tajuk isl 2.doc

7
PENUBUHAN PERSATUAN PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB 1. OBJEKTIF AM Guru-Guru dan murid-murid akan: Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah. Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan. Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan. 2. OBJEKTIF KHUSUS Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang. Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

Upload: komala-paramasuwan

Post on 24-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK ISL 2.doc

PENUBUHAN PERSATUAN

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

2. OBJEKTIF KHUSUS

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

3. TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN

3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

Page 2: TAJUK ISL 2.doc

PENUBUHAN PERSATUAN

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat

b. Aktiviti dan kegiatan

c. Peraturan

d. Perlembagaan

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.

Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar

Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

a. Memilih Ahli Jawatankuasa

b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan

c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan

Mengoperasikan kelab atau persatuan

Page 3: TAJUK ISL 2.doc

PENUBUHAN PERSATUAN

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja

2. Draf Perlembagaan Persatuan

3. Draf Aktiviti Tahunan.

4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.

5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru

Besar)

6. Pengendalian Mesyuarat Agung:

i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.ii. Mesyuarat Agung.

Page 4: TAJUK ISL 2.doc

PENUBUHAN PERSATUAN

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu. No. Tel : 09-8591349_____________________________________________________________________

Ruj kami : SKSI 05/01/01(01) Tarikh : 01 Januari 2005

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan SuItan Ismail,Kemaman, Terengganu.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ………………( nama)….………… berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman mulai 1 Januari 2005.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan

terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(AMINUDDIN BIN BAKAR)Guru Penasihat,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu.Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan.

Page 5: TAJUK ISL 2.doc

PENUBUHAN PERSATUAN

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu.

Ruj kami : SKSI 06/01/001(01)Tarikh : 08 Januari 2005

Guru Penasihat,Persatuan Persatuan Bahasa MelayuSekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Merujuk surat tuan SKSI 05/01/001( 01) bertarikh 01 Januari 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan2.2 Draf Aktiviti Asas2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut Perintah,

(SEDEK BIN EMBONG)Pendaftar Kelab Dan Persatuan,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu.

s.k. - Fail Timbul