dikatakan adalah penyelaras gerakan komunis dalam kalangan pekerja di Perak. Mogok dilaporkan bermula di kawasan estet di Perak Selatan dan pada Mei 1948, mogok merebak ke kawasan Sungai Siput serta bahagian lain di Perak dengan pusatnya di Estet Lima Bias dan Kelapa Bali di Perak SelatanY

Namun demikian, usaha PKM tidak berjaya dengan adanya tekanan-tekanan daripada pihak kerajaan. Trepass Law diluluskan untuk menyekat pegawai-pegawai kesatuan sekerja memasuki ladang-Iadang bagi memberi ceramah dan mengorganisasikan pekerja. Seterusnya, Trade Union Ordinance diperkenalkan pada 12 Jun 1948 bagi mengelakkan penyusupan anggota komunis dalam kesatuan sekerja. Begitu juga kerajaan meluluskan peraturan untuk mendaftarkan semua kesatuan sekerja supaya pihak berkuasa dapat mengawal aktiviti mereka. 2X Tindakan kerajaan tersebut telah menyekat komunis daripada terus mempergunakan kesatuan sekerja dan golongan pekerja dalam menggerakkan aktiviti PKM di Tanah Melayu. Kesannya dapat dilihat dimana daripada 65 kesatuan yang berdaftar pad a awal tahun 1948 di Perak, hanya tinggal 34 buah pada penghujung tahun itu dengan anggotanya kurang dari 10,000 orang.29 Dengan itu, boleh dikatakan di negeri Perak, komunis cuba mempengaruhi golongan pekerja melalui Persekutuan Kesatuan Sekerja Negeri Perak. Namun demikian, dengan adalah sekatan undang-undang kerajaan telah menyebabkan komunis gagal dalam mempergunakan kesatuan sekerja dalam gerakan mereka baik di negeri Perak mahupun di negeri-negeri Melayu yang lain.

Berikutan tindakan kerajaan dalam menyekat pergerakan komunis, dilaporkan satu siri keganasan dan kekacauan telah dilakukan oleh komunis di negeri Perak. Antaranya, pada 9 April 1948, seorang timbalan penguasa polis bernama Geoffrey Cecil Sansom telah dibunuh oleh komunis ketika man gsa sedang menjalankan pemeriksaan di kawasan hutan berhampiran Kati, Kuala Kangsar. Sementara itu, pada 17 Mei 1948, lebih daripada 1,000 pikul getah musnah dibakar api dalam sebuah rumah asap kepunyaan Harrison & Crossfield di Taiping akibat perbuatan komunis . .lO Pada 4 Jun 1948 pula, ketika E.V. Dabb MC dari Idris Hvdraulic Mines, Kampar, sedang membayar gaji kepada pekerja-pekerja, lebih kurang enam orang komunis memasuki pejabat dan mengugutnya untuk menyerahkan wang terse but Dabb yang tertembak di kakinya cuba melepaskan diri melalui pintu belakang pejabat Seorang komunis yang mengekori beliau telah menembaknya beberapa kali dengan

27 Federatioll of'Malam. Allnual Report Social & Fconomic. Perak, f')4R, him. 64. ~X Ho Hui Ling. Pemhanterasan Komunis <Ii Tanah Melavu, him. 20-21. Lihat juga Ho Hui Ling. Darurat 1948-

1960, him. 13-14. 29 Federatioll of'Malam, Annual ReI'ort Social & Economic, Perak. 1 94R, him. 67. 30 The Stmits limes, l) June 194X. him. I.

105

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

senapang. Mereka mengambil $2,000 sebelum meninggalkan pejabat Oabb. Oabb meninggal dunia di hospital beberapajam kemudian. 11 Manakala, pada 7 Jun 1948, dua orang pegawai kerajaan berbangsa Melayu mati dibunuh oleh komunis semasa menjalankan tugas di kawasan estet. Mangsa ialah Bahari, Pegawai Penempatan Kuala Kangsar dan Yusof, Ketua Kampung Jalang, Perak . .12 Turut dilaporkan pembunuhan seorang pengurus Ghee Seng Rubber Factory di Perak oleh komunis pada tahun 1948 . .1.1

Pada 16 Jun 1948, berlaku kemuncak keganasan komunis apabila mereka melakukan pembunuhan di Sungai Siput yang mengorbankan tiga orang peladang Eropah. Salah seorang mangsa keganasan komunis ialah Arthur Walker, pen gurus Ladang Elphil, Sungai Siput, berumur 50 tahun yang ditembak mati oleh sekumpulan komunis di estet berkenaan . .14

Pad a hari yang sarna, seorang pengurus ladang berumur 55 tahun. John Allison dan pembantunya yang berumur 21 tahun, Ian Christian dari Estet Phin Soon, Sungai Siput turut dibunuh oleh sekumpulan 12 orang komunis. 35 Selepas dua kejadian pembunuhan di Sungai Siput, komunis masih muncul di kawasan terse but dan cuba membunuh peladang Eropah yang lain. Kegiatan komunis itu menyebabkan satu lagi pembunuhan berlaku di Ladang Taiping, berdekatan Sungai Siput, yang melibatkan seorang kontraktor Cina dibunuh oleh komunis . .16 Seterusnya, seorang pengusaha Ladang Kamuning di Sungai Siput bernama Donald Wise pula menjadi sasaran komunis. Namun demikian, beliau terselamat daripada menjadi mangsa keganasan komunis kerana jipnya rosak dan menyebabkan tiga orang komunis yang menunggu di pejabatnya berasa kecurigaan dengan kelambatan ketibaannya. Oisebabkan itu, mereka kemudian pergi dari sitU . .17

Oisebabkan keganasan komunis yang berleluasa itu, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan Undang-undang Oarurat pada 16 Jun 1948. Pada permulaannya, undang-undang itu hanya meliputi beberapa kawasan di Perak dan Johor sahaja. Oi Perak, kawasan yang terlibat ialah kawasan Ipoh dan Sungai Siput. Manakala, di

3 I Federation of Malaya Police Monthly e.I.D. Survey of Crime For June I 94X. dalam C.O. 7171175/52R49/22. Law and Order. Monthly e.I.D. Survey of Crime. him. 193. Rujuk juga R. Thambipillay (ed.). God's LiflleAul'. Batu Gajah (A Commemorative Book Oil The 50th Anllil'ersarv or The Malaran l:mergencr 19-18· 1960). Ipoh: A Perak Planters' Association Publication. 199X. him. 33: Norman Cleaveland. Bang.' Bang' III Ampang, Dredging Tin During Malara '.I' 'hnergencv', California: Symcon Publishing Company. 1973. him. 52-53.

