tajuk inovasi: alat penggulung hos secara...

9
TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA AUTOMATIK AGENSI PUSAT: UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE, KULIM KEDAH INOVASI 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang direka untuk memudahkan kerja-kerja mengulung hos air bomba disamping membuang air yang terdapat di dalam hos air tersebut selepas proses pemadaman api kebakaran. Projek ini dijalankan dengan kerjasama di antara pihak Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Teknologi tinggi Kulim (Kulim Hi-tech Park). Langkah pertama jalinan kerjasama ini adalah mendapatkan gambaran dan maklumat tentang permasalahan yang dihadapi mengenai penggulungan hos air secara manual yang merupakan salah satu prosedur utama dalam tugas hakiki pihak bomba. Kaedah manual pihak bomba adalah dengan melakukan kerja junjungan bersudut pada hos bagi mengeluarkan. Penghasilan peralatan yang dinamakan Alat Penggulung Hosmerupakan satu penyelesaian masalah utama ini disamping meningkatkan mutu dan kualiti kerja pihak bomba di negara ini khususnya. Terdapat 3 bahagian utama pada alat ini seperti badan atau ‘body’, pengayuh atau ‘handle’ dan ‘clamping unit’. Struktur badan alat ini diperbuat daripada keluli logam bagi menampung beban minimum hos seberat 18kg. Berikut adalah objektif projek ini:- Merekabentuk peralatan yang ringkas, mudah alih dan kompak. Mencipta mekanisma mudah bagi mengeluarkan air di dalam hos air bomba. Mencipta mekanisma ringkas untuk proses pengulungan hos air bomba. Mengurangkan beban kerja dan masalah ergonomic yang dialami oleh petugas bomba untuk proses menggulung hos air bomba. 1.1 Sebelum Pelaksanaan Rutin utama oleh pihak bomba selepas proses memadam kebakaran adalah menggulung hos air yang digunakan. Kebiasaannya, mereka akan menggulung hos tersebut secara menual iaitu membentangkan hos tersebut ke bawah dan menarik sambil menggulung hos tersebut dengan cara membongkok badan seperti dalam Gambarajah 1. Akibat cara kerja yang perlu membongkok badan telah mendedahkan pihak yang terbabit berisiko kepada penyakit yang berkaitan masalah ergonomik seperti penyakit sakit belakang dan kepenatan. Penyakit sakit tulang juga telah ditegaskan oleh NHS ( National Health Service ) UK bahawa kebiasaan sakit belakang berlaku kepada orang dewasa berusia antara 35 dan 55 tahun dan punca terbesar disebabkan oleh mengangkat bebanan yang berat semasa bekerja.

Upload: dinhanh

Post on 06-Feb-2018

312 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA AUTOMATIK

AGENSI PUSAT: UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE, KULIM

KEDAH INOVASI

1.0 Pengenalan

Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang direka untuk memudahkan kerja-kerja

mengulung hos air bomba disamping membuang air yang terdapat di dalam hos air tersebut

selepas proses pemadaman api kebakaran. Projek ini dijalankan dengan kerjasama di antara

pihak Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute dan pihak Jabatan Bomba dan

Penyelamat Taman Teknologi tinggi Kulim (Kulim Hi-tech Park). Langkah pertama jalinan

kerjasama ini adalah mendapatkan gambaran dan maklumat tentang permasalahan yang

dihadapi mengenai penggulungan hos air secara manual yang merupakan salah satu prosedur

utama dalam tugas hakiki pihak bomba. Kaedah manual pihak bomba adalah dengan

melakukan kerja junjungan bersudut pada hos bagi mengeluarkan. Penghasilan peralatan yang

dinamakan ‘Alat Penggulung Hos’ merupakan satu penyelesaian masalah utama ini disamping

meningkatkan mutu dan kualiti kerja pihak bomba di negara ini khususnya. Terdapat 3 bahagian

utama pada alat ini seperti badan atau ‘body’, pengayuh atau ‘handle’ dan ‘clamping unit’.

Struktur badan alat ini diperbuat daripada keluli logam bagi menampung beban minimum hos

seberat 18kg. Berikut adalah objektif projek ini:-

Merekabentuk peralatan yang ringkas, mudah alih dan kompak.

Mencipta mekanisma mudah bagi mengeluarkan air di dalam hos air bomba.

Mencipta mekanisma ringkas untuk proses pengulungan hos air bomba.

