meningkatkan penguasaan murid tahun lima bijaksana mengingat fakta dalam tajuk zon iklim dunia...

94
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA BIJAKSANA MENGINGAT FAKTA DALAM TAJUK ZON IKLIM DUNIA MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF ‘GO CIRCLE’ MOHD SHAFIZ ADZHAR BIN MOHD RASHID INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN OKTOBER 2014

Upload: mohd-shafizadzhar

Post on 16-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN 2014PENGAJIAN SOSIALIPG KSM

TRANSCRIPT

  • MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA BIJAKSANA

    MENGINGAT FAKTA DALAM TAJUK ZON IKLIM DUNIA MELALUI

    KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF GO CIRCLE

    MOHD SHAFIZ ADZHAR BIN MOHD RASHID

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS SULTAN MIZAN

    OKTOBER 2014

  • MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA BIJAKSANA

    MENGINGAT FAKTA DALAM TAJUK ZON IKLIM DUNIA MELALUI

    KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF GO CIRCLE

    MOHD SHAFIZ ADZHAR BIN MOHD RASHID

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    Pengajian Sosial Pendidikan Rendah

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS SULTAN MIZAN

    OKTOBER 2014

  • i

    PENGESAHAN PENYELIA

    Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

    dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

    skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    Dengan Kepujian Pengajian Sosial Pendidikan Rendah

    Tandatangan : .

    Nama Penyelia : En. Wan Ahmad Abd Hakim b. Wan Dagang

    Tarikh :

  • ii

    HALAMAN PENGAKUAN

    Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Tandatangan : ..

    Nama Penulis : Mohd Shafiz Adzhar Bin Mohd Rashid

    Tarikh :

  • iii

    DEDIKASI

    Buat insan teristimewa

    Abah dan Ma

    Mohd Rashid b. Mat Amin & Zainon bt. Mamat

    Doa, jasa dan pengorbanan mu inspirasi kejayaan ku

    Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan

    Saudara-saudaraku

    Ain Syazwany & Muhammad Shafiq Fahamy

    Sentiasa sabar dengan karenahku

    Terima kasih menjadi teman membesar dan memahami diri ini

    Para Pensyarah, guru-guru dan rakan taulan

    Hanya kepada Allah S.W.T daku berserah

    Moga kalian diberkati oleh Nya

    Amin.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

    kurnia-Nya kajian yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya. Di kesempatan ini,

    saya sebagai penulis seikhlas hati ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya

    kepada En. Wan Ahmad Abd Hakim b. Wan Dagang selaku pensyarah pembimbing

    kajian ini yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar berguna sepanjang

    kajian dijalankan.

    Ucapan jutaan terima kasih juga buat pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan

    murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Jertih, Terengganu yang terlibat

    kerana sudi memberi kerjasama bagi memastikan kajian ini berjalan lancar. Tidak lupa

    juga terima kasih kepada rakan-rakan seperjungan dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam

    kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung.

    Terakhirnya penghargaan buat ahli keluarga yang turut membantu memberikan

    sokongan moral sepanjang perjalanan hidup ini. Semoga Allah S.W.T melimpahkan

    rahmat ke atas semua bagi segala budi dan jasa baik kalian. Terima kasih.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle bagi meningkatkan penguasaan dalam mengingat fakta dan menarik minat murid

    untuk belajar. Semasa pengajaran dan pembelajaran tajuk Zon Iklim Dunia dalam subjek

    Kajian Tempatan, murid Tahun 5 Bestari memberikan reaksi dan maklum balas seolah-

    olah tiada masalah dan faham. Namun apabila soalan latihan diberikan, mereka gagal

    menjawab soalan dengan baik. Puncanya ialah terlalu banyak fakta yang perlu dihafal

    menyebabkan tahap penguasaan murid lemah sehingga menghilangkan minat murid

    untuk belajar. Tinjauan awal mendapati 12 orang murid gagal mencapai tahap minimum

    yang telah ditetapkan dalam ujian sebelum. Hasil analisis ujian sebelum dan selepas,

    tahap penguasaan murid mengingat fakta telah menunjukkan peningkatan dalam peratus

    perubahan markah keseluruhan iaitu sebanyak 68.63 peratus. Analisis soal selidik juga

    menunjukkan murid lebih berminat untuk belajar dengan menggunakan kaedah ini.

    Berdasarkan dapatan kajian ini, maka dapat disimpulkan bahawa penguasaan murid

    dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon Iklim Dunia berjaya ditingkatkan dan dapat

    menarik minat murid dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle.

  • vi

    ABSTRACT

    The research was conducted to evaluate the effectiveness of the 'Go Circle cooperative learning to increase proficiency in remembering the facts and attracting students to learn.

    During the teaching and learning session the topics of Zon Iklim Dunia in Kajian

    Tempatan, the responses shown by Tahun 5 pupils seems like they were no problem and

    understand the content of the topics. Although, when the teacher conducted a test they

    failed to answer the question correctly. The reason is that too many facts in the title to be

    memorized cause the slower pupils and to lose interest to learn. Initially a survey was

    conducted and it shows 12 pupils failed to achieve the minimum levels specified in the

    pre-test. The analysis of the pre and post test shows the proficiency level of pupils to

    remember the facts about the topic have shown an increase in the percentage change of

    the overall score of 68.63 percent of the topics. Analysis of the questionnaires showed

    the pupils are more interested in learning using this method. Based on these research, it

    can be concluded that the proficiency of the remembering the facts in the topic of the

    Zon Iklim Dunia and successfully increased and able to attract pupils by using this 'Go

    Circle cooperative learning.

  • vii

    KANDUNGAN

    Muka

    Surat

    PENGESAHAN PENYELIA i

    HALAMAN PENGAKUAN ii

    DEDIKASI ii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH xi

    SENARAI LAMPIRAN xii

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    1

    5

    2.0 FOKUS KAJIAN

    2.1 Tinjauan Masalah

    2.2 Sorotan Literatur

    10

    10

    16

  • viii

    3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

    3.1 Objektif Am

    3.2 Objektif Khusus

    3.3 Soalan Kajian

    24

    24

    24

    25

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    26

    5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    5.1 Prosedur Tindakan

    5.2 Cara Pengumpulan Data

    5.2.1 Ujian Sebelum Dan Selepas

    5.2.2 Soal Selidik

    5.2.3 Temubual Tidak Berstruktur

    28

    30

    33

    33

    35

    36

    6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    6.1 Soalan Sebelum Dan Selepas

    6.2 Soal Selidik

    6.2.1 Bahagian A : Latar Belakang

    6.2.2 Bahagian B : Persepsi Murid

    37

    37

    43

    43

    45

  • ix

    7.0 DAPATAN KAJIAN

    7.1 Soalan Kajian Pertama

    7.2 Soalan Kajian Kedua

    7.3 Temubual Tidak Berstruktur

    7.4 Refleksi Kajian

    52

    52

    54

    57

    58

    8.0 RUMUSAN

    60

    9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    62

    SENARAI RUJUKAN 64

    LAMPIRAN 66

  • x

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka

    Surat

    1 Markah Ujian Sebelum Pelaksanaan Intervensi 14

    2 Taburan Frekuensi Responden Mengikut Jantina 26

    3 Latar Belakang Responden 27

    4 Pecahan Soalan Ujian Sebelum 34

    5 Pecahan Soalan Ujian Selepas 34

    6 Skor Pemarkahan Analitik 38

    7 Perbandingan Markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas 39

    8 Taburan Frekuensi Pekerjaan Bapa Responden 43

    9 Taburan Frekuensi Mata Pelajaran Paling Digemari Responden 44

    10 Analisis Soal Selidik Berdasarkan Peratus 45

    11 Skala Skor Min Soal Selidik 47

    12 Skor Min keseluruhan Bagi Item Soal Selidik 48

    13 Analisis Soal Selidik Minat Murid 55

  • xi

    SENARAI RAJAH

    Rajah Muka

    Surat

    1 Lapan Prinsip Pembelajaran 2

    2 Kon Pembelajaran Aktif 16

    3 Lingkaran Penyelesaian Masalah Dalam Penyelidikan

    Tindakan

    28

    4 Proses Pelaksanaan Intervensi 31

    5 Pusingan Gabungan Kumpulan dalam Kopratif Go Circle 32 6 Perbandingan Skor Gred Dalam Ujian Sebelum Dan Selepas 40

    7 Perbandingan Markah Ujian Sebelum dan Selepas. 41

    8 Perbandingan Min Pencapaian dalam Ujian Sebelum dan

    Selepas

    42

    9 Skor Min Keseluruhan Bagi Item Soal Selidik 49

    10 Perubahan Skor Min Ujian Sebelum dan Selepas 53

  • xii

    SENARAI LAMPIRAN

    Lampiran Muka

    Surat

    A Senarai Nama Murid Tahun 5 Bestari 67

    B Foto Sepanjang Kajian 68

    C Soalan Ujian Sebelum 70

    D Soalan Ujian Selepas 74

    E Borang Soal Selidik 78

    F Transkripsi Temubual Murid Terhadap Penggunaan

    Koperatif Go Circle

    80

  • 1

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran pendukung utama pemupukan semangat

    patriotik yang mengkaji interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam

    persekitarannya. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

    menyepadukan pelbagai pendekatan disiplin dan pengetahuan sivik, kemahiran berfikir,

    nilai serta aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Dengan itu, pengetahuan dan

    kemahiran yang diperoleh adalah lebih bermakna serta murid lebih peka kepada

    keharmonian hidup bersama.

    Selain itu, mata pelajaran Kajian Tempatan mengandungi pelbagai maklumat

    dan fakta meliputi topik dan subtopik yang akan diajarkan kepada murid. Maklumat dan

    fakta ini perlu difahami dan diingat oleh murid sebelum diaplikasikan dalam kehidupan

    seharian. Sekiranya teknik atau kaedah pembelajaran yang digunakan guru di dalam

    kelas tidak berkesan, tentu sekali murid mengalami kesukaran untuk menguasai topik

    dan subtopik dalam mata pelajaran ini.

  • 2

    Dalam masyarakat moden hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran

    terutamanya menjadi tunjang utama kepada penyampaian guru kepada murid. Hal ini

    penting untuk diuruskan dengan teliti oleh seorang guru yang menginginkan apa yang

    disampaikan dapat diterima dengan baik oleh murid. Tanpa proses pengajaran yang

    sistematik, pembelajaran yang berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan.

