tajuk karangan

Upload: fatin-hasni

Post on 16-Jul-2015

315 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk karangan: Kamu dan rakan-rakan kamu berbasikal ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak. Setibanya di suatu kawasan perumahan, tiba-tiba ternampak seorang wanita diragut. Ceritakan tindakan yang kamu dan rakan-rakan kamu lakukan katika itu.

Penutup : Peristiwa selepas - meneruskan perjalanan ke sekolah - perasaan amat bangga

Pendahuluan: Peristiwa sebelum Berbasikal bersama-sama rakan-rakan untuk menjalani latihan bola sepak di sekolah.

Isi 4 : Peristiwa semasa -menahan kereta peronda polis ambulans sampai - hospital

Menolong wanita yang diragut.

Isi 1 : Peristiwa semasa ternampak seorang wanita diragut - penunggang motosikal.

Isi 3 : Peristiwa semasa - berlari mendapatkan mendapatkan wanita itu dan memapah ke perhentian bas. rakan menelefon ambulans.

Isi 2 : Peristiwa semasa -wanita itu terjatuh - mencatat nonbor pendaftaran motosikal.

Pada suatu petang, saya dan rakan-rakan saya dalam perjalanan ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak. Apabila kami tiba di suatu kawasan perumahan, tiba-tiba kami terdengar deruman enjin motosikal dari arah belakang. Saya dan rakan-rakan saya nampak sebuah motosikal ditunggang dengan laju. Ada dua orang pemuda di atas motosikal itu. Penunggang itu menunggang ke arah seorang wanita yang sedang berjalan di situ manakala rakannya yang membonceng segera meragut beg yang tersangkut di bahu wanita itu. Dalam keadaan kelam kabut begitu, saya lihat wanita itu gagal mengimbangi badan lalu jatuh tersungkur. Pemuda yang meragut begnya melarikan diri. Mujur saya dan rakan-rakan saya dapat mengecam dan mencatat nombor pendaftaran motosikal itu. Saya berlari sepantas kilat ke arah wanita itu. Wanita itu cedera pada bahagian siku dan lututnya. Wanita itu hanya mengerang dan air mata membasahi pipinya. Saya memapah wanita itu ke sebuah perhentian bas yang berhampiran. Rakan-rakan saya pula berlari ke arah sebuah pondok telefon awam untuk menghubungi ambulans. Pada masa itu, kami ternampak sebuah kereta peronda polis. Kami menahan dan menceritakan kejadian yang menimpa wanita itu. Anggota polis segera melaksanakan tugas mereka untuk mencari kedua-dua peragut tersebut. Tidak lama, kemudian,ambulans pun sampai di tempat kejadian. Wanita itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya meneruskan perjalanan ke sekolah untuk menjalani latihan bola sepak. Kami berasa amat bangga kerana dapat membantu wanita itu.

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah.

Penutup : - banyak keuntungan yang boleh di dapati daripada aktiviti kokurikulum. Kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum disekolah

Pendahuluan: -aktiviti di luar bilik darjah - contoh Isi 1 : - memupuk semangat kerjasama ,tolong-menolong dan penyayang melalui aktiviti yang dijalankan.

Isi 4 : -mengeratkan dan membentuk hubungan harmoni antara kaum dan bangsa

Isi 3 : - menambahkan pengalaman dan pengetahuan murid. memupuk semangat yakin diri dan jati diri murid

Isi 2 : -mengisi masa lapang - mencerdaskan minda dan mencergaskan badan.

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah sama ada persatuan atau pasukan beruniform. Selalunya aktiviti ini diadakan selepas waktu sekolah. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum ini dapat memupuk semangat kerjasama, semangat setia kawan, penyayang dan tolong-menolong di kalangan murid-murid dan antara murid dengan guru. Contohnya semasa perkhemahan mereka perlu mengamalkan nilai-nilai ini ketika melaksanakan tugas yang diberikan. Selain itu, masa lapang murid-murid dapat diisi dengan perkara yang berfaedah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan seperti Persatuan Kebudayaan, Persatuan Bahasa Malaysia atau Pasukan Pengakap, serta aktiviti permainan seperti bola sepak dan badminton, kegiatan yang negatif dapat dihindarkan. Di samping itu, ia mencerdaskan minda dan mencergaskan badan. Penglibatan murid-murid dalam persatuan ataupun pasukan beruniform dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan mereka. Contohnya apabila mereka menyertai perkhemahan mereka dapat pengalaman dengan mendirikan khemah sendiri ataupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak bersama-sama ahli pasukan. Ini dapat memupuk semangat yakin diri dan jati diri dalam diri mereka. Melalui aktiviti kokurikulum juga, murid-murid dapat mengeratkan dan membentuk hubungan harmoni di antara kaum dan agama lain di Malaysia. Dengan menyertai perkhemahan, mereka bekerjasama tanpa mengira bangsa semasa menjalankan aktiviti . Bermula dari sinilah akan terbentuk hubungan erat dan membolehkan masyarakat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, seseorang murid akan mendapat banyak manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Penutup : - harus mengamalkan cara hidup sihat untuk kesihatan diri. Isi 4 : -makan makanan seimbang -kurangkan pengambilan garam ,gula dan lemak -penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung Isi 3 : - menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan kuman

Pendahuluan: -penting untuk kesejahteraan hidup - memastikan kesihatan baik.

Cara-cara menjaga kesihatan diri.

Isi 1 : - bersenam tiga kali seminggu - mencergaskan badan - berjoging dan bersukan

Isi 2 : -kebersihan diri perlu dijaga -mandi,menggosok gigi dan bersyampu. menggomencergaskan badan.

Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita perlu mengutamakan kesihatan diri dengan mengambil langkah-langkah yang perlu memastikan kesihatan diri sentiasa baik. Antara cara untuk mengekalkan kesihatan diri adalah dengan bersenam. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,kira-kira 30 minit bagi setiap sesi. Apabila kita bersenam, dapat menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah serta mencergaskan badan. Kita juga boleh berjoging atau bersukan sebagai satu daripada kaedah bersenam. Kebersihan juga penting dalam menjamin kesihatan diri. Kita perlu sentiasa membersihkan badan,menggosok gigi dan bersyampu. Hal ini dapat menjauhkan kuman yang menjadi punca pelbagai penyakit. Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal sihat. Elakkan memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu, pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga perosak atau bahan cemar yang boleh mendatangkan penyakit. Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkan pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan kerana akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, darah tinggi, dan penyakit jantung. Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangilah diri demi kesejahteraan hidup.