tajuk 1 - efie emeir | kalau tak menyayangi, kita tak · web viewmenghuraikan cara-cara...

20
BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN Sinopsis Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan. Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan. ii. Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan. iii. Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan. 1.1 Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Pendidikan pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal pasti punca dan langkah-langkah pemulihan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam 1

Upload: dangduong

Post on 10-Mar-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan.

Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan

imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan

Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi

penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan.

ii. Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan

Imbuhan.

iii. Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid

pemulihan.

1.1 Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu

Pendidikan pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal

pasti punca dan langkah-langkah pemulihan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan

memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep

pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran. Pembelajaran pemulihan lazimnya dikaitkan dengan usaha untuk

membaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Blair (1956) mentakrifkan pemulihan sebagai program khas berbentuk tambahan untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar

ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu pada

penguasaan kemahiran.

1

Page 2: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

O.C. Simpson (1975) pula menjelaskan bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan

khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat

khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan di dalam bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) menjelaskan pemulihan sebagai satu tindakan yang

diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari

segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang

diasingkan daripada sekolah biasa dan di dalam darjah untuk pengajaran dan

pembelajaran biasa.

Ishak Haron dan Koh Bon Boon (1983) mendefinisikan pemulihan sebagai perkhidmatan

khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran

di sekolah biasa.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan

pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan

kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru

pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Berdasarkan pentakrifan yang telah dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pemulihan

merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar murid tersebut dapat

menguasai sesuatu kemahiran yang tidak dapat dikuasai dengan menggunakan strategi,

bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sesuai dengan aspek kelemahan

murid. Murid-murid yang terlibat dalam pendidikan pemulihan lazimnya digelar sebagai

murid lambat kerana gagal menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani permasalahan kegagalan

murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan, tulisan dan kiraan adalah dengan

menjelaskan perbezaan murid dalam Buku Panduan Am KBSR, 1982 yang wajar diberi

perhatian oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2

Page 3: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

”... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ...”

Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang

diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu

dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat

dikesan dan dikenal pasti.

1.2 Objektif Pendidikan PemulihanPendidikan pemulihan bertujuan untuk:

1.2.1 membantu murid menguasai masalah pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan

aktiviti;

1.2.2 memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam

kalangan murid terhadap pembelajaran;

1.2.3 membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah

laku yang menjejaskan pembelajaran;

1.2.4 membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan

mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka;

1.2.5 membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan

kemampuan dan perkembangan mental individu;

1.2.6 membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri

sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik

darjah; dan

1.2.7 membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem

persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan

masing-masing.

1.3 Rasional Pemulihan

3

Page 4: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

i. Murid-murid pemulihan secara umumnya mempunyai daya intelek dan

kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk menerima pendidikan

biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam aktiviti

pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang

untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan

akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang

seterusnya seperti murid yang lain.

ii. Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari

segi minat, gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan

pemulihan yang diberikan guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan

keciciran murid dapat diatasi dan penguasaan kemahiran bahasa dapat

ditingkatkan.

iii. Terdapat pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa murid dan pelbagai

strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid.

4

Page 5: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rajah 1: Rasional Pendidikan Pemulihan

1.4 Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan

5

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Mengembangkan potensi individu

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Perbezaan MuridPengalamanMinatKebolehan

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

Page 6: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik

Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran

Kompleks).

Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah biasa

oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal

pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti

pemulihan hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu.

Pemulihan Khas dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang

terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai

kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang

telah dikenal pasti melalui ujian saringan. Murid akan kembali ke kelas biasa setelah

kelemahan pembelajaran diatasi. Bilangan murid di dalam kelas ini kecil sahaja.

1.5 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan ImbuhanPendidikan Imbuhan meliputi unsur-unsur pedagogi di dalam bilik darjah dan melibatkan

unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Projek Pendidikan Imbuhan

bagi murid sekolah rendah dilaksanakan antara tahun 1975-1980 di Malaysia. Bahan

bantu khas dihasilkan khas untuk murid luar bandar. Guru terlatih dipilih untuk menyertai

kursus supaya mereka mendapat kemahiran untuk melaksanakan Projek Pendidikan

Imbuhan. Pendidikan Imbuhan memberi tumpuan pada aspek masalah ekonomi,

pelajaran, kewangan, peralatan dan makanan. Pendidikan Imbuhan dianggap sebagai

satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan.