    Rajah 1 : Lapan Prinsip Pembelajaran diadaptasi daripada model Ewell (1997) dalam

    Noriati, Boon dan Sharifah (2009)

    Rajah 1 menunjukkan lapan prinsip pembelajaran dan salah satunya ialah

    penglibatan aktif. Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran merupakan salah

    satu prinsip pembelajaran daripada model Ewell (1997) dalam Noriati, Boon dan

    Sharifah (2009). Jadi, bagi mengembangkan potensi serta meningkatkan keupayaan dan

    kebolehan murid secara menyeluruh dan seimbang, guru perlu kreatif dan kritis semasa

    Prinsip Pembelajaran

    Penglibatan aktif

    Pembelajaran Informal

    Pengalaman Langsung

    Maklum Balas Berterusan

    Perkaitan Corak/Kontrukti-

    visme

    Situasi Mendesak (Compelling

    Situation)

    Suasana Yang Menyeronokkan

    Refleksi

  • 3

    merancang kaedah dan strategi pengajaran supaya murid-murid dapat melibatkan diri

    secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Penglibatan aktif murid merupakan suatu kaedah pembelajaran yang amat

    berkesan. Mengikut Ewell (1997) the learner is not 'receptacle of knowledge, but

    rather creates his or her learning actively and uniquely (Noriati, Boon dan Sharifah,

    2009). Dalam hal ini murid perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara

    aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung

    kepada mereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif

    dengan bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang

    diperlukan. Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Murid yang

    terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah,

    mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik, dan

    berkebolehan untuk menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang

    baru (Ewell 1997).

    Salah satu cara melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran adalah dengan

    mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif. Menurut Effandi Zakaria (1998),

    pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling

    membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif

    berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu

    untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi

    pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru.

  • 4

    Daripada pemerhatian yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah

    Jerteh, saya mendapati murid Tahun Lima Besari mengalami kesukaran untuk

    mengingat fakta-fakta dalam tajuk Zon Iklim Dunia. Oleh itu, untuk meningkatkan

    penguasaan murid dalam mengingat fakta-fakta penting, saya telah menjalankan satu

    kajian untuk melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif yang dinamakan Go

    Circle. Tujuan penggunaan kaedah adalah supaya murid Lima Bestari dapat menguasai

    tajuk tersebut dengan mudah melaui gaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan

    berbanding cara pembelajaran biasa.

    Pembelajaran Koperatif telah terbukti sebagai satu cara pengajaran alternatif

    yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Menurut Ted Panitz

    (1998), Pembelajaran Kooperatif ialah an instructional strategy that employs a variety

    of motivational techniques to make instruction more relevant and students more

    responsible. Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar didapati

    lebih bermotivasi untuk belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran mereka

    sendiri. Berdasarkan penulisan Dr. Vishalache Balakrishnan (2010), pembelajaran aktif

    membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih

    lama dan berasa seronok dalam bilik

    Pembelajaran Kooperatif merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang

    berkesan untuk mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan kerana ia

    dapat membantu pelajar belajar secara berdikari, mewujudkan semangat berkumpulan,

    menekankan dinamika kumpulan, menggalakkan komunikasi, di samping mengajar

  • 5

    kemahiran sosial. Hal ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara

    yang menarik untuk melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha

    memastikan para pelajar disediakan dengan kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai

    murni untuk mempersiapkan diri mereka untuk menggunakan kaedah pembelajaran

    koperatif agar kaedah ini lebih berkesan.

    1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    Sepanjang menjalani sesi praktikum Fasa Tiga di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

    saya telah mengambil alih kelas Lima Bestari selama tiga bulan bermula pada akhir

    bulan Januari sehingga awal April 2014. Kelas Lima Bestari merupakan merupakan

    kelas pertama bagi tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah berdasarkan sistem

    streaming peperiksaan. Murid-murid tahun Lima Bestari mempunyai seramai 33 orang

    murid yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan.

    Berdasarkan purata rekod pencapaian murid dalam peperiksaan lepas, dalam mata

    pelajaran teras didapati bahawa tahap purata pencapaian murid tersebut adalah baik.

    Namun dalam mata pelajaran Kajian Tempatan purata sesetengah pencapaian murid

    didapati masih berada di tahap yang sangat rendah.

    Selama saya mengambil alih kelas ini saya telah mengajar mata pelajaran Kajian

    Tempatan. Sepanjang tiga bulan tersebut, saya telah berkesempatan untuk mengajar

    berkenaan Zon Iklim Dunia. Zon Iklim Dunia merupakan salah satu subtopik yang

    terkandung dalam topik Georgrafi Fizikal menerusi tema Mengenal Negara Kita.

  • 6

    Menerusi topik ini, murid perlu memahami konsep berkenaan empat zon iklim dunia

    iaitu zon sejuk, zon panas, zon sederhana panas dan zon sederhana sejuk. Terdapat

    banyak fakta yang perlu fahami dan diingati oleh murid terutamanya berkenaan lokasi

    setiap zon iklim pada peta dunia, suhu pada musim panas dan musim sejuk, taburan

    hujan setiap zon dan contoh negara yang terdapat di keempat-empat zon iklim dunia ini.

    Sepanjang mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran 5 Bestari bagi topik

    Zon Iklim Dunia saya telah mendapati murid-murid mengalami kesukaran untuk

    menguasai tajuk ini. Bagi pengajaran topik ini, saya telah menggunakan kaedah

    pengajaran seperti biasa iaitu melalui nota ringkas yang diedarkan dan memberikan

    penerangan berdasarkan jadual ringkas dan penggunaan papan tulis. Murid-murid juga

    diberikan soalan pengukuhan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah ini. Saya

    memilih cara ini kerana merasakan banyak fakta yang perlu saya terangkan kepada

    murid berkaitan topik zon iklim dunia supaya murid lebih cepat faham dengan

    penerangan yang diberikan. Kaedah ini sebenarnya memerlukan murid-murid

    memberikan fokus atau perhatian penuh kepada apa yang diterangkan oleh guru untuk

    memahami isi pelajaran yang disampaikan. Sesi bemula dengan guru memperkenalkan

    murid dengan empat zon iklim iaitu zon panas, zon sejuk, zon sedehana panas dan zon

    sederhana sejuk. Pada pemerhatian saya, murid-murid tiada masalah untuk mengenali

    keempat-empat zon iklim berpandukan peta dunia.

  • 7

    Kemudian, saya meneruskan pengajaran dengan memberi penerangan berkenaan

    ciri-ciri kawasan bagi setiap zon iklim. Bagi menerangkan ciri-ciri zon iklim dunia, saya

    menggunakan jadual bagi mengelaskan setiap ciri-ciri zon iklim dunia yang ada. Jadual

    ini saya lakarkan pada papan putih namun ciri-ciri bagi setiap zon tidak ditulis. Hal ini

    kerana saya ingin memanggil beberapa orang murid lain untuk memenuhkan jadual yang

    dilakarkan dengan menulis ciri-ciri setiap zon iklim dengan betul berpandukan

    penerangan dan nota yang diberikan. Setelah kotak pada jadual ditulis penuh, saya mula

    menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri bagi setiap zon iklim dunia.

    Namun begitu, saya mendapati sedikit kelemahan terhadap kaedah yang digunakan ini

    apabila tidak semua murid terlibat untuk menulis pada papan putih. Kelihatan murid-

    murid yang tidak terlibat untuk menulis mula menunjukkan reaksi bosan dan mula

    bercakap-cakap dengan rakan sebelah tanpa menghiraukan penerangan yang diberikan.

    Keadaan murid-murid yang pasif didalam kelas jelas telah menyumbang kepada rasa

    bosan murid.

    Setelah memberikan penerangan, saya mendapati murid mununjukkan reaksi

    seperti tiada masalah untuk memahami apa yang saya terangkan. Kemudian saya telah

    memberikan soalan pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman dan daya ingatan

    murid terhadap penerangan yang telah diberikan. Soalan yang diberikan adalah

    berkenaan ciri-ciri penting dalam zon iklim dunia. Hasilnya, saya dapati masih ramai

    murid yang gagal menjawab soalan dengan betul dan tepat. Murid lemah dalam

    mengingat fakta-fakta berkenaan ciri-ciri zon iklim dunia. Hal ini dapat dibuktikan

    dalam ujian formatif yang telah saya lakukan.

  • 8

    Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari kaedah yang sesuai atau

    formula baru bagi mereka untuk mengingat fakta-fakta tersebut pasti masalah ini akan

    berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah peperiksaan mereka. Satu

    intervensi yang berkesan perlu saya rangka bagi mengatasi masalah kesukaran murid

    untuk mengingat. Intervensi ini juga perlu menyeronokkan supaya dapat menarik minat

    untuk belajar dan fokus terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Tambahan lagi,

    intervensi yang berkesan amat penting kepada amalan pengajaran guru agar ianya dapat

    dipraktikkan pada masa hadapan.

    Langkah pertama saya ialah mencari punca permasalah ini dengan menjalan

    temubual tidak berstruktur kepada beberapa orang murid tahun Lima Bestari yang

    mendapat markah kurang daripada 50 peratus. Antara pengakuan yang diberikan murid

    seperti murid pertama, banyak sangat perkara nak kena hafal..jadi susah nak ingat.

    Murid kedua pula berpendapat bosan la cikgu belajar tajuk ni. nak kena hafal-hafal

    suhu la.. tempat lagi... Terdapat pelbagai lagi jawapan negatif daripada murid hasil

    daripada temubual yang dibuat. Malah pemerhatian saya sepanjang pengajaran, murid

    kurang memberi perhatian.

    Akhir sekali, saya telah membuat dua rumusan utama kenapa murid sering

    mendapat markah yang tidak memberansangkan dalam subjek Kajian Tempatan.

    Pertama, penggunaan kaedah pengajaran yang tidak berkesan telah menyebabkan murid

    berasa cepat bosan dan tidak berminat untuk terus memberikan perhatian kepada

    pengajaran guru. Kedua, terdapat banyak fakta dalam subjek Kajian Tempatan dan

  • 9

    murid mengalami kesukaran untuk mengingat fakta-fakta tersebut. Justeru, amat penting

    intervensi yang saya jalankan ini mampu mengatasi permasalahan tersebut. Pertamanya,

    intervensi ini mestilah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta

    dan kedua, intervensi ini mestilah suatu aktiviti yang menyeronokkan supaya dapat

    menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran yang dijalankan.

  • 10

    BAB II

    FOKUS KAJIAN

    2.1 Tinjauan Masalah

    Kajian yang saya jalankan ini adalah berfokuskan untuk meningkatkan penguasaan

    murid dalam mengingat fakta bagi subtopik Zon Iklim Dunia dalam topik geografi

    fizikal bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini juga dijalankan untuk menarik

    minat murid untuk belajar dengan rasa yang menyeronokkan dalam mata pelajaran

    Kajian Tempatan terutamanya topik yang berkaitan dengan geografi fizikal yang sedia

    maklum mempunyai pelbagai fakta untuk dingat dan dihafal. Topik ini penting untuk

    difahami dan diingat dengan betul dan tepat oleh murid.

