tajuk dan bidang kajian

8
TAJUK DAN BIDANG KAJIAN Tajuk Jurnal : “ Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dan Ekspresi Emosi Ibu Bapa” Sumber : Prosiding Konferen Antarabangsa Pendidikan Guru, Penyertaan Bersama UPI & UPSI, Bandung Indonesia. Penulis : Norli Jamil ( Jabatan Pendidikan Awal Kanak- Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI Di dalam jurnal ini pengkaji mengkaji samada hubungan antara tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa. Kajian ini menjelaskan bahawa tingkah laku emosi kanak-kanak mempunyai hubungan dengan ekspresi positif ibu bapa dan ekspresi negatif ibu bapa. Kajian ini lebih tertumpukan kepada aspek tingkah laku emosi kanak-kanak yang dipengaruhi oleh peranan keluarga atau ibu bapa yang menjadi model ekspresi yang membentuk tingkah laku emosi kanak-kanak samada positif atau negatif. Pengkaji juga, menggunakan pendapat pengkaji yang lepas sebagai sandarannya untuk mengkaji bidang ini iaitu keluarga atau ibu bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak seharusnya menjadi model ekspresi kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati dan memahaminya (Cassiddy, ParkeButkovsky & Braungart, 1992; Cummings and Davie,1994;Denham et.al, 1990; Dunn, 1995 dan Dunn & Munn, 1987). Kajian melihat perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak ini hanya terhad kepada yang berumur 5 tahun dan 6 tahun sahaja yang melibatkan seramai 101 sampel. Manakala sampel ysng digunakan pengkaji terdiri daripada ibu bapa dan kanak-

Upload: nazir187

Post on 13-Dec-2014

76 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Dan Bidang Kajian

TAJUK DAN BIDANG KAJIAN

Tajuk Jurnal : “ Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dan Ekspresi Emosi Ibu Bapa”

Sumber : Prosiding Konferen Antarabangsa Pendidikan Guru, Penyertaan

Bersama UPI & UPSI, Bandung Indonesia.

Penulis : Norli Jamil ( Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains

Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI

Di dalam jurnal ini pengkaji mengkaji samada hubungan antara tingkah laku

emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa. Kajian ini menjelaskan bahawa

tingkah laku emosi kanak-kanak mempunyai hubungan dengan ekspresi positif ibu

bapa dan ekspresi negatif ibu bapa. Kajian ini lebih tertumpukan kepada aspek

tingkah laku emosi kanak-kanak yang dipengaruhi oleh peranan keluarga atau ibu

bapa yang menjadi model ekspresi yang membentuk tingkah laku emosi kanak-

kanak samada positif atau negatif. Pengkaji juga, menggunakan pendapat pengkaji

yang lepas sebagai sandarannya untuk mengkaji bidang ini iaitu keluarga atau ibu

bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak

seharusnya menjadi model ekspresi kepada kanak-kanak dan memberi peluang

kepada mereka untuk mengingati dan memahaminya (Cassiddy, ParkeButkovsky &

Braungart, 1992; Cummings and Davie,1994;Denham et.al, 1990; Dunn, 1995 dan

Dunn & Munn, 1987). Kajian melihat perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak ini

hanya terhad kepada yang berumur 5 tahun dan 6 tahun sahaja yang melibatkan

seramai 101 sampel. Manakala sampel ysng digunakan pengkaji terdiri daripada ibu

bapa dan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dari 11 buah tadika KEMAS

Semenanjung Malaysia.

FOKUS KAJIAN

Di dalam jurnal ini secara umumnya pengkaji mengkaji hubungan tingkah laku

emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa akan tetapi terdapat beberapa

fokus kajian yang khusus tertumpu kepada beberapa komponen iaitu:

1. Pengkaji melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status

2. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status sosioekonomi;

3. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut pendidikan

4. Melihat sudut perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut umur

Page 2: Tajuk Dan Bidang Kajian

5. Melihat sudut perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur

6. Menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak denga ekspresi

emosi positif ibu bapa;

7. Menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak denga ekspresi

emosi negatif ibu bapa;