32 The Straits Times, 9 June 1948. him. 1. 33 Federation of Malam, Annllal Report Social & Economic. Perak. 1Y-I8, him. 65. 34 The Straits Times, 17 June 1948. him. I; Nallvang Siang Pall. 17 June PHS. him. 7: 18 June 1948. him. 7:

The Malaya Tribune (Ipoh), 16 June 1948. him. 1. Lihat juga Federation of Malaya Police Monthly C.1.D. Survey of Crime For June 1948. dalam e.0. 7171175/52849/22. Law and Order. Monthly C.I.D. Survey of Crime. him. 193: Memorandum of The Situation In Malaya. e.0. 717/178/52849/42. Law and Order. him. 31.

35 Maklumat lanjut. sila lihat The Straits 7lmes, 17 June 1948. him. 1: The Mlliam hilmlle (Kuala Lumpur). 17 June 1948. him. I; The Malav Mail, 17 June 194R. him. 3. Lihat juga Dato' J.J. Raj. Jr. The War Yellr.1 & Arter, him. 92: Federation of Malaya Police Monthly (',1.0. Survey of Crime For June 1948. dalam CO. 717/175/52849/22. Law and Order. Monthly (',1.0. Survey of Crime. him. 193.

36 The Straits 1Imes, 17 June 1948. him. I: 7111' Malav Mail. 17 June 1948. him. 3: The Singapore Free Press. 17 June 1948. him. 1: The Malara Tribune (Kuala LUl11pur). 17 June 1948. him. I: Nanmllg Siang Pau, 17 June 194R. him. 7: 18 June 1948. him. 5 dan 7: Kill Klmk DailY NeH·s. 19 June IlJ4X. him. 3 ..

37 Noel Barber. The War of The RUllning [)ogs, London: Collins. 1971. him. 25: Yuen Yuet Long. Operatioll Gillgel; him. 6.

\06

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

I'ERC;ERAKAN KOMLJNIS DI NEC,ERI PERAK, 1lJ20-AN IIINGGA 1960

1 ohor pula rncrangkurni Kluang, Plentong, Muar dan Kulai, Seterusnya, pada 17 lun 1948, undang-undang itu diperluaskan rneliputi scluruh negeri Perak dan lohor. Pada 18 lun 1948, Undang-undang Darurat dilanjutkan ke seluruh Tanah Melayu, Sclanjutnya, kerajaan Tanah Mclayu dan Singapura bcrtindak rnenghararnkan PKM pada 23 lulai 1948, Bagairnanapun, pergerakan kornunis rnasih berterusan di Tanah Melayu terrnasuklah di negeri Perak, Sclaras itu, kornunis rnelakukan herbagai-hagai kegiatan kejahatan, keganasan dan sahotaj demi rnereal isasikan cita-cita rnercka untuk rnemhentuk sebuah repuhlik kornunis di Tanah Melayu.

Pergerakan Komunis Pada Zaman Darurat

Sehagairnana negeri-negeri Melayu yang lain, pergerakan PKM di negeri Pcrak pada zaman darurat adalah dipcngaruhi oleh stratcgi perjuangan yang ditetapkan oleh lawatankuasa Pusat PKM, Disehahkan itu, pcnduduk dan sernua pihak yang ada di negeri Perak herdepan dengan pelhagai ancaman dan keganasan komunis selaras dengan tujuan pergerakan PKM hagi rnenguasai negara ini dan rnemhentuk sebuah repuhlik komunis, Lebih-Iebih lagi negeri Perak dapat rnemhekalkan sum her hekalan dan bantuan yang diperlukan dalam pergerakan komunis memandangkan negeri itu kay a dengan hasil tanah dan burni serta mernpunyai rarnai penduduk Cina yang sebangsa dengan kornunis, lusteru itu, komunis terus bergerak dengan aktif di negeri Perak pada zarnan darurat dalam mernpengaruhi penduduk dengan perjuangan rnereka rnelalui cara kekerasan,

Selaras dengan keputusan yang diarnbil dalam mesyuarat lawatankuasa Pusat PKM pada 17 hingga 21 Mac 1948 dan diikuti oleh rnesyuarat sulitnya di hutan Pahang pada awal lun 1948, PKM mernulakan perjuangan bersenjata dan rnembawa kepada penguatkuasaan Undang-undang Darurat di Tanah Mclayu terrnasuk Perak. Untuk itu, PKM telah rnenetapkan tiga stratcgi perjuangannya, iaitu:

a, Menyerang kawasan sumher ekonomi penting Tanah Melayu (iombong hijih tirnah dan estet getah); rncnyerang pondok-pondok polis dan kampung-kampung terpencil. Kawasan yang ditinggalkan itu boleh dijadikan kawasan pemerintahan PKM,

h, Mengukuh dan menamhah bilangan askar dcngan melatih kadet-kadet haru dengan bantuan Min Yuen,

c. Menyerang kawasan-kawasan yang lehih strategik seperti pekan-pekan, rncmusnahkan perhuhungan dan pengangkutan serta sahotaj kc at as kepentingan-kepentingan ekonomi British. 1X

3K Mohd. Isa Othman. S<'illl'llh MIi/UYSill (/8()O-/lJlJ3), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Flhd .. 2002, him. 315. Lihat juga Genc Z. Hanrahan. The COI/IIl1l1l1isl Slrllgg/<' ill MII/ara, him. 109: Edgar C)'Flallance. Ma/lI."a: The COll1l11l1l1i.llllI.I'/IIg<'lIl Wllr /'N8-llJo(), London: faher and Faher, 19()O. him. 78:

Mohd. Reduan Haji Asli. Pell1h<'rolllllklllllierS('lIjCl!CI Kotllllllis £Ii MII/m·sill. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pu,taka. 1993. him. 22-23.

107

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Berpegang kepada strategi pergerakan yang digariskannya, PKM telah mengatur strategi untuk menghalau British dari Tanah Melayu dan seterusnya menguasai Tanah Melayu. Untuk itu, komunis telah melakukan pelbagai kegiatan yang menimbulkan kekacauan, ketakutan dan ketidaktenteraman dalam masyarakat dan negara. Tindakan komunis itu bertujuan menghilangkan keyakinan penduduk kepada pihak pentadbir dan sebaliknya penduduk akan membantu komunis. Begitujuga, kekacauan yang ditimbulkan oleh komunis boleh mengganggu ekonomi Tanah MeIayu dan seterusnya menjejaskan pentadbiran British di negara ini. Dalam keadaan ini, PKM boleh meletakkan kuasanya dalam pentadbiran di Tanah Melayu. lusteru itu, dapat dilihat pelbagai kejahatan dan keganasan terus dilakukan oleh komunis walaupun setelah Undang-undang Darurat dikuatkuasakan. Setiap hari terdapat kekejaman komunis yang dilaporkan di merata-rata tempat di Tanah Melayu termasuklah di Perak. Hampir setiap hari terdapat nyawa manusia yang terkorban, lebih-Iebih lagi orang awam yang tidak berdosa. Dilaporkan juga hampir setiap hari terdapat harta benda yang tidak ternilai telah musnah disebabkan perbuatan komunis.