    Pengajaran dan pembelajaran telah dimulakan dengan dengan kaedah pengajaran

    biasa menggunakan nota ringkas, penerangan guru dan manipulasi papan putih. Murid

    menumpukan perhatian dengan melihat pada nota ringkas dan mendengar penerangan

    guru. Murid-murid juga diminta untuk mengisi jadual kosong papan putih. Setelah

    selesai sesi guru memberikan penerangan, murid diam dan tidak bertanyakan apa-apa

    soalan menunjukkan seperti memahami apa yang diterangkan oleh guru. Guru

    kemudiannya mengedarkan kertas ujian formatif kepada murid yang difokuskan iaitu

  • 11

    murid tahun 5 Bestari. Dapatan ujian mendapati hampir separuh daripada kelas gagal

    mendapat markah yang memuaskan.

    Menyedari hakikat inilah saya memikirkan teknik yang lebih teratur dan

    bersistem untuk dipraktikkan agar murid mudah untuk mengingat dan berasa lebih

    seronok semasa belajar. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu

    usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan

    memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling

    maksimum. Untuk itu saya telah mengadakan perbincangan terutamanya dengan guru

    yang mengajar Kajian Tempatan bagi kelas ini sebelum saya. Hasil perbincangan saya

    mendapati, beberapa murid yang gagal itu memerlukan intervensi yang sesuai bagi

    meningkatkan prestasi mereka.

    Guru yang dedikasi akan sentiasa mencari idea yang baru dan lebih efektif dalam

    usaha menghadapi cabaran yang pelbagai di sekolah (Sharon Lee, 2009). Guru perlu

    menghadapi bilangan murid yang ramai dengan pelbagai aras kebolehan serta berbilang

    bangsa dan budaya dalam senario pendidikan pada masa kini. Oleh itu, kerjasama dalam

    pasukan sangat diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratkan

    dan memperoleh manfaat bersama (Senge, 1994).

    Hasil penelitian dan pembacaan yang dibuat, saya mendapati kaedah

    pembelajaran koperatif mampu membantu murid meningkatkan penguasaan dalam

  • 12

    menghafal fakta-fakta penting dan dapat berada dalam suasana pembelajaran yang

    menyeronokkan. Saya telah memilih kaedah pembelajaran koperatif dengan merujuk

    kepada dua kaedah koperatif popular iaitu Round Robin Brainstorming dan koperatif

    Rotating Review untuk diadaptasi dalam interversi yang dijalankan. Saya telah

    melakukan pelbagai rujukan berkenaan kaedah koperatif ini. Hasilnya saya namakan

    kaedah koperatif yang saya aplikasikan ini sebagai kaedah pembelajaran koperatif Go

    Circle.

    Mutakhir ini, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang banyak

    digunakan untuk memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan (Kagan,

    1992). Malah, Johnson dan Johson (1985) yang menyatakan bahawa murid lain yang

    membantu proses pembelajaran murid lain dengan berkongsi maklumat, berbincang,

    mengajar apa yang diketahui dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih

    baik. Ini bertepatan dengan konsep pembelajaran secara koperatif.

    Dalam membentuk pembelajaran koperatif Go Circle ini saya juga telah

    merujuk kepada Kon Pembelajaran Dale yang dinyatakan oleh Dr. Vishalache

    Balakrishnan (2010) dalam penulisannya Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral:

    Inovasi dan Kreativiti Guru. Beliau menyatakan Pembelajaran aktif menggalakkan

    murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional

    yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa

    penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad.

  • 13

    Menurut Nik Hasni (2012), kemahiran mengingat murid begitu tinggi dengan

    melihat pencapaian murid semakin meningkat setelah kaedah koperatif dijalankan.

    Kaedah ini juga suatu kaedah yang mudah dan senang untuk ditadbir dan dijalankan

    oleh seorang guru di dalam kelas atau di luar kelas. Secara ringkasnya, kaedah ini

    mempraktikkan murid untuk belajar secara koperatif di dalam kumpulan. Seseorang

    murid akan membantu rakan-rakan yang lain dalm kumpulannya untuk sama-sama

    meningkatkan kemahiran mengingat.

    Antara perancangan awal yang saya jalankan ialah untuk memilih kumpulan

    sasaran yang akan saya gunakan dalam kajian ini. Bagi mendapatkan kumpulan sasaran,

    saya telah mengadakan ujian sebelum selepas sesi pengajaran dilaksanakan. Saya juga

    telah menetapkan pencapaian 50 peratus dan ke bawah dalam ujian sebelum dipilih

    sebagai kumpulan sasaran. Penetapatan target ini sesuai dengan pencapaian semasa

    mereka.

  • 14

    Jadual 1

    Markah Ujian Sebelum Pelaksanaan Intervensi

    Bil. Nama Murid Jantina Markah Ujian

    1 Ahmad Akif B. Ahmad Rusdi L 75

    2 Ahmad Uwais Afiifi B. Zakaria L 58

    3 Hafizuddin B. Rozali L 67

    4 Muhamad Mahmud B. Mat L 75

    5 Muhammad Aiman Hakim B. Mohd Harmizi L 67

    6 Muhamad Amir Firdaus B. Marzuki L 58

    7 Muhammad Aniq Mifzal B. Ashrolfani L 58

    8 Muhammad Haqimie Shah B. Mohd Nor L 58

    9 Muhammad Jamaludin B. Ismail L 33

    10 Muhammad Rifqi Najmi B. Rosli L 67

    11 Muhammad Shafiq B. Muhammad L 58

    12 Muhammad Zulfitri b. Mohd Zamri L 58

    13 Nik Muhammad Danish Aiman b. Sumardi L 67

    14 Nik Muhammad Izahakhuzairie B. Nik Wil L 50

    15 Nik Nur Iqbal Hakimie B. Nik Aziz L 75

    16 Che Nadia Syafikah Bt. Che Ali P 50

    17 Engku Alesya Maisarah Bt. Engku Abbas P 58

    18 Hawa Afifah Bt. Zakaria P 33

  • 15

    Jadual 1 (Sambungan)

    Markah Ujian Sebelum Pelaksanaan Intervensi

    Sumber : Ujian Sebelum Kajian Tindakan, 2014

    Bil. Nama Murid Jantina Markah Ujian

    19 Nor Izzati Syamimi Bt. Zamri P 83

    20 Norliana Azira Bt. Md Sotar P 42

    21 Nur Afrina Bt. Lazin P 42

    22 Nur Aini Bt. Rusli P 58

    23 Nur Aisyah Bt. Mohd Rosli P 67

    24 Nur Alia Syahira Bt. Nazri P 33

    25 Nur Irdiena Najwa Bt. Juraimi P 42

    26 Nur Qistina Julia Bt. Khairul Anuar P 50

    27 Nur Shidawati Bt. Rudin P 33

    28 Nuralia Auni Bt. Radzali P 42

    29 Nurfarah Wahida Bt. Razak P 67

    30 Nurfarzana Bt. Zulkifli P 75

    31 Salsabilla Bt. Shukri P 58

    32 Siti Nur Aqmar Shasha Zainalabidin P 33

    33 Tuan Nurhazwani Bt. Tuan Aziz P 58

  • 16

    2.2 Sorotan Literatur

    Kajian yang dijalankan ini adalah memfokuskan kepada penggunaan kaedah

    pembelajaran aktif iaitu koperatif Go Circle. Dalam ruangan ini, saya akan

    membincangkan mengenai pendapat dan teori serta kajian-kajian lepas yang berkaitan

    dengan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle ini.

    Kaedah koperatif berkait rapat dengan pembelajaran aktif. Menurut Dr.

    Vishalache Balakrishnan (2010), Pembelajaran aktif membuatkan murid menjadi lebih

    aktif semasa belajar untuk mempelajari sesuatu daripada guru dan murid lain. Hal ini

    akan mengembangkan pengetahuan murid. Kajian telah menunjukkan perbezaan yang

    ketara diantara pembelajaran aktif dan pasif.

    Rajah 2: Kon Pembelajaran Aktif diadaptasi Kon Pengalaman Dale dalam Dr.

    Vishalache Balakrishnan (2010)

  • 17

    Ismail Said (2009), mendefinisikan pembelajaran koperatif adalah satu

    pendekatan mengajar murid-murid bekerja secara bersama dalam kumpulan pelajar yang

    kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan, saling berinteraksi

    dan saling bergantungan. Pembelajaran ini juga sebenarnya merupakan suatu

    pembelajaran yang cukup berkesan untuk mengatasi masalah pembelajaran. Menurut

    Ismail Said (2009), pembelajaran koperatif jika dilihat sebenarnya membawa banyak

    manfaat kepada murid dan guru malah pihak sekolah juga. Maka tidak hairanlah kaedah

    ini menjadi kaedah yang cukup terkenal.

    Namun begitu, bagi mencapai keberkesanan dalam penggunaan kaedah

    pembelajaran koperatif ini, beberapa prinsip asas kaedah ini telah digariskan. Menurut

    Ng Kim Choy (1999), prinsip asas pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:

    i. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

    Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia

    memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun

    seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi hanya

    boleh dicapai melalui usaha dan input orang lain.

    ii. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

    Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia

    adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat

    secara individu.

  • 18

    iii. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

    Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,

    berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk

    tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang

    diketahui kepada orang lain.

    iv. Social Skills (Kemahiran Sosial)

    Untuk menjadikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar

    kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi

    kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan

    pengurusan konflik.

    Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang

    digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan

    bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan penyelesaian

    terhadap sesuatu maslah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina

    (Mohd.Fazli, 2001).

    Kaedah koperatif adalah suatu kaedah yang cukup menarik untuk digunakan di

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rogers dan Freiberg (1994), para pelajar

    lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi

    syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan

  • 19

    pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakan-rakan. Pelajar

    juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan. Mereka belajar berkongsi,

    memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka.

    Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan

    menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana

    pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar

    berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih

    berkesan.

    Matlamat kumpulan adalah dapat dilihat dengan jelas iaitu semua ahli kumpulan

    bersedia menggembleng usaha terbaik untuk kejayaan kumpulan. Semua ahli kumpulan

    bertanggungjawab menghasilkan kerja bermutu untuk mencapai matlamat

    kumpulan.Murid melakukan kerja bersungguh-sungguh dan menawarkan sokongan

    akademik dan peribadi atas semangat ingin membantu dan kekitaan. Pembelajaran

    koperatif ini dapat meningkatkan interaksi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar

    dengan guru (Zahara & Suzela, 2011)

    Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan

    menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana

    pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar

  • 20

    berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih

    berkesan.

    Osborne, Bell dan Gilbert (1983) pula berpendapat sepertimana selalu guru

    mengajar secara lisan atau chalk and talk bagi tajuk bahasa yang abstrak tidak dapat

    membantu pelajar memahami konsep bahasa dengan mendalam. Kaedah koperatif

    merupakan salah satu kaedah yang dikenal pasti sebagai cara yang terbaik dapat

    membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan

    kefahaman mereka dalam tajuk yang diajar.