Pendidikan ini merupakan langkah yang rapi dan teliti yang telah diprogramkan untuk

mencegah daripada berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid yang

mempunyai latar ekonomi yang rendah. Sekiranya masalah murid ini dibiarkan akan

menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid berkenaan.

.

Pendidikan Imbuhan menitikberatkan perkara yang berikut:

6

Page 7: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a. Pendidikan Imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal, iaitu pada peringkat awal

pembelajaran. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan.

b. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.

Pengajaran disusun dengan rapi dan teliti.

c. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan

khusus.

d. Guru hendaklah boleh mengubah suai bahan-bahan kurikulum dan kaedah

pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

e. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan

badan-badan lain yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid.

f. Objektif projek ditentukan secara jelas.

g. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti.

h. Koordinasi dengan agensi yang dapat memberikan sumbangan untuk projek

kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan seumpamanya.

7

Page 8: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat perbezaan antara pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan. Antara

perbezaannya seperti yang berikut:

Bil. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan

1

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonom.

2

Rancangan pembelajaran ditumpukan khas pada penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Rancangan pembelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.

3

Skop kajiannya terbatas pada pedagogi di dalam bilik darjah.

Skop kajiannya meliputi pedagogi di dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

4

Program ini hanya meliputi akativiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, program makanan dan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.

5

Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

6

Objektif untuk membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran asas.

Objektif utama untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

(Sumber: Mok Soon Sang, 1994)

8

Aktiviti 1 Bina peta minda yang menunjukkan perbezaan Pendidikan Pemulihan

dengan Pendidikan Imbuhan. Tulis satu rencana tentang masalah Pendidikan

Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tugasan dilaksanakan secara

kumpulan dan dibentangkan di dalam kelas semasa interaksi.

Page 9: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.6 Ciri-ciri Murid Pemulihan i. Lemah dalam penguasaan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

ii. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak.

iii. Lemah dari segi koordinasi mata dengan tangan.

iv. Singkat tahap tumpuan pembelajaran.

v. Kurang keyakinan diri.

vi. Lambat memberikan tindak balas.

vii. Selalu gagal dalam ujian.

viii. Sukar menguasai kemahiran pelajaran dalam tempoh masa yang ditentukan.

ix. Lemah dari segi ingatan pendengaran, ingatan dan penglihatan.

x. Rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya.

xi. Selalu sakit – masalah kesihatan.

xii. Kerap ponteng sekolah.

xiii. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

xiv. Bermasalah dalam tingkah laku.

xv. Sukar mengawal emosi.

9

Aktiviti 2

Kenal pasti murid bermasalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis di dalam kelas anda. Analisis masalah tersebut dan kenal

pasti punca masalah berlaku.

Page 10: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI

SinopsisDalam tajuk ini dihuraikan perbezaan pengelolaan dan strategi pendidikan pemulihan,

khususnya di dalam kelas biasa dan di dalam kelas khas pemulihan. Pengelolaan pengajaran

pemulihan melibatkan penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Membezakan pengelolaan pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam

kelas khas.

ii. Membezakan strategi pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas

khas.

2.1 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas BiasaPengajaran pemulihan di dalam sesebuah kelas biasa dijalankan secara sistematik agar

murid-murid lambat memperoleh faedah yang maksimum. Terdapat empat langkah

pengelolaan pengajaran pemulihan, iaitu:

i. Penentuan objektif

ii. Perancangan

iii. Pengajaran

iv. Penilaian

Penentuan Objektif

Objektif pengajaran hendaklah ditentukan sebelum pengajaran pemulihan. Aras objektif

seharusnya sejajar dengan kebolehan murid lambat agar objektif ini dapat dicapai

seperti yang ditentukan oleh guru. Objektif pelajaran ditentukan merujuk kepada

masalah pembelajaran yang dihadapi murid.