Antara keganasan komunis yang berlaku di negeri Perak termasuklah serangan ke atas orang awam, membakar kampung, menyerang estet getah dan lombong timah, melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan, membunuh peladang Eropah, mengganggu sistem pengangkutan dan mensabotaj kemudahan asas. Kegiatan komunis ini adalah selaras dengan strategi yang telah digariskan oleh PKM pada Mac 1948 bagi mencapai matlamat perjuangan PKM di Tanah Melayu. Tindakan komunis tersebut telah mendatangkan kesusahan kepada penduduk, melemahkan kekuatan ekonomi dan menimbulkan keadaan huru-hara di seluruh negeri.

ladual2 menunjukkan kejadian-kejadian komunis yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada 1 lulai 1948 hingga 30 November 1949. Dalam tempoh tersebut telah berlaku sebanyak 2,646 kejadian komunis di Tanah Melayu. Daripadanya, kejadian komunis yang berlaku di negeri Perak adalah mendahului negeri-negeri lain, iaitu sebanyak 721 kejadian (27.27 peratus), diikuti dengan lohor (605 kejadian atau 22.85 peratus), Pahang (441 kejadian atau 16.65 peratus), Selangor (432 kejadian atau 16.32 peratus), Negeri Sembilan (191 kejadian atau 7.25 peratus), KedahiPerlis (142 kejadian atau 5.36 peratus), Melaka (51 kejadian atau 1.93 peratus), Terengganu (26 kejadian atau 0.98 peratus), Pulau Pinang dan Province Wellesley (23 kejadian atau 0.87 peratus) dan Kelantan (14 kejadian atau 0.52 peratus). Daripada angka-angka di atas,jelas bahawa komunis bergerak dengan giat di negeri Perak dan negeri itu adalah pusat pergerakan penting komunis dalam usaha ke arah merealisasikan matlamat perjuangan PKM melalui gerakan bersenjata dan keganasan.

!O8

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERCiERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK, 1920-AN HINGGA 1960

Jadual2 Kajadian-kejadian Komunis di Negeri-negeri Melayu, 1 Julai 1948-30 November 1949

Negeri-negeri Melayu Jumlah Kejadian Peratusan Johor W5 22,85 Negeri Sembi Ian 191 725 Melaka 51 1,93 Selangor 432 1632 Perak 721 2727 Pulau Pi nang & Province Wellesley 23 0,87 Kedah/Periis 142 536 Kelantan 14 052 Terengganu 26 0,98 Pahang 441 16,65 Jumlah 2,646 100,00

Sumber: Angka-angka dalamjadual dipetik dari Saviilgram From High Commissioner For The Federation of Malaya to The Secretary of State For The Colonies, 16th January 1950, Federation of Malaya, Political Report No, 14 for December 1949, Appendix "A", dalam e.O, 825174/4/55404/3, Monthly Political Reports From Federation of Malaya,

Pad a zaman darurat, serangan ke atas orang awam di Perak sering dilakukan oleh komunis dengan harapan agar orang awam hilang keyakinan dengan keupayaan kerajaan dalam melindungi nyawa dan harta mereka, Dengan itu, orang awam tersebut boleh digunakan oleh komunis untuk menyokong pergerakan mereka, Bentuk kegiatan komunis terhadap orang awam termasuk sabotaj born tangan, penculikan, pembunuhan dan pengugutan. Orang awam baik orang Cina, Melayu, India mahupun Orang Asli tidak dapat lari dari ancaman komunis ini.

Antara keganasan komunis telah berlaku pada 29 September 1948, seorang gembala lembu berbangsa India diculik dan kemudian dijumpai mati ditembak oleh komunis di kawasan Tapah.w Selain itu, pada 17 November 1948, 20 hingga 30 orang komunis menyerang empat orang Melayu yang sedang menangkap ikan di Batu 10, utara Laut Danar di kawasan Sitiawan. Perbuatan komunis itu menyebabkan dua orang Melayu terbunuh dan dua lagi cedera.40 Manakala, pada 10 April 1949, komunis mencampak sebutir born tangan dalam bangunan Dewan Perniagaan Cina di Hale Street, Ipoh, ketika mesyuarat Malayan Chinese Association (MCA) sedang berlangsung. Dalam kejadian itu, Tan Cheng

39 Indian DailY Mail. I October 194R. him. 4. 40 The Malawl Tribune (Kuala Lumpur), 19 November 1948. him. 8.

109

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

Lock dan beberapa orang pemimpin Cina mengalami kccedcraan. 4! Pada l1lalal1l 29 Ogos

1950 pula, di Sungai Si put, sebutir born tang an dilontar oleh kOl1lunis ke dalal1l sebuah kedai l1lakan l1lenyebabkan seorang Cina mati dan sembi Ian orang Cina lain ccdera.4

' Dalam kejadian lain, pada 6 Oktober 1950, di Perak, 13 Orang Asli terscrempak dengan segerombolan komunis. Antaranya, sembi Ian lelaki dewasa diikat dan ditetak mati. l1lanakala

dua wanita dan dua kanak-kanak dibebaskan tanpa cedcra. 11 Sel1lentara itu, pada 13 Mei

1952, dua orang Melayu mati dan en am orang dicul ik oleh komunis yang mcnycrang Kampung Bukit Sati, 30 batu di utara Kuala Kangsar. 44 Manakala, pada pertcngahan lanuari

1953, di daerah Kuala Kangsar, dua Orang Asli yang sedang membcrsihkan semak di celah-celah pokok getah diculik oleh kOl1lunis. 45 Dalam kejadian lain yang berlaku pada 9 Mac 1955, 12 orang komunis melarikan tujuh Orang Asli dan kel1ludian empat daripadanya dibunuh. Kejadian itu berlaku ketika Orang Asli berkcnaan sedang l1lenangkap ikan di Sungai Landor di kawasan Chenderiang. Ipoh. 4

(,

Selain serangan ke at as orang awam di Perak, komunis juga membakar rul1lah

yang menyebabkan pcnduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Kcjadian itu antaranya telah berlaku pada pagi 26 llllai 1948 yang mengakibatkan setengah daripada Kampung Pantai Remis, daerah Sitiawan, mllsnah dibakar oleh komllnis. Pcrbuatan kOl1lunis itu menyebabkan lebih daripada 500 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda mereka.47 Dalam kejadian lain.lebih kurang 70 orang komllnis mcmbakar Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, pada 4 Februari 1950 dan menyebabkan kira-kira 1.000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Kerosakan dianggarkan lebih daripada sukujllta ringgit dan mengorbankan dua nyawa pendllduk. +X Kejahatan komunis itu telah l1lenimbulkan ban yak kesllsahan dan penderitaan kepada penduduk Kampllng Simpang Tiga.

-II Extract From Straits H"dgl"f. III April 19-1LJ. dalam C.O. 7171205IS2'n-l. Mr. Tan Chcn~ Lock. him. 27. Lihat

juga Colonial Office Malaya. 29th April-5th May 19e19. dalam CO. 717I1nI52H-IlJ/62. Ll\\ and Order. Weekly Situation Reports Prepared In Eaqcrn Department (Colonial Office). him. 257: Colonial Office Malaya.