Mengurangkan beban kerja dan masalah ergonomic yang dialami oleh petugas

bomba untuk proses menggulung hos air bomba.

1.1 Sebelum Pelaksanaan

Rutin utama oleh pihak bomba selepas proses memadam kebakaran adalah menggulung hos

air yang digunakan. Kebiasaannya, mereka akan menggulung hos tersebut secara menual iaitu

membentangkan hos tersebut ke bawah dan menarik sambil menggulung hos tersebut dengan

cara membongkok badan seperti dalam Gambarajah 1. Akibat cara kerja yang perlu

membongkok badan telah mendedahkan pihak yang terbabit berisiko kepada penyakit yang

berkaitan masalah ergonomik seperti penyakit sakit belakang dan kepenatan. Penyakit sakit

tulang juga telah ditegaskan oleh NHS ( National Health Service ) UK bahawa kebiasaan sakit

belakang berlaku kepada orang dewasa berusia antara 35 dan 55 tahun dan punca terbesar

disebabkan oleh mengangkat bebanan yang berat semasa bekerja.

Page 2: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

Gambarajah 1:- Cara kerja menggulungkan hos air bomba dengan membongkok badan yang

mempunyai masalah ergonomik untuk jangka masa panjang.

Air yang terdapat di dalam hos air bomba perlu dibuang terlebih dahulu kerana air tersebut

menambah bebanan ketika proses menggulung. Teknik junjungan hos menjadi resmi oleh pihak

untuk menggeluarkan air di dalam hos tersebut. Pada Gambarajah 2 menunjukkan hasil

gulungan hos air yang tidak padat telah menyebabkan kepala hos akan jatuh jika diangkat dan

gelembung pada hos menunjukkan masih terdapat sisa air di dalamnya yang menyebabkan

gulungan hos menjadi lebih berat. Menurut sumber lisan oleh pengawai bomba, mereka

memerlukan sekurang-kurang 20 minit untuk proses penggulungan dan kerja paling kritikal ialah

pembuangan air di dalam hos tersebut. Tambahan pula, proses tersebut memerlukan 2 hingga

3 orang untuk mempercepatkan kerja memgeluarkan air dengan junjungan dan gulunggan.

Gambarajah 2:- Hos tidak sempurna akibat pengulungan secara manual dan masih terdapat

sisa air di dalam hos.

Page 3: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

1.2 Latar belakang Produk

‘Alat Penggulung Hos adalah peralatan yang digunakan untuk tujuan membantu Bomba dalam

kerja penggulungan hos air. Alat ini difabrikasi daripada logam pada sruktur badan untuk

membolehkan ia lebih tahan lasak. Ia boleh dilihat pada Gambarajah 3.

Gambarajah 3:- Struktur badan ‘Alat Penggulung Hos’.

Kelebihan alat ini adalah seperti berikut :-

No Keterangan Kelebihan

1

Gambarajah 4: Sprocket rantai yang bernisbah

2:1 dipasang pada ‘Alat Penggulung Hos’.

‘Alat Penggulung Hos’ menggunakan

sistem rantai keluli dengan nisbah

halaju 2:1 telah mengurangkan

bebanan pusingan ‘handle’ sekaligus

mempercepatkan proses

penggulungan. Nisbah halaju yang

digunakan memberi kelebihan

mekanikal terhadap sistem ini iaitu

satu pusingan ‘handle’ telah

memusing roller penggulungan

sebanyak 2 kali.

Clamping Unit

Body

Penutup hose

Page 4: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

2

Gambarajah 5: (a) Pihak Jabatan Bomba dan

Penyelamat telah menguji proses penyimpanan

‘Alat penggulung Hos’ ke dalam lori bomba dan

(b) ‘Alat Penggulung Hos’ telah dimampatkan.

‘Alat Penggulung Hos’ yang boleh

dilipat dan kompak membolehkan

peralatan ini disimpan pada ruang

yang sempit terutama ke dalam lori

bomba.

3

Gambarajah 6: Kaedah mengeluarkan air dari

hos dengan menggunakan ‘Clamping Unit’.

‘Clamping unit ‘berfungsi untuk

menggeluarkan air ketika membuat

pusingan gulunggan oleh ‘handle’.

Proses mengeluarkan air adalah

penting kerana ianya merupakan

salah satu prosedur terpenting dalam

mengurangkan beban hos dan

penjagaan hos untuk ketahanan

serta memanjangkan jangka hayat

hos.