    Terdapat pelbagai kajian lepas mengenai penggunaan kaedah pembelajaran

    koperatif dijalankan dikalangan murid bagi pendidikan rendah dalam dunia pendidikan.

    Malahan kaedah ini turut digunakan secara meluas dalam pelbagai peringkat

    pembelajaran. Beberapa kajian lepas mengenai kaedah pembelajaran koperatif dalam

    pengajaran dan pembelajran telah dijalankan oleh beberapa pengkaji. Christina Lau Chui

    Jin (2012) dalam kajiannya menyatakan pengajaran guru melalui kaedah pembelajaran

    koperatif mampu meningkatkan daya ingatan dan penyertaan murid-murid dalam mata

    pelajaran. Melalui kajian tindakan dengan kaedah ini, murid-murid juga lebih senang

    memahami dan berupaya menguasai konsep-konsep penting. Kualiti pengajaran telah

    ditingkatkan dengan menggunakan kaedah yang berkesan yang boleh menjamin tahap

    pembelajaran murid-murid secara maksimum dalam usaha memastikan ilmu yang ingin

    disampaikan diterima oleh murid-murid dengan berkesan.

  • 21

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Roslina, Suriani dan Zulzana (2010)

    menunjukkan menunjukkan bahawa pada keseluruhannya kaedah pembelajaran

    koperatif dapat meningkatkan skor pencapaian pelajar. Selain itu, kaedah pembelajaran

    ini juga dapat menambahkan minat, meningkatkan penguasaan pembelajaran dan

    menggalakkan interaksi antara pelajar di dalam kelas.

    S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti

    dalam pembelajaran koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati

    pendekatan pembelajaran koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni,

    mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian

    akademik di kalangan murid, maka pembelajaran koperatif adalah amat sesuai

    dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

    Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang

    telah menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam

    matapelajaran bahasa Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar

    Daerah Muar. Kajian ini dilakukan pada 2007. Menurut beliau, tahap amalan

    pembelajaran koperatif dikalangan murid adalah tinggi dan manakala menurut perspetif

    guru adalah sederhana. Bagaimanapun, pembelajaran ini dapat meningkatkan

    pencapaian murid.

  • 22

    Satu kajian yang telah dijalankan oleh Norashikin (2012) menyatakan beliau

    amat bersetuju penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan

    kefahaman murid. Kaedah ini juga meningkatkan minat murid dengan melibatkan diri

    secara aktif kerana ia suatu kaedah yang tidak membosankan. Tambahan lagi, murid

    lebih gemar melakukan melakukan aktiviti berbanding hanya mendengar penerangan

    guru.

    Kajian yang dilakukan oleh Che Zaharah (2012), mendapati kaedah koperatif

    Round Robin yang digunakan telah berjaya membantu meningkatkan kefahaman murid

    mengenal rumah tradisional. Kajian ini juga mendapati kaedah yang digunakan

    mencetuskan suasana yang seronok dalam pembelajaran, mampu menceriakan suasana

    pembelajaran dan member suatu pengalaman baru kepada murid.

    Prof. Madya Dr. Azizi dan Intan Sapinas (2007) daripada Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia telah menjalankan kajian bertajuk Tinjauan Amalan

    Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains

    Mara, Gerik, Perak. Kajian ini melibatkan 132 responden. Kajian ini berpendapat bagi

    menjayakan perlaksanaan pembelajaran koperatif, ianya memerlukan beberapa aspek

    diberi perhatian. Guru yang ingin melaksanakan strategi pembelajaran jenis ini perlu

    membuat perancangan pengajaran yang rapi supaya waktu pengajaran mencukupi.

    Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada pelajar supaya pelajar

    berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana persaingan yang

    sihat.

  • 23

    Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah berhati-hati

    supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan

    perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di

    antara satu sama lain. Guru yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan pembelajaran

    koperatif perlu diberi pendedahan atau kursus dalam kaedah pembelajaran koperatif

    supaya mereka dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran yang diadakan.

  • 24

    BAB III

    OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

    3.1 Objektif Am

    Objektif am kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun

    Lima dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon Iklim Dunia menggunakan kaedah

    pembelajaran koperatif Go Circle.

    3.2 Objektif Khusus

    i. Meningkatkan penguasaan murid Tahun Lima dalam mengingat fakta

    dalam tajuk Zon Iklim Dunia dengan menggunakan kaedah pembelajaran

    koperatif Go Circle.

    ii. Mengenalpasti persepsi murid melalui kaedah pembelajaran koperatif

    Go Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran

    dan pembelajaran.

  • 25

    3.3 Soalan Kajian

    Soalan kajian yang ingin difokuskan dalam kajian ini adalah selari dengan

    objektif kajian iaitu :

    i. Adakah penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle dapat

    meningkatkan penguasaan murid Tahun Lima dalam mengingat fakta

    dalam tajuk Zon Iklim Dunia.

    ii. Apakah persepsi murid melalui kaedah pembelajaran koperatif Go

    Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 26

    BAB IV

    KUMPULAN SASARAN

    Secara umunya, kajian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, 22000

    Jerteh, Besut, Terengganu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di Zon

    Jerteh dan dikategorikan sebagai sekolah di kawasan bandar. Jumlah keseluruhan murid

    sekolah ini adalah seramai 327 orang.

    Kajian melibatkan 12 orang responden daripada murid tahun Lima Bestari yang

    terdiri daripada 2 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Kesemua responden yang

    terlibat dipilih berdasarkan kepada markah soalan sebelum yang kurang daripada 50

    peratus. Purata prestasi akademik responden berada pada tahap baik. Selain itu, murid-

    murid ini juga mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

    Jadual 2

    Taburan Frekuensi Responden Mengikut Jantina

    Jantina Bilangan Peratus

    Lelaki 2 17

    Perempuan 10 83

    Sumber : Kajian Tindakan, 2014

  • 27

    Jadual 3

    Latar Belakang Responden

    Bil. Nama Jantina Tahap

    Literasi

    Mata Pelajaran

    Digemari

    Bil. Adik

    Beradik

    Pekerjaan Bapa Pekerjaaan Ibu

    1 Muhammad Jamaludin B. Ismail L Baik Matematik 7 Persendirian Persendirian

    2 Nik Muhammad Izahahuzairie B. Nik Wil L Baik B. Melayu 5 Lain-lain Tidak Bekerja

    3 Che Nadia Syafikah Bt. Che Ali P Baik Matematik 5 Persendirian Tidak Bekerja

    4 Hawa Afifah Bt. Zakaria P Baik Sains 8 Lain-lain Kerajaan

    5 Norliana Azira Bt. Md Sotar P Baik K. Tempatan 5 Persendirian Tidak Bekerja

    6 Nur Afrina Bt. Lazin P Baik Matematik 4 Persendirian Tidak Bekerja

    7 Nur Alia Shahira Bt. Nazri P Baik Sains 3 Kerajaan Tidak Bekerja

    8 Nur Irdiena Najwa Bt. Juraimi P Baik Matematik 3 Kerajaan Tidak Bekerja

    9 Nur Qistina Julia Bt. Khairul Anuar P Baik B. Melayu 5 Kerajaan Kerajaan

    10 Nur Shidawati Bt. Rudin P Baik B. Melayu 3 Kerajaan Tidak Bekerja

    11 Nuralia Auni Bt. Radzali P Baik Matematik 5 Kerajaan Kerajaan

    12 Siti Nur Aqmar Shasha Zainalabidin P Baik Matematik 3 Persendirian Kerajaan

    Sumber : Borang Soal Selidik, 2014.

  • 28

    BAB V

    TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    Dalam kajian ini, saya memilih untuk menggunakan Model Kurt Lewin (1952) seperti

    yang dinyatakan dalam Geoffrey E. Mills (2007). Terdapat empat proses utama bagi

    setiap fasa yang terbentuk kitaran berdasarkan model ini seperti mana ditunjukkan

    melalui Rajah 3.

    Rajah 3: Lingkaran Penyelesaian Masalah Dalam Penyelidikan Tindakan. Sumber

    diubahsuai dari Model Kurt Lewin (1952), dinyatakan dalam Geoffrey E. Mills (2007)

    Kitaran 1

    Kitaran 2 Perancangan

    Tindakan Refleksi

    Pemerhatian

  • 29

    Dalam kajian yang telah saya jalankan ini, ianya telah melibatkan dua kitaran.

    Dimana kitaran pertama mengambil kira proses pengajaran pertama di dalam kelas dan

    kitaran kedua pula adalah melibatkan proses intervensi yang telah saya jalankan.

    Fasa perancangan adalah proses dimana saya merancang apa yang akan dijalan

    dalam setiap kitaran. Dalam kitaran pertama, saya merancang pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai untuk digunakan bagi mengajarkan tajuk zon iklim dunia.

    Bagi kitaran kedua, saya merancang intervensi yang sesuai dengan murid berdasarkan

    rujukan-rujukan yang dibuat. Fokus kajian juga ditentukan dalam fasa ini. Selain itu,

    saya juga membina soalan sebelum dan selepas untuk digunakan dalam fasa seterusnya.

    Bagi fasa tindakan, saya telah menjalankan pengajaran dan pengajaran bagi

    kitaran pertama. Dalam kitaran kedua pula, intervensi telah dijalankan dengan

    mengguna pakai kaedah koperatif Go Circle dalam satu sesi pengajaran dan

    pembelajaran selama 60 minit. Sesi pengajaran ini melibatkan kesemua murid.

    Intervensi dijalankan seperti apa yang dirancang.

    Seterusnya adalah fasa pemerhatian di mana proses pengumpulan data

    dijalankan. Dalam kitaran pertama, satu set soalan sebelum diberikan kepada kesemua

    murid bagi mendapatkan markah sebelum intervensi dan menentukan kumpulan sasaran.

    Bagi kitaran kedua pula, set soalan selepas pula diberikan kepada murid. Set soalan

    sebelum dan selepas merupakan dua set soalan yang berbeza. Set soalan selepas

  • 30

    bertujuan untuk mendapatkan markah selepas intervensi. Perkara ini penting supaya

    analisis data dapat dijalankan. Selain itu, saya juga menjalakan soal selidik ke atas murid

    untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap keseronokan belajar menggunakan kaedah

    kopratif Go Circle.

    Fasa terakhir ialah fasa refleksi. Fasa ini merupakan proses lanjutan kepada fasa

    pemerhatian. Tindakan yang dijalankan adalah menganalisis data daripada ujian yang

    telah dijalakan dalam fasa sebelumnya. Dalam kitaran pertama, data daripada soalan

    sebelum digunkan untuk menentukan kumpulan sasaran. Manakala dalam kitaran kedua,

    kesemua data yang dikumpul daripada kitaran pertama sehingga kitaran kedua

    digunakan untuk dianalisis bagi melihat keberkesanan intervensi yang dijalanakan.