Sth-I-Ith April 1949. dalam CO. 71711 nI52X-ILJ/62. Ll\\ and Order. Wedly Situation Reports Prepared In Eastern Department (Colonial Office). him. 276: Inward Tclegram. 17 April IlJ·+9. dalam CO. 71 711 nI52H-IlJ! 1111. Law and Order. Weekin)! Situation Reports From The Federation. him. I X6-1 87: federation of Malaya Political Report No.6 for April. 19·19. him. 3. dalam CO. X2SI7-113155-10ell.1. Monthly Political RepO!b from Federation of Malaya.

42 Modern Dailr Nnn, 31 August I')SO. him. -I: The Ci(ina Pre.lI, 31 Aug"'t IlJ.,O. him. -I: Indian J)ailr Moil. 31 August 195(), him. -I: M«(ili.l, .11 Ogm IlJSO, him. 8: Fhe Malu\'({ hill/lIle (Singal}('J'<') . . 31 August I')SO. hIm. 2: Straits Echo & limes oj'Malum, 31 August 1950. him. 7.

-13 Till' Chinu Pres.l, H Octooer 1950. him. 2: Kill Klmk J)ail" New\, X OUooer IlJ50. him. -I: Sillg Pill .Iih Fau, X Octooer 1950. him. 4: The Malu\'{[ hilmne (Sillga!,,,re), II Noycmoer IlJ:;O. him. -I.

44 Keterangan lanju!. lihat Ut"sall Melam, 1-1 Mei ILJ52. him. I. -15 The Security Forces Weekly Intclligence Summary No. 1-12 [:or The Week Endin~ 22ml .Ianllar\' 19:;.1. Part II.

him. I. dalam C .0. I0221l6/SEA I O!l-l103. Security forces Weekly Intelligence Summar: on Bandit ;\cti I it)'. 46 The Malay Moil, II March 1955. him. 7. -17 The Straits 7,111('.\,27 July ILJ4H. him. I: Iill' Malam hi/IIIIIC (K/(ala 1./(111/)/(1'),27 July I')-IX. him. I dan X.

Lihat juga Cipher Telegram. 2 August IlJ4X. him. I. dalalll CO. X25/66111552171X11. FARE!.!' Reports on Internal Conditions.

4X Maklumat tentang kejadian illi. lihat H(Jckgro/flld iJ(/orf}/(/lioll (/luI MOleria/ For S'jh'oA.cn-lhc rJIICI)!,l'Jlcy lind Allti·Balldit Month, Kuala Lumpur: Department of Puolic Relatio",. fcderation of Malaya. 1')511. him. I). 22-23: Pederation of Malaya Policc Operationallntelligenec Summary No. 83 For Week Ending I) [·ehruary IlJ50.

dalam CO. 717119X/52X-I9/H/4. La" and Order. Military Situation Weekly Intelli~cnce Sumlll,u\. him. -10.1.

110

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

I'ERGERAKAN KOMUNIS 01 NEGERI PERAK, InO-AN HINGGA 1960

Selain ilu, komunis juga mengganggu punca rezeki penduduk di Perak dengan tujuan bagi melemahkan ekonomi negeri itu. Dalam perkara ini, estet getah dan lombong bijih timah sering menjadi sasaran serangan komunis dan menjejaskan kerja serta kehidupan penduduk. Antara serangan komunis ke atas estet getah berlaku pada 17 lun 1948, kira­kira 8.45 malam, di Slim River dimana sebuah rumah kongsi di Estet Lima Bias, Kelapa Bali, musnah dibakar oleh komunis. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan kerugian sebanyak $5,000 tetapi turut mengakibatkan pekerja kehilangan tempat tinggal.49 Manakala, pada 18 Discmber 1949, sckumpulan komunis menyerang Estet Gunung Inas, di kawasan Taiping. Dalam serangan itu, seorang mata-mata khas Melayu dan seorang wanita Melayu terbunuh. Rumah asap, tempat memproses susu getah dan kilang estet dibakar oleh komunis sebelum mereka berundur.'o Sementara itu, pada Mei 1952 di kawasan Teluk Intan, komunis menakik 190 pokok getah di scbuah estet kepunyaan India yang tidak dikawal dengan rapi. Dalam kejadian lain, di kawasan Taiping, sekumpulan komunis menyerbu sebuah estet dan merampas !OO keping kad pengenalan, gula, beras dan kopi daripada pekerja, Merekajuga cuba membakar kilang dan rumah asap estet tetapi tidak be~jaya.51 Dalam kejadian lain, dua orang penoreh getah wanita di Estet long Landor, Ipoh dibunuh oleh komunis yang menyerbu estet itu pada 3 Ogos 1954.52

Selain estet, lombong-lombong di Perakjuga menjadi sasaran komunis pada zaman darurat. Antaranya, pad a 26 hingga 27 Oktober 1948, iaitu dalam masa 48 jam, empat letupan dilakukan oleh komunis ke atas dua buah lombong di Perak. Kejadian itu membinasakan sebuah rumah kongsi dan satu palung bijih. Dua letupan tersebut berlaku di Lombong Tai Lee, Sungai Siput dan Lombong Kinta di selatan Ipoh.51 Dalam kejadian lain. pada 28 April 1950, kira-kira II malam, 10 orang komunis menyerbu rumah kongsi Lombong Timah Fong Chee, Tanjung Rambutan dan merampas 21 kad pengenalan pekerja. Mereka kemudian mengarahkan semua pekerja meninggalkan kawasan itu, lalu membakar empatjentera dan pondok. Kerugian dianggarkan sebanyak $35,000.54 Dalam perkembangan lain. dianggarkan kerosakan $100,000 akibat kebakaran yang memusnahkan lima jentera dan sebuah bang sal jentera di sebuah lombong di Kampar oleh komunis pada 21 lun 1950." Selain itu, pada lanuari 1952, di kawasan Kampar, komunis membakar tiga rumah

49 Federation of Malaya Police Monthly C.l.D. Survey of Crime For June 1948, dalam c.o. 7171l75/52849/22, Law and Order. Monthly C.I.D. Survcy of Crime, hIm. 1%.

50 The Mala, Mail. 20 Deccmher 1949. hIm. 5. 51 The Sccurity Forces Weekly Intclligcnce Summary No. 108 For The Wcek Ending 29th May 1952, Part 11,

him. 2. dalam C.O. 102211 5/SEA 10114/03. Security Forces Weekly Intelligence Summary on Bandit Activity In Malaya.

52 Perak S.w.E.C. Minutes of The 191 Meeting of The Perak S.W.E.C Held on Wednesday, 4th August 1954. at 10 a.m .. dalam Fail Sctiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Kelantan Sect. ConI'. No. Mill/54. Perak State WE.C.

53 Majlis. 30 Oktoher 1948. him. 8; /Ildiall /)aiiY Mail. 28 Octoher 1948. hIm. 4; 1"" Malam Tribune (Kuala '"((IIII'{(r). 2k October IlJ4K. him. I.

