tajuk cerita

4
TAJUK CERITA : Si Tanggang Anak Derhaka. Syair : Tersebut kisah satu cerita, Cerita bermula kisah derita; Sedihnya ibu kecewa hatinya, Kerana dihalau anak kandungnya. Selamat sejahtera… kawan-kawan, hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, „Si Tanggang Anak Derhaka.‟ Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula setelah menjadi kaya. Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar ‘Nakhoda Tanggang.’

Upload: ezzani82

Post on 12-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK CERITA

TAJUK CERITA : Si Tanggang Anak Derhaka.

Syair : Tersebut kisah satu cerita,

Cerita bermula kisah derita;

Sedihnya ibu kecewa hatinya,

Kerana dihalau anak kandungnya.

Selamat sejahtera… kawan-kawan, hari ini saya ingin menyampaikan

sebuah cerita yang bertajuk, „Si Tanggang Anak Derhaka.‟

Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama

Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama

Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan

seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang

serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di

muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib

berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya.

Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang

belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang

ke kampung semula setelah menjadi kaya.

Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si

Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur,

Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar ‘Nakhoda

Tanggang.’

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan

namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga

sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si

Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan

negeri. -IMZ/SKPeJ11-

Page 2: TAJUK CERITA

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung

asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung

sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si

Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya

memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak

mengenali mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan

bahawa ibu bapanya sudah tiada.

Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke

tebing sungai dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan,

ibunya memandang ke langit dan berdoa : “Oh, Tuhan tunjukkanlah

kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu

kandungnya.”

Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora

dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si

Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa

ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya,

Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :“Ibu…ampunkan

Tanggang…”(2X).

Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah

akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda… Si Tanggang, isterinya,

kapalnya,dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan

bapa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat, cerita Malaysia,

Moga terhibur pelbagai bangsa;

Salam 1 Malaysia daripada saya.

Daun mengkudu biji selasih,

Sekian, terima kasih;

Page 3: TAJUK CERITA

Assalamualaikum w.b.t.