10

Page 11: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Contoh 1:Masalah murid adalah tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal yang dilihat pada kad

perkataan.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal pasti huruf-huruf vokal yang

terdapat dalam perkataan pada kad perkataan yang ditunjukkan guru.

Contoh 2:Masalah murid adalah tidak dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja

transitif.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis objek (frasa nama) selepas

kata kerja transitif dalam ayat tunggal.

PerancanganGuru merancang pengajarannya berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

Perancangan meliputi strategi P dan P seperti secara individu, berpasangan atau

kumpulan. Perancangan juga meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan

semasa P dan P. Bahan yang dipilih sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran. Guru

juga merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif. Jenis penilaian yang

sesuai untuk menilai pencapaian murid bagi kemahiran yang diajarkan hendaklah

ditentukan oleh guru semasa merancang pengajaran mereka.

PengajaranPengajaran dalam kelas biasa boleh berbentuk pengajaran secara individu, kumpulan

atau rakan sebaya. Guru mungkin mengajar seseorang murid yang lambat atau

beberapa orang murid lambat yang menghadapi masalah yang sama. Murid-murid yang

cerdas boleh diminta membimbing murid-murid lambat untuk menjalani aktiviti

pemulihan.

Pengajaran pemulihan biasanya dijalankan selepas satu-satu pengajaran selesai. Pada

masa yang sama murid-murid yang cerdas dan sederhana akan membuat aktiviti

pengayaan.

11

Page 12: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PenilaianPenilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang

ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dapat dijalankan dengan cara-cara yang berikut:

i. Pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

ii. sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-satu pengajaran.

iii. Pemeriksaan latihan harian.

Selepas penilaian, murid yang telah menguasai kemahiran tertentu akan kembali ke

kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masih belum dapat

menguasai kemahiran-kemahiran tetentu hendaklah dirujuk kepada guru khas

pemulihan.

2.2 Strategi Pengajaran Pemulihana. Strategi Pengajaran Kumpulan Kecil

Murid-murid yang mengalami masalah yang sama dikumpulkan dalam

kumpulan kecil.

Ahli dalam kumpulan kecil boleh bertukar-tukar kerana murid yang lemah

dalam bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran lain.

Guru dapat membimbing kumpulan ini dengan menggunakan bahan

bantu belajar yang memberikan peluang belajar kepada murid melalui

penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang beraneka jenis untuk

menarik minat serta mengukuhkan kemahiran bahasa. Bahan pengajaran

tersebut hendaklah digunakan dalam pelbagai situasi yang berlainan.

b. Strategi Pengajaran Individu

Melalui pengajaran ini, guru memberikan perhatian kepada seorang murid dan

membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan penggunaan

bahan-bahan bantu belajar.

c. Strategi Pengajaran Rakan Sebaya

Murid yang cerdas boleh diminta untuk membantu rakan-rakannya yang lambat

untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru.

12

Page 13: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.3 Pemulihan dalam Kelas KhasPendidikan pemulihan khas disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti

pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan

pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di

kelas biasanya akan dipindahkan dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan

khas dengan guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khusus dalam

pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana

masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Selain itu, segala

kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih

berkesan serta guru dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih

menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk

membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai

dalam tempoh masa ditetapkan

Selain itu. kelas khas diwujudkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya bertujuan

untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu)

supaya keperluan-keperluan individu dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah

keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah

buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Menurut laporan National Bureau for

Co-Operation in Child Care (1970) dalam ‘Living With Handicaps’, terdapat beberapa

cara untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini,

iaitu:

i. Sekolah Khas berasrama penuh.

ii. Sekolah Hospital.

iii. Sekolah Berasrama Penuh yang dikendalikan 5 hari seminggu.

iv. Sekolah Berasrama Penuh digunakan sebagai pusat (Base), iaitu kanak-kanak

ditempatkan seperti sekolah biasa.

v. Menubuhkan kelas-kelas Pemulihan Khas di sekolah biasa.