)4 Federation of Malaya Police Monthly C.l.D. Survey of Crime For April 1\)50. dalam C.O. 717/200/52R49/22. Law and Order. Monthly C.I.D. Survey of Crime. hIm. 222.

55 Chronology of Important Events During: The Emergency In Malaya For The Period January To June 1950. him. 2. clalam Fail Sctiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Sel. Sec. 211411949. Chronology of Important Events During The Emergency.

III

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kongsi lombong. Seorang kepala dan seorang pembantu dibunuh serta empat senapang dirampas. Penghuni rumah kongsi pula dirompak kad pengenalan. 56 Manakala, padaApril 1953, di Ipoh, lima pekerja Cina yang balik dari Ipoh dengan jip dari sebuah kongsi lombong diserang hendap oleh komunis dan kelima-lima orang terbunuh. 57

Pasukan keselamatan di negeri Perak turut menjadi mangsa keganasan komunis pada zaman darurat. Serangan dilakukan ke atas pasukan keselamatan supaya wujud keadaan huru-hara dan menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam melindungi keselamatan penduduk dan negeri Perak. Antara kejadian komunis itu telah berlaku pada 20 1 un 1948, dimana dua orang anggota keselamatan ditembak oleh tiga orang komunis ketika mereka sedang menjalankan rondaan di kawasan berdekatan Tanjung Tualang.5x Pada 9 November 1948, komunis menyerang hendap seorang Konstable Khas di Estet Kepala Bali dan pada 22 Disember 1948, seorang Konstable Khas bagi Kampung Pasir turut diserang oleh komunis, tetapi tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan.5" Selain itu, pada 8 Ogos 1949, seorang konstable polis berbangsa Melayu terbunuh dalam kejadian letupan born tangan yang dilontar oleh komunis ke dalam sebuah truk polis di lalan Pasir Puteh, Ipoh.<>II Kejadian lain berlaku pada 22 lun 1950 di kawasan Taiping dimana tiga konstable polis yang sedang menjalankan rondaan diserang oleh sekumpulan 10 hingga 12 orang komunis. Seorang konstable polis terbunuh dan seorang lagi cedera. 61 Pad a tengahari 2 Ogos 1951 pula, seorang anggota keselamatan mati ditembak oleh komunis di kawasan Kuala Kangsar. 62 Dalam perkembangan lain, pada 2 lun 1952, lapan orang anggota polis terbunuh dalam serang hendap komunis di Batu 12, Ipoh, ketika mereka dalam perjalanan ke Lombong Timah Kramat Pulai dan Tekka, Ipoh, untuk menyiasat kerosakan saluran paip air akibat perbuatan komunis. 61 Sementara itu, pada 8 April 1953, lapan anggota polis yang sedang meronda di Estet Kamiri, utara Sungai Siput diserang hendap oleh 20 orang komunis. Kejadian itu menyebabkan enam anggota polis terbunuh.64

Selaras dengan matlamat PKM untuk menguasai negara ini, mereka bertindak untuk menghalau semua orang Eropah dengan melakukan serangan dilancarkan ke atas peladang dan pelombong Eropah. Antara kejadian yang berlaku di Perak ialah pada 4 Ogos 1948, pengurus Lombong Timah Meru, Jelapang, Ian Ogilvie ditembak mati oleh komunis ketika man gsa dalam perjalanan ke pejabat di Batu 51f2, Jalan Chemor-Jelapang, Ipoh.65 Sementara itu, pada 11 April 1950, penolong pengurus Ladang Kamuning, Sungai

56 The Security Forces Weekly Intelligence Summary No. 87 For The Week Ending The 3rd January 1952. Part Ill. him. l. dalam e.O. 102211 3/SEA lOll 4/03. Security Forces Weekly Intelligence Summary on Bandil Activity.

57 Inward Telegram, To The Secretary of State For The Colonies. From Federation of Malaya. 25th April 1953. dalam C.O. I022/9/SEAIO/14/0l. Weekly Situation Reports on Bandit Activity In Malaya. him. 60.

5S The Malaya Tribune (Ipoh). 21 June 1948. him. 1. 59 Federation of Malava. Annual Report Social & Economic. Perak. 1')48. hIm. 242. 60 The Malay Mail, lO August 1949. him. 5. 61 The Ma/ava hi""nc (Ipoh), 23 June 1950. him. 1. 62 The Malay Mail. 4 August 1951. him. 5. 63 The Malay Mail, 4 June 1952. him. 8. 64 Yuen Yuet Leng, Operation Ginger, him. 24. 65 The Malay Mail,S August 1948. him. 5: The Mala."a Tribune (Kuala Lumpur). h Augusl 1948. him. I. The

Malaya Tribune (I!,oh). 5 August 1948. him. I. h August 194H. him. 1.

112

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 17: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK, InO-AN HINGGA 1960

Siput, John Ward dibunuh semasa beliau membuat rondaan di ladang bersama tiga orang polis khas, Mereka bertempur dengan enam orang komunis berpakaian seragam, Sebelum melarikan diri komunis melepaskan sebutir born tangan menyebabkan John Ward terbunuh,66 Dalam perkembangan lain, pada pagi 19 Jun 1950, komunis menyerang dan membunuh Ross Wallace, pengurus Estet Sungai Kabut, Sungkai, Manakala anak pengurus itu mengalami kecederaan dalam serangan tersebut67 Pada 19 Disember 1950, dua peladang Eropah, Edward Alcock dan David Adamson dibunuh oleh komunis di Estet Jong Landor, Ipoh,c,x Pada 2 Jun 1954 pula, komunis menembak mati dua peladang Eropah di Estet Heawood, Sungai SipUL Mangsa ialah Robert Chestnut, pengurus Estet Heawood dan penolongnya, W,R, MacConachie,69

Selain itu, komunis juga sering mengganggu sistem pengangkutan termasuklah jalan raya dan perkhidmatan keretapi, Antara serangan komunis ke atas pengguna jalan raya termasuk yang berlaku pada 18 Ogos 1948, 15 orang komunis menahan sebuah bas di Kampung Luas, Kroh, Mereka membunuh seorang penumpang dan menculik seorang wanita Cina,70 Oalam perkembangan lain, pada 11 Mei 1950, sebuah bas ditahan oleh komunis di Jalan Bruas-Simpang Tiga, Kad pengenalan penumpang dirampas dan bas dimusnahkan, Begitujuga, pada 15 Mei 1950, komunis memusnahkan sebuah bas di Jalan Lenggong-Grik, setelah kad pengenalan penumpang dirampas,71 Sementara itu, pada 22 Mei 1951, di daerah Grik, enam orang komunis menahan sebuah lori, Tujuh orang yang menumpang lori itu diarahkan meninggalkan lori itu dan kemudian lori dibakac Oi daerah Kampar pula, sekumpulan komunis menahan sebuah bas dan merompak penumpangnya,72 Oalam kejadian lain, pada 9 Mei 1952, di kawasan Batu Gajah, sekumpulan komunis menembak sebuah bas, Seorang penumpang wan ita dan konduktor bas mengalami cedera ringan, Sejurus selepas bas ditembak, komunis menghentikan dua kereta persendirian dan merampas wang tunai serta kad pengenalan mereka. 73 Manakala, pada 26 Disember 1953, sebuah bas ditahan di Ipoh. Konduktor bas dirompak wang $30.7"

Perkhidmatan keretapi di negeri Perakjuga sering menjadi sasaran sabotaj komunis agar menjejaskan perkhidmatan yang dapat dinikmati oleh penduduk. Antara perbuatan sabotaj komunis ke atas perkhidmatan keretapi berlaku apabila mereka melepaskan 100

66 Chronology of Important Evcnh During The Emcrgency In Malaya For The Period January To June, 1950, him. 9, dalam Fail Pejahat Daerah Kota Tinggi, D.O.K.T. No. 1201I'l49, Summary of Security Activities During Emergency.

