tajuk 6 - kaedah mengingat dan pemprosesan maklumat

14
Tajuk 6 KAEDAH MENGINGAT / PEMPROSESAN MAKLUMAT 4 JAM KERANGKA TAJUK KAEDAH MENGINGAT / PEMPROSESAN MAKLUMAT Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan dengan ingatan manusia, menunjukkan bahawa setiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat. Biasanya daya ingatan manusia terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Kajian juga menunjukkan bahawa kita lebih mudah mengingati pengalaman yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas diri kita atau yang paling menyentuh dan mempengaruhi perasaan. Apa pun sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid memperbaiki daya ingatan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat harus diterangkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Mengingat Kategori Konfigurasi Mnemonics Ulangan Chunking Latih Tubi Hubung kait Klasifikasi

Upload: nurul-umairah-othman

Post on 01-Jul-2015

938 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

Tajuk 6 KAEDAH MENGINGAT /

PEMPROSESAN MAKLUMAT

4 JAM

KERANGKA TAJUK

KAEDAH MENGINGAT / PEMPROSESAN MAKLUMAT

Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan dengan ingatan

manusia, menunjukkan bahawa setiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat.

Biasanya daya ingatan manusia terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan ingatan

jangka panjang. Kajian juga menunjukkan bahawa kita lebih mudah mengingati pengalaman

yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas diri kita atau yang paling menyentuh dan

mempengaruhi perasaan. Apa pun sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid

memperbaiki daya ingatan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat

harus diterangkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.

Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Mengingat

KategoriKonfigurasi

Mnemonics

Ulangan ChunkingLatih Tubi

Hubung kait Klasifikasi

Page 2: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Mengingat.

1. LATIH TUBI

Latihan tubi membantu pelajar memperolehi kemahiran baru serta meningkatkan

kecekapannya dalam sesuatu kemahiran yang dilatih contohnya dalam penggunaan

komputer. Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada

pelajar tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh, secara

automatik, menyebut atau mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Dengan memaksimumkan faedah daripada penggunaan latih tubi melalui komputer,

penglibatan guru dalam mengendalikan komputer bersama-sama dengan pelajar membawa

faedah jangka panjang. Seseorang guru dapat mengenal pasti masalah pelajar serta kaedah

yang tidak lengkap dalam penggunaan perisian yang terpilih merupakan strategi pengajaran

yang efektif. Contohnya penggunaan fakta dan komputasi dalam perisian matematik. Latih

tubi boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain.

Ciri-ciri kaedah latih tubi :

- Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya pelajar

belajar berbincnag dan menulis apa yang telah dipelajari.

- Maklum balas segera terhadap respons pelajar supaya respons yang betul diterima

atau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan dibetulkan.

- Ulangan latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan seterusnya

dalam jangka masa yang tidak ditentukan.

Oleh sebab latih tubi melibatkan ulangan, kaedah ini mungkin membosankan. Untuk

mengelakkan kebosanan, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan, antaranya :

- Permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah pelajar

- Latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka menulis pada permukaan-

permukaan yang aneh seperti di tanah yang basah, pasir atau menyuruh mereka

mengulangi maklumat secara berbaring di atas lantai, ketika bermain atau ketika

sedang mandi.

Banyak pihak boleh membantu pelajar dalam proses latih tubi. Ini termasuklah guru, rakan

sebaya, pelajar-pelajar lain di dalam kelas dan keluarga di rumah. Kaedah ini juga boleh

digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain, iaitu ujian lisan, buku kerja,

permainan dan pengajaran berprogram.

Page 3: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

2. ULANGAN

Perancangan aktiviti p&p dengan rapi. Menurut Coralie Loeong (1998) kanak-kanak disleksia

memerlukan arahan yang berulang. Kiranya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran atau

arahan. Pengulangan dapat membantu atasi masalah murid-murid disleksia.

Ini adalah teknik yang paling mudah di mana kita hanya perlu mengulangi beberapa kali

maklumat yang kita perlu ingat. Sesuatu maklumat yang sering digunakan secara berulang-

ulang akan lebih mudah diingati, sebagai contoh, mengingati nombor telefon rakan anda

yang sering dihubungi. Begitu juga dalam bacaan sifir menerusi pengulangan, individu akan

lebih mudah menguasai dan mengingati jawapannya. Apabila guru bertanyakan soalan

secara rawak, pelajar yang kerap membuat pengulangan akan lebih mudah menyatakan

hasil darab dengan betul dan yakin berbanding pelajar yang kurang membuat ulangan

selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Pelajar boleh menjawab

dengan betul tetapi mengambil masa yang panjang disebabkan membaca sifir dari awal lagi.

Apa juga mata pelajaran kiranya diberikan ulangan akan dapat menghasilkan sesuatu yang

lebih baik kerana ia menambahkan daya kefahaman dan meningkatkan daya ingatan.