PERMASALAHAN KAJIAN

Mengikut pengkaji, perkembangan sosioemosi sangat penting untuk melindungi

kanak-kanak berdepan dengan masalah stress dan merupakan langkah pencegahan

awal bagi membendung masalah tingkah laku masalah emosi yang serius. Menurut

pengkaji, kajian mendapati kanak-kanak yang berkebolehan meluah perasaan dan

berkeinginan lebih baik dalam tingkah lakunya boleh berada dalam keadaan yang

harmoni di dalam pergaulan sosialnya sebaliknya jika tidak berkemahiran meluah

perasaan mereka akan berada dalam sosial tidak stabil. Dari sudut inilah pengkaji

membuat inisiatif mengenal pasti permasalahan ini yang jelas setiap kemahiran

tingkah laku kanak-kanak mempunyai kaitan yang rapat dengan emosi dan tingkah

laku ibu bapa mereka dan suasana persekitaran yang mereka hadapi. Ini kerana

komunikasi di antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting dalam

mempertingkatkan kemahiran emosi mereka. Sering kali kajian mengatakan

perkembangan sosioemosi kanak-kanak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa( Maccoby,

Martin 1983) dan juga perkembangan sosioemosi kanak-kanak dengan perspektif

sosialisasi keibubapaan ialah tentang ekspresi emosi.(Denham, 1993; Dunn & Brow

1994)

Keluarga atau ibu bapa sebagai sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun

awal kanak-kanak merupakan model ekspresi emosi dan terdapat kajian lepas

menunjukan terhadap hubungan ekspresi emosi ibu bapa dengan pemahaman

emosi oleh kanak-kanak itu sendiri

Oleh itu, pengkaji membuat kajian sejauh mana tingkah laku emosi kanak – kanak

berkait rapat dengan ekspresi emosi ibu bapa dan kajian perkembangan emosi ini

sangat penting kerana emosi merupakan komponen penting dalam kemahiran social

mereka. Emosi kanak-kanak selalu dikaitkan dengan tingkah laku sosial mereka

yang boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada kanak-kanak itu sendiri

( Carlos Valiente etal).

Page 3: Tajuk Dan Bidang Kajian

TEORI YANG MENJADI ASAS KAJIAN

Pengkaji, menggunakan teori pembelajaran sosial Albert Bandura sebagai

asas kajiannya yang mengatakan pembelajaran tingkah laku seseorang itu adalah

melalui pemerhatian yang dibuat atau peniruan. Seseorang itu akan melakonkan

apa yang diperhatikan. Berdasarkan teori inilah pengkaji membuat satu tindakan

untuk mengkaji sejauh mana tingkah laku ibu bapa mempengaruhi emosi kanak-

kanak. Berdasarkan teori bandura pengkaji menyatakan kanak-kanak biasanya

belajar daripada apa yang sedang dan yang telah terjadi, bukannya daripada apa

yang dikatakan atau diberitahu kepada mereka.

Boleh dikatakan di sini, teori Bandura menjadi sandaran kerana setiap kanak-

kanak pastinya akan belajar terlebih dahulu dengan ibu bapanya. Setiap perbuatan

dan perkataan atau apa saja yang didedahkan pasti akan menjadi ikutan dan contoh

kepada kanak-kanak tersebut kerana ibu bapa atau persekitaran adalah yang paling

hampir dan berkesan untuk mempengaruhi tingkah laku emosi mereka berbanding

dengan persekitaran luaran atau pihak yang lain seperti guru, rakan sebaya dan

persekitaran masyarakat.

Penggunaan teori Bandura amat bersesuaian dengan pemasalahan kajian

yang dijalankan oleh pengkaji.

METODE DAN REKA BENTUK KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif di dalam menjalankan kajiannya. Di

mana data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Pengkaji

menggunakan kaedah ini melihat kekerapan dan peratus agi data-data demografi

dan pengujian hipotesis data dengan menggunakan T Test, Anova Satu Hala dan

Kolerasi Pearson. Kajian ini juga, menggunakan dua soal selidik yang telah diubah

suai daripada soal selidik Expressiveness Family Questionnaire (FEQ) oleh

Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani

b. Abdullah (2001). Bagi memastikan keesahan (FEQ), penyelidik merujuk kepada

pakar bahasa di UPSI.

Pengkaji menggunakan ibu-bapa dan kanak-kanak ( 5- 6 tahun) yang belajar di

KEMAS Seluruh Semenanjung Malaysia sebagai responden yang terdiri daripada

101 sampel dipilih iaitu 10 sampel di setiap 11 buah KEMAS. Kaedah kuantitatif

merupakan satu kaedah yang paling mudah mendapat data maklumat, namun

Page 4: Tajuk Dan Bidang Kajian

begitu pengkaji perlu mendapat keesahan soalan kajian supaya responden dapat

memahami kehendak soalan dan dapat memberi jawapan yang telus dan jujur tanpa

berat sebelah. Dicadangkan pengkaji juga boleh menggunakan kaedah kualititatif

bagi memperolehi data yang lebih berkualiti dan tepat seperti temu ramah.