67 Majlis. 21 Jun 1950, him. X; Stmits Echo & Times or Malam. 20 June 1950, hIm. I. 6R The Malar Mail. 20 December 1950, him. 7; The MalaWi ih/HlIle (Ipoh). 20 Decemher 1950, him. L Straits

Echo & Times or Malara. 20 December 1950, him. 7. 69 The Malay Mail. 3 June 1954, him. 7. 70 The MalcH'a Tribune (Singapore). 19 August 1948, him. 2. Lihat juga Cipher Telegram, 21 August 1948, him.

I, dalam e.0. 825/fl61l/55217/8/1, FARELF Reports on Internal Conditions. 71 The Security Forces Weekly Intelligence Summary No.2 for Week Ending 18 May 1950, dalam e.0. 717/

19X/52X491X/4, Law and Order, Military Situation Weekly Intelligence Summary, him. 223-224. 72 Majlis. 25 Mei 1951, him. 3; Nanrang Siang Pall. 24 May 1951, him. 4; Sin Chew lit Poh. 24 May 1951,

him. 7. 73 D. INF. 5/52/82 (EMERG), Federal Government Press Statement Emergency Communique, dalam C.O.

1022/X/SEA I01I2102, The Chain of Command and Relationship of Civil and Military Authorities In The Direction of Emergency Operations In Malaya.

74 Sin Chell' lit Poh, 29 December 1953, him. 7.

113

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 18: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

das tembakan ke atas keretapi dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada tengah mal am 26 Disember 1948. Kejadian itu berlaku ketika keretapi melalui Kampung Cherau, Perak dan dibidas oleh komunis dari kedua-dua belah jalan keretapi berkenaan. 75 Kejadian lain dilaporkan berlaku lagi pada 2 Februari 1949 melibatkan penggelinciran keretapi malam dari Kuala Lumpur ke Pulau Pi nang. Kejadian itu berlaku di selatan Tapah, di mana keretapi malam berlanggar dengan keretapi peronda, menyebabkan seorang pekerja keretapi cedera.7" Sementara itu, pada 24 lulai 1950, keretapi mel malam dari Pulau Pi nang ke Kuala Lumpur digelincirkan di antara Tanjung Rambutan dengan Ipoh. Setelah siasatan dibuat, pihak berkuasa mendapati 40 meter panjang landasan diletupkan oleh komunis. Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan keretapi dari Ipoh ke Kuala Lumpur dibatalkan pada 25 lulai 1950.77 Dalam kejadian lain, sebuah keretapi malam dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur ditembak oleh komunis di kawasan Ipoh pada 10 November 1951. Dalam kejadian itu, dua penumpang terbunuh dan lima cedera.7~ Selain itu, pada 29 Jun 1952, sebuah gerabak keretapi pengangkut barangan dari Kuala Lumpur ke Ipoh digelincirkan di Perak dan peralatan keretapi dirampas oleh 10 orang komunis. Pada hari yang sarna, di bahagian selatan Perak, sebuah keretapi tergelincir kerana landasan dirosakkan oleh komunis. 74

Dalam perkembangan lain, pada 12 April 1956, komunis meletupkan landasan keretapi di Tapah. Letupan itu menyebabkan kepala keretapi dan lapan gerabak barangan tergelincir. Kerugian kepada Keretapi Malaya dianggarkan lebih dari $IOO,OOO.~1) Daripada contoh­contoh tersebut, jelas bahawa komunis kerap melakukan sabotaj ke alas perkhidmatan kerelapi di negeri Perak pada zaman darurat selain kenderaanjalan. Kegiatan komunis itu mendatangkan kesulitan kepada penumpang dan mengganggu operasi perkhidmatan keretapi.

Kemudahan asas di Perak seperti telefon dan bekalan air paip turut disabotaj oleh komunis pada zaman darurat. Kegiatan komunis ini mengganggu kehidupan penduduk dan mendatangkan ban yak kesulitan kepada kehidupan harian mereka. Komunis mensabotaj kemudahan telefon agar penduduk tidak dapat meminta bantuan dalam masa-masa kecemasan. Antaranya, perkhidmatan telefon di antara Siputeh dengan Tronoh, tergendala pada malam 6 September 1948, akibat perbuatan komunis memotong wayar telefon di Batu 14.~1 Dalam kejadian lain, pada malam 26 November 1948, kawat telefon di antara Kampar

75 Majlis. 2R Disember 1948. him. I; NanwlIIg Siang Pall. 28 December 1949. him. 7: Sing Pin .lih P"o. 28 December 1948. him. 3: The Malaw Trihune (/I'oh). 28 December 1948. him. I

76 The Chin" Press. 3 February 1949. him. 6: Sill CheH' .lit Poh. 3 February 1949. hIm. 7. 77 The Security Forces Weekly Intelligence Summary No. 12 For Week Ending 27 July 1950. dalam CO. 717/

198/52849/8/4. Law and Order. Military Situation Weekly Intelligence Summary. hIm. 61. Lillat juga The Chin" Press. 25 July 1950. hIm. 3: K,mng Wah Yit Poh & Pellang Sin Poe. 25 July 1950. him. 6: The

MalaslI Tril","e (ipo/I). 25 July 1950. him.!. 78 The China Press. II November 1951. hIm. 2; The MaillS Mail. 12 November 1951. him. 5: The Singa!w/"{'

Free Press. 12 November 1<)51. hIm. 5: Straits Echo & 'limes o(Ma!uw. 12 November 1951. him. 7.

79 The China Press. I July 1952. hIm. 3. 80 "Sabotaj Keretapi oleh Pcngganas-Pengganas Komunis". dalam Hllri Illi [)"lwll Sejllrail. Jilid II, Kuala

Lumpur: Arkib Negara Malaysia. \lJX I, hIm. 45. Lihat juga Sin Chi'lt· .Iii Poil. 13 April 1956. hIm. L): Kin Kwok Dailv News. 13 April 195b. hIm. -' dan 4: Kwong Wilil Yit Poil & Pen ling Sill Poe. 13 April 1956. him.

b. R I 7/", Ma/ara Ji-i/June (Kua/a Lum!'ur). X September I"J4R. hIm. 2.