3. CHUNKING

Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman

tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat

dan juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya

menerusi penggunaan teknik chunking, seperti berikut:

ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Adalah agak sukar untuk seorang kanak-kanak menghafal 26 abjad huruf tersebut

tanpa penggunaan kaedah yang bersesuaian. Menerusi kaedah chunking dan disertakan

dengan lagu menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan

selepas menjalani beberapa sesi latihan. Kita juga pernah melihat kebolehan seseorang

individu yang berjaya mengingat nombor telefon dalam masa yang singkat, sebagai contoh

0174857662 ditulis dengan cara begini 017-485-7662.

Page 4: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

4. MNEMONICS

Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan.

- Teknik Akrostik

Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama

dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana hurufnya serupa.

Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong ingat

maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS – Pergi tidur kalau sakit.

- Teknik Akronim

Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA bagi

Majlis Amanah Rakyat. Jika anda mempunyai satu senarai fakta yang panjang, anda

boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat kependekan/penyingkatan.

- Teknik Skrip Cerita

Cara mengingat dengan mengarang cerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas merah

membawa mereka tiga beradik balik ke kampong. Dari jaugh tangga rumah nenek

kelihatan. Pokok papaya di tepi dapur sudah tinggi tapi tidak berbuah lagi.

- Rima

Boleh dijadikan nyanyian atau pantun, contoh:

Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh,

Nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh

5. KATEGORI

Mengkategori adalah kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat

perbandingan berdasarkan kriteria tertentu. Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan

mengklasifikasi. Walaubagaimanapun, mengkategori lebih berfokus kepada pengumpulan

atau pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan.

6. KONFIGURASI

Konfigurasi melibatkan cara mengingat menerusi susun atur bahan yang telah dibaca secara

yang lebih sistematik supaya ianya lebih mudah untuk dipanggil semula ketika

memerlukannya.

Page 5: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

7. HUBUNG KAIT

Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk menghubungkan elemen-

elemen yang berkaitan. Ia mungkin melibatkan usaha mengesan punca dan kesan, sebab

dan akibat, menstruktur idea atau konsep, mencari sesuatu struktur atau corak

perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat

andaian, mensintesis, membuat hipotesis, menyelesaikan masalah dan membuat

kesimpulan.

Menurut pakar psikologi, M.R.Raugh dan R.C.Atkinson menasihatkan supaya

maklumat yang hendak dihafal itu diberi makna kepadanya atau mengaitkan dengan

kehidupan sendiri. Sebagai contoh, apabila sedang membaca buku teks sejarah berkenaan

ciri-ciri individu yang memiliki perjuangan fikirkan seorang rakan sendiri yang memiliki ciri-ciri

seperti itu.

Katakanlah anda hendak ke kedai membeli pisang, kelapa, topi dan minyak. Cuba

buat gambar dalam kepala dan dalam gambar itu semua benda-benda itu ada. Sebagai

contoh, buat gambar seekor monyet yang sedang makan pisang sambil memegang kelapa

dan memakai topi sambil meminum minyak. Menurut penyelidik M.A.Mc Daniel dan G.O.

Einstein melaporkan apabila gambar itu makin gila-gila dan tidak masuk akal, gambar itu

semakin mudah diingat. Sebagai contoh, jika anda hendak mengingat nombor telefon yang

diberikan kepada anda, anda bolehlah mengaitkan nombor telefon itu dengan fakta-fakta

yang yang telah diketahui, contohnya:-

Nombor telefon : 3352012

Boleh dipecahkan ke 335 – 20 – 12

Dan boleh diingatkan sebagai,

Nombor rumah : 335

Bilangan ibu dan ayah : 2

Setelah meninggal : 0

Bilangan adik beradik : 12

8. KLASIFIKASI

Mengklasifikasi melibatkan kegiatan memilih atau mengumpulkan sesuatu mengikut

bahagia-bahagiannya yang serupa dan berkait rapat. Dalam kemahiran berfikir,

mengklasifikasi digunakan untuk membolehkan kita membuat penjenisan atau membuat

pengelompokan mengikut kelas atau kumpulannya. Misalnya kita menetapkan penjenisan

buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara. Atau kita mengklasifikasikan

Page 6: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

kenderaan di darat dan kenderaan di laut, atau kita membahagikan jenis pokok berbunga

atau pokok tidak berbunga dan sebagainya.

Mengklasifikasi adalah juga perbuatan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Ia lebih menekankan kepada ciri atau sifat tertentu sperti ciri atau sifat sepunya.

Kemahiran ini digunakan apabila kita hendak menyelesaikan terlalu banyak item atau

maklumat item atau maklumat yang tidak tersusun.

