taklimat
TRANSCRIPT
LAPORAN TAKLIMAT ‘ CERMAT TIBA SELAMAT ‘ANJURAN UNIT KESELAMATAN
PENGERUSI : EN.S.BALAMOHAN ( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI : PN.N.MALAR ( GPK HEM )
PN.M.PONGOTHAI ( GURU PENOLONG KANAN )
PN.R.VICHITRA ( GPK KOKURIKULUM )
PN.R.ARULMARY ( PENOLONG KANAN PETANG )
KETUA : CIK.M.SELVI
AJK : PN.K.VASUGI
PN.V.THANALETCTHUMY
PN.J.THILAGAH
PN.K.BEBY RANI
PN.K.KALAISELVI
PN.V.VASANTHA
PN.K.THEEBA
VISI
SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT
MISI
MENJADIKAN SEKOLAH SELAMAT DAN BEBAS DARI SEBARANG ANCAMAN
MENGAMALKAN AMALAN BAIK SEMASA MENGGUNAKAN JALANRAYA
MEYEDARKAN KEPENTINGAN MENJAGA KESELAMATAN DAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT
MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG PERATURAN LALU LINTAS
OBJEKTIF
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa
melintas jalanraya. Taklimat ini juga bertujuan murid-murid mengetahui peraturan-peraturan
jalanraya.
RASIONAL
Murid-murid diberi pendedahan tentang cara-cara menjaga keselamatan semasa menggunakan Jalanraya.
Menyemai pengetahuan dan amalan baik di kalangan murid-murid.
SASARAN
Murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1,2,3 )
LAPORAN TAKLIMAT ‘ CERMAT TIBA SELAMAT’
Taklimat ‘ Cermat Tiba Selamat ‘ telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan untuk murid-murid Tahap 1 pada 31.1.2012. Taklimat ini bertujuan menyedarkan murid-murid tentang cara-cara menjaga keselamatan diri semasa menggunakan jalanraya. Taklimat ini telah disampaikan oleh ketua Unit Keselamatan Cik.M.Selvi. Program ini telah diadakan di bilik tayangan.Murid-murid telah ditunjukkan tayangan CD dan telah diberi keterangan. DiantaraIsi kandungan adalah :
MELINTAS BERSAMA ORANG DEWASA
Murid-murid telah diberi keterangan tentang cara-cara menjaga keselamatan semasamenggunakan jalanraya Kanak-kanak harus ditemani oleh orang dewasa semasa melintas jalanraya. Orang dewasa hendaklah memimpin kanak-kanak apabila menggunakan jalanraya. Kita haruslah menggunakan lorong-lorong pejalan semasa berjalan di jalanraya. Murid-murid juga telah diberi keterangan tentang kemudahan yang disediakan untuk pejalan kaki.
DI MANA HENDAK MELINTAS ?
Murid-murid telah diberi penerangan dimana boleh melintas dengan selamat. Kanak-kanak harus mengetahui mengikuti beberapa peraturan semasa melintas
- Menggunakan jejentas jika ada
- Menggunakan lintasan zebra jika ada
- Tidak boleh melintas di tempat yang curang
- Ikut isyarat lampu semasa melintas
- Lintas di dalam lingkungan yang selamat
5 LANGKAH SEMASA MELINTAS
Murid-murid diberi penjelasan tentang 5 langkah yang harus diikuti semasa melintas jalanraya.
- Lihat ke kanan ke kiri dan kemudian ke kanan sebelum melintas.
- Pastikan keadaan adalah selamat untuk melintas
- Jangan berhenti di tengah jalan ataupun lari
- Jangan melintas di antara kenderaan kerana berbahaya
MELINTAS PADA WAKTU MALAM
Murid-murid juga telah diberi penjelasan tentang peraturan yang harus diikuti semasa melintas jalanraya pada waktu malam. Kita haruslah memakai pakaian yang terang supaya pemandu kenderaan dapat melihat dengan jelas.
LANGKAH-LANGKAH BERJAGA SEMASA BERBASIKAL
Dalam taklimat ini murid-murid juga telah di beri penjelasan tentang keselamatan semasa berbasikal. Kanak-kanak harus mengikuti beberapa langkah-langkah berjaga semasa berbasikal untuk mengelak sebarang kemalangan. Kanak-kanak harus berbasikal dilorong yang disediakan. Mereka juga harus memakai peralatan keselamatan untuk memastikan keselamatan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENAIKI KENDERAAN DAN MEMBUNCIT MOTOSIKAL
Kemudian murid-murid telah diberi penjelasan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menaiki kenderaann. Kanak-kanak harus memakai tali pinggang keselamatan semasa menaiki kereta. Kanak-kanak tidak boleh mengeluarkan anggota badan semasa berada dalam kereta. Mereka harus menunggu orang dewasa untuk membuka pintu kenderaan semasa turun ataupun naik
Semasa membuncit motosikal pula kanak-kanak harus memakai topi keledar khas yang bersirim.Topi keledar tersebut mesti diikat kemas. Semasa membuncit kanak-kaak harus memegang orang dewasa. Semasa turun pula kanak- kanak-kanak boleh meminta pertolongan orang dewasa.
SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN
Selepas waktu persekolahan murid-murid mesti menunggu di tempat yang disediakan. Semasa menaiki bas pula harus berbaris dan tidak boleh merebut-rebut .Semasa berada di bas murid-murid tidak boleh mengeluarkan anggota badan mereka kerana berbahaya.
RUMUSAN
Pada keseluruhan melalui taklimat ini murid-murid telah di beri pendedahan tentang peraturan-peraturan jalanraya, sImbol-simbol jalanraya dan cara-cara menjaga keselamatan semasa menggunakan jalanraya. Murid-murid juga diberi kesedaran betapa pentingnya mengikuti peraturan-peraturan jalanraya.
Disediakan oleh, 7.2.2012
____________________ ( SELVI A/P MUNIANDY )Ketua Unit Keselamatan