114

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 19: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS 01 NEGERI PERAK, 1920-AN IIINGGA 1960

dengan Air Kuning serta Kampar dengan handar Malim diputuskan oleh komunis,X2 Pada 20 Novemher 1949 pula, lima pasang wayar telefon di lima tempat di kawasan Tapah elipotong oleh komunis, Kejadian itu mcnyebabkan perkhidmatan telefon eli balai polis di Tapah, Bidor, Tanjung Malim elan Tanah Mas terjejas,XI' Kejadian sabotaj komunis yang lain berlaku paela malam 20 Februari 1950, dimana komunis memotong wayar telefon eli Tapah dan Tanjung Tualang yang mcnyebahkan perkhidmatan itu tergendala,x.J Oi kawasan Teluk Intan pula, talian telefon diputuskan dalam empat kejadian pada Oisember 1951.x5

Oalam perkembangan lain, paela lanuari 1952, komunis memotong wayar telefon di Tapah sebanyak dua kali, dan 20 tiang telefon telah digergaji eli Teluk Intan,X6 Selain itu, paela I April 1956, elilaporkan komunis hertinelak memotong wayar telefon eli Batu 20, lalan Ipoh­Kampar,X)

Kemudahan air paip eli Perakjuga menjaeli sasaran sabotaj komunis, Antaranya, sebuah empangan air berelekatan Chemor elimusnahkan oleh komunis pada awal Oktober 1949:" Oalam pcrkembangan lain, pada 6 lun 1951, komunis meletupkan paip utama di Taiping,X') Oalam kejadian lain, paela lanuari 1952, di kawasan Ipoh, sebahagian saluran paip utama elialihkan oleh komunis dan mengakibatkan bekalan air ke kampung penempatan semula terputus.'){) Bcgitu juga, sebanyak cnam kcjadian paip air dipotong oleh komunis berlaku di Tanjung Malim paela awal tahun 1952, Penduduk terpaksa menggunakan air sungai, air perigi elan air hujan yang tcrtakung elalam tin sementara menunggu bekalan air paip dipulihkan.'il Oalam perkembangan lain, paela Icwat Mei 1952, komunis merosakkan saluran paip air eli Lomhong Timah Kramat Pulai dan Tekka, Ipoh,9c Tinelakan komunis merosakkan kemudahan asas ilu telah menelatangkan kesusahan elan menimbulkan kemarahan elalam kalangan pendueluk kerana aktiviti harian mereka terganggu,

Xc /vlaili.l. eX November 1'i4X. him. S. Lihat juga NallwlIIg Siallg PUll, e9 Novemher 194X, him. 7: Kill K."ok nail, Nne.l. 27 November 194X, him. 4.

S.' [lIdia" f)aiir Mlli[. 23 November 1949, him. 4. 54 Mlli[il, 22 Fehruari I 'iSO, him. c. X5 The Security Force, Weekly Intelli~ence Summary No. XO For The Week Ending The 27th December 1951.

Part II. him. 2-3, dalam CO. I 022113/SEA 10114103, Security Force, Weekly Intelligence Summary on Bandit Actility.

56 The Security Force, Weekly Intelligence Summary No. X7 For The Week Ending The 3rd January 1952. Part III. him.!. dalam CO. 1022/I3/SEAI01l4103. Security Force' Wedly Intelligence Summary on Bandit Activity.

X7 [I/diall f)lIi[\, Mlli[, 4 April I ')56. him. 4. XX Colonial Office Malaya, 3(Jth Septemher-oth October, 1<)49, ualam CO. 717I1lX/52849/62, Law and Order,

Weekly Situation Report, Prepared in Ea,tern Department (Colonial Office), him. 76. Xl) Thl' Chilla Prell, 9 June 1951. him. 3: Na/l\'{/lIg Sial/g Pall, 9 June 1951. him. 7: nil' Ma[m' Mail, l) June

1951, him. 5. l)() The Security Force, Weekly Intelligence Summary No. X7 For The Week Ending The 3rd January 1952, Part

III. him.!. dalam C.O. 1022113/SEAIOIl4103, Security Forces Weekly Intelligence Summary on Bandit Actility.

9 I I"'F. 171/5e, Talking Point No. II/52, Latest Terrorist Outrage: The Lesson From Tanjong Malim. dalam Fail Pe.l"bat Dacrah Muar, D.n.M. 24111<)4X, DISseminating Facts and Advice Ahout The Present Emergency To The Malays In All Kampongs: Th" Chilla Prn.I, 10 March 1952. him. 4.

02 Th" Malll\' Mlli[, 4 June 1952. him. X.

115

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 20: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Daripada perbincangan dan contoh kejadian kejahatan, keganasan dan sabotaj yang dilakukan oleh komunis tersebut, jelas bahawa penduduk dan semua pihak yang berada di negeri Perak berdepan dengan ancaman dan keganasan komunis pada zaman darurat. Tindakan komunis itu mendatangkan kematian, kecederaan, kerugian wang dan harta serta mengganggu pekerjaan, pergerakan dan kehidupan penduduk, pekerja, peladang, pelombong, anggota keselamatan dan pihak berkuasa. Namun demikian, kerajaan tidaklah membiarkan keadaan tersebut terus berlanjutan di negeri Perak. Untuk itu, pelbagai langkah diatur dan dijalankan bagi melemahkan pergerakan komunis dan seterusnya menghapuskan mereka. Langkah kerajaan itujuga bertujuan untuk memenangi sokongan dan keyakinan penduduk supaya mereka bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah komunis.

Usaha kerajaan itu menyebabkan kelemahan pergerakan PKM semakin terserlah dan kekuatan pasukan mereka semakin menurun kerana pergerakan komunis di negeri­negeri Melayu telah dapat dilemahkan oleh pihak berkuasa. Keadaan ini dapat dilihat dalam ladual3 yang menunjukkan sehingga pada 28 Ogos 1959,98 peratus atau sejumlah 10,561 orang komunis di Tanah Melayu telah berjaya sarna ada dibunuh, ditawan atau menyerah diri kepada pihak berkuasa. Antaranya, di negeri Perak, sehingga Ogos 1959, sejumlah 2,336 orang komunis atau 94 peratus daripada kekuatan komunis telah berjaya dihapuskan oleh pihak kerajaan.

ladua13 Kekuatan Komunis pad a 28 Ogos 1959 dan Komunis yang Dibunuh, Ditawan dan

Menyerah Diri sejak tahun 1948

Negeri Kekuatan Komunis yang lumlah Peratusan Komunis Pad a 28 Dibunuh, Ditawan (Dibunuh, Ditawan Ogos 1959 dan Menyerah Diri dan Mcnyerah Diri)

Sejak Tahun 1948

Perak 155 2,336 2,491 94%

Kelantan 0 117 117 100%

Terengganu 8 209 217 96ck

Pahang 20 2,137 2,157 990/<.

lahar 0 2,732 2,732 100c7<,

Pulau Pinang 4 131 135 97%

Kedah 53 504 557 90%

Selangor 0 1,303 1,303 100%

Negeri Sembi Ian 0 893 893 1000/<

Melaka 0 199 199 100%

Tanah Melayu 240 10,561 10,801 980/<

Sumber: Leon Comber, Malaya's Secret Police 1945-60: The Role of the Special Branch in the Mala,van Emergency, Australia and Singapore: Monash Asia Institute, Institute of Southeast Asian Studies, 2008, him, 277.