Membuat pengelasan seolah-olah memberi label kepada benda tersebut ianya

tidaklah semudah itu. Contoh, kiranya kita kenal pasti pokok durian, kita sebenarnya

mengambil kira ciri-ciri khusus pokok durian yg boleh membezakan pokok tersebut dgn

pokok-pokok lain. Kita akan cuba kenal pasti dan senaraikan ciri-ciri pada pokok durian atau

pokok lain. Dapatannya kita lebih mengenali pokok durian dari sebelumnya. Kemampuan utk

mengumpul, mencari dan menyenaraikan dan mengkategorikan ciri-ciri pokok durian

membantu kita menyusun dan mengatur maklumat yg kita kumpulkan itu dgn lebih sistematik

dan terurus.

Page 7: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

Tajuk 7 PENGURURSAN PROGRAM DISLEKSIA 4 JAM

KERANGKA TAJUK

Aspek pengurusan program:-

1) Fleksibiliti / Luwes

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau mudah berubah mengikut keadaan baru

Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan kesesuaian.

ASPEK PENGURURSAN PROGRAM

Akomodasi AdvokasiFleksibiliti / Luwes

LANGKAH-LANGKAH PENGURURSAN

Diagnosis Kelemahan Murid

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Proses Mengesan dan Menyaring

Page 8: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

Tak terhad pada satu masa sahaja.

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat

fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar. Guru seperti ini

mempunuai ciri-ciri:

- Menimbulkan minat pelajar

- Sentiasa mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan praktikal

- Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa pertambahan ilmu pengetahuan

adalah penting

- Menarik dan menggembirakan

- Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini bahan-

bahan pengajaran

Antara aspek yang fleksibel adalah:

i) Masa :

Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia

memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah

mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan

belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa

yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah

dan boleh dimanfaatkan kepada pelajar.

ii) Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan

kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh

menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah :

- Bahan maujud dan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap

pelajaran.

- Bahan tersebut boleh mematang dan meluaskan pemikiran

- Merangsang pelajar untuk belajar

- Meningkatkan keyakinan diri

- Dapat menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran psikomotor

pelajar

- Memaksimukan penggunaan deria.

Page 9: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

iii) Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan

pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah

lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang Berjaya

menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ‘ya’, bermakna anda pernah

menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu

peneguhan primer(makanan, minuman, keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan

sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau perhatian, token / simbolik – wang, gred,

bintang, aktiviti – permainan / aktiviti yang meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu

terdapat juga peneguhan positif – rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif

– penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih

tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.

iv) Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk

membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun

dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan

untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman

murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang

terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya

bersamaan seperti mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perda Sekiranya

guru terus memberikan tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah

murid, aspreasi tingkah laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan

bahawa kanak-kanak nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar.

2. Akomodasi

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan

menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain. Sebagai

contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah

pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal akademik IPPM

menyatakan, "Penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah

kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara

Page 10: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

telah mendapati bahawa kemahiran dan keupayaan bahasa di antara pelajar pekak dan

pelajar biasa adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi.

Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau

pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras. Ia

berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam member respon kepada situasi

baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam

memberi respon baru keapada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan

skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut

pengajaran guru.

Aspek-aspek pengakomodasian:

- bahan bantu mengajar

- bahan belajar

- persekitaran pembelajaran

- cara penilaian

Jelaskan setiap aspek pengakomodasian berikut

Pengakomodasian bahan mengajar mengunakan teknologi maklumat :

Contoh: i) menggunakan perisian komputer bukan menggunakan untuk menjawab soalan

matematik. Bukan lagi menggunakan pen dan kertas.

ii) Kanak-kanak akan ditambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada

sistem lain untuk mengenal pasti binatang

3. Advokasi

Sokongan atau untuk menyokong.

Aspek-aspek advokasi:

Sokongan bahan belajar

Sokongan bahan mengajar

Page 11: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

Sokongan persekitaran

Sokongan luar

Sokongan bahan belajar

Contohnya : sekiranya pelajar tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh mengadvokasikan dengan meletakkan “grip” plastik atau getah pada pensel untuk mengguatkan genggaman atau pensil tripod yang mudah pegang

Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara terperinci berkaitan advokasi dan akomodasi kepada kanak-kanak disleksia menerusi pelbagai sumber yang dirujuk

Page 12: Tajuk 6 - Kaedah Mengingat dan Pemprosesan Maklumat

RUJUKAN

Rujukan TambahanAzizi Yahaya, Asmah Suboh. Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahaya (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan, PTS Profesional, Kuala Lumpur

Ramlan Hamzah dan lily Mastura Harun(2005) Kemahiran Belajar untuk kursus persediaan ijazah sarjana pendidikan, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur

Dr. Hasan Hj. Mohd Ali((1996). Strategi belajar yang berkesan. Kuala Lumpur

Tilly Mortimore(2007)Dyslexia and learning style. John Wiley & Sons Ltd, England

Imran Jafar(2000) Dua belas langkah menuju daya ingatan lebih baik. Golden Book Centre, Kuala Lumpur.