    Selain itu, kekuatan dan kelemahan intervesi juga dikenalpasti dengan mendapatkan

    pandangan guru-guru dan pensyarah pembimbing.

    5.1 Prosedur Tindakan

    Fokus tindakan adalah kepada intervensi kaedah pembelajaran koperatif Go Circle

    bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta dan dan menjadikan ia

    sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan. Kaedah ini telah dilaksanakan dalam satu

    sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 60 minit

    yang mengadungi tiga langkah utama. Bagi menilai pencapaian murid menggunakan

    kaedah ini, satu ujian penilaian diadakan selepas intervensi ini dijalankan.

  • 31

    Rajah 4: Proses Pelaksanaan Intervensi

    Langkah 1 : Murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan utama di mana setiap

    kumpulan akan mewakili satu zon iklim iaitu zon sejuk (A), zon panas (B), zon

    sederhana sejuk (C) dan zon sederhana panas (D). Setiap kumpulan akan dibekalkan

    dengan nota ringkas, kertas sebak dan pen marker. Kemudian guru menerang proses

    pembelajaran yang akan berlaku pada hari ini dan tugasan yang perlu dibuat oleh semua

    kumpulan.

    Langkah 2 : Di dalam kumpulan, murid-murid melakukan perbincangan tentang zon

    iklim yang diwakili. Setiap kumpulan diminta untuk memahami fakta dan membuat satu

    peta minda berdasarkan zon iklim diwakili. Peta minda mestilah mengandungi fakta

    Langkah 1

    Pembahagian kumpulan dan bahan Menerangkan aktiviti

    Langkah 2

    Melakukan perbincangan dalam kumpulan Menulis dan melukis peta minda

    Langkah 3

    Gabung kumpulan secara pusingan Penerangan dan perbincangan antara kumpulan

  • 32

    berkenaan suhu musim sejuk dan panas, taburan hujan dan contoh kawasan. Ketika ini

    guru bertindak sebagai fasilitator dan memantau gerak kerja setiap kumpulan. Kumpulan

    yang mempunyai masalah boleh bertanya pada guru.

    Langkah 3 : Setelah peta minda disiapkan, setiap kumpulan akan digabungkan.

    Pusingan pertama, kumpulan A digabungkan dengan kumpulan B manakala kumpulan C

    dengan kumpulan D. Apabila digabungkan, setiap kumpulan akan menjalankan

    perbincangan dengan setiap kumpulan akan menerangkan fakta kumpulan masing-

    masing berpandukan peta minda yang dibuat. Setiap kumpulan boleh bertanya dalam

    kumpulan gabungan supaya dapat memahami fakta dalam setiap zon. Selesai

    penerangan dan perbincangan dalam kumpulan, pusingan kedua dan ketiga diteruskan

    sehingga kesemua kumpulan bergabung semasa sendiri.

    Rajah 5 : Pusingan Gabungan Kumpulan dalam Kopratif Go Circle

  • 33

    5.2 Cara Mengumpul Data

    Penetapan cara pengumpulan data penting dalam suatu kajian bagi menguji sama ada

    objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai atau sebaliknya. Dalam kajian ini, saya telah

    mengaplikasikan dua jenis alat pengumpulan data yang terdiri daripada Ujian Sebelum

    dan Ujian Selepas serta Soal Selidik.

    5.2.1 Ujian Sebelum dan Selepas

    Ujian merupakan salah satu alat pengumpulan data yang boleh digunakan bagi menilai

    dan menguji aras kefahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari. Terdapat

    beberapa bentuk ujian yang boleh dijalan seperti lisan, bertulis atau amali. Bagi kajian

    ini, saya telah memilih untuk menggunakan Ujian sebelum dan ujian selepas yang

    dilaksanakan secara bertulis.

    Ujian Sebelum dan Selepas ini digunakan untuk menjawab objektf kajian yang

    pertama iaitu meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon

    Iklim Dunia dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle. Ujian

    Sebelum akan dijalankan sebelum intervensi iaitu selepas pengajaran biasa dijalankan di

    dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Ujian sebelum merangkumi dua belas soalan,

    iaitu lapan soalan objektif di bahagian A dan empat soalan subjektif di bahagian B. Masa

    yang diberi untuk menjawab adalah 15 minit. Aras kesukaran ujian berkaitan tajuk zon

    iklim dunia ini dipelbagaikan berpandukan Taxonomy Bloom bersesuaian dengan tahap

    murid Lima Bestari.

  • 34

    Jadual 4

    Pecahan Soalan Ujian Sebelum

    Bahagian Bilangan Soalan Markah (Peratus)

    A 8 67

    B 4 33

    Jumlah 12 100

    Sumber : Kajian Tindakan, 2014

    Ujian selepas pula akan diberikan selepas proses intervensi menggunakan kaedah

    pembelajaran koperatif Go Circle dilaksanakan. Set ujian selepas ini dibahagikan

    kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A dan B. Kedua bahagian A dan B mengandungi

    lapan soalan.. Bahagian A meliputi soalan berbentuk objektif manakalan bahagian B

    pula mengandungi soalan subjektif. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan

    ini ialah 20 minit.

    Jadual 5

    Pecahan soalan Ujian Selepas

    Bahagian Bilangan Soalan Markah (Peratus)

    A 8 50

    B 8 50

    Jumlah 16 100

    Sumber : Kajian Tindakan, 2014

  • 35

    5.2.2 Soal Selidik

    Soal selidik digunakan untuk menjawab soalan kajian yang kedua iaitu bagi

    mengenalpasti persepsi murid setelah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Go

    Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Menerusi kajian ini, kaedah soal selidik merupakan kaedah paling sesuai

    digunakan kerana saya ingin mendapatkan persepsi murid terhadap kaedah yang

    digunakan. Menurut Rosianah Edinini (2011), soal selidik digunakan untuk

    mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan persepsi responden. Ianya merupakan satu

    cara paling mudah bagi seorang pengkaji untuk memperoleh data berkenaan pendapat

    atau maklum balas responden.

    Dalam kajian ini, terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik yang

    merangkumi bahagian A dan bahagian B. Bahagian A berkaitan latar belakang

    responden. Antara soalannya ialah berkenaan keputusan latar belakang keluarga,

    peperiksaan lepas dan minat.

    Bahagian B menyoal murid soalan kajian berbentuk dichotomous. Ianya

    merangkumi konstruk persepsi responden terhadap kaedah pembelajaran yang dijalan.

    Sebanyak tujuh item soalan pada bahagian B perlu dijawab menggunakan item jawapan

    Ya atau Tidak. Pemilihan bentuk soalan ini adalah kerana ia lebih mudah ditadbir. Data

  • 36

    soal selidik yang telah siap diisi kemudiannya direkod dan dianalisis secara deskriftif

    untuk mendapatkan frekuensi, min dan peratus.

    5.2.3 Temubual Tidak Berstruktur

    Temubual adalah pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian di mana penyelidik

    bertanyakan siri soalan yang releven dengan fokus kajian, Ackroyd dan Hughes (1992).

    Tujuan penggunaan instrumen temubual tidak berstruktur ini adalah untuk mendapatkan

    tragulasi data iaitu mempelbagaikan data sebagai pengukuhan kepada data sedia ada

    selain meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian. Temubual melibatkan

    interaksi face-to-face antara penkaji dan responden. Melalui temubual, pengkaji dapat

    mengumpulkan maklumat berkaitan pendapat, persepsi dan sikap responden terhadap

    kajian yang dijalankan.

    Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan instrumen ini untuk memperoleh

    maklumat secara mendalam terhadap keberkesanan penggunaan kaedah koperatif Go

    Circle dalam pengajaran dan pembelajaran. Temubual tidak berstruktur ini dijalankan

    secara dua peringkat. Pertamanya dijalankan selepas pengajaran biasa dan kedua

    dijalankan selepas intervensi dilaksanakan ke atas responden. Data yang diperoleh

    dianalisis bagi mengenalpasti fakta penting dalam transkripsi bersama responden.

    Seterusnya saya membuat analisis terperinci dan membuat rumusan keseluruhan.

  • 37

    BAB VI

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Bahagian ini menerangkan dengan terperinci berkaitan proses dan penganalisisan hasil

    dapatan yang dikumpul daripada 12 orang responden. Sebanyak dua instrumen yang

    telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Intrumen pertama adalah Ujian

    Sebelum dan Selepas, instrument kedua ialah soal selidik.

    Penganalisissan data dilakukan secara manual dan dipersembahkan dengan

    menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Dalam bahagian ini juga, keputusan analisis

    dipaparkan mengikut instrumen kajian. Hasil analisa statistik deskriptif seperti peratus

    dan min dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.

    6.1 Soalan Sebelum dan Selepas

    Bagi mengukur sejauh mana keberkesanan intervensi yang dijalankan, saya telah

    menjalankan dua ujian pencapaian yang berbeza iaitu melibatkan ujian sebelum dan

    ujian selepas. Kedua-dua ujian ini dijalankan ke atas responden untuk mengenalpasti dan

    merekod skor markah murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil daripada

  • 38

    kedua-dua ujian, tahap pencapaian mereka dapat diukur sama ada mengalami

    peningkatan mahupun sebaliknya.

    Ujian sebelum dan selepas dilaksanakan dalam bentuk bertulis dengan setiap

    ujian telah saya sediakan satu set soalan. Keduadua ujian telah dianalisis berpandukan

    skor markah yang diperolehi responden. Jadual dibawah adalah skor permarkahan

    analitik yang digunakan untuk tujuan penggredan dan menunjukkan tahap pencapaian

    responden.

    Jadual 6

    Skor Pemarkahan Analitik

    Gred Peratus Markah Tahap Keberkesanan

    A 80-100 Cemerlang

    B 60-79 Baik

    C 40-59 Sederhana

    D 20-39 Lemah

    E 0-19 Sangat Lemah

    Sumber : Unit Penilaian dan Peperiksaan SK Tanah Merah, 2014

    Jadual 6 menunjukkan kepada Skor Pemarkahan Analitik yang menjadi rujukan

    pembahagian skor kepada ujian yang dijalankan. Skor markah murid dipecahkan kepada

    lima tahap iaitu Gred A, B, C, D dan E. Gred A mewakili markah skor tertinggi diikuti

  • 39

    dengan Gred B, C, D. Gred A bermakna cemerlang, gred B baik, gred C sederhana dan

    gred D lemah. Manakala murid yang mendapat Gred E bermakna sangat lemah dan

    diklasifikasikan sebagai gagal. Berikut adalah data yang dikumpul daripada keputusan

    ujian sebelum dan ujian selepas.