116

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 21: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

PERGERAKAN KOMUNIS DI NEGERI PERAK. 1920-AN HINGGA I<JOO

Antara langkah-Iangkah berkesan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani pergerakan komunis termasuklah memperkenalkan penggunaan kad pengenalan kepada penduduk negeri Perak untuk membantu pihak keselamatan mengenalpasti antara penduduk dengan komunis. Sehingga 15 Februari 1949, semua penduduk negeri Perak telah memiliki kad pengenalan. 43 Kerajaan juga memindahkan penduduk setinggan ke kawasan penempatan semula supaya memutuskan hubungan penduduk dengan komunis dan membulurkan komunis. Sehingga tahun 1954, 129 buah kampung baru telah didirikan di Perak dengan penduduk seramai 206,900 orang.94 Selain itu, kerajaan juga bertindak memperkenalkan langkah mengadakan Dapur Pusat dalam usaha mengelakkan bekalan makanan jatuh ke tang an komunis. Sehingga tahun 1958. terdapat sejumlah 145 buah Dapur Pusat yang merangkumi kawasan kampung baru, pekan, estet getah, ladang teh dan 10m bong timah di enam buah daerah di negeri Perak telah diadakan. Ini termasuklah 33 buah di daerah Ulu Kinta, 22 buah di daerah Batu Gajah, 51 buah di Tapah, 16 buah di daerah Sungai Siput, 10 buah di daerah Teluk Intan dan 13 buah di Cameron Highlands.95

Pada mas a yang sarna, aspek ketenteraan turut diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan menubuhkan pasukan Home Guard dan melancarkan operasi ketenteraan seperti Operasi Pintail, Operasi Widgeon dan Operasi Washbrook bagi memburu dan menghapuskan komunis. Pada tahun 1951, negeri Perak telah mempunyai Home Guard berjumlah 44,600 orang bagi membantu pihak berkuasa mempertahankan keselamatan kampung dan kawasan petempatan mereka daripada ancaman komunis.% Sementara itu, arahan berkurung juga diperkenalkan dan dikuatkuasakan secara meluas di negeri Perak pada zaman darurat untuk membolehkan pihak keselamatan menyiasat pergerakan dan aktiviti komunis dengan lebih berkesan. Disebabkan adanya langkah-Iangkah kerajaan itu, pergerakan komunis semakin lemah dan semakin ban yak Kawasan Putih yang be bas daripada ancaman komunis diisytiharkan di negeri itu, bermula dengan kawasan Dinding dan Bagan Datoh pad a 21 Disember 1954 sehingga Ipoh dan Gunung Rapat serta seterusnya seluruh Perak Tengah pada 14 lanuari 1960. Akhirnya, pada 31 lulai 1960, Tanah Melayu telah diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis dan darurat ditamatkan. Selaras itu, zaman darurat di negeri Perak turut berakhir pada 31 lulai 1960.

Kesimpulan

Pergerakan komunis di negeri Perak telah dapat dikesan sejak awal tahun 1920-an sebagaimana negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu. Pad a ketika itu, cawangan KMT,

93 Kin K"'ok Dailv News. 5 Octoher 1948. him. 4; Majlis. 3 Novemher 1948. him. 7. 94 Kernial Singh Sandhu. "Emergency Resettlement in Malaya". dalam R. Nyee (ed.). Chinese New Villages in

Malava: A Communitr Studv. Kuala Lumpur: Malaysia Research Institute Ltd .. 1973. him. 170. 95 Summary of Central Kitchens in Perak. dalam Gerakan Sempadan. Emergency Food Denial Office (Gerakan

Sempadan Perak). E.F.D.O.PK. 20/58 Part IV. Central Cooking-New Villages. 96 Home Guard. Kuala Lumpur. 12th November 195 I. dalam Pejahat Daerah/Tanah. Nihong Tebal. Pulau

Pinang. D.O.N.T. 179/50. Co-operation of the Civil Population In Emergency Measures (Formation of Home Guards). Lihat juga Home Guard. Kuala Lumpur. 12th Novemher 1951. dalam Pejahat Daerah Kemaman A.O.E .. Trengganu. A.O.E. 10/52. Home and Kampong Guards.

117

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 22: pergerakan komunis di negeri perak, 1920-an hingga 1960

MALA YSlA DARl SECl SEJARAH

NLC, kesatuan sekerja dan akhbar telah menjadi saluran utama komunis dalam menyebarluaskan pengaruh serta aktivitinya dalam kalangan masyarakat di Perak. Komunis terus bergerak dengan giat di hawah PKM dan pada zaman pendudukan Jepun melalui MPAJA. Setelah komunis gagal dalam menguasai golongan pekerja selepas Perang Dunia Kedua berserta dengan perubahan politik dan keadaan dalaman PKM, akhirnya PKM mengambil keputusan memulakan gerakan keganasan yang seterusnya membawa Tanah Melayu termasuk Perak ke dalam zaman darurat pad a Jun 1948. Penduduk, golongan pekerja dan peladang, anggota keselamatan dan pihak berkuasa di negeri Perak berdepan dengan pelbagai kesukaran, ancaman dan cabaran ketika darurat. Keadaan di negeri Perak itu adalah kesan daripada perbuatan komunis yang melakukan pelbagai kegiatan kejahatan dan keganasan dalam usaha mereka menguasai negara ini. Walau bagaimanapun. akhirnya PKM dapat ditewaskan oleh kerajaan dengan adanya pelbagai langkah yang diambil bagi membanteras komunis dan bagi memenangi sokongan penduduk Perak kepada pihak kerajaan. Dengan itu, zaman darurat di Tanah Melayu termasuk negeri Perak ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam perkembangan ini, negeri Perak adalah sebuah negeri penting dalam pergerakan komunis sejak mereka didapati mula bergerak di Tanah Melayu pad a awal tahun 1920-an. Kepentingan Perak kepada pergerakan komunis dapat dilihat melalui keadaan geografi negeri itu, pertumbuhan ekonomi dan penduduk Cina yang ramai. Begitu juga, di negeri Peraklah lahirnya beberapa orang pemimpin penting PKM termasuk Chin Peng, Musa Ahmad, Rashid Maidin dan Abdullah CD. Di situlahjuga berlakunya beberapa peristiwa komunis yang penting seperti pembunuhan tiga orang peladang Eropah yang membawa kepada pengisytiharan darurat di Tanah Melayu.

118

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Persatuan Sejarah Malaysia