13

Page 14: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.4 Strategi Pemulihan Khas        a. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas

b. Kenal pasti masalah murid

Kenal pasti punca masalah murid

Menjalin hubungan mesra dengan murid

Menunjukkan penghargaan kepada murid

Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar

c. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai

Pendekatan bermain sambil belajar

Teknik bercerita

Teknik latih tubi

Teknik bersoal jawab

Teknik nyanyian

d. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

e. Menjalankan aktiviti pengukuhan.

f. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

 

14

Page 15: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.5 Perbezaan Pemulihan dalam Kelas Biasa dan Pemulihan dalam Kelas Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

Guru mempunyai asas latihan perguruan.

Guru mempunyai asas perguruan dan kursus khas.

Dilaksanakan semasa proses P dan P kelas biasa.

Dijalankan pada waktu tertentu.

Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajarkan.

Hanya melibatkan BM dan Matematik

Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan.

Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan.

Ujian bulanan atau penggal. Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran.

Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik.

Perlu ujian saringan dan diagnostik.

Tidak memerlukan rekod yang terperinci.

Penyimpanan segala rekod berkenaan murid adalah amat penting.

Kekal di dalam kelas. Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran.

Pemulihan dilakukan secara umum.

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran.

Keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas.

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan.

Guru perlu menjadi AJK perancangan kurikulum sekolah.

Bilangan murid tidak dihadkan. Bilangan murid maksimum 15 orang.

Jadual waktu berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan.

Jadual waktu ditentukan sendiri oleh guru pemulihan.

Guru terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajarkan.

Guru perlu menjadi AJK Perancangan Kurikulum Sekolah.

15

Page 16: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 3 MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

SinopsisTajuk ini membincangkan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran mendengar

dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Cara mengesan kesukaran

pembelajaran bagi keempat-empat kemahiran bahas itu turut dibincangkan dalam tajuk ini.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa.

ii. Menghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran bahasa.

3.1 Kemahiran Mendengar dan BertuturMasalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut:

Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi – vokal, konsonan, diftong

Tidak berupaya mengajuk bunyi

Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar

Sukar mengingat fakta

Sukar memahami dan mentafsir maksud

Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi

Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan

Lemah ingatan pendengaran

Gagal mematuhi arahan

Masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut:

Kosa kata yang terhad

Menggunakan dialek

Menggunakan bahasa ibunda

Lemah dalam kesantunan berbahasa

3.2 Kemahiran Membaca Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w

16

Page 17: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B

Masalah disleksia. Contohnya [kail] – [kali], [dada]-[baba]

Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku

kata

Membaca secara berlagu

Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat

Tidak mematuhi tanda baca

Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa – kepala, suka - saku

Lemah ingatan penglihatan

Tidak faham kandungan bahan yang dibaca

Sukar membuat hubung kait dan analisis

Tidak dapat membuat urutan isi

3.3 Kemahiran Menulis Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal

Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

Salah ejaan

Kosa kata yang terhad

Aliran pemikiran tidak lancar

Lupa format penulisan

Lemah dalam penyampaian idea

Ayat yang tidak gramatis

Lemah dalam penggunaan tanda baca

3.4 Cara Mengesan Kesukaran PembelajaranGuru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan

berdasarkan cara seperti yang berikut:

17

Aktiviti 3

Berdasarkan masalah dalam satu kemahiran bahasa, rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 18: TAJUK 1 - Efie Emeir | Kalau Tak Menyayangi, Kita Tak · Web viewMenghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian

Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan ujian

Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan

dan ujian diagnostik

Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa

Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu

pembelajaran.

Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian

seperti yang berikut:

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar

dalam abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil dalam

abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf

kecil.

Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau

pembalikan huruf.

Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya.

Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang mempunyai

gugusan konsonan dalam perkataan.

Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet [ə].

Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan

dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh

masalah pengamatan penglihatan yang songsang.

18

Aktiviti 4

Sebagai guru Bahasa Melayu, bincangkan cara-cara anda dapat mengesan

kesukaran pembelajaran dalam kemahiran bahasa murid yang anda ajarkan.