    Jadual 7

    Perbandingan Markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas

    Kod Nama Markah Perbezaan

    Markah

    Peratus

    Perubahan

    (%)

    Ujian

    Sebelum

    Ujian

    Selepas

    M01 Muhammad Jamaludin 33 56 23 69.7

    M02 Nik Muhammad Izahahuzairie 50 75 25 50

    M03 Che Nadia Syafikah 50 56 6 10.7

    M04 Hawa Afifah 33 56 23 69.7

    M05 Norliana Azira 42 63 21 50

    M06 Nur Afrina 42 50 8 19.1

    M07 Nur Alia Shahira 33 50 17 51.5

    M08 Nur Irdiena Najwa 42 75 33 78.6

    M09 Nur Qistina Julia 50 94 44 88

    M10 Nur Shidawati 33 63 30 90.9

    M11 Nuralia Auni 42 75 33 78.6

    M12 Siti Nur Aqmar Shasha 33 88 55 166.7

    Min Markah 40.25 66.75 68.63

    Sumber : Kajian Tindakan, 2014.

  • 40

    Jadual 7 menunjukkan perbandingan markah ujian sebelum dan ujian selepas

    yang telah dijalankan ke atas 12 orang responden. Hasil ujian sebelum menunjukkan

    tiada responden mendapat gred A manakala 2 orang responden mendapat gred A dalam

    ujian selepas. Pencapaian dalam ujian selepas ini menunjukkan peningkatan kepada 2

    orang bersamaan 16.7 peratus bagi gred A. Bagi gred B untuk ujian sebelum juga tiada

    responden namun telah meningkat dalam ujian selepas seramai 5 orang bersamaan 41.7

    peratus. Manakala responden yang mendapat gred C telah berkurang daripada 7 orang

    kepada 5 orang responden bersamaan 58.4 peratus kepada 41.7 peratus. Gred D juga

    turut menunjukkan penurunan yang tinggi daripada 5 orang kepada tiada responden

    bersamaan 41.7 peratus kepada 0 peratus. Rajah 6 menunjukkan dengan jelas

    perbandingan skor gred murid dalam ujian sebelum dan selepas.

    Rajah 6 : Perbandingan Skor Gred Dalam Ujian Sebelum Dan Selepas

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    Gred A Gred B Gred C Gred D

    Jum

    alh

    Mu

    rid

    Skor Gred

    Ujian Sebelum

    Ujian Selepas

  • 41

    Rajah 7 : Perbandingan Markah Ujian Sebelum dan Selepas.

    Rajah 7 menunjukkan graf perbandingan markah yang diperoleh responden

    dalam ujian sebelum dan selepas. Jika dilihat dengan lebih terperinci berdasarkan jadual

    dan graf, kesemua responden telah menunjukkan perubahan yang positif. Responden

    yang menunjukkan perubahan markah paling tinggi ialah M12 iaitu sebanyak 166.7

    peratus. Manakala responden yang memperoleh perubahan paling rendah ialah M03

    hanya 10.7 peratus. Responden yang menunjukkan peratus perubahan markah kedua

    tinggi ialah M10, iaitu sebanyak 90.9 peratus. Kemudian dikuti responden M09

    sebanyak 88 peratus. Seterusnya keempat tinggi ialah responden M08 dan M11 yang

    sama nilai perubahan sebanyak 78.6 peratus.

    M01 M02 M03 M04 M05 M06 M07 M08 M09 M10 M11 M12

    Ujian Sebelum 33 50 50 33 42 42 33 42 50 33 42 33

    Ujian selepas 56 75 56 56 63 50 50 75 94 63 75 88

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    Ma

    rka

    h

  • 42

    Pengumpulan data tidak lengkap tanpa mencari min keseluruhan markah

    responden dalam ujian sebelum dan selepas. Min adalah satu pengukuran purata markah

    yang dicapai oleh responden dalam ujian yang telah dijalankan.

    Rajah 8 : Perbandingan Min Pencapaian dalam Ujian Sebelum dan Selepas.

    Rajah 8 menunjukkan perbandingan min pencapaian dalam ujian sebelum dan

    selepas. Min keseluruhan responden dalam ujian sebelum ialah 40.25 peratus manakala

    ujian selepas pula ialah 66.75 peratus. Perbezaan min pencapaian antara kedua-dua ujian

    tersebut ialah 26.5 peratus. Ini jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam

    peratus perubahan markah keseluruhan iaitu sebanyak 68.83 peratus.

    Peningkatan ini telah membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan

    berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon Iklim

    Dunia dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle. Kelemahan

    responden yang dikenalpasti semasa ujian sebelum telah berjaya diatasi.

    Ujian

    Ujian Sebelum 40.25

    Ujian Selepas 66.75

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    Min

  • 43

    6.2 Soal Selidik

    Instrumen soal selidik dianalisis bagi menperoleh skor min dan kekerapan bagi

    mendapatkan persepsi responden terhadap koperatif Go Circle. Soal selidik ini

    mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A berkaitan

    dengan latar belakang responden manakala bahagian B melibatkan persepsi responden

    tentang kaedah pembelajaran koperatif Go Circle sebagai suatu kaedah yang

    menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    6.2.1 Bahagian A : Latar Belakang

    Jadual 8 menunjukkan taburan frekuensi pekerjaan bapa atau penjaga. Sektor bermajikan

    dan persendirian merupakan pekerjaan tertinggi dalam kalangan mereka iaitu sebanyak

    41.67 peratus. Manakala lain-lain sektor hanya 16.67 peratus. Dapatan menunjukkan

    pekerjaan bapa atau penjaga adalah seimbang.

    Jadual 8

    Taburan Frekuensi Pekerjaan Bapa Responden

    Sektor Bilangan Peratus (%)

    Bermajikan 5 41.67

    Persendirian 5 41.67

    Lain-lain 2 16.67

    JUMLAH 12 100

    Sumber : Soal Selidik, 2014

  • 44

    Jadual 9 pula menunjukkan taburan frekuensi mata pelajaran paling digemari oleh

    responden di sekolah. Hasil soal selidik mendapati subjek paling digemari adalah mata

    pelajaran Matematik iaitu seramai 6 orang atau 50 peratus. Diikuti mata pelajaran

    Bahasa Melayu seramai 3 orang mewakili 25 peratus. Ketiga adalah mata pelajaran

    Sains seramai 2 orang mewakili 16.67 peratus dan terakhir adalah mata pelajaran Kajian

    Tempatan hanya seorang atau 8.3 peratus. Dapatan ini menunjukkan Kajian Tempatan

    bukanlah mata pelajaran yang digemari oleh responden. Kesannya boleh dilihat dengan

    jelas apabila mereka kurang memberi perhatian sehingga mempengaruhi keputusan

    peperiksaan mereka.

    Jadual 9

    Taburan Frekuensi Mata Pelajaran Paling Digemari Responden

    Mata Pelajaran Bilangan Peratus (%)

    Bahasa Melayu 3 25

    Matematik 6 50

    Sains 2 16.67

    Kajian Tempatan 1 8.3

    JUMLAH 12 100

    Sumber : Soal Selidik, 2014

  • 45

    6.2.2 Bahagian B : Persepsi Murid

    Soalan soal selidik bahagian B ini mengandungi tujuh item untuk mendapatkan persepsi

    responden terhadap intervensi yang telah dijalankan. Soal selidik ini menggunakan skala

    dikhotomi dimana pilihan jawapan telah ditetapkan iaitu Ya atau Tidak untuk

    memudahkan responden memberi maklum balas. Hasil daripada soal selidik yang

    dijalankan adalah seperti jadual berikut:

    Jadual 10

    Analisis Soal Selidik Berdasarkan Peratus

    Item Keterangan Ya Tidak

    1 Saya pernah belajar mengunakan kaedah seperti ini. 7

    (58.3%)

    5

    (41.7%)

    2 Pembelajaran secara berkumpulan seperti ini menambah

    minat saya untuk terus belajar.

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    3 Saya lebih suka belajar secara berkumpulan berbanding

    belajar seperti kebiasaan.

    10

    (83.3%)

    2

    (16.7%)

    4 Saya tidak malu untuk bertanya apabila berada dalam

    kumpulan berbanding ketika guru mengajar.

    8

    (66.7%)

    4

    (33.3%)

    5 Saya berasa lebih mudah untuk mengingat fakta apabila

    belajar berkumplan berbanding belajar seperti biasa

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    6 Saya berasa lebih berkeyakinan semasa belajar secara

    berkumpulan

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    7 Saya mahu terus belajar secara berkumpulan seperti ini lagi

    di masa akan datang

    12

    (100%)

    0

    (0%)

    Jumlah 83.3% 16.7%

    Sumber : Borang Soal Selidik, 2014.

  • 46

    Jadual 10 diatas adalah data yang dikumpulkan daripada hasil soal selidik yang

    telah dijalankan. Melihat kepada keseluruhan item, sebanyak 83.3 peratus responden

    menjawab ya manakala 16.7 peratus lagi menjawab tidak. Peratus keseluruhan ini

    bermakna, majoriti responden member jawapan berminat terhadap proses pembelajaran

    menggunakan kaedah koperatif Go Circle. Item 7 mencatat peratus paling tinggi iaitu

    100 peratus.

    Item pertama merekodkan 58.3 peratus ya dan 41.7 peratus menjawab tidak

    bahawa mereka pernah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara berkumpulan. Item

    kedua pula, 91.7 peratus menjawab ya dan 8.3 peratus menjawab tidak. Item ini

    membuktikan kaedah pembelajaran berjaya menarik minat murid untuk belajar. Bagi

    item ketiga, responden menjawab ya sebanyak 83.3 peratus manakala tidak sebanyak

    16.7 peratus bagi menyatakan mereka suka belajar secara berkumpulan. Item keempat

    pula berkenaan keberanian responden untuk bertanya sekiranya tidak faham. Sebanyak

    66.7 peratus responden menjawab ya dan 33.3 peratus member jawapan tidak. Ini

    menunjukkan responden lebih berani untuk bertanya semasa berada dalam kumpulan

    berbanding semasa pengajran guru di dalam kelas.

    Seterusnya item kelima berkaitan proses mengingat menjadi lebih mudah dengan

    pembelajaran secara koperatif berbanding hanya mendengar penerangan guru. Sebanyak

    91.7 peratus menjawab ya dan hanya 8.3 peratus menjawab tidak bagi item kelima ini.

    Bagi item keenam, sebanyak 91.7 seperatus ya dan 8.3 peratus menyatakan tidak. Item

    keenam ini bermaksud responden berasa lebih yakin apabila belajar secara berkumpulan.

  • 47

    Item terakhir ialah saya mahu terus belajar secara berkumpulan seperti ini lagi di masa

    akan datang. Keputusan soal selidik mencatat 100 peratus berkata ya bagi kenyataan

    tersebut. Kesimpulan bagi item ini bahawa kaedah pembelajaran koperatif ini berjaya

    menarik minat semua responden dan mahu terus menggunakan kaedah ini pada masa

    akan datang.