2.0 Keputusan dan Implikasi ‘Alat Penggulung Hos’

Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :-

2.1 Inovasi

Produk ini adalah idea yang lahir untuk membantu dan memudahkan ahli bomba dan anggota

JPAM dalam kerja penggulungan hos air bomba dan proses mengeluarkan air di dalam hos

selepas berlaku proses memadam kebakaran.

Page 5: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

2.2 Pelaksanaan

Produk ini telah dijalankan secara kerjasama di antara Universiti Kuala Lumpur Malaysian

Spanish Institute dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech Park, Kulim, Kedah Darul

Aman dan Jabatan Pertahanan Awan (JPAM) Daerah kulim. Produk ini telah diperkenang oleh

jambatan Bomba Kulim Hi Tech Park dan JPAM daerah Kulim setelah mereka berpuas hati

hasil produk ini dan ia telah digunakan oleh mereka dalam kerja menggulung hos.

Gambarajah 7: Jalinan Kerjasama dengan Balai Bomba Kulim Hi Tech Park dan Jabatan

Pertahanan Awan (JPAM) Daerah Kulim

2.3 Replicability

Rekabentuk ‘Alat Penggulung Hos’ adalah menggunakan konsep binaan yang ringkas, kompak

dan mudah alih. Melalui konsep ini, produk dihasilkan daripada bahan-bahan binaan yang

mudah didapati di kedai-kedai “hardware’ dan kedai-kedai motosikal atau basikal. Bahan-bahan

yang digunakan adalah:-

1) “Rectangular Hollow Square 2’X4’ Beam” setebal 3 mm jenis mild steel untuk binaan

bahagian kerangka utama yang lebih kukuh dan tahan lasak.

2) “Circular Hollow Beam” jenis mild steel untuk binaan bahagian ‘Clamping Unit’ bagi

memudahkan proses membuang air di dalam hos.

3) Engsel meja untuk memudahkan proses melipat kerangka supaya menjadi lebih

kompak.

4) Set rantai dengan sprocket dengan nisbah halaju 2:1 untuk memudahkan proses

pengulungan. Nisbah halaju yang digunakan merupakan nisbah yang paling effisien

untuk proses berjalan lancar. Saiz sprocket yang digunakan adalah saiz 18 untuk

pemacu dan saiz 36 untuk penurut. Sekiranya nisbah halaju yang lain digunakan proses

pengulungan akan menjadi bermasalah seperti air tidak dapat dikeluarkan dengan

sempurna jika terlalu laju dan jika nisbah yang lebih kecil digunakan akan menyebabkan

proses menjadi lebih perlahan. Saiz sprocket yang digunakan adalah amat mudah

didapati dan kos yang murah.

Page 6: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

Bahan–bahan yang digunakan mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan. Kos bagi

menyiapkan satu alat ini berjumlah RM320 dan tanpa melibatkan kos penyenggaraan yang

tinggi . Proses membina mengambil masa yang singkat dan boleh digunakan secara cepat

dengan meluas oleh pihak bomba di Malaysia dan serata dunia. Penggunaan yang ‘Alat

Penggulung Hos’ yang mudah dan cepat juga dapat mengurangkan beban pihak bomba selain

meningkatkan mutu kerja dan pekerja yang produktif.

2.4 Lestari (sustainable)

Sisa air yang banyak tertinggal di dalam hos air bomba mampu menyebabkan tindakbalas kimia

antara air dan bahan buatan hos yang menyebabkan percepatan proses pereputan tali hos

tersebut. Oleh itu, sisa air di dalam hos air bomba perlu dikeluarkan segera untuk

mengurangkan risiko kerosakan pada hos tersebut. Pengeluaran sebahagian besar air dapat

dibuat menggunakan ‘Alat penggulung Hos, telah mengurangkan berlakunya tindak balas kimia

tersebut yang mampu meningkatkan jangka hayat ketahanan hos air bomba tersebut.