INSTRUMEN KAJIAN

Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini ialah set

soalan soal selidik. Pengkaji membahagi instrumen kajian itu kepada tiga bahagian

iaitu Bahagian A : Maklumat Peribadi Bahagian B : Tingkah Laku Emosi Kanak-

Kanak dan Bahagian C : Eksoresi Emosi Ibu Bapa.

Pengkaji mengubah suai soal selidik ini daripada soal selidik Expressiveness

Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku

Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani b. Abdullah (2001). Bagi memastikan keesahan

(FEQ), penyelidik membuat penterjemahan semula dengan merujuk kepada pakar

bahasa di UPSI dan juga diberi kepada dua orang pakar dalam bidang bagi

memastikan keesahan kandungannya.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan tingkah laku kanak-kanak mengikut umur. Di Dalam kajian ini, umur

menjadi faktor yang membeza tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Kajian juga

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tingkah laku emosi kanak-

kanak dengan ekspresi emosi ibu – bapa masing-masing.

Pengkaji menggunakan Ujian T bagi menentukan perbezaan perbezaan tingkah

laku emosi kanak-kanak mengikut umur. Di sini dapat dibuktikan bahawa setiap

kanak-kanak menunjukkan tingkah laku emosi mereka berdasarkan faktor umur

Pengkaji juga menggunakan Ujian Kolerasi Pearson, dapatan menunjukkan

bahawa terdapat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi

positif ibu bapa dan terdapat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan

ekspresi emosi negatif ibu bapa. Ujian juga menunjukkan bahawa hubungan tingkah

laku kanak-kanak dengan ekspresi emosi negatif ibu bapa menyumbang kesan yang

tinggi berbanding hubungan tingkah laku kanak-kanak dengan ekspresi emosi positif

ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting di dalam membentuk emosi dan

Page 5: Tajuk Dan Bidang Kajian

tingkah laku anak-anak. Ibu-bapa tidak wajar menyerah bulat-bulat kepada orang

lain untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

Pengkaji juga dapat mengenal pasti beberapa faktor lain seperti faktor

demografi iaitu status, tahap sosioekonomi, tahap pendidikan dan umur tidak dapat

dibuktikan hubungannya. Kegagalan pengkaji membuktikan kesignifikannya

kemungkinan kaedah kuantitatif yang digunakan pengkaji tidak memberi maklum

balas yang tepat di atas beberapa sebab antaranya responden tidak ambil berat,

tidak faham soalan atau reponden tidak menjawab secara jujur dan telus. Untuk

meningkatkan keberkesanan kajian disyorkan kaedah kualitatif seperti interbiu dan

pemerhatian harus diguna pakai.

REFLEKSI

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa,

guru-guru dan masyarakat bahawa setiap perlakuan atau ekspresi emsi ibu bapa

dapat mempengaruhi tingkah laku emosi kanak-kanak. Menurut kajian yang

dijalankan ekspresi emosi negatif ibu bapa lebih kuat mempengaruhi tingkah laku

kaak-kanak berbanding ekspresi emosi positif yang dipamerkan oleh ibu bapa.

Berdasarkan kajian, boleh disimpulkan persekitaran sekeliling juga boleh dikaitkan

dengan perkembangan seseorang kanak-kanak itu.

Jikalau kanak-kanak itu, tinggal di persekitaran yang baik dan kondusif minda

dan tingkah laku emosi kanak-kanak tersebut akan berkembang dengan baik.

Walaupun kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik yang boleh

dipertikaikan ketelusan dan kejujuran responden, namun kajian ini masih ada

keesahan dan kebolehpercayaannya memandangkan nilai alpha setelah membuat

kajian rintis tinggi iaitu 0.91. Kajian ini boleh diteruskan lagi dengan menggunakan

kaedah kualititatif iaitu dengan bersoal jawab, interbiu dan pemerhatian dengan yang

lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu para ibu bapa, guru-guru,

pembaca dan masyarakat di dalam mengenal pasti masalah yang berlaku di dalam

masyarakat terutama masalah remaja hari ini yang boleh disimpulkan permulaannya

bermula dengan orang paling dekat dengan mereka semasa kecil.

Page 6: Tajuk Dan Bidang Kajian