    Analisis soalan selidik seterusnya adalah menggunakan skor min. bagi

    mendapatkan min, data yang diperoleh dalam soal selidik dianalisis berdasarkankan

    kepada jawapan Ya dan Tidak murid. Pengiraan min dilakukan secara manual. Bagi

    menginterprestasi skor min yang diperoleh, saya telah merujuk kepada jadual

    interprestasi skor min seperti mana yang dapat dilihat dalam Jadual 11.

    Jadual 11

    Skala Skor Min Soal Selidik

    Skala Tahap

    0.01 1.00 Rendah

    1.01 2.00 Tinggi

    Sumber : Diubahsuai daripada Jackson, 2006.

    Skor min 0.01 hingga 1.00 akan dikategorikan kepada rendah dan menunjukkan

    jawapan yang diberi oleh murid adalah negatif. Manakala skor min 1.01 hingga 2.00

    sebagai tinggi serta membuktikan bahawa persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran

  • 48

    koperatif Go Circle sebagai kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Jadual dan

    graf dibawah pula menunjukkan skor min keseluruhan yang diperoleh dalam soal selidik

    tersebut :

    Jadual 12

    Skor Min keseluruhan Bagi Item Soal Selidik

    Item Keterangan Min

    1 Saya pernah belajar mengunakan kaedah seperti ini. 1.58

    2 Pembelajaran secara berkumpulan seperti ini menambah minat

    saya untuk terus belajar.

    1.92

    3 Saya lebih suka belajar secara berkumpulan berbanding belajar

    seperti kebiasaan.

    1.83

    4 Saya tidak malu untuk bertanya apabila berada dalam kumpulan

    berbanding ketika guru mengajar

    1.67

    5 Saya berasa lebih mudah untuk mengingat fakta apabila belajar

    berkumpulan berbanding belajar seperti biasa

    1.92

    6 Saya berasa lebih berkeyakinan semasa belajar secara

    berkumpulan

    1.92

    7 Saya mahu terus belajar secara berkumpulan seperti ini lagi di

    masa akan datang

    2.00

    Minat 1.83

    Sumber : Soal Selidik, 2014

  • 49

    Rajah 9 : Skor Min Keseluruhan Bagi Item Soal Selidik

    Hasil analisis yang ditunjukkan dalam Jadual 12 dan Rajah 9 di atas adalah

    berkenaan skor min yang diperoleh daripada soal selidik yang yang telah dijalankan.

    Terdapat tujuh item dalam soal selidik yang dikemukan untuk mendapatkan maklum

    balas responden terhadap minat dan pandangan mereka terhadap kaedah pembelajaran

    koperatif Go Circle yang digunakan. Berdasarkan hasil analisis, saya telah

    mengenalpasti 2 item yang mendapat skor min tertinggi dan dua item lagi yang

    mendapat skor min terrendah.

    Item yang mendapat skor min paling tinggi ialah item ketujuh. Keterangan bagi

    item ini adalah Saya mahu terus belajar secara berkumpulan seperti ini lagi di masa

    akan datang. Item ini mendapat skor min penuh iaitu sebanyak 2.00. Semua responden

    Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7

    Skor Min 1.58 1.92 1.83 1.67 1.92 1.92 2

    1

    1.2

    1.4

    1.6

    1.8

    2

  • 50

    seramai 12 orang telah menjawab Ya bagi item ini. Skor penuh ini menunjukkan

    responden berasa seronok dan berminat untuk terus menggunakan kaedah ini dalam

    pembelajaran mereka pada masa akan datang.

    Seterusnya item kedua tertinggi adalah item kedua, kelima dan keenam. Ketiga-

    tiga item ini mendapat skor min yang sama iaitu 1.92. Seramai 11 orang responden

    mejawab Ya manakalan hanya seorang menjawab Tidak bagi ketiga-tiga item ini.

    Penyataan bagi item kedua ialah Pembelajaran secara berkumpulan seperti ini

    menambah minat saya untuk terus belajar. Manakala penyata bagi item kelima ialah

    Saya berasa lebih mudah untuk mengingat fakta apabila belajar berkumplan berbanding

    belajar seperti biasa dan penyataan bagi item keenam ialah Saya berasa lebih

    berkeyakinan semasa belajar secara berkumpulan.

    Item yang mencatat skor min terendah pula ialah item pertama dan item keempat.

    Pernyataan bagi item pertama ialah Saya pernah belajar mengunakan kaedah seperti

    ini. Seramai 7 responden menjawab Ya dan 5 responden menjawab Tidak. Skor min

    bagi item pertama ialah 1.58 iaitu skor min paling rendah dalam soal selidik yang

    dijalankan. Namun begitu, berdasarkan skala skor min, item pertama ini masih berada

    dalam tahap tinggi.

    Terakhirnya, skor min kedua terendah dicatat oleh item keempat. Penyataan bagi

    item keempat ini ialah Saya tidak malu untuk bertanya apabila berada dalam kumpulan

  • 51

    berbanding ketika guru mengajar. Min yang diperoleh item ini sebanyak 1.67 iaitu

    seramai 8 orang responden menjawab Ya dan 4 orang responden menjawab Tidak.

    Dapatan ini menunjukkan responden lebih berani untuk bertanya apabila berada dalam

    kumpulan berbanding belajar menggunakan cara yang lama. Hal ini membangkitkan

    keseronokkan responden untuk terus belajar menggunakan kaedah ini.

    Melihat secara keseluruhan analisis soal selidik yang telah dijalankan, majoriri

    responden menjawab Ya dengan skor min keseluruhan mencatat sebanyak 1.83. Hanya

    minoriti responden menjawab Tidak secara keseluruhan dengan skor min hanya 0.17

    menunjukkan tahap yang sangat rendah responden tidak bersetuju. Maka saya dapat

    merumuskan bahawa hasil analisis dapatan ini menunjukkan murid tentang kaedah

    pembelajaran koperatif Go Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam

    pengajaran dan pembelajaran adalah positif.

  • 52

    BAB VII

    DAPATAN KAJIAN

    Bab ini akan mengulas dan merumuskan dengan lebih lanjut berkenaan dua soalan

    kajian yang telah saya kemukakan pada awal kajian. Soalan kajian yang pertama ialah

    adakah penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle dapat meningkatkan

    penguasaan murid Tahun Lima dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon Iklim Dunia?

    Soalan kajian kedua ialah apakah murid tentang kaedah pembelajaran koperatif Go

    Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran?

    Kedua soalan ini akan dibincangkan berpandukan hasil analisis kajian yang

    diperoleh melalui dua instrumen yang digunakan iaitu soalan sebelum dan selepas serta

    soal selidik.

    7.1 Soalan Kajian Pertama

    Adakah penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle dapat meningkatkan

    penguasaan murid Tahun Lima dalam mengingat fakta dalam tajuk Zon Iklim Dunia?

  • 53

    Hasil daripada analisis kajian yang telah diperoleh melalui ujian sebelum dan

    selepas telah menunjukkan dengan jelas bahawa kaedah pembelajaran koperatif Go

    Cirle telah berjaya meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam mengingat fakta

    dalam tajuk Zon Iklim Dunia.

    Rajah 10 : Perubahan Skor Min Ujian Sebelum dan Selepas

    Berdasarkan rajah 10, perbezaan min keseluruhan bagi markah dalam ujian

    sebelum dan selepas ialah sebanyak 26.5 peratus. Manakala min yang diperoleh dalam

    ujian sebelum hanya sebanyak 40.25 peratus dan telah menunjukkan peningkatan dalam

    ujian selepas kepada 66.75 peratus. Tambahan lagi, kesemua responden telah

    menunjukkan peningkatan dalam ujian selepas. Peningkatan markah responden juga

    memberansangkan. Peningkatan markah tertinggi yang dicatatkan oleh responden

    Ujian Sebelum Ujian Selepas Perubahan

    Min 40.25 66.75 26.5

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

  • 54

    adalah sebanyak 166.7 peratus. Manakala peningkatan markah paling rendah responden

    pula mendapat sebanyak 10.7 peratus. Walaupun peningkatannya paling rendah namun

    ianya suatu peningktan yang tidak mengecewakan. Hasil analisis ini jelas sekali

    menunjukkan intervensi yang telah dijalankan berjaya memberi perubahan positif

    terhadap responden dengan meningkatkan penguasaan mereka dalam tajuk zon iklim

    dunia. Oleh yang demikian, maka dirumuskan bahawa soalan kajian pertama terjawab.

    Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dibuat oleh Sharon Lee Fui

    Sze (2009), dimana beliau menyatakan pendapat bahawa kaedah pembelajaran secara

    koperatif mendorong memberikan peluang untuk meningkatkan keupayaan murid yang

    kurang mampu dalam kemahiran berfikir dan mengingat maklumat. Christina Lau Chui

    Jin (2012) pula dalam kajiannya membuktikan bahawa pengajaran guru melalui kaedah

    pembelajaran koperatif mampu meningkatkan pencapaian, minat dan penyertaan murid-

    murid dalam mata pelajaran Sains. Melalui kajian tindakan dengan kaedah ini, murid-

    murid juga lebih senang memahami dan berupaya menguasai konsep-konsep penting

    7.2 Soalan Kajian Kedua

    Apakah murid tentang kaedah pembelajaran koperatif Go Circle sebagai suatu kaedah

    yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran?

  • 55

    Menurut analisa soal selidik, majoriti responden memberi persetujuan yang

    tinggi bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle adalah suatu

    kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara

    keseluruhannya, keputusan analisa soal selidik berada pada tahap tinggi di mana skor

    min keseluruhan ialah 1.83.

    Jadual 13

    Analisis Soal Selidik Minat Murid

    Bil Item Ya Tidak Min

    1 Saya pernah belajar dengan mengunakan

    kaedah seperti ini.

    7

    (58.3%)

    5

    (41.7%)

    1.58

    2 Pembelajaran secara berkumpulan seperti

    ini menambah minat saya untuk terus

    belajar.

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    1.92

    3 Saya lebih suka belajar secara

    berkumpulan berbanding belajar seperti

    kebiasaan.

    10

    (83.3%)

    2

    (16.7%)

    1.83

    4 Saya tidak malu untuk bertanya apabila

    berada dalam kumpulan berbanding

    ketika guru mengajar.