2.5 Efisien

2.5.1 Penjimatan Masa dan Peningkatan Produktiviti

Proses penggulungan hos air bomba secara manual termasuk kerja mengeluarkan air di dalam

hos selalunya memakan masa 30 minit untuk menyiapkan 1 gulung hos dan menggunakan

tenaga kerja sebanyak 2 hingga 3 orang. Penggunaan ‘Alat Penggulung Hos’ lebih menjimatkan

masa dan tenaga kerja kerana untuk menyiapkan 1 gulung hos memerlukan masa dalam 2

minit dengan tenaga kerja 1 orang. Penjimatan yang terhasil adalah sebanyak 20 minit untuk

masa dan penjimatan tenaga kerja sebanyak 1 hingga 3 orang. Selain itu, cara kerja secara

manual iaitu membongkok untuk menggulung dan menjunjung hos untuk mengeluarkan air

dapat dielakkan dan dihapuskan dengan menggunakan ‘Alat Penggulung Hos’. Amalan kerja

yang mengikut prinsip ergonomik dalam ‘Alat penggulung Hos’ secara tidak langsung dapat

mengurangkan kepenatan dan risiko sakit pinggang belakang. Hal ini sememangnya

membuktikan ‘Alat penggulung Hos’ mampu meningkatkan mutu, prestasi dan produktiviti bagi

pihak bomba dan JPAM

Gambarajah 9; Penggeluaran Air secara Manual

Page 7: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

Gambarajah 9; Gambaran penuh Alat Penggulung Hos

2.5.2 Penjimatan Kos dan Mudah Digunakan

‘Alat Penggulung Hos’ yang murah dan ringkas menjimatkan kos bagi pihak bomba secara

khususnya. Penjimatan kos tenaga kerja yang terhasil boleh disalurkan untuk tugas-tugas yang

lebih penting. Alat Penggulung Hos ini yang boleh dilipat secara kompak dapat memudahkan

kerja penyimpanan terutama ketika penyimpanan ke dalam lori bomba yang mempunyai ruang

terhad. Rekabentuk kompak juga memudahkan kerja permindahan alat ini ke kawasan berisiko

dan bercabaran tinggi seperti berbukit, berhutan dan sebagainya. Pada Gambarajah 5 telah

menunjukkan alat ini berupaya disimpan ke dalam lori bomba yang mempunyai ruang terhad.

Penggunaan roda memudahkan pengerakan kepada kawasan yang diperlukan tanpa perlu

menggangkat peralatan tersebut sekaligus juga mengurangkan bebanan angkatan. Ianya boleh

Page 8: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang

dilihat pada Gambarajah 6 yang membuktikan ‘Alat Penggulung Hos’ adalah peralatan mudah

alih. Hasil ujian ketahanan lasak juga telah menunjukkan bahawa alat ini mampu menampung

bebanan hos berjumlah minimum 18kg.

Jadual 1 ; Kos bahan binaan untuk menghasilkan 1 Alat Penggulung Hos

2.6 Signifikan

Penggunaan yang mudah, ringkas dan senang dipasang menjadikan proses penggulungan hos

menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Ianya termasuk mencuci, menggulung dan

pembuangan air secara automatik. Selain itu, peralatan ini bersaiz sederhana dan boleh dilipat,

serta mudah dibawa ke kawasan bercabaran tinggi dengan dipingkul oleh seorang petugas

sahaja. Semua ciri-ciri di atas amat diperlukan oleh pihak Bomba untuk meningkatkan efisiensi

dan prestasi kerja dalam mengharungi cabaran tugas Bomba pada masa kini terutamanya

pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM).

Produk ini juga telah dipembahrui untuk menggulung tali dan besi pangar.

2.7 Releven

Produk ini telah diperkenang oleh jambatan Bomba Kulim Hi Tech Park dan JPAM daerah

Kulim setelah mereka berpuas hati hasil produk ini dan ia telah digunakan oleh mereka dalam

kerja menggulung hos.

2.8 Nilai Komersial

Peralatan ‘Alat Penggulung Hos’ ini telah diuji secara mendalam dengan kerjasama Balai

Bomba Kulim Hi Tech Park dan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute. Maklum

balas yang positif telah diterima daripada pihak Balai Bomba Kulim Hi Tech Park. Mereka turut

mencadangkan peralatan ini boleh diperluaskan penggunaanya kepada semua balai Bomba

yang terdapat di Malaysia kerana keberkesanannya memudahkan kerja penggulungan dan

penyelengaraan hos bomba.

Page 9: TAJUK INOVASI: ALAT PENGGULUNG HOS SECARA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2011-alat-penggulung-hos... · 1.0 Pengenalan Alat penggulung hos adalah peralatan bantuan yang