    8

    (66.7%)

    4

    (33.3%)

    1.67

  • 56

    Jadual 13 (Sambungan)

    Analisis Soal Selidik Minat Murid

    Bil Item Ya Tidak Min

    5 Saya berasa lebih mudah untuk mengingat

    fakta apabila belajar berkumplan

    berbanding belajar seperti biasa

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    1.92

    6 Saya berasa lebih berkeyakinan semasa

    belajar secara berkumpulan

    11

    (91.7%)

    1

    (8.3%)

    1.92

    7 Saya mahu terus belajar secara

    berkumpulan seperti ini lagi di masa akan

    datang

    12

    (100%)

    0

    (0%)

    1.92

    Min 83.3% 16.7% 1.83

    Sumber : Soal Selidik, 2014.

    Melihat kepada Jadual 13, perbezaan peratus jawapan Ya dan Tidak juga

    tinggi. Peratusan bagi jawapan Ya dalam soal selidik adalah sebanyak 83.3 peratus

    berbanding peratusan jawapan Tidak hanya sebanyak 16.7 peratus. Oleh yang

    demikian, soalan kajian kedua terjawab.

    Terakhirnya, majoriti responden menunjukkan yang positif terhadap kaedah

    pembelajaran koperatif Go Circle sebagai suatu kaedah yang menyeronokkan dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Keputusan ini dilihat selari dengan pendapat S-L Gan

    (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran

  • 57

    koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan pembelajaran

    koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara

    kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka

    pembelajaran koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

    7.3 Temubual Tidak Berstruktur

    Temubual tidak berstruktur ini dibuat sebagai triagulasi bagi soalan kajian pertama dan

    kedua selain meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Seramai lima orang

    responden dipilih untuk sesi temubual berdasarkan peningkatan positif prestasi mereka

    dalam Ujian Selepas. Intrumen temubual ini dianalisis menggunakan jadual

    perbandingan untuk melihat kekerapan responden yang mampu memberi jawapan

    mengikut skala yang ditetapkan. Transkripsi temubual boleh dirujuk pada bahagian

    lampiran F.

    Setelah menjalankan sesi temubual ke atas lima orang responden, saya mendapati

    secara umumnya kesemua responden bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif

    Go Circle dapat memudahkan mereka mengingat fakta dan berasa seronok dalam

    pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini. Secara purata, kesemua responden

    memberikan lebih daripada satu jawapan. Empat responden memberi jawapan bahawa

    mereka lebih bergantung kepada rakan untuk faham dan mereka lebih selesa bertanya

    pada kawan sekiranya tidak faham. Tiga responden pula berasa seronok belajar dalam

    kumpulan. Seorang responden pula berasa seronok apabila dapat berkongsi apa yang

  • 58

    difahami dengan kawan. Jadi umumnya mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka

    dengan kaedah pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan dan tidak terlalu

    formal.

    7.4 Refleksi Kajian

    Kajian yang telah dijalankan ini merupakan sebuah kajian untuk melihat penggunaan

    kaedah pembelajaran koperatif Go Circle dapat meningkatkan penguasaan murid

    dalam mengingat fakta dalam topik Zon Iklim Dunia dalam mata pelajaran Kajian

    Tempatan Tahun 5. Berdasarkan hasil analisis data kajian, boleh dirumuskan bahawa

    soalan-soalan kajian yang dikemukakan di awal kajian telah terjawab dengan berjayanya

    kaedah koperatif Go Circle ini meningkatkan penguasaan murid dalam topik yang

    diajar.

    Sekiranya diteliti, murid sebenarnya lebih seronok dengan suasana pembelajaran

    yang berbeza dengan suasana pembelajaran biasa yang mana sering diamalkan oleh oleh

    guru-guru. Suasana pembelajaran biasa di mana murid hanya duduk di tempat masing-

    masing dan berada dalam keadaan pasif membuatkan murid merasa cepat bosan.

    Keadaan ini membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan dan

    menjejaskan prestasi murid.

  • 59

    Pembelajaran melalui kaedah koperatif Go Circle dilihat sebagai sebuah gaya

    pembelajaran baru yang dapat meningkatkan penguasaan murid dengan lebih cepat

    mengenai topik yang dipelajarinya. Hal ini kerana murid tidak hanya belajar semata-

    mata tetapi melakukan pelbagai bentuk aktiviti seperti melakukan perbincangan dalam

    kumpulan, membina peta minta, memberi penerangan dan menjawab soalan yang

    dikemukakan. Kaedah ini jelas berbeza dengan kaedah biasa yang hanya pegun dan

    tidak mampu menrik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran

    di dalam bilik darjah.

  • 60

    BAB VIII

    RUMUSAN

    Pendidikan merupakan satu bidang yang penting, di mana menerusinya akan lahirlah

    generasi muda yang bakal memimpin negara. Namun dalam merealisasikan matlamat ini

    pelbagai perkara perlu diberikan penekanan. Di antaranya ialah memastikan bahawa

    kaedah pembelajaran yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap penerimaan

    pelajar. Ini adalah bertujuan untuk memastikan terdapatnya peningkatan di dalam

    pencapaian murid. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini menunjukkan dengan jelas

    bahawa kaedah pembelajaran koperatif Go Circle adalah berkesan dalam

    meningkatkan penguasaan murid dalam meningat fakta dalam tajuk zon iklim dunia dan

    dapat menimbulkan keseronokan kepada murid untuk belajar di dalam kelas.

    Tambahan lagi, berdasarkan kepada konsep mengaplikasian koperatif Go

    Circle ini, ia bukan hanya boleh diguna pakai dalam konteks tajuk zon iklim dunia ini

    sahaja. Malahan ia juga boleh digunakan dalam mana-mana tajuk pelajaran yang

    memerlukan murid untuk mengingat banyak fakta namun peranan guru sebagai

    pengurus kelas tidak harus dipandang mudah. Kelangsungan kaedah ini sebenarnya amat

  • 61

    bergantung kepada bagaimana cara guru yang menguruskannya dan bukan hanya

    bergantung kepada kaedah ini semata-mata.

    Kajian lanjutan juga perlu dilaksanakan dalam meneliti kaedah ini secara lebih

    mendalam lagi agar segala kelemahan dapat dikenalpasti dan berlakunya

    penambahbaikan yang positif. Kajian ini sebenarnya memberikan saya sebuah semnagat

    dan inspirasi bahawa setiap pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang boleh

    dipelbagaikan mengikut kesesuaian murid. Kaedah yang sesuai berupaya meningkatkan

    pencapaian murid selain memudahkan pengajaran guru di dalam kelas.

    Kesimpulannya, guru pada era yang serba moden ini tidak harus menyempitkan

    cara penyampaiannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu faham

    bahawa amat penting bagi seorang guru meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan

    pembelajaran. Usaha menyelidik ini perlu diambil peduli oleh semua pihak, bermula

    daripada pihak pentadbir negara sehingga guru di sekolah agar mutu dan kualiti

    pendidikan negara kita dapat ditingkatkan.

  • 62

    BAB IX

    CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Dalam kajian ini, beberapa kekangan-kekangan telah wujud semasa proses kajian

    dijalakan. Oleh itu, saya telah membuat refleksi dan menggariskan beberapa perkara

    yang boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji lain. Saya juga mengenalpasti beberapa

    aspek yang perlu dititikberatkan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Berikut

    antara beberapa cadangan yang dikemukan :

    i. Kajian yang melibatkan guru sebagai sampel boleh dijalankan untuk melihat

    persepsi guru terhadap penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Go Circle

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    ii. Kajian juga boleh diperluaskan kepada sampel murid berbeza tahap dalam

    keputusan peperiksaan. Dengan itu, satu perbandingan dapat dibuat antara

    sampel yang berlainan tahap.

  • 63

    iii. Masa intervensi dalam pelaksaan koperatif Go Circle perlu dilanjutkan supaya

    proses pembelajaran menjadi lebih mantap dan murid berupaya menguasai topik

    dengan lebih baik.

    iv. Arahan sebelum proses pelaksanaan koperatif Go Circle guru dalam

    pengajaran dan pembelajaran wajar ditambah baik supaya kawalan kelas dapat

    ditingkatkan.

    v. Kaedah pembelajaran koperatif Go Circle boleh diperluaskan dalam mata

    pelajaran lain seperti Sains dan Sejarah dimana memerlukan murid mengingat

    pelbagai fakta.

    Berdasarkan cadangan-cadangan yang disenaraikan, saya amat berharap kajian

    seterusnya akan dapat ditambah baik supaya mencapai matlamat dan objektif kajian

    yang ingin dicapai oleh pengkaji. Selain itu, diharapkan agar kajian ini dapat menjadi

    panduan dan rujukan oleh pengkaji-pengkaji lain pada masa hadapan .

  • 64

    SENARAI RUJUKAN

    Alexandre Dumas (2002). Amalan pembelajaran koperatif di Kelas. Betong: Jabatan

    Pendidikan Bahagian Sri Aman.

    Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali (2001). Amalan

    pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru mata pelajaran Teknik Dan

    Vokasional di tiga buah Sekolah Teknik di Selangor. Johor: Fakulti Pendidikan,

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Christina Lau Chui Jin (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran

    Koperatif Permainan Panggil Nombor (NHT) Dalam Proses Pembelajaran Sains

    Tahun Empat Di Kuching. Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

    Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Buku 1).

    Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    Efendi Zakaria (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Geoffrey E. Mills (2007). ACTION RESEARCH : A guide for the Teacher Researcher

    (3rd

    Editition). Kuala Lumpur. Pearson Education Ltd.

    Kagan, S. (1992). Cooperative Learning. San Juan Capistrano: Kagan Cooperative

    Learning.

    Haji Samsudin bin Md Noor. Pengurusan Bilik Darjah Dinamik : Ke Arah Pembinaan

    Modal Insan Berkualiti. Diperoleh Mac 12, 2014 daripada

    http://uhemppdsdk.myeducare2u.com/bahan/PengurusanBilikDarjah.pdf

    Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan

    Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    Ismail Said (2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Siri Pendidikan

    Perguruan. Shah Alam. Karisma Publications Sdn Bhd.

    Norashikin binti Azizan (2012). Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Dalam Topik

    Tumbuh Tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar Di Malaysia Melalui Kaedah

    Pembelajaran Koperatif (Jigsaw II). IPG KSM, Terengganu.

    http://uhemppdsdk.myeducare2u.com/bahan/PengurusanBilikDarjah.pdf

  • 65

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009) Murid Dan

    Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya dan Intan Sapinas binti Bahuri (2007) Tinjauan

    Amalan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab

    Rendah Sains Mara, Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan. Universiti teknologi

    Malaysia

    Roslina Binti Abd. Talib, Suriyani Bt Jamirin @Jamirell, Zulzana Bt Zulkarnain (2010)

    Kesan Pembelajaran Koperatif Model Stad Keatas Pencapaian Dan Persepsi

    Pelajar Semester 2 Diploma Kejuruteraan Awam Dalam Kursus Mechanics Of

    Structures Di Politeknik Port Dickson. Jabatan Kej. Awam. Politeknik Port

    Dickson.

    Salmiah binti Sidek. (